Tajuk : Cegah Murtad Sebelum Terlambat.
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Selepas membaca beberapa artikel di blog,
Klik , dan
Klik
dan membaca motto dalam artikel itu yang berbunyi :
“matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia” yang terdapat di Gereja tersebut, saya merasa terpanggil untuk menulis sedikit pandangan berkaitan isu murtad ini.
Melihat kepada motto mereka itu, dapat kita rasakan betapa besarnya cita-cita dan matlamat mereka !
Dalam pada pemimpin melayu islam kita asyik melobi “1 Malaysia” yang nampaknya lebih “mesra undi” rakyat , dalam keadaan kita sedikit terleka, ada segelintir dari kita umat islam sedang dipengaruhi secara halus untuk meninggalkan agama islam.
Dari usaha memohon menggunakan kalimah ‘Allah’, seterusnya kepada membawa masuk Bible berbahasa melayu, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa gerakan mereka untuk menyebarkan dakyah Kristian tidak pernah berhenti malah bertambah subur.
Tidak dapat dinafikan bahawa gerakan dan usaha para pendakwah mereka amat halus dan sangat konsisten. Berbeza dengan ulamak kita [
tidak semua] yang banyak terlibat dalam politik dan sibuk berkempen untuk menjaga peti undi dan periuk nasi, serta mengamalkan cara fitnah-maki hamun, mengkeji, sentiasa mencari kelemahan pihak lain, menolak kerjasama dan penyatuan, menghasut, menyalakan api permusuhan, memecah-belahkan ummah, memutar belit dan menggunakan ayat suci Al-Quran untuk tujuan politik dan peribadi.
Ulamak peti undi bukan mahu berdakwah untuk mengembangkan agama islam, jauh sekali untuk menyeru orang bukan islam ke arah memahami ajaran islam seterusnya memeluk islam, tetapi lebih mengelirukan umat.
Lebih teruk dari itu, ada juga golongan yang dikatakan berjuang untuk islam tetapi dalam nada yang lain mengutuk tindakan JAIS dalam pemeriksaan keatas Gereja tersebut demi menyelamatkan akidah umat islam.Ada juga pemimping yang lebih terlebih sudu dari kuah berkata bahawa berada di Gereja tak semestinya murtad walhal telah tertulis
motto di Gereja tersebut :
“matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia”.
Disini contohnya ,
Klik , Anda boleh lihat kesungguhan dan cita-cita mereka. Gereja yang khabarnya terbesar di Asia tersebut boleh memuatkan 5000 orang dalam dewan utamanya sudah pasti tidak akan dibiarkan kosong begitu saja!!! Berhati-hatilah kita semua agar mereka yang akan mengisi tempat kosong itu nanti bukan terdiri dari diri kita, ahli keluarga dan saudara mara kita!
Mengapa ini semua terjadi?
Jawabnya; Ini terjadi bila orang-orang beriman tidak mahu membela agama Allah swt, maka Allah swt tidak menetapkan iman dan pendirian mereka.Barangkali mereka telah lupa kepada peringatan Oleh Allah swt dalam Al-Quran berikut :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan pendirian kamu.” ( Surah Muhammad: ayat 7 )
Para pemimpin negara pula nampaknya tidak mengambil serius isu ini padahal inilah sebesar besar amanah dan tanggungjawab [membenteras murtad] yang perlu dipikul oleh setiap pemimpin islam yang pastinya akan ditanya di hadapan Allah swt kelak apakah peranan mereka semasa di dunia ini.
Wahai ulamak warisan nabi, bangkit dan bersatulah dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah dan mengembangkan syiar islam agar islam sirna kembali....
* [ Artikel ke-230 Sangtawal Sakranta... ]