Thursday, April 25, 2013

PRU 13 : SILA TOLAK ULAMAK JAHAT .



Tajuk : PRU 13: SILA TOLAK ULAMAK JAHAT

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.

Salam semua. 

Maaf kerana sudah lama tidak menulis. 

Menjelang PRU 13, lebih elok jika saya keluarkan satu artikel pendek buat renungan bersama. Ini adalah pendapat saya. Bagi mereka yang tidak bersependapat dengan saya, terpulang kepada mereka, itu hak mereka untuk tidak bersependapat.Lagi elok jika tidak terus membaca artikel ini. 

Untuk mencari dan menanti sebuah kerajaan yang sempurna, rasanya agak mustahil.Oleh itu pilihlah kerajaan yang sedia ada kerana bagi saya ia adalah sebuah kerajaan yang terbaik setakat ini. Mungkin ada diantara pembaca yang menuduh saya seorang pendokong demokrasi atau pembela sekular, jawapannya tidak.Saya adalah pencinta keamanan dan selalu berharap agar sistem khilafah akan muncul.Namun bilakah masanya ia akan muncul? Bilakah Al-Mahdi akan di islahkan? Kita tidak tahu …. Oleh itu, sementara menanti terbitnya sirna daulah islam dan panji hitam dari timur, rasanya lebih baik berpayung dulu dibawah kerajaan yang sudah sedia ada ini. 

Keamanan dan kebebasan menunaikan ibadat sebagai seorang muslim tidak pernah terhalang oleh penguatkuasaan undang-undang kerajaan yang sedia ada.Terpulang kepada kita sendiri sebanyak mana bekalan pahala yang mahu dicari. Ingin bermunajat sepanjang malam di rumah sendiri, ingin beriktikaf sepanjang malam di masjid-masjid, ingin menjalankan program-program keagamaan, kita diberi peluang seluas-luasnya. Jadi, Tanya diri sendiri, mana yang lebih penting, antara mencari bekalan untuk diri sendiri dan ahli keluarga atau asyik nak bersibuk untuk mentarbiah orang lain , sibuk merangka hudud ikut selera sendiri atau asyik berangan angan menubuhkan sebuah Negara Islam yang kononnya penuh berkebajikan. 

Mari kita tolak ulamak jahat yang menggadai kalimah Allah dan membela penzina.Tolak ulamak yang mudah diperbodohkan oleh kafir DAP. Tolak ulamak jahat yang sudah bersetuju untuk TIDAK menubuhkan sebuah Negara Islam jika mereka berjaya memerintah Malaysia sedangkan dalam kempen dan ceramah mereka , mereka masih menggula-gulakan penyokong taksub mereka dengan hukum hudud dan fantasi sebuah Negara Islam yang kononnya amat berkebajikan.Hairan sungguh saya, sekarang ini sudah ada pula suara suara ulamak jahat dalam pakatan rakyat yang menafikan akan menjalankan hukum hudud sekiranya berjaya dalam PRU 13 nanti, kononnya tidak boleh ada dua sistem undang-undang berjalan serentak [hudud dan sivil] dan mengatakan hukum hudud masih tidak sesuai pada masa kini! Dulu mengata orang yang lebih, kini mulut-mulut mereka pula yang bersuara, ibarat meludah kelangit, kini rela menelan kembali dek kerana gila kuasa untuk ke Putrajaya . 

Masih segar dalam ingatan saya ketika Tun Dr Mahathir mula merangka dan membina Putrajaya, pihak pembangkang menuduh itu adalah projek pembaziran mega, projek gajah putih, dan ada diantara mereka berkata jika pihak mereka menang dan berjaya menawan Putrajaya, perkara pertama yang akan mereka lakukan ialah melelong Putrajaya.Tapi kini adalah sebaliknya, cakap tak serupa bikin atau si munafik-munafik ini berebut-rebut untuk mengambil alih Putrajaya pula. 

