Wednesday, February 25, 2009

Coretan Buat Pemburu Syurga



Artikel Oleh Sangtawal:

Tajuk : Coretan Buat Pemburu Syurga


Sebenarnya artikel kali ini adalah kesinambungan dari artikel saya yang lepas berkaitan penyatuan Umno-Pas .Saya berterima kasih dengan sokongan kenalan blogger BPN seperti Cheguman dan lain-lain.Betul apa yang dikatakan oleh Cheguman itu,tidak ada sesiapa pun yang sebenarnya tahu atau pasti dapat memasuki Syurga Allah.Hanya Allah saja yang mengetahui siapakah di antara hambanya yang layak setelah lulus ujian kelayakan atau kriteria-kriteria yang ditetapkan sendiri oleh Allah.Ketahuilah ISO Allah tidak seperti ISO manusia!


Lainlah dengan parti Pas,nama PAS pun tak ada dalam Al-Quran dan Hadis . Nama tok guru pun tak ada dalam Al-Quran,hadis sahih ,cuma yang ada ialah ungkapan “ulamak pewaris nabi”,itu saja.Orang yang taksub dengan pas sahaja ialah yang buta hatinya.Pas menjanjikan syurga buat pemangkah bulan sedangkan wakil rakyat atau tok- tok guru pun berjudi untuk bertanding dalam pilihanraya!!! letak wang deposit,kalau kalah deposit hangus,atau tak balik modal,bukankah judi namanya itu??? pun begitu bukan semua orang Pas begitu,ada yang bijak dan tidak mudah dipengaruhi,kalau tidak masakan ada dua team dalam parti Pas kini! satu endorgan-liberal dan satu lagi konservatif!



Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk menjawab komen adik PENGKRITIK yang berlabel PAS FOR ALL…agak tegas dan bersemangat sekali dia menulis komen dan melontarkan ideanya dalam blog beliau.(klik sini)


Adik “pengkritik atau sekok otok” ini sepatutnya buang lambang pas,bulan,dan mottoPas for all” tu sebab dialah penentang wahid usaha saya dan BPN untuk penyatuan ummah melayu-islam.Dia tolak umno kononnya umno tolak Al-quran ketepi….dia terima DAP,PKR kerana Gobalakhrisnan boleh menyebut ayat Al quran atas pentas dan PKR mempromosikan islam Liberal kot!!!...mudahnya mereka yang jahil terpesona dengan kafir dan pengikut dajjal ini…mana lebih baik bersatu dengan orang sebangsa seagama atau lain bangsa lain agama dan lain pula wadah dan tujuan perjuangan?


Jika dilihat komennyakepada saya dalam artikel yang lalu berbunyi :

Pengkritik said...

lu faham x ap itu kebersamaan?
kalau satu cuba tegakkan islam,dan satu lg cuba nk hancurkan islam ngan semangat nasionalisme yg terlampau,adakah ini boleh d ajak utk bersatu????
x payah berhujah dgn al-quran kalau dah jelas lg nyata al-quran d tolak ketepi

February 24, 2009 3:06 PM



Buat adik PENGKRITIK atau sekok otok,


Terima kasih kerana sudi masuk blog saya dan bagi komen.lain kali belajarlah dengan orang macam cheguman tentang adat dan Waadat,masuk rumah orang bagi salam,pas dan tok guru tak ajar ke?


cakap pakai lu lu lu je...jadi gua cakap la apa yang lu komen...


lu tanya gua apa itu kebersamaan?


Baiklah… lu mau gua cakap,kebersamaan ikut bahasa atau kebersamaan ikut tasauf atau ketuhanan?


Kalau ikut bahasa,GUA rasa kebersamaan itu ialah dua pihak yang bersatu dengan satu matlamat ,satu fikiran atau persefahaman,mempunyai misi,visi dan wadah perjuangan yang sama,saling lengkap melengkapi dan yang penting dalam kontek penyatuan ini ialah kepada tujuan sebenar kebersamaan itu diwujudkan.Apakah tujuan kebersamaan itu untuk melansungkan kuasa yang sedia ada atau hanya untuk matlamat peribadi atau duniawi ATAU ingin mencapai redha Allah?


KEBERSAMAAN menurut tasauf pula adikku... rasanya cukuplah saya sentuh sedikit saja disini : ialah INSAN pada martabat wahdiah atau Nur muhammad atau juga disebut hakikat insan atau pada makam Rodhiah atau juga disebut Takyun tsani atau ia berada pada martabat asma dan berada ia di alam jabarut.Ini kalau mengikut 7 aliran tasauf yang sanadnya bersambung kepada rasulullah.


Adikku aka sekok otok yang baru berusia 20 tahun,belajarlah lagi ilmu agama dan dunia banyak banyak.seperti sabda nabi "Utlubil ilmaa minal mah di ilallah di"..bermaksud "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"


Saya sudah menjengok blog adik...adik terlalu memuja tok guru dan PAS umpama hanya tok guru dan Pas saja yang paling baik dan betul serta sangat dekat di sisi Allah....adikku....janganlah habiskan masa muda mu dengan ketaksuban dan kebodohan melulu ini...renunglah sejenak dan buka minda adik luas luas dari masyrik ke maghrib dan dari Arash Allah di langit yang ketujuh dan terus memandang ke bumi yang tujuh lapis dan lihatlah ada 14 ribu alam yang berlapis lapis berada hanya di di antara 2 kening mu saja yang bernama Lathifatul Nafsi tempat masuknya NUR kedalam dirimu!


Adik,apa pegangan tariqat kesufian Tokguru?

adakah dia Ahmadiah,Syatarriah,Sammaniah,Naqsyabandiah,Chistiyyah,Qadiriah,Muhammadiah atau apa? Atau Tok Guru mengambil jalan kesufian peringkat Muntahi Al-Fanshuri?

Saya telah lama meneliti dan mengkaji isi kandungan ceramah dan pengajaran Tok Guru,tapi semuanya menjurus kepada Fekah,hukum akal dan ijtihad sonsang!!!malas untuk saya terangkan disini satu persatu,cukuplah anda membaca artikel artikel saya yang lepas pasal tok guru ni.

Kalau tak ada jalan macam mana sampai ketempat tujuan?bukankah syariat itu perlu ada Tariq dan setiap tariq mencapai hakikat dan dengan memperolehi hakikat barulah mencapai makrifatullah?



Janganlah adik terlalu sibuk mencari Feqah tanpa belajar tasauf dan usuluddin kerana ketiga-tiga ilmu itu saling melengkapi sehingga dikatakan kita boleh jadi Zindik atau Fasik jika hanya mengambil 2 cabang ilmu dari tiga cabang ilmu antara ketiga-tiga ilmu itu!


Orang umno itu islam dan orang pas juga islam,mustahilkah untuk bersatu?jika asyik merasa diri hebat dan orang lain kafir,jahil dan bodoh itu namanya ego seperti adik.sifat ego ini riyak,ujub dan sombong...itulah sifat iblis yang menyebabkan tercetusnya Kemurkaan Allah dan permusuhan dengan bani Adam lantas dia dilontar dari syurga ke alam dunia oleh Allah!


adik kata umno atau kerajaan tolak Al-Quran ketepi...adik silap,cuma jika dikata umno kurang islamik sikit ...itu betul..Tapi rasanya lebih baik tolak Al-Quran ketepi dari mengambil ayat ayat suci didalamnya ,digunakan untuk memutar belitkan agama untuk tujuan politik peribadi.Mana yang lebih baik?orang umno guna ayat al-quran atau Gobalakhrisnan baca ayat Quran dan di sambut dengan ucapan takbir pula....


adik tahu ke apa itu ucapan takbir : Allahuakbar !!!


Ucapan Takbir ini juga digunakan oleh pejuang-pejuang islam di medang perang,berjihad fi sabilillah! Sebagai doa dan pembakar semangat juang,bukannya digunakan ditempat tempat ceramah atau pentas politik Pas!!! Ini tidak ,lepas takbir pungut derma,tadah kopiah untuk bagi sumbangan kepada penceramah la,untuk jamuan makan la…dan sebagainya…tak cukup kopiah…tadah serban..tak cukup serban…jubah pula…apakah penceramah yang inginkan upah itu ikhlas dalam perjuangannya???


Tidak berasa malukah seorang insan yang mengaku bertaraf hamba kepada Yang Maha Pencipta selalu berkira kira akan banyaknya jumlah pahala yang telah dikumpul,berapa banyak ganjaran berupa kebun-kebun dan taman syurga yang sudah pasti menjadi hak milik kita atau berangan-angan untuk mendapatkan seramai mungkin bidadari untuk kepuasan nafsu di syurga!!! Beramal sedikit,sudah berkira-kira dan meminta syurga sebagai habuan…selalu berkira-kira sembahyang berjumaah pahalanya berkali-kali ganda….undi parti tertentu..dapat masuk syurga….adakah ini sifatnya seorang hamba??? Kalau begitu sikap hamba..tak ubahlah kita seperti pemain saham atau penganjur skim cepat kaya…asyik mengira untung dan loba saja!
Apa bezanya dengan sikap hamba yang hanya patuh membuat kerja tanpa disuruh dan dipaksa oleh Tuannya,tidak berlakon atau menunjuk-nunjuk,membuatnya dengan ikhlas,tidak mengharapkan ganjaran,banyak bersyukur dan selalu mendoakan kesihatan dan kemurahan rezeki Tuannya dalam sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan orang lain hatta Tuannya sendiri……sudah pasti hamba ini mendapat kasih sayang sejati ,kemuliaan,pemeliharaan dan perlindungan yang terbaik dari Tuannya!



Berbalik kita kepada persoalan asal iaitu berkenaan penolakan penyatuan Umno-Pas ini,kalau dengan DAP- kafir harbi tok guru dan pas boleh bersekongkong,kenapa dengan umno tak boleh??? mana inti dan wadah perjuangan kamu??? Adakah orang umno itu lebih jijik atau busuk dari seekor babi atau perlukah seorang penganut Pas menyamak tangan dan badannya setelah tersentuh dengan tangan orang umno yang dianggap najis besar sedangkan pemimpin agama atau tok-tok guru Pas boleh bersalaman dan berpelukan dengan pemimpin DAP dan PKR( bahaya!!!!punggung kena jaga!!!) untuk bersatu dan bergabung sebagai pakatan rakyat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

lihat sini sajak atau puisi PENGKRITIK @ SEKOK OTOK dalam blognya (klik sini)


Tahniah PAS!
Di masa susah kaulah kawan
Di mana susah kaulah di depan
Untuk yang lemah kaulah sandaran yang gagah
Untuk yang duka kaulah penawar dan penenang
Dalam ribut dan taufan kaulah tunjang
Dalam gelora dan gelap kaulah menara dan cahaya
Tiada dagang bersamamu
Tiada cemas di belakangmu
Dirimu ada kekuatan
Dirimu adalah kekuatan
Kekuatan jadi mulia bersamamu
kelemahan jadi bacul di hadapanmu

Tahniah PAS!
Musuh tidak nampak kecualimu
Musuh tidak marah kecualimu
Musuh tidak takut kecualimu
Keranamu kebatilan menjadi lebur
Keranamu kezaliman menjadi berantakan
Keranamu kejahilan menjadi hilang
Kaulah kelibat di medan
Kaulah syakhsiyah dalam kembara
Kaulah figura keramaian
Kawan dan musuh menakjubimu
Dia dan mereka menyanjungimu
Aku dan kami mencintaimu

Tahniah PAS!
Beginikah Allah memuliakanmu?


puisi JIHAD CINTA pula dari adik PENGKRITIK berbunyi….

jihad cinta.....
jihad yang manis pada ucapannya tapi amat pahit pada maknanya,
cinta.....
cinta pada seseorang,
pada akhlaknya, pada nur di wajahnya...
namun hati ini tidak mampu,
tidak mampu melanggar batas syariat

hati ini perlu berjihad,
jihad nan suci....

