Saturday, September 26, 2009

CKKAZ : Bhg 1- Projek Genom Manusia


Tajuk : Cabaran Kepada Kebangkitan Akhir Zaman(CKKAZ) :
Bhg 1- Human Genome Project

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Pada abad ke-21 ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemajuan di bidang ilmu sains dan teknologi masih didominasi oleh negara-negara maju di barat.Pada era kebangkitan akhir zaman ini umat islam sepatutnya perlu tahu apakah cabaran-cabaran tersebut supaya kita menjadi lebih bersedia menghadapi segala kemungkinannya!


Semoga kita juga tahu serba sedikit segala kemungkinan strategi perang akhir zaman atau perang alaf baru mereka untuk menguasai dunia!sesungguhnya sehingga kini, arah dan pencapaian teknologi pada abad ini seolah-olah ditentukan oleh kemajuan dan pencapaian teknologi mereka contohnya kemajuan teknologi AS telah menjadi indikator kemajuan teknologi dunia.

*radar pengesan US Army

Manusia Melayu-Muslim di Nusantara ini secara umumnya masih lagi fobia dengan ilmu sains dan teknologi terkini , apa lagi untuk berusaha mempelajarinya atau berusaha memilikinya.Walaupun ada segelintir dari kita yang mempunyai pengetahuan tentang ilmu itu,tetapi jumlahnya sangat sedikit dan boleh dibilang dengan jari! Bangsa lain nampaknya sedang memonopoli cabang ilmu yang amat penting untuk kebangkitan akhir zaman ini!

Bertitik tolak dari anggapan ilmu moden adalah saduran ilmu sekular barat warisan penjajah ditambah lagi dengan persepsi salah oleh ulamak berfikiran kolot bahawa pembelajaran ilmu dibidang sains dan teknologi hanya membaratkan budaya melayu-islam timur , maka anjakan persepsi perlu dibuat semula oleh generasi akhir zaman ini bahawa ilmu sains dan teknologi adalah perlu dipelajari,diterokai dan diaplikasikan dalam kehidupan ini selari dengan perkembangan terkini teknologi tanpa meninggalkan ilmu agama yang bersumberkan Al-Quran , hadis dan sunnah rasul sebagai teras pendidikan yang wajib!

Sesungguhnya satu revolusi persepsi dan sikap perlu dibuat agar kita semua menjadi sedar tentang betapa pentingnya ilmu sains dan teknologi di zaman serba moden ini tanpa menidakkan ilmu asas agama sekiranya kita mahu menjadi generasi yang ingin turut serta dalam era kebangkitan akhir zaman!

Sekiranya kita masih berfikiran kolot dan sempit,maka sudah pasti kita akan berada ditakuk lama! Dan inilah sebenarnya yang Dajjal mahukan.Dajjal mahukan kita bersungguh-sungguh mengejar benda-benda yang palsu,benda yang tidak kekal dan benda yang sia-sia!contohnya ialah mereka sendiri mengumpul dan menyimpan emas, manakala manusia lain ditipu dan dikaburkan dengan sehelai kertas yang tertulis angka-angka Dollar atau Ringgit dimana sejarah telah membuktikan bila nilai matawang menjunam angka-angka yang tertulis di kertas itu sudah tidak bernilai lagi!

Itulah sebabnya seawal tempoh penjajahan barat ke atas tanah melayu dahulu mereka menggalakkan masyarakat kita hanyut dalam budaya menora, makyung, wayang kulit, gasing, wau, puja umur sultan, belaga ayam dan lembu , nelayan dengan sampan kecil dan lautnya, petani dengan cangkul,kerbau dan sawahnya…. sementara mereka sibuk membolot segala hasil bumi kita seperti bijih timah, bijih besi , emas, getah dan rempah ratus untuk dibawa pulang ke negara mereka! Dijual dan di dagangkan untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan dan berlipat kali ganda.


Percayalah,perang akhir zaman ini bukannya perang secara berdepan satu lawan satu lagi, bukan juga perang menggunakan sesumpit atau buluh runcing lagi tapi perang alaf baru! Perang yang lebih bercorak teknikal dengan bantuan sains dan teknologi! Dari pesawat tempur tanpa pemandu kepada kelengkapan perang bersistem nanoteknologi!


Apakah kita mampu menangkis serangan mereka dengan hanya duduk dipondok-pondok berdinding buluh atau kubu bawah tanah mengamalkan isim-isim kebal dan mengamalkan ilmu-ilmu karut marut lagi? apakah kita mampu melawan mereka hanya dengan menggunakan bom petrol atau bom buatan tangan yang dibaling secara sembunyi-sembunyi dan takut-takut? Apakah kita rela melihat anak-anak kecil kita mati berlumuran darah dijalanan dengan lastik dan sebutir batu kerikil ditangannya? Sudah tentu tidak!!!


Seorang ahli fizik Amerika berketurunan Jepun iaitu Michio Kaku,menulis dalam bukunya berjudul Visions: How Science Will Revolutionize the 21st Century yang diterbitkan pada tahun 1997 merumuskan bahawa ada tiga revolusi di bidang sains yang sedang terjadi di AS iaitu bidang Bioteknologi,Nanoteknologi dan Infoteknologi.

Pada 27 Hb Jun 2000, sebuah akhbar harian terkemuka New York Times memaparkan berita di muka depannya berjudul "Genetic Code of Human Life Is Cracked by Scientists". Berita itu diulas dalam dua artikel dimuka depan akhbar itu! ditambah pula ulasan khusus di bagian Science Times.Artikel tersebut menerangkan bahawa 90% uraian genom manusia telah berhasil dipetakan, dan uraian yang hampir lengkap ini dinamakan working draft. Pada pertengahan bulan Februari tahun 2001, majalah Nature dan Science memuatkan beberapa artikel yang menganalisa hasil working draft genom manusia tadi.

Projek Genom Manusia (Human Genome Project atau singkatannya HGP) ialah projek penyelidikan saintifik antarabangsa dengan matlamat utama untuk menentukan turutan pasangan bes kimia yang membentuk DNA dan untuk mengenalpasti dan memeta lebih kurang 20,000 hingga 25,000 gen genom manusia dari segi fizikal dan fungsi.