Tolak Ulamak jahat yang sudah usang dan sudah luput tempoh. Fikir dengan akal, bagaimana mereka boleh mentadbir negeri dan bekerja untuk rakyat sedangkan diri mereka sendiri sudah nyanyuk, selalu tidur dan sering dipapah oleh rakyat.Mereka adalah manusia biasa bukannya wali yang boleh mentadbir sebuah Negara dari atas tikar sejadah! Mereka perlu bekerja untuk rakyat.Mereka perlu berjuang menegakkan syiar islam mengikut garis garis panduan yang ditetapkan Al-Quran dan hadis bukannya berjuang mengikut fatwa-fatwa sesat politik pemimpin mereka. Mereka perlu memperbanyakkan masjid bukannya memperbanyakkan berhala atau menambah lesen menjual arak agar tidak diejek oleh rakyat sebagai sebuah negeri Serambi maksiat yang membangun bersama berhala!

Mereka perlu membendung aktiviti pelacuran dan judi bukannya sengaja menutup mata atau memekakkan telinga demi menjaga hati teman dalam pakatan.Ulamak jahat juga telah memecat keahlian teman mereka yang berusaha menutup premis-premis arak dan pelacuran kerana tunduk dengan desakan kafir DAP.Laungan azan yang selalu berkumandang hendaklah diperlahankan.Fikir dengan akal, jika perkara seperti azan pun ingin dihapuskan, bagaimana agaknya bila teman mereka iaitu ulamak jahat ingin menubuhkan sebuah Negara islam dan menjalankan hukum hudud, sudah pasti mereka tidak akan benarkan. 

Tolak ulamak jahat dan kerajaannya yang pada hemat saya lebih jahat dari Israel, kerana Israel tidak memberi hak milik tanah rakyat mereka kepada orang lain, malah makin meluaskan penempatan tanah haram mereka untuk rakyat mereka sedangkan kerajaan bertuankan ulamak jahat adalah kerajaan yang memberi tanah dan balak yang sepatutnya milik rakyat kepada orang asing. 

Tolak ulamak cari makan yang membuat projek di bawah nama rakyat seperti ladang rakyat , lebuhraya rakyat , kambing rakyat dan sebagainya tetapi dengan rakus mengaut keuntungan duniawi kepada mereka. Oleh itu, daripada mereka dok berjuang bertopengkan islam, rasanya lebih elok mereka berfikir dan berikhtiar untuk menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat, agar rakyat boleh mandi , mandi junub, berwuduk dan minum dengan sempurna! 

Tolak pemimpin bertaraf super- auta, pengamal kronisme, nepotisme, pejuang politik dan parti anak beranak.Tolak pemimpin yang suka gomol bini orang atau gondol jantan dari belakang.Tolak pemimpin yang suka menabur janji janji kosong, yang suka memberi harapan harapan ganjil, yang suka menuduh orang lain berkonspirasi dan menabur fitnah kepadanya sedangkan merekalah juara pemfitnah dan pemain sandiwara yang sebenar! Mereka ini kalau diberi kuasa, pasti akan menjual agama dan tanah air kepada musuh-musuh yang sudah sekian lama mengidam bumi emas ini. 

Tolak kerajaan yang kononnya berpakat iaitu Pakatan Rakyat, padahal dalam PRU kali ini pun kita sudah Nampak yang mereka tidak boleh berpakat dan terbukti masih mahu berentap di 7 kerusi.Dalam isu hukum hudud dan Negara islam hatta untuk melantik siapa bakal PM pun mereka masih belum bersepakat.Jika mereka menang , nescaya akan terabailah nasib rakyat kerana mereka asyik dok berbalah sesama sendiri.Kini pun sudah ada khabar dari mulut pemimpin mereka juga yang calon mereka adalah penjual pil kuda dan pejuang fahaman komunis.Jika benar inilah pemimpin yang mereka pilih,maka tunggulah malapetaka besar yang akan menimpa anak cucu kita! 

Buat solat istikharah, minta petunjuk dari Allah di malam sunyi sepi,bukan bersujud diatas jalanraya mencium tahi lembu dan menunjuk nunjuk dihari penamaan calon saja. Fikir dengan akal waras yang Allah swt kurniakan, jangan turut emosi atau nafsu ammarah, kerana kita dan anak cucu kita juga yang akan rugi.Kita masih ada masa untuk berfikir, dan bila diberi pilihan untuk memilih, maka pilihlah dengan kerana Allah swt, pihak manakah yang akan menjaga nasib agama, bangsa dan tanahair kita.Sesungguhnya kita akan ditanya nanti oleh Allah swt tentang apa yang kita lakukan pada hari ini. 

