Tuesday, June 30, 2009

Hidupkan Jiwa Tasawuf: Bhg 8 : M-Theory Vs Teori M(Makrifat) Sufi.



Tajuk : Hidupkan Jiwa Tasawuf :Bhg 8 : M-Theory Vs Teori M(Makrifat) Sufi

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Manusia yang mengaku dirinya hebat dan mempunyai akal yang bijak,yang tidak mahu menerima kehebatan Allah SWT sebagai Yang Maha Pencipta seluruh alam ini telah sekian lama mengkaji dan menyelami ilmu berpandukan akal mereka yang terbatas.

Mereka mengkaji kejadian alam ini dan merumuskan beribu-ribu teori sains dengan mengaplikasikan ilmu matematik dan fizik demi untuk membuktikan kepada dunia yang alam semesta ini terwujud dengan sendirinya dan berjalan mengikut sifat semulajadi masing-masing.

Lebih teruk dan bodoh dari itu ,mereka menggunakan logik akal untuk mengatakan Tuhan tidak wujud atau “God is Zero” seperti berikut : [ sila lihat youtube ini hingga ke minit yang ke 3.50 sahaja!]..merekalah sebenarnya yang paradox…atau mungkin merekalah sebenarnya yang paranoid dan memerlukan antipsychotic atau antidepressant….








Namun semakin hari mereka sebenarnya semakin buntu untuk menemui kebenaran! Teori yang paling hebat dizaman mereka akan di-tong-sampahkan oleh generasi yang menggantikan mereka!Semakin mereka mencari jalan untuk tidak mengakui kewujudan Tuhan semakin dekat mereka denganNya Yang Maha mengetahui!

Para ilmuan kini mulai percaya bahawa adanya alam ghaib dan berkeyakinan bahawa manusia sudah memahami sehingga ke dimensi yang ke-11,malah mereka mula tertanya-tanya apakah atau siapakah yang mendiami dimensi ke-11 itu…..









Artikel-artikel menarik dibawah saya ambil dari blog Mistisfile ,M.O menceritakan dengan menarik sekali bagaimana manusia mengkaji kejadian alam semesta ini sehingga lahirnya berbagai teori sains berkaitan dengan jisim dan dimensi.Sila baca semula apa yang ditulis oleh M.O dalam blognya seperti berikut :


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Artikel Pilihan 1:


Tajuk : Asal usul matrix : Klik Sini



“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Robb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”

(QS. Ali Imran: 190-191)

Bentuk atom,molekul atau apa jua zarah yang kita belajar di sekolah dahulu sudah tentu digambarkan berbentuk bulat.Model atom yang popular,dan ya...sudah tentu di kalangan anda yang mengambil jurusan sains masih ingat bagaimana anda melukis bulatan yang di dalamnya adalah nukleus;terdiri dari neutron dan proton.Kemudian anda perlahan-lahan melukiskan orbit-orbit dan ada bulatan-bulatan kecil mewakili elektron.Itulah dia model atom yang dipopularkan oleh Neil Bohr,ahli Fizik Denmark yang pernah menang Hadiah Nobel.Model atom standard ini telah digunakan dalam Teori Kuantum dan Pemalar Planck.Semenjak itu orang dapat membayangkan bagaimana dunia ini terbentuk.Tetapi model ini tidak dapat menjawab banyak persoalan Fizik dewasa ini.Dan sudah pasti di dalam masalah Fizik yang lebih besar seperti masalah Lohong Hitam dan keruntuhan bintang,model ini akan dibakul sampahkan serta-merta tanpa prejudis!Model Kuantum dan segala persamaan Matematik-Fizik tidak dapat bernafas dengan baik di dalam Lohong Hitam!

Mungkin ini masanya String Theory menunjukkan aksinya!

String Theory dan Rahsia Dunia Yang Fana


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan"

(AlBaqarah ayat 164)


Orang yang menemukan teori ini berpendapat masalah yang terjadi disebabkan kita salah memandang bentuk zarah.Jadi masalah Fizik yang dihadapi adalah pada 'bentuk'.Mereka menjelaskan bahawa zarah-zarah yang membentuk alam semesta ini bukanlah berbentuk bulat,tetapi berbentuk tali-temali atau istilahnya 'string'.

String berukuran sangat kecil, iaitu berjuta-juta kali lebih kecil dari quark. Untuk membayangkan ukuran string yang sangat kecil ini, bayangkanlah bila sebuah atom adalah sistem solar kita, maka sebuah string berukuran sehelai rumput di bumi. String yang amat kecil ini dianggap hanya memiliki panjang saja (1 Dimensi ruang) bergetar dan variasi getarannya itulah yang menghasilkan apa yang kita lihat sebagai partikel-partikel. Para pengusung teori string ini mengatakan bahawa string adalah satu-satunya bahan asas pembentuk ruang dan waktu. Yang kita lihat sebagai beraneka ragam partikel itu sebenarnya adalah hasil variasi getar string-string yang sama.Maksudnya seperti partikel foton yang membentuk cahaya dan udara berbeza kerana frekuensi getaran string yang berbeza.

LIHAT,PERBEZAAN FREKUENSI SAHAJA AKAN MENGUBAH RUPA PARTIKEL.Contohnya bunyi dapat didengar oleh kita tapi foton tidak,tapi kita dapat melihatnya (cahaya).Graviton pula kita tidak dapat melihat atau mendengarnya tapi kita dapat melihat kesan yang ditimbulkannya (graviti).

JADI TIDAK HAIRANLAH JIN DAN SYAITAN,KITA TIDAK DAPAT MELIHAT MEREKA.Tidak ada kepelikan dengan sifat 'ghaib' mereka kini,jika kita dapat berfikir secara saintifik kewujudan mereka.

Ingat masalah Teori Kuantum yang tidak menerima daya graviti?Dunia Kuantum tidak dapat menghitung daya graviti yang seolah-olah lesap dalam suasana atom,proton,neutron,quark dan bozon.Tetapi dengan menerima idea String Theeory ini maka perhitungan atau persamaan matematiknya menjadi berubah sama sekali.Dunia Kuantum yang tadinya mengabaikan daya graviti sekarang dapat menerima daya graviti tersebut sebagai sebahagian dari persamaan matematiknya,atau dengan kata lain boleh dikatakan telah ditemui daya graviti di alam kuantum. Teori Relativiti dan Teori Kuantum berjaya disatukan.Setakat ini,Teori String adalah teori terhebat yang memimpin kepada Theory of Everything;Teori Segalanya.

