Monday, August 17, 2009

Sangtawal Bongkar Rahsia Sheikh Nuruddin Si Pengkhianat 375 Tahun Silam Melalui Hikayat Inderaputera



Tajuk : Sangtawal Bongkar Rahsia Sheikh Nuruddin Si Pengkhianat Agama-Bangsa Yang Terpendam Sejak 375 tahun !

Artikel oleh : Sangtawal Sakranta


Seperti yang pernah saya janjikan,saya akan menulis sedikit berkaitan dengan Hikayat Inderaputera yang pernah dikecam,dihina dan diserang hebat oleh Sheikh Nuruddin suatu masa dahulu.

Mari kita kaji dahulu siapa Sheikh Nuruddin Si Pengkhianat yang Bijak,yang menjadi pilihan The Hidden Hand dan dajjal ini....sila baca disini.

Bagaimana si Nuruddin boleh mengutuk Hikayat ini sedangkan watak utama didalamnya iaitu Inderaputera sendiri sentiasa saja berzikir dan memuji akan kebesaran Tuhan,malah dia sentiasa insaf bahawa segala kesaktian yang dimiliki olehnya itu adalah dari limpah kurnia Tuhan jua seperti kata Inderaputera dalam Hikayat ini:

“Maka paduka anakanda itu akan melihat kekayaan Tuhan yang Maha Besar dan Maha Tinggi” [Hikayat Inderaputera : bab 1 m/s 3 ]

Saya tidak menafikan bahawa dalam hikayat ini memang ada banyak unsur-unsur agama hindu.Ini adalah kerana sudah menjadi sifat sastera melayu lama mempunyai unsur-unsur hindu kerana Hikayat ini mula dikenal ketika bangsa Melayu yang misteri ini berada di zaman hindu lagi!Namun ketika zaman peralihan Hindu-islam maka sejarah dan hikayat ini juga turut berubah tanpa mengubah intipati dan jalan ceritanya.Dipandang dari segi perkembangan kebudayaan keseluruhannya asimilasi seperti ini juga berlaku didalam pelbagai bidang kebudayaan yang lain seperti adat istiadat , perubatan,upacara perkahwinan dan banyak lagi.

Peribahasa melayu ada menyatakan “ Kalau tidak dipecahkan ruyungnya..manakan pula mendapat sagunya”….marilah kita sama sama mengkaji dan menggali rahsia terpendam dalam Hikayat Inderaputera ini.Jika khazanah bangsa ini tidak hebat dan bermutu..mengapa para sarjana barat begitu ghairah mengkaji dan menyimpannya???...


Untuk membaca kesemua artikel yang lepas bertajuk Tasawuf dalam Kesusasteraaan Melayu Lama : Bhg 1- Sejarah Perkembangan Sastera Sufi Nusantara, sila KLIK Sini.


* Buku Hikayat Inderaputera milik saya yang sudah koyak dan hilang kulitnya.


Apa yang menarik perhatian saya ialah mengapa dalam banyak-banyak hikayat melayu lama,hanya Hikayat Seri Rama dan Hikayat Inderaputera sahaja yang mendapat serangan dan kutukan yang keras dari seorang ulamak zionis iaitu Sheikh Nuruddin Al-Raniri sehinggakan helaian kitab hikayat ini boleh digunakan untuk beristinjak atau membasuh tahi.Mungkin ada sebab-sebab yang tertentu mengapa Nuruddin terlalu ghairah mengutuk Hikayat Inderaputera ini.Marilah kita sama-sama kaji dan pecahkan segala misteri yang terungkai dalam hikayat lama ini.

Nuruddin sebenarnya tidak membaca secara berhati-hati hikayat ini atau dia hanya membaca secara sepintas lalu hikayat ini lalu beliau mengatakan tidak ada nama Allah disebut dalam hikayat ini padahal jika dibaca betul-betul ada banyak kali nama Allah disebut didalam hikayat ini!Inderaputera sendiri tidak pernah sombong atau takbur dengan kehebatan yang ada padanya kerana dia selalu berkata semua yang ada padanya adalah anugerah dari Tuhan Yang Maha Besar .

Mungkin kerana penguasaan bahasa melayu Nuruddin tidak begitu baik ketika itu membuatkan beliau tidak memahami betul-betul intipati hikayat ini atau mungkin dia sengaja mengutuk hikayat ini kerana disuruh oleh Belanda kerana misinya sangat besar di Nusantara yang perlu diselesaikan dalam tempoh 7 tahun! Ini adalah kerana pada awal kedatangannya ke Aceh dari Ranir India,ulamak ini tidak tahu berbahasa melayu,dan pada waktu kedatanganya itu pengaruh Hamzah Fansuri begitu kuat ,lalu dia terpaksa belajar bahasa melayu di melaka beberapa waktu!Nuruddin juga telah pulang secara tergesa-gesa ke Ranir setelah misinya ditamatkan oleh Belanda sebelum menghabiskan karangan kitabnya yang terakhir!

Sila baca artikel saya sebelum ini tentang Nuruddin, klik sini.

Apa agenda Nuruddin sebenarnya? Pada pendapat saya,beliau mempunyai misi yang satu iaitu untuk melumpuhkan dan menghapuskan alter tersembunyi bangsa melayu iaitu Pengetahuan ilmu Tasawuf Peringkat Tinggi yang dipelopori oleh Hamzah Fansuri ,dimana pada waktu itu Sultan Aceh iaitu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang mana kekuatan tentera lautnya telah diakui sebagai satu daripada empat kuasa terhebat di dunia adalah seorang Sultan yang mempunyai ilmu Tasawuf dan Ketuhanan yang tinggi!

Bila ilmu agama dan tasawuf diselewengkan ,maka bangsa melayu tidak dapat mengenali diri dan semakin jauh dengan Tuhan.Konsep beragama setelah kedatangan Nuruddin telah disederhanakan.Walaupun Nuruddin banyak mengarang kitab tetapi kebanyakan kitab yang dikarang itu adalah membahaskan ilmu yang telah sedia ada dalam kitab lain dan kadangkala beliau tercedok tulisan Hamzah Fansuri dan Sheikh Syamsuddin untuk membahaskan ilmu Hamzah Fansuri pula.Kitab yang ditulisnya seperti Bustanus Salatin….. banyak dipengaruhi oleh kitab Taj Al salatin karangan Bukhari Al-Jauhari(Mahkota raja-raja) yang ditulis pada tahun 1603 M. Isi kandungan kitab Nuruddin banyak kepada mengangkat dan memuji dirinya sendiri dan ayat-ayat membodek raja!

Setelah membaca beberapa kali Hikayat ini…saya ingin membuat kesimpulan bahawa Hikayat ini sebenarnya mempunyai banyak misteri yang tersembunyi tentang bangsa melayu purba,mempunyai mutiara tasawuf ,nilai kesusasteraan dan hal-hal mistik yang tidak ternilai,mempunyai gaya bahasa yang indah serta satu RAHSIA DAN PESANAN PENTING untuk raja dan rakyat jelata yang CUBA DISEMBUNYIKAN oleh Si Nuruddin si pengkhianat !!!

RAHSIA PENTING yang cuba disembunyikan oleh Sheikh Nuruddin ialah pesanan Inderaputera kepada raja,menteri dan seluruh rakyat jelata!

RAHSIA SHEIKH NURUDDIN TERBONGKAR!!!!....pendapat saya begini ….