Ingat, sila tolak ulamak jahat! 

Sila tolak ulamak spender yang perasan alim di mata masyarakat tetapi berwajah syaitan bila orang tak nampak. 

Ingat, satu undi kita, penentu nasib agama, bangsa dan anak cucu kita! 

Sekali lagi, sila tolak ulamak jahat!

Sila tolak Ulamak bermulut jahat yang kata “ Bila DAP terima Pas, maksudnya DAP terima islam”.

Sila tolak ulamak jahat yang perasan jadi wakil tuhan, penentu dosa pahala orang, penjamin syorga-loka yang celaka! 

Selamat Mengundi, 

 


 

Tuesday, February 05, 2013

Siapakah Ulamak Jahat ?


Tajuk : Siapakah Ulamak Jahat ? 

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta 

Tulis Sheikh Abdul Samad Al-Falimbani, dalam kitabnya “Hidayah Al-Salikin Fi Suluki Maslaki Al-Muttaqin” : “Seorang yang menuntut ilmu, maka dijadikan ilmunya itu sebab kepada membanyakkan harta dan kemegahan dan kebesaran dan kemuliaan dan supaya banyak orang yang mengikut dia dan supaya banyak orang kasih kepadanya dan supaya mudah dapat segala hajatnya, pada hal mereka itu tiada diingat akan perbuatannya dan qasadnya itu jahat kerana disangkanya akan dirinya itu hampir kepada Allah Ta’ala kerana ia berupa dengan rupa ulama dan berlaku seperti kelakuan ulama pada zahirnya tetapi di dalam hatinya sangat kasih kepada dunia dan kemuliaannya.Maka mereka itulah orang yang dapat binasa di dalam akhirat dan yang sangat kurang akal mereka itu lagi terpedaya dan sesat ia lagi menyesatkan orang lain dan mereka itulah sejahat-jahat dari ulama yang dikata oleh Nabi SAW dengan sabdanya bermaksud : “Aku terlebih takut atas kamu daripada Dajjal akan seorang lain daripada Dajjal.Maka sembah sahabat: siapa mereka itu , ya Rasulullah?, maka sabdanya: Mereka itulah ulama yang jahat”. 

Saudaraku sekalian, barangkali di Negara ini pun sudah ada ulamak jahat. Saya ambil beberapa contoh sifat ulamak jahat untuk kita renungi. Ulamak jahat cuba menidakkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Mereka menuduh Negara ini sebuah Negara sekular dan perlembagaan yang digunapakai adalah yang digubal oleh orang kafir.Ulamak jahat mendakwa hanya puak mereka yang paling islamik dan berjuang untuk menegakkan sebuah Negara Islam. Cuba lapangkan dada dan dengar baik baik kupasan oleh seorang peguam dibawah : Saudaraku sekalian, Ulamak jahat juga bersetuju kalimah Allah digunapakai oleh orang kafir dalam kitab agama mereka. Mungkin ulamak jahat juga suka dan setuju bila Bible ditilawahkan dalam bahasa arab seperti di bawah ini: Saudaraku sekalian, siapakah Ulamak jahat yang jahatnya melebihi Dajjal seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah saw itu? 

Fikir-fikirkanlah sendiri. 

Artikel ke-259 Sangtawal Sakranta...

Sunday, December 23, 2012

Antara Tanda Hampir Kiamat : Diangkatnya Ilmu dan Diturunkan Kejahilan


Tajuk : Antara Tanda Hampir Kiamat : Diangkatnya Ilmu dan Diturunkan Kejahilan. 

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta 

Rasulullah saw telah bersabda :
“Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu dengan sekali cabutan dari manusia, akan tetapi dengan cara mencabut ( mematikan ) para ulamak sehingga apabila tidak ada lagi ulamak yang tertinggal, maka manusia akan mengangkat para pemimpin yang jahil, kemudian mereka ditanya (tentang hukum-hukum di dalam agama) maka mereka berfatwa tanpa berdasarkan ilmu, maka mereka itu sesat lagi menyesatkan (orang lain) “ 
[ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim] 

Bila seorang ulamak yang benar-benar berilmu dan bertaraf Mujtahid telah meninggal, maka tinggallah para ulamak yang bertaraf Muqallid (yang hanya dapat mengikuti fatwa yang ada tanpa tahu dalil dan ijtihad) dan orang yang mendakwa mempunyai ilmu serta orang yang masih sedang belajar, mereka dengan sewenang-wenang mengeluarkan fatwa, sedangkan mereka itu tidak layak ( tidak sah ) berfatwa dalam agama Allah. Lalu keluarlah pelbagai fatwa sonsang dan mengelirukan orang awam. Sesiapa yang mengikuti fatwa yang mengelirukan akan sesat. 
( Lihat kitab Fathul Bari,Kitab Al-Iktisham bi Al-Kitab wa As-Sunnah Juz 13, halaman 287  ) 

Oleh itu sekiranya ada ulamak yang merasakan dirinya tidak layak berfatwa tetapi telah mengeluarkan fatwa atau kenyataan yang boleh mengelirukan umat serta menimbulkan pecah belah dalam masyarakat, masih ada peluang lagi untuk menarik balik fatwanya serta memohon ampun kepada Allah swt dan itu adalah terlebih baik baginya. 

Kepada ulamak-ulamak yang yang telah menjual akhirat mereka demi untuk habuan dunia seperti untuk kuasa politik atau harta benda  atau mereka yang telah memperalatkan agama untuk tujuan politik peribadi, semoga cepat-cepat bertaubat kerana pintu taubat masih terbuka luas dan sesungguhnya Allah swt Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

* [ Artikel ke- 266 Sangtawal Sakranta ]...

Tuesday, December 11, 2012

Penafian Sangtawal Tentang FB


Salam buat pembaca Blog Sangtawal Sakranta sekalian.

Maaf kerana sejak kebelakangan ini saya kurang menulis dan menghasilkan artikel baru.Saya sihat, cuma agak sibuk dengan urusan peribadi dan kerja.InsyaAllah jika diizinkan Allah swt, saya akan terus menulis semula di blog kesayangan saya ini.

Disini saya ingin menafikan bahawa akaun Facebook yang menggunakan nama Sangtawal Sakranta (SS)  itu bukan milik saya.Oleh itu kepada sesiapa yang menyamar sebagai SS hendaklah berhenti berbuat demikian.

Sekian.



Monday, November 19, 2012

PELITA HIDUP

Thursday, September 20, 2012

Sheikh Abdul Qadir Mendengar Suara Syaitan Mengaku Dirinya Allah

Tajuk : Sheikh Abdul Qadir Mendengar Suara Syaitan Mengaku Dirinya Allah. 

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta. 

Saya ingin berkongsi kisah Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jailani yang cuba diperdayakan oleh syaitan.Kisah ini diceritakan sendiri oleh beliau. 

Beliau berkata: "Pada suatu ketika, saya ternampak suatu cahaya terang benderang yang memenuhi seluruh langit. Kemudian suatu bentuk manusia kelihatan di dalamnya dan ia berkata: “Wahai Abdul Qadir, akulah Allah, Tuhanmu. Aku telah menghalalkan segala perkara yang haram bagimu.” 

Saya menjawab: “Berambuslah wahai syaitan.” 

“Sebaik sahaja saya mengucapkan kata tersebut, cahaya di langit tadi bertukar menjadi gelap dan bentuk manusia itu mendesir menjadi asap. Kemudian saya terdengar orang berkata: “Wahai Abdul Qadir, aku telah menyesatkan tujuh puluh Ahli al-Sufi dengan cara ini, tetapi Allah telah menyelamatkan kamu disebabkan ilmu dan takwamu”. “ Mendengar kata itu, saya pun membalas: 'Tidak. Itu cuma rahmat Allah s.w.t.' " 

Sesudah Sheikh Abdul Qadir menceritakan peristiwa tersebut , maka salah seorang pendengar bertanya: "Bagaimana kamu tahu bahawa itu adalah syaitan?' "Ketika dia berkata bahawa dia telah menghalalkan bagi saya perkara haram." Jawab Sheikh Abdul Qadir. 

Beliau selalu memberitahu muridnya bahawa apa-apa amalan yang bercanggah dengan suruhan Allah, maka sudah tentu itu adalah amalan daripada syaitan.Oleh itu hendaklah seseorang itu kembali kepada ajaran syariat, mengukuhkan iman dan melawan kecenderungan nafsu dengan bersungguh-sungguh kerana apa jua yang tidak dibenarkan oleh syarak sudah tentu ianya menyesatkan. 

Oleh itu, sesiapa yang mendakwa bahawa dirinya telah mendengar suara Allah pada hari ini, maka berhati-hatilah dengan orang itu kerana ternyata dia telah mendengar bisikan syaitan. Mungkin syaitan mudah mendampingi dan membantu golongan yang mahu menjadikan syaitan sebagai kawan mereka berbanding dengan manusia seagama dan sebangsa dengan mereka walaupun Allah swt telah berkali-kali menegaskan kepada kita dalam al-Quran bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kita.


 


*[ Artikel ke-255  Sangtawal Sakranta ...]


Thursday, August 30, 2012

Merdekalah Jiwa Bangsaku



Tajuk : Merdekalah Jiwa Bangsaku! 

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta. 

Kita di ambang tarikh merdeka.Elok rasanya kita mengenang sejenak sejarah dan perjuangan nenek moyang kita sebagai iktibar untuk semua.Tidak dinafikan lagi teramat perit dan jerih mereka berjuang dalam menuntut kemerdekaan, namun lebih perit lagi bagi kita generasi kini dan mendatang untuk mengisi erti kemerdekaan itu. 

Kesultanan Melayu Melaka yang gah selama 110 tahun musnah dan tumbang dalam masa 10 hari saja oleh Portugis. Selepas itu kita dijajah oleh kuasa-kuasa asing silih berganti. Sifat mementingkan diri sendiri, dengki khianat dan perpecahan sesama sendiri adalah punca kelemahan dan jatuhnya Empayar Melayu. 

Kuasa-kuasa asing dari dulu hingga kini amat mengidam untuk menakluki tanah melayu, kerana bumi yang kita pijak ini kaya dengan emas, bijih timah, bijih besi dan subur untuk tanaman getah, kelapa sawit dan sebagainya. 

Oleh kerana bimbang kuasa raja dan orang melayu hilang, pada tahun 1909 raja-raja melayu telah mencadangkan kepada British agar ditubuhkan satu pasukan tentera yang terdiri dari orang-orang melayu.Untuk mengambil hati raja-raja melayu, maka pihak British bersetuju menubuhkan Rejimen Askar Melayu pada 1 Febuari 1933, itupun selepas mengambil masa berpuluh tahun. Apakan daya, hanya 25 orang anak melayu yang terpilih dari 100 orang calon untuk menjadi rekrut pertama Askar Melayu.Walaupun pada namanya Askar Melayu, tetapi mereka telah dilatih oleh Pegawai tentera British.


   

Percubaan pengambilan rekrut askar melayu tahun 1933 telah meyakinkan Pihak British untuk menambahkan lagi bilangan anggotanya lalu mereka telah menubuhkan sebuah Rejimen Askar Melayu yang terdiri daripada 150 orang anggota pada tahun 1935. Diantara mereka yang terawal memasuki Rejimen Askar Melayu ialah Adnan Saidi pada umur 18 tahun, yang kemudiannya dinaikkan pangkat dengan pantas kerana kecemerlangannya kepada pangkat Leftenan. Beliau adalah satu-satunya Askar Melayu yang diberi kepercayaan untuk terlibat dalam pembarisan memberi hormat dalam upacara pertabalan King George VI di London. Ketika di sana, Leftenan Adnan telah dihadiahkan sepasang Uniform Tentera British oleh King George, Raja England yang baru.  

Rupa-rupanya 2 batalion askar melayu yang ditubuhkan oleh British hanya untuk dijadikan perisai pertahanan untuk menangkis serangan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua, itu saja.Ternyata penubuhan Rejimen Askar Melayu yang disyorkan oleh Raja-Raja Melayu, hanya memberi manfaat kepada British bukan sebaliknya.Satu batalion askar melayu ditempatkan di Pantai Cahaya Bulan Kelantan untuk menyekat kemaraan tentera Jepun dan satu batalion lagi diletakkan di Bukit Candu Singapura. 

Sayang seribu kali sayang, kita kehilangan seorang perwira melayu tulen seperti Allahyarham Leftenan Adnan Saidi. Beliau mati syahid dalam menentang musuh tanahair di Bukit Candu. Sesetengah orang tua berpendapat mengapa British meletakkan pasukan askar yang diketuai oleh Leftenan Adnan di Bukit Candu adalah kerana mereka tahu pasukan askar melayu itu akan berperang dengan bersungguh-sungguh dengan memperjudikan nyawa mereka demi tanahair mereka dan Bukit Candu adalah merupakan kubu terakhir British di Tanah Melayu. 

Tentera British sangat licik dengan menjadikan pasukan askar melayu sebagai benteng manusia, iaitu jika tentera Jepun menyerang Bukit Candu, mereka akan dapat melarikan diri melalui Pasir Panjang dan jika mereka diserang di Pasir panjang, mereka akan meloloskan diri mereka melalui Bukit Candu. Mereka sendiri tidak yakin dengan tentera British, India, Australia ataupun Sikh yang meyertai mereka kerana bumi Melayu bukanlah tanahair mereka untuk dipertahankan sehinggakan terpaksa menggadaikan nyawa. Kalaulah Raja-Raja Melayu telah diberikan kuasa untuk memilih dan membentuk pasukan askar melayu, saya berpendapat Jepun pasti akan dikalahkan dengan mudah. Ambil contoh pertempuran di Pasir Panjang , Askar Melayu dibawah pimpinan Leftenan Adnan telah berjaya mengalahkan tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur , tetapi atas arahan Jeneral A.E Percival, mereka telah diarahkan berpindah dan mempertahankan Bukit Candu. Ia sebenarnya adalah satu muslihat, untuk memudahkan semua tentera British melarikan diri dan mengosongkan markas di Bukit Candu ke Alexandra! Kalau dikira, tidak ada apa-apa pun yang penting di Bukit Candu untuk dipertahankan oleh askar melayu, kalau ada pun hanya ada sebuah Kilang candu milik British di atas bukit tersebut. 

Arwah Leftenan Adnan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir bersama anggota-anggota askar melayu lain yang berjiwa kental dan berani di Bukit Candu. Mereka berjuang dengan laungan takbir Allahuakbar !. Amat sedih bila mengenangkan pasukan askar melayu yang benar-benar berani itu hanya menjadi benteng untuk British. Bila mereka terkepung dan kehabisan peluru, Leftenan Adnan ditangkap, dipukul dan diikat pada sebatang pokok ceri sebelum ditikam dengan bayonet di perutnya oleh Leftenan Renya Mutuguchi. Mayat arwah ditikam bertubi-tubi dengan bayonet dan pedang oleh anggota-anggota tentera jepun yang berdendam atas kematian rakan-rakan mereka ditangan pasukan Leftenan Adnan sebelum itu . Akhirnya mayat arwah Leftenan Adnan yang telah hancur robek itu dibakar pula. 

Kuasa British dalam mencengkam tanah melayu sekian lama hanya dihancurkan oleh tentera Jepun dalam masa 69 hari saja! Jeneral Yamashita telah mengotakan janjinya sehari lebih awal setelah berjanji dihadapan Maharaja Jepun untuk menakluk Tanah Melayu dalam masa 70 hari!

Apa rahsia kejayaan tentera Jepun? Anda semua sudah maklum….jawapannya ialah : semangat juang Kamikaze tentera Jepun … Kesungguhan dan perjuangan jihad Leftenan Adnan dan pasukannya di Bukit candu juga tidak kurang hebatnya. Tentera melayu sebenarnya masih belum diuji dalam ertikata sebenar berperang, berdepan di medan juang. 

Sejarah yang lalu banyak mencatatkan bahawa kekalahan biasanya akibat ditipu oleh musuh.

Bukannya kita sudah lupa bagaimana beraninya tentera Selempang Merah pimpinan Kiyai Salleh untuk menghapuskan seluruh cina komunis di bumi Johor setelah Cina Komunis beberapa kali melanggar  perjanjian damai melayu-cina .Lupakah kita bagaimana cina komunis yang diketuai oleh Ah Seng membunuh pegawai daerah Batu Pahat iaitu Ismail dan selepas itu membunuh pula Qadi daerah Batu Pahat iaitu Tuan Haji Abdullah kerana marah Qadi itu tidak melarang orang melayu islam berkumpul dan sembahyang berjemaah di Masjid seperti yang pihak komunis mahukan. Setelah mengetahui akan kemarahan Kiyai Salleh dan tindakan yang akan diambil , mereka sangat gerun  terutamanya yang tinggal di Batu Pahat dan Muar, malah ada cina komunis yang lari masuk ke hutan semula. Kiyai Salleh digelar “malaikat maut” dikalangan komunis!. 

Nasib baik ada Dato Onn yang ketika itu menyandang jawatan Pegawai Daerah yang baru menghalang niat Kiyai Salleh untuk menyerang cina komunis di Batu Pahat. Kata-kata Dato Onn telah melembutkan hati Kiyai Salleh berbunyi : 

“ Wahai Salleh, aku diamanahkan oleh Sultan Johor (Sultan Ibrahim) untuk mewujudkan perdamaian di Batu Pahat.Sekiranya kamu tidak mahu mendengar cakap aku sebagai pegawai daerah di sini, maka bunuh saja aku.Aku rela korbankan nyawa aku , kemudian kamu buatlah apa-apa sahaja yang kamu suka”. 

Sepatutnya orang cina komunis perlu berterima kasih banyak kepada Dato Onn dalam hal ini kerana jika tidak, sudah pasti seluruh bangsa cina-komunis akan dihapuskan di bumi Johor, atau mungkin ia akan merebak ke seluruh tanahair kerana ketika itu pun perjuangan jihad Kiyai Salleh telah mendapat sokongan yang padu dari orang-orang melayu terutamanya di Batu Pahat dan Muar. 

Sejarah bercerita kepada kita, pejuang dan pendekar sufi melayu tidak pernah kalah berjuang dari dulu hingga sekarang… Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman , Dol Said , Si Bongkok Tanjung Puteri, Datuk Siamang Gagap dan ramai lagi pejuang disebut PENDERHAKA oleh penjajah untuk membelenggu jiwa anak cucu mereka.Oleh itu sehingga kini jiwa kita masih belum merdeka dalam erti kata yang sebenar. 

Bila diteliti sejarah rupanya Moyang Leftenan Adnan yang bernama Alang adalah berasal dari Pagar Ruyung , menetap di Naning dan pernah berjuang menentang penjajah bersama Dol Said. Dalam perang Naning Pertama orang melayu menang keatas tentera British setelah dibantu oleh orang-orang Rembau dan Seri Menanti. Namun dalam perang Naning kedua pada tahun berikutnya, tentera British dapat mengalahkan orang melayu Naning kerana mereka berjaya memujuk dan memperdaya orang-orang Rembau dan Seri Menanti untuk tidak membantu Naning.Dol Said ditipu lalu menyerah kepada British. Setelah dijanjikan pangkat Penghulu dan diberi pengampunan. 

Alang tidak bersetuju untuk menyerah diri kepada British lalu mengambil kesempatan untuk melarikan diri bersama isterinya dari Gunung Pasir ke Kampung Repah.Anak mereka bernama Mukmin adalah ayah kepada Kahar. Kahar inilah pahlawan melayu yang digelar Datuk Siamang Gagap. Dialah pahlawan yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang Inggeris dalam Perang Bukit Putus.Dalam perang ini mereka kalah kerana Inggeris telah dibantu oleh pasukan Datuk Kelana Sungai Ujung yang ramai. Datuk Siamang Gagap masih tidak mahu menyerah kalah lalu berpindah ke Kampung Juaseh dalam daerah Jempol. Dari daerah itu seorang anaknya berpindah dan mudik ke Sungai Beranang lalu menetap di Sungai Ramal dan menyembunyikan identiti dan asal usul mereka kerana tidak mahu diburu oleh Inggeris. Dia adalah ayah kepada Saidi, datuk kepada Leftenan Adnan. 

Cerita bangsat tentera Jepun bukan tamat setelah berjaya membunuh Leftenan Adnan, mereka pergi pula ke kampung Sungai Ramal untuk menangkap bapa Leftenan Adnan, iaitu Pak Saidi. Jeneral Yamashita begitu berdendam dengan Leftenan Adnan kerana dikatakan adik kandungnya maut dirodok dengan bayonet oleh Leftenan Adnan.Walaupun Pak Saidi tahu tentera Jepun datang untuk menangkapnya dan orang-orang kampung sudah puas memujuknya untuk bersembunyi atau melarikan diri, namun darah pejuang yang mendidih ditubuhnya tidak mengizinkan cucu kepada Datuk Siamang Gagap itu untuk berganjak atau berundur walaupun setapak. Malah dia telah bersedia menanti kedatangan tentera Jepun dengan hanya berbekalkan sebilah keris pusaka. 5 orang tentera Jepun maut dibaham kerisnya, manakala 15 orang tentera Jepun cedera parah. Oleh kerana bilangan tentera Jepun yang lengkap bersenjata terlalu ramai, Pak Saidi akhirnya tewas jua oleh peluru tembakan tentera Jepun.

Itulah lembaran cerita pilu sebuah keluarga dan keturunan pejuang tulen.Pak Saidi gugur sebagai pejuang setelah 2 orang anaknya iaitu Adnan dan Ahmad yang juga seorang tentera gugur terkorban. 

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan , saya berseru dan mengajak semua orang melayu yang beragama islam, agar dapat bersatu padu dan berkasih sayang semula. Hentikanlah permusuhan sesama kita.Marilah kita merdekakan jiwa kita dan kita bina semula Empayar Melayu Islam. Hayatilah lagu “Setanggi Kasih” ini untuk mengisi jiwa merdeka! Padamkan permusuhan, hindari kejahatan dengan satu kebaikan, agar bangsa melayu kita bangkit kembali mebina sebuah empayar melayu islam yang terkemuka! 


   


MARI KITA NYALAKAN, 
SETANGGI KASIH YANG MEWANGI.. 
DI SELURUH SEMESTA, 
PADA SEPANJANG KEMBARA... 

KITA AKAN TEMUI, 
BUNGA-BUNGA KEBAIKAN, 
HULURKAN SALAM, 
BERSYUKUR KEPADA TUHAN... 

HINDARI KEJAHATAN, 
DENGAN SATU KEBAIKAN, 
AGAR KAU KAN RASAI, ERTI KEMANISAN IMAN, 

INI SETANGGI KASIH, 
DI PERSADA CINTA TUHAN, 
SUBURKAN CINTA KITA SESAMA INSAN... 

TIADA SELAIN TUHAN, 
BERKUASA MENDAMAIKAN, 
TIADA SELAIN TUHAN, 
YANG DAPAT MENYATUKAN INSAN, 

PASTI KAU TEMUI NANTI, 
DURI-DURI PERMUSUHAN, 
HADAPI SEGALANYA, 
DENGAN KESABARAN... 

DAN TEMPUHILAH RINTANGAN DENGAN KEYAKINAN... 

MARI KITA PADAMKAN, 
NYALAAN BENCI YANG MEMBAKAR, 
DI SEPENUH BUANA, 
PADA SELURUH MANUSIA... 

KITA AKAN SEDARI, 
TITIK-TITIK PERSAMAAN, 
TABURKAN DAMAI, 
BERSYUKUR KEPADA INSAN... 

TIADA SELAIN TUHAN, 
BERKUASA MENDAMAIKAN, 
TIADA SELAIN TUHAN, 
YANG DAPAT MENYATUKAN INSAN, 

PASTI KAU TEMUI NANTI, 
DURI-DURI KEJAHATAN, 
HADAPI SEGALANYA, 
DENGAN KESABARAN... 

DAN TEMPUHILAH RINTANGAN DENGAN KEYAKINAN... 

HINDARI KEJAHATAN, 
DENGAN SATU KEBAIKAN, 
AGAR KAU KAN RASAI, 
ERTI KEMANISAN IMAN, 

INI SETANGGI KASIH, 
DI PERSADA CINTA TUHAN, 
SUBURKAN CINTA KITA SESAMA INSAN... 
HULURKAN SALAM, 
BERSYUKUR KEPADA TUHAN... 


Salam Kemerdekaan ….. 

Tema Kemerdekaan Sangtawal : Melayu Berjiwa Merdeka Mampu Menggegar Dunia

*[ Artikel ke-254 Sangtawal Sakranta ... ]