Saturday, May 16, 2009

Terima Kasih Cikgu !

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru-guru saya dan seluruh guru-guru di Malaysia diatas segala jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik saya dan seluruh anak bangsa.Tidak lupa juga buat semua sahabat dan semua kenalan maya atau guru-guru yang sedang melayari blog kerdil saya ini.saya ucapkan selamat Hari Guru.Terimalah sebuah puisi dari saya khas buat guru-guru semua :


Angin…
Sampaikan simpulan lagu ini…
Katakanlah…atau bisikkan pada mereka..
Ada hati yang menyanjungi..
Ada jiwa yang menagih bakti…

Betapa setianya suara ombak dipantai memecah kesunyian..
Betapa itulah kasih sayangmu dalam mendidik hatiku..
Betapa mulia hatimu guruku.
Tanpa penat dan jemu…mencurahkan segala ilmu.

Engkaulah pelita pemberi cahaya,
Engkaulah pemberi paling setia,
Engkau hidangkan ilmu dalam bejana paling istimewa,
Buat santapan akal dan jiwa murid mu yang selalu dahaga.

Guruku..
Tanpamu …siapalah aku.
Butalah mata tidak nampak cahaya..
Hilanglah arah ke puncak jaya.
Jasa dan pengorbananmu amatlah berharga.

Sesungguhnya..selalu ku ingat pesanmu guru ;
"Lembut hati itu wazir ilmu,
Kasih sayang itu bapa ilmu,
Merendah diri itu pakaian ilmu"

Selamat hari guru….
Terima kasih cikgu….

Nukilan : Sangtawal Sakranta….16.5.2009 @ 11.35 am.


p/s: teristimewa buat guru-guru sahabat blogger BPN,terutamanya cikguman@waadat dan ramai lagi...


1 comment:

GSenduk said...

Salam;

Sesungguhnya beruntunglah para guru yang telah berusaha dan berjaya menjadikan pelajarnya sebagai guru. Berbahagialah siapa yang menghormati para guru. Semoga pelajar sentiasa menghormati para guru yang ikhlas mendidik.