Tuesday, December 23, 2008

Puisi : Hikayat Sangtawal ( 1 )






Akulah Sangtawal.
Raja Tilam juga namaku,
Empayar Melayur dulunya kekuasaanku,
Akulah cicit Maharaja Bukit Siguntang itu.
Titisan darah iskandar zulkarnain juga mengalir ditubuhku

Bapaku bernama Sakranta,
pemerintah Empayar Jawaka,
Berketurunan dari negara Medang Gana dan Langkasuka
Di akhir abad pertama masihi.

Keturunan ku dari susur galur Empayar Jawadwipa
Suwarnabhumi ( Semenanjung emas) juga jadi sebutannya,
Dari situlah munculnya tamaddun bangsaku:
Al-Jawiyun nama gelarannya,
Tanah jawi tempat asalnya.

Kemuncak zaman keagunganku di abad ke 13.
Pada 1339,bersama sahabatku Gajah Mada,
Kurangkumkan negara diutara semenanjung swarnabhumi,
Campa,Kemboja dan Samudera - Pasai,
Bersatu di bawah Empayar Chermin.
Yang gah bernama Nusantara.


Inilah silsilah keturunanku:

Anakku Raja Bharubhasa ,putera sulungku,
ku beri gelarannya Sultan Jiddah,
Sultan Mahmud shah juga gelarannya.
Langkasuka negaranya.
Bersemayam gagah di Kota Mahligai,
Mengusir jauh Raja Bersiong,
Lalu menakluk Gangga Negara.
Bergabung dengan Mapahit dibawah Gajah Mada,
Untuk kegemilangan Pamalayu Kertanegara di Nusantara.
Lalu menakluk Champa,Kemboja dan Samudera,
Menjadi Empayar Chermin yang terkemuka.

Anakku ini katanya mangkat 1362,
Namun kutahu putera perkasa ku ini ghaib begitu saja.
Kalau mangkat dimana makamnya?



Cucuku Raja Baharun anakanda Raja Barubhasa menakluki Tiktawilwa
Lalu Tiktawilwa ditukar namanya kepada Singa Negara,
Cucu cicitnya kini menyebutnya Senggora atau Songkla.

Cucuku Raja Ibrahim anakanda Raja barubhasa
itulah digelar Pra Ong Mahawangsa,
Dialah nenek moyang raja raja kedah kini.

Cucuku Raja Tanjung Pura anakanda Raja Barubhasa
Atau digelar Sultan Baki Syah
Raja Cermin juga gelarannya.
Keturunan kesultanan kelantan dan Champa
adalah darinya.



Anakku Singa Dhiraja,putera ku yang kedua,
Ku beri gelarannya Sultan Sulaiman Syah,
Langkasuka lama atau Wurawari negaranya,
Cucuku Raja Negeri Mahligai anakanda Singa Dhiraja
Juga digelar Phya Kurub Mahayana
Cicitku Sultan ismail syah,anakanda Raja Negeri Mahligai
Juga digelar Phya Tu NakPa
Darinya bermulanya kerajaan Patani Darussalam.
Cicitku inilah sultan pertama menyebut shahadat dibumi nusantara,
Lalu digelar Sultan Ismail Zilullah Fiil-Alam.
Yang bererti bayangan Allah di mukabumi.


Puteri sulung ku Puteri Urduga,
ku beri gelarannya Cik Siti Wan Kembang.
Tanah Seindah Sekebun Bunga negaranya.
Terpahat namanya di Batu Bersurat Minye Tujuh di Aceh
Tertulis di situ “Warda Rahmatullah berketurunan Barubhasa,
mangkatnya pada jumaat 14 zulhijjah 781 hijrah
bersamaan 1380 Masihi.
Puteri Sadong anak angkatnya,
Juga ghaib hilang entah dimana.



Puteriku yang kedua Puteri Chendana,
Kukahwinkan dia dengan Sultan Malikul Zahir
Iaitu cucunda kepada Sultan Malikul Salih
atau Merah Silu,Sultan lagi wali yang tersohor itu.
Dari keturunan keduanya kah lahirnya Al-mahdi itu?
Yang memiliki titisan darah dan nasab keturunan
Hingga kepada Rasulullah dan dari iskandar Zulkarnain
Yang terkumpul padanya dua kekuatan
Kekuatan Rohani dan Fizikal
Yang akan membawa panji hitam dari timur
Panji kebenaran diakhir zaman




Puteriku yang ketiga Puteri Linang Cahaya.
Kukahwinkan dia dengan Syed Hussien Jamaluddin Kubra,
Dari keturunan keduanya lahirlah Syed Ali Nurul Alam
Yang juga digelar Sultan Qumbul atau Patih Gajah Mada,
Merupakan moyang kepada wali songo yang ternama itu.
Dari keturunan keduanya kah akan lahirnya Bani Tamim itu?
Yang disebut pembantu Al-Mahdi di akhir zaman.



Akulah Sangtawal Sakranta….
Aku kembali mencari negaraku yang hilang.
Aku kembali mencari keturunanku yang hilang.
Aku kembali mencari bangsaku yang hilang.
Aku kembali membuka pintalan sejarah dan menuntut kebenaran
Aku kembali mencari politik Pamalayu dari Kertanegara.
Aku kembali mencari Dinar emas bertarikh 577 Hijrah bersamaan 1180M,
Tertulis disitu cop mohor gelaran “Al-Mutawakkil”
Cop mohor diraja Kelantan atau Kelathana atau Medang Gana.

Ku selusuri jejak dari Himalaya ke Funan
Dari Maharaja gunung dan Sailendra
Mudik kehilir Sungai Mekong
Menjejak Campa dan Gangga Negara
Mencari Sriwijaya dan Mataram
Memburu perlak hingga ke pasai
Dari Pasai Ke Samudera
Lalu ku mengerti
Mengapa Aceh,Kedah dan Kalathana
disebut serambi mekah
Ingin kutitip kembali kisah secupak dari istambul itu.


Aku kembali mencari Sheikh Said Barsisa dari Pasai yang datang dari Hadramaut itu.
Beliaulah yang berjasa mengislamkan cucuku Sultan Ismail Zillulah Fiil-alam.
Aku kembali mencari Masjid Kerisek misteri itu untuk dikenang.
Aku kembali mencari meriam patani Sri Negara ,Sri Patani dan Mahalela yang hilang ,
Aku kembali mencari keris taming sari yang jatuh didasar lautan
Aku mencari kembali adinda Sheikh Jamaluddin Kubra
iaitu Sheikh Thanaudin ataupun digelar Sang Adi Putra
Aku kembali mencari Hang Tuah, laksamana melayu yang terbilang
Untuk bertanya kenapa katanya “Takkan melayu hilang didunia”
Aku mencari Jebat kerana aku kagum dengan semangatmu Jebat.



Aku mencari kitab sejarah melayu itu,
Kitab Sulalatus Salatin yang digubah indah
Oleh Tun Sri Lanang ,negarawan terbilang.
Banyak cerita samar di dalamnya,
haruskah ku ubah,atau haruskah ku uji,
Agar cucu cicitku bisa mengerti.




Aku mencari kitab Mahkota raja raja
Yang dikarang indah pembodek negara
Pengkhianat itu bernama sheikh nuruddin
Angkara dialah Sheikh Hamzah fansuri dihina.
Angkara dialah karya agung fansuri dimusnahkan..
Angkara dialah pengikut fansuri dibunuhnya
Masjid Baitulrahman menjadi saksi
Betapa bencana Tsunami telah menjadi bukti
Masjid ini masih megah berdiri
Berkat daulat dan keramat Hamzah fansuri.
Nah …Kebenaran tetap unggul sepanjang zaman


Demi kebenaran aku datang,
Demi kebenaran aku berjuang.
Kerana sejarah itu kebenaran zaman
Sejarah ditulis oleh yang menang,
Putih katanya putihlah sejarah,
Hitam katanya hitamlah sejarah.
Agar cucu cicitku keturunanku
tidak menelan mentah cerita lama
agar cucu cicitku mengerti
agar mereka menilai segalanya
dengan akal dan mata hati


Mana penglipur lara itu yang memutar sejarah.
Mana penglipur lara itu yang mengubah cerita,
Mana dia tok selampit itu yang memadam sejarah.
Mana dia tok dalang wayang kulit itu yang bijak bersandiwara.
Mana dia juara tukang dikir itu yang mempesona .
Mana dia saudagar sejarah,
Mana dia peniaga bangsa.




Mana dia tetamu yang tak diundang
Musafir bermukim dibawah naugan payung mahkota
Telah lupakah dikau asal usulnya dimana
Tidak bersyukur setelah tidak diminta upah ufti atau dinar emas
Apa lagi untuk berterima kasih atas penghormatan Sang Penguasa
Mengadu domba, meminta betis setelah diberikan paha
Lalu bertanya erti ketuanan
Siapa itu ketuanan Melayu katanya
Apakah sewaktu datang mu dulu
negara berdaulat ini tidak beraja tidak bertuan?
sedangkan kakimu yang berpijak itu adalah atas bumi berdaulat
mana ada ketuanan rakyat?
Sekali lagi mereka cuba menipu sejarah
Namun bila panji kebenaran tertegak
pasti
Cerita dongeng mereka akan berselerak


Bukalah kembali hikayat raja-raja Pasai.
Didalamnya tercatat jelas sabda junjungan
Wasiat Rasul dikeji jangan
Kebenaran pasti datang dari bumi Samudera- negeri dibawah angin
Yang bernama Nusantara.


Mana zuriat keturunanku yang pernah hilang
Mana dia bangsa jawiku yang terbuang
Mana Empayar melayur yang hilang
Mana Empayar Cermin yang pernah terbilang
Moga ketemu diakhir zaman
Moga bersatu diakhir zaman
Moga menang keakhir zaman
Bersama kita nantikan...


Nukilan : Sangtawal Sakranta ….ahad ,21.12.2008 at 7.25am.

31 comments:

Pok Teh said...

teruskan perjuangan tuan
kita perlu menyingkap kembali tabir sejarah agar kebenaran dapat ditegakkan
semoga berjaya diperjuangan...

sangtawal said...

salam pok teh

terima kasih atas sokongan dan komen yang diberi.

memang...sejarah selalu ditulis oleh mereka yang menang...

oleh itu kita tidak harus menelan mentah sejarah lama begitu saja tanpa membuat kajian dan menilai semula secara ilmiah.

sejarah melayu yang ditulis oleh Tun Seri Lanang pun banyak kesamarannya...mungkin ada fakta yang cuba disembunyikan demi kebaikan melayu olehnya...kerana sewaktu beliau mengarang sejarah melayu itu...status beliau adalah sebagai orang tahanan oleh kerajaan Aceh.

apa URL blog pok teh?

LEKIR said...

Assalamualaikum Sangtawal,

Ceritalah sikit pasal Cik Siti Wan Kembang(Dewi Urduja) yang telah membunuh raja Rama Khamheng di dalam satu peperangan

Anonymous said...

Untuk mencari keturunan Raja Bharubhasa, ziarahilah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan, kerana dia ialah salah seorang keturunan Raja Bharubhasa yang masih hidup. Keturunan Raja Bharubhasa tidak pernah hilang. Mungkin tuan dapat banyak manfaat daripadanya serta menjumpai perkara-perkara yang dicari-cari.

AZMIN said...

salam Tuan...saya mohon link kan blog Tuan dengan web site saya...www.selftechgroup.multiply.com.tq

Sangtawal Sakranta said...

salam buat azmi,
silakan!

Mizie said...

Salam...mengikut pembacaan saya...Tn. Guru Nik Aziz salasilahnya dari raja sakti dan raja jembal yang keturunannya dari raja bersiong yang lari ke kelantan atau legeh. raja bersiong atau nama sebenarnya raja sulaiman.
memang kalau mengikut salasilah itu, keturunan raja jembal memang banyak dan mempunyai kelab/persatuan yang kukuh dan tersusun....harap diperbetulkan jika tersalah...

Sangtawal Sakranta said...

salam mizie,

Apa yang saudara kata itu benar!
Jadi,keturunan raja jembal bukan mewarisi kesultanan lama melayu kelantan.

kita mahu cari keturunan Raja Bharubasa yang sebenar!

wassalam.

Kenn said...

Dear Sir,

Request permission to link the 'Puisi' to my blog:-

tersenarai.blogspot.com

I'd like to have it as my personal collection

Thanks.

Sangtawal Sakranta said...

salam kenn,

silakan :)

wassalam.

ikhwanzm said...

Salam sdra,

Puisi yang menusuk kalbu .. bila menghayati maknanya ....
Maaf lambat.. mengomen.. baru terjumpa link saudara ....
Perlu menyelak dari mula sampai habis ..
Mohon utk copy puisi ini .. utk koleksi saya ....

salam perjuangan ...

Sangtawal Sakranta said...

salam ikhwanzm,
terima kasih... sialakn.
selamat membaca.
salam perjuangan!

raden mas aria di-gunung said...

saudara sang tawal,

''Apa yang saudara kata itu benar!
Jadi,keturunan raja jembal bukan mewarisi kesultanan lama melayu kelantan.
kita mahu cari keturunan Raja Bharubasa yang sebenar"

saya tidak tahu sama ada anda ta
hu/pura -pura tahu berkenaan penyataan anda diatas..boleh ceritakan sedikit tentang keturunan raja jembal dan perkaitan dengan raja bersiong jika itu memang ada pada pengetahuan saudara!!!

Sangtawal Sakranta said...

salam raden mas aria,

Bukankah Raja sakti (Long Betong),pembangun dinasti Jembal 1632-1662, adalah anak angkat kepada Datu Abd Kadir?

Raja Patani Besar yang asal berakhir hingga Ratu Kuning.Pada tahun 1650 , Raja Sakti menyerang dan menjatuhkan ratu Kuning lalu menjadi raja bagi patani dan kelantan,dan seterusnya melantik anaknya Raja Bahar menjadi raja patani baru yang bersatu dengan kelantan dibawah Raja Sakti. itu sebabnya jata negeri kelantan ada dua ekor kijang, satu kijang kelantan dan satu lagi kijang bayangan iaitu kijang yg dinisbahkan kepada patani!

wassalam.

raden mas aria di-gunung said...

salam, sang tawal.

betul,tapi bahagian anak angkat kepada sultan/datu abdul kadir itu dari mana sumbernya?

Sangtawal Sakranta said...

salam raden mas,

terima kasih atas komen,

sumber : buku "Raja Campa & Dinasti Jembal Dalam Patani Besar" ditulis oleh Hj Abdul halim Bashah, rujuk salasilah 3, carta di m/s 132,

datu abd kadir ada 2 orang saudara lagi, iaitu Raja Abdul Rahim dan Raja Abdullah.

Ketiga-tiga mereka adalah anak kepada Raja Ekok(sultan Samiruddin- 1605-1616).

Raja Ekok bersaudara dengan Raya Loyor.

Raja Ekok adalah anak kepada Nik Jamaluddin- Pembangun Keluarga Diraja Datu.

wassalam.

HiRuMa_21 said...

Salam. Terharu membaca isi kandungan puisi di atas...Sangat2 bersyukur kepada ALLAH SWT kerana menemukan saya dengan blog ini...Saya baru terjumpa blog saudara sabtu yg lepas...Huraian2 yg sangat mendalam dengan kupasan yg sangat selari dengan fakta...Ilmiah dan spiritual....
Sekadar ingin bertanya tentang statement saudara ini.

"Raja Ekok adalah anak kepada Nik Jamaluddin- Pembangun Keluarga Diraja Datu"
Apakah mereka ini ada perkaitan dengan bangsa Sulu contohnya di Sabah kerana bangsa Sulu juga menggunakan gelaran Datu. Dan ada juga sesetengah org Brunai di sini yg menggunakan nama Datu di hadapan nama mereka. To some point, menamakan nama tempat seperti, Lahad Datu...Sila berikan pendapat saudara...Ribuan terima kasih saya ucapkan... Salam

Sangtawal Sakranta said...

salam buat HiRuMa_21,
terima kasih atas komen.
ya, menarik persoalan yang saudara ajukan itu, memang benar perkataan Datu banyak digunakan seluruh Nusantara. di kelantan sendiri ada nama tempat dipanggil Pengkalan Datu.
tentang kaitan antara Brunai dan sulu, saya tidak pasti tetapi jika membaca sejarah dakwah dari keturunan Syed Hussien Jamaluddin kubra, memang ada utusan dakwah ke kalimantan dan sulu! tetapi tentang salasilah diraja atau ikatan kekeluargaan, saya tidak pasti pula.maaf.

wassalam.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum..
Cuba klik alamat ni,
http://www.geni.com/family-tree/index/6000000001588783679

Susunan susur-galurnya betul tak?

