Wednesday, December 31, 2008

Salam Tahun Baru 2009




Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2009 kepada semua pengunjung teratak sangtawal.Semoga tahun 2009 lebih bermakna dan semoga dimurahkan rezeki,diberi kesihatan tubuh badan,dijauhkan segala penyakit dan bala bencana serta fitnah orang,dipanjangkan umur dan diberkati Allah SWT dalam setiap perkara.


Disini saya ingin kongsi bersama wasiat Nabi SAW kepada Saidina Ali :



1. Wahai Ali,bagi orang yang celaka itu 3 alamatnya :

- Makanan yang haram

- Menjauhkan orang alim

- Menjauhkan petunjuk yang benar.



2. Wahai Ali,bagi orang yang rosak akal itu 3 alamatnya :

- Meringan-ringankan perkara yang difardukan oleh Allah

- Banyak berkata-kata dari berzikir kepada Allah

- Mencela Allah



3. Wahai Ali,bagi orang riya’ itu 3 alamatnya :

-Menyempurnakan rukuk dan sujudnya apabila sembahyang beserta manusia dan

dikuranginya bila sembahyang bersendirian

-Cergas terhadap orang yang memujinya

-Berzikir dia pada Allah ditempat orang ramai.



4. wahai Ali,orang munafik itu,3 alamatnya :

-Apabila bercakap dia berbohong,bila berjanji tidak ditepati.

-Bila diberi amanah dia khianat

-Tidak bermanfaat baginya pengajaran dan peringatan yang diberikan kepadanya.



5. Wahai Ali,bagi orang kafir itu,3 alamatnya:

-Ragu dia pada Zat Allah

-Benci kepada hamba Allah yang beribadat kepada Allah

-Lalai dari taat kepada Allah.



6. Wahai Ali,orang yang bertaubat itu,3 alamatnya :

-Menjauhkan yang haram

-Gemar menuntut ilmu agama

-Tidak akan kembali berbuat dosa.



7. Wahai Ali,tanda orang alim itu,3 alamatnya :

-Bercakap yang benar

-Menjauhkan yang haram

-Merendahkan diri.



Petikan dari buku Fadilat bulan rejab,Syaaban dan ramadhan ,tulisan Budiman Radzi m/s 51.edisi baru 1990.

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430 : Zionis Di Ambang Kehancuran!


Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah buat seluruh kaum muslimin dan muslimat semua.Semoga tahun baru 1430 hijrah mendatang ini kehidupan kita menjadi lebih bererti dan harapan saya semoga prestasi kita semua disisi Allah akan lebih baik berbanding tahun lepas.Sesungguhnya keazaman kita untuk berani berubah adalah satu usaha mulia dan semoga diberkati Allah hendaknya.



Kalau sebelum ini hati kita umat islam terguris dan dilukai dengan pembunuhan dan kekejaman zionis terhadap umat islam di Palestin,sekarang ini menjelang tahun baru islam,zionis Israel sekali lagi menyakiti hati seluruh umat islam sedunia dengam membuat serangan ganas ke semenanjung Gaza yang kononnya untuk menyekat kebangkitan pejuang Hamas.Serangan kali ini yang paling kejam sejak 60 tahun yang lalu telah mengorbankan 280 nyawa dan mencederakan lebih kurang 800 orang rakyat palestin yang tidak berdosa.



Kekejaman dan keganasan ini telah menyebabkan seluruh umat islam di dunia mengutuk tindakan Israel ini dan sudah ada seruan untuk melakukan intifada kedua di Palestin.



Kini,dimanakah suara pemimpin islam dari negara islam arab sendiri? Dimanakah suara suara pemimpin dunia yang kononnya cintakan kedamaian dan persaudaraan sejagat? jawapannya tidak ada! kenapa? Jawapannya ialah mereka takut untuk bersuara dan kalau bersuarapun mereka akan ditekan,ditindas dan diancam kembali .



Hairan pula,pemimpin dunia yang anti pengganas dan anti-islam tidak pula terkesan dengan pembunuhan dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan zionis Israel sekian lama keatas penduduk asal bumi palestin,padahal sebab utama tercetusnya “terrorism” adalah kerana kekejaman dan pencabulan hak Israel keatas palestin sebagaimana yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir dalam blognya pada 26/12/08 yang lalu.Namun selang sehari selepas penulisan itu ternyata Israel mengulangi lagi kekejamannya keatas palestin malah lebih teruk sejak 60 tahun kebelakangan ini.



Dimana Surind Raj ? Mengapa dia tidak memaparkan gambar siri keganasan Israel keatas umat islam secara terang-terangan ini sebagaimana dia meletakkan gambar gambar mangsa pengeboman di Mumbai yang kononnya dilakukan oleh pengganas islam dalam blognya jika dia juga pejuang kemanusiaan, keamanan dan kesejahteraan sejagat.Mengapa bila umat islam yang menjadi mangsa mereka semua menyepi? Mengapa?apakah mereka sedang bergelak ketawa dengan jenayah kemanusiaan di bumi Palestin sebagai merestui agenda kuffar zionis laknatullah ini!



Mengapa zionis tidak memilih tarikh 25/12/08 untuk membuat serangan? kerana mereka mahu menjaga hati sahabat handai mereka yang beragama Kristian untuk menyambut hari Natal atau Krismas.Mengapa mereka menyerang di ambang tahun baru hijrah 1430? Sebenarnya mereka ingin menunjukkan kepada dunia yang mereka ingin dam masih berkuasa di akhir zaman! mereka mahu dunia tahu merekalah yang mencatur sejarah zaman!



Tidak menjadi rahsia lagi,konsep zionisma yang menganggap kaum yahudi sebagai bangsa yang terpilih yang akan menjadi kuasa unggul memerintah dunia ini telah wujud hampir 2000 tahun yang lalu sempena Bukit Zion atau Sion di Jerusalem.Orang Zionis dan yahudi percaya ia adalah pusat pemerintahan Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman.Oleh itu dengan ideologi politik dan perjuangan berteraskan kemuliaan bangsa yahudi ini mereka yakin akan memerintah dunia dengan iltizam mereka pada Kongres Zionis 1907.Maka sebagai kelansungan agenda mereka, The League of Nation dibubarkan dan diganti dengan PBB.Tidak lama selepas itu cengkaman Inggeris ke atas bumi Palestin pun tamat pada 1948 dan Negara Israel pula didirikan dengan sokongan PBB.




Apakah penubuhan PBB pada tahun 1948 itu juga termasuk dalam rancangan jahat zionis untuk menakluki dunia sebagaimana rancangan asal dan agenda mereka dalam dokumen The Protocols Of The Elders of Zion yang muncul sebelum abad 20 lagi.Namun bagi saya rancangan jahat zionis untuk menakluki dunia bermula lebih awal dari itu iaitu sejak abad ke-18 lagi dimana pada Kongres Zionis Sedunia 1897 berdasarkan peta rahsia menunjukkan lambang simbolik ular Zion yang meliliti lokasi lokasi terpilih mereka bermula dari Yunani pada tahun 429 sebelum masihi,selepas itu meliliti Rome di zaman Maharaja Augusta-tahun 69 Masihi,Madrid di Sepanyol zaman Raja Charles V 1552 Masihi,Paris pada 1790 di zaman Raja Louis XVI,London pada 1814 selepas Napoleon jatuh,Berlin selepas perang Perancis –Rusia 1871 dengan kepala ular berada di St.Petersburg,Rusia 1881.





Walaupun peta lama menunjukkan perjalanan ular tamat pada 1881,namun ramai yang percaya ia masih bergerak dan melilit Amerika pada awal abad 20,selepas itu ia kembali semula ke Rusia,selepas itu ke Istanbul,Turki di zaman kerajaan islam Othmaniah sebelum berakhir di Jerusalem ! lalu kita melihat natijah rancangan jahat mereka ini berjalan lancar dimana kita melihat kejatuhan Kota Mekah dan Madinah ketangan keluarga Bani Saud yang ternyata amat memusuhi anak cucu keturunan Rasulullah dan saidina Ali.Penguasaan mereka di Palestin adalah merupakan fasa kemuncak penaklukan mereka terhadap dunia sebelum meneruskan misi mereka ke destinasi seterusnya iaitu Nusantara!





Palestin yang mengandungi Jerusalem atau Baitul Maqdis dipercayai sebagai tanah suci agama islam,kristian dan yahudi.Ia pernah jatuh ketangan umat islam pada abad ke-7 masihi setelah tentera islam di bawah Panglima Amru bin Ash berjaya dalam perang Yarmuk mengalahkan panglima Atravon dari Rum di zaman khalifah Umar Al-Khattab.Selepas itu Baitul Maqdis diperintah oleh islam selama 400 tahun.




Dalam tahun 1096 ketua tertinggi gareja Khatolik,Pope urban II,telah mengisytiharkan bahawa setiap penganut kristian yang berjuang untuk merampasnya kembali diampunkan segala dosa dan dijamin pula dengan syurga! Lalu sejarah menyaksikan 300,000 tentera gabungan kristian dari pelbagai kerajaan Eropah bergabung dan mengalahkan tentera islam disaat umat islam mengalami krisis kepimpinan ummah sejagat iaitu ketika ummah sedang berpecah akibat persaingan antara daulah bani Abassiyah di Baghdad dan daulah Fatimiyyah di Mesir.




Namun setelah 88 tahun kemudian umat islam dibawah penakluk agung Sultan Salahuddin Al-Ayubi sebagai penyatu ummah telah berjaya menawan kembali Baitul Maqdis.maka 2.10.1187 bersamaan 27 Rejab 583 Hijrah barulah baginda memasuki kota suci ketiga umat islam itu,bertepatan dengan tarikh keramat 27 rejab yang menyaksikan Rasulullah SAW singgah di Baitul Maqdis dalam peristiwa Israk mikraj baginda 600 tahun sebelumnya!




Renretan sejarah perang salib tidak terhenti disitu saja,pada abad ke-18,kerajaan Turki Othmaniah semakin lemah dan mula merosot.Kejatuhan demi kejatuhan ini disusuli kekalahan dalam perang dunia pertama 1914-1918..lalu buat pertama kali dalam sejarah bumi palestin yang mengandungi Baitul Maqdis telah jatuh kembali ke tangan kuffar setelah menguasainya selama hampir 700 tahun!



Pengiktirafan dan melonjakkan pemimpin pro barat dan anti-islam di Turki iaitu Mustafa kamal Attartuk atau boneka zionis dan barat ini menyebabkan sistem khalifah terus berkubur di Turki sehingga Turki bertukar menjadi Republik.



Setelah zionis berjaya menjatuhkan kerajaan islam di Turki,maka agenda seterusnya mereka ialah menghapuskan pemerintahan para Syarif mekah yang bertindak sebagai khadamul haramain iaitu penjaga Kota suci Mekah dari keturunan Saidina Hasan bin Saidina Ali,anak cucu nabi yang berasal dari Bani Hasyim yang mengusai tanah Hijaz selama lebih kurang 1500 tahun.



Maka pada 1924,zionis telah menaikkan seorang ketua Arab badwi iaitu Abdul Aziz Ibnu Saud dengan sokongan gerakan puak Wahabi telah berjaya menawan mekah atau wilayah Hijaz lalu menubuhkan Negara Arab Saudi.Selepas itu keturunan Rasulullah semakin terpinggir di tanah Hijaz.



Setelah rancangan jahat mereka berjaya di Timur Tengah,mereka mengalih tumpuan mereka ke Nusantara pula kerana mereka tahu ramai Ahlul bait atau keturunan Rasulullah SAW yang berada di Nusantara ini dari jurai keturunan saidina Hasan Bin Ali dan mereka harus dihapuskan segera untuk mengagalkan kebangkitan Al-Mahdi yang membawa panji hitam dari Timur itu!



Yahudi dan zionis sebenarnya takut dengan bayang bayang mereka sendiri.Mungkinkah sebuah lagi peta purba yang agak lengkap telah dilukis oleh pemikir purba Yunani, Ptolemy yang telah diakui oleh sejarawan barat sebagai seorang ahli falak dan pelukis peta(cartographer) yang masyhur telah melukis sebuah Negara di Nusantara yang dinamakan Golden Chersonese iaitu Semenanjung Emas atau semenanjung tanah melayu lebih 2000 tahun dahulu menjadi sebab kepada terjadinya peta sulit zionis yang dilambangkan oleh pergerakan ular zion untuk menyaingi Golden Chersonese atau menghapuskan terus keturunan pejuang akhir zaman !



Sejarah selalu ditulis oleh mereka yang menang.Zionis dan barat menipu kita dengan memutar sejarah,kononnya pelayar Vasco de Gamma adalah orang eropah yang pertama menemui jalan pelayaran laut ke India 1498.Penemuan Amerika pada tahun 1492 oleh Christopher Columbus kononnya menjadi titik permulaan kuasa barat meneroka Eropah lain dan dunia.Kalau mereka baru mengenali dunia timur pada abad ke 14,maka bagaimanakah pula orang orang Eropah boleh mengenali Golden Chersonese sejak 2000 tahun silam lagi?Bagaimana orang eropah saat itu sudah mengenali Semenanjung tanah melayu sebagai bumi yang kaya-raya,penuh dengan emas ,malah menyatakan Mount Ophir atau Gunung Ledang itu adalah tempat utama terpendamnya Solomon’s Treasure atau harta karun peninggalan Nabi Sulaiman dari kerajaan yang besar dan hebat itu?



Zionis dan barat menutup rancangan licik mereka dengan memutar sejarah,kononnya kedatangan mereka ke Nusantara adalah untuk mengembara dan berdagang!mereka berdagang rempah ratus lalu bertapak di Goa pada 1510,di melaka 1511 dan di Pasai pada 1514.Apakah ini semua berlaku secara kebetulan?dengan alasan berdagang mereka tidak akan diganggu oleh pemerintah malah dihormati pula sebagai tetamu negara!



Apakah benar kiranya saya mendakwa pengembara barat yang terkenal iaitu Marco Polo itu adalah sebenarnya agen zionis yang sudah berjaya menyusup masuk ke Nusantara pada 1292 di Perlak melalui jalan laut yang merentasi laut cina selatan dan selat melaka?Dalam catatannya,beliau mengembara dari Venice,Italy melalui jalan sutera atau the silk road yang menghubungkan eropah dan asia hingga ke benua China.



Jika benar apa yang saya jangka,maka zionis sebenarnya telah merancang untuk menguasai nusantara selama 200 tahun sebelum kejatuhan melaka 1511.Seorang lagi agen zionis Bartholomew Diaz yang berjaya melalui jalan selamat melepasi Tanjung Harapan atau Cape of Good Hope pada 1448 memberi laluan yang bermakna untuk pihak barat mengkaji dan mengenali tamadun tamadun dunia yang lain seperti kesultanan Delhi di benua Hindi dan Kesultanan Melayu Melaka yang mengusai perjalanan timur-barat melalui selat melaka ,hinggakan kota Melaka ketika itu di kenali sebagai Venice of East sempena kota Venice di Italy di Eropah malah melaka disebut sebut oleh penulis Portugis bernama Barbarosa iaitu “ Whoever is Lord in Melaka has his hand on the throat of Venice”




Sejarah mencatatkan bahawa zionis telah berjaya memperkudakan Portugis iaitu kuasa laut yang terkuat abad ke 16,selepas itu Belanda,kuasa laut baru eropah pada abad ke 17 dan kemudian muncul Inggeris ,kuasa terkuat Eropah setelah kekalahan Perancis dalam perang Waterloo 1815.Sebagai upahnya zionis telah membahagikan Nusantara ini kepada Inggeris dan Belanda seperti yang tercatit dalam perjanjian Inggeris-Belanda 1824.Pemecahan Nusantara ini adalah agenda jangka-panjang mereka untuk menghancurkan kebangkitan akhir zaman!mereka menukarkan nama dan memecahkan Nusantara ini kepada Malaysia,Singapura dan Indonesia



Mereka menjalankan agenda licik mereka dengan memperkenalkan sistem Residen di Tanah melayu.Tujuan utama mereka ialah untuk mengurangkan kuasa raja raja melayu.Penjajah juga telah menggalakkan kemasukan pendatang asing Cina dan India ke Tanah Melayu dan terus membuat pengagihan sosio-ekonomi di mana kaum cina ditempatkan di lombong lombong bijih timah dan bandar bandar utama supaya berniaga dan kaum India di tempatkan di estet-estet,manakala melayu dibiarkan dengan cara hidupnya yang tersendiri.Penjajah sebenarnya menjalankan strategi serampang dua mata untuk menghakis majoriti serta ketuanan melayu dan memalapkan syiar islam serta memastikan tidak ada ruang lagi untuk melayu bangkit sekali lagi.





Zionis dan barat yang sememangnya sudah lama berhasrat untuk melenyapkan terus sistem raja-raja di Nusantara ini memujuk raja-raja melayu supaya menandatangani Persetujuan Mac Michael pada tahun 1945 ,dimana persetujuan ini akan menerbitkan Malayan Union.Mujurlah orang melayu dan raja raja melayu sedar akan muslihat mereka itu lalu mereka bangkit menentang nya.Dengan itu wujudlah Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 sebagai jalan tengah British.Selepas itu perjuangan orang melayu semakin hari semakin kuat kerana timbulnya kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.Oleh itu Inggeris pun meletakkan syarat kemerdekaan itu ialah jika melayu dan raja raja bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan yang sama rata kepada cina,India dan pendatang lain juga kononnya untuk memastikan penduduk tanah melayu diberi keadilan dan menepati prinsip demokrasi dimana hak semua pihak patut dihormati!




Memang jika diimbas sepintas lalu syarat tersebut nampaknya adil dan logik,namun penjajah barat telah memastikan selepas pemergian mereka atau selepas kemerdekaan Malaysia pun Melayu akan terus terjerat dan kuasa raja raja melayu akan terus di kekang malah syiar islam akan mereka pastikan tidak akan kembali bersinar di bumi nusantara ini lagi.Benar sekali ,walaupun kita telah merdeka hampir setengah abad,namun ekonomi orang melayu masih menyedihkan walaupun telah dibantu dengan DEB sekalipun.Penjajah juga telah meninggalkan Malaysia ini dengan meninggalkan konflik perkauman yang hebat umpama bom jangka yang akan meletup bila bila masa saja.Krisis perkauman 1969 mengajar kita supaya lebih berhati hati dalam hubungan kita antara kaum di Negara ini.





Percaya atau tidak,zionis dan barat akan kembali sekali lagi ke Nusantara untuk menjalankan misi mereka yang terbengkalai sejak 1957.Namun rancangan mereka kali ini akan lebih halus dan licik dimana mereka akan memusnahkan melayu islam dan nusantara ini melalui tangan tangan melayu sendiri yang akan menjadi proksi mereka!Mereka akan kembali mengungkit konsep kesaksamaan hak asasi manusia serta prinsip demokrasi suara majoriti atau ketuanan rakyat sebagai agenda keamanan dan kedamaian sejagat palsu yang pastinya akan mewujudkan kembali ketegangan antara kaum yang walaupun nampak terkawal tetapi masih kekal dan sudah cukup untuk memastikan melayu tidak dapat bangkit untuk menjadi tuan tanah sejati di bumi nusantara ini!


Bila membaca sejarah zionis ,kerap kali saya mendengar perkataan “kongres yahudi” yang digunakan untuk persidangan mereka,seperti Kongres zionis sedunia 1897 dan kongres zionis 1907. Entah mengapa jantung saya pula berdegup kencang bila ada sebuah parti yang berlambang mata satu di negara kita ini menjalankan “Kongres”nya .

....................................................................................................................................................

....................................................................................................................................................


Mungkin benar juga tulisan sahabat saya AIDC dalam blognya seperti berikut :


“Anwar Ibrahim pula dalam Perutusan Hari Natal, dua hari lepas menyeru rakyat Malaysia kembali seperti masyarakat convivencia di Andalusia, Cordoba, Sepanyol kerana jurang antara agama di Malaysia semakin melebar, meskipun sudah 51 tahun merdeka.

Tulis Anwar, "Kita pastinya menyedari negara kita Malaysia yang bebas merdeka 51tahun lalu merupakan sebuah negara yang majmuk. Semenjak dari tarikh negara ini diisytiharkan merdeka sehingga ke hari ini, kita semuanya, baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak, telah melalui saat-saat sukar juga senang bersama-sama. Akan tetapi, dari ianya mengukuhkan hubungan antara kaum dan agama, sebaliknya jurang di antara kita nampaknya semakin melebar akibat dari beberapa perlaksanaan dasar yang mengabaikan rakyat.

Tulisnya lagi,
"saya kira perlulah kita kembali merenung bagaimana masyarakat convivencia di Andalusia yang meyaksikan tiga umat; Islam, Kristian dan Yahudi hidup dalam kerukunan dan membuahkan tamadun gemilang. Sebagai contoh di Andalusia terutamanya di Cordoba waktu itu, bahasa Arab dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar kepada wacana-wacana ilmu, malah penyair Yahudi yang mashyur, Sulaiman Ibnu Gabirol menulis dalam bahasa Arab tanpa perlu dipaksa oleh pemerintah. Benarlah kata Mahmoud Darwish, penyair terkenal asal Palestin, Al-Andalus adalah penyempurnaan impian sebuah puisi. Ianya bukan sahaja tempat yang meraikan kemajmukan malah menjadi pentas percambahan ilmu dan ketinggian budaya"

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................




Saya merenung jauh perjalanan sejarah lalu membuat kesimpulan bahawa,jika mereka benar benar berjuang untuk agama,bangsa dan negara sudah pasti bukan Andalusia atau Masyarakat Convicencia(hidup bersama) yang menjadi sebutan untuk menyempurnakan sebuah impian,bukan Pluralisme dan islam liberal yang menjadi asas perjuangan,malah bukan penyair yahudi yang masyhur menjadi sebutan! Sudah pasti jika mereka pejuang kebenaran ,Mekah,madinah atau nusantara menjadi sebutan,Islam-Al-Quran-hadis-sunnah menjadi asas perjuangan dan nama nama islam seperti Zun Nun Al misri , Jalaluddin Ar Rumi,imam shafie dan Al-Ghazali yang menjadi sebutannya atau keperwiraan Amru bin Ash ,Salahuddin al Ayubi dan Muhammad Al Fateh jadi sumber inspirasi perjuangannya!




Saya menjadi semakin hairan,mengapa masih ada pemimpin agama yang kononnya cukup sempurna ilmunya tertipu dengan taktik musuh demi sedikit kuasa.Mereka masuk kedalam pakatan musuh secara terang terangan malah masih berdegil melaungkan slogan membangun bersama islam dan ingin melaksanakan hukum hudud dan negara islam!Apakah mereka pasti atau masih di alam mimpi ,yang pakatan musuh akan merestui perjuangan mereka menjadi realiti sedangkan yang satunya berjuang untuk Malaysian malaysianya dan yang satu lagi adalah proksi atau boneka barat yang belum pasti halatuju nya.Arah dan prinsip perjuangan pun amat berbeza umpama langit dan bumi! jadi bagaimana boleh bersama?




Semoga tahun Hijrah ini membawa keberkatan dengan bangkitnya pejuang islam di seluruh dunia untuk menghancur leburkan zionis dan dajjal di akhir zaman.Semoga benar janji Allah seperti FirmanNya dalam surah Al-israk,ayat 104 yang bermaksud “Dan kami berfirman sesudah itu kepada bani Israel : Diamlah kamu di negeri ini,maka apabila telah datang janji terakhir nescaya kami datangkan kamu dalam keadan bercampur baur (huru hara)”


Semoga akan tiba waktunya akan berlakunya kebenaran sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Belum akan tiba hari kiamat,hingga kaum muslimin memerangi kaum yahudi,kemudian mereka dibunuh oleh kaum muslimin,sehingga batu dan pohon kayu berkata : hai muslimin,hai hamba Allah,Inilah seorang yahudi yang bersembunyi di belakangku,datangilah dan bunuhlah!, kecuali pohon Al-Ghargad,kerana ia tergolong dari pohon yahudi”


Semoga Allah menyelamatkan Malaysia dan Nusantara ini dari Kamal Attartuk versi ke-2!


Sunday, December 28, 2008

Al - Fatihah




Dengan segala takzimnya saya mengucapkan tahkziah atas kemangkatan Kebawah Duli Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ,kepada seluruh ahli keluarga dan kerabat diraja negeri sembilan serta seluruh rakyat negeri sembilan umumnya.

Semoga roh Al-marhum Tuanku dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang orang yang mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan yang abadi disisi Allah SWT.

Surah Al-Baqorah : 156 bermaksud : "Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali"



Al-Fatihah.....


Setiap yang pasti datang adalah hampir
Yang masih diangan-angankan adalah jauh,
Mati adalah sesuatu yang pasti
Mati adalah tunang semua orang
Tiba masanya bersandinglah manusia dengan kematian
Berpelaminkan kuburan


Apakah kita sengaja melupakan mati,
Sedangkan mati tidak pernah melupakan kita.
Mati adalah satu hakikat
Yang pasti tiba,cepat atau lambat.


Mati bukanlah pengakhiran hidup
Tetapi ia adalah permulaan
kepada satu kehidupan yang lebih kekal
Kata Saidina Ali:
"Semua orang hidup adalah mati,
Bila mati baru mereka terjaga"


Apakah kita lupa Ungkapan keramat ahli sufi:
"Bukankah mati syarat menemui cinta?"

Nukilan: Sangtawal Sakranta , 28.12.2008 at 10.32 am.



Saturday, December 20, 2008

IJN di swastakan atau IJN-Cawangan perlu ditubuhkan dan diswastakan?



Hati saya terpanggil untuk mengulas dan memberi sedikit pendapat tentang isu penswastaan Institut Jantung Negara( IJN) kepada Sime Darby.Setiap isu harus dilihat dan dikupas berdasarkan pro dan kontra tentang perlu atau tidak satu badan seperti IJN yang jelas berfungsi untuk kepentingan rakyat tanpa mengira tahap sosioekonomi pesakit ini harus dikekalkan seperti sediakala atau sebaliknya.



Setelah meneliti perkembangan berkaitan IJN ini,saya membuat kesimpulan bahawa IJN patut dikekalkan dan tidak perlu diswastakan.Memang benar kerajaan mempunyai hasrat murni untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan tanggungjawab sosial mereka kepada rakyat tetapi dalam hal IJN ini kita seharusnya tidak perlu tergopoh gapah dalam membuat keputusan apatah lagi Sime Darby adalah sebuah syarikat perniagaan yang berorientasikan keuntungan.Biarpun ada kedengaran mereka sanggup menerima cadangan bahawa kepentingan sosial pesakit yang miskin tidak akan diabaikan,namun saya khuatir jika itu cuma tinggal janji sahaja nanti.



Memang tidak dapat dinafikan IJN yang hanya mempunyai lebih kurang 35 orang doktor pakar dan bilangan staf terlatih lain yang agak terhad mempunyai beban kerja yang tinggi jika dibandingkan dengan hospital hospital kerajaan yang lain apatah lagi ia telah menjadi tempat utama rujukan pesakit dari seluruh Negara.Namun itu bukan menjadi alasan utama mengapa IJN harus diswastakan.Realitinya kebanyakan doktor pakar yang bekerja di IJN adalah diantara mereka yang sudah mengorbankan sedikit ganjaran dunia mereka demi untuk berjasa kepada rakyat Malaysia,percayalah.

Kalau tidak,mereka sudah pasti lari atau berpindah ketempat kerja lain memandangkan bayaran lumayan yang mereka perolehi di sektor swasta.Ini terbukti dengan penafian mereka dalam kenyataan dibawah:



“We read with concern the perceived perception that the medical staff of IJN are demanding higher pay and will leave IJN if these demands are not met.

We feel it is important that these negative perceptions are correctly put into context.

The institution was set up in 1992 as a corporate body directly under the purview of Ministry of Finance. Its board of Directors include representatives from Ministry of Health and MOF to ensure its direction and objectives of providing good quality and affordable medical care to Malaysians from all walks of life are adhered to.

In that respect, IJN has done and continue to do well, both in maintaining its moral as well as financial obligations. The institution has been self-sustaining since its inception (and has been able to pay year end bonuses annually without fail). For 2007and up to end Nov 2008, we have accumulated 285,764 number of outpatients, performed 15,084 cardiac catheterization interventions including angiograms and angioplasties, 6,094 heart and lung surgeries, 7 mechanical hearts and heart and lung transplants surgeries.

As true with any organization of our size, there will be people leaving the organization at various times in order to pursue different career paths. Over the last 7 years of operation, out of a total of 35 consultants, only 7 have left IJN to work either in local or overseas private centres. Therefore, our consultants' annual attrition rate is only 3%, and we have responded consistently over time to promote our home grown talents to fill up the voids accordingly. Currently, 75% of IJN consultants have been in their posts for more than 10 years.



All of us are salaried based on a different payscale than that of the MOH though not at par with the private centres. Periodic review of salary scale is usually undertaken, subject to approval from Ministry of Finance.

As proven from our consultants' attrition rate and longevity in serving this institution, it is logical to surmise that on the whole we are happy with the current scheme and proving it by remaining with IJN. Many of us have served than 10 years, excluding time spent within the MOH Hospitals prior to setting up of IJN.

Whilst we have yet to have a clear picture of the proposed privatization by Sime Darby, we would like to reiterate our commitment to serve IJN in its current form and want to stress that the proposed privatization of IJN must not be seen to be as a response to our demands for better pay. The medical personnel of IJN are not at all involved, directly or otherwise, in the negotiations for the said privatization.

Being responsible employees of IJN, we are not in the position to dictate the outcome of the privatization proposal from Sime Darby to the stakeholders of IJN. However, the perception that the privatization proposal is in response to demands for higher remunerations by its medical staff is misconceived and must be corrected accordingly to safeguard and preserve the trust placed upon us by our patients.

Surat ini ditandatangani oleh 26 orang doktor pakar.



Apa yang ingin saya utarakan disini ialah bagaimana langkah kerajaan untuk menangani isu meningkatnya jumlah pesakit dan kos perubatan di IJN ini.


Bagi saya,IJN perlu dikekalkan menjadi tempat utama rujukan kes dari seluruh Negara.Untuk menampung kenaikan jumlah pesakit dan kos pembedahan kerajaan harus membuka cawangan lain dimana cawangan ini mungkin boleh diswastakan kepada Sime Darby.Penswastaan cawangan IJN ini mungkin adalah langkah bijak dimana IJN hanya perlu menumpukan kepada kes yang tertentu bagi pesakit kronik yang miskin atau mempunyai masalah kewangan sahaja,manakala cawangan IJN yang baru boleh menjalankan operasi dan kos rawatan adalah sepadan dengan kos di tempat swasta yang lain.Kes kes yang tertentu atau “selected case” perlu dibuat atau ditapis diperingkat hospital besar atau hospital negeri lagi sebelum dirujuk ke IJN oleh doktor pakar di hospital negeri samada untuk merujuk mereka terus kepada IJN atau Cawangan IJN/swasta.Langkah ini pasti akan mempercepatkan rawatan kepada pesakit.Lebih cepat masa diambil untuk berubat lebih cepat pesakit akan sembuh



Memang tidak dapat dinafikan, kos untuk melakukan satu pembedahan jantung adalah tinggi apa lagi untuk melakukan “open cardiothoracic surgery” yang memerlukan beberapa pakar dalam satu sesi pembedahan.Oleh itu banyak kes pembedahan yang tertangguh disebabkan masalah kewangan dan penangguhan ini akan membuatkan keadaan pesakit menjadi lebih teruk dan timbul pula pelbagai komplikasi komplikasi yang tidak diingini terutamanya pesakit pediatrik.



Walaupun setiap hospital mempunyai Unit kebajikan dan ada pegawai yang bertugas untuk menguruskan masalah kewangan pesakit di dalam wad kerajaan,tetapi oleh kerana ia melibatkan peruntukan kewangan yang terbatas dari kerajaan dan perlu melalui banyak karenah birokrasi,peruntukan yang diperolehi kadang kala memakan masa bertahun tahun.Ini amat mengecewakan pesakit dan keluarga pesakit malah ada diantara mereka yang terus “default follow up”.



Maka disini saya merasa perlu ada satu mekanisma untuk menjana modal perubatan terkumpul yang boleh diperolehi dari tabung kebajikan sektor kerajaan dan bukan kerajaan.Kalau kita mampu mengutip wang dari rakyat untuk tabung mangsa tsunami atau kepada mangsa bencana alam di negara lain,kenapa pula kita tidak boleh membantu kerajaan mengumpul dana untuk warga negara kita sendiri yang amat memerlukan bantuan kewangan.Mungkin mereka adalah adik beradik ,ibubapa atau saudara mara kita,kita tidak tahu.Janganlah jadi seperti kata pepatah “kera dihutan di susukan ,anak dirumah mati kelaparan” dan program “bersamamu” nantinya akan hanya tinggal kenang-kenangan saja!



IJN boleh dijadikan tempat utama cardiac case dilihat oleh doktor pakar buat pertama kali dan rawatan susulan seterusnya atau “post-op patient” mungkin boleh dijalankan di IJN-Cawangan.Oleh itu ia akan mengurangkan sedikit beban kerja di IJN dan doktor pakar di IJN boleh menumpukan perhatian kepada “selected case” saja.



Bilangan doktor pakar di IJN perlu dikekalkan dan cadangan untuk menyemak semula skim gaji mereka ke gred gaji “special” boleh dibincangkan oleh pihak kerajaan sebagai satu usaha menghargai mereka dan bila mereka ini menjalankan tugas di IJN-cawangan mereka boleh membuat tuntutan terus dari syarikat swasta tersebut dengan imbuhan insentif yang lebih rendah sedikit berbanding ditempat swasta lain supaya tidak membebankan IJN-cawangan pula. Dengan cara ini doktor pakar akan merasa sedikit berbaloi dan mengikat mereka untuk terus berkhidmat lebih lama di IJN manakala IJN-cawangan tidak dibebankan oleh masalah untuk membayar gaji tetap bulanan doktor pakar yang membuat “part time” atau “lokum”. Walaubagaimanapun masalah gaji dan imbuhan mereka tidak menjadi sebab utama kerajaan harus menswastakan sepenuhnya IJN.Ini dinyatakan sendiri oleh mereka seperti dalam kenyataan diatasJika IJN-cawangan mahu mengambil beberapa doktor pakar mereka sendiri,itu terpulang kepada mereka dan itu semestinya lebih baik demi memenuhi keperluan pelanggan atau pesakit.



IJN-cawangan yang saya sarankan disini mungkin boleh diswastakan sepenuhnya untuk memastikan ia mencapai piawaian perkhidmatan kesihatan dan ISO yang ditetapkan dimana semua peralatan dan “diagnostic tools” yang serba canggih ada disediakan.Semua jenis pembedahan jantung boleh dilakukan disini dan IJN-cawangan ini mampu menerima rujukan dari luar negara dengan segala kemudahan yang ada



Penubuhan IJN-cawangan ini bukan saja menjadi tempat rujukan kes jantung dan pembedahan jantung sahaja tetapi saya cadangkan supaya ianya boleh dikembangkan lagi kepada penubuhan institusi pengajian ijazah lanjutan perubatan atau sub-speciality terutamanya dalam bidang cardiology,cardiothoracic surgery,paediatic cardiology ,cardiac or lung transplant dan banyak lagi.Sime darby boleh menaja doktor doktor yang berminat untuk mendalami ilmu cardiology ini untuk belajar disini atau luar Negara dan boleh membuat perjanjian atau kontrak supaya bekerja dengan mereka untuk tempoh yang tertentu setelah tamat pengajian nanti.Ini adalah merupakan pelaburan jangka panjang yang menguntungkan juga.



Contoh utama yang boleh diketengahkan disini ialah bagaimana Professor Dr Jafri Malin iaitu pakar bedah neurosurgeri HUSM yang terkenal itu membangunkan unit neurosurgery di HUSM .Selain melakukan pembedahan neurosurgery beliau dengan penuh komitment membangunkan program “master in neurosurgery” kepada master student surgical untuk mendalami ilmu neurosurgery di HUSM.



Pepatah melayu ada menyatakan “kalau tidak dipecahkan ruyungnya ,manakan pula mendapat sagunya” itu mungkin juga ada benarnya..Penswastaan IJN mungkin dibatalkan selepas ini namun hasrat murni kerajaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat tidak boleh dipandang sepi dan hasrat Sime Darby untuk menerokai bidang perniagaan yang melibatkan kesihatan dan intervensi jantung ini tidak boleh dipandang remeh kerana mereka tahu pelaburan dalam perniagaan perubatan ini akan memberi pulangan yang lumayan.Bayangkanlah,orang sanggup bergadai,berhutang atau menjual tanah untuk melakukan pembedahan jantung.Ini adalah kerana menyelamatkan satu jantung umpama menyelamatkan satu nyawa!






Thursday, December 18, 2008

Hikmah Pengharaman Khinzir

Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai,darah dan daging babi” . Ayat ini dengan tegas menyatakan pengharaman keatas daging babi dan produk-produknya keatas orang-orang islam kecuali ketika darurat.



Dr Daniel S.Shapiro,MD,pengarah Clinical microbiology Laboratories,Boston Medical Centre,Massachusettes dan merupakan Penolong Profesor perubatan di Pathology and Laboratory Medicine,Boston University School of Medicine, merumuskan terdapat lebih daripada 25 jenis penyakit yang boleh dijangkiti berpunca dari babi( rujuk medical research 1998 di http://www.mrmcmed.org/pigs.html ).Diantara penyakit yang boleh dikaitkan dengan babi ialah : anthrax,ascaris suum,botulism,brucella suis,cryptosporidiosis,entamoeba polecki,ersipelothrixshusiopathiae,flavobacterium groupIb-like bacteria,

influenza,leptospirosis,pasteurellaaerogenes,pasteurellamultocida,pigbel,rabies,

salmonellosis,salmonella cholerae-suis,sarcosporidiosis,scabies,streptococcus dysgalactiae

(group L ),streptococcus milleri,streptococcus suis type2 (group R ),swine vesicular disease,taenia solium,trichinella spiralis,yersinia enterocolitica dan yersinia pseudotuberculosis.


Kajian yang dibuat oleh Alix Fano(M.A),Murry J.Cohen(M.D),Marjorie Cramer (M.D, F.A.C.S),Ray Greek(MD) dan Stephen R.Kaufman(MD) mendapati ada diantara penyakit penyakit tersebut yang boleh membawa maut seperti leptospirosis kerana ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang(hepato-renal failure)


Sejarah membuktikan bahayanya virus bawaan babi ini dimana pada tahun 1918 jangkitan virus influenza telah membunuh lebih kurang 20 hingga 40 juta manusia seluruh dunia.Kuman ini yang berasal dari babi-babi di Amerika menjangkiti tentera tentera Amerika pada perang dunia pertama dan tentera tentera ini pula menyebarkan penyakit ini ke Negara Negara lain pula.kajian keatas spesimen-spesimen mangsa menunjukkan,punca wabak ini adalah daripada virus yang berasal dari babi ( rujuk Sun 26 mar 2000,The 1918 Flu Pandemic :what have we learned from this? Hal.1 , http://health.iafrica.com/doconline/millennium/flu19183.htm )


Wabak pada tahun 1957 yang dikenali sebagai Asian Flu dan wabak yang menyerang Hong Kong 1968 berkemungkinan besar berpunca dari kuman yang datang dari binatang ternakan sebelum mengjankiti babi.Didalam badan babi,virus ini berubah atau melakukan transformasi kepada bentuk yang lebih merbahaya sebelum mengjankiti manusia.Wabak ini berjaya meragut 2 juta orang!.Alix Fano,pengarang buku Lethal Laws-Animal Testing,Human Health and environmental policy,merangkap pengarah Medical Research Modernisation Committee mengesahkan ,kuman-kuman virus daripada babi mampu berubah tahap menjadi lebih bahaya atau virulence dari masa ke semasa.


Pada tahun 1997,ahli-ahli sains Britain melaporkan penemuan kuman berbahaya Retroviruses PERVS daripada babi !. Virus ini membiak dalam tabung uji yang mempunyai sel sel buah pinggang manusia dan ia merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkan ia mudah menjangkiti orang lain


Pada bulan November 1997,Dr Robbin Weiss dari Chester Beatty laboratory,London mengesahkan kewujudan virus PERV di dalam babi dan ini menyebabkan Kerajaan British Mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat atau organ daripada babi kepada manusia ( sila rujuk http://www.mercola.com/1998/apr/13/pig virus can infect humans.htm )


Pada bulan ogos 1997,pakar-pakar sains Australia menemui satu lagi virus baru yang menjangkiti babi sebelum menyerang manusia.Ia sejenis virus yang merbahaya dan belum pernah ditemui sebelum ini yang dikenali sebagai virus menangle dari kumpulan paramyxovirus ( sila rujuk – campaign for responsible transplantation-press release 1998 ,new Biotech partnership Threatens public health,oct,21,1998, http://.crt-online.org/102198.html )


Secara umumnya sejak tahun 1997 dan seterusnya,ahli ahli sains telah menemui beberapa virus keluaran babi yang belum pernah ditemui sebelum ini iaitu : porcine Torovirus,Porcine Rotavirus atau Variant 4F, PRRS atau Porcine Reproductive and Respiratory syndrome Virus dan H3N2 Swine Flu Virus .



Dalam Journal of Virulogy 1997,satu kajian yang melibatkan 12 orang pakar sains yang diketuai oleh Dr Yoshihiro Kawaoka dari universiti Wisconsin melaporkan satu penemuan mereka yang menunjukkan bahawa dalam keronkong babi terdapat sel sel khusus yang mampu mengubah pelbagai kuman atau virus kepada bentuk bentuk yang merbahaya kepada manusia.Mereka bersepakat berkata babi adalah Mixing Vessel atau “tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya”

( rujuk : Centre For Disease Control & prevention,Pandemic Influenza,USA,2000,

wysiwyg://162/http://www.cdc.gov/od/nvpo/pandemics/fluprint.htm)



Menurut kajian itu juga,virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang merbahaya bila ia memasuki sel sel babi ini.Penemuan saintifik ini mampu memberi penyelesaian kepada punca punca wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan nyawa pada abad ini. Ia bermula dengan serangan Spanish Flu pada 1918,diikuti oleh Asian Flu pada 1957,kemudiannya Hong Kong flu 1968 dan Russian Flu 1977.kajian ini menunjukkan kuman kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat.


Menurut Dr Virginia Hinshaw,Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison, virus virus sentiasa berubah kepada bentuk yang lain dalam babi adalah satu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain itu.Yang membimbangkan kita ialah ,sistem pertahanan badan kita tidak mampu menangkis serangan daripada virus-virus ini.

Ada juga penemuan terbaru yang menyatakan virus daripada keluarga HIV juga wujud di dalam babi dan dibawa oleh DNAnya dan ia tidak boleh dipisahkan.Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang kuman virus dari Institut Kajian Kanser,London berkata “ babi mempunyai banyak kuman virus.salah satu masalah yang perlu kita hadapi adalah babi mempunyai kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia.Ia tidak dapat dibuang daripada babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya .Retrovirus ini adalah daripada keluarga yang sama dengan kuman HIV- Human Immunodeficiency Virus”



Untuk huraian yang lebih lanjut,anda juga boleh membaca buku bertajuk Perubatan islam dan bukti sains moden yang ditulis oleh Dr Danial Zainal abidin dalam bab yang ke-10 : Penemuan saintifik pada bahaya babi,m/s 199 – 205.



Sebagai kesimpulannya bila Allah SWT ,pencipta sekelian makhluknya mengharamkan sesuatu ,maka kita sebagai hambanya mestilah patuh dan menjauhi perkara yang diharamkan itu untuk mengelakkan bahaya dan kemudharatan kepada kita kerana Dia Yang Maha Mengetahui dan Dialah Yang Maha Bijaksana.


Apa yang pasti di negara kita ini,usaha untuk memelihara babi dan memperluaskan ladang babi telah diluluskan dan disokong pula oleh sebuah parti yang berjenama islam.

Justeru itu setelah mengetahui bahayanya babi ini kepada kesihatan kita,adakah wajar bagi kita meneruskan usaha itu atau sebaliknya.Bukankah sokongan dan permuafakatan kita itu yang dinamakan “subhat” tidak diterima oleh Allah kerana ia ternyata satu usaha yang membawa kecelakaan dan kesan buruk kepada kesihatan manusia!!!


Oleh itu,saya berseru kepada bijak pandai islam atau alim ulama islam,janganlah kamu menggadaikan prinsip perjuangan islam hanya dengan sedikit habuan dunia yang sedikit berbanding dengan habuan dari Allah di akhirat atas usaha kamu menegakkan Kalimah Allah diatas muka bumi ini! Janganlah kamu mudah tertipu dengan taktik musuh kamu sehingga kamu lalai dari tanggungjawab kamu membela agama Allah.