jihad cinta.....
laksanakanlah....
semoga cinta yang bakal di capai
menjadi cinta sufi...
cinta nan diredhai oleh ILAHI....
cinta nan putih bersih....
cinta nan membawa ke syurga
bukan setakat cinta nan membawa ke pintu syurga


jihad cinta....
percayalah....
cinta itu diredhai ALLAH...
jodoh di tangannya ILAHI
andai tekad.....
doalah, tawakkal....
kerana jihadmu di dalam cinta
bukan suatu yang sia-sia
tapi ia penuh makna...
membawa bahagia di dunia dan akhirat......

teruskanlah...
jihad cintamu
---------------------------------------------------------------------------------------------------

JIHAD CINTA????? cinta sufi?????

jihad itu adikku ialah menentang kebathilan dan menegakkan kebenaran dengan pena,tangan,mata pedang atau peluru!!!namun jihad yang paling utama ialah Jihad menawan nafsu!


bagaimana nak capai CINTA SUFI kalau hati masih gelap dan diseliputi zulmat!
Jika hatinya gelap,bagaimana boleh mengenal Muhammad berdiri, boleh kenal Muhammad dan bagaimana mahu kenal siapa itu Ahmad , Al Mustafa dan Mahmud. Apatah lagi untuk mengenal Muhammad batin,Muhammad awal.Muhammad Akhir dan Muhammad Zahir!!!


Bagaimana mahu capai cinta sufi jika perasaan cinta dunia,taksub kepada manusia dan kebencian sesama islam dan sebangsa meluap luap..pernah bacakah adik cinta sufi si Rabiatul Adawiah...kata beliau...aku tidak mengejar syurgaMU...tapi aku hanya mengejar RedhaMU...


Seseorang yang sudah tahu dan kenal Allah serta rasul di akalnya belum tentu baik dan beres keimanan,keislaman serta Ihsan nya selagi cinta dunia menguasai hatinya.Sebaliknya seseorang yang sudah ada secebis cinta Allah di hatinya akan mampu mengorbankan segala-galanya untuk iman,islam dan Ihsan.Itulah sebabnya cinta sufi atau cinta Allah itu menjadi titik awal perubahan hidup insan dalam menuju Khaliqnya dalam keadaan sedar dan jaga!



Jiwa sufi itu bukan perhiasan lahir.Jiwa sufi itu bukan bermakna seorang sufi yang duduk dipondok buruk dan beruzlah dari kesibukan dunia tetapi hatinya tetap mencintai dunia yang tiada.Zuhud ahli sufi itu ialah bukan bererti tiada ditangan….tetapi tiada dihati….


Boleh jadi dia seorang Raja tetapi hatinya tidak tertawan atau terpesona dengan singgahsananya.Sikaya yang punyai hati seperti Milik Abdul Rahman bin Auf lebih baik dari si miskin yang tertipu seperti Tsalabah.Jadilah sufi seperti Nabi Sulaiman yang memerintah dunia tanpa jatuh hati kepadanya…atau jadilah seperti Abu Hurairah,walau miskin tetapi tidak meminta-minta…


Namun percayalah…ahli sufilah akan merubah wajah dunia!mereka akan merubah dunia melalui perubahan hati!



adikku...syurga hanya dikejar oleh segelintir ulamak fekah sahaja!!! Itu sebabnya Imam Al-Ghazali memecat Jubah dan serban kebesaran jawatan Mufti lalu berguru dengan seorang miskin tukang kasut yang juga guru adiknya Imam Ahmad setelah terjadinya kisah Imam Ahmad mufaraqah sembahyang bila berimamkan abangnya yang tidak khusyuk sembahyang atau lalai kerena asyik memikirkan masalah feqah iaitu tentang darah haid wanita….bagaimana adiknya tahu apa yang bermain di hati abangnya adalah rahsia atau kunci kepada tercapainya makam atau hal KEBERSAMAAN di qalbi seperti persoalan adik PENGKRITIK di atas.



untuk pemahaman adik “sekok otok”,sila baca surat terbuka saya kepada penghina agama Allah (di sini).ia adalah persoalan Usuluddin.


Marilah kita semua kembali kepada islam,mempelajari ilmu mengenal diri untuk mengenal Allah.Bukankah Nabi pernah bersabda “Awwaluddin…makrifaatullah!”Iaitu awal hidup(agama) adalah dengan mengenal Allah SWT.Bukankah Allah telah berfirman dalam surah Al- Insyiqaaq ayat 6 bermaksud “Hai manusia,jika sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu,maka pasti kamu akan menemuiNya”.Begitu juga firman allah dalam surah Al-ankabut : ayat 69 yang bermaksud “Mereka yang berjuang dalam jalan Kami,akan Kami tunjukkan jalan kearah Kami”.


Buat para Pemburu Syurga,ketahuilah olehmu….carilah Syurga itu menggunakan hati atau qalbi dan masuklah kedalam syurga ketika dirimu masih berada dialam dunia sebelum ke akhirat lagi!!! Seperti firman Allah dalam surah Al-fajr : ayat 27 – 30 yang bermaksud “wahai orang-orang yang bernafsu Mutmainnah….pulanglah kepangkuan Tuhanmu dengan perasaan lapang dan kesenangan dan jadilah kamu hambaKu dan kekallah dirimu di dalam SyurgaKu”


Dalam ayat diatas Allah tidak mengajak hambanya yang berjenama Pas,Umno,DAP atau PKR ,pun bukan memanggil nama-nama tertentu seperti Tok Guru untuk masuk ke syurganya…tetapi mereka mereka yang bernafsu Mutmainnah adalah layak kesemuanya masuk kedalamnya dan mendapat keredhaanNya!....jadi siapakah mereka yang bernafsu Mutmainnah ini???? Carilah sendiri jawapannya dan berusahalah kita untuk mencapainya!


Oleh itu,sekali lagi saya menyeru agar kita Umno-Pas bersatu demi Allah dan Rasulnya.

Buat mereka yang sedang dan akan berjuang,boleh baca kembali Ilmu Al-maghazi (di sini).

Wassalam.

Sangtawal Sakranta...

13 comments:

ONE said...

salam,

kalau perpaduan antara pas dan umno membawa kebaikan x pe lar tp kalo sebaliknya elok di tangguhkan dulu..

dulu umno terima mca sbb mca x tolak islam,hal melayu utk melayu tp cina x bley di ketepikan.

tp pas ni kes dia main terima jer ssape yg bley jadikan dia berkuasa..la ni bila pas sendri x cukup kusi mulalah bergoyah segala asas perjuangan..

lg pun pas tau kalo dia bsatu dgn umno mmg sure la org2 dia x bkuasa sbb orng umno ni kan ramai..so utk kebaikan mana2 pilihanraya lepas ni pilih je la umno konfirm akn tertegak nya islam..tq

PasMuda said...

Salam,

Artikel yg baik. Amat padat & bertepatan utk menjawab sekok otok tu.

PasMuda said...
This comment has been removed by the author.
PasMuda said...
This comment has been removed by the author.
PasMuda said...

Maaf. Disebabkan masalah line internet, posting jd banyak.

Anonymous said...

Saya kecewa. Di saat bangsa lain henyak maruah MELAYU. Di saat bangsa lain memperbodohkan MELAYU. Menghumbankan darjat MELAYU dan Merendahkan maruah MELAYU, masih ada bangsa MELAYU sendiri yang mendewa-dewakan bangsa asing. Ada bangsa MELAYU lain yang bertepuk tangan melihat bangsanya sendiri dipermainkan. Bangkitlah MELAYU. Bersatulah MELAYU. Darah kita serupa. Agama kita sama. Lupakan sengketa politik. MELAYU mesti tetap membela MELAYU.

sangtawal said...

salam buat semua.

buat ONE...pandangan anda betul,tapi kita cuba kurangkan prasangka dan saling berusaha untuk membaiki mana yang kurang demi agama Allah.jika niat kita baik,insyaAllah ada pertolongan dariNya....

buat PAS Muda...tahniah ,anda membuktikan yang orang pas juga boleh menerima cadangan dan pendapat orang lain.anda tidak taksub melulu.Inilah generasi rabbani yang ingin kita bangunkan.perjuangan anda dalam BPN adalah dialu-alukan!

buat anon...

sangat setuju dengan anda,namun sebenarnya melayu bangkit kerana islam!tanpa islam melayu hanya akan tinggal nama saja.

oleh itu,marilah kita bersatu.Pas-umno perlu bersatu demi islam!!!

Wassalam.

Anonymous said...

Pas dan umno tak mungkin bersatu kerana perbezaan ketara tentang cara pemeritahan negara.Kedua dua parti ini boleh bergabung dng parti lain sedia ada kerana strateji dan untuk melengkapkan kekuatan, Tapi Pas dan Umno boleh bersatu bila kedua dua parti ini dibubarkan dan bersatu dibawah panji panji islam dan mengunakan satu parti baru, serta keduanya haruslah iklas.

Dal said...

This was dropped into my email this morning.
================================

Why Pig Fat is not mentioned but code(s) are printed??

PIG FAT By Dr. M. Amjad Khan

In nearly all the western countries including Europe, the PRIMARY choice for meat is PIG. There are a lot of

farms in these countries to A breed this animal. In France alone, Pig Farms account for more than
42,000.

PIGS have the highest quantity of FAT in their body than any other animal. But Europeans and Americans try

to avoid fats.

Thus, where does the FAT from these PIGS go? All pigs are cut inslaughter houses under the control of the

department of food and it was the headache of the department of food to dispose of the fat removed from these

pigs.

Formally, it was burnt (about 60 years ago). Then they thought of utilizing it. First, they experimented it in the

making of SOAPS and it worked.

Then, a full network was formed and this FAT was chemically Processed, Packed and Marketed, while the

other manufacturing companies bought it. In the meantime, all European States made it a rule that every
Food, Medical and Personal Hygiene product should have the ingredients listed on its cover. so, this ingredient

was listed as PIG FAT.

Those who are living in Europe for the past 40 years know about this. But, these products came under a ban by

the ISLAMIC COUNTRIES at that time, which resulted in a trade deficit.

Going back in time, if you are somehow related to South East Asia, you might know about the provoking factors

of the 1857 CIVIL WAR. At that time, Rifle Bullets were made in Europe and transported to the
sub-continent through the Sea.It took months to reach there and the gun powder in it was ruined due to the

exposure to sea.

Then, they got the idea of coating the Bullets with fat, which was PIG FAT. The fat layer had to be scratched by

teeth before using them. When the word spread, the soldiers, mostly Muslim and some Vegetarians, refused to

fight.Which eventually lead to the Civil War. The Europeans recognized these facts, and instead of writing PIG

FAT, they started writing ANIMAL FAT.All those living in Europe since 1970's know this fact. When the

companies were asked by authorities from the MUSLIM COUNTRIES, what animal fat is it, they were told it
was COW and SHEEP Fat. Here again a question raised, if it was COW or SHEEP Fat, still it is HARAAM to

MUSLIMS, as these animal were not SLAUGHTERED as per the ISLAMIC LAW. Thus, they were again

banned. Now, these multinational companies were again facing a severe drought of money as 75% of their

income comes from selling their goods to Muslim Countries, and these earn BILLIONS OF DOLLARS of Profit

from their exports to the MUSLIM WORLD.

Finally they decided to start a coding language, so that only their Departments of Food Administration should

know what they are using, and the common man is left lurking in the dark.Thus, they started
E-CODES. These E- INGREDIENTS are present in a majority of products of multinational firms including, but

not limited to -

TOOTH PASTE,
SHAVING CREAM
CHEWING GUM,
CHOCOLATE,
SWEETS,
BISCUITS,
CORN FLAKES, TOFFEES,
CANNED FOODS,
FRUIT TINS,

Some medication Multi-vitamins Since these goods are being used in all MUSLIM Countries indiscrimately, our

society is facing problems like shamelessness, rudeness and sexual promiscuity.

So, I request all MUSLIMS or non pork eaters to check the ingredients of the ITEMS of daily use and match it

with the following list of E-CODES. If any of the ingredients listed below is found, try to avoid
it, as it has got PIG FAT;

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325, E326, E327,

E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473,
E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631,

E635, E904.

Courtesy
Dr. M. Amjad Khan
Medical Research Institute
United States

Dr M Liaqat (PhD Food Biochemistry)
MA CONSULTING
UK

sangtawal said...

salam,
buat anon @ 7:38am...
kalau dua dua pas-umno bubar itu adalah agak mustahil,tapi kalau semua pihak mahu,insyaAllah boleh.
parti umno-pas tak salah...orang yang jadi ahlinya itulah yang kena buat sesuatu kearah yang lebih baik demi untuk islam...kalau semua ikhlas dan semua sanggup berkorban pangkat dan kedudukan yang sedia ada...insyaAllah cahaya gilang gemilang kebangkitan islam...bakal menyinar di Nusantara.

buat saudara Dal...

terima kasih atas info yang sangat berguna sekali...nanti saya cadangkan pengerusi BPN kita PPC tolong war-warkan!!!

darah,daging dan hati yang bersih adalah bergantung kepada sumber pemakanan kita juga...terima kasih DAL....

Anonymous said...

Assalamualaikum buat saudara penulis..
Sy suka membaca tulisan saudara dlm post ni..sebab saudara ada menuliskan tentang tarekat..
Sy ni kurg ilmu berbanding saudara..
Sy harap saudara dptlah ajar sket kt mane tmpt2 dorg amek tarekat ni?

Anonymous said...

Sambungan >>
Sbb sy ada bce sirah perjuangan Rasulullah dgn sahabat2..
Cara dorg bersyahadah..Cara mengembangkan dakwah islam..
bukankah pttnye jalan kita pn sama dengan mereka2?
So sy harap saudara dpt tunjukkn jalan kpd sy yg hina ni..
Ke tmpt manakah sy dpt berjumpa jln perjuangan Zaman Rasulullah kt negeri malaya ni yg masih didukung di negeri malaya ni..harap saudara dpt tunjukkn sy..insya-Allah, sy mesti berguru 'ilmu' ni..cume sy xberjumpa jalannya..harap saudara dpt bantu sy...
nama saya zaki.
email sy
puteritidur@yahoo.com
tlg la sy..
Allahua'lam

Sangtawal Sakranta said...

salam zaki,
terima kasih atas komen.
Saya bukanlah orang yang layak untuk anda tuntut ilmu tasawuf.
cuma pesan saya, mohonlah dengan Allah swt selalu, banyakkan amalan yg wajib dan sunat, lepas sembahyang jgn lekas bangun, tafakur kejap, lepas ngaji quran, jangan lekas bangun atau minum air, tafakur kejap, kalau selalu ke masjid berjamaah, perhatikan betul-betul orang yang paling awal datang dan paling lewat pulang dan duduk saf belakang-belakang, banyak solat sunat dalam masjid, banyak tafakur.... jangan mudah terpengaruh dengan orang yang berserban besar, tasbih besar, dahi hitam legam,cakap besar dan suka menunjuk-nunjuk.... jangan tinggalkan bacaan surah yaasin,al-waqiah dan 10 ayat pertama surah al-kahfi, bacalah zikir permulaan, zikir nafi isbat 1000 x sehari, selawat kepada nabi banyak-banyak.... insyaAllah saudara akan ketemu guru yang akan membimbing saudara kejalan yang benar... ingat , sebaik-baik murid dan sebaik-baik guru adalah yang belajar dan mengajarkan 3 ilmu iaitu tasawuf, usuluddin,dan feqah.... dan jika saudara berutung dan nasib baik akan perolehi ilmu ke-4 iaitu ilmu jundullah dan hikmat!

banyakkan fikir tentang kejadian manusia dan alam!

setakat itulah sedikit pesan yang tak seberapa dari saya .

wassalam.