Sangtawal Sakranta said...

salam anon@3.22am,
terima kasih,
nanti saya tengok dulu.

Anonymous said...

Masih ujud keturunan sebenar yang menyimpan kunci dan tongkat akhir zaman. Wasalam

Sri Panji said...

Assalam,

Tahniah dan Terima Kasih diatas Puisi yang puitis.
Mohon,jika tidak keterlaluan dan jika ada kelapangan waktu, pohon kiranya, agar tuan dapat mencatatkan SEJARAH DAN SANSILAH KETURUNAN PANGLIMA HITAM, yang juga dikenali sebagai Awang, Engrique(oleh orang Spenayol),Black (Oleh Inggeris).Sila maklumkembali kepada saya,jika HAJAT tersebut mampu dipenuhi. Terima Kasih.

www.facebook.com/sripanji@gmail.com

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI.

Anonymous said...

as salam Paduka Sri SS,sbenarnya suda lama sy mcari sjarah bangsa sndri yg kejap gelap kejap terang.sy terjumpa blog SS scara kbtulan lbih kurang taun lpas.mgenai nurkilan diatas sy fikir bukan calang2 org bole mrangkumkan dgn begitu lengkap.hampir staun sy berulang kali mbacanya mcari makna tsurat tsirat.sy fikir sudah tentu pnulis tsebut jga myimpan rahsia besa kturunan Maharaja Srimat Trailokjaya Maulibhushanawarma deva:)teruskan pjuangan_W.nazri.

ajm gadang said...

Assalamualaikum Sang Tawal... Indah sungguh puisi tn hamba... penuh bermakna dan menyeluruh ceritamu...
Menaikkan semangat bangsa melayu yang dahagakan kisah sebenar sejarah bangsa dan kehebatan melayu dahulu... Melayu memang perlu dipupuk dan disedarkan bahawa sesungguhnya kita ini adalah dari bangsa yang sebenarnya sangat bertuah dan istimewa... Melayu sememangnya hebat dan harus bangkit dari lamunan, jangan terus dibuai mimpi dan mudah terpengaruh dengan cerita yang sengaja diadakan untuk melemahkan bangsa kita... Jangan sampai bangunkan Naga itu...

Sangkasturi said...

Adat Salam Penjuritan, saya hulurkan.
warisan orang-orang bukit siguntang juga..

ninotaziz said...

Amat terharu membaca puisi indah penuh semangat. Terimakasih.

Salam hormat.

Anonymous said...

assalamualaikum.izinkan ambo share puisi ini di fb ambo.

ayie said...

salam..minta share yer..

zaher rinko said...

Salam Setia Sejagat, Sangtawal ayuhai Raja Tilam juga digelar nama...hamba Zaher nama diberi,asalnya lahir se-negeri dengan Pahlawan Megat Panji Alam,Terengganu Darul Iman,..Bonda hamba berasal dari Negeri Johor berkaturunan Jawa...ayuhai,
mohon kiranya dapat Tuan cheriterakan pada hamba musafir lalu ini akan cheritera mulanya sejarah tanah melayu bumi bertuah...dan molek
juga kiranya dapat diberi gambaran jelas akan asal usul wujudnya hamba-hamba Allah SWT, juga umat Rasulullah SAW.yang dikenali Bangsa Melayu ini...
jika asal hadirnya manusia di bumi Allah SWT ini datangnya se-bapa,se-ibu, Nabi Adam AS & Hawa...
daun selasih hamba lurutkan,jutaan terima kaseh hamba hulurkan...as salam.....

Anonymous said...

assalamualaikum saudaraku sang tawal yang juga raja tilam,
sungguh puitis lagi menarik puisi yang dikarang,,
izinkan hamba share d fb ya..
hamba y hina ini nak bertanya, apa tuan hamba tahu cerita/movie yang bagus & ada perkaitannya dengan perjungan tamadun bangsa melayu kita? selain daripada the queen of langkasuka kat atas tu
semoga segala perjuangan dirahmati Allah, sekian
assalamualaikum

Anonymous said...

ssalamualaikum saudaraku sang tawal yang juga raja tilam,
sungguh puitis lagi menarik puisi yang dikarang,,
Salam kenal dariku di Bandar lampug....Izin share Puisimu...