Thursday, March 05, 2009

Kalimah Allah ; Allah Itu Maksudnya Puji Zat.



Artikel Oleh Sangtawal.

Tajuk : Kalimah Allah ; Allah itu maksudnya Puji Zat.





Isu yang kini menjadi semakin hangat ialah berkaitan dengan keinginan pihak bukan islam di negara ini untuk menggunakan kalimah Allah sebagai ganti Tuhan Bapa atau God.Saya sangat tidak bersetuju kiranya pihak kerajaan membenarkan “keinginan” atau harapan (hope) mereka ini terlaksana kerana mereka bukan meminta keizinan ini secara kebetulan,tetapi ada agenda mereka yang tersembunyi yang mungkin telah dirancang rapi sekian lama demi meningkatkan syiar dakwah kristian mereka di bumi Semenanjung Emas ini.


Mungkinkah harapan mereka itu bergerak seiringan dengan misi dan visi penubuhan Gereja paling besar iaitu CCC di Bukit jalil? Saya tidak tahu…, namun bila diteliti secara mendalam kata-kata Paderi Kristian Calvary Church ini, ( SENIOR Pastor) :

Lihat sini : (Klik sini)

http://www.calvary.org.my/CCC/ccc_call.html

“As you go through this website, I trust you will know the vision and God's call to Calvary Church to be a fountainhead church where waters will flow to reach near and far with the Gospel of Jesus Christ.

Calvary Convention Centre is birthed from God's call to enable Calvary Church to fulfill its new millennium role and responsibility to be a Jesus Generation, an Equipping Institution and a Sending Church.

In His divine guidance and at the appropriate time, God was faithful to provide the land at Bukit Jalil to us, to be a greater witness.

It is my joy and privilege to welcome you to be partners in praying and giving financially towards the building of the Convention Centre as an extention of His Kingdom in Kuala Lumpur and beyond to the glory of God.


Mungkin orang-orang kristian merasa mereka perlu letakkan nama Allah dalam penerbitan mereka, kerana mereka dan beberapa orang bebal agama di negara ini termasuk Tok Guru politik yang merasakan Allah itu tuhan untuk semua makhluk... jadi apa salahnya mereka menyebut Tuhan itu Allah... jika mereka kata begitu... apa salahnya mereka masuk islam dan mengucap dua kalimah syahadat iaitu kalimah Toyyibah...

“Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi Muhammad itu Rasul Allah”... jadilah orang islam secara keseluruhannya…


Mereka mahu menukar kalimah Tuhan Bapa itu kepada Allah dalam percetakan mereka mungkin disebabkan dalam Injil Yohanes 1:1 yang ada berbunyi

"pada mulanya ialah kalimah,kalimah itu di sisi Allah dan kalimah itu adalah Allah"

namun...ia adalah nas yang sangat misteri..tidak menunjukkan secara jelas tentang sesuatupun berkaitan ketuhanan Isa...nas itu menyebutkan secara misteri tentang perkataan kalimah yang mereka dakwa kalimah itu di sisi Allah.Perlu diingatkan bahawa Phillo(20 S.M -40M) orang yang menganggap akal atau "Logos" merupakan tempat terbit atau beriemanasi segala makhluk yang wujud.dia menggelarkan perkataan "Logos" ini dengan perkataan "kalimah".seperti yang kita tahu yohanes menulis injilnya selepas kematian Phillo dan meminjam istilah kalimah tersebut. (rujuk buku Benarkah nabi Isa Tuhan; debat antara sheikh Ahmad Deedat Vs Pastor Stanley Sjoberg,m/s 121)


Bahasa penulisan injil yang asal ialah dalam bahasa greek kuno. Soalan saya ialah apakah dia perkataan greek yang seerti dengan dengan lafaz Allah iaitu Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya? ada yang mengatakan Elohim.... jawapannya tidak..itu perkataan Hebrew...jawapannya ialah perkataan greek kuno yang seerti dengan kalimah Allah ialah "Hotheos"...apabila ada pula tuhan yang tidak patut di sembah ia dinamakan "Tontheos".Dalam terjemahan pertama injil Yohanes dari bahasa kuno ke bahasa inggeris para penterjemah injil menggunakan huruf besar ketika menterjemahkan "Dan kalimah itu ialah Allah(God)" sedangkan perkataan yang digunakan dalam bahasa greek yang asal ialah perkataan Tontheos bukannya Hotheos.Oleh itu sepatutnya perkataan yang menunjukkan kepada lafaz Tuhan itu ditulis dengan "God" seperti yang dilakukan oleh para penterjemah injil bukan dengan cara yang sebenarnya.

mengapa mereka menggunakan huruf(G) sebagai (g)??? ialah kerana mereka mahu menipu orang ramai!!!


ketika mereka menterjemah ayat ke-4 ,bab 4 surah ke-2 kepada jemaat di korintus dan mereka bandingkan perkataan Tontheos yang terdapat dalam teks asal berbahasa greek kuno,mereka menterjemahkan dengan huruf (g) kecil.Ternyata mereka bermain main dengan terjemahan perkara pokok dalam kitab suci mereka.


Dalam old testament atau perjanjian lama,ada nas di mana Allah berfirman kepada Musa iaitu dalam kitab Keluaran 7:1 bermaksud "Aku jadikan engkau Tuhan kepada Firaun"... dalam terjemahan mereka kedalam bahasa inggeris pula mereka terjemahkan seperti berikut:"i have made you a god to phroah".ini menunjukkan bahawa mereka memang tahu membezakan antara Tuhan yang disembah dengan Tuhan yang tidak patut di sembah(mereka guna huruf (g)kecil ).Oleh itu mereka sebenarnya tidak cermat ketika menterjemah perkataan Tontheos yang terdapat pada ayat pertama Injil Yohanes....atau mereka sengaja menipu dan mengubahsuai isi al kitab mengikut citarasa mereka malah ingin mengajak orang lain pula untuk berakidah dengannya.


Allah tidak boleh disamakan dengan Tuhan bapa!!!


Jika Isa atau Jesus itu Allah....saya meminta seluruh manusia di dunia ini untuk menunjukkan dimana buktinya kepada saya, baik dari kitab perjanjian lama atau baru...dimana ayatnya yang Isa itu menyebut "Akulah Tuhan" atau "Sembahlah aku"...


Sebenarnya mereka takut dengan kebangkitan akhir zaman,lalu mereka cepat cepat mahu menukar kalimah Allah dalam penerbitan mereka kerana...mereka tahu kebangkitan akhir zaman ini adalah di nusantara..itu sebabnya mereka telah ada "harapan baru" dengan pembinaan Gereja terbesar atas bukit ...lihat artikel saya "zionis dan emas- semenanjung emas" ada disebutkan...

Mengapakah gereja terbesar,CCC terletak di Bukit Jalil? baca pada Link di atas!

Sedarlah wahai melayu-islam... mungkin mereka sekarang ini menggunakan kaedah serampang dua mata... satu untuk mengembangkan syiar kristian dan satu lagi,dalam masa yang sama untuk memecahbelahkan penyatuan dan fahaman dalam agama islam itu sendiri... kepada melayu islam yang kononnya bijak dan alim... janganlah anda semua tertipu dengan dajjal dan permainan JESUITS.... janganlah jadi islam dan alim untuk anda seorang saja atau hanya anda seorang saja nanti yang masuk syurga TETAPI anak cucu kamu nanti masuk neraka dan sesat dek kerana kebodohan kamu mengikut telunjuk kafirun dan konspirasi dajjal-Jesuits!


minta tolong semua melayu-islam fikir kenapa ulama kristian bersepakat membuang dua ayat dalam injil markus ini iaitu dalam markus 16:19-20...yang bermaksud..

“Kemudian setelah tuhan berbicara dengan mereka,terangkatlah dia naik ke langit dan duduk di sebelah kanan Allah.Adapun mereka,maka mereka keluar dan menyampaikan injil di setiap tempat sedang Tuhan bekerja bersama mereka dengan menyokong kata-kata mereka melalui ayat-ayat yang menyusulinya” …Markus 16:19-20

Apakah maksud “menyokong kata-kata mereka melalui ayat-ayat yang menyusulinya”maksudnya selepas Isa akan ada lagi seorang Rasul iaitu Muhammad yang akan bekerja untuk Allah yaitu sebagai rasulNya dengan menyampaikan ajaran agama berpandukan kitab Al-Quran yang mulia !!!...nah..mereka ingin menolak kebenaran Muhammad dan sekaligus kebenaran Al-Quran.



Kita orang islam diajar untuk mempercayai Injil..tapi injil yang mana?...injil yang wajib di percayai ialah Injil yang diturunkan oleh Allah buat Nabi Isa yang asli bukan injil Matius,Markus,Lukas dan bukan Injil Yohanes.


Disini saya berseru kepada seluruh manusia…janganlah kita semua menjadi seperti apa yang nabi Isa katakan(menempelak) kepada kepada pengikutnya sendiri dihari kiamat,di hadapan Allah SWT ,seperti yang dinyatakan di dalam injil matius 7:21-23 ini yang bermaksud “Bukan setiap orang yang berseru kepadaku,Tuhan,Tuhan! akan masuk kedalam kerajaan syurga,melainkan dia yang melakukan kehendak Bapaku yang di syurga.Pada hari terakhir banyak orang akan berseru kepadaku : Tuhan,Tuhan,benarkan kami bernubuat demi namamu dan mengusir syaitan demi namamu dan mengadakan banyak mukjizat jua demi namamu.Pada waktu itulah aku akan berterus terang kepada mereka dan berkata : Nyahlah daripadaku,kamu sekalian pembuat kejahatan




Berbalik kita pada menyatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh percetakan Kristian mengikut pendapat ulamak politik …saya menjadi semakin tidak sehaluan dengan ulamak politik ini… saya selalu katakan … janganlah sanggup menjual agama dan maruah diri demi untuk sedikit habuan dunia dan pengaruh politik !!!.. kelak, pasti anda akan menyesal dan pastinya saat itu seluruh jasad dan anggota badan akan bersaksi di hadapan Allah SWT tentang apa yang telah kita katakan dan apa yang telah kita perbuat!!!


Memang “benar” pendapat Tok Guru atau Ulamak Peti Undi itu, jika mereka bercakap dengan orang-orang yang telah mengenal dirinya dan lantas mengenal Allah, iaitu orang-orang mukmin yang hijabnya telah terbuka untuk mengenal kebenaran atau kepada semua orang yang berperingkat Al-Muqarrabun!!!... tapi jika kenyataan mereka itu dilemparkan secara umum di khalayak ramai yang kebanyakannya mengaku islam hanya islam kulit saja….maka mereka akan cepat melatah dengan isu ini padahal bagi mereka yang sudah mengenal Tuhan dan pernah fana asma, af’al, sifat dan fana zat… kalimah Allah itu sudah tiada ertinya lagi bagi mereka .. kerana ia hanya di peringkat martabat asma…. jika ingin menuju kearah syuhud pula penjelasannya masih jauh dan mendalam!!! Samada ia syuhud Al-wahdah fil kasyraf atau Al kasyraa fil wahdah… disini ..masalahnya mereka mencampur adukkan Ilmu agama dan ketuhanan peringkat tinggi dengan ilmu agama yang asas atau yang perlu ada untuk berlansungnya syariat….. mana mungkin mereka (orang syariat) akan mengerti!!!!... seperti juga dulu Ulamak Peti Undi kata Allah itu samseng…bagi orang yang tahap ilmunya kurang atau belajar sifat 20 tak habis lagi amat memarahi mereka …terutamanya ulamak Fekah…tapi jika mereka berkata begitu di tempat orang-orang yang sudah faham akan sifat dan af’al Allah atau di zawiah tasauf …. mereka akan dapat menerimanya… malah masih banyak lagi sifat-sifat Allah yang perlu kita pelajari selain dari 20 sifat itu !


Oleh itu…untuk bermain agama atau untuk menggunakan agama sebagai modal politik murahan saya nasihatkan Tok Guru / ulamak politik agar lebih cermat dan berhati-hati dalam mengeluarkan fatwa atau hujah kerana ramai yang taksub, malah ada yang sanggup mati dan buta mata hatinya di belakang tok guru tu…. nanti akidah mereka juga terpesong sama… siapa nanti akan bertanggungjawab dihadapan Allah???


