Monday, April 27, 2009

Hidupkan Jiwa Tasawuf : Bhg 2- Mengapa Tasawuf Terpinggir?



Artikel Pilihan 1 :


Tajuk : Mengapa Tasawuf Terpinggir Dari Persada Ilmu ?


Sumber : http://wwwfafiruilallah.blogspot.com/ @ blog Kanzun Mahfiyyan disiarkan pada 24.3.2009



Firman Allah Taala:

`Pada hari ini Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku ridai Islam itu jadi agama bagimu’ (Al Maaidah:3)

Apabila turunnya ayat di atas bererti sempurnalah Sunnah Rasulullah saw – Syariat, Tariqat, Makrifat dan Hakikat. Lengkaplah seluruh ilmu dan lautan zahir dan batinnya. Sebahagian tersimpan teguh di dada para Sahabat utama sehingga mana-mana sahabat adalah model ikutan.

Sabda Rasulullah saw:
‘Para Sahabatku umpama bintang-bintang, mengikut yang mana pun kamu akan mendapat petunjuk’

Nabi Muhammad saw sendiri adalah sumber kesempurnaan. Baginda saw lah model ikutan pada sepanjang zaman, Nabi dan Rasul untuk seluruh umat manusia sejak Adam as sehinggalah kiamat dunia. Baginda saw adalah model terunggul menterjemahkan Al Quran dalam kehidupan. Apa yang zahir dan terzahir dari sisi Baginda saw itulah Quran Zahir – Islam Zahir. Apa yang tersembunyi dalam dada,kalbu dan hati Baginda saw yang teramat mulia itu, itulah Quran Batin – Islam Batin. Quran Zahir dan Islam Zahir tersebar luas, dan para Sahabat ra diberi pegkhususaan masing-masing dalam berbagai-bagai disiplin ilmu, tetapi Quran Batin atau Islam Batin adalah pengkhususan dan terkhusus bagi Sahabat-Sahabat Pilihan dan ilmu ini dibicarakan secara khususiah sesama mereka. Ilmu ini tidak berkembang luas tetapi bersemadi di dada dan di jiwa para sahabat utama. Inilah tradisi ilmu ini.


Ditanyakan kepada sebahagian ulama, tentang ilmu batin:”Apakah ilmu batin itu?”.Lalu ia menjawab:”Iaitu salah satu dari Sirr (rahsia) Allah Taala yang dicurahkannya ke dalam hati kekasih-kekasihNya yang tidak diperlihatkanNya kepada malaikat dan kepada manusia”

Inilah ilmu yang tidak ditulis dalam kitab-kitab dan tidak diperkatakan oleh orang-orang yang telah dianugerahi Allah Taala dengan sesuatu dari ilmu ini selain bersama ahlinya. Iaitu dengan bersama-sama bertukar fikiran dan dengan cara rahsia’. (Ihya Ulumiddin Jld. 4 hal.63)


Inilah ilmu tersembunyi yang dimaksudkan oleh Nabi saw dengan sabdanya.

‘Sesungguhnya sebahagian dari ilmu itu seakan-akan seperti keadaan tertutup yang tidak diketahui selain oleh ahli yang mengenal (makrifat) akan Allah Taala. Apabila mereka mempercakapkannya maka tidak ada yang tak mengerti selain orang-orang yang telah tertipu, jauh dari Allah Taala. Dari itu janganlah kamu hinakan seorang yang berilmu yang dianugerahi oleh Allah Taala ilmu tersebut kerana Allah Taala sendiri tidak menghinakannya kerana telah menganugerahkan ilmu tadi’ (Ihya Ulumiddin Jld.1 hal.97-98)


Al Hasan meriwayatkan dari Rasulullah saw bahawa Rasulullah saw bersabda:
‘Ilmu itu dua macam.Ilmu batin ialah dalam hati. Itulah ilmu yang bermunafaat’.

Nabi Isa as begitu memperkatakannya di tengah khalayak dan kepada Hawariun dan mempersaksikan kebesaran Allah swt melalui mukjizatnya. Misalnya seperti Firman Allah swt:
‘(Ingatlah) ketika Allah mengatakan:”Hai Isa Putera Maryam, ingatlah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkan kamu dengan Ruhul Qudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan di waktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan waktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izinKu, kemudian kamu meniup padaNya,lalu bentuk itu menjadi burung dengan seizinKu. Dan (ingatlah) waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizinKu, dan di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizinKu, dan (ingatlah) di waktu Aku menghalang Bani Israel (dari keinginan mereka membunuhmu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata; lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata;”Ini tidak lain melainkan sihir yang nyata’ ( Al Maidah:5.110)


Demikian juga kebanyakan para Nabi dan Rasul dahulu kala, termasuk Gautama Buddha dan Lao Tze. Akhirnya mereka dan sesungguhnya ramai lagi dari kalangan yang diberikan mukjizat termasuk risyi dan maharisyi dalam Agama Hindu, diberi taraf ketuhanan dan dewa oleh para pengikut yang taksub dan takjub, sedangkan mereka – dengan berbagai-bagai motif dan sebab, atau belum cukup sempurna pengetahuan mengenai soal-soal ketuhanan dan rohaniah – soal-soal makrifat dan hakikat. Rasulullah saw tidak menyiarkan secara meluas kerana menyedari akan impak kepada umatnya. Justru Baginda saw lebih menekankan aspek syariat dan tarikat dan menutup ruang untuk bicara umum mengenai hal-hal metafizika, makrifat dan hakikat dengan hujah Baginda saw seperti berikut:
‘Bertafakurlah (berfikir) pada makhluk Allah, dan jangan kamu bertafakur pada Zat Allah Taala’

Dan Firman Allah Taala:

‘Mereka bertanya kepada kamu mengenai roh.Katakanlah: Roh adalah urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan kecuali sedikit’ (Al Isra:17:85)

Baginda saw tidak menyebarkan rahsia makrifat dan hakikat – rahsia kerohanian dan ketuhanan kepada umum walhal Baginda saw lah sumber bagi semesta alam! Demi sesungguhnya bidang ilmu ini; asas bagaimana sumber perolehannya tidak memerlukan riwayat dan perawi kerana ini adalah kerohanian!Segala yang bernama kerohanian adalah kerohanian dan tersebar berkembang secara kerohanian!

Memperolehi ilmu batin seumpama inilah Abu Yazid al Bistami dan lain-lain ulama tasauf mengatakan: ‘Bukanlah orang berilmu (orang alim) itu, orang yang menghafal dari kitab. Apabila ia lupa yang dihafalnya nescaya ia menjadi orang bodoh. Sesungguhnya orang yang berilmu itu ialah orang yang mengambil ilmunya dari Tuhannya pada sembarang waktu yang dikehendaki tanpa hafalan dan pelajaran’ (Ihya Ulumiddin Jld.4 hal.64),

sesuai dengan isyarat Al Quran:
‘Dan telah Kami ajarkan pengetahuan daripada Kami kepadanya’ (Al Kahf:65)

Untuk melihat kesempurnaan hidup – hidup pada tahap kesempurnaan sebenar, yang belum pernah lagi terbentuk sejak perutusan Nabi Adam as – lihatlah pada masyarakat dan Negara Islam pada zaman dan waktu ayat 3 Surah Al Maidah tersebut diturunkan. Itulah zaman Rasululah saw dan zaman Khulafa Ar Rasyidin. Itulah model peribadi Islam – model insan mukmin dan solihin sejati. Itulah model masyarakat Islam – model masyarakat yang menjadikan urusan dan tanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya sebagai prioriti. Itulah model asas Negara Islam – Negara yang menjaga kebajikan rakyat dan kemurnian agama lebih utama dari segala yang lain. Bagaimana kehidupan peribadi, kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara dan jalinan hubungan antarabangsa, abad ke 7 Masehilah model asasnya – iaitu pada waktu Tamadun Kerohanian menjadi paksi kehidupan; hidup berpaksikan kerohanian, akhirat menjadi carian menakala dunia sebagai tempat dagangan.


Apabila berlalu zaman Sahabat ra tamadun kerohanian semakin terpinggir. Demikianlah seterusnya zaman tabiin dan tabiut tabiin. Dan selepas zaman-zaman tersebut maka zaman ketamadunan keindahan Islam semakin meluntur. Inilah yang disabdakan oleh

Nabi Penghulu Junjungan saw:

‘Sebaik-baik kurun, kurun yang aku diutuskan kepada mereka, kemudian yang berikutnya, kemudian yang berikutnya’



Sekarang dunia telah mencecah saat kiamat yang telah semakin hampir.Empat belas abad Rasulullah saw telah meninggalkan kita, apakah masih ada lagi apa-apa ‘kurun kebaikan’ pada zaman kini setelah kebaikan semakin menghilang bersama berlalunya abad-abad masa? Apakah masih lagi ada apa-apa kebaikan? Sesungguhnya ada begitu banyak sebab kenapa kenyataan Rasulullah saw bahawa zaman yang semakin jauh dengan nur kenabian menjadi zaman yang semakin dipenuhi kezaliman. Antaranya kami perturunkan sebagai rumusan-rumusannya.


1. Berlakunya Peralihan Kiblat Hati.

Kiblat hati ialah perhatian hati kepada Allah. Peralihan ialah berubahnya tumpuan dan hadap hati daripada Allah dan RasulNya kepada selainNya. Termasuk juga dalam maksud ini ialah peralihan daripada akhirat kepada dunia.Yang dimaksudkan dunia ialah manis madu dan hidup sukarianya – kesukaan, keseronokan dan keasyekan mencari dan mengumpulkan harta benda, wang ringgit, kekayaan, kesenangan, kemewahan, mencinta pangkat, kedudukan dan kebesarannya serta bekerja bersungguh-sungguh untuk kecemerlangan duniawi, mencari ringgit dan harta untuk hidup sukaria dan bergaya, dan pesta-pestaan yang semuanya itu adalah berpaksi kepada runtunan nafsu.

Inilah bahaya besar dan larangan terbesar dari Allah Azzawajalla:
‘Dan janganlah engkau tujukan kedua matamu kepada kesenangan sebagai bunga kehidupan dunia yang Kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka kerana Kami hendak menguji mereka dengan itu sedang rezeki dari Tuhan engkau lebih baik dan lebih kekal’( Thaha:131)

Inilah juga yang diwasiatkan oleh Rasulllah dalam satu peristiwa mengenai kebimbangan Baginda saw kepada dunia:
'Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw mengutus Abu Ubaidah bin Al Jarrah. Lalu ia datang dengan membawa banyak harta dari Bahrain. Maka kaum Ansar mendengar kedatangan Abu Ubaidah.Lalu mereka mengerjakan solat Subuh bersama Rasulullah saw dengan sebaik-baiknya. Apabila Rasulullah saw selesai solat, lalu Baginda saw pergi.Maka datanglah mereka kepada Nabi saw. Rasulullah saw tersenyum ketika melihat mereka. Kemudian bersabda:”Aku menyangka bahawa kamu telah mendengar bahawa Abu Ubaidah telah datang dengan membawa sesuatu.Mereka menjawab:”Benar wahai Rasulullah”

Nabi saw lalu mejawab:”Bergembira dan berangan-anganlah apa yang menyenangkan kamu.Demi Allah! Tiadalah kemiskinan yang lebih aku takut kepada kamu.Tetapi yang lebih aku takut kepada kamu ialah bahawa terhampar kepadamu dunia, sebagaimana telah terhampar kepada orang-orang sebelum kamu.Lalu kamu berlomba-lomba akan dunia sebagaimana mereka berlomba-lomba padanya.Maka dunia akan membinasakan kamu sebagaimana dunia telah membinasakan mereka’ – Ihya Ulumiddin Jld.5 hal.19



Tasauf dan kerohanian semakin terpinggir apabila dunia terhampar dalam haribaan kaum muslimin selepas berakhirnya babak cemerlang era Rasulullah saw, era para Sahabat ra, era tabiin dan tabiut tabiin. Pada ketika Empayar Umaiyyah dan Abbasiah menjadi pemegang amanah kepada empayar dan ummah Islam, wilayah-wilayah Islam bukan sahaja sudah begitu luas tetapi sudah dihamparkan dengan manis-madu dunia yang amat mengasyekan nafsu dan hawa. Apabila manis madu dunia terhampar di haribaan, jarang manusia selamat.

Al Quran memberi peringatan-peringatan seperti berikut mengenai dunia:

`...maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu...’ Luqman: 33
‘Dan tiadalah kehidupaan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka.Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. – Al An’aam: 191
‘Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan – Huud: 15 – 16.

Cinta dunia dan cinta Allah tidak boleh berkongsi di dalam satu hati.Hati cuma memiliki satu pilihan dan tidak akan mampu mengisi kedua-dua pilihan. Apabila hati lebih mencintai dunia, akan meranalah akhirat

Hadis Nabi saw: ‘Barangsiapa mencintai dunia, nescaya membawa kepada melarat akhiratnya.Dan barangsiapa mencintai akhiratnya, nescaya membawa melarat kepada dunianya.Maka utamakanlah yang kekal, atas apa yang fana’ – Ihya Ulumiddin Jld. 5 hal.9

Apabila dunia dihadapkan maka akan berpalinglah akhirat. Apabila dunia dikasihi maka haramlah akan beroleh cinta Allah.Beralihlah kiblat hati. Maka hati akan menghadapi dunia dengan nafsu yang tidak akan cukup untuk selama-lamanya.Akhirnya luputlah darjat hamba Allah. Akuan hamba Allah cuma di bibir semata-mata tetapi pada hakikatnya adalah hamba dunia, hamba pejabat, hamba ringgit,hamba harta dan sebagainya kerana nafsu telah menjadi tuhannya.

Sabda Penghulu Junjungan saw:
‘Tuhan yang disembah di bumi yang sangat dimarahi Allah Taala ialah hawa nafsu’
Firman Allah swt seterusnya.
‘Sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai kehidupan dunia dan meninggalkan akhirat – Al Qiyaamah: 20-21.

Justru Allah Taala berfirman seterusnya:’Wahai dunia! Berkhidmatlah kepada orang yang telah berkhidmat kepadaKu dan perbudakkanlah orang yang berkhidmat kepadamu’ – 272 Hadis Qudsi, hal. 108
Seluruh umat muslimin sejak bermulanya era imperialisme di seluruh dunia Islam sampailah ke hari ini – setelah kemerdekaan geografi dicapai - adalah budaknya dunia. Apa lagi yang membezakan antara orang kafir Barat dengan orang Islam mengenai dunia – dalam urusan pentadbiran negara, sistem ekonomi, pendidikan, sistem mahkamah dan perundangan, sistem kepolisan, sistem sosial, budaya kerja, konsep pembangunan negara dan sebagainya – apa lagi yang Barat tidak dijadikan guru, sehingga menjadi benarlah Sabda Rasulullah saw:
‘Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka’. Sahabat bertanya:”Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?”. Nabi saw menjawab:”Siapa lagi kalau bukan mereka!”

Inilah yang diperingatkan oleh Rasulullah kepada para sahabat dalam satu peristiwa apabila terbuka keinginan untuk mengambil apa-apa yang sesuai dari sumber selain Islam.

Dari Jabir ra. Dari Nabi saw. (mengenai peristiwa) ketika Umar datang mengadap Baginda saw. Lalu berkata:”Ya Rasulullah. Kami ada mendengar cerita-cerita dan nasihat pengajaran yang menarik hati dari orang-orang Yahudi, maka bagaimana fikiran tuan bolehkah kami menulis sebahagian daripadanya?”

Mendengar yang demikian Nabi saw bersabda:
“Adakah kamu merasa ragu-ragu dan serba salah (dalam ajaran agama kamu) sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani telah ragu-ragu dan meraba-raba (dalam ajaran agama mereka)? Demi sesungguhnya! Aku telah membawa kepada kamu Agama Islam dengan keadaannya yang jelas nyata dan bersih suci. (dari sebarang syirik dan penyelewengan) dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi (sudah tentu) tidak ada jalan lain baginya selain menurutku” – Mastika Hadis Jilid 1 hal. 47.


Tetapi keasyekan dan keterpesonaan yang diwariskan oleh kolonialisme Barat terhadap umat Islam sehingga kini masih lagi belum terungkai dan umat Islam sehingga kini masih lagi tertoleh-toleh mencari kiblat setelah selama ini berkiblatkan Barat dan Jepun/Korea yang keterpesonaannya tetap sampai kini!

Dunia sepatutnya dihadap oleh Bangsa Melayu dan umat Islam dengan contoh Ibnu Umar. Rasulullah saw bersabda kepadanya:
’Jadikanlah dirimu di dunia ini seolah-olah engkau orang dagang bahkan seolah-olah orang yang dalam perjalanan musafir’ dan semenjak itu ibn Umar selalu berkata: ‘ Apabila engkau berada pada waktu petang maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu pagi, dan apabila engkau berada pada waktu pagi maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu petang, dan ambillah peluang dari kesihatanmu untuk membuat amal untuk masa sakitmu, dan peluang masa hidupmu berbekal untuk matimu’ – Mastika Hadis Rasulullah saw Jilid 1, hal 277-278

Dunia sepatutnya diambil dalam bentuk yang seimbang dengan tuntutan akhirat sebagaimana pesanan Nabi saw:
‘Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah seolah-olah kamu akan mati di esok hari’
Soalannya sekarang, umat Islam memberikan waktu bekerja untuk dunia bagaikan tidak mati di esok hari!



2. Serangan Ideologi Barat

Barat sebenarnya bukanlah musuh bagi Islam kerana Islam adalah agama sejagat yang dianuti oleh semua bangsa dunia. Cuma sejarah telah mentakdirkan bangsa-bangsa Barat menjadi bangsa yang menganut agama Nasrani dan Yahudi – dua agama langit yang diselewengkan oleh golongan paderi dan rahib yang dijelaskan oleh Al Quran sebagai bangsa yang amat memusuhi Nabi Akhir Zaman.Sejarah permusuhan antara Barat dengan Islam tidak akan diperkatakan di sini, tetapi kesimpulan dari semuanya itu adalah berpunca dari satu sebab : kedengkian. Sebagaimana Azazil dengki kepada Nabi Allah Adam as maka demikianlah Bangsa Yahudi yang menganut agama Yahudi dan Nasrani, mereka – pemimpin agama dan gereja – tiba-tiba menjadi dengki, apabila Nabi Akhir Zaman yang amat mereka kenali dan dinanti-nanti tidak dilahirkan dari kalangan bangsa Yahudi, tetapi sebaliknya lahir dari kalangan bangsa Arab Quraisy.

Al Quran menerangkan:
‘Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anak sendiri’ (AlBaqarah:146)

Orang-orang Yahudi teramat kecewa kerana mereka tahu melalui sejarah kebangsaan mereka, dan melalui apa yang diterangkan oleh Al Kitab mereka ( Injil dan Taurat) Nabi Akhir Zaman adalah Perutusan yang memang dinanti yang dimasyhurkan zaman berzaman. Gautama Buddha dan Lao Tze ada menyentuh mengenai hal ini. Bahkan dalam Veda juga dinyatakan.

Bahawa sesungguhnya dalam Kitab-Kitab sebelum Al Quran berita tentang akan terutusnya Nabi Akhir Zaman Nabi Muhammad saw telah diumumkan oleh setiap Nabi dan Rasul. Penyelidikan yang dibuat oleh Dr.Ved Prakash Upaddhayaya pakar Sanskrit dari Universiti Prayag telah merumuskan bahawa dalam kitab Vedas dan Purana ada empat gelaran Nabi Muhammad saw:

i. Narasyangsa - maknanya Yang Terpuji (Muhammad)
ii. Antim Rishi - Utusan Terakhir
iii. Kalki Avatar - Utusan Akhir Zaman
iv. Mamaha & Ahamiddhi - Muhammad & Ahmad

Dalam Atharveda 20:127:2 dinyatakan Narasyangsa (Muhammad) mengenderai unta dan memiliki 12 isteri.

Tidakkah maklumat ini mirip kesah kehidupan Nabi Muhammad saw apabila Baginda saw diutuskan di Mekah ?

Demikian juga diriwayatkan Gautama Buddha mewasiatkan kepada anak muridnya Ananda berkenaan Buddha (Pemberi Cahaya) akhir zaman yang bergelar ‘Maitreya’ yang bererti ‘Pembawa Rahmat’; samalah seperti Al Quran Surah Al Ambiyaa:107:
‘Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk rahmat bagi semesta alam”.

Semua ahli Kitab sebelum terutusnya Nabi Muhammad saw tahu betapa Nabi Akhir Zaman adalah pembawa obor kecemerlangan dan kegemilangan yang tiada taranya bagi bangsa yang akan dipimpinnya sepertimana gemilangnya bangsa-bangsa terdahulu melalui kepimpinan para Nabi dan Rasul as. Bangsa Yahudi teramat kecewa kerana hasrat kebangsaan Yahudisme untuk menjadi bangsa terkemuka untuk zaman seterusnya bagi kesekian kalinya, pasti akan lenyap samasekali! Sebaliknya bangsa Arab Quraisy lah yang akan menjadi bangsa cemerlang, gemilang dan terbilang, sebagai pemimpin peneraju di persada dunia dan seterusnya dari keturunan Nabi dan bangsa inilah – Ahlul Bait – akan menjadi bangsa pemimpin dunia untuk kegemilangan Islam akhir zaman menjelang kiamat. Hadis Rasulullah saw menerangkan mengenai hal ini:
‘Sesungguhnya Nabi saw memegang tangan Ali, maka katanya:’Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi dengan keadilan. Apabila kamu lihat yang demikian maka turutlah pemuda orang suku Tamim kerana ia akan datang dari sebelah timur dan ia pemegang bendera Mahdi’

Sejarah perhubungan Rasulullah saw dengan kaum Yahudi Bani Qainuqa, Bani Khuraizah dan Bani An Nadir di Madinah al Munawwarah adalah sejarah sakit hati dan dendam kesumat kaum Yahudi dan semuanya telah terpahat dalam sejarah. Kitab Al Quran memeperjelaskan dengan panjang lebar dan berulang-ulang mengenai hal ini. Permusuhan zaman berzaman ini diperingatkan oleh Al Quran kepada Nabi Muhammad saw dan umatnya.

Petikan-petikan berikut dapat memberikan maklumat yang sejelasnya.

‘Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka’ – Al-Baqarah: 120.
‘Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman kerana dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaraan’ (Al Baqarah:109)
'Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (ikutan dan teladan)…..Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka’ (Al Maidah:51)



Umat Islam teramat sadar betapa Perang Salib yang berlaku selama ratusan tahun antara puak Yahudi /Nasrani dengan Islam adalah peperangan untuk menghancurkan Islam. Di sebalik kemenangan Islam, bangsa-bangsa Kristian Barat telah dapat mencuri tamadun ilmu Islam. Melalui pemerolehan ini, Barat mulai keluar dari Dunia Gelapnya dan serangan salibisme diteruskan dengan strategi yang berlainan pada ketika umat Islam telah menjadi pencinta dunia – hidup sukaria dengan hiburan dalam pesta-pestaan, dan telah beralih kiblat hati.

Penjelajahan Barat ke serata dunia Islam adalah lanjutan salibisme dengan memegang prinsip 3G – God, Gold and Glory’ (Penjelajahan adalah demi Tuhan iaitu Agama Kristian, Kekayaan dan Kemegahan)

Banyak cebisan-cebisan sejarah mengenai motif salibisme ini dalam kebangkitan bangsa barat ini. Diperturunkan sekadar beberapa petikan mengenai hal ini.
Tome Pires dalam tulisannya dianggarkan pada tahun 1515 telah menulis mengenai motif serangan terhadap Melaka‘...Oleh kerana telah diketahui betapa untungnya Melaka dari segi kepentingan keduniaan. Apa lagi dari segi kepentingan kerohanian kerana Mohammad telah disekat dan tidak boleh bergerak lebih jauh, dan melarikan diri seberapa yang boleh. Dan biarlah orang memihak kepada satu pihak, sedangkan perdagangan memihak kepada agama kita; dan yang sebenarnya Mohammad (Agama Islam) akan dimusnahkan, dan tidak dapat dielakkan dia akan dimusnahkan.’ - Ahlul-Bait (keluarga) Rasulullah SAW dan Raja-Raja Melayu, hal. 293.


`Apabila muncul pemberontakan di Mesir pada abad ke 19 berkatalah Gladstone Perdana Menteri Inggeris di Parlimen sambil tangannya memegang al-Quran:”Selagi mereka itu membaca kitab ini,kita akan terusir daripada Mesir, bukan sahaja kita akan terusir daripada Mesir di mana pengaruh kita di Timur Tengah akan luput, dan Terusan Suez akan tertutup kepada kita, akhirnya India akan hilang daripada kita dan kepentingan kita di Timur akan terancam” – Amaluddin Darus, Manusia Di Langit dan Di Bumi hal.107.


Sebelum Perang Dunia Pertama, Eropah telah membahagi dunia untuk mereka.Menurut Viet Valentin koloni Inggeris berjumlah 50, Perancis 22, Belanda 4, Portugis 8, Spanyol 4, Rusia 4, Amerika Syarikat 5, Itali 4, Denmark 5 dan Jerman 8.

Tepat pula dengan apa yang dikatakan oleh Livingstone: ‘The end of the geographical feet is the beginning ot the missionary enterprise’ (Tujuan dan akhir dari penaklukan geografi adalah permulaan perusahaan mubaligh)

Setelah membenarkan kata-kata Livingstone, pendita Samuel W. Zwemmer pelupur ‘Islamic Policy’ yang terkenal itu pun membenarkan prinsip pastor Raymundus Lullus (mati 1326) iaitu seorang pemuka Kristian yang sangat membenci Islam. Ia berpendapat bahawa ‘ Islam adalah palsu dan harus mati. Oleh kerana itu dunia Islam haruslah direbut melalui dominasi politik dan dipertahankan untuk kemudiannya diserbu oleh mubaligh, memisahkan kaum Muslimin dari agamanya dan kemudian diganti dengan agama baru yakni Kristian’ (Mengapa Umat Islam Dilanda Perpecahan hal.149)

Memisah dan menyingkirkan Islam dapat dilakukan dengan berkesan apabila Al Quran dipinggirkan. Pendidikan menjadi alat yang amat berkesan dan dipergunakan sebaiknya. Strategi memperkenalkan tulisan roman (rumi) menggantikan tulisan Arab (jawi) pada era penjajahan di Tanah Melayu, adalah senjata yang sangat berbisa sehingga Bangsa Melayu di Tanah Melayu untuk beberapa dekad saja kemudiannya menjadi bangsa yang jahil Quran. Jahil Quran ertinya jahil agama. Jahil agama ertinya tidak menjadikan agama sebagai garis panduan hidup. Urusan syariat dan zahir amal – solat,puasa, zakat dan haji masih kelihatan, tapi urusan batin dan tasauf telah terpinggir.


Para orientalis tahu melalui pengkajian dan penyamaran mereka sebagai seorang Islam dan intelektual Islam, di mana letaknya sumber kekuatan para Sahabat ra sewaktu abad pertama Hijrah dahulu. Snouck Hugronje (1857-1936) adalah contoh orientalis yang paling jahat menyamar sebagai Abdul Ghafar telah menetap di Mekah khusus dengan tujuan untuk mempelajari Islam dengan maksud dan motif rahsia penuh durjana. Beliau yang berada dalam jentera mubaligh dan gerakan Yahudi dan Kristian sedunia telah menghasilkan penulisan yang penuh dengan berbagai-bagai idea dan strategi untuk penghancuran Islam. Apabila mereka mentadbir Negara-negara umat Islam, mereka tahu apakah strategi untuk memusnahkan Islam.Dengan itu tersingkirlah batin agama – tersingkirlah ilmu Tasauf dan sejak sekian lama kekallah umat Islam menjadi hidangan enak untuk di ratah oleh bangsa-bangsa yang lebih kuat dan berkuasa.


Kejahilan akhirnya menjadi wabak yang amat merbahaya bagi Bangsa Melayu apabila ilmu agama tidak lagi dapat difahami kerana media untuk memahaminya telah tiada. Kitab-kitab jawi dan Quran tidak lagi dapat dibaca kerana bangsa Melayu telah buta jawi! Maka meneroboslah ke dalam minda dan jiwa anak-anak Melayu, ilmu-ilmu yang ditulis dalam tulisan rumi terutamanya melalui pendidikaan Barat sekular di Sekolah Inggeris dan Barat. Bahasa Inggeris menjadi media dan alat komunikasi baru menggantikan tradisi keilmuan Bahasa Arab dan Tulisan Jawi dan dengan demikian mengalirlah pemikiran dan falsafah, sistem dan ideologi, etika dan nilai serta sosiobudaya Barat yang demi sesungguhnya sebahagian besarnya amat bercanggah dengan konsep Tauhid dan akidah! Mencairlah jati diri Melayu dan Islam!



3. Islam Disekularkan

Sistem pendidikan sekular – Sekolah-Sekolah Inggeris tajaan Mubaligh dan Sekolah Vernakular Melayu yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris telah menjadi teras pendidikan dan mendominasi sistem pendidikan tanah air. Sistem pendidikan sekular ini telah meranapkan samasekali sistem sekolah agama dan sekolah pondok yang sejak sekian lama menjadi asas pembinaan jati diri agama dan bangsa Melayu. Pendidikan agama terpaksa menyesuaikan diri dengan keperluan kolonial dan dengannya diterapkanlah mata-mata pelajaran akademik untuk tujuan peperiksaan – bidaah pertama menyerap dalam sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan agama terpaksa menyesuaikan dengan matlamat-matlamat dalam sistem pendidikan sekular untuk boleh menempelkan lepasannya ke dalam birokrasi Inggeris – lagi satu bidaah yang diimport ke Tanah Melayu.


Menyeraplah faham sekular, materialisme dan segala kaum kerabatnya di dalam sistem pendidikan agama dan bermulalah pensekularan agama.Para ilmuan agama terumbang ambing di antara kemurnian niat menuntut ilmu berasaskan mardhatillah dengan tarikan hidangan duniawi untuk menumpang sama nikmat hidup moden acuan Barat.Hilang tenggelamlah objektif dan matlamat pendidikan Islam yang diasaskan oleh Al Quran dikaburi oleh matlamat mengisi keperluan birokrasi dan pembangunan negara. Agama Islam tidak lagi menjadi kepala keretapi yang mengheret gerabak-gerabak ke arah destinasi yang dituju – mardhatillah dan wajhillah, tetapi sebaliknya diheret dan terseret tak ketahuan oleh gerabak sekularisme dan materialisme!


Para ilmuan Islam bagaikan terlupa nawaitu menuntut ilmu Islam sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah saw:
‘Janganlah engkau mempelajari ilmu pengetahuan untuk bersombong-sombong dengan sesama berilmu, untuk bertengkar dengan orang berfikiran lemah dan untuk menarik perhatian ramai kepadamu.Barangsiapa berbuat demikian, maka dia dalam neraka” – Ihya Ulumiddin Jld.1 hal:225.

Bersabda Nabi saw:“Barangsiapa menuntut ilmu di antara ilmu pengetahuan yang menuju kerelaan Allah untuk memperoleh harta benda duniawi, maka orang itu tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat” – Ihya Ulumiddin Jld.1 hal.233.

Lahirlah penuntut ilmu yang menuntut untuk mencari dunia. Lahirlah ilmuan yang selesa dengan dunia dan kemewahan yang mengelilingnya. Ilmu dan bidang ilmu dipelajari bukan kerana menuntut wajah dan redhaNya tetapi dipelajari sesuai dengan keperluan birokrasi negara. Ilmu dituntut bukan berdasarkan pilihan hati nurani sendiri tetapi ditentu dan ditetapkan oleh kurikulum yang sesuai dengan keperluan tenaga kerja negara di insitusi-institusi pendidikan.Inilah sistem pendidikan sekular yang telah menghancurleburkan nilai-nilai dan matlamat suci dalam pendidikan agama dan ukhrawi.

Tasauf yang memang bidang ilmu yang cuma berupaya diamalkan oleh hati yang telah memiliki iman yang mukhlisin, yang memerlukan kerja kuat dan mujahadah untuk menyingkirkan sejauh-jauhnya sifat-sifat mazmumah, kehaiwanan dan kesyaitanan bagi meningkat kepada martabat insan kamil, perlahan-lahan dikuis dari sistem. Keindahan dalam matlamat tasauf ini sudah tentu begitu terasing dalam kehidupan yang sibuk memburu kebahagiaan dunia dan nafsu. Justru ilmu tasauf akhirnya tersingkir dari sistem pendidikan apabila jalan hidup sufisme dan tasauf berbalah ufuk dengan sistem pendidikan sekular Barat yang telah meresapi seluruh institusi pendidikan di seantero dunia termasuk di Timur Tengah.

Ilmuan-ilmuan lepasan sistem pendidikan ini yang tidak pernah samasekali menjalani hidup Tasauf dan mengalami rasa Tasauf; sekadar mempelajari untuk tujuan-tujuan ilmiah, lantas melahirkan fatwa-fatwa yang memfitnahkan ilmu Tasauf Islam telah diresafi oleh fahaman Hindu dan Buddha, penuh dengan kesesatan dan karut-marut!

Terpinggirnya Tasauf dari persada ilmu. Tersingkirnya tasauf ertinya tercapailah usaha barat untuk menyingkirkan Kitab Al Quran daripada umat Islam kerana tanpa Tasauf, tiadalah batin – tiadalah Quran Batin, atau Islam Batin. Islam tanpa batin adalah Islam yang lemah dan lembik, samalah bagai manusia yang cuma memiliki jasad, tetapi tidak mempunyai roh dan jiwa – jadilah mayat-mayat yang menunggu waktu untuk dikebumikan!

Pada hari ini ummah Islamiah adalah umat manusia yang lemah dan lembik persis jasad yang tidak bernyawa setelah kehebatan Islam dicabut. Sabda Rasulullah saw mengenai hal ini:
‘Apabila diagungkan oleh umatku akan dinar dan dirham, nescaya dicabutkan daripadanya kehebatan Islam. Dan apabila meninggalkan amar maaruf dan nahi munkar, nescaya diharamkan mereka dari keberkatan wahyu’. Berkata Al Fulail:”Yakni diharamkan mereka dari memahami Al Quran!”

Apakah generasi sekarang – generasi Melayu tentunya; apakah benar mereka telah diharamkan dari memahami Al Quran?

Sabda Penghulu Junjungan saw seterusnya.

‘Hampir seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu seperti orang yang sedang lapar menghadapi makanan’. Mereka bertanya:’ Apakah kita sedikit pada masa itu wahai Rasulullah?’. Jawab Baginda saw:”Kamu ramai, tapi kamu laksana buih air bah. Hati mereka yakni orang-orang kafir tidak merasa takut kepada kamu tetapi dalam hati kamu sendiri terdapat penyakit wahn. Mereka bertanya:’Apakah penyakit wahn itu wahai Rasulullah?’. Jawab Baginda saw:’Cinta dunia dan takut mati’

Cinta dunia adalah kenyataan yang dapat dilihat dengan amat jelas melanda ummah Islamiah di serata dunia apabila tidak lagi ada apa-apa yang tidak sama di antara masyarakat Islam dengan masyarakat bukan Islam dalam mengurus sistem hidup bernegara. Konsep Negara Barat dan tamadunnya diikuti sepenuhnya dengan penuh rasa ketakjuban dan keterpesonaan. Apa lagi yang masih berbeza antara Islam dengan Barat dalam menanggapi dan menangani dunia?

Takut mati juga telah menjadi bagitu ketara kerana betapa bimbangnya umat Islam kepada bakal hilangnya nikmat-nikmt duniawi dan hidup sukaria yang sedang dinikmati. Tafsiran jihad sudah diubah. Keamanan negara dan dunia menjadi slogan dan prinsip yang mesti dipertahankan selagi boleh, walaupun dalam ‘aman’ maruah dan harga diri bangsa bahkan agama tergadai dan terkorban! Perpaduan sesama umat Islam sejagat hampir mustahil dilakukan kerana perpaduan pada peringkat sesama bangsa dan suku pun masih teramat sukar untuk direalisasikan. Puncanya cuma satu iaitu ‘tidak ada kesediaan umat Islam untuk kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul saw’.Benarlah sabda Nabi Muhammad saw:

“Demi Allah yang mengutuskan aku dengan sebenarnya menjadi Nabi! Sesungguhnya akan bercerai berai umatku dari pokok agamanya dan kumpulannya kepada tujuh puluh dua golongan.Semuanya sesat menyesatkan yang membawa mereka kepada neraka.Apabila telah ada yang demikian, maka haruslah kamu berpegang teguh dengan Kitab Allah azza wa Jalla (Al Quran).....Barangsiapa mencari ilmu yang lain dari Al Quran nescaya dia disesatkan oleh Allah Azza wa Jalla....” Ihya Ulumiddin Jld.2 hal 148-149

Musibah dan akibah sistem ideologi Barat yang mengurus dan mentadbir dunia sejak ratusan tahun lalu – sejak terpinggirnya ajaran Allah dan RasulNya dari pentas pentadbiran dunia -, maka berlakulah sebagaimana Sabda-Sabda Rasulullah saw seperti berikut:
Sepotong hadis Nabi saw. diriwayatkan oleh Ibn Abbas mengenai perkara-perkara yang berlaku masa akhir zaman yang bermaksud:

'Sembahyang tidak dihiraukan, nafsu syaitan bermaharajalela, yang tidak beriman akan menjadi pemimpin-pemimpin, terlalu susah untuk membezakan yang benar dengan yang salah, bercakap bohong menjadi-jadi, membayar zakat dianggap membebankan, orang-orang yang beriman merasa sedih melihat maksiat dilakukan di sekeling mereka, tetapi mereka tidak berdaya untuk berbuat atau berkata apa-apa, lelaki berzina dengan lelaki dan wanita dengan wanita, kaum wanita akan menguasai dunia, anak-anak tidak mendengar perintah orang tua mereka, sahabat akan melayan sahabat dengan sikap tidak jujur, maksiat tidak diambil berat, masjid-masjid akan dihias dengan berbagai hiasan dan binaan yang cantik molek, sungguhpun masih ada orang yang mengerjakan sembahyang, tetapi tidak ada kejujuran di hati mereka, orang-orang dari Barat menguasai umatku yang lemah, manusia akan mencetak al-Quran dengan dakwat emas tetapi tidak menurut ajarannya, darah manusia tidak ada harga, agama tidak ada penolong-penolong untuk memperkuatkannya, penyanyi-penyanyi wanita akan bertambah banyak, orang yang kaya mengerjakan haji semata-mata untuk berehat, orang pertengahan mengerjakannya untuk mendapat peluang berniaga dan yang miskin untuk meminta sedekah” – Manusia Di Langit dan Di Bumi hal. 64 -65.

Nabi saw. Bersabda seterusnya:

’Akan datang sesudahmu suatu kaum yang memakan makanan dunia yang baik-baik dan berwarna, mereka mengenderai unta yang cantik dan berwarna-warna, mengahwini wanita tercantik dan berwarna-warna, memakai kain yang tercantik dan berwarna-warna. Mereka mempunyai perut yang tiada kenyang dari makanan yang sedikit.Mempunyai nafsu yang tidak merasa cukup dengan yang banyak, mereka berhenti di atas dunia berpagi dan bersore hari kepada dunia, mereka mengambil dunia itu menjadi Tuhan yang disembah, tidak Tuhan yang disembah mereka sendiri. Mereka mengambil Tuhan selain Tuhan mereka. Kepada urusan dunia mereka berkesudahan.Mereka mengikut hawa nafsunya. Maka cita-cita Muhammad bin Abdullah, bagi siapa yang mendapati zaman itu dari sesudah, sesudah kamu dan di belakang, belakang kamu, bahawa ia tidak memberi salam kepada mereka.Tidak mengunjungi orang-orang sakit mereka.Tidak turut menghantar jenazah-jenazah mereka.Dan tidak memuliakan orang besar mereka.Maka siapa yang berbuat demikian, nescaya ia telah menolong menghancurkan Islam”, Ihya Ulumiddin Jld.5 hal.104

Hadis saw seterusya:

‘Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal dari Al Quran itu kecuali hanya tulisannya.Masjid-masjd mereka tersergam indah, tetapi ia kosong dari hidayah.Ulamak mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali’

Sekularisme telah menjadikan ilmuan dan umat Islam hanyut begitu jauh.Berbagai-bagai ideologi Barat yang bercanggah dengan Islam telah bertelur,menetas dan membiak dalam minda, kalbu, jiwa nurani umat Islam menjadikan umat Islam umat yang telah keliru mengenai makna dan tujuan hidup di dunia. Ilmuan Islam yang tidak memunafaatkan ilmunya menurut acuan Allah dan RasulNya telah membawa gerhana dan bencana kemanusiaan yang cukup lama dalam kehidupan dunia.


Umat Islam seharusnya kembali menghayati pesanan-pesanan terakhir berikut yang bersumber dari rumusan amanat Habibullah saw:

‘'Tidakkah engkau melihat kepada mereka yang telah lalu, bagaimana mereka itu membangun dan tinggi, kemudian mereka itu pergi dan berlalu? Betapa Allah mewariskan bumi mereka dan kampung halaman mereka kepada musuh-musuh mereka? Apakah tidak engkau melihat mereka mengumpulkan apa yang tidak mereka makan, membangun apa yang tidak mereka tempati dan mengangan-angankan apa yang tidak mereka capai? Setiap seorang membangun istana yang tinggi ke arah langit. Dan tempat ketetapannya adalah kuburan yang dikorek di bawah bumi.Maka adakah dalam dunia kedunguan dan keterbalikan yang lebih besar daripada ini? – Ihya Ulumiddin Jld.8 hal. 172-172


Maka bangunlah di atas permukaan bumi itu istana engkau! Sesungguhnya perut bumi itu dalam waktu yang sedikit ini akan menjadi kubur engkau – Ibid hal. 176

Engkau bergembira setiap hari dengan bertambahnya harta engkau.Dan engkau tidak gundah hati dengan berkurangnya umur engkau – Ibid hal. 176

Engkau berpaling dari akhirat dan akhirat itu menghadap kepada engkau.Engkau menghadap kepada dunia dan dunia itu berpaling daripada engkau – Ibid hal. 176

(Untuk kefahaman yang lebih mendalam bacalah Al-Murabathah Ke Enam: tentang penghinaan diri dan pencelaannya , Ihya Ulumiddin Jld. 8 hal. 164 -180)






Artikel Pilihan 2 :

Tajuk : Hidupkan Jiwa Tasawuf.Kembalikan Jati Diri Sebenar Melayu !

Sumber : http://merahsilu.blogspot.com/2006/11/hidupkan-jiwa-tasawuf-kembalikan.html . Artikel asal dipetik dari Website Tranung Kite Online




Hujah kepada yang mengelirukan pandangan tasawuf

Dilulus terbit pada Friday, January 13 @ 21:10:33 MYT oleh TokPenghulu

ahlisufi001 menulis


"Betapa ramai yang menentang amalan Tasawuf dan mengingkari mazhab-mazhab Tariqat adalah di sebabkan banyak faktor. Sebenarnya hal ini berkait rapat dengan beberapa usaha jahat untuk melemahkan umat Islam sekaligus memfitnah dan merobek agama samada dari luar mahupun dari dalam. Puncanya terlalu luas dan mungkin dapat di perkatakan sekadar kemampuan yang dapat dimanafaatkan dalam ruangan yang singkat ini.


Punca pokoknya ialah Kejahilan dan gagal memahami agama Islam secara komprehansif/ menyeluruh . Ada puak yang melihat sumber hukum Islam itu hanya satu saja iaitu Al Quraan. Lantas mereka menilai hadis semula kerana mereka ragu dengan Al Hadis walaupun hadis itu diterima pakai oleh kesepakatan Ulama sebagai sahih seperti perawi Bukhari dan muslim dllnya. Akhirnya puak ini menerbitkan hukum yang tanpa tafsiaran dari hadis maka ini adalah tertolak sama sekali MUKTAMAD. Golongan ini dikenali sebagai anti hadis. Sembahyang mereka berbeza dengan Umum, puasa dan lain-lain perkara pokok sudah berbeza akibat meninggalkan hadis.

Ada puak pula melihat sumber hukum Islam itu hanya dua saja iaitu Al Quran dan Al Hadis saja lalu menolak Ijma Ulama dan Qias. Mereka ragui kebenaran Ulama terdahulu dan sekarang lantas mereka membuat penilaian semula terhadap Ulama dan pandangan mereka akhirnya lahirlah fahaman :

1. Semua orang boleh berijtihad tanpa perlu apa-apa syarat.
2. Menilai semula Ulama hadis dan akhirnya mereka mudah meletakkan suatu hadis
itu bertaraf dhaif atau maudhu bukan berdasarkan disiplin Ilmu Hadis.
3. Cepat menghukum bid’ah,sesat,kafir tanpa melihat pada disiplin agama samada
ianya furu atau usuliah.
4. Menolak amalan mazhab-mazhab Islam kerana diharamkan bertaqlid kepada
mana- mana mazhab.
5. Menolak amalan amalan tariqat sufi kerana ianya di anggap bid’ah
dan sebagainya.

Sebenarnya puak ini adalah aliran fahaman modenisasi yang menganggap amalan umat Islam kebanyakkannya telah di resapi amalan bid’ah.


Contoh fahaman diatas adalah sebahagian dari pandangan mereka. Bagi kita yang kerdil dalam Ilmu Islam pun kadang-kala terikut-ikut dengan fahaman mereka kalau tak menyeluruh pun tapi sebahgiannya telah kita yakini. Dari sudut ini kita ikut syafie manakala sudut lain pula kita hentam tariqat? Puak ini juga tertolak kerana fahaman mereka banyak membid’ahkan umat Islam yang sunni.Sumber hukum Islam ialah 4 iaitu(mengikut turutan):

1. Al Quraan
2. Al Hadis
3. Ijma Ulama
4. Qias

Kalau kita pakai dua saja maka akan berlainanlah pandangan kita samada furu mahupun usul.Contohnya:Kalau kita faham Bid’ah itu ada dua(dhalalah-sesat dan hasanah-kebaikan) maka puak ni kata bid’ah tu satu je iaitu dhalalah(sesat).

Persoalannya Sekiranya amalan tariqat ni sesat bid’ah mengapa Ulama-Ulama terdahulu menghayatinya seperti Imam Al Ghazali,Imam Al Qusyairi.Imam Junaid,Imam Wahab Syaroni,Syeikh Abdul Qadir Al Jilani dsbnya.Ulama di nusantara terdahulu yang sampai sekarang kitab mereka menjadi rujukan kita juga tidak terkecuali sebagai orang yang menghayati amalan sufi seperti Syeikh Daud Al Fatani.Syeikh Ahmad Zain Al Fatani, Sheikh Abdus samad Al Falimbani, Tuan Tabal, dll.


Buktinya pergi ke arkib negara check kitab-kitab mereka majoriti keseluruhannya kitab tasawuf.Kalau nak hukum sesuatu kumpulan tariqat itu sesat pun kenalah teliti dulu bukan ikut sedap kita. Bukan tak ada yang menyeleweng sama jugalah dengan mazhab aqidah ada juga yang menyeleweng Cuma yang dikesali dihentam satu seolah-olah hujah mereka mewakili hentam semua mazhab sufi ini yang batilnya!.


Lihat dulu ilmu kita seperti yang disarankan oleh Ustaz Tengku Fauzi apakah Ilmu kita dah setaraf ke dengan Imam Syafie atau Imam Al Ghazali atau dengan Syeikh Daud Al Fatani ke atau dengan Imam Bahaudin Naqsyabandi ke?Ini kita terus hentam ulama sufi misalnya Imam Mahiyuddin Ibnu Arabi? Baru belajar Universiti Azhar dah boleh pertikai Ulama Dahulu.Tahukah kita ramai Ulama terkemuka dan muktabar membela beliau sewaktu puak-puak dangkal menghentam beliau di antaranya:

1. Imam Majduddin Al Fairuz Abadi.
2. Syeikhul Islam (di negeri Syams) Imam Sirajuddin Al makhzumi.
3. Syeikh Kamaluddin Bin Az Zamlakani (Qadhi Al Qudhah)
4. Al Hafizh Adz Dzahbi.
5. Syeikh Asy Suhrawardi
6. Imam Al Yafi’I
7. Imam Badruddin Ibnu Jamaah
8. Imam An Nawawi.
9. Ibnu Atta’illah Askandari
10. Syeikhul Islam Badruddin Al Makhzumi.


Kemudian tentang keyakinan Nur Muhammad. Ada yang kata ciptaan kaum sufi lah , bid’ah tak ada dalam Islam dan macam-macam lagi kata mereka.Sebenar nya Keyakinan tentang Nur Muhammad ini memang ada di dalam Hadis nabi s.a.w yang mana Abdur razaq telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir Bin Abdullah Al Anshari yang menutur sebagai berikut: “Aku bertanya ; ya Rasulullah beritahu aku tentang apa yang mula pertama di ciptakan Allah swt sebelum segala sesuatu.Baginda menjawab: Hai Jabir, sebelum Allah mencipta segala sesuatu Dia menciptakan nur nabimu dari NurNya..”

Sanad dari Jabir adalah shahih, tiada perubahan apa pun.Dikuatkan lagi dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ali Bin Husain r.a yang berasal dari ayahnya(Imam Ali Bin Abu Thalib) dan dari datuknya(Nabi Muhammad s.a.w.) iaitu :“Dahulu aku adalah nur di sisi Tuhanku”.

Hadis tersebut di sebut oleh Al Hafiz Abul Hassan Ali Bin Muhammad Bin Al Qatthan di dalam Ahkamnya. Ibnu Qatthan termasuk golongan kritikus(naqqad) hadis yang terkenal dengan teknik pembahasannya dan termasuk juga sejumlah Ulama yang sangat teliti dan ketat menjaga riwayat-riwayat Hadis dan penghafalannya.Tak kurang juga Ulama-ulama yang terkenal di nusantara yang membenarkan dan menulis tentang nur Muhammad iaitu:

1. Syeikh Abdullah Arif dalam Bahr Al Lahut.
2. Syeikh Nuruddin Ar Raniri dalam Bad-I Khalqis Samawati wal Ardh
3. Syeikh Daud Al Fatani dalam Muswaddah.
4. Syeikh Nawawi Bentan dalam Bughyan al awam dll.
5. Syeikh Basri Al Manzalawi dalam Fawaid an Nadhirah
6. Sayidi Utsman Bin Abdullah Bin Aqil ibni Yahya dalam Ad Durr al Basim..
7. Sayid Jaafar Bin Ismail al barzanji dalam Nuzhatun Nazhirin
8. Saiyid Yusuf Bin Ismail an Nahbani dalam Al Anwar Al Muhammadiah
min Al Mawahib Al Laduniyyah
9. Syeikh Muhammad Bin Ismail Daudi Al Fatani dalam Kaukab ad Durri
10. Syeikh Zainal Abidin Bin Muhammad Al Fatani Dalam Kasyfil Ghaibiah
11. Syeikh Ahmad BinMuhammad Zain Al Fatani dalam Badrit Tamam
12. Syeikh Utsman Bin Syihabuddin Al Funtiani al banjari dalam Ashal Khutbah
Tentang Tawasul dan Rabitah dll.

Ramai di kalangan orang yang tidak berhati-hati dan tiada mengaji tentang ilmu Tasawuf terus menolak amalan Tawasul dan amalan rabitah.Sebenarnya kita mungkin rasa asing dalam kedua-dua amalan ini kerana kita tak memahaminya atau kerana kita tak mengaji Ilmu Tasawuf apatah lagi mengamalkannya. Ini biasa terjadi kerana kalau orang yang mengaji fardhu ain dia mesti mengaji sekurang-kurangnya 3 ilmu iaitu Ilmu Tauhid , Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawuf tetapi bagi kebanyakkan orang sekarang mereka belajar ilmu fardhu ain hanya belajar Tauhid dan Ilmu Feqah saja tetapi mengabaikan ilmu Tasawuf kerana dianggap ilmu tasawuf bukan ilmu fardh ain .Inilah kefahaman yang silap kerana Imam Malik r.a. berkata:“Barangsiapa berfeqah saja tanpa bertasawuf maka ia fasiq dan barangsiapa yang bertasawuf tanpa berfeqah maka ia kafir zindik(penyeleweng), dan barangsiapa yang menghimpunkan antara keduanya maka jadilah ia muslim yang haqiqi”.

Kalau dalam konteks menentukan apa itu ilmu fardhu ‘ain pun tidak selari dengan ulama terdahulu macam mana kita nak menentukan sesuatu itu benar atau pun salah?

Penjelasan Tawasul secara ringkas.

Tawasul atau wasilah menurut dalam pengertian bahasa ialah:“Sesuatu yang dekat kepada yang lain”.Manakala makna dari istilah hukum Islam bermaksud“Pendekatan kepada Allah Ta’ala dengan mentaati dan beribadah kepadanya, mengikut Nabi-nabi dan Rasul-RasulNya dengan semua amal yang di kasihi dan di redhai-Nya”

Ibnu Abbas menegaskan: "wasilah itu ialah pendekatan(qurbah)¨.Qatadah mentafsirkan qurbah itu ialah:"dekatkan dirimu kepada Allah Ta'ala dengan mentaati Nya dan mengerjakan amal yang di redhai Nya¨maka setiap perintah syara' samada yang wajib mahupun sunnat adalah tawasul atau wasilah mengikut syariat.

Dalil naqalnya ialah : Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Nya dan berjihadlah pada jalan Nya supaya kamu mendapat keberuntungan¨ (Al Maidah : 35)

Perkataan wasilah dalam ayat di atas kebanyakkan mufasirin hampir senada iaitu menuntut atau mencari pendekatan kepada Allah Taala dengan mentaati dan mengamalkan sesuatu yang di kasihi Allah Taala.Mengamalkan sesuatu amal-jalan(wasilah) yang menuju kepada kehampiran denganNya adalah bentuknya terlalu umum tetapi berdasarkan muafakat dengan Haq Ta'ala.Diantara penjelasan ahli Tafsir yang senada tadi (sama maksud) ialah:

a. Tafsir Al Khazin j.2 ms 47.
b. Tafsir Ibnu Katsir j2 ms 52-53.
c. Tafsir Fi Zhilalil Quraan j6 ms 146
d. Tafsir Al Futuhatul Ilahiyah ms 488

Manakala Tafsir :
a. Sirojul Munir (Imam Syarbaini Al Khatib)
b. Al Kasysyaf (Imam Zamakhsyari)
c. Anwarut Tanzir (Qadhi Al Baidhawi)
d. Al Kabir (Imam Fakhrur Razi) semuanya pada umumnya menyatakan wasilah atau tawasul membawa maksud:"carilah jalan supaya kamu dapat taqarrub(mendekatkan diri) kepada Allah Ta'ala¨.
Untuk kita lebih faham tentang perkara ini kita kena tahu pengertian dua perkara dan kedua- dua perkara ini mempunyai dua makna ; kedua-dua perkara ini tidak terpisah sama sekali jika terpisah maka bathil jadinya iaitu:
1. Wasilah- cara atau jalan atau alat.
2. Ghayyah- matlamat atau tujuan.

Makna pertama iaitu Allah Ta'ala memerintahkan kita berwasilah iaitu mencari jalan yang diredhaiNya samada amalan wajib atau sunnat samada dengan berdoa,
bershalat,bertawasul dengan asma Allah al husna , dengan berkat RasulNya atau dengan amalan sholeh atau dengan keberkatan para auliya samada cara berziarah kubur mereka, membaca mauled , atau mengadakan haul bagi mengingat sejarah perjuangan mereka di atas jalan Allah Ta'ala atau dengan mengasihi mereka iaini dengan menambat hati dengan mereka(rabithah) supaya limpah rahmatNya ke atas kita . Kesemua amalan-amalan ini dengan syarat berlandaskan syariat Allah DAN bermatlamat(ghayyah) mendekatkan diri kepada Allah iaini dengan lain perkataan Bermaksudkan Allah dan keredhaanNya jua yang di tuntut bukan lainya.

Makna Kedua iaitu Semua wasilah hanyalah wasilah jua (sabit dengan nas syara¡¦)namun yang memberi bekas hanya Allah Ta'ala.Misalnya kita berdoa atau bertawasul dengan dengan orang-orang shalih di dalam doanya atas jalan Allah Ta'ala bahawasenya kesemua doanya itu mestilah di tujukan kepada Allah Ta'ala dan bukan kepada wasilah itu sendiri secara haqiqatnya dengan I'tiqad yang putus bahawa Allah jua lah yang menentukan dan memaqbulkan segala doaersoalan yang selalu dibangkitkan ialah bolehkah kita mendekatkan diri dengan Allah Ta'ala (bertaqarrub) dengan wasilah atau bertawasul dengan orang yang telah mati atau meninggal dunia?.

Persoalan inilah yang menjadi perselisihan di antara orang yang keliru atau tak memahami hakikat wasilah. Sebenarnya dalil yang mengatakan boleh kita berwasilahkan dengan orang yang telah meninggal dunia boleh di lihat dalam beberapa sudut asalkan caranya dibenarkan oleh syara’ dan I'tiqad kita benar iaini beri'tiqad yang memberi bekas hanya Allah Ta'ala.

Sudut Pertama: Apakah orang yang mati itu bererti dianya sudah lenyap atau ghaib samasekali?Ada pendapat yang mengatakan minta tolong dengan orang yang sudah mati adalah sia-sia kerana orang yang sudah mati itu sudah lenyap(tiada) dan tiada boleh buat apa-apa ?Benarkah pendapat ini?

Sebenarnya orang yang sudah mati itu bukan bermakna mereka telah lenyap atau hancur sama sekali tetapi mereka itu hidup semacam kita. Cuma mereka telah berpindah alam iaini dari alam dunia yang fana ke alam barzakh atau alam arwah(ruh).Dalil firmanNya:“Dan jangan kamu mengatakan terhadap orang-orangyang gugur di jalan Allah(bahawa mereka itu ) mati bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya(melihatnya)”. (Al Baqarah :154)


Sudut Kedua : Apakah terputus hubungan secara total diantara orang yang hidup dengan orang yang telah mati ?Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang hidup terputus hubungannya dengan orang yang mati jadi bagaimana mereka(arwah) boleh menolong orang yang hidup bersandarkan hadis nabi s.a.w.:Apabila anak adam telah mati maka putuslah segala amalnya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah , ilmu yang bermanafaat baginya dan anak yang shaleh yang mendoakan orang tuanya¡¨. (Riwayat : Bukhari)


Sebenarnya hadis ini menerangkan kepada kita bahawa orang yang meninggal dunia segala amal taklifiahnya telah terputus (maknanya sudah tiada lagi sesuatu amalan yang di pertanggungjawab oleh syara' ke atasnya dan tertutup segala manafaat sebab tiada lagi amalan yang boleh dilakukan ) kecuali tiga macam amal tadi tetapi hadis ini bukan menekankan bahawa tiada hubungkait langsung dengan orang yang hidup, bukan begitu!Kerana kita masih ada kait dengan para arwah dan ini boleh dilihat dalam dua hubungan iaitu:

a. Hubungan yang hidup dengan si mati.

Sebenarnya bukti orang hidup boleh memberi manafaat dengan para arwah ialah misalnya kita membayar hutang si mati maka beban mereka di sana akan terangkat insya'allah.atau menghadiah kan bacaan Qulhuallah 11 kali atau membaca yassin lalu di niatkan hadiah kepada si mati maka insya'allah dapat manafaat pada simati tersebut.

b. Hubungan yang mati dengan si hidup.

Bagi para arwah khusus ibu bapa kita dan orang-orang yang sholeh bahawa mereka akan menolong kita dengan mendoakan untuk kita dan kesejahteraan kita.Misalnya dalam surah At Taubah ayat 106 bermaksud: "Dan katakanlah (hai Muhammad):Hendaklah kalian berbuat.Allah dan RasulNya serta kaum mukminin akan melihat perbuatan kalian¨.

Ibnu Katsir menerangkan bahawa setiap amal perbuatan orang-orang yang masih hidup diperlihatkan kepada sanak-keluarga dan kaum kerabat yang telah meninggal dunia.Ia mengenengahkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud At Thayalisi ,berasal dari Jabir r.a. bahawasenya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Amal perbuatan kalian akan diperlihatkan kepada sanak -keluarga dan kaum kerabat. Jika amal kalian itu baik mereka menyambutnyadengan gembira. Jika sebaliknya, mereka berdoa: 'Ya Allah , berilah mereka ilham agar berbuat baik dan taat kepadaMu'¨


Sudut Ketiga : Apakah orang yang telah mati itu(ruh) boleh menolong?Jawab kita boleh dan harus.Kerana ini pernah terjadi di zaman semasa dan selepas wafat nabi s.a.w. dan banyak contoh-contohnya misalnya... Di antara bukti yang jelas bagaimana orang-orang mati khususnya para nabi dan para auliya yang telah mati di mana ruh mereka dapat menolong orang yang hidup ialah sepertimana di waktu Rasulullah s.a.w mi'raj ke langit; di mana baginda Rasulullah s.a.w. telah berjumpa dengan ruh Nabi Adam a.s. dan ruh Nabi Ibrahim a.s. pada langit pertama dan kedua seterusnya nabi Adam dan nabi Ibrahim mendoakan kepada Allah Ta'ala supaya diberkati dan di bahagiakan Nabi Muhammad s.a.w. dan ummatnya.

Keterangan ini bersandarkan pada hadis Ibnu Abbas yang di rawikan oleh Bukhari.Sedangkan mereka telah pun wafat.Kemudian terdapat beberapa peristiwa memohon pertolongan dengan nabi s.a.w. setelah beliau wafat iaitu:
Peristiwa pertama :Berkata Muhammad bin Al Munkadir:Seorang lelaki yang akan pergi berjihad , menaruh wang sebanyak 80 dinar di samping ayahku , sebagai amanat, dan ia berkata kepadanya(ayahku): "Jika engkau memerlukan wang ini maka gunakanlah".
Kebetulan terjadi kenaikan harga di mana-mana maka ayahku menggunakan wang tersebut. Akhirnya ketika pemilik wang itu datang untuk mendapatkan wang simpanannya semula maka ayahku meminta dia datang pada keesokan harinya.Malam itu ayahku pergi ke masjid, duduk dan berdoa kepada makam dan mimbar Rasul. Ia terus dalam keadaan istighasah(memohon pertolongan) sampai hampir subuh. Ketika itu , dalam kegelapan masjid, muncul seseorang dan berkata: "Ambil lah ini, wahai Abu Muhammad,seraya memeberiken kepadanya sebuah kantung yang berisi 80 dinar.

Peristiwa kedua:Abu Bakar Ibn al Muqirri berkata: "Saya dan Thabrani serta Abu Syeikh merasa sangat lapar.Ketika kami berada disamping makam Nabi s.a.w. Pada malam itu , di sisi makam rasul s.a.w. aku berkata: "Wahai Rasulullah , kami lapar". Tidak lama kemudian , terdengar ketukan di pintu masjid dan masuklah seorang lelaki dari golongan Alawi bersama dua orang pemuda.Setiap orang dari mereka membawa kerajang yang penuh dengan makanan. Setelah kami selesai makan , orang Alawi itu berkata : "Aku melihat Rasulullah s.a.w. dalam mimpiku dan beliau memerintahkan aku membawakan makanan untuk kamu semua".

Peristiwa Ketiga:Ibn Jallad berkata:Aku memasuki kota Madinah dalam keadaan sangat miskin dan kekurangan. Lalu aku datang ke maqam Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah , aku ini tetamu mu, kemudian aku tidur. Dalam tidur itu aku mimpi melihat Rasulullah memberikan sepotong roti kepadaku.

Peristiwa Keempat:Berkata As Sayyid Ja’far bin Hassan Al Barzanji Al Madani dalam kitabnya “Jaliah Al Karbi Biashabi Sayedil ‘Ajam Wal ‘Arabi yang disebut juga oleh Al Hamawi dalam kitabnya Nataiju Al Irtihal Was Safari Fil Akhbar Al Qarni Al Hadi Al Asyar dalam perkara terjemah Al Jami’ Bainas Syariah Wal Haqiqah As Syeikh Ahmad bin Muhammad Ad Dimayati yang mahsyur dengan panggilan Ibnu Abdul Dhani Al Banna yang mati di Madinah Munawwarah dalam bulan Muharram tahun 1116 hijrah katanya:“Dalam suatu musim haji , saya bersama-sama ibu saya telah menunaikan fardhu haji.Tahun itu adalah tahun kemarau.Bersama saya ialah dua ekor unta yang telah saya beli di Mesir.Dengan menaiki dua ekor binatang inilah kami menyempurnakan haji kami.
Setelah selesai menyempurnakan haji , kami ziarah pula Madinah tetapi kedua-dua ekor unta kami telah mati di sana, sedang kami tiada punya wang untuk membeli ganti atau pun menyewanya kepada orang lain(supaya kami dapat pulang semula ke Mesir).Benar-benar hal ini sudah tidak ada harapan lagi.Lalu saya pun pergi kepada guru kami Safyuddin Al Qasyasyi. Saya beritahu kepada beliau keadaan yang berlaku dan menambah :”Sesungguhnya saya berazam hendak duduk di Madinah ini hanyalah buat sementara waktu saja , kerana masih penat dalam perjalanan, sehinggalah Allah memudahkan saya (untuk pulang).

Safyuddin Al Qasyassyi mendiamkan diri , kemudian berkata kepada saya :”Awak pergilah ,masa ini juga , ke kuburan Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib , bapa saudara Saidina Muhammad s.a.w. Baca sedikit ayat Al Quraan dan terangkan keadaan diri awak dari awal hingga akhir sebagaimana telah awak ceritakan kepada saya ,dan awak berdiri di atas kubur yang mulia itu!”

Maka saya pun buat apa yang disuruh. Dengan bergegas saya pun pergi dan pada masa itu ialah pagi-pagi lagi.Saya baca sedikit ayat Al Qura’an dan saya terangkan keadaan diri saya seperti yang di suruh oleh guru kami.Dan(lepas itu) saya balik semula sebelum zohor. Saya masuk ke tempat suci ‘BabulRahmah’ saya berwudhu’ dan masuk ke dalam masjid. Rupa-rupanya ibu saya sudah sedia ada dalam masjid.

Beliau berkata kepada saya: “Di sana ada seorang lelaki bertanyakan tentang kau, pergilah kepadanya”. Saya bertanya kepada ibu saya: “Di mana dia?Ibu saya menjawab “Engkau tengok di sudut paling hujung masjid ini”.

Maka saya pun pergi , saya nampak seorang lelaki berjanggut putih. Tiba-tiba katanya pada saya: “Selamat datang wahai Syeikh Ahmad”. Saya cium tangannya dan kali ini ia bertanya: “Hendak balik Mesir kah ?” Saya menjawab : “wahai tuan !Dengan siapa kah boleh saya balik ?”Lalu katanya : “Mari ikut saya , saya akan tumpangkan awak kepada seseorang”.

Maka saya pun mengikutnya, sehinggalah kami sampai ke tempat yang bernama ‘Al Munakhah’ iaitu tempat jamaah haji Mesir tinggal di Madinah.Setelah memberi salam kepada pemilik khemah , lalu pemilik itu bangun sambil mencium tangannya dengan cara yang sangat hurmat, katanya kepada orang itu: “Tujuan saya supaya dapat tuan membawa Syeikh Ahmad dan ibunya menumpang bersama -sama tuan ke Mesir…” Kemudian ia menyambung lagi : “Berapa tuan kira ke atasnya ?”(upah atau tambang kerana membawa Syeikh Ahmad dan ibunya).Menjawab pemilik khemah : “Terpulanglah kepada tuan”.
Katanya : “Baiklah ,begini dan begini ….”Demikianlah apabila persetujuan di capai , lalu berkatalah ia kepada saya : “Bangun! Pergilah bawa ibu dan barang-barang awak!”.Saya pun bangun serta melakukan apa -apa yang disuruhnya, sedang ia masih duduk bersama pemilik khemah. Sebelum itu , oleh pemilik khemah, saya telah di syaratkan membayar baki sewa setelah sampai di Mesir kelak.

Semua itu di persetujui dan berikutnya , ia membaca surah Al Fatihah serta menasihatkan saya tentang kebajikan. Ia bangun dan saya mengikutnya. Setelah sampai di mesjid, ia berkata kepada saya : “Masuk awak dulu saya kemudian”.


Saya pun masuk dan menunggunya. Hingga selesai sembahyang ,saya belum melihatnya. Puas berulang-ulang saya mencarinya tetapi tidak berjumpa.Lalu saya balik semula kepada pemilik khemah bertanyakan tentang orang yang membawa saya tadi : “Siapa dia yang sebenarnya dan dimana tempat tinggalnya ?”.

Pemilik khemah memberitahu saya bahawa ia sendiri tidak mengetahui dan bahkan tidak pernah kenal sebelum ini.“akan tetapi” , pemilik khemah itu menyambung keterangannya kemudian: “ketika ia masuk, satu macam perasaan gerun dan takut muncul dalam diri saya , yang belum pernah berlaku seumpama itu dalam umur saya”.

Maka kemudian , saya ulangi lagi mencarinya tetapi tetap tidak berhasil. Lalu pergilah saya kepada guru saya tadi, As Syeikh Safyuddin Ahmad Al Qasyasya. Saya terangkan kepada beliau segala kejadian ini. Katanya mengulas : “Ini ialah ruh Saidina Hamzah r.a. yang menjelma kepada mu”.


Sudut Keempat : Adakah minta tolong pada ruh simati yang sholeh itu boleh menyebabkan seseorang itu menjadi musyrik(melakukan syirik terhadap Allah Ta¡¦ala) ?Jawabnya :TIDAK. Kerana pada kita dalam mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah berpendapat bahawa segala permintaan kita (doa) kita adalah ditujukan secara haqiqatnya kepada Allah Ta'ala dan yang dapat memunafaatkan sesuatu atau memudharatkan sesuatu hanya Allah tidak pada yang lainnya samada makhluk hidup mahu pun makhluk mati(atau ruh), tidak ada bezanya yang beza cuma secara fizikali saja pada haqiqatnya tetap sama .

Misalnya:Kita minta tolong dengan orang yang hidup supaya memenuhi hajat kita tentu tidak syirik kerana walaupun pada lahirnya nampak seseorang yang menolong kita tetapi pada haqiqatnya Allah Lah yang memenuhi hajat kita. Cuma orang itu sebagai wasitah(perantara saja) bagi memenuhi hajat kita itu.Begitu jugalah kalau kita bertawasul atau minta tolong pada ruh orang sholeh supaya di doakan kita atau memohon berkat darinya kita tetap beri'tiqad bahawa ruh si mati itu tiada dapat memberi bekas terhadap hajat atau doa kita dan yang memberi bekas hanya Allah Ta'ala.Cuma ruh-ruh orang sholeh ini menjadi wasitah(perantara) sebab doa atau hajat kita di maqbul oleh Allah Ta'ala.

Dalam hal ini Mufti Sayyid Zaini Dahlan Mufti Mekah bermazhab Syafie (pada masa dulu) berkata: "..Dalam soal tawasul ini antara nabi dan nabi-nabi lain , rasul-rasul , wali-wali dan orang sholeh , tidak ada perbezaan hidup atau mati kerana mereka tidak mencipta sesuatu juga , mereka tidakberkuasa sama sekali , hanya berkat mereka di ambil kerana mereka kekasih Allah ; mencipta dan mengadakan hanya milik Allah , Tunggal dan tiada bersekutu.

Orang yang membezakan antara orang yang hidup dengan orang yang mati, maka orang itu mengi'tiqadkan bahawa orang hidup bias mencipta dan orang yang mati tidak bias lagi. Kita berkeyakinan dan beri'tiqad bahawa yang menjadikan tiap-tiap sesuatu adalah Allah dan Allah itu menjadi kita dan menjadikan pekerjaan kita¡¨.
Adapun ramai Ulama besar mengamalkan amalan tawasul di antaranya :
1. Syeikh Ahmad Khatib Minagkabau
2. Syeikh Sayid Bakfi Syata (pengarang kitab I'anatut Talibin)
3. At Tarabulusi (pengarang kitab Tauhid yang terkenal iaitu Husunul Hamidiyah)
4. Syeikh Abdul Aziz Al Hakim.
5. Syeikh Ibrahim Musa Parabek (pengarang kitab Hidayatus Sibyan)
6. Imam Ramli (pengarang kitab Nihayatul Muhtaj mazhab Syafie)
7. Syekhul Islam Ibrahim Al Baijuri (pengarang kitab Kifayatul Awam)
8. Abdur Rauf Al Manawi (pengarang kitab Faidhul Qadir Al Jamius Saghir)
9. Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al Fatani (pengarang kitab Aqidatul Najin)
10. Syeikh Nawawi Bentan
11. Imam Barzanji
12. dll.

Kalau ramai Ulama besar beramal mestilah ianya boleh dan sangat baik dilakukan dengan jalan yang betul. Tak akan pula Ulama-Ulama yang terkenal dan di akui ini akan mengajar atau mengamalkan sesuatu yang menyesatkan.Siapa nak pergi tempah ke neraka di jauhkan Allah Ta'ala.Tapi kalau masih ada puak yang tak percayakan Ulama itu saya angkat tangan..Tak guna berhujjah jika sumber istimbat hukum sudah menyeleweng!!

Ada pulak puak yang terkeliru berhujjah dengan katanya : "Mengapa kita perlu ikut ulama sedangkan ulama tidak ma'sum adalah lebih baik kita ikut Hadis nabi kerana hadis nabi itu sudah jelas(nyata) dan ma'sum dari melakukan kesilapan ?

¨Pandangan ini lagi mengelirukan kita ! Memanglah hadis itu ma'sum dan ulama tidak ma'sum tapi bukan kah setiap hadis nabi itu mesti di huraikan mengikut pandangan ulama? Dan tidakkah Allah Ta'ala menganjurkan supaya bertanya pada mereka yang tahu(ulama) jika kamu tidak tahu ?

Bahkan nabi sendiri bersabda : "Ulama itu adalah pewaris nabi-nabi¨.(Dirawikan oleh Abu Daud,At Tarmidzi dll dr Abid Darda). Tiba-tiba datang satu puak ni tak mahu pakai tafsiran ulama kalau begitu nak suruh kita tafsir hadis tu sendiri-sendiri alamat rosaklah agama. Bila agama di tafsir oleh orang jahil akan rosaklah ummat dan porak poranda lah dunia ni nanti. Sebab itulah ada satu puak tolak mazhab kerana alasan mereka bahawa mazhab itu ciptaan Ulama.Di zaman Rasulullah s.a.w. mana ada mazhab kata mereka.

Memanglah di zaman Rasulullah s.a.w. tidak ada mazhab bahkan tiada ilmu feqah(yg tersusun macam sekarang), Ilmu Tauhid,Ilmu Tasawuf,Ilmu tajwid,Ilmu Tafsir dan sebagainya kerana di zaman Rasulullah s.a.w. semuanya terangkum sekali. Apabila sahabat ada satu-satu masalah terus boleh tanya Rasulullah s.a.w. dan terus dapat jawapannya tapi sekarang sementalahan Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan kita sudah sekian lama bagaimana kita nak mengetahui satu-satu hukum jika kita berdepan dengan berbagai masalah yang serba canggih hari ini bukankah Ulama lah tempat rujuk kita ?

Bolehkah kalau kita jumpa satu-satu ayat Al Qur'an atau Al Hadis maka kita tafsir ikut akal kita sendiri tanpa merujuk (atau mengetahui) pada ilmu-ilmu alatnya seperti Bahasa Arab ,Asbabun Nuzulnya , Ilmu Mustalah Hadis , Usul Tafsir dan sebagainya ?

Sudah tentu tidak maka itu sebabnya kita di wajibkan bertaqlid(mengikuti) pada mana-mana pada salah satu mazhab feqah dalam Islam supaya selamat kita dari arus mentafsir Al Quraan dan Sunnah nabi s.a.w. ikut nafsu kita sendiri! Kadang kala situasi akan menjadi pelik jika ada orang berhujjah dengan bertanyakan apa hadis ini hadis shahih ke dhaif ? Al Maklumlah sekarang ni kebanyakkan orang sudah pandai menilai..

Cuma sayangnya bila kita tanya dia balik, berapa ribu hadis yang telah awak tahu dan hafal dalam menilai sesuatu hadis ? Disiplin macamanakah nak untuk mengetahui kategori satu-satu hadis itu ? Sudahkah anda pelajari ilmu alatnya ? Kalau semua persoalan tidak dapat di jawab maka kembali lah kepada Ulama - Ulama mazhab dan ulama-ulama muktabar yang berkepercayaan dari dulu dan sekarang. Kerana peranan mereka lah dengan menyusun ayat-ayat Al Qur'an dan Al hadis serta mengkaji sedalam-dalamnya berdasarkan ilmu-ilmu alat dan ilmiah serta sikap yang terlalu berhati-hati timbul lah di depan mata kita dengan mudah (bagi kita yang bertaraf awam) kitab-kitab Ilmu Tauhid, Kitab Ilmu Feqah, Kitab Ilmu Tasawuf Kitab Tafsir dan sebagainya.


Tetapi setengah dari sikap puak baru yang keliru kadangkala sampai dituduh ulama terdahulu tak belajar hadis atau cetek dalam ilmu mustalah hadis kerana banyak mengeluarkan hadis-hadis yang bertaraf dhaif dalam kitab mereka!(peristiwa ini memang benar-benar terjadi).Bila kita ukur dari segi ilmunya atau akhlaknya orang yang bercakap macam itu tadi air kaki Ulama terdahulu pun tak ada jika nak di bandingkan ilmu mereka , wara mereka , adab dan akhlaq serta tawadhu mereka bahkan sikap berhati-hatinya mereka terhadap satu-satu hukum yang nak di keluarkan kerana terlebih takut mereka itu akan Allah Ta'ala. Inilah sikap Ulama terdahulu seperti Imam-imam mazhab,Imam Ghazali r.h .Imam Mahiyuddin Abdul Qadir Al Jilani , kedua-dua Ibnu Hajar,Imam Sayuti, Imam Abu hassan Asy'ari, Imam Abu Mansur Al Maturidi , Syeikh Daud Al Fatani dan banyak lagi yang se aliran dengan mereka yang tergolong dalam mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


Apa yang di takuti ialah kita menjadi puak modenis secara disedari atau pun tidak yang menjadi penilai hadis ikut acuan mentaliti musuh-musuh Islam sepertimana yang di ulas oleh Wan Muhammad Ali dalam bukunya Islam dan Fitnah Modenisasi m/s 92 (terbitan Pustaka Syuhada cetakan tahun 2000)dengan katanya : "Sebahgian kaum modenis menerima hadis , di samping Quraan untuk menjadi panduan hidup mereka. Tetapi mereka memilih -milih di antara hadis itu : mana yang bercanggah dengan cara hidup mereka atau kecenderungan-kecenderungan mereka, menyelewengkan maksudnya atau mereka pejamkan mata terhadapnya atau mereka tolak saja mentah-mentah sebagai hadis maudhu' ataupun sekurang-kurangnya dhaif.


Di antara hadis-hadis yang paling tidak disukai oleh kaum modenis umumnya ialah hadis-hadis yang menyatakan tentang kecelaan dunia , kecelaan hidup bermewah-mewah , keutamaan hidup miskin dan fakir dan larangan bertasyabuh iaitu menyerupai atau meniru-niru kaum kafir. Mereka menggolongkan hadis-hadis yang mereka tidak sukai itu sebagai maudhu atau sebagai dhaif bukan secara ilmiah dan dasar ikhlas tetapi atas dorongan hawa nafsu saja.

Ada pula kaum modenis yang membuat kajian terhadap hadis dan sunnah , mencuba menayangkan mentaliti moden mereka yang bersifat agnostic atau ragu-ragu terhadap Allah itu , ke atas para rawi tertentu membuat hadis atau membuat kebohongan , padahal para rawi itu telah di akui oleh para ahli hadis sebagai orang yang bersifat adil dan bertaqwa dan hidup dalam suasana sentiasa takut akan kemurkaan Allah.

Kemudian terdapat pula percubaan di kalangan kaum modenis terutamanya murid-murid orientalis , untuk menganalisa hadis dengan menggunakan kaedah-kaedah "higher Criticism" seperti yang telah disebutkan tadi. Mereka di pengaruhi antara lainnya oleh orientalis Yahudi Ignaz Goldziher dan Joseph Schacht dan orientalis Kristian seperti Sir Hamilton A.R. Gibb¡¨.


11 comments:

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

‘Sesungguhnya sebahagian dari ilmu itu seakan-akan seperti keadaan tertutup yang tidak diketahui selain oleh ahli yang mengenal (makrifat) akan Allah Taala. Apabila mereka mempercakapkannya maka tidak ada yang tak mengerti selain orang-orang yang telah tertipu, jauh dari Allah Taala. Dari itu janganlah kamu hinakan seorang yang berilmu yang dianugerahi oleh Allah Taala ilmu tersebut kerana Allah Taala sendiri tidak menghinakannya kerana telah menganugerahkan ilmu tadi’ (Ihya Ulumiddin Jld.1 hal.97-98)

....betul

sangtawal said...

Ramai orang sekarang suka berbincang masalah kulit sahaja…kerana memang kulit nampak hebat dari luar tapi isinya bagaimana???…

ramai juga manusia yang terpedaya dengan serban,kopiah,jubah dan janggut yang berserabai….bila boleh baca ayat-ayat Al-quran sikit-sikit,ramai yang kagum dan terbeliak biji mata…senang saja dapat gelaran ustaz atau pak sheikh…ramai juga orang yang suka membicarakan soal hati dan qalbu ,soal ketuhanan, soal manisnya iman dan enaknya buah hakikat dan makrifat sedangkan dia sendiri belum mengecap sendiri bagaimana lazatnya hakikat setelah menempuh jalan syariat,tareqat,hakikat dan makrifat.

Inilah penyebab utama kenapa semakin hari umat islam makin lemah..Umat islam semakin ditindas dimana mana,orang orang berilmu agama peringkat PHD inilah yang banyak merosakkan agama,ambil agama separuh separuh bila menceburkan diri dalam kancah politik…malah ada yang dulunya mencanangkan manifesto ingin menjadikan islam sebagai addin iaitu cara hidup..selepas itu ditukar kepada…membangun bersama islam mengikut selera mereka…selepas itu ditukar lagi kepada negara berkebajikan….dan sekarang ini berpakat dengan kafir DAP ,dimana dulunya pernah mengharamkan pakatan UMNO-MCA-MIC dalam BN.

Kini mereka kata boleh berpakat dengan sesiapa saja hatta syaitan pun boleh dijadikan kawan untuk menegakkan ketuanan rakyat yang kononnya lebih afdal ,lebih adil dan saksama.Mungkin pada waktu itu ulama politik yang ditaksubi ramai ini terlupa firman Allah dalam surah An-Nisaa ayat 119 bermaksud “ Dan barang siapa yang mengambil syaitan sebagai wali(pelindung) mereka selain Allah,maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata”.Ulama politik juga lupa akan firman Allah ,iaitu ketika nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dalam surah Maryam ayat 45 yang bermaksud “Wahai bapaku,sesungguhnya aku khuatir bahawa kamu akan ditimpa azab dari Tuhan Yang maha Pemurah ,bila kamu menjadi wali(rakan) syaitan”.

Politik matlamat menghalalkan cara semakin rakus dipraktikkan baik oleh jentera umno ,pas dan pkr sendiri tidak boleh dinafikan lagi.Kini…rasuah dimana-mana,usaha penternakan babi disokong,wakil rakyat wanita boleh berceramah dimana-mana biarpun sebelum ini wanita tidak dibenarkan untuk bertanding musabaqah al-qur-an,kononnya suara wanita itu aurat…tapi dalam bab politik dibolehkan pula…bertanding pilihanraya juga dibenarkan...orang bukan islam pun boleh membaca ayat ayat al-qur-an…malah ulama politik menghantar surat sokongan pula..kononnya sokong atas usaha dakwah islamiah…kini bertelanjang dalam rumah juga dibolehkan kerana itu hak peribadi…sembahyang dua imam,sembelihan orang yang berlainan parti tidak sah…kafir mengkafir adalah bahasa indah disetiap ceramah politik perdana...dan banyak lagi…

takkan benda-benda macam ni pun tak boleh fikir…nak harapkan jadi wali dahulu baru boleh fikir,nampak hakikat kebenarannya???

sekarang ni…ulama juga berjudi dengan meletakkan deposit untuk bertanding dalam pilihanraya…jadi, letak deposit….kalau kalah …deposit hangus itu apa hukumnya???...kalau menang dapat jadi YB..dapat gaji bulan bulan hasil dari kemenangan dalam pilihanraya atau perjudian terhormat…makan duit dari hasil gaji tu apa hukumnya???...

sejarah realitinya…dalam politik nabi dan sahabat dulu…ada ke deposit ???...yang paling tidak boleh diterima akal ialah yang sanggup memberi rasuah Syurga buat pengundi yang memilih parti politik mereka sedangkan mereka sendiri pun belum tentu lagi boleh masuk kesana.Sesungguhnya pada hakikat atau realitinya,yang lebih jahat yang perlu diperangi habis habisan ialah orang agama yang merosakkan agama berbanding dengan orang jahil yang merosakkan agama…juga adalah benar…..

MISSION NOT ACCOMPLISH said...

Ramai yang sembang pasal kehebatan kereta BMW. Tp kesian, ramai yg x mampu merasakan kehebatan BMW. Begitu juga tentang tasawuf, ramai yang bercakap mengenainya, namun tak mampu merasakan intipati dalam Tariqat.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

sebabnya mereka xde kereta BMW...

Sangtawal Sakranta said...

kalau anda dah beli,dah naik atau dah memiliki BMW....baguslah..
kenalah bagitau orang-orang kampung yang miskin dan jahil macam saya ni pasal kereta BMW...boleh la saya timba ilmu pasal kereta BMW sama,atau boleh la saya tumpang naik sama....saya ni tak pernah naik kereta mahal-mahal...kempunan la pulak...

Aku hairan kenapa manusia bila kita ingin belajar sesuatu yang baik...maka...gambaran negatif lebih cepat timbul...lagi teruk bila kita memperlekehkan seseorang...akan nampaklah kebodohan kita juga...pernahkah kita baca kisah seorang pelacur yang boleh memasuki syurga hanya dengan memberi minum seekor anjing yang kehausan???...

kalau kita tak tahu kena belajar...
kalau kita miskin kena usaha cari duit...biar jadi kaya...sekurang kurangnya boleh beli kereta BMW...dengan blog kita pun kita boleh buat duit sekarang ni kan...jual ubat la..jual kopi la...macam macam sekarang ni..

soal merasa intipati tasawuf bukan untuk diwar-warkan kepada orang ramai...kerana akan hilang pula ikhlasnya...

dan kepada sesiapa yang tak puas hati lagi saya buka pintu perbincangan ilmu ini seluas-luasnya dalam blog ini...silakan...
jangan jadi pondan atau sekadar tukang menyampuk saja...tunjukkan kehebatan anda...biar orang lain pun boleh tumpang belajar ilmu anda...tapi ingat...misi kita perlu disempurnakan dan akhbar kita perlu boleh difahami oleh orang melayu...terutamanya orang kampung...

wassalam.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

...sabar bang. selalunya dalam komen blog banyak kes salah faham.

Sangtawal Sakranta said...

salam TMP...

he he he...maaf...
acah acah je...

wassalam.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

heh heh..tapi memang betul sebab kekadang kita baca text ikut mood kita...

tu yang x pasal kena sembur tu...:-)

abuuwais said...

salam
betul tu TMP
lain kali jgn serbu tembok tak pakai helmet...
buruk padahnya...yg benar tetap benar yg salah tetap salah itulah indahnya ISLAM!!!
Takbirrr!!!

#ana budak baru belajar dalam blog sangtawal nie...tu yg lambat send komen tu...jgn marah k.

Sangtawal Sakranta said...

Salam abuuwais,
Terima kasih atas komen,
saya dan TMP tak ada apa-apa sebenarnya... TMP bergurau je tu, komen mengomen, biasalah tu... adat ber blog!
walaupun cara kami sedikit berbeza, namun matlamat kami sama saja :)

saudara cuba-cubalah jenguk blog dia- TMP , banyak artikel menarik dan membuka minda di sana.saya pun ada ambil dan copy-paste kan dalam blog ni.


Harap Herman TMP tak marah :D

wassalam.

Anonymous said...

:-)

TMP