Bagaimana String Theory muncul? Pada tahun 1968,seorang ahli Fizik muda berbangsa Itali, Gabriele Veneziano,(kini bekerja di CERN) telah mempelajari persamaan matematik yang menjelaskan daya nuklear kuat. Beliau menemui persamaan ini membuka jalan pada penelitian daya tersembunyi di teras atom. Kemudian penelitian menimbulkan tarikan ilmuwan lainnya, Leonard Suskind dari Stanford University yang melihat bahawa persamaan tersebut menunjukkan sesuatu yang tersembunyi, sebuah partikel yang memiliki struktur dalaman yang boleh melendut dan meregang. Partikel ini bukan berbentuk titik atau bola, namun berbentuk string yang secara alami bergerak lentur.

Pada tahun 1973, seorang ahli Fizik sedang melanjutkan pemerhatian terhadap masalah string ini.Beliau ialah John H. Schwarz dari California Institute of Technology, mengemukakan bahawa jika string ini benar, maka string akan mampu menjelaskan banyak misteri alam ini. Schwarz berhasil menarik perhatian para ilmuwan dunia dan orang mulai banyak bergabung mendalami teori radikal ini.

Namun teori string mengalami halangan besar,iaitu terdapat beberapa keanehan pada perhitungan atau persamaan matematiknya. Pertama, teori string melibatkan sebuah partikel berjisim kosong dan partikel tachyon, iaitu partikel yang bergerak lebih cepat dari kecepatan cahaya. Telah disentuh sebelumnya bahawa Teori Relativiti tidak membenarkan adanya objek yang bergerak melebihi kecepatan cahaya. Teori string hampir-hampir tumbang.

Michael B. Green dari Cambridge University bergabung dengan Schwarz untuk mengkaji persamaan matematik Teori String ini lebih dalam. Pada tahun 1984 ,mereka berhasil meniadakan keanehan tersebut. Mereka menemukan bahawa partikel aneh yang menjadi halangan teori ini sebenarnya adalah “graviton” iaitu partikel untuk daya graviti.

Peristiwa yang sangat bersejarah ini dicatat sebagai salah satu yang menggemparkan dunia. Schwarz dan Green menemukan daya graviti dalam persamaan mereka. Mereka berjaya menghilangkan 'anomalies' itu sekaligus mengukuhkan String Theory.

Selepas itu semakin ramai yang mengikuti String Theory ini sehinggalah mereka menemui masalah lain di mana String Theory ini melibatkan dimensi tambahan.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini bahawa kita hidup di alam dengan 3 dimensi-ruang iaitu panjang, lebar, dan tinggi ditambah 1 dimensi waktu menjadikan jumlahnya 4 dimensi ruang-waktu. Namun string harus bergerak di lebih dari 3 dimensi ruang itu. String harus bergerak di 9 dimensi ruang! Sehingga menurut teori string, alam yang kita tinggal ini sebenarnya memiliki 10 dimensi ruang waktu.

Lalu dimana dimensi-dimensi ruang lainnya? Mengapa kita tidak mampu melihat atau merasakannya? Sekali lagi Kaluza dan Klein mencadangkan bahwa 6 dimensi ruang ini berukuran sangat kecil sehingga tidak mampu diperhati.

Namun kemudian orang mulai menerima kehadiran dimensi tambahan ini karena memang seharusnya ada dimensi tambahan di alam ini bagi string untuk wujud. Kemudian mereka mendapati terdapat 5 teori string kesemuanya!Ini merupakan masalah besar. Bagaimana sebuah teori segala hal hadir dalam 5 versi? Setiap teori sama-sama benar namun memiliki perbezaan asas pada persamaan matematiknya.



M-Theory

Kemudian pada tahun 1995, pada konvensyen Fizik sedunia, seorang ahli Fizik yang kemudiannya menjadi sangat terkenal, iaitu Edward Witten, dari Institute for Advance Study, menerbitkan kertas kerjanya. Edward Witten digelar sebagai orang tercerdas di planet bumi ini dan mendapat panggilan “the true successor of Einstein”, beliau berhasil menggabungkan kelima teori string menjadi sebuah teori tunggal iaitu M-Theory.

Witten mengemukakan bahawa kelima teori string itu sebenarnya hanyalah ragam cara melihat suatu perkara yang sama. Kita bagaikan berada dalam ruangan gelap gelita dan saling meraba seekor gajah yang sama di depan kita. Sebahagiannya meraba kepalanya, sebahagian meraba kakinya, yang lainnya meraba belalainya dan ada yang meraba badannya, begitulah Edward Witten memberikan penerangan di dalam ruangan, barulah orang menyedari bahawa sebenarnya mereka semua meraba seekor gajah yang sama!

Penerangan yang dibawa oleh Witten dalam M-Theory nya ini adalah dengan menghadirkan sebuah dimensi ruang tambahan ke dalam perkiraan matematik teori string. Seluruh persamaan menjadi serasi dan semuanya menjadi masuk akal. Kini alam kita diyakini oleh string/M-theory memiliki 10 dimensi ruang menjadikan kesemuanya 11 dimensi ruang-waktu.

Apakah maksud 'M' dalam M-Theory itu?Edward Witten merahsiakannya.Anda tentu tahu jawapannya.


Apakah yang dibawa oleh M-Theory?


"Hijab Allah adalah Nur,yang apabila dibuka nescaya dapat membakar apa saja yang diperlihatkannya..."

(Hadis Qudsi dipetik dari Kitab Hikam)



M-Theory menjelaskan:

-String berbentuk tali teramat kecil yang memiliki panjang sahaja (1 dimensi) dengan kedua hujungnya terbuka (open loop).

-Terdapat string yang merata sehingga memiliki panjang dan lebar (2-dimensi), membentuk membrane (disingkat, “brane”) atau sebuah lembaran amat tipis. Kita sebut ini sebagai 2-brane. Sedangkan string 1 dimensi disebut dengan 1-brane.

-Kedua ujung string 1-brane harus melekat / bertumpu pada 2-brane.

Suatu perbezaan ketara dari M-Theory ialah dimensi tambahan yang dikatakan itu bukanlah teramat kecil malah,M-Theory memberi gambaran pada kemungkinan yang berlawanan, iaitu dimensi-ruang tambahan itu berukuran sangat besar. Kita mungkin hidup di alam semesta 3 dimensi-ruang yang berada di dalam sebuah dimensi-ruang yang lebih besar lagi,bahawa alam semesta kita berupa membrane 3 dimensi ruang atau 3-brane, dan alam 3-brane kita berada di dalam alam berdimensi lebih tinggi iaitu alam 4 dimensi-ruang atau 4-brane.

Agar lebih mudah difahami konsep membrane ini, bayangkanlah bahawa kaca televisyen anda adalah sebuah dunia dua dimensi. Semua karakter di dalam televisyen hidup di alam dengan 2 dimensi-ruang saja (hanya memiliki dimensi panjang dan lebar) mereka tidak memiliki dimensi ruang ke-tiga. Mereka tidak tahu dan tidak menyedarinya. Jarak antara mata anda ke kaca televisyen adalah sebuah dimensi-ruang ketiga yang tidak dimiliki alam dalam televisyen itu,atau boleh kita katakan bahawa untuk menemukan dimensi tambahan, maka makhluk yang hidup di dimensi kaca televisyen harus keluar dari kaca televisyen tersebut.

Sampai tahap ini apakah anda sudah dapat membayangkannya? Sekarang cuba bayangkan alam semesta kita adalah kaca televisyen tersebut. Televisyen dengan 3 dimensi ruang. Maka jarak antara pemerhati lain di luar televisyen ke kaca televisyen itu adalah dimensi ruang keempat yang tidak dimiliki oleh alam kita. Alam di luar alam kita adalah sebuah alam semesta yang memiliki 4 dimensi-ruang.Sekarang bayangkan bila alam semesta dengan 4 dimensi-ruang itu adalah sebuah kaca televisyen. Maka jarak antara pemerhati lain di luar televisyen ke kaca televisyen itu adalah dimensi ruang kelima yang tidak dimiliki oleh alam 4 dimensi-ruang.

Demikian seterusnya.

Alam semesta kita yaitu 3-brane berada di membrane yang lebih tinggi; 4 brane,atau dengan kata lain alam 3-brane kita dibungkus oleh alam 4-brane. M-Theory mengatakan bahawa alam 3-brane kita memiliki kemungkinan wujud berdampingan dengan alam 3-brane lainnya (parallel universe). Ada berapa banyak parallel universe? Tidak ada yang tahu.Infiniti.

Lalu dimana dimensi 5, 6, 7, 8, 9, dan 10?

Mari kita lanjutkan lagi membayangkannya. Bila alam 3-brane dibungkus alam 4-brane, maka:
Alam 3-brane dibungkus oleh alam 4-brane (lapis 1)
Alam 4-brane dibungkus oleh alam 5-brane (lapis 2)
Alam 5-brane dibungkus oleh alam 6-brane (lapis 3)
Alam 6-brane dibungkus oleh alam 7-brane (lapis 4)
Alam 7-brane dibungkus oleh alam 8-brane (lapis 5)
Alam 8-brane dibungkus oleh alam 9-brane (lapis 6)
Alam 9-brane dibungkus oleh alam 10-brane (lapis 7)


"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?"

(Nuh ayat 15)

"dan Kami bina di atas kamu tujuh buah (langit) yang kokoh,"

(An Naba' ayat 12)



Jadi alam semesta kita dibungkus oleh alam lainnya yang berdimensi-ruang lebih tinggi. Dan di setiap membrane (Matrix yang membungkus) terdapat 'parallel universe'.Matrix di dalam Matrix.

Dimensi masa pula dimiliki oleh semua alam-alam ini.


Rahsia Alam Ghaib


"JIka hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya: Aku dekat."

(Hadis Qudsi)


Mari kita ulangkaji kembali berkenaan M-Theory.Di dalam penjelasan di atas kita tahu bahawa alam semesta ini dibentuk oleh bahan asas yang disebut string.String ini terdiri dari dua jenis;string tertutup (close loop) dan string terbuka (open loop).

String terbuka tidak boleh tidak pasti akan tertambat pada membran.MEMBRAN MEWAKILI ALAM KITA;ALAM FIZIKAL KITA.Alam yang kita tahu,dirasa,disentuh,dilihat,didengar dan dibau.String yang tertambat mewakili sifat-sifat alam fizikal kita.Tidak kira,adakah ia berupa daya atau tenaga.Contohnya daya elektromagnet dan tenaga haba.Ini adalah contoh string terbuka.Ia tertambat pada membran jadi ia dapat dikesan di alam 3 dimensi ruang kita.

Tetapi ada entiti lain yang tidak tertambat pada membran.

Ia adalah entiti string tertutup.Apabila string tertutup,bayangkan satu gelang getah.Ia tidak mempunyai hujung-hujung yang dapat ditancap pada membran,jadi ia akan bebas melayang-layang malah boleh hinggap antara membran-membran lain (parallel universe).JADI ENTITI JENIS INI ADALAH GHAIB DARI PENGETAHUAN DERIA KITA.Apakah contoh entiti string tertutup?

Salah satunya Graviton dan hanya inilah entiti yang dapat diketahui oleh dunia Fizik setakat ini.Dengan sifat graviton yang bebas itu maka daya graviti sesungguhnya sangat kuat, bahkan mungkin sama kuatnya dengan daya electromagnetik. Ia nampak lemah kerana sebahagian kekuatan daya graviti mampu menyeberang ke brane lainnya dengan bebas.

Graviton adalah satu-satunya partikel setakat ini yang diyakini bebas bergerak menyeberang ke membrane lainnya.Daya lainnya tidak mampu meninggalkan suatu membrane. Sehingga tidak mungkin kita dapat melihat alam brane lain atau parallel universe kerana cahaya tidak dapat keluar dari membrane. Daya nuklear kuat, daya nuklear lemah, electromagnetik dan cahaya terperangkap di dalam sebuah membrane.SEBAB ITU KITA DAPAT MELIHAT CAHAYA,KERANA CAHAYA ADALAH STRING TERBUKA JADI IA TERTAMBAT PADA MEMBRAN.

Graviton bukanlah kepunyaan dunia 3 dimensi kita.Malah graviton dapat muncul pada dimensi yang lain.Bagaimana graviton membuatkan sesuatu itu lenyap dari dimensi kita?Atau soalan yang lebih liar lagi BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN DAPAT LENYAP DARI PANDANGAN KITA?Kita akan mengkaji sifat-sifat Lohong Hitam untuk merungkai masalah ini.Kemudian kita akan tahu di mana jin dan syaitan bersembunyi selama ini.


……………………………………………………………………………………….....................................



Artikel Pilihan 2 :


Tajuk : Matrix 08
atau klik sini


Apakah sebenarnya dunia yang kita tinggal ini?Adakah ada makhluk lain di planet lain?Adakah terdapat makhluk yang dapat berfikir di galaksi lain?Mengapa kita tidak dapat melihat Jin dan Syaitan?

Ini adalah Matrix08 di bawah tajuk "Ruang-ruang Tersembunyi"

Penjelasan di bawah mengandungi satu rahsia besar.Jika anda keliru dengannya anda dinasihatkan kembali kepada pemahaman paling asas dalam Islam.Jika tidak,anda mungkin akan menambah saf jemaah ajaran sesat yang lain.

Ruang-ruang Tersembunyi

Pada perbincangan yang lepas kita telah didedahkan dengan model Fizik String.Para saintis setakat ini mengatakan bahan asas yang membentuk alam semesta ini adalah berbentuk string (tali temali) yang bergetar setiap saat.Variasi getaran string inilah yang membentuk entiti-entiti berbeza.Contohnya,perbezaan frekuensi foton (partikel cahaya) menghasilkan warna-warna yang berbeza.Ini dinamakan frekuensi spektrum.Misalnya untuk menghasilkan warna merah,partikel haruslah bergetar sebanyak 400–484 THz pada panjang gelombang 620–750 nm.Untuk warna ungu pula,frekuensinya ialah 668–789 THz pada panjang gelombang 380–450 nm.Ini bermaksud partikel cahaya terpaksa bergetar lebih laju untuk menghasilkan warna ungu berbanding warna merah.

RAHSIANYA IALAH GETARAN.Perbezaan getaran menghasilkan 'benda' yang berbeza.Kita dapat merasa atau menyentuh objek-objek fizikal disebabkan getaran yang dihasilkan 'serasi' dengan julat getaran yang dibenarkan oleh deria kita.Maksudnya 'sensor' sentuhan kita diset untuk mengesan objek pada frekuensi tertentu.Objek diluar frekuensi ini tidak dapat dirasa oleh tangan kita.Dari objek sekeras batu hinggalah sehalus angin sepoi-sepoi bahasa,deria kita berfungsi sebagai 'sensor' yang kemudiannya akan menghantar maklumat frekuensi tadi kepada otak untuk ditafsirkan.JIka terdapat objek di luar julat frekuensi (getaran) maka deria tidak dapat mengesan kewujudannya sekaligus maklumat tidak dapat dihantar ke otak.Keras atau lembut hanya otak yang dapat menafsir.

Begitu juga cahaya,terdapat 'cahaya' yang tidak dapat dilihat oleh kita.'Cahaya' ini tidak dapat dikesan oleh mata kita disebabkan julat frekuensinya di luar kemampuan deria mata untuk mengesannya.Begitu juga deria bau.Tahukah anda,setiap emosi yang kita pancarkan dari dalam diri kita ini akan mengeluarkan sejenis bau?Tetapi hidung kita tidak dapat mengesannya.Contoh yang paling popular ialah anjing.Haiwan ini dapat mengesan bau yang dihasilkan oleh orang yang di dalam ketakutan.DAN INI MENERANGKAN MENGAPA ORANG YANG 'LEMAH SEMANGAT' KERAP DIGANGGU PARANORMAL.Istilah 'lemah semangat' ini sebenarnya ialah keadaan di mana mereka telah mengeluarkan bau yang tertentu sehingga 'menarik' perhatian entiti-entiti untuk mengerumuninya.

Boleh juga emosi mereka telah menghasilkan getaran-getaran tertentu sehingga dapat membuka portal yang mewujudkan entiti-entiti ini.Jika entiti-entiti ini dapat menghasilkan getaran yang sama dengan spektrum cahaya yang dapat dikesan oleh mata kita,maka kita akan dapat melihat entiti paranormal ini.Begitu kejadian histeria.Kejadian histeria kerap berlaku ke atas wanita kerana mereka secara umum tidak dapat mengawal emosi.Aura ketakutan (atau lebih tepat keseraman) yang tidak dapat dikawal akan menarik entiti paranormal untuk memasuki tubuh wanita terbabit. SEBENARNYA DI SEKELILING KITA TERDAPAT LAPISAN AURA TERTENTU.Aura orang yang berzikir mengingati Allah s.w.t sudah tentu berbeza dengan aura orang yang sedang menonggang botol arak berjenama Anchor misalnya.Entiti-entiti ini juga harus menimbangkan kehadiran aura di sekeliling tubuh manusia untuk menembusinya.Wanita yang tidak dapat mengawal emosi seram mereka akan menghasilkan 'lompang' yang dapat dimasuki oleh entiti ini.'Lompang' ini terhasil apabila getaran aura di sekeliling mereka telah menjadi lemah dan ini menghasilkan frekuensi yang tepat dengan deria entiti ini;maksudnya entiti paranormal ini merasakan tembok tebal tadi telah menjadi lembut umpama span dan mereka dapat merobek masuk untuk menghuni di dalam tubuh wanita terbabit.Sebab itu para wanita perlu belajar untuk menghindarkan diri mereka dari berada di dalam keadaan lemah atau 'kurang daya tahan melawan penyakit'.Mereka perlu imunisasi yang cukup sebagaimana umumnya dimiliki oleh lelaki.


Rahsia Getaran

Berbalik kepada perbincangan kita,setakat ini kita tahu bahawa GETARAN ADALAH RAHSIA PERBEZAAN BENTUK DAN SIFAT SEGALA BENDA-BENDA.Lain getaran maka lainlah objek dan sifatnya.Sedikit sahaja berubah kadar panjang gelombang sesuatu getaran,maka objek itu akan berubah menjadi objek lain.MAHA SUCI ALLAH YANG MENCIPTA BENDA-BENDA.Anda sudah nampak RAHSIA BESAR di sini?



OBJEK-OBJEK TERCIPTA HANYA DENGAN MENGUBAH FREKUENSINYA.

Atau dengan lebih tepat objek-objek ini wujud hasil dari perubahan getaran string.KOnsep ini sebenarnya adalah konsep paling universal di alam semesta ini. ASAS AKAN MEMBENTUK YANG KOMPLEKS.Tuhan menjadikan benda paling asas,dan dengan benda ini,Dia mencipta atau ,mengembangkannya ke benda-benda lain yang lebih kompleks.Apakah konsep yang sama digunakan manusia yang dapat dikaitkan dengan konsep paling universal ini?

Ia adalah KOMPUTER.Dari benda paling asas iaitu dua angka 0 dan 1 atau dua keadaan ON dan OFF,manusia boleh membuat KOMPUTER yang canggih secanggih kalkulator CASIO lama kepunyaan apek kedai sehinggalah Superkomputer Cray atau IBM BlueGene.Dari program BASIC untuk menulis nama anda sehinggalah pembinaan permainan komputer War Craft,asalnya hanyalah DUA KEADAAN iaitu ON dan OFF.Asas membentuk kompleks.Jika anda faham sejauh ini,maka rahsia dari KITAB TAMAN RAHSIA dan RAHSIA ORANG-ORANG SALIK telah terbuka untuk anda.

TETAPI INGAT!SESAT MENAFSIRKAN ILMU TASAWWUF MENGAKIBATKAN KESAN YANG DASYAT DAN NGERI!

JIka gagal menafsirkan maksud sufi,anda akan menjadi sesetengah pengikut-pengikut Hallaj atau pun Ibnu Arabi (dua nama ini adalah tokoh yang berkaitan dengan aliran sufi tertentu) yang sesat menyalahtafsirkan ajaran-ajaran mereka.Sampai satu tahap,mereka berkata solat,puasa,zakat dalan lain-lain adalah bidaah dan syirik.Arak dan zina adalah halal kerana pada pendapat mereka 'orang yang telah sampai kepada Tuhannya' adalah bebas daripada peraturan.INI ADALAH PEMBOHONGAN SEMATA-MATA.Padahal apa yang dimaksudkan oleh tokoh-tokoh Sufi ini amat berlainan dari apa yang mereka dakwa (sebenarnya mereka ingin benar memuaskan nafsu serakah sendiri dengan menjual nama aliran Sufi).Lihat Kekasih Allah,Muhammad s.a.w.Adakah makam mereka lebih tinggi dari makam para Rasul dan Nabi-nabi?Nabi Muhammad s.a.w melakukan solat,puasa,zakat,haji dan keluar berperang mempertahankan agama.Nabi tidak berzina atau minum arak.Nabi tetap bekerja mencari rezeki seperti manusia biasa lain walaupun baginda KEKASIH TUHAN!!SEbenarnya mereka tidak sampai ke mana,taraf makam wali pun tidak sampai malah mereka telah menempuh jalan yang sesat lagi menyesatkan.Mereka telah mencapai taraf wali syaitan dan nafsu sendiri.Apa sebenarnya di sebalik semua ini?

SEBENARNYA SELAGI KITA DI DALAM MATRIX DUNIA,KITA HENDAKLAH MENGIKUT PERATURANNYA YANG DITETAPKAN OLEH TUHAN.

Tiada kompromi.Walaupun anda ahli sufi bertahap Wali Allah peringkat RIJALUL GHAIB,dan dikelilingi wali-wali Kutub dan Abdal,anda masih berada di dalam Matrix ini,maka anda kena ikut peraturannya.Kena solat,puasa berzakat seperti manusia biasa.INGAT PENJELASAN INI.Jangan keliru dengan permainan syaitan.

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI SEBAHAGIAN DARI STATISTIK PENGIKUT AJARAN SESAT DI MALAYSIA.

JIka anda menyertai mana-mana Tarikat Sufi,ikut petunjuk ini: PERHATIKAN ADAKAH JALAN MEREKA SESUAI DENGAN AKHLAK RASULULLAH?Jika tidak,segera tinggalkan.Firman Allah s.w.t:

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik (uswatunhasanah) bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah"

(Al-Ahzab ayat 21)

Rasullullah s.a.w adalah model yang terbaik.Paling terbaik dari segala macam bentuk aliran Tarikat yang ada apatah lagi jika hendak membincangkan perihal ajaran sesat.Ini adalah caranya untuk menapis segala ajaran sesat yang teramat bodoh lagi membodohkan umat Islam.

Berbalik kepada rahsia tadi,kami akan membukanya perlahan-lahan.Allah s.w.t menjadikan alam ini dari satu bahan asas.Bahan inilah yang menjadi pencarian para saintis zaman berzaman.Dari bahan asas ini,Allah s.w.t telah mengembangkannya ke pelbagai ciptaan;pelbagai makhluk.Syaitan misalnya diperbuat dari api


"Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas"

(AlHijr ayat 27)

dan unsur api ini dihasilkan dari getaran string tertentu.Malaikat dari unsur cahaya dan ini juga ada kadar getarannya untuk menghasilkan malaikat tadi.Manusia diperbuat dari unsur tanah (mewakili alam fizikal yang dapat dirasa oleh deria sebagai 'sensor') maka string perlu diset pada kadar frekuensi tertentu untuk mewujudkan alam manusia.

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aisyah ra :

"Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)" [Riwayat Muslim]

Dari mana Allah s.w.t mendapatkan bahan asas ini?Adakah terdapat jisim lain?



RAHSIA TERBESAR Dari Maksud KEESAAN ALLAH

"Akulah harta tersembunyi dan Aku ingin dikenal sehingga Aku menciptakan; dan dengannya mereka (makhluk ciptaan) akan mengenalKu."

(Hadis Qudsi)

Jika anda dapat memahami betapa Esa nya Allah s.w.t,anda akan dapat memahami rahsia ini.Pemahaman keEsaan Allah s.w.t dapat dilihat dari pelbagai peringkat pemahaman mengikut kadar pemahaman manusia.Peringkat biasa ialah manusia beriman tahu bahawa Tuhan itu Satu.Allah itu Tuhan yang Satu.TIADA TUHAN SELAINNYA.Ini benar dan tidak dinafikan.Terdapat beberapa peringkat sehingga peringkat paling Tinggi.

Peringkat Tinggi inilah yang menyebutkan Bahawa:

Tiada sesuatu itu selain-Nya.

Pernahkan anda mendengar ungkapan "kita datang dari-Nya dan kepada-Nya lah kita kembali"?Ini ungkapan yang amat mendalam maksudnya.Bukan setakat diri kita,malah semua kejadian makhluk adalah bersumber dari Zatnya yang Maha Suci. TAPI DI SINI ADA PERANGKAP.Kita datang dari Zat Allah bukan bermaksud kita adalah sama dengan Zat-Nya.Maha Suci Allah dari segala yang diada-adakan oleh kesesatan.ADA BEZA DI SINI.Cahaya Allah yang DIHIJAB ADALAH BERBEZA DENGAN ZAT ALLAH YANG TIDAK DIHIJAB.MAHA SUCI ALLAH DARI SEGALA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN.Kita adalah Zat-Nya yang mencari-Nya.Yang ingin mengenal-Nya.Kita terperangkap di dalam Matrix ini.DAN MATRIX INI ADA PERATURANNYA.Rahsianya ialah:

IKUT PERATURAN MATRIX,DAN HIJAB AKAN DIBUKA.

Jika tidak anda akan menjadi cahaya-Nya yang tidak mengenal-Nya.Anda akan sesat dan akhirnya anda akan DIRESET!Anda adalah cahaya-Nya yang gagal mencari-Nya kembali.Gagal kembali ke pangkuan-Nya.

Ini adalah pengetahuan tahap tinggi.Jika anda sukar memahaminya,dinasihatkan kembali ke pemahaman tradisional.Kembali ke pemahaman yang biasa.Ini lebih baik.Tidak salah dan anda tetap di jalan yang benar.

JIka anda memahaminya,anda akan sedar bahawa Keesaan Allah itu adalah amat hebat sehingga segala alam semesta dan makhluk-makhluk di dalamnya:TIADA.

Penjelasan seterusnya akan menerangkan secara teknikal apakah Matrix ini yang bertindak sebagai HIJAB kepada YANG INGIN MENGENAL TUHANNYA

Jika anda mengaitkan semua pengetahuan ini dengan kehidupan manusia,anda akan sedar bahawa kita SEBENARNYA TERPERANGKAP DALAM JULAT GETARAN STRING YANG TERTENTU.

Julat inilah yang dinamakan…….; HIJAB.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Setelah membaca kesemua artikel menarik diatas, saya mengambil kesimpulan bahawa manusia akhirnya suatu hari nanti…PASTI akan mengakui kelemahan mereka dan PASTI akan kembali mengakui adanya ALLAH SWT yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini.Mereka juga PASTI akan mempercayai adanya alam ghaib, adanya malaikat,makhluk ghaib,adanya hari akhirat ,adanya hari pembalasan dan adanya syurga dan neraka! Bukankah itu termasuk dalam rukun iman?

Syukur ke hadrat Ilahi,kerana ditakdirkan kita lahir dalam keluarga islam,ibubapa kita sudah islam dan kita mengenali islam sejak kecil lagi.Cuba bayangkan jika kita dilahirkan dalam keluarga yang menyembah berhala,atau menyembah batang kayu salib dan sebagainya,bagaimana agaknya kita berfikir dan bolehkah dengan mudah hati kita menerima cahaya islam itu ?

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang diberi hidayat dan ditunjukkan cahaya oleh Allah swt agar menerima islam sebagai agama mereka!.Maha Suci Allah swt yang memilih siapakah diantara makhluknya yang diberikan hidayat itu!



"Telah datang kepada kamu cahaya yang terang dan kitab yang menjelaskan(al-quran)"
[ al-maidah:15]



Kembali kita kepada pokok perbincangan kita semula.Sebenarnya Allah swt telah mengutuskan para Nabinya untuk mengajar manusia tentang agama dan panduan hidup yang sempurna.

Jadi, mengapa kita tidak kembali kepada islam dan segala hal berkaitan dengan kehidupan ini kita rujuk kepada Wahyu Allah swt bersumberkan Al-quran.Mengapa kita tidak mahu mengkaji setiap sudut dan inci sunnah,tutur kata,tingkah laku,ajaran dan apa saja yang berkaitan dengan Nabi Muhammad saw.Bukankah baginda diutuskan sebagai rasul atau utusan Allah di atas muka bumi ini yang membawa rahmat kepada sekalian alam!Biar betapa hebat manapun M-Theory yang begitu dikagumi oleh sarjana dan ilmuan masakini,namun para ilmuan islam ,para sufi dan wali Allah sudahpun menyelami dan mengalami sendiri pengalaman mistik dan hal-hal spiritual yang tinggi ribuan tahun dahulu dengan izin Allah swt.

Sewaktu kita mula memahami dan menyedari bahawa semua objek tercipta hanya dengan mengubah frequensi getarannya saja…Sheikh Daud Bin Abdullah Al-fathani dengan izin Allah telah menggetarkan jisim-jisim jari telunjuknya untuk mengolah foton membentuk cahaya sebagaimana diceritakan oleh kebanyakan ulama dan pelajar pondok-pondok agama tatkala Sheikh Daud menyusun kitab masyhurnya bertajuk “Munyatul Musalli” itu untuk dipersembahkan kepada raja,maka raja menjadi ragu dan was-was dengan ilmunya kerana kitab itu ditulis dengan ilmu yang hanya ada di dalam dadanya tanpa merujuk kepada mana-mana kitab lain.Maka dengan izin Allah swt Sheikh Daud pun menulislah kitab itu dihadapan rajanya tanpa menggunakan lampu dan qalam!Cahaya keluar dari jari telunjuknya dan tulisannya berbekas seperti qalam walaupun hanya dengan menggunakan hujung jarinya saja!Mulai saat itu raja dan seluruh rakyat tidak berani lagi membahas apa yang dikatakan atau difatwakan oleh Wali Allah itu!

Berkaitan dengan Tokoh Sufi hebat Al-Hallaj dan Ibnu Arabi yang dikatakan sesat oleh sesetengah orang,saya amat tidak bersetuju sekali.Sebenarnya mereka ini termasuk dalam kategori yang aliran kerohanian dan kesufian mereka sukar difahami oleh orang-orang biasa atau orang awam!Mereka berada pada satu tahap yang amat tinggi.Oleh itu,kepada pengikut sufi yang taksub kepada guru yang menyeleweng dan mengaku menjadi pengikut aliran kedua tokoh di atas padahal mereka sudah jauh tersesat dari jalan yang ditempuh oleh kedua tokoh hebat itu atau mereka telah engkar sunnah dan syariaat,semoga kembali ke pangkal jalan dan bertaubatlah,sementara peluang masih ada!Kehebatan dua tokoh tersebut sering di sebut-sebut oleh Sheikh Hamzah Fansuri dan Sheikh Abdus Samad Al-Palimbani.

Ada lagi satu kisah menarik tentang dimensi dan Parallel World,seperti yang diceritakan oleh Pengasas Tareqat Chistiyyah di India ini iaitu Sheikh Moinuddin Chisti r.a sebelum dia dilantik atau di bai’ah menjadi Sheikh oleh gurunya Sheikh Usman Haruni r.a dalam tahun 561 Hijrah setelah berkhidmat dengan gurunya itu selama 20 tahun .

Katanya :

“Saya menerima penghormatan hadir dihadapan sheikh saya iaitu sheikh Usman dengan dihadiri oleh ramai orang kerohanian yang lain.Saya menundukkan kepala tanda hormat kepada sheikh saya.Sheikh Usman menyuruh saya solat dua rakaat,saya lakukan.Beliau menyuruh saya mengadap kiblat,saya turut.Kemudian disuruhnya saya membaca surah Al-Baqarah,saya buat.Kemudian saya disuruhnya berselawat kepada nabi dan keluarganya,sebanyak 21 kali dan membaca Subhanallah 60 kali,saya pun baca.Selepas itu beliau berdiri dan dipegangnya tangan saya dan beliau mendongak ke langit sambil berkata “ saya serahkan kamu kepada Allah”.

Kemudian dipotongnya beberapa helai rambut saya dengan gunting dan meletakkan kopiah khas di atas kepala saya.Disuruhnya saya duduk.Kemudian disuruhnya saya membaca surah Al-ikhlas 1,000 kali.Saya pun membaca seperti diarahkan.Kemudian beliau berkata “ Dikalangan pengikut-pengikut kita hanya sehari semalam sahaja mujahadah.Pergilah dan lakukan hari ini juga”

Saya pun bermujahadah.saya menghabiskan masa sehari semalam itu dengan terus menerus solat.Setelah mujahadah itu saya kembali kepada sheikh saya itu.

Disuruhnya saya duduk dan membaca surah al-ikhlas 1,000 kali.Saya pun lakukan.Kemudian disuruhnya saya melihat ke langit lalu beliau pun bertanya “ setakat mana yang kamu lihat?” saya menjawab “ sampai ke Al-Arasy al-Mu’ala”.Kemudian beliau pun berkata “sekarang lihat ke bawah”.Beliau pun bertanya lagi “sampai kemana kamu lihat?”,saya menjawab “ Hingga ke tahtath-thara(perut bumi)”.

Kemudian disuruhnya saya duduk dan membaca surah Al-ikhlas 1000 kali .Kemudian beliau berkata kepada saya, “lihat ke langit,berapa jauh kau boleh melihat sekarang?”. Saya menjawab “Hingga ke ‘azmat(Kehairanan melihat keAgungan Allah).Kemudian beliau berkata, “tutup matamu”.saya pun menutup mata.Selepas itu beliau berkata “buka matamu”.saya pun membuka mata.Beliau kemudian mengangkat tangan dan menunjukkan dua jari tangan kanannya lalu bertanya “apa yang kamu lihat melalui dua jari ini?”.saya menjawab “ Saya melihat 18,000 alam”.Setelah mendengar demikian,beliau berkata, “sekarang amalanmu sudah selesai".

Kemudian beliau melihat batu bata berhampiran dan menyuruh saya mengambilnya.saya buat apa yang disuruhnya.Setelah batu bata itu diangkat saya mendapati wang emas di bawahnya.Beliau menyuruh saya mengambil duit itu dan sedekahkan kepada fakir miskin.Saya pun berbuat demikian.Kemudian beliau mengarahkan saya berada bersam-samanya beberapa waktu.”

[ Petikan buku Kitab al-Tibb al-Rauhi as-Sufi oleh sheikh hakim Moinuddin Chisti ]

Bukankah dari cerita di atas si sufi sudah dapat melihat dan mencapai 18,000 alam jika dibandingkan dengan para sarjana dan ilmuan bertuhankan logik akal yang hanya mampu membongkar sehingga 9 alam dengan 11-dimensi sahaja !!! ini belum lagi kita membincangkan bagaimanakah teknologi yang digunakan oleh Nabi Muhammad untuk membelah bulan atau sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj di Bulan Rejab yang mulia!

Contoh yang paling baik untuk membahaskan teori matrix dan asal usulnya,sudahpun diterangkan oleh Sultan Para Wali iaitu Sheikh Abdul Qadir Al-jailani.Kata beliau dalam kitabnya sirrul asrar, fasal ke-10- bab : cahaya dan kegelapan sebagai penghalang:


"kerana sesungguhnya bukanlah mata itu buta,tetapi hati yang di dalam dada"
[ al-hajj : 46 ]

hati mempunyai 2 penglihatan; penglihatan kecil dan penglihatan besar.

Penglihatan kecil adalah melihat Tajalli sifat dengan cahaya asma-ul husna hingga ke alam darajat.Yang kedua adalah penglihatan besar,iaitu ia akan melihat cahaya tajalli zat dengan cahaya tauhid Yang maha Tunggal di alam Lahut dan alam qurbah.Waktu untuk mencapai darajat ini adalah sebelum mati dan sebelum rosak dari jisim manusia.Untuk mencapai alam atau kembali ke alam tadi adalah dengan menghentikan keinginan nafsu.

Sampainya seorang manusia kepada Allah Ta'ala tidak seperti bertemunya jisim dengan jisim dan tidak seperti ilmu pengetahuan dengan tujuan pengetahuan atau bertemunya pemikiran dengan yang difikirkan atau bertemu dugaan terhadap yang diduga.

Yang dimaksudkan sampai kepada Allah adalah putus dari selain Allah tanpa dekat dan jauh,tanpa arah dan berhadapan,tanpa bertemu dan berpisah.maha suci Allah yang kesamaranNya terdapat pada zahirNya dan menampakkan dirinya dalam ketertutupannya,serta kekhususanNya pada keumumanNya."

Nah,bukankah sheikh Abdul Qadir al-Jailani dalam kitabnya itu sedang mengupas tentang matrix di dalam matrix:

Dimensi…jarak….,ruang….,waktu…,arah…,foton…,graviton...

Bukankah dalam proses kejadian manusia itu sendiri...ruhnya telah menjelajah ke tujuh alam dari alam ahdah ke alam wahdah ke alam Wahdiah ke alam Ruh ke alam misal(kandungan bapa) ke alam ajsan(kandungan ibu) dan ke alam insan.

bukankah alam ahdah itu kosong atau la takyun atau ghaib alghuyub di alam Lahut...

" Dimana saja kamu berhadap,disitulah kamu lihat wajah Allah"[ al- baqarah : 115]

Ayat di atas adalah menjawab persoalan melihat TV dalam tv seperti yang M.O jelaskan di atas.Ternyata Allah ada dimana-mana walaupun ia adalah dimensi dalam dimensi yang diciptakannya.

"Dialah pencipta,yang mengadakan bentuk rupa dan mempunyai nama yang paling banyak" [ al-hasyr; 24].


Bukankah Teori Makrifat Sufi itu begini :



[Awal agama(hidup) itu mengenal Allah,

Kenal Allah maka kenal diri,

Kenal diri maka kenallah Tuhan,

Kenal Tuhan Binasalah diri,

Bila binasa diri,nyatalah Tuhan.]



Akhirnya manusia akan mencapai kata sepakat dalam hukum fizik itu pada persamaan yang seimbang iaitu:

“Shuhud al kasrah fil wahdah” bersamaan dengan atau equal to “Shuhud al wahdah fil kasrah” iaitu:

"saksikan pada yang banyak itu kepada yang satu" bersamaan dengan =
"saksikanlah yang satu itu kepada yang banyak"


Itulah Persamaan Makrifat paling agung disisi Allah swt yang tidak mampu digugat oleh mana-mana teori fizik masa kini dan masa akan datang sehingga berlakunya kiamat.Inilah teori yang mula mula menerbitkan angka satu(1) dan sifar(0).Angka satu itu dari Nurullah berdiri sebagai satu huruf alif di alam ruh.Inilah teori yang akan menerbitkan matrix dalam matrix.Inilah teori yang menerbitkan yang awal dan akhir dan teori yang menerbitkan kata-kata “ Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali”!

M-Theory dan Theory Of Everything pasti akan menjadi juzuk atau subset kepada Teori Makrifat paling agung ini nanti!


Mungkinkah "Theory of everything" yang di definasikan sebagai “A theory of everything (TOE) is a theory of theoretical physics and mathematics that fully explains and links together all known physical phenomena (i.e. "everything") itu adalah teori yang berkaitan dengan teknologi Ruh? Atau ianya berkaitan dengan alam Lahut dan ketuhanan itu sendiri.... hanya Allah SWT saja yang mengetahuinya.

wassalam.

Sangtawal Sakranta….



5 comments:

M.O said...

Terimakasih sahabat saya Sang Tawal,

Artikel Matrix08 pada perenggan yang ada menyebutkan perihal AlHallaj dan Ibnu Arabi sudah kami perbetulkan maksud kami yang sebenar.Kami tidak mengatakan kedua tokoh ini sesat,tetapi sesetengah pengikut mereka yang sesat menafsirkan ajaran mereka (kes tak abis mengaji,mungkin)

Terimakasih dan kami berbesar hati kerana sdr. memetik artikel Matrix di dalam post terbaru sdr yang menarik dan padat isinya.








-komen oleh Srikandi mewakili M.O
area 77

Sangtawal Sakranta said...

salam M.O

Terima kasih kembali.

Buat Srikandi,selamat berjuang!

Wassalam.

Anonymous said...

Artikel yang kaw!

Teruskan usaha saudara

Anonymous said...

dimanakah allah? kenapa dia wujud, maha besar, hanya 1 & ada dimana-mana...tp kita x npk & x tahu? hilang dlm terang? sapa yg pernah lihat allah...silalah bagi tau dlm blog ini..

zamry tuah said...

Assalamualaikum Saudara Sangtawal...
Sy salah seorang peminat blog saudara Sangtawal..bg sy apa yg cuba digarap dan pendedahan ttg sejarah peradaban bangsa melayu sesuatu yg patut dipuji..di ruangan ini, sy ingin berkongsi kisah yg belum dapat dirungai sehingga kini..iaitu mengenai HULUBALANG TERSOHOR HANG TUAH DAN GENERASI KETURUNAN BELIAU..Untuk pengetahuan saudara, sy adalah seorang dari generasi pewaris keturunan Hang Tuah..Sy telah dimaklumkan ttg perkara ini oleh org2 yg arig ttg sesuatu perkara serta melihatnya dgn pandangan mata batin atau khilafnya kasyaf...Sy sendiri telah mendapat mimpi2 yg ada hubungkaitnya dgn Hang Tuah..spt memperoleh keris Taming Sari yg sakti lg bertuah itu,bermimpi memperoleh seketul emas dari dasar Perigi Hang Tuah, bersilat di Makam Hang Tuah..dan beberapa petunjuk2 lain yg ada kaitannya dgn pahlawan melayu tersohor itu...Mudah2an dgn pendedahan ini, saudara Sangtawal telah ketemui barang yg dicari2 sekian lama itu...Wallahu A'lam. Catatan oleh ZM @PGKHT