Seperti yang telah saya tulis sebelum ini,Setelah Inderaputera berjaya mendapatkan penawar untuk membolehkan Raja Syahian mendapatkan anak,maka para menteri yang dengki kepada Inderaputera telah MERASUAH tukang masak raja sebanyak SERIBU DINAR untuk MERACUN INDERAPUTERA dan RAJA,namun raja bernasib baik kerana racun itu telah ditawarkan oleh Inderaputera.Selepas itu Inderaputera telah dianugerahkan pangkat oleh Raja seperti titah dalam surat atau warta Raja Syahian yang berbunyi:

“Hai tuan tuan sekalian,dengarkanlah kita memberi pangkat kepada Inderaputera kerana ia orang berbahagia.Pada hari inilah Inderaputera aku jadikan Penghulu bendahari[sangtawal:menteri kewangan] dan segala anak kunciku ini semuanya kuserahkan pada Inderaputera”[ Hikayat Inderaputera m/s 175 ]

Kenyataan itu membuatkan para jemaah menteri resah gelisah dan semakin membenci dan irihati kepada Inderaputera lalu mereka merancang dan membuat KONSPIRASI SULIT untuk membunuh Inderaputera .Inderaputera telah dibunuh beberapa kali tetapi dengan kuasa Tuhan Yang Maha Besar beliau boleh hidup kembali.Seperti petikan Hikayat ini di mukasurat 201 :

“Maka dengan tolong Tuhan Yang Maha Besar dan Yang Maha Kuasa maka hiduplah Inderaputera itu dihadapan Paduka Syah Alam.Maka segala orang banyak itu pun hairan melihat kelakuan Inderaputera itu.”

Semua rancangan jahat mereka ke atas Inderaputera gagal.Kemarahan para jemaah menteri itu sampai ke kemuncaknya bila jemaah menteri derhaka dan telah MELANCARKAN PERANG KEPADA SULTAN/RAJA namun dengan pertolongan Inderaputera mereka semua dapat dikalahkan.Kata Inderaputera kepada Raja Syahian:

“Pertetap juga hati Yang DiPertuan,bahawa patiklah akan melawan akan mereka itu serta dengan tolong Tuhan Yang Maha Besar dan MahaKuasa akan hambanya

Inilah PESANAN INDERAPUTERA ITU :

“Hai saudaraku segala anak raja-raja,maka janganlah tuan-tuan dengar akan FITNAH orang yang celaka,segala menteri yang dengki itu.Jika tuan tuan sekalian dengar pula kata-kata menteri yang dengki itu kemudian hari tuan-tuan beroleh kemaluanlah adanya pula”

Kata Dikar Kilat dan Dikar Agus iaitu pendekar suruhan Inderaputera sambil berseru :

“Hai segala anak raja-raja yang durhaka dan hai menteri yang celaka,segeralah kamu sekalian kembali.Tiadakah engkau tahu akan gagah perkasa Inderaputera itu sekarang ini?segeralah engkau pergi minta banyak-banyak akan salahnya kamu itu kepada baginda kami Inderaputera itu.Sedangkan segala jin dan peri dan dewa itu pun lagi turut katanya itu dan beberapa serta takzim kepadanya itu.Adapun pada zaman ini segala manusia tiadalah boleh akan lebih daripadanya baginda itu.Maka jikalau dipanahnya akan bahtera ini dengan sekali panah sahaja niscaya habislah binasa.Adapun tatkala baginda itu mati jangan kau-apa sekalian tiada ketahui dengan hikmat juga,dan jikalau kamu sekalian tiada kamu segera pergi minta ampun kepada baginda kami Inderaputera itu,niscaya tiada binasalah kamu sekalian dalam ini pula.Jika kamu hendak membuat bantahan lagi tiada kamu sekalian mau ikut perkataanku ini dengan segeralah aku turun memalu kapalmu sekalian itu dengan cukmarku ini”[ Hikayat Inderaputera- m/s 201 ]


Mungkinkah kata-kata diatas yang terdapat dalam Hikayat Inderaputera ini yang mengganggu fikiran dan tugasan Sheikh Nuruddin sebagai ejen The Hidden Hand di Aceh dulu.Mungkin ayat-ayat diatas terutamanya ungkapan “menteri-menteri yang dengki itu” terkena batang hidung Sheikh Nuruddin sendiri malah ia seolah-olah menyindir diri nuruddin sendiri…atau kata-kata tersebut seolah-olah merujuk kepada beliau kerana pada hakikatnya waktu itu beliau merupakan menteri dan ulamak yang secara langsung menasihati raja…Si Nuruddin ingin menghapuskan Hikayat ini supaya raja dan rakyat terus tertidur dari menyedari peranan liciknya, maka beliau pun mula menyerang,mengutuk dan menghina Hikayat ini sehinggakan beliau berfatwa boleh digunakan untuk beristinja’.

Tujuannya ialah supaya bangsa melayu ini melupakan hikayat dan pengajaran-pengajaran berguna dalam Hikayat ini seperti yang tergambar dari perwatakan Inderaputera itu sendiri seperti elok paras rupa,baik budi pekerti, amanah,berani, sabar,suka memaafkan orang,bersopan santun, bijaksana, tawakkal, merendah diri, tiada perasaan dengki dan dendam kesumat,sukakan perdamaian, perbuatan jahat orang dibalas dengan kebaikan,suka merendah diri,suka menuntut ilmu, tabah dan yakin dalam menghadapi dugaaan dan cabaran!

Bila umat islam menghayati pengajaran - pengajaran yang ada dalam hikayat ini sudah pasti kita akan menjadi satu bangsa yang berilmu,maju,dihormati dan boleh bersaing diperingkat dunia!dan yang paling ditakuti lagi oleh Nuruddin ialah bila raja-raja dan rakyat bangsa melayu tidak lagi terpengaruh dengan menteri yang celaka dan rasuah serta busuk hati,dan bila semua raja dan rakyat kembali mengamalkan nilai nilai agama yang murni,maka bangsa melayu akan menjadi semakin kuat dan sistem beraja dapat dikekalkan! Ini semua pasti akan menghancurkan agenda iblis dan Dajjal untuk menakluki dan menjajah semula Nusantara ini kelak!


Ini adalah mutiara sufi yang mendalam maksudnya yang cuba disembunyikan oleh Si Nuruddin :

Maka ujar Raja Dewa Mengerna, “Hai saudaraku pejamkan matamu dengan sepenuh-penuh hatimu dan serta menahan nafasmu.Maka cita olehmu nama Berma Sakti itu di dalam hatimu.Sebermula jika saudaraku bertemu dengan padang itu ada sepohon kayu jangan tuan hamba berhenti pada pohon kayu itu dan jangan tuan hamba tidur.dan jika tuan hamba tidur nescaya datang lah fitnah kepada tuan hamba.Syahadan jikalau tuan hamba bertemu dengan suatu cahaya pada tengah padang itu,cahaya itulah tempat Berma Sakti.Dan jikalau tuan hamba lapar dan dahaga sekalipun ikut juga cahaya itu.Demikianlah pesan hamba kepada saudaraku adanya.”…….

Maka Inderaputera pun memejamkan matanya dan bercitalah ia kepada Berma Sakti itu.Maka setelah itu dibukanya matanya itu.Maka dilihatnya ia jatuh kepada suatu padang yang maha luas.[ Hikayat Inderaputera – m/s 157 ]


Apakah episod pengkhianatan ulamak yang gilakan pangkat,kuasa,harta dunia yang hatinya busuk dan penuh dengki seperti apa yang berlaku pada 375 tahun silam akan berulang kembali????

Maka berhati-hatilah kita…berwaspadalah kita…dan sentiasalah kita berfikir….moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi di dunia dan rugi pula di akhirat nanti…

Wassalam.

Sangtawal Sakranta.


10 comments:

3Abdul said...

nurudin ni dia dari susur galur yang sama dengan ahmad sirhindihi yang memerangi ajaran ibn-arabi di india sebelum itu. kalau tengok dari temperament depa, banyak yang arif kata depa bukan ahli sufi tulin.

Anonymous said...

Kalau tengok betul2 wajah Iskandar Mahkota Alam tu, mmg ada iras2 dan mix belah2 Hindustan. So tak pelik la kalau ada pendapat mengatakan yang baginda mmg mempunyai pertalian darah dr sana....

Fikirkanlah, bagaimana baginda mampu mempunyai angkatan laut yang besar kalau bukan kerana hubungan dan pemerintahan baginda dgn kerajaan2 lain di nusantara dan Moghul di India...

Jadi, tak pelik la kalau Nuruddin yang berasal dari Ranir ini boleh dtg ke Acheh dan menjawat jawatan lagi di istana Sultan...

sangtawal sakranta said...

salam buat 3abdul...

terima kasih atas komen.
ya ..setuju..dia bukan ahli sufi tulen...dia lebih banyak guna akal!

salam anon@5.43am

buat pengetahuan saudara waktu kedatangan nuruddin bukan di zaman sultam iskandar muda mahkota alam...tapi di zaman selepas itu..selepas kedatangannya kegemilangan Aceh mula merosot!

Tinjau2 said...

mengikut pengetahuan tuan, apakah makna Berma Sakti itu sebenarnya? Apakah makna sebenarnya? Saya terusik dan minat akan hal ini kerana benar, banyak hikayat2 yg tertulis pada zaman lama sebenarnya banyak menyimpan kod-kod tertentu yang sengaja "diselindungkan" daripada pembaca biasa. Saya sendiri telah menelaah Hikayat Caya Langkara dan mendapati, walaupun tampak semacam ianya sebuah kitab saduran "ajaran Buddha", tapi jauh di dalamnya tersimpan simbol-simbol tentang "cara mencapai ketinggian budi/makrifat" dan pelbagai hal lagi yg memang memerlukan bacaan dan telahan yang teliti untuk memahaminya (atau guru yang tahu rahsianya). Wallahu alam.

Sangtawal Sakranta said...

salam buat Tinjau2.

Berma Sakti itu tersirat makna yang mendalam....mungkin ia adalah brahman...dan untuk mengetahui apa itu Brahman....
sila baca artikel saya sebelum ini - Hidupkan jiwa tasawuf- bhg 3,bhg 4...

konsep Brahman seperti berikut:

In the beginning there was Existence, One only, without a second (Pada permulaannya hanya ada satu Wujud, Maha Esa, tanpa ada yang kedua) - Upanishad, Chandogyia.

Before creation, all that was the Self, the Self alone. Nothing else was. Then Self thought: Let me send forth the worlds (Sebelum kejadian, seluruh yang ada cuma dia.Dia sahaja. Tidak ada yang lainnya. Kemudian dia berfikir:Biar Aku adakan alam semesta)

– Upanishad, Aitareya

saudara..banyak lagi kod-kod rahsia yang tersembunyi dalam hikayat-hikayat lama...

teruskan membaca:)

wassalam

Anonymous said...

ada x citer tentang WAN MILAN,WAN DIPAH dan 3 WAN bersaudara lagi yg saye x taw nme ??

Wan Ssei said...

salam...sy nk minta sang tawal menulis tentang slasilah keturunan Wan di Kelantan kerana saya cari di Internet tiada yang betul2 mberi informasi...terima kasih.

Sangtawal Sakranta said...

salam wan,
terima kasih atas cadangan.
Wan berketurunan raja seperti juga nik dan che, ia ada kaitan dengan keturunan kerajaan melayu lama iaitu kerajaan langkasuka dan Empayar Cermin.

wassalam.

ikhwanzm said...

Salam Sdra,

Maaf , sekadar hendak bertanya mengenai Naskhah Hikayat Inderapura.
Naskah yg ada dlm simpanan sdra , sama ke dgn nashkah yang telah diterjemah oleh pihak DBP.

Terima kasih.

Sangtawal Sakranta said...

salam ikhwanzm,
maaf,saya tak pasti, sebab kulit dan halaman penerbitnya sudah hilang.

wassalam.