Ramai manusia islam sekarang ini cuma memikirkan Allah berada diatas langit, ada pula yang beranggapan Allah itu berada dalam kaabah, atas Singgahsana atau ArasysNya dan akan mengadili hari pembalasan…. kebanyakan ibubapa zaman ini bila ditanya oleh anak mereka Allah itu berada dimana?, maka jawabnya Allah itu berada di atas langit atau dalam syurga!!!... jarang manusia islam sekarang ini tahu yang Allah SWT berada lebih dekat kepadanya dari apa yang difikirkan…lebih dekat dari urat leher kita… itu sebabnya mereka tidak malu untuk membuat dosa dan tidak mahu berdoa kepada Allah sebab merasa Allah itu terlalu jauh!!!... jadi Allah susah untuk melihat dan mendengar apa yang kita buat .Bukankah Qalbi itu istana Allah???.. Allah tidak memandang rupa paras kita tapi Allah memandang Qalbi(hati) kita.Ternyata tidak ramai manusia sekarang ini tidak bergetar hatinya bila disebut nama Allah kepada mereka kerana mereka sebenarnya masih jauh dari Allah….apa lagi untuk mengenal Allah dan makrifatullah!


Berbalik kita pada membicarakan kalimah Allah. biarlah saya sentuh sedikit sahaja di sini…supaya tidak menambahkan kekusutan yang sedia ada…hakikat perkataan Allah itu mengandungi 4 huruf iaitu Alif yang menunjukkan hakikat zat Allah,huruf Lam yang kedua pula adalah hakikat sifat Allah,huruf Lam yang ketiga adalah hakikat Asma Allah dan huruf Ha yang keempat itu adalah hakikat Af’al Allah.Sesungguhnya perkataan Allah itu adalah hakikat diri Rohani atau Diri Terperi kita atau juga disebut insan kamil,Manakala makrifatnya adalah anggota rahsia iaitu Diri Batin manusia!Bukankah Allah telah berfirman dalam sebuah hadith Qudsi yang bermaksud “manusia adalah rahsia-Ku dan Aku adalah rahsia manusia”(untuk memahami dengan lebih mendalam sila bertanya kepada Mursyid anda yang tahapnya Kamil-mukammil)


Oleh itu…wahai ulamak atau Tok Guru…bersetujukah kamu bila ada orang bukan islam ingin menggunakan sewenang-wenangnya nama atau asma Allah ini dalam agama atau ajaran mereka??? Tidak malukah anda semua dihadapan Allah nanti kini dan selama-lamanya.


Sesungguhnya ALLAH itu maksudnya PUZI ZAT

Sesungguhnya ALLAH HU itu maksudnya PUJI NUR BAGI QODIM

Sesungguhnya HU itu maksudnya PUJI QODIM BAGI QODIM.

Wahai ulamak pewaris nabi…


Renungilah Firman Allah dalam surah Al-Fathir ayat 32 ini yang bermaksud “Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih diantara hamba-hamba kami,lalu diantara mereka ada yang menganiayai diri mereka sendiri;dan ada diantara mereka yang pertengahan,yaitu orang-orang yang sama amal baik dan buruknya.juga diantara mereka ada orang-orang yang berlomba dalam kebaikan”


Wahai ulamak yang alim dan bijaksana…janganlah sampai pada tahap menganiayai diri kita sendiri ….celiklah dari buta hati…kerana nescaya rugilah kita selama-lamanya jika hati berterusan buta dan mati!


