Saturday, April 04, 2009

Demokrasi Vs Khilafah / Raja - Raja.




Artikel Oleh Sangtawal



Tajuk : Demokrasi Vs Khilafah/Raja-Raja.


Sumber : Disunting dari buku tulisan Radzi Sapiee; Berpetualang ke Aceh-Membela syiar yang hilang,m/s 211.



Saya berpendapat bahawa sistem demokrasi yang ada pada hari ini adalah bukan sistem asli kita.Sistem yang asal adalah sistem raja-raja yang mirip kepada sistem kekhalifahan.


Saya juga tetap berkeyakinan teguh bahawa sistem khilafah -iaitu pemimpin adalah ulamak dan umarak pada era Saidina Abu Bakar,Umar,Usman,dan Ali adalah sistem yang terbaik sekali dimuka bumi ini untuk sebuah negara islam...maksud saya bukan termasuk zaman umaiyah atau abasiyyah atau uthmaniah...ia adalah sebuah model kerajaan yang terunggul merentasi zamannya....


Masyarakat moden sekarang yang kononnya berjiwa liberal,sudah faham segala-galanya tentang dunia,alam ini dan makna sebenar kehidupan sering mengagung-agungkan demokrasi sebagai sistem terbaik untuk kesejahteraan umat sejagat.Ia disanjung sebagai ideologi pentadbiran dan pemerintahan yang ideal,adil lagi saksama.


Tetapi pernahkah anda terfikir,demokrasi sebenarnya dicipta yahudi untuk membolehkan manusia buruk akhlak naik memegang tampuk kepimpinan dan kekuasaan masyarakat?kerana ia berdasarkan suara serta sokongan ramai,kononnya suara ramailah yang terbaik dalam menentukan halatuju pentadbiran serta pemerintahan negara.mereka yang memperjuangkan demokrasi ialah yang menganut falsafah sophistry,iaitu ilmu yang diasaskan oleh cendekiawan dan pemikir yunani yang bergelar sophist sejak 2500 tahun dahulu.


Menurut ahli sophist...kebenaran adalah apa yang dapat dibuktikan dengan kata-kata...atau kesaksian melalui lima pancaindera badan dan logik akal sehingga tidak dapat disanggah lagi.Natijahnya,siapa yang lebih pandai bercakap dan mengemukakan bukti yang kukuh sehingga tidak dapat ditandingi lawan,dialah yang benar.Maka natijah seterusnya...kebenaran boleh dijual-beli ,asalkan kena harganya...


Bukan kita tidak tahu,dalam kehidupan seharian,"kebenaran" boleh dilesapkan,lalu digantikan dengan "bukti yang sahih".Dalam sesuatu perdebatan,orang jahat dan licik boleh menggunakan teknik berhujah yang sesuai,oratoriol skills berserta soalan rhetorics untuk menekan orang yang benar sehingga dia terlupa fakta yang ingin dikemukakan lalu dituduh sebagai penipu pula.



Siapa golongan sophist itu??? mereka adalah masyarakat arcadia yang terdiri dari puak yahudi yang telah membawa diri dari jurusalem...kemungkinan besar mereka adalah dari keturunan para penyembah berhala yang pernah diketuai samiri,pengikut nabi musa yang telah mengajak kaumnya menyembah patung lembu emas buatannya.


Kajilah sejarah permulaan demokrasi ala barat,demokrasi berparlimen yang bermula dengan peristiwa perjanjian Magna Carta yang berlaku di England 800 tahun dahulu yang didalangi oleh yahudi ini yang akhirnya menjurus kepada jatuhnya sistem beraja dan istana dibawah tapak kaki mereka...iaitu bangsawan ciptaan/palsu atau tuan tanah(land barons)


Oleh itu selalu saya tekankan disini...menjadi satu trend masa kini golongan yang berfahaman sophist ,yang ada ilmu asas guaman sekarang ini lebih berminat untuk berpolitik dan sudah banyak ahli parlimen atau wakil rakyat yang ada kelulusan undang-undang...mereka ini selalu menjadikan sesi pembahasan usul masalah rakyat dalam parlimen...sebagai mahkamah dan tempat bertikam lidah,berhujah dan menegakkan benang basah dengan penuh keyakinan dan berbelit belit fakta hingga rakyat menyangka merekalah sebenarnya juara atau pejuang kebenaran...contoh mudah ialah bagaimana salah seorang YB berhujah dan bertikam lidah dengan Speaker Dewan dengan cara yang sungguh tidak sopan dimata kalangan Yang Berhormat...tetapi ia sudah menjadi perkara biasa bagi seorang lawyer di mahkamah....


Sekiranya Jentera kerajaan itu lemah,maka dengan mudah sekali mereka ini akan dimanipulasikan oleh mereka yang ada kepentingan lain atau mereka yang sudah ada agenda sulit kearah penguasaan tampok pemerintahan negara atas nama demokrasi.


Kebelakangan ini ada satu kelompok manusia yang menggelarkan diri mereka Islam Liberal yang jelas telah mengikut acuan barat atau bukan islam telah menolak sekeras-kerasnya konsep Sistem Khilafah .Dibawah ini adalah siri-siri forum antara Pro-Sistem Khilafah dan JIL(Jaringan Islam Liberal) Indonesia.Secara keseluruhannya siri-siri forum ini nampak berat sebelah ,mungkin sengaja diada-adakan untuk mengutuk atau mengejek gagasan Konsep Khilafah.Pengacara majlis juga berat sebelah dan tidak bertudung….mereka yang kononnya banyak ilmu agama dari JIL itu ternyata tidak mampu berdepan dengan hujah dan semangat juang wakil dari Pro Sistem Khilafah…sama-sama kita ikuti hujah mereka…





Konsep khilafah Vs Demokrasi


Konsep-1



Konsep -2



Konsep- 3



Konsep- 4



Konsep- 5



Konsep- 6




Konsep 7





Konsep 8

7 comments:

Tam Dalyell said...

Sebenarnya bumi ini belum layak lagi diurustadbir oleh Khalifah yang Ahl al Haq.

adisarwajagat said...

Pawns In The Game

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang - orang yang mengadakan pembaikan". "Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar". (Al Baqoroh : ayat 11 dan 12)

Anonymous said...

setiap kaum diturunkan nabi-nabi, dan nabi-nabi ialah yang terbaik dikalangan kaum itu yang dijadikan contoh oleh masyarakat pembawaannya dan diformulasikan jadi kebudayaan / cara-hidup. setiap yang berkebudayaan ada nabi dan setelah nabi-nabi wafat lambang yang terbaik dikalang masyarakat itu berpindah kepada khalifah / raja. raja melayu dikatakan yang terbaik dikalangan melayu dan dipandang sebagai bayangan Allah dimuka bumi ini. hakikatnya..? yang lemah jatidiri tu yang senang dijajah dan diterobosi idea-idea yang asing akhirnya akan melenyapkan bangsa itu.

xyz

Sangtawal Sakranta said...

Salam buat semua...

mengapa susah sangat nak buat sistem khalifah semula???...janganlah terlalu memenjarakan minda kita yang mampu menembusi hingga ke penjuru dunia....pandangan mata selalunya buta...pandangan hati itu yang hakiki....

ini adalah hujah yang baik...sama-sama kita renungkan...dari http://heliconia.wordpress.com/

...............................
...............................

DALIL SISTEM KHILAFAH AKAN MUNCUL SEBELUM KIAMAT;

1. Dalil Al Quran

Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi ini
sebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55

2. Dalil Al Hadis

Dari Nukman bin Basyir, katanya…

‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.

Datanglah Abu Saklabah lalu berkata
” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’

Huzaifah RA lalu segera menjawab.
” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”

Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.

Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti
yg Dia kehendaki.”

Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.

Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.

Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.

Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”

Kemudian Rasulullah SAW pun diam….

~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam
kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.
Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,
hadis nombor 5.]

Keris said...

Salam buat saudaraku tawal =) dan seluruh Saudara Melayu dan Muslimku..

Bagaimana mungkin tertegaknya Hukum sekiranya sistem urus tadbirnya sendiri sudah salah?

mana satu yg lebih utama dan patut didahulukan?..

Sistem urus tadbir atau Hukum yang perlu diubah?

Mungkinkah disebabkan salah meletakkan keutamaan di sini, maka banyak kita keliru dalam menyusun agenda juang? mungkinkah?

jebatdurhaka said...

salam buat saudara seagama. pendapat saya adalah lebih menjurus pada pendangan yang di nyatakan oleh wakil hizbut tahrir. sesuangguhnya dikalangan pemikir islam tercari-cari kunci kepada penyatuan yang hilang setelah runtuhnya khilafah. kepada mereka yang masih tidak faham apa itu khilafah saya sangat sedih kerana konsep ini yang jelas tetapi sukar difahami oleh kalian walau pun pada hemat kalian, kalian adalah bijak. saya bersyukur kerana dipilih dapat memahami tentang permasalahan dunia islam dan menemui jalan penyelesaianya.cuma ianya masih tidak dapat dilaksanakan kerana konsep ini tidak difahami oleh pemimpin yang jelas sekular. walaupun begitu saya yakin sedikit masa nanti, jika kita tidak sempat pun untuk merasai terbitnya khilafah. anak cucu kita adalah pewarisnya. saya sarankan agar kita didik anak cucu kita dan fahamkan bagaimana pentingnya khilafah untuk mereka. terima kasih.

Sri Panji said...

Assalam,

Bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan; Terlebih dahulu, Saya ingin tahu; Apakah Saudara/Saudariku (Hanya buat yang Muslimim Dan Muslimah sahaja ),telah bersedia???

Jika tidak,Tiada lah HARAPAN itu,buat masa kini.

Tapi kalau dah bersedia, InsyaALLAH, saya ada KEADAH nya, tapi FASA PERTAMA PERLU DIMANTAPKAN; IAITU BERSATU TANPA SYARAT.

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI.

TERIMA KASIH.