Projek ini bermula pada tahun 1990 dan pada awalnya diketuai oleh James D. Watson dari Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat. Draf kertas kerja genom dikeluarkan pada tahun 2000 dan siap pada tahun 2003, dan sehingga sekarang analisis lanjutan masih diterbitkan. Projek yang serupa dilakukan oleh Celera Corporation iaitu sebuah syarikat swasta . Pemimpin perusahaan itu, Dr. Craig Venter, bersama dengan pimpinan Human Genome Project, Dr. Francis Collins diundang oleh mantan Presiden Clinton untuk mengumumkan working draft tersebut pada akhir Jun 2000.

Kebanyakan kajian urutan gen yang dibiayai kerajaan dibuat di universiti dan pusat penyelidikan dari Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand dan Britain. Pemetaan gen manusia merupakan langkah penting dalam pembangunan untuk memajukan perubatan dan aspek penjagaan kesihatan lain.

Seperti yang kita ketahui, DNA atau Deoxyribonucleic Acid adalah pita molekul yang ditemukan di dalam kromosom di dalam setiap sel di tubuh manusia. Ciri-ciri yang diturunkan oleh ibubapa kepada anaknya tersimpan dalam DNA. Maka boleh dikatakan bahawa pemetaan genom manusia yang dilakukan di Human Genome Project ini sama saja seperti menemukan cetak biru (blue print) informasi genetik manusia.



Betapa pentingnya HGP ini diwar-warkan terutamanya dalam bidang perubatan, contohnya , sekiranya kita mengetahui cetak biru ini maka hal-hal seperti penyakit keturunan akan dapat kita ubati diperingkat yang paling asas melalui kaedah gene therapy. Oleh itu, informasi mengenai genom manusia ini juga amat berguna sekali kepada industri-industri farmasi di mana ubat-ubatan untuk berbagai jenis penyakit di masa- masa akan datang dapat dicipta sesuai dengan DNA individu masing-masing . Dengan kaedah ini, kesan-kesan sampingan dari sesuatu ubat tersebut juga akan dapat diatasi.



Kini projek HGP telah selesai memetakan genom manusia dengan ketepatan 99.99%.

Dr. Collins menyatakan bahwa AS telah menyelesaikan projek ini mendahului waktu yang ditetapkan dan menelan belanja dibawah anggaran sebenar. Projek yang dijangka memakan waktu 15 tahun dengan peruntukan dana US$ 3 Million ini diselesaikan dalam waktu 13 tahun dan hanya menelan belanja US$ 2.7 Million.

Mengapa AS sangat teruja dan sanggup menghabiskan berjuta-juta Dollar untuk membangunkan HGP ini ? Ini adalah kerana apabila mereka sudah mengetahui turutan kod genetik manusia dengan berselindung disebalik HGP, maka senanglah mereka memanipulasikannya demi mengaut keuntungan yang lumayan!

Dengan alasan untuk pembangunan dan perkembangan teknologi perubatan demi kebaikan masyarakat dunia, mereka berselindung disebalik syarikat-syarikat gergasi besar Ubat dunia, mencipta virus ,ejen penyakit dan sekaligus mencipta penawarnya pula.Mereka sebenarnya bermain wayang dengan kos yang sedikit, dengan pelakonnya adalah manusia yang tidak berdosa lalu menjadi korban atas kegilaan mereka mengaut keuntungan besar hasil penjualan ubat-ubatan mereka!



Jadi, bila pola pemikiran kita sudah berubah sampai ketahap yang kritikal dan analitikal seperti ketahap molekul / cellular level,maka pelbagai teori konspirasi menjelang alaf baru seperti penciptaan senjata biologi, penghasilan vaksin palsu dan penyuntikan cip berserta vaksin kedalam tubuh badan manusia adalah menjadi tidak pelik dan boleh jadi benar !!! Itulah tahap pemikiran yang kita mahukan! inilah tahap pemikiran generasi akhir zaman yang ingin kita jana!

Bayangkanlah bila kita dedahkan teori konspirasi ini beserta dengan fakta-fakta saintifik kepada ulamak kolot dan jumud, sudah pasti mereka akan mengatakan semua ini adalah karut dan tidak masuk akal!!! Ini semua tidak penting, Lebih baik katanya kita pergi ke masjid dan berdoa banyak-banyak menolak bala, semua itu adalah qoda qadar Allah swt, maka terimalah ia seadanya!!! Apakah kita boleh berkata begitu sedangkan usaha kita tak seberapa mana!!! Maka berterusanlah kita dari satu generasi ke satu generasi lain berada dalam keadaan bodoh dengan mentaliti bertahap lebai kampung yang jumud dan bodoh sombong! Sebenarnya merekalah pendusta besar! Seorang yang hipokrit dan faktor utama penyumbang kepada kemunduran ummah!

Mari kita baca sejarah manusia yang pernah ditipu dan dimanipulasikan oleh mereka yang berkepentingan! Mari kita belajar dari sejarah agar sejarah seperti itu tidak berulang kepada kita!

* Pulau tristan

Tristan da Cunha adalah nama sebuah pulau kepunyaan Inggeris yang terletak di tengah Samudera Atlantik. Pulau ini sangat terpencil karana daratan paling dekat, Afrika Selatan, berjarak lebih dari 2.800 kilometer. Pulau kecil yang berpenduduk sekitar 1,200 orang dengan punca pendapatan utama perikanan ini telah menjadi perhatian dunia kerana ciri kesihatan penduduknya yang unik. Walaupun mereka jauh dari pencemaran udara , 1/10 penduduknya adalah penderita penyakit pernafasan asthma. Angka ini 10 kali lebih besar dari keseluruhan jumlah penderita asthma di kota metropolitan yang tingkat pencemaran udaranya tinggi.

Asthma adalah penyakit yang disebabkan oleh berbagai faktor, termasuk factor keturunan. Sehingga saat ini belum ada ubat yang mampu menyembuhkan penyakit ini. Keadaan di Pulau Tristan menunjukkan faktor keturunan yang disebabkan oleh pengaruh genetik mungkin berperanan besar.

Menurut catatan sejarah, pulau ini pada awalnya dihuni oleh tiga orang dari Inggeris pada tahun 1916 dan sejak itu migrasi penduduknya keluar atau masuk ke pulau itu hampir tidak ada. Oleh itu , isolasi gen yang bertanggung jawab terhadap penyakit asma boleh dikaji keatas penduduknya dengan baik di pulau yang terpencil dan jauh dari ganguan manusia luar ini! sebuah penemuan yang akan merevolusikan dunia perubatan terutamanya bagi penyakit asma yang dideritai oleh ratusan juta jiwa di seluruh dunia.

Keadaan ini mendorong satu pasukan perubatan dari Toronto University di Kanada yang dipimpin oleh Professor Noe Zamel untuk melakukan penelitian di Pulau Tristan tahun 1992. Seperti yang diduga, hanya dalam waktu lima tahun, gen yang menyebabkan penyakit asma telah ditemui terletak pada kromosom bernombor 17 dan disebut asth1. Paten ke atas gen ini diperoleh di Amerika pada tanggal 11 Julai 2000 dengan judul Asthma Related Genes.

Sebagaimana yang kita ketahui, Amerika adalah sebuah negara Polis Dunia yang mempelopori pemberian paten terhadap makhluk hidup dari tikus makmal hingga bakteria dan komponen di dalamnya, misalnya gen, protein, dan lain-lain lagi asalkan memenuhi syarat-syarat utama berupa penemuan yang baru serta memiliki prospek perniagaan yang berorientasikan keuntungan!

Penduduk Pulau Tristan sedikitpun tidak diberitahu atau dimaklumkan sama sekali mengenai tujuan dan kemungkinan data genetic mereka telah dimanipulasikan oleh pihak lain untuk mengaut keuntungan yang besar! Mereka hanya diberitahu bahawa pemeriksaan dan pengambilan sampel darah mereka adalah satu kaedah pemeriksaan fizikal perubatan yang biasa saja,tidak lebih dari itu!

Selepas itu Toronto University kemudiannya telah memindahkan status pemilikan hak paten itu pada perusahaan bioteknologi Amerika, Axys Pharmaceuticals, lantas terus menyuntik dana sebanyak 20 juta dollar AS untuk tujuan penyelidikan dan penelitian yang lebih mendalam.

Selepas itu Axys Pharmaceutical berhasil menjual lesen penggunaan paten itu kepada perusahaan farmasi multinasional yang berpusat di Jerman, Boehringer Ingelheim, sebanyak 32 juta Dollar AS untuk kajian dan penyelidikan mencipta ubat dan hak untuk mendapatkan tambahan 32 juta Dollar AS lagi bila ubat itu berhasil dipasarkan nanti. Jadi Axys Pharmaceutical telah mendapatkan keuntungan atas angin sebanyak 64 juta Dollar AS dalam masa sekelip mata!

Nah,bayangkan, dari genom 248 orang di pulau terpencil, telah lahir bisnes jutaan Dollar As di antara dua benua yang mengapit pulau itu, iaitu benua Amerika dan Eropah, sementara penduduk Pulau Tristan tidak mendapatkan imbuhan apa-apa.

Sebagaimana diakui oleh mantan Wakil Presiden Axys, Jeff Hall, para investor yang memberikan dana untuk menjalankan perusahaan ini tidak peduli dengan apa bentuk penelitian, kecuali bagaimana mendapatkan keuntungan.

Contoh kedua dari sejarah tentang bagaimana mereka yang bodoh dan lemah amat mudah dimanipulasikan ialah seperti apa yang berlaku kepada suku Guaymi di Panama.Suku ini adalah salah satu suku Indian yang tinggal di pendalaman hutan Panama sejak diusir oleh penjajah sepanyol pada abad ke-15 lagi.Penempatan mereka agak terpencil dan jauh dari dunia luar.Tiba-tiba di awal tahun 90an dahulu mereka didatangi oleh penyelidik dari Centers for Disease Control and Prevention (CDC) ,Amerika.Dengan dalih atau alasan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, darah penduduk setempat diambil.

Suku Guaymi juga tidak mendapatkan penjelasan untuk apa sebenarnya sampel darah mereka diambil.Sehingga pada tahun 1993, sebuah LSM Kanada mendakwa bahawa Jabatan Kewangan Amerika sedang mendedahkan paten berkenaan dengan hasil penyelidikan tersebut. Ternyata, suku ini diketahui tahan terdapat satu jenis penyakit sel darah putih yang disebabkan oleh virus bernama HTLV. Dengan meneliti genom suku yang tinggal terpencil ini pasukan penyelidik itu telah menemui satu gen yang menyebabkan kekebalan itu.

Bagaimana sebuah kerajaan Amerika yang mendakwa diri mereka adalah negara berdaulat ,penyelamat dunia,pelindung hak asasi manusia,memperjuangkan keadilan dan sebagainya telah menipu dan cuba untuk mendapatkan keuntungan dengan cara seperti ini?

Menurut pengakuan salah seorang anggota pasukan penyelidik itu, Profesor Michael Lairmore di Ohio State University, Masyarakat yang mulai sedar akan tujuan kerajaan Amerika itu mengharapkan agar keuntungan dari penjualan lesen dan paten itu dikembalikan semula kepada rakyat bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat.Akibat tuntutan dan desakan suku Guaymi, usaha untuk menjual paten yang kontroversi itu akhirnya ditarik balik dari kerajaan Amerika.



Dalam hal ini, langkah yang diambil oleh negara Iceland baru-baru ini, mungkin boleh dijadikan contoh kepada negara lain yang cuba di manipulasikan oleh Amerika dan hal pemburuan kajian gen ini.Iceland adalah negara pulau berdekatan dengan Kutub Utara, berpenduduk 280.000 orang. Bangsa Viking menjadi nenek moyang penduduk pulau itu yang mulai tinggal sejak abad ke-9. Kerana lokasinya yang cukup jauh dari Benua Eropah mahupun Amerika yang mengapitnya , hampir tidak ada percampuran dengan bangsa lain. Sehingga mirip dengan Pulau Tristan, menjadi lokasi yang menarik untuk penelitian gen penyakit keturunan, namunPemerintah Iceland bijak memutuskan untuk bekerja sama dengan perusahaan bioteknologi yang berpangkalan di Amerika, deCODE Genetics, untuk melakukan pencarian gen secara legal.

Pemerintah memberikan deCODE monopoli akses kepada seluruh data kesihatan penduduk dan penelitian sampel untuk penelitian yang diperlukan selama 12 tahun. Sebagai gantinya, decode akan menanggung dana kesihatan masyarakat dan membiayai dana penyelidikan dalam jumlah yang sangat besar.

Kerjasama ini diputuskan melalui persetujuan lembaga perwakilan rakyat Iceland dan badan perundangan sejak tahun 1998 dengan sebuah undang-undang bernama “Act on a Health Sector Database”. Walaupun hanya baru dua tahun berjalan, deCODE mendakwa telah berhasil menemukan gen-gen penyebab penyakit penting seperti Alzheimer sehingga optimistis akan meraut keuntungan yang besar dalam jangkamasa terdekat.

Apa yang ingin saya tekankan disini ialah bila kita membicarakan hal penduduk di Negara ini yang pelbagai kaum atau etnik ini,sudah pasti ia akan menjadi satu destinasi idaman para pemburu gen dari negara-negara maju, baik yang legal maupun ilegal.

Kemajuan teknologi pembacaan genom, misalnya, akan menjadi pencabar sengit di bidang bioteknologi yang diramalkan bakal menjadi “new economy” setelah teknologi di bidang informasi kini sedang pesat membangun!

Namun,apakah Negara kita mampu berdepan dengan cabaran ini,iaitu kerakusan barat memanipulasikan gen kita sesuka hati mereka atas nama penyelidikan dan perubatan padahal mereka sebenarnya mahu mengambil keuntungan dari keterlekaan dan kebodohan kita nanti.Apakah perlu ada satu undang-undang berkaitan genom ini di negara kita? Persoalan ini saya serahkan kepada pihak kerajaan dan pemerintah untuk menyelesaikannya sebelum suatu hari nanti orang lain akan mendakwa gen kita adalah milik mereka!

Sekarang,mari kita lihat apa pula kesan pengetahuan berkaitan Genom Manusia dari sudut yang lain pula! Tentu kita masih ingat peristiwa penipuan serangan 11 september yang menyaksikan dua menara kembar World Trade Center di New York jatuh tersungkur menyembah bumi kononnya angkara pengganas/terrorist! Jika anda masih ingat peristiwa itu,maka senanglah bagi saya menjelaskan kemana pula hala tuju penyelidikan tentang genom manusia ini ingin dibawa sebenarnya .

Merekalah sebenarnya yang sedang giat mencipta senjata biologi lalu menuding jari kearah orang lain sebagai kambing hitam dengan menjaja Modus Bioterorisme .Sampul surat yang diisi dengan spora bakteria Bacillus Anthracis telah meragut banyak nyawa seterusnya memberi ancaman serupa di Eropah dan Jepun telah menimbulkan ketakutan pada surat yang telah menjadi media komunikasi paling umum dalam masyarakat.

*Cara jangkitan Anthrax


Senjata biologi sering disebut sebagai “senjata nuklear orang miskin” (Gould, 1997).Kos teknologi yang diperlukan untuk membuat senjata biologi jauh lebih rendah dan mudah dibanding senjata nuklear atau kimia.Walaupun begitu kesan dari senjata biologi ini amat menakutkan masyarakat dunia hari ini!Menurut laporan Office of Technology Assessment di Konggres Amerika pada tahun 1993, 100 kg spora Bacillus anthracis yang disebarkan keatas ibukota Washington mampu mengorbankan 3 juta nyawa! Dalam kenyataannya, penyebaran bakteri serupa dari instalasi pembuatan senjata biologi Rusia di kota Yekaterinburg pada tarikh 2-3 April 1979 telah mengorbankan puluhan ribu nyawa terkorban di daerah sekitarnya menurut laporan Union for Chemical Safety, walaupun laporan rasmi pemerintah hanya 66 orang yang terkorban! (Graeves, 1999).

Berbeza dengan senjata nuklear, senjata biologi mempunyai banyak jenis dan variasi. Walaupun senjata kimia juga mempunyai banyak jenis (seperti gas sarin, gas VX, sianida dan sebagainya), namun oleh kerana senjata biologi menggunakan agen hayat seperti virus dan bakteria, maka jumlahnya cenderung bertambah dengan munculnya berbagai jenis penyakit berjangkit memrbahaya baru seperti virus Ebola, virus Lassa dan lain-lain lagi termasukyang terkini iaitu virus H1N1 juga berkemungkinan besar adalah virus yang telah dicipta oleh mereka! Pihak Rusia dan Amerika telah mengenalpasti 2 jenis bacteria yang sesuai untuk dijadikan senjata biologi iaitu Bacillus anthracis, penyebab penyakit anthrax dan Yersinia pestis penyebab penyakit pes.Bakteria lain yang dikenalpasti ialah Clostridium botulinium yang racunnya menyebabkan penyakit botulism dan Francisella tularensis (tularaemia) .Oleh kerana bacteria itu sudah lama dikenalpasti dan kini sudah ada berbagai ubat antibiotic dan vaksin untuk mencegahnya ,maka pilihan mereka pada alaf baru ini ialah virus pula!

Yang sebenarnya lebih menakutkan kita adalah senjata biologi dengan agen yang telah direkacipta secara bioteknologi sehingga tahan atau resistance terhadap antibiotik, tahan antivirus dan boleh berubah bentuk setelah ia menyerang seseorang ! Sifat seperti ini biasanya hanya ditimbulkan oleh kumpulan gen sederhana atau bahkan gen tunggal, sehingga mudah dipindahkan dari satu jenis virus ke satu jenis virus yang lain. dengan resistensi terhadap 16 jenis antibiotik.

Prinsip rekacipta lain dengan teknologi yang disebut “evolusi yang diarahkan” (directed evolution) bukanlah perkara yang baru! Kaedah ini telahpun dikembangkan buat pertama kalinya pada tahun 1994 oleh Dr. Willem Stemmer iaitu seorang penyelidik di perusahaan bioteknologi, Maxygen yang berpangkalan di kota Redwood, California.

Kaedah yang berdasarkan pada pertukaran fragmen DNA secara spesifik, atau disebut dengan istilah DNA shuffling, ini pertama kali diterapkan pada gen tunggal yang mengkode sebuah protein. Namun kemudian dikembangkan untuk level yang lebih besar, yaitu kumpulan gen sampai kepada genom. Dr .Willem Stemmer yang kini menyandang jawatan sebagai wakil presiden perusahaan tersebut telah berhasil merekacipta bakteria Escherichia coli yang memiliki resistensi terhadap antibiotika Cefotaxime, 32 ribu kali lebih tinggi. Pengetahuan terkini terhadap turutan lengkap genom berbagai bakteria patogen seperti penyebab TBC, kolera, leprosi dan lain-lain, akan lebih memudahkan rekacipta bakteria dengan daya bunuh yang lebih hebat, menggunakan kaedah ini.

Wahai bangsaku yang sedang lena, mengapa sukar untuk kamu berprasangka bahawa serangan wabak selsema babi oleh virus H1N1 ini mungkin adalah satu ujian kepada senjata biologi mereka yang lebih merbahaya selepas ini!

*Serangan Virus Inluenza A H1N1

Bukti jelas pihak barat sedang melakukan ujian keatas senjata biologi ialah ketika pasukan penyelidik dari CSIRO-Australia yang dipimpin oleh Dr. Ronald J. Jackson telah menerbitkan hasil kajian mereka dalam Journal of Virology edisi Februari 2001, memberikan gambaran yang jelas tentang usaha mereka itu .Mereka telah melakukan rekacipta pengubahsuaian genetik terhadap Virus Mousepox untuk mengawal tahap kesuburan tikus. Sebelum itu Virus ini tidaklah begitu merbahaya, namun setelah mereka mengkodkan satu gen protein interleukin-4, Virus mousepox tersebut menjadi sangat merbahaya dan boleh mematikan tikus itu.

Pada asalnya tujuan kajian mereka hanyalah untuk meningkatkan efisiensi virus menurunkan kesuburan tikus dengan memperbanyak produksi antibodi terhadap sel telurnya sendiri, namun mereka mendapat keputusan lain yang diluar dugaan lalu menggemparkan masyarakat ilmiah karena virus mousepox merupakan keluarga terdekat virus smallpox penyebab penyakit cacar. Justeru itu dapat dibayangkan bahawa teknologi ini sangat berkemungkinan besar diterapkan kepada virus cacar yang menduduki peringkat pertama dalam tingkat kebahayaannya sebagai senjata biologi pula!

Mengapa mereka memilih virus sebagai senjata biologi yang paling ampuh untuk persediaan akhir zaman mereka seperti virus H1N1???..sila baca artikel saya sebelum ini berkaitan dengan Hikmah Pengharaman Khinzir dan H1N1 Bukan hantu,apa tindakan kita? Anda akan ketemui jawapannya!

Saudara,kita telah berbicara panjang lebar tentang senjata biologi, oleh itu marilah kita menoleh ke sekeliling kita pula.Apakah ancaman yang paling besar bagi kita yang sedang menanti???


Baiklah…kembali kita kepada perbincangan awal kita tentang Human Genom Project.Negara manakah di rantau Asia ini yang sedang giat membangunkan HGP ini?.Negara manakah sekarang ini yang sedang giat melobi para cerdik pandai dan cendikiawan nusantara untuk turut serta membangunkan HGP ini kalau bukan Negara jiran kita iaitu Singapura!


Tahukah anda Institut Genom Singapura telah menerima dana ratusan juta Dollar untuk membangunkan teknologi genetik mereka.Ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang di asaskan oleh Human Genome Organization(HUGO) asia pasifik bagi membangunkan Pan-Asia Inisiatif SNP.Tujuan utama penubuhannya adalah untuk mengadakan pangkalan data SNP atau Single Nucleotide Polymorphisms ( Polimorfism nukleotida tunggal) bagi etnik-etnik di Asia!



HUGO berhasrat untuk menjalankan satu kajian mengenai kepelbagaian genetik di rantau ini dalam usaha membantu penyelidikan agar lebih memahami skop perbezaan genetik dikalangan penduduk-penduduk di rantau Asia dengan kata lain ia akan menjadi tempat menyediakan maklumat terperinci dan komprehensif mengenai genetik penduduk di rantau ini!

“Hasil kajian ini akan mewujudkan satu pangkalan data awam bagi membantu penyelidikan dalam mengetahui kepelbagaian genetik penduduk Asia” – kata Prof Edison Liu dari Genome Institute Singapore yang menganjurkan persidangan HUGO Asia Pasifik ke-5 di Singapura baru-baru ini!

Mengapa Singapura??? Ada apa dengan Singapura???

Mengapa mereka tertarik dengan penduduk Nusantara???

KERANA….

Separuh dari etnik atau kaum di dunia ini tinggal di Nusantara atau rantau Asia ini seperti melayu,cina,India,iban, kadazan dan lain-lain.

“Sudah pastilah mereka berkongsi sesetengah ciri-ciri genetik unik sejak berabad lamanya atau memiliki sedikit kelainan genetic tertentu” kata Prof Dr Mohd Nizam Isa,pakar genetik Malaysia.

Mengulas lanjut berkaitan projek tersebut,katanya lagi inisiatif ini diambil dengan tujuan untuk mencirikan kepelbagaian genetik keseluruhan penduduk asia dan membangunkan pangkalan data kepelbagaian SNP yang bermanfaat untuk kegunaan semua.

HUGO setakat ini ingin mengumpulkan kepelbagaian kod-kod genetik yang membezakan antara satu-satu etnik di Rantau Asia.

Sudah pasti, sekiranya projek ini benar-benar terlaksana,pembongkaran mengenai kod genetik ini memang menakjubkan kerana melaluinya tersirat rahsia ciri-ciri kepelbagaian genetik antara etnik. Disitulah tersimpannya maklumat-maklumat migrasi, kejadian satu-satu penyakit dan bagaimana perubatan dapat dibangunkan untuk merawat penyakit-penyakit tersebut.



Saintis hanya memerlukan 20 hingga 100 orang untuk mendermakan sample darah mereka dan persetujuan mestilah mengikut piawaian etika antarabangsa,namun adakah piawaian etika itu benar-benar akan dipatuhi oleh kedua-dua pihak?

Kita tidak mahu sejarah manipulasi genetik kepada penduduk Pulau Tristan berulang di bumi Nusantara ini,dan jika projek ini ingin dibangunkan juga oleh Negara ini, maka contoh terbaik untuk diikuti ialah sebagaimana apa yang terjadi di Iceland!

Apa yang saya bimbangi kini ialah sekiranya terkumpul seluruh data genetik setiap penduduk nusantara ini samaada secara legal atau illegal, kemungkinan akan berlaku kebocoran maklumat itu ke tangan pihak-pihak yang berkepentingan tetap ada.Ini tidak mustahil memandangkan kini teknologi komputer terus berkembang dari hari ke hari.

Pernahkan anda dengar berkenaan bioinformatics?. Cabang ilmu ini tidak jauh bezanya dengan ilmu teknik informasi (information technology/computer science) Cuma bezanya ialah, bioinformatics lebih cenderung digunakan pada penelitian perubatan.

Bioinformatics adalah ilmu yang menyediakan program atau teknologi komputer untuk memudahkan para peneliti dalam mengumpulkan dan menginterpretasi data. Ilmu ini mulai berkembang sejak Human Genome Project selesai pada tahun 2003.Rujukan dari pangkalan data genom yang banyak itu sudah pasti memudahkan lagi para penyelidik menggunakannya di masa akan datang.

Bioinformatics seterusnya akan dikembangkan kepada genome browsers pula. Tiga genome browsers terbesar setakat ini yang sering digunakan adalah National Center for Biotechnology Information (NCBI – Klik sini ) , EMBL-EBI-Sanger Istitute ( Ensembl – Klik Sini ) dan University of Carolina Santa Cruz (UCSC – Klik Sini ) . Ketiga genome browsers itu tidak hanya menyediakan data genom manusia tetapi juga data genom haiwan.

Selain itu , tersedia pula Online Mendelian Inheritance in Man (OMIM - Klik Sini ) yang menyediakan informasi gen dan penyakit serta sejarah penerbitan atau rujukan dari hasil-hasil penyelidikan sebelumnya.

Inilah diantara cabaran-cabaran utama kepada kebangkitan akhir zaman iaitu dibidang bioteknologi dan bioinformatics.Apakah kita mampu menghadapi cabaran ini sekiranya kita tidak mahu berusaha mempelajari ilmu sains dan teknologi?

Antara cabaran lain kepada kebangkitan akhir zaman ialah di bidang Nanoteknologi. Teknologi Nano ialah teknologi yang berbasis skala nanometer (1 nanometer = 10-9 m) . Skala ini sangat kecil, jauh lebih kecil dibanding mikroteknologi yang berada di skala mikrometer (1 mikrometer = 10-6 m). Berbagai jenis alat yang dibentuk pada skala nanometer dapat merevolusi bidang perkomputeran, informasi dan teknik di alaf baru! Bayangkanlah sistem peralatan perang mereka yang canggih dan bersaiz nanometer ini telahpun diajukan dan dihalakan kepada kita sekian lama!

Itu semua tidak mustahil jika kita lihat kepada kemajuan di bidang infoteknologi.Sebagai contohnta, W3 consortium (sebuah konsorsium yang diketuai oleh Tim Berners Lee, penemu world wide web) telah mengeluarkan bentuk programming code baru untuk merekacipta situs-situs di internet. Bahasa baru ini-yang diberi nama Extended Markup Language (XML)- akan menggantikan HTML dengan fleksibiliti design yang tinggi. Istilah-istilah seperti neural network, fuzzy logic, genetic algorithm, distributed intelligent, DNA dan Quantum Computing di berbagai media massa menjustifikasikan bahawa kedua-dua bidang bioteknologi dan infoteknologi adalah saling berkaitan dan kini ianya semakin penting dan berkembang.

Wahai saudara seagama sebangsaku sekalian, semoga kita sama-sama mengejar ilmu sains dan teknologi tanpa meninggalkan ilmu agama ,agar kedua-dua disiplin ilmu itu seimbang dan semoga kita menjadi satu bangsa / umat yang boleh bersaing demi menghadapi kebangkitan akhir zaman!

Sedarlah,Bangsa kita dirumpun Nusantara ini telah menjadi perhatian Dajjal Laknatullah sekian lama! Mereka sebenarnya takut dengan kebangkitan kita dari timur! Kerana mereka tahu disinilah tempat tinggalnya anak cucu Nabi Muhammad SAW yang akan bangkit menentang mereka nanti.Itulah sebabnya mereka berusaha menjadikan Negara Singa sebagai Pengkalan Tentera mereka.Anda semua berfikirlah dengan baik kenapa Negara Singa telah menjadi Pusat pengumpulan data genetik Asia dibawah naugan HUGO atas alasan untuk meningkatkan kemajuan perubatan! Selepas ini apa yang kita amat bimbangi ialah kemungkinan ada senjata biologi bersaiz nano dilepaskan untuk mencari seorang musuh atau keturunan Rasulullah saw untuk dihapuskan secara senyap dan penuh misteri sehingga seorang pakar forensik komputer dan jenayah pun tidak mampu memecahkan kod-kod informasi yang mereka gunakan !

Wahai saudaraku… sedarlah…. Bersedialah dengan segala kemungkinan!!! Sujudlah kepada Tuhanmu dan jadilah umat yang berani berjuang untuk agama , bangsa dan negara!



Mungkin saudara boleh membaca artikel berkaitan hubungan antara Negara Singa dengan Israel yang dianggap cinta rahsia di blog ini : Klik Sini

Kata tuan punya blog diatas ,kita mungkin berperang dengan Negara Singa kerana 3 sebab iaitu air,tanah,security….. seperti yang terdapat dalam artikelnya disini :


Namun jika saya menambah satu lagi sebab ialah mereka mungkin mahu berperang dan mereka sudah pun bersedia bila-bila masa memandangkan mereka adalah proksi Israel dan The Hidden Hand untuk mengekang kebangkitan akhir zaman!!! …dan anda semua boleh menambah lagi beberapa sebab lain lagi di ruangan komen dibawah.….saya bukan mahu membuat satu provokasi untuk mencetuskan ketegangan antara dua negara, namun apa salahnya kita beringat-ingat dan berhati- hati … dan berfikir…. itu saja.

Jika peperangan betul betul terjadi…. Adakah kita sudah bersedia seperti mereka???

Lihat sini persediaan mereka! Kebanyakan rumah-rumah mereka pun mempunyai sebuah kubu. … rumah kita bagaimana??? Sila Klik Sini


Akhir kata…. Selamat membaca dan berfikirlah secara kritis dan terbuka.

*Sejenis senjata terbaru yang diberi nama Kriss sempena nama Keris Bangsa Melayu.
(Jelas tertulis dalam artikel tersebut : The name Kriss comes from Indonesian sword or
large knife with flame-like blade! )

[Sila klik Sini]

*Apakah motif disebalik perlekehan atau sindiran kepada Keris Melayu itu saudara?


Nantikan CKKAZ - Bhg 2 dan Bhg 3


Wassalam.

Sangtawal Sakranta


12 comments:

mencari yang hilang said...

Assalamualaikum wrt...
Percayalah,perang akhir zaman ini bukannya perang secara berdepan satu lawan satu lagi, bukan juga perang menggunakan sesumpit atau buluh runcing lagi tapi perang alaf baru! Perang yang lebih bercorak teknikal dengan bantuan sains dan teknologi! Dari pesawat tempur tanpa pemandu kepada kelengkapan perang bersistem nanoteknologi!-papehal pon sy memohon maaf sekiranya komen sy nie menyinggung prasaan saudara tuan blog ini...
bila sy baca ayat diatas td sy tidak boleh menerima kenyataan tersebut kerana setahu sy perang akhir zaman nanti bukanlah perang teknologi seperti yg diwar-warkan..
itu semua dakyah palsu dan propaganda orang2 yahudi untuk menakutkan umat islam...
dari yang sy tahu dan yakin,perang akhir zaman nanti ,kita akan berperang seperti zaman rasullullah saw,berperang menggunakan ilmu2 mistik yg tak tergambar oleh manusia2 moden kini..ilmu2 mistik ini bukan bermaksud menggunakan ilmu sihir atau ilmu salah tetapi ilmu dalaman (batin) yg amat2 ditakuti oleh tentera2 dajal malahan oleh dajal sendiri..
ilmu ini adalah ilmu karomah yg dimiliki oleh para nabi2,para wali2,orang2 soleh dan para kekasih2 ALLAH..
sebab tue kalau kita kaji sejarah perang dahulukala,pihak yg benar selalunya tidak memiliki peralatan perang yg baik termasuk tidak mempunyai askar yg ramai..tetapi mengapa mereka boleh menang?
mengapa mereka yg terlalu hebat dari segi kelengkapan perang dan tentera yg ramai disapu bersih oleh para pihak yg benar?
ilmu karomah yg dikurniakan oleh ALLAH itulah yg mengalahkan para musuh tersebut..
negara kita dijajah dahulu adalah untuk mereka menghapuskan ilmu2 karomah ini dari HATI orang2 islam..
agar mereka melupakan ilmu2 karomah ini..
sebenarnya panjang lagi kalau saya nak ulas tentang perkara nie..sy berharap agar umat2 islam sekalian sedar bahawa jangan kita lupa yg paling penting adalah MEMBANGKITKAN HATI DAN JIWA kita agar ia disinari oleh KAROMAH ALLAH..sekarang bukan masa kita nak mengejar teknologi yg SEMENTARA tue..dah takda masa...kita x akan terkejar teknologi yg SENGAJA DICIPTA untuk mengaburi mata orang2 islam..
dan...seandainya ia telah disinari CAHAYA ILLAHI sudah pasti AURA YANG AMAT2 DIGERUNI OLEH PIHAK2 DAJAL DAN BALA TENTERANYA AKAN BERSINAR2 DIMUKA BUMI INI KEMBALI SEPERTI ZAMAN RASULLULLAH DAN PARA SAHABAT...SINARILAH HATI KITA DENGAN SENTIASA MENGINGATI ALLAH...

Sangtawal Sakranta said...

salam buat dragonfly,

Terima kasih atas komen yang bernas dan menarik.

ini CKKAZ- bhg satu- cabaran untuk mencari ilmu dan bersaing dari segi teknologi!

saudara...maksud saya diatas ialah perang secara umum... saya kata perang akhir zaman... bukan lagi melangkah ke era perang Al-mahdi dan turunnya Isa Al-masih...

CKKAZ bgh 2 - Persedian mental dan fizikal ummah diera kebangkitan!

apa yang saudara sebutkan itu ada dalam CKKAZ- bhg 3- perang Al-mahdi ialah perang sebenar dan persiapan kita menjadi Jundullah!

Pada perang yang sebenar... iaitu perang di era Al-Mahdi... saya amat bersetuju dengan saudara... telah lama saya perkatakan dalam artikel-artikel yang lalu.... sila baca artikel saya ..."Perang nuklear pencetus Kiamat?" dan "angkara zionis,kita diambang perang dunia ke-3"

sila saudara baca perbincangan dalam ruangan komen pada artikel tersebut.... apa yang saudara maksudkan itu rasanya ada tertulis di situ!

wassalam!

Free Our Mind said...

Terima kasih Sang Tawal. Artikel yang menarik dan bermanfaat. Saudara pernah dengar tentang Australia Antigen? Virus ini juga mungkin akan digunakan untuk population reduction nanti.

Sangtawal Sakranta said...

salam warfeel-efairy,

pernah juga dengar pasal australia antigen, tetapi berkaitan dengan penyakit hepatitis B. Kebanyakan pesakit chronic hepatitis mengandungi antigen ini dalam serum darah mereka.

Kemungkinan seperti yang saudara maksudkan itu ada kerana definisi antigen itu amat luas iaitu:

antigen = substances(enzyme or toxin) yang boleh meransang penghasilan antibodi(immune system)

hasil tindakbalas antara antigen-antibodi ini sangat spesifik dan menghasilkan berbagai bagai kemungkinan!

suntikan vaksin sebenarnya adalah proses memasukkan antigen @ life organism kedalam badan untuk menghasilkan immune respon seterusnya meningkatkan imuniti seseorang!

wassalam.

M.O said...

Tahniah sahabat saya SangTawal atas siri baru ini.

Ya,Genom Project adalah silibus The Hidden Hand di bawah strategi 'Depopulation' selain teknik 'Epidemic'

Free Our Mind said...

Sang Tawal, boleh saya tahu email sang tawal. Saya ada sesuatu hendak berbincang dengan sang tawal. Ataupun sang tawal emailkan saya di efairy7@yahoo.com

Terima Kasih. =)

Sangtawal Sakranta said...

salam M.O,

Dah agak project ini ada dalam list silibus The Hidden Hand.

sungguh licik kerja mereka... namun seperti kata M.O .. biarpun mereka bijak membuat tipu-daya, namun kita juga bersedia dan berusaha membongkarkannya!

Terima kasih boss! :)

wassalam!

Sangtawal Sakranta said...

salam warfeel-efairy.

email saya : sangtawal@yahoo.com

silakan,tapi minggu ni saya agak sibuk sikit...

wassalam.

Free Our Mind said...

Terima kasih saudara. Nanti saya contact di email.

jenang said...

Salam..Saya yakin bahawa sejauh mana canggihnya teknologi mereka ia sama sekali tidak mampu melawan kuasa "Kun Faya kun"..Apa yg saya difahamkan berkenaan kemunculan Al-Mahdi,tamadun manusia sudah kehilangan 2/3 populasi dan teknologi tidak lagi berfungsi kerana kehabisaN SUMBER diketika itu..Tanda2 itu semakin nyata kerana baru2 ini dilaporkan sudah mula berlaku gegaran2 kecil pergerakan Magma di Arab Saudi..sebanyak 30,000 gegaran kecil dicatatkan oleh saintis2 kajibumi dari AS dan Arab Saudi(boleh juga guna singkatan AS utk Arab Saudi neh,mcm kembar siam pulak,mungkin ramai yg tak perasan short form ne kot)menandakan Hadith Rasulullah s.a.w berkaitan dengan petanda2 akhir zaman yg mengatakan akan berlaku gempa besar di Jazirah Arab telah mula diperlihatkan oleh ALLAH s.w.t sedikit demi sedikit..Ini adalah petanda bahawa kita tidak lagi boleh alpa kerana petanda2 gegaran besar itu sudah mula terzahir..Dari sumber2 lain dikatakan Israel sudah dalam usaha menghasilkan pedang dari bahan logam yg paling kukuh (Titanium)..Jika benar laporan ini,bermakna mereka sudah bersedia utk peperangan dengan tentera Al-Mahdi..Yakinlah juga bilamana ALLAH mahukan kemenangan berpihak kepada kebenaran ( yakni Islam ),kita wajib mempersiapkan anak cucu kita dengan bekalan yg cukup kerana mungkin kita sudah terlepas dari mendapat peluang Jihad yg besar itu kerana time frame perancangan ALLAH itu bukan sekarang tetapi semakin dekat..Dengan belia dan muda-mudi Islam di negara kita yg lena dgn fitnah dunia,dapatkah mereka menggamit panggilan Jihad itu?Ini yg menjadi persoalan yg membuatkan kita harus renung kembali apa peranan kita utk merekrut wakil2 kita kelak..Yg sedikit melegakan ialah Tanah air kita ini juga menjadi tempat bermastutinnya jalur2 keturunan Ahlul-Bait dan mereka sedang berada dikalangan kita dan kita mengharapkan barakah doa Rasulullah keatas keturunannya memayungi kita juga,Insya'Allah..Saya tidak berminat membicarakan berkaitan dgn Alter Rahsia Melayu kerana itu mungkin faktor sampingan kerana yg penting ialah Roh Islam itu perlu dihidupkan dahulu,baru akan terlahir sifat zuhud,Tawadhu',meredai sesama seagama,barulah terbentuk jemaah yg padu dibawah kesatuan Islam yg mencintai ALLAH dan Rasul,yg sanggup gugur dijalan AGAMA..Walau bagaimana hebat Sejarah bangsa kita itu terbentuk,insafi yg paling penting adakah kesudahan dan pengakhiran kita bertemu dengan Keredhaan ALLAH s.w.t atau sebaliknya..Saya tidak berminat utk menekankan aspek bangsa,kerana bangsa kita kini mendahului statistik buang bayi,rogol,sumbang mahram,remaja hilag,buli,judi,arak dan segala macam keruntuhan yg membayangkan kita semakin jauh dari rahmat ALLAH..Persoalan bangsa ini tidak akan disoal oleh Munkar dan Nakir dialam kubur kelak..Yg penting kini adakah kita mengisi kehidupan kita ini dijalan yg benar,menjauhi kesesatan sepertimana yg kita lafazkan dlm solat kita setiap hari..Yg kita harapkan ialah kita selamat dijalan agama,tidak mensyirikkan ALLAH dlm setiap amal dan perkataan yg kita lafazkan sehari-hari..Jika membicarakan Islam dgn menekankan bangsa,skop Islam itu akan menjadi kecil sedangkan bangsa lain pun semakin ramai memeluk Islam dan kita yg menjadi bangsa teramai yg beragama Islam dinegara ini tidak harus melupakan Saudara seagama kita yg lain kerana persaudaraan Islam itu dibawah Ukhwah dan meredhai sesama saudara seagama..Kebenaran pada kita tidak akan menjadi kebenaran bagi pihak yg lain jika kita masih terpisah-pisah,tidak duduk dalam payung yg sama,sedangkan Lafaz Syahadah kita sama..Ijtihad kita mesti sama,barulah ALLAH akan menurunkan bantuan dari langit dan bumi,seluruh Alam yg bertasbih akan bersama dengan kita dan bergerak dlm gelombang yg besar dan bisa melanggar apa jua halangan,Insya'ALLAH..

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt, sgtawal. :)

"ilmu sains & teknologi boleh dpt dimana mano. . Tetapi budaya tetap haQ kita."

saya sependapat dgn sangtawal, kita jgn terlalu jumut dan kolot tentang ilmu sains dan mengatakan akan membawa kepada mudaratnya Islam-Melayu.

Selamat berjuang untuk sangtawal ye..


Jiwa.Kering.Melayu

wassallam :)

Musa Ahmad Roee said...

assalamualaikum sang tawal ada FB tak? kalau ada sila bagi link FB sang tawal..