Firman allah lagi dalam surah Al-hajj ayat 46 yang bermaksud “ Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta,ialah hati yang didalam dada”…


Firman Allah lagi dalam surah Al-Isra’,ayat 72 yang bermaksud “Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini,nescaya di akhirat(nanti) ia akan lebih buta pula dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)”

Mengikut sheikh Abdul Qadir Al-jailani dalam kitabnya Sirrul Asrar pada fasal 3- tempat-tempat Ruh Di dalam jasad…tulis beliau…

“Tempat Ruh Jasmani di dalam badan tempatnya di wilayah dada dan aggota badan zahir.Alatnya adalah syariat.Amalannya mengamalkan syariat yang telah di fardhukan Allah dengan hukum-hukum yang ditentukan Allah tanpa diiringi dengan syirik(menyekutukan Allah)…firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud “dan janganlah ia mempersekutukan seseorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya”……kata Sheikh Abdul qadir lagi… “adapun tempat Ruh Ruhani adalah hati.Alatnya adalah ilmu tareqat.Amalannya adalah mengamalkan Empat nama Allah(dari kelompok pertama), (Penulis :termasuk kalimah Allah itu) dengan tanpa suara dan huruf dari sumber dua belas Nama Allah seperti firman Allah dalam surah Al-Israa’ ayat 110 yang bermaksud:

“katakanlah : “serulah Allah atau serulah Ar-rahman.Dengan nama yang mana saja kamu seru.Dia mempunyai Asma-ul Husna(nama-nama yang terbaik)”


Jelas di sini Allah menyarankan supaya kita berdoa dan beramal kepadaNya dengan menggunakan kalimah Allah dan itulah yang disebut ilmu batin.makrifat adalah hasil dari Nama-Nama tauhid ini seperti sabda nabi “Allah memiliki 99 nama.Orang yang menguasainya akan masuk syurga”. Kalimah Allah yang termasuk dalam kelompok dua belas nama Allah ini adalah sumber dari seluruh nama-nama Allah itu di mana nama sebanyak dua belas ini sesuai dengan bilangan 12 huruf dalam kalimah Toyyibah “Laa Ilaaha Illallah”. maka Allah menetapkan bagi perjalanan hati setiap satu huruf dengan satu nama. Setiap satu alam dengan tiga nama.dan Allah menetapkan nama-nama tersebut pada hati orang-orang yang “Mahabbah” kepada Allah….nama nama rahsia yang berjumlah 12 ini juga menempati dua belas mata air yang mengalir dari batu yang dipukul oleh nabi Musa seperti Firman allah dalam surah Al-baqarah ayat 60 yang bermaksud “dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya lalu kami berfirman “pukullah batu itu dengan tongkatmu”. lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku kaum itu telah mengetahui tempat minumnya(masing-masing)”……dan untuk mengetahui sendiri tempat Ruh Sulthoni iaitu di “Fuad” atau mata hati di mana alatnya adalah makrifat….sila cari dan pelajarilah sendiri dengan guru yang mursyid!!!


Kesimpulannya disini ialah jika ulamak politik atau Tok Guru benar-benar faham akan hakikat dan fungsi kalimah Allah itu secara hakikat dan makrifat…nescaya tidak akan timbul jawapan yang paling mendukacitakan seluruh pencinta dan pencari kebenaran iaitu kata-kata yang keluar dari mulutnya iaitu kalimah “Allah for All” iaitu untuk seluruh manusia dengan maksud orang Kristian juga boleh menggunakannya,dan seluruh agama lain sedangkan kita tahu Islam adalah Agama wahyu yang terakhir dan Nabi Muhammad SAW itu adalah rasul terakhir.kalimah Allah itu besar makna bagi si salik yang berjalan menuju Tuhannya.


Kalimah Allah juga sudah menjadi daging,darah dan sebati dalam setiap rongga jasad dan dalam setiap hembusan dan sedutan nafas, ampas, tanapas dan nupus dan kalimah ini bergerak dan berjalan dalam salur darah tidak berhenti , malah sentiasa diaktifkan ia dengan memukul dan memalu sekuat daya di qalbi agar bersihlah hati dari Zulmat sehingga mencapai apa yang allah berfirman dalam surah An-Najm ayat 11 yang bermaksud “hatinya tidak menduskatan apa yang di lihatnya” lalu benarlah sabda nabi “manusia yang beriman adalah cermin Allah yang Mukmin”… lalu kata Sheikh Abdul Qadir lagi… beruntunglah mereka ( bayi ma’nawi Rohani atau Tiflul Ma’ani) yang hatinya musyahadah serta terarah,melihat kepada Allah dalam keagungan-Nya dengan penglihatan sirri seperti firman allah dalam surah Al-Qiyamah ayat 22-23 yang bermaksud :

“Wajah-wajah(orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.Kepada Tuhannya mereka melihat



Alangkah beruntungnya mereka yang boleh masuk ke “haramil Qudsiyah” atau sampai kemakam Qurb atau Qurbah ini setelah dia berjaya menempuh pelbagai rintangan dan dugaan dalam perjalannya.Allah berfirman dalam sebuah hadith Qudsi yang bermaksud “Hai hambaKu, bila engkau ingin masuk ke haramilKu(Haramil Qudsiyah), maka engkau jangan tergoda oleh Mulki, malakut, jabarut; kerana alam mulki adalah syaitan bagi orang alim, alam malakut ,syaitan bagi orang arif, alam jabarut , syaitan bagi orang yang akan masuk kedalam Qudsiyah”


Oleh...sangtawal sakranta...

9 comments:

Anonymous said...

Salam to the owner of the blog,

Interested to comment on this particular issue on using the word "ALLAH" = God in the Christian/Bible.

Before, I proceed,I am a Muslim by birth ~ alhamdulillah, but not my parent. My father was a Jewish and has solid background of family members with strong Roman Catholic's belief as their way of life.

Alhamdulillah,28yrs ago,he converted from a pious Jewish to embrace Islam and ever since is a good Muslim and have a strong faith on Islam ever since.

Now,he married to my mother who is a Malay Muslim from Perak ~ alhamdulillah ~ 5 years after he became a Muslim ~ this is to quote that he embraced Islam not solely because of a marriage but he became a Muslim because he knew that there is no other GOD,ie ALLAH and how wrong he was before since as a JEWISH he actlly knew that there is only ONE ALLAH but at that time he was only a follower of Jewish due to generations and no one dare or could break the ice!!

Thus, when I found out this scenario hppns in Msia, I showed to my parents and family ( of coz some of my father's side are still the follower of either Christian or Jewish) they were Gob smacked! They said it's impossible to quote ALLAH as their GOD in Christian!! Since in Christianity there are more than one God!! In that case might as well, they just embrace Islam if The God that they are referring to is ALLAH.

They simply belief w/o knowing much about the current scenario on Msian Politics, they concluded this is just a gimmick of a political motivated....nothing sincere in the proposal!! Nauzubillah.

p/s I also posted this comment in Perak Bangkit's blog dated March 3,09.

Anonymous said...

~ Agenda mereka adalah utk memurtadkan lebih banyak orang2 Melayu islam diMsia yang lemah iman dan pegangan ugama khasnya generasi muda ~

~ Apa perlunya mereka beriya2 mau menterjemahkan perkataan God mereka dlm Bible kepada "ALLAH" dan menterjemahkan keseluruhan bible dalam bahasa Melayu? Selama ini pun mereka menggunakan Bahasa Inggeris dan bahasa lain2. Nyata benar, ada udang disebalik batu....

~ The intention is crystal clear!! ~

Anonymous said...

Aku sedih melihat apa yang berlaku kini. Ulamak Politik sanggup mengadai kesucian Islam semata mata untuk nilai Politik yang sedikit. Semoga tuhan memberi petunjuk kepada kita semua agar tidak terjerumus ke jalan yang salah.

Panglima Perang Cyber said...

komen bercanggah dengan fatuwa nik ajisss di sini oleh Setiausaha Akhbar Hj Hadi sendiri :

Taib Azamudden bersyarah dalam Parlimen berkenaan nama “ALLAH”

Sejarah tercipta dalam Dewan Rakyat semalam apabila dalam sesi penggulungan perbahasan menjunjung kasih ke atas titah ucapan SPB Yang Dipertua Agung, Menteri di JPM Zahid Hamidi dan Timbalan Speaker Wan Junaidi telah memohon agar seorang ahli parlimen PAS membantu dalam memberi penjelasan.

Beliau yang dimaksudkan adalah ahli Parlimen Baling yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara Ustaz Taib Azamudden Mat Taib.

Isu yang berbangit ketika itu adalah penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam. Ternyata ia masih mengundang pelbagai tafsiran dan sebenarnya menambahkan lagi kekusutan dan kekeliruan yang tidak nampak kesudahannya. Apalagi apabila ahli-ahli parlimen kita masing-masing bangun memberi tafsiran dan pandangan masing-masing.

Alhmadulillah apabila terbuka peluang untuk memberikan pandangan, Ustaz Taib telah menampakkan kematangan dan kebijaksanaan seorang tokoh agama/ulamak dalam menangani isu yang sensitif ini agar dapat difahami dan diterima masyarakat. Beliau menjelaskan bahawa pandangan beliau itu bukan mewakili parti tetapi sebaliknya berlandaskan kesucian Islam. Dan bagi PAS memang rujukan tertinggi kita adalah al Quran dan Hadis, sudah pastilah apa sahaja yang berlandaskan kesucian Islam akan kita pegang dan pertahankan.

Kata Ustaz Taib:

Dalam kontek Malaysia ia (penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan Islam) akan menyebabkan kekeliruan kepada anak-anak dan keturunan kita akan dating tidak sama seperti di Eropah atau tempat lain.

Beliau menambah:

Allah yang dimaksudkan oleh agama lain berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

Berikut adalah petikan dari hansard Parlimen:

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri serta permintaan sahabat-sahabat. Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan kepartian. Akan tetapi, lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri. Itu terpulang kepada tafsiran oranglah kalau dia hendak meletakkan kedudukan di mana yang sekali gus juga menghormati pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat Bintulu.

Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat perbahasan dan
penghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini. Kalau pun ia selepas kita dapat hadamkan di luar, di tempat lain bahawa kita confirmkan
di Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor dan sahabat-sahabat yang lain.

Sekarang ini yang sebenarnya perlu kita dapat penjelasan, Allah yang mana yang kita
perbincangkan ini tapi kalau Allah S.W.T yang berkonsepkan tauhid dengan Allah hus samad...

Dia tauhid As-samadiah dengan tauhid al-ahadiah yang bergantung rapat dengan yang lain-lain, uluhiah dan rububiah hanya ada pada Islam dan tidak ada pada yang lain. Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat juga sababul nuzul dan kalau kita nak buka mengenai Allah kepada yang lain-lain, Al-Quran juga pernah mendedahkan dalam surahtul Taubah... [Membaca sepotong ayat Al-Quran]

“Orang Yahudi dia kata, Uzir anak Allah. Orang Kristian dia kata Al-Masih anak Allah”.
Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain
daripada Allah tauhid kita. Allah yang dimaksudkan oleh orang-orang Masihi dan orang-orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam sebab ketauhidan as-samadiah dan alahadiah itu tidak menjadi suatu tonggak kepercayaan kepada yang lain daripada Islam. Sebab itu bagi yang agama lain tadi dia mendakwa itu sedangkan kita Allah bukan ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak. Jadi, ini persoalannya. Jadi yang saya rasa ialah pihak kementerian, pihak kerajaan mesti menegaskan Allah dalam bentuk mana.

Kalau kita cakap Allah dalam bentuk umum, betullah kita boleh dakwa. Orang Hindu,
orang Kristian, orang lain pun dia kata kita tuhan Allah juga. Jadi Allah yang mana? Jadi mungkin di sini kita perlu mendapat suatu garis panduan yang jelas yang kita kata tak boleh digunakan oleh orang lain itu Allah dalam kedudukan mana tapi kalau Allah dalam kedudukan Islam yang ahadiah dan as-samadiah, memang tak boleh orang lain guna yang saya rasa ini wallahualamlah. Apa yang saya nampak daripada sudut itu, jadi kalau itu kita boleh terima, sebenarnya kita tidak ada pertelingkahan apa-apa. Cuma yang kita hendak sekarang ialah penegasan daripada pihak kerajaan daripada sudut mana, Ilah kita dan saya rasa dalam perbahasan ini agak tak berapa munasabah kalau kita bawa daripada segi bahasa.

Bahasa Ilah, bahasa... hak itu panjanglah isu kita. Sebab itu kalau kita lihat dalam kitab-kitab yang sempat dirujuk, pertelingkahan ini berlaku atau khilaf ini berlaku di antara ulama-ulama yang lebih muktabar daripada kita sekarang tetapi semuanya memberi hujah-hujah yang kenapa mereka kata boleh dan kenapa ada yang mereka kata tak boleh. Dalam kita menangani di antara dua perselisihan pendapat ulama muktabar ini, maka apa yang perlu bagi kita sekarang ialah kita perlu memahami wakik. Wakik kita di Malaysia mahu tidak mahu dengan ketimuran kita, dengan budaya Melayu kita sebelah sini dan juga budaya orang kita lain daripada yang berlaku di Eropah atau berlaku di dunia lain.
Wakik kita yang saya yakin setakat hari ini, wallahualam akan datang akan menjadi satu
confuse, akan menjadi suatu pertelingkahan dan perbalahan yang mungkin sengit apabila benda ini dibuka ke mana-mana. Misal kita katakan, minta maaf kepada saudara-saudara kita yang bukan Islam sama ada dalam agama Buddha, dalam agama Hindu ataupun Kristian dan sebagainya, andai kata saya bertanya kepada sahabat saya yang beragama Hindu,

“Sahabat, kamu nak pergi mana?” “Saya nak pergi sembah Allah”. Tanya pula sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat ataupun Yang Berhormat Sri Gading, mana nak pergi “Saya nak pergi sembah Allah”.

Jadi ini confuse kepada anak dan keturunan kita. Allah yang mana ini?... [Tepuk] Allah
yang nak pergi kah, ini kah Allah, yang mana?...

Saya rasa penjelasan ini sangat segar dan meyakinkan dan malah tepat dan selaras sebagaimana pandangan Tuan Guru Presiden PAS dan Tuan Guru Mursyidul Am. Syabas Ustaz Taib, insyallah itulah ikutan kita semua.


blog roslan sms http://n32.blogspot.com

melayu2020 said...

Sesungguhnya ALLAH itu maksudnya dalam bahasa melayu ialah TUHAN

Sesungguhnya ALLAH HU itu maksudnya dalam bahasa melayu ialah DIALAH ALLAH

Sesungguhnya HU itu maksudnya dalam bahasa melayu ialah DIA

Zikir ALLAHU ALLAH 100,000 x

sangtawal said...

salam...

buat anon@8.22pm...terima kasih atas komen yang menarik.anda adalah insan terpilih di lahirkan dari keluarga muslim...alhamdulillah.

buat anon @8.32 pm...

setuju dengan anda...mereka bukan berbuat begitu secara kebetulan...memang ada agenda tersembunyi mereka...iaitu untuk memurtadkan melayu-islam terutamanya golongan muda...

buat anon @ 8.43pm...memang kita sedih kerana ulamak politik mengamalkan politik budu,politik air mineral dan politik "hamtam sajalah-asalkan perut dan benda bawah perut kenyang!"....ini bukan ulamak pewaris nabi...tapi ulamak pemusnah ummat!perosak agama dan pemimpin jalan kesesatan!


Buat sahabatku panglima P.C...
Taib azamudin ni ada simpan rahsia tentang pengakuan salah seorang mangsa liwat anwar suatu masa dulu...baik dia tak payah bercakap pasal Allah dalam parlimen...dia masuk pakatan rakyat dan bersubahat dengan mereka...dia rela menjadikan anwar ketua pembangkang di Parlimen!jadi fikir-fikirkanlah sendiri...
buat YB PKR yang lantang nak sekat forum perbincangan agama...mana suara dia berkaitan isu nama Allah ni...

buat melayu2020...
ikut bahasa melayu betullah apa yang adik kata tu....cuma nak tanya
tareqat mana yang zikir Allahu Allah 100,000 x tu??? berapa matang suluknya???...

Anonymous said...

salam..hekeleh,apalah sgt akan jadi kat Melayu kalau perkataan Allah digunakn?

Bagi lah ckit kesan yg betul2 ketara !!!

Anonymous said...

Sy amat tertarik dgn artikel saudara berkenaan isu ni. Sy sebenarnya agak menