Monday, November 23, 2009

Sedikit Teguran Di Hari Jumaat



Tajuk : Sedikit Teguran Di Hari Jumaat.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Sebenarnya sudah lama saya ingin bersuara kerana pada setiap hari jumaat perkara ini selalu datang bermain di benak fikiran saya.Saya jadi serba salah sebab saya bukanlah orang yang ahli atau layak memberi teguran ini semua , lebih-lebih lagi dalam bab agama. Tetapi saya merasakan ianya amat perlu biarpun bagi sesetengah orang lain perkara yang akan saya tulis ini adalah perkara yang remeh temeh.

Mungkin banyak perkara yang ingin saya ketengahkan ini sudah menjadi biasa bagi kita semua.Namun marilah kita berbincang bersama-sama demi mencari kerehdaan Allah atas jalan kita.Bagi mereka yang banyak ilmu agamanya , janganlah malu atau kedekut untuk berkongsi ilmu di blog saya ini, semoga ianya memberi manfaat kepada saya dan setiap pembaca yang datang bertandang ke teratak sangtawal ini.Inilah juga saham yang akan kita bawa bila kita kembali ke alam akhirat nanti.

Rasanya kali ini biarlah saya lebih fokus sedikit dalam mengutarakan perkara-perkara yang saya rasa perlu , jadi , marilah kita berbincang menggunakan urutan isinya saja seperti berikut :

1) Wudhuk.

Ramai di antara kita yang membawa anak-anak kecil untuk solat Jumaat.Kadang-kadang anak itu tidak berwudhuk atau tidak tahu berwudhuk tetapi turut ikut serta solat bersama bapa mereka di saf dewasa.

*kanak-kanak sedang berwudhuk

Jika kita perhatikan mereka berwudhuk sekalipun, mereka tidak mengambil wudhuk yang sempurna, anggota wudhuk tidak diratakan air mengikut syaratnya.Adakah ibubapa mereka telah benar-benar mengajar mereka , anak-anak kecil ini bagaimana cara berwudhuk yang betul? Mungkin anak-anak telah belajar dengan cara memerhatikan orang dewasa mengambil wudhuk, maka mereka akan mengambil fahaman mereka sendiri tanpa ilmu yang sah! Ini sangat bahaya! Kerana tidak sah sembahyang bila tidak sah wudhuk itu!

Itu budak kecil, bagaimana pula dengan kita? Tahukah kita jenis-jenis air untuk berwudhuk seperti air mutlak, air mustakmal, air mutanajjis, air musyammas?

Tahukah kita rukun rukun wudhuk itu ada 6 iaitu: niat, membasuh muka, membasuh kedua tangan hingga ke siku, Menyapu bahagian yang sedikit dari rambut atau kulit kepala, membasuh kedua kaki hingga ke buku lali, dan tertib.

Tahukah kita mana anggota yang perlu dilalukan air sahaja atau mana anggota yang perlu digosok?

Pernah dulu seorang guru mengatakan bahawa pada bahagian muka kita, kita hanya perlu lalukan atau sapu air wudhuk sebanyak 3 kali, tidak boleh menggosokkannya, oleh itu bagi mereka yang mempunyai janggut yang panjang atau agak tebal terlebih dahulu kena basahkan air di kawasan janggutnya barulah dilalukan air wudhuk itu sebanyak 3 kali.Itu sebab guru tersebut kata dia tak simpan janggut walaupun itu sunnah nabi.Itu pendapat dia dan saya tidak terus berpegang sepenuhnya pada pendapat dia, sebab bab janggut ni perkara sensitif , nanti ramai yang marah. Diharap ada pembaca semua boleh memberikan pendapat yang lebih baik dalam perkara ini.Ini hal ilmu, sila jangan politikkan isu ini dalam perbincangan kita.





Selain itu ramai juga dari kita dan anak-anak kita yang tidak tahu cara bertayammun dan anggota Tayammun.walaupun negara kita kaya dengan air, tetapi perkara ini perlu juga kita ajar pada anak-anak kita agar mereka tahu.

2) Pengumuman dari Pak Imam atau Bilal.

Biasanya sudah menjadi rutin setiap kali sebelum khutbah jumaat ada saja pengumuman.Kadang-kadang Pak imam atau tok siak kena fikir dulu apakah pengumuman itu betul betul penting atau tidak!

Sebagai contohnya , beberapa hari yang lalu, saya bersolat Jumaat di Masjid besar Kubang Kerian, antara pengumuman tersebut ialah :

a) Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir tidak mampu untuk membayar yuran pengajian di sana, minta bantuan dan derma, kotak derma ada di pintu masjid.

b) Kita ada satu program kem solat selama beberapa hari, dari pagi sampai waktu zohor di masjid ini untuk kanak-kanak. Sila daftar dengan segera bersama yurannya sekali.

c) Bagi sesiapa yang ingin menderma untuk rakyat Afghanistan, wakil dari Negara Afghanistan datang memungut derma , ada duduk dekat pintu masjid, boleh derma lepas solat.

d) Kepada orang yang mahu menyembelih haiwan korban sempena hari raya ini, hendaklah memohon Permit dahulu!

e) Sembahyang sunat hari raya akan dibuat pada jam 8.30 pagi, diminta jemaah datang awal kerana kita ingin melakukan acara sembelihan korban pula selepas itu.

Itulah beberapa contoh pengumuman yang masuk ke telinga kanan saya, ada lagi yang saya tak ingat atau telah bocor, keluar melalui telinga kiri saya!

Mari kita renung sejenak pengumuman itu, samaada ia perlu atau tidak:

Pengumuman (a) Rasanya tak perlu di umumkan di masjid , kerana dah ada pihak yang boleh menyelesaikannya.Mungkin itu dibawah urusan kementerian pelajaran atau jabatan kebajikan, tak perlu minta derma di masjid.Wakil rakyat juga boleh ambil peranan dalam kes ini.Duit projek yang terlebih sikit-sikit tu boleh dermakan, Bantu orang yang menuntut ilmu besar pahalanya.

Pengumuman (b) pula bagus tujuannya dan boleh dibuat di masjid, kerana ia melibatkan program masjid itu, namun pengajar dan penganjurnya lebih berorentasikan wang, tapi itu tak kisah la, dunia sekarang ni , masuk tandas pun dah 50 sen kan! kalau niat mereka ikhlas, mereka boleh pahala lagi.

Pengumuman (c) derma untuk rakyat Afghanistan ke, rakyat Palestin ke, mangsa bencana gempa bumi ke, ini dah selalu kita dengar.Tak perlu rasanya diumumkan di masjid. Memang rakyat negara kita baik sangat, tapi ada yang balas kebaikan kita dengan buluh runcing.Bab sedekah dan derma ni, kalau kita baca hadis Rasulullah , sebelum kita bagi kat orang jauh-jauh , kita kena tunaikan dulu tanggungjawab kita kepada ibu bapa kita, sanak saudara kita, jiran kita, anak yatim di sebelah rumah kita, janda – janda yang hidup susah dan ramai tanggungan? Rasanya ini yang perlu diutamakan dulu sebelum beri kat orang jauh jauh.Nak derma pada orang di negara lain , rakyat negara kita kena beres dulu. Tetapi ramai yang terlebih baca kitab dan hadis sehingga sanak saudara atau ahli keluarga kita pulak yang terlebih dapat, berlebih lebihan pulak! itu dah jadi kronisme namanya , atau ada yang tersalah tafsir antara hadiah dan rasuah pula! tak nak sentuh panjang la bab ni kat sini

*Adakah pengorbanan kita itu benar-benar kerana Allah?

Pengumuman (d)
pula boleh la diterima, tetapi zaman nabi dulu kena ambil permit ke nak sembelih binatang korban??? Dah jadi trend sekarang ni orang pelihara lembu untuk dijual bahagian korban pada hari raya ! ada orang kampung yang pelihara lembu dan perkataan nak jual buat korban selalu bermain dibibirnya dari masa anak lembu itu kecik sampai cukup umur! Lembu pun stress dan depress memanjang bila mendengarnya!

Jadi,baiklah kita fikir semula samaada kita nak buat bisness dan kaut untung ke atau kita nak berkorban? Ini dua perkara yang berbeza! Mengikut amalan sunnah ,dalam pembahagian daging korban ialah satu pertiga untuk diri dan keluarga, satu pertiga untuk jiran tetangga manakala satu pertiga untuk golongan fakir dan miskin.Tetapi jika disedekahkan semuanya kepada orang lain, itu lebih baik dan sempurna. Bagaimanapun, digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarga sebagai tabarruk.


Pengumuman (e) boleh la diterima, tetapi cara pak imam bagitau tu macam la acara sembelih lembu itu lebih penting dari solat hari raya, waktu musim hujan ni, kalau buat awal-awal sangat solat tu, nanti ada yang tak sempat solat, maklumlah orang kampung bukannya semua ada kereta, ada yang pergi masjid naik motor atau jalan kaki.

Mungkin ramai yang tak tahu , bahawa Allah mensyariatkan waktu untuk melakukan ibadat korban ialah selepas solat hari raya pada 10 Zulhijjah. Ia juga boleh dilakukan pada tiga hari selepasnya iaitu hari yang dinamakan sebagai hari tasyrik.Jadi sembelihan korban tu boleh juga dibuat sebelah petang raya , tak semestinya di waktu pagi selepas solat hari raya!


3) Khutbah Jumaat

Teks khutbah biasanya disediakan oleh majlis agama daerah atau negeri, tetapi ada khatib yang buat khutbah sendiri dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk berpolitik. Sepatutnya khutbah itu perlulah di teliti dan mestilah mempunyai mesej atau perkara yang penting-penting sahaja buat umat islam, kerana tidak mudah untuk mengumpulkan ramai orang atau lebih tepat lagi untuk kumpulkan dua orang yang bermazhab politik yang berlainan dalam satu tempat ibadat! Adalah amat menyedihkan dan malang bila ada khatib yang mengulang bacaan teks yang sama banyak kali dalam setahun.

*Hari Jumaat mahu atau tidak mahu, seluruh umat islam WAJIB menunaikan Solat Jumaat dan mendengar Khutbahnya !

Jabatan agama perlu fikir secara sistematik dalam satu tahun itu ada lebih kurang 48 kali khutbah, iaitu 4 kali seminggu.Banyak juga perkara penting boleh disampaikan tu.Jika pihak terlibat menganjurkan seminar atau kursus kepada khatib-khatib , dari segi isi , penyampaian dan objektif khutbah adalah lebih baik kerana ada khatib yang membaca khutbah dengan suara yang perlahan, teks khutbah yang panjang lebar dan memakan masa yang agak lama sehingga menimbulkan rasa boring dan mengantuk jemaah. Fikir-fikirkanlah.

*Perlukah seorang Khatib menghadiri seminar atau kursus seperti ini?

Bertambah malang lagi bila ada di antara kita yang terlalu khusyuk mendengar bacaan khutbah hinggakan berdengkur dengkur atau termeleleh air liurnya! Lebih menyedihkan lagi bila mereka ini bangkit tanpa memperbaharui wudhuk dengan mata yang merah menyala lalu terus sembahyang.Memang ada ketikanya wudhuk itu dikatakan tidak batal seperti terlelap sekejap tanpa berganjak tempat letak punggung atau kedudukan kita tanpa bersandar , tapi yakinkah kita sepenuhnya yang wudhuk kita itu tidak batal?

*Mungkinkah kita juga termasuk dalam kategori ini?

Sabda Nabi Saw dalam satu hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah bermaksud :

“Siapa yang tidur maka hendaklah dia berwudhuk”

Namun para ulama mengatakan bahawa tidak semua bentuk tidur akan membatalkan wudhuk.Tidur yang membatalkan wudhuk adalah tidur yang membuat hilangnya kesedaran seseorang. Termasuk juga tidur dengan berbaring atau bersandar pada dinding. Sedangkan tidur sambil duduk yang tidak bersandar kecuali pada tubuhnya sendiri, tidak termasuk yang membatalkan wudhuk.

* Terlalu khusyuk atau terlalu serius memikirkannya!mungkinkah mereka SIS???

Ramai juga yang mengangkat tangan berdoa ketika khatib berdoa pada khutbah yang kedua, padahal doa itu termasuk dalam rukun khutbah khatib tersebut.Maksudnya kalau kita tak angkat tangan menadah doa pun tak apa, tapi ramai yang tak tahu, lebih sedih lagi bila kita ikut-ikut orang je! Ada yang sebut amin-amin kuat kuat pun ada, sampai mengganggu orang sebelah.

Sebaliknya pula tidak ramai yang membaca doa ketika antara dua khutbah jumaat itu dan menunggu Tok siak membaca doa dan kita pun terus mengaminkannya, padahal ramai yang tidak tahu itulah saatnya doa kita kepada Allah swt sangat mustajab! Minta lah apa saja waktu itu, jangan tunggu tok siak yang mendoakan untuk kita!

Satu perkara lagi ialah tabung bertayar masjid biasanya berjalan di waktu Khatib membaca khutbah dari satu saf ke satu saf.Perlukah benda ini berlaku? Sepatutnya tabung tu letak saja kat tengah masjid atau tempat pintu keluar atau pintu masuk masjid. Siapa yang mahu bagi derma tu masukkanlah senyap-senyap , tak payah nak tunjuk-tunjuk sedekah kita, bagi tangan kanan, biar tangan kiri pun tak tahu.

* Tabung bertayar yang sentiasa bergerak diwaktu kita sedang mendengar khutbah!

Ada juga yang sanggup memegang lama-lama tabung berjalan itu demi untuk memperlihatkan kepada orang lain bahawa dia telah bagi duit banyak, ada juga yang sengaja sediakan duit syiling banyak-banyak supaya nampak tangan tu masukkan banyak-banyak kali, kalau waktu masukkan duit tu , ia mengeluarkan bunyi kuat syiling jatuh, ia memberikan satu kepuasan kepada penderma itu!!! Ia jadi satu irama yang unik, toing-toing-toing… , orang sebelah pasti jealous punya! Yang melucukan lagi ialah ada yang bagi duit besar Rm10 atau RM50 ,lepas tu sanggup menyeluk tabung dan mengira balik baki lagi Rm9 atau baki lagi RM49, padahal dia nak bagi RM 1 je! Gaya dia kira duit dan mimik muka tu macam cashier kat pasar raya kira duit je!!! Semua orang nampak! Minggu depan, solat jumaat dia akan buat lagi! Mungkin duit besar lagi! Kesian mereka… duit habis pahalanya entah kan dapat entahkan tidak!

4) Sembahyang.

Rasanya ramai yang masih tidak tahu rukun sembahyang ada 13 rukun.Berkaitan rukun ini , banyak perkara kita boleh bincang tapi cukuplah saya katakan setakat itu saja.Kalau mahu tahu lebih kenalah baca kitab dan bergurulah dengan orang yang tahu.Kitab Munyatul Musolli karangan Sheikh Daud Al fathani, contohnya adalah sebuah kitab yang sangat baik dan menjadi rujukan umat islam sejak ratusan tahun lampau hingga kini.Oleh itu marilah kita sama-sama belajar.

Ramai juga yang tidak tahu Fardhu Jumaat itu ada khutbah dan solatnya.Itu sebabnya bila khatib sedang membaca khutbah, ramai yang berbual-bual dan lebih malang lagi ada yang sedang menghabiskan sebatang rokok sambil duduk bertenggek di atas motosikal sambil berbual-bual.Sedih saya melihatnya, tapi apakan daya, tidak ada orang yang menegurnya.Anak-anak kecil pula tidak ditegur oleh bapa mereka atau orang dewasa sedang membuat bising di saf belakang sewaktu khatib sedang membaca khutbah.

Ada juga orang , walaupun khatib sedang baca khutbah, dia baru sampai atau memang selalu datang lewat ,sengaja masuk dan terus solat, tak tahulah solat itu solat Tahiyyatul Masjid atau solat sunat sebelum solat jumaat(solat Qabliah jumaat), kadang-kadang solat tengah-tengah masjid dan semua mata tertumpu kepadanya, ada yang geram dan ada yang rasa dia sengaja nak menunjuk-nunjuk.Terpulanglah pada orang tersebut, kalau dia ikhlas dan khusyuk, dia dapat pahala atau sebaliknya kalau sengaja nak menunjuk-nunjuk, dia dapat letih je! Bagaimana dengan solat Qabliah sebelum solat jumaat itu? Waktu zaman Nabi dulu ada tak?

Tapi tak ramai pula yang sembahyang sunat 2 rakaat lepas solat jumaat tu, padahal itu lebih afdal pahalanya dari solat sunat sebelum solat jumaat! Mengapa jadi begitu? Tanyalah diri kita sendiri, kita sembahyang kerana siapa sebenarnya?

Tok imam pun satu hal (tak semua), pada waktu solat itulah dia mahu membaca surah-surah yang panjang lebar dan berlagu-lagu.Entahlah dia ikhlas atau tidak.Sepatutnya baca surah-surah yang pendek bila sembahyang berjemaah ni, sebab untuk menjaga fokus makmum.Mungkin ada yang lapar nasi, ada yang sedang menahan rasa nak buang air besar atau ada yang parking kereta atas jalan, ada yang mempunyai urusan penting dan bagi musafir pula, fikirkan anak-anak kecil bersama isteri yang sedang menunggu di dalam kereta.Ingat, kualiti solat itu penting, Lain lah bila kita sembahyang sorang-sorang kat rumah , kita nak khatam satu juz setiap rakaat pun tak kisah la! Begitu pula lepas solat, ada imam yang bertahlil lama-lama dan doa panjang-panjang hinggakan makmum lari balik lepas sorang sorang! Bukan maksud saya disini untuk mengajak anda semua melakukan ibadat secara ringkas atau cincai-cincai je, tidak, tapi apa yang ingin saya sampaikan ialah demi menjaga keikhlasan amalan kita itu agar setiap ibadat kita ada rohnya! Ada kualitinya, barulah kita dapat mengecap manisnya iman itu!

Mungkin boleh kita perhatikan antara dua jenis manusia ini, satunya datang awal ke masjid dan lewat pulangnya setelah melakukan pelbagai-bagai amalan sunat, dan seorang lagi datang paling lewat di masjid, kadang-kadang Pak Imam dah nak masuk rakaat ke-2, tapi waktu pulangnya….. zupppp…. Cepat je… tak sempat saudara sebelah kita bagi salamke-2, atau toleh muka kita, kita dah belah !!!

Kajilah diri kita, kerana muhasabah diri sendiri itu lebih baik dan fikir-fikirkanlah dipihak mana agaknya kita berada di antara dua pihak yang saya sebutkan diatas?

Rasanya cukuplah dulu untuk kali ini.Maafkan saya jika ada yang berkecil hati dengan artikel saya kali ini.Kalau ikutkan hati, banyak lagi perkara yang saya nak sebut disini, tapi rasanya cukuplah dulu ya! Jika saya silap tolong tegur dan ajar saya.

*Kitalah yang bertanggungjawab mengajar dan mencorakkan mereka! melentur buluh biarlah dari rebungnya!

*Kepada semua yang bergelar ibu-bapa, Tolong berikan masa dan perhatian sepenuhnya kepada mereka ini! mereka perlukan kasih sayang dan tunjuk-ajar secukupnya dari kita.Jangan biarkan mereka hanyut dan membesar, hidup tanpa arah dan pengisian ilmu dunia dan akhirat.Kita Pasti akan disoal oleh Allah swt di akhirat nanti tentang Hak-Hak mereka yang telah kita abaikan!


Sebagai penutupnya, saya cadangkan Pihak Kerajaan Malaysia menghormati Hari Jumaat sewajarnya dan jadikanlah hari jumaat Hari cuti seluruh negara, bukannya hari Ahad seperti negeri-negeri lain yang sudah melaksanakannya.Hari Ahad bukan penghulu sekalian hari bagi orang islam!!! Jika cuti hari Jumaat, maka umat islam di negara ini akan menjadi lebih tenang dan mempunyai masa yang cukup untuk melebihkan sedikit amalan mereka pada hari tersebut.Mereka juga mempunyai peluang untuk membawa anak-anak kecil mereka ke Masjid bersama!


Wassalam.

Sangtawal Sakranta.


16 comments:

Nur Mawaddah Mahdiyah said...

assalamualaikum...
Solat jumaat wajid untuk lelaki yang sdh akhr baligh..waktu bkumpulnya org2 lelaki..kenapa lelaki???
adakah lelaki memahami dan mengetahui knpa perlu mereka menunaikan smbahyang jumaat.??
saya bukan nak kutuk lelaki..tetapi pandangan sya nk lelaki th mereka adlh pemimpin..dlhirkn untuk jd pminpin isteri,ank2,sblm lbh bsr lg..institusi2 tertentu..tapi apa boleh lihat yg saya perhtikn lelki skrng hnya alim pd dr sndr shj, hnya berilmu dan beramal pd dr sndri shja..krna ape???jika kita perhtikn sekeliling anda,,,llki atau suami rajin kemasjid, terkenal dgn alimnya..tp istri??anak2 perempuan?anak2 lekai?tgk cara pemakain mereka..jika lelaki yg berilmu beriman dan berpengetahuan agama..mereka akan menjaga mendidik isteri. anak2 untuk menjaga aurat mereka..ini tdak apa bleh tgk lelaki hanya beramal pd drinya shaja..tdak ada sikap meminpim..ttpi lbh kpd dipimpin..
sepatutnya hari jumaat menjadi medan lelaki untuk memperoleh ilmu agama dan memantap pengetahuan dr apa yg dprolehi smsa mndngr khutbah..jika seorang ayah membimbing anak istri dengan baik mka khdpan institusi kluarga mnjdi kukuh dan mantap..tp skrang sebaliknya terjadi..jgn menidakkan ..renung2kan wahai semua insan brgelar lelaki..harap solat jumaat akan mnjdi medan ilmuan dalm mengukuhkan dan memperkasakan institusi ISLAM,,wassalam

umar said...

ada betul apa yang saudara cakapkan
saya juga selalu berfikir sebegitu

tetapi perkara yang saya ingin ulas di sini adalah

1) doa di antara dua khutbah - patutnya doa itu kita doa secara individu . kerana pada waktu itu paling mujarab doa .. tetapi ramai di antara kita tidak tahu..

dan saya pernah baca artikel dr asri rasanya yang menyebut doa yang tidak difahami oleh kita sebenarnya bukan lah doa.tidak dimakbulkan rasanya. tidak percaya . cuba bayangkan situasi ini . kalau dah kita dok aminkan doa yang imam baca panjang dalam bahasa arab itu,tetapi kita tidak faham , suddah semestinya kita tidak fokus dalam doa kita. lantas tiada kesungguhan doa disitu.macam mana nak makbul?

then kalau orang doa sndiri,ada mata meliar yang dok melihat,merasa kita ini salah.ni satu fenomena gak orang melayu ni.suke merasa diri dah hebat.padahal doa itu mujarab di dalam bahasa yang difahami kita. kita mintak kat Allah . berbicara dgn Nya.
itu mungkin sebab kita kat Malaysia masih lagi melakukan dosa di majlis2 walaupun sblum majlis memohon panjang lebar doa dalam bahasa arab dijauhkan maksiat .. doa dijadikan seperti upacara. bukan niat ikhlas dari hati .


then yang ke 2
menyentuh tntg menegur anak2 semasa khutbah
setahu saya kita tidak boleh berbicara walaupun untuk mengur orang bising ketika khutbah.ada saya pernah baca.tak ingat mane.jika salah betulkan saya.

yang patut dilakukan adalah ibu bapa sepatutnya ajar dulu anak tu tertib berada di masjid sebelum bawak kat masjid .kalau anak tu kecil lagi,patutnye ibu bapa tu sndiri sembahyang bersama anak di bahagian belakang . di tepi dinding ke.bagi panduan kalau dia bsiing masa khutbah.then masa smyg,anak leh tngok dia. ni kalau dah dia smyg depan , anak umur 7 tahun .. anda rasa la.dia tau ke nak senyap? nak2 jmpe member yang dilepaskan oleh mak bapak gak .

mane leh.diorang pasti bising. tak gune kita berjanggut panjang jika kita la yang menyebabkan surau itu bising.menimbulkan kemarahan orang .mesti orang cakap "siapa la yang tak ajar anak ni? " kan dah menimbulkan fitnah orang.

patutnya anak itu tanggungjawab ibu bapa . selagi dia belum baligh , dosa dia dosa kita.kalau anak buat bising? dosa dapat kat sape ? tentulah kita.

patutnya kita ajar dulu anak tu smbhyg betul2 sume. biar dia pergi masjid itu untuk smbhyg.maknanye bile dia sudah faham . boleh bawak.kalau tak ,ape gune bawak dia kalau dia dok men yoyo dgn member kat belakang. kita membuatkan dia sndiri makin jauh dgn masjid.dan produk yang bakal dilahirkan bile dia dah besar nanti ? dia akan jadi macam mat mat yang bajet romeo duk isap rokok tepi surau masa orang baca khutbah...

ape yang ditekankan di sini adalah kualiti ibadah.bukan kita orang bawak anak gi masjid .nak ikut gak.jangan.majoriti tak smstinya benar.fikir itu penting. banyakkan baca ilmu agama .

sekian. jika sayaa salah betulkan .lawatilah blog saya sekali .link pon boleh .heheh .terima kasih .

assalamualikum

ooooooooo said...
This comment has been removed by the author.
ooooooooo said...
This comment has been removed by the author.
Sangtawal Sakranta said...

Salam buat Nur Mawaddah,

Terima kasih atas komen.

Sangat setuju dengan pendapat anda.
Ya ,kaum lelaki memang dijadikan untuk memimpin dan seterusnya menjalankan fungsinya sebagai Khalifah Allah di mukabumi ini.

Kadang-kadang kita sedih , contohnya ibu bapa kita sendiri yang tidak mahu belajar , padahal konsep menuntut ilmu dalam islam seperti hadis nabi ialah menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad! mana ada istilah pencen atau rehat dalam menuntut ilmu! contohnya mengaji al-quran atau membetulkan bacaan dan kaedah solat, padahal merekalah yang perlu mengajar dan menjadi imam ketika solat bersama, bukannya anak menantu mereka.

Oleh itu, jika kita sayangkan ibu bapa kita, tegurlah atau ajarlah ilmu kepada ibubapa kita dengan cara yang berhikmah tanpa menyakiti hati mereka.semoga kita sekeluarga mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah swt.

Salam buat saudara Umar,

Terima kasih atas komen yang panjang lebar!

Ya, maksud saya seperti apa yang saudara katakan itu,memang kita tidak boleh bercakap atau menegur sesiapa diwaktu mendengar khutbah itu.Oleh itu ibubapa hendaklah selalu mengingatkan anak-anak ketika sebelum ke masjid lagi. Jika ingin menegur anak-anak buat bising juga, mungkin bahasa isyarat supaya diam boleh dibuat, tapi saya tak pasti pula hukumnya.minta pendapat anda semua.

Tentang nak bawa anak ke masjid bila mereka betul betul pandai solat, itu rasanya tidak berapa tepat, kerana anak-anak ini perlu dibawa selalu sebagai satu motivasi buat mereka, supaya timbul perasaan sayangkan masjid, suka beribadat kat masjid dan dia boleh belajar dari masa ke semasa agar segalanya menjadi semakin sempurna.Fungsi masjid perlu diperluaskan lagi sebenarnya, bukan tempat solat sahaja, seperti di zaman nabi, semua urusan melibatkan umat dan agama bermula di masjid, hatta dalam urusan merangka strategi perang sekalipun.

Khatib membuat pengumuman sebelum khutbah supaya kanak-kanak tidak bercakap atau membuat bising adalah satu usaha yang baik dan mungkin boleh mengurangkan sedikit suasana bising kat masjid bila khutbah diperdengarkan!

Tentang doa tu, saya setuju dengan awak.

Insyaallah saya akan ziarahi blog awak.

wassalam.

Nur Mawaddah Mahdiyah said...

sikap menegur dikalangan melayu atau sesama ISLAM msh kurang lagi..jika seseorng brubah kearah kebaikan pun ada yg mengeji dan mengata sdngkan mereka tidak sedar itu aturan ALLAH..jika brubah lg buruk mkin kita suka sekarng...sift tgur mnegur yg slh dan yg bnr mkin hilng dlm dr mnusia..mreka tkt, malu, rendh dr...dan mcm2 lg...stuju kt2 saudr...jika kt berilmu ktalah yg kn mngur...kt kji dlu knpe mreka jd begitu...kta dekati dan kita cb terapkn dan tegur secara berkias contohnya..kta mngji drumh,,kita adakn tazkirh pendek slps slt jemaah dan melalui dri kita juga jika kita amlkn bleh dipraktikn..dlm niat mnuntut ilmu, memnegur kbenaran dan berdakwah,,keihlsan itu utma...bila ada kikhlsan kita akn rse 1 tngjwb...
org ISLAm skrng boleh kita lihat,,,suka menggelakkn dan mentertawakn saudra mreka sndri..ini yg parahnya berlku skrng..
bg org tua kita..ermm mmg sdih jika kt mlht mreka msh tdak btol dlm mlkukn ibdh...jd sbgai ank mnntu atau mreka yg berilmu dr mrk mnjd tngjwb kt ...ermm klo sy tak sbr nk keje nk upah gru agama dtg ngjr umah...dan nk bwk mreka pg mekah....doakn sy mmpu buat mcm tuu..insyaAllah..

emilio said...

Saya sayang budak2, jadi pada saya tidak salah membiasakan mereka ke masjid, jika tidak sempurna ibadah mereka kita bertanggungjawab menunggu mereka sewaktu mereka solat di rumah, sekolah atau surau, pegang anggota mereka, perbetulkan bacaan mereka sehingga mereka jadi pandai dan tidak menjadi liabiliti lagi.Tentang bercakap didalam Jumaat, memang hadith yang masyhur kata samada kita bercakap atau pun menyuruh orang lain diam, sama-sama hilang Jumaatnya, tetapi ada juga hadith sewaktu Rasulullah berkhutbah, ada pemuda menyoal baginda tentang isi khutbah dan baginda menjawab soalan tu..jadi terdapat pelbagai tafsiran dari dua keadaan itu, wallahuaklam.

Anonymous said...

Salam

Sapa yg buat ni.. reja hari Jumaat, cuti hari SUN-day??

Dah.. semua nak kalut, budak2 dgn baju skolah yg mcm baru turun bendang. Org tua dok kalut pasai reja, bila khutbah lama skit mula kata, "imam ni dok merapu apa lagi".

Kan best kalau cuti hari Jumaat,
1.Ruang untuk mendidik anak2 pasai persiapan dan tertib bila ada di masjid lebih luas, rasanya cam ni lebih menusuk kalbu sebab sat gi dia nak pi masjid. Ajaq n impliment trus.
2.Pemantauan di masjid lebih berkesan(bukan reja tok siak aja), x yah pikiaq pasai reja, sebelum imam naik mimbar la.
3.Bleh pi masjid awai2 (kalau nak ajaq anak tu lagi baguih) blk lewat2
4.Lebih Khusuq, x yah dok stress n kalut pasai reja.

Buat Nur Mawaddah,

Jgn kata cam tu, patut kena ada ayat "bukan semua lelaki cam tu".
Mmg betoi apa yg awak ckp, itu adalah antara hikmah besaq solat Jumaat selain dari MENGERUNKAN MUSUH-MUSUH ISLAM. Sesungguhnya terlalu besar hikmah solat Jumaat.

Sangtawal Sakranta said...

Salam buat Nur mawaddah.

Terima kasih atas komen yang bernas.

Sangat setuju dengan komen saudari.

Amat berbesar hati bila saudari mempunyai cita-cita untuk menghantar kedua orang tua ke Mekah bila bekerja nanti.
Semoga apa yang saudari hajati dipermudahkan dan diperkenankan oleh Allah swt.

Semoga saudari menemui kebahagian sejati yang dicari-cari selama ini di sana! :)

cuma bagi saya, kebahagiaan itu letaknya dalam hati walau kemanapun kita pergi.


Salam buat Emilio,

terima kasih atas kunjungan dan komen.

Bagus sikap saudara yang sayangkan kanak-kanak.memang Nabi kita juga mempunyai sifat kasih sayang kepada kanak-kanak.Terima kasih atas pendapat tentang hal bercakap dalam masjid itu.

saya setuju dengan saudara, anak-anak perlu dididik dan diajar dengan kasih sayang selalu supaya mereka cintakan ilmu dan amal.

Salam buat anon @4.00pm.

terima kasih atas komen.

Ya saya juga sangat setuju kalau hari Jumaat diberikan cuti ,tukar dengan hari ahad walaupun saya bukan kerja dengan kerajaan.Supaya hari jumaat lebih meriah dan lebih bermakna untuk iman dan amal.

wassalam.

mann bravo said...

assalamualaikum,

ini adalah pendapat saya ... minta maaf jika ia berlawanan dengan pendapat yang lain ....
ermmm .... sesungguhnya apabila blog atau laman blog membicarakan topik .. samaada artikel keilmuan atau politik, kewangan ... secara automatiknya ... ulasan yang akan diberikan bersifat lebih kepada "teori" atau "terikut" dengan topik yang akan dibicarakan ..... apapun apa saja komen itu ... ia adalah ilmu, dan saya secara peribadi amat suka membacanya ... terima kasih ...

mengenai sikap kanak kanak yang membuat bising didalam surau atau masjid .... sememangnya ini adalah tanggungjawab ibu bapa, semua orang tahu perkara ini. Semestinya apabila kita duduk sahaja didalam masjid .. secara auto nya kita mahu beribadat, kekononnya ibadat itu penting ... memang benar ibadat itu penting, sampaikan tidak mampu memarahi anaknya sendiri ... kerana apa ?? sure jawapannya sebab itu budak kecil ... tidak tahu apa apa ...jadi benda ini akan berlarutan, sudah semestinya ibu bapa tadi sudah memberitahu anak anaknya supaya tidak bermain/bergurau didalam masjid, tetapi fahamkah mereka ?? Ambil situasi jika anak anak saudara/saudari terjumpa kawan kawan taskanya ... bagaimana agaknya situasi begitu, sedang kita solat tetiba mereka bermain .. adakah mau saja dibatalkan saja solat itu ?? Sedangkan masing masing sudah memberitahu awal awal nasihat apabila berada di surau. Agaknya ibubapa tadi ke surau hanya solat sunat terawih sahaja kot, ialah ... hari biasa mungkin sukar nak ke masjid, sibuk bekerja sakan. Kalau solat sunat terawih/aidiladha/aidilfitri lain pula ceritanya, kawan kawan se-taman pasti datang ke surau/masjid. Mungkin sebab KEALPAAN ibu bapa yang jarang ke surau membuatkan kanak kanak jadi begitu. Maafkan .. jika saya silap ...


Mengenai komen pasal "lelaki". Mereka adalah "kepala" keluarga. Samaada mereka ini "alim", smua amalan hanya Allah saja yang tahu. Masing masing ada nafsu, lelaki alim pun ada nafsu juga sama seperti wanita. Apabila masuk bab berpakaian atau dari segi sikap dan kelakuan, saya berpendapat terpulang kepada individu itu sendiri bagaiman ia menjalani kehidupan seharian. Pendek kata kehidupan seharian kita maybe menentang "nafsu", jika kita tewas ... maka terteralah dihadapan kita cara pemakaian atau pemikiran anak anak kita sendiri. Tiada isteri/suami yang tidak mahu melihat anak gadis/lelaki mereka cantik seperti ibunya/ayahnya, lalu dipakaikan pakaian yang menjolok mata, dan tidak ada isteri/suami yang mahu anaknya terjebak dengan perkara negatif, lalu diajarnya sifat sifat terpuji, tetapi sanggupkah kita ??? kita mungkin dianggap kolot .... siapa yang mahu dianggap kolot ??? benda ini akan berterusan .. kcuali jika ada kesedaran, samaada lelaki atau wanita .. masing masing ada tanggungjawab. Dunia semakin maju ...... agenda "hidden hand" pun semakin rakus, waspadalah selalu ....

Pasal bab "berdoa" .. saya suka membacanya komen dari pembaca ... kerana kita meminta dari Allah tentang sesuatu yang diniatkan. Bagi saya yang rendah ilmu ini, apapun janganlah sekali kita menidakkan benda yang baik jika sebenarnya ia memang baik.Bagi saya atau sesiapa yang tidak memahami bahasa arab, mungkin seolah olah kita tertipu .. ialah .. tak faham apa yang cuba di "doa"kan oleh imam, tapi yang pasti sure benda yang baik kan ....


Apapun .. bermanfaat membaca artikel ini, banyak ilmu diperolehi. Terukan usaha .....

Sangtawal Sakranta said...

Salam buat mann bravo.

Terima kasih atas komen anda.
Ya, sangat setuju dengan pendapat anda, mungkin anak-anak jarang dibawa ke masjid untuk solat berjamaah, itu sebabnya mereka 'terbuat bising' bila bertemu dengan rakan-rakan mereka walaupun sudah diingatkan oleh si ayah ketika dirumah lagi.

berkaitan dengan doa , juga setuju dengan anda, tapi kalau boleh usahakan setiap doa yang kita baca itu kita faham maksudnya dan lebih baik berdoa dalam bahasa arab.kalau tak boleh boleh doakan dalam bahasa yang kita fahami saja.

wassalam.

Anonymous said...

CUTI HARI JUMAAT....
CUTI HARI JUMAAT....
CUTI HARI JUMAAT....
MARI KITA KEMPEN CUTI HARI JUMAAT....
kebnyakkan kita nih solat jumaat di tmpt kita bekerja.... bukannyer di kariah kita....

Sangtawal Sakranta said...

salam buat anon @ 10.10pm.

Ya, mari kita kempen cuti hari Jumaat.
setuju dengan anda :)

wassalam

Anonymous said...

Saudara tak sentuh pula pasal orang yg berniaga di hari Jumaat.Bilal dah habis azan pun masih lagi leka meniaga....Ada ustaz kata hukum nya haram jualbeli tersebut.Wallahualam>..

Sangtawal Sakranta said...

Salam buat anon @ 11.07pm,

Ya, benar sekali seperti apa yang saudara sebut tu, saya terlepas pandang perkara tersebut untuk ditulis, terima kasih saudara!

wassalam.

Anonymous said...

Baru terbaca kisah tuan.. padahal dah lama artikel ni.. thanks buatkan artikel ni.. sebiji mcm apa yg saya rasa n lalui sepanjang pemerhatian pada umat melayu ni. Semoga diberi kesedaran pada yg lain2 juga dan smoga kita semua sama2 masuk syurga.