Thursday, August 13, 2009

Al - Fatihah Buat Allayarham Asri Rabbani : Hilangnya Sebutir Bintang Di Persada Seni Jiwa



Tajuk : Al-fatihah Buat Allayarham Asri Rabbani :
Hilangnya Sebutir Bintang Di Persada Seni Jiwa .

Artikel oleh : Sangtawal Sakranta.


Hari ini kita dikejutkan dengan berita kematian seorang penyanyi nasyid yang bersuara emas iaitu Allayarham Asri rabbani.Saya secara peribadinya amat sedih dengan berita ini….

“Tidak kurang yang sayang padanya…
Orang lain mati dilupa..
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Walau perjuangan tak berjaya…..”



Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi nasyid ini.Suaranya yang merdu pernah menjadi satu fenomena dalam industri nasyid tanahair kita.Bermula dengan Nada Murni ,suaranya memukau dan banyak memberikan keinsafan dan ketenangan pada jiwa yang mendambakan kasih Tuhan.Suara azan yang dikumandangkannya yang bergema di TV dan radio setiap kali masuk waktu solat pasti akan meruntum hati - hati kita ketika ketiadaannya ini.Alunan zikir munajat dan suaranya yang bergemersik sufi begitu sukar dicari ganti.

Beliau meneruskan legasinya apabila menubuhkan KUMPULAN RABBANI pada 1 March 1997. Rabbani bermaksud “Yang Arif dan yang Soleh” atau tafsiran secara umumnya ialah ‘ingin mengajak diri, keluarga dan masyarakat kepada kebaikan’.

Kumpulan yang dianggotai oleh 9 orang anak muda ini menjadi idola semua peringkat usia. Suatu penampilan yang melibatkan ahli yang ramai kerana ingin membawa suatu kelainan dari segi penampilan, imej dan persembahan.

Walaupun kemunculan album-album dari kumpulan nasyid lain dengan berbagai konsep yang dibawa namun penerimaan masyarakat terhadap Kumpulan Rabbani ini amat menggalakkan. Kemunculan Rabbani adalah dengan mempersembahkan konsep yang tersendiri.

Bermula dengan lagu berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era terkini. Ada juga lagu yang dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ,banyak lagunya ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.Kini,ketika hari hari terakhir Asri….. Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya. Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira umur, bangsa dan negara.


Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah perkara yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan. Sekurang-kurangnya pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur sedikit demi sedikit

Allayarham yang lebih dikenali dengan nama Asri dilahirkan pada 3/8/1969 di klang,Selangor.Nama asal beliau ialah Mohamad Asri Bin Ibrahim.

Pasti di bulan ramadhan al mubarak nanti…..kita semua akan lebih merindui suara suara Allayarham Asri.namun apakan daya…Allah terlebih dahulu menjemputnya untuk kesana.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Takziah kepada semua ahli keluarga Allayarham.


Al –Fatihah..


PENGHASILAN ALBUM

Hasil kerjasama dengan syarikat-syarikat rakaman dan sepuluh tahun pembabitan di dalam industri hiburan, Rabbani telah melahirkan 16 album kesemuanya seperti berikut:

Rabbani. 1996
ARAH Dari Mana… Ke Mana… 1997
Muhammad Ya Habibi. (Kompilasi) 1998
Ramadhan Remix (Rabbani / H.Madani) 1999
Pergi Tak Kembali. 1999
Iqrar 1421. 2000
Intifada 2000
Aman 2001
Qiblat 2002
Kenangan (Kompilasi) 2003
Epik 2003
Yalla Beena 2004
Suara Takbir 2005
Malam Sinar Maulidurrasul 1427 (VCD) 2006
Ramadhan Syawal 2006
Maulana 2007
Rabbani 1418-1428H 2007
Rabbani 1418-1428H (VCD&VCD Karaoke) 2008

PENCAPAIAN RABBANI

Rabbani kerap dicalonkan dipelbagai kategori hingga keperingkat akhir dan bermula pada tahun 2001 dan tahun 2003 adalah tahun yang amat bertuah buat Rabbani kerana telah mendapat beberapa anugerah terbesar dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia.

ANUGERAH INDSUTRI MUZIK (AIM)

1. Album Nasyid Terbaik 2001 - Iqrar - 1421
2. Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 - Iqrar-1421
3. Album Terbaik 2001 - Iqrar-1421
4. Album Nasyid Terbaik 2002 - Intifada
5. Album Nasyid Terbaik 2003 – Qiblat



ANUGERAH BINTANG POPULAR - BERITA HARIAN

1. Penyanyi Nasyid Popular 2001
2. Penyanyi Nasyid Popular 2002
3. Penyanyi Nasyid Popular 2003
4. Penyanyi Nasyid Popular 2004
5. Penyanyi Nasyid Popular 2005
6. Penyanyi Nasyid Popular 2006

ANUGERAH ERA

1. Lagu Nasyid Pilihan 2001 - Intifada
2. Lagu Nasyid Pilihan 2006 – Nawaitu

ANUGERAH CARTA NASYID IKIM.FM

1. Juara ACNI 2004 - Handzalah
2. Naib Juara ACNI 2005 - Yalla Beena
3. Vokal Terbaik ACNI 2005 - Yalla Beena

ANUGERAH NASYID MINGGU INI

1. Naib Juara 2004 - Yalla Beena
2. Persembahan Terbaik 2006
3. Penyanyi Solo Terbaik 2006

ANUGERAH KHAS

1. Anugerah Pencapaian Seni Terbaik 2006 (Kategori Penyanyi Berkumpulan) - Persatuan Penyanyi-Pemuzik-Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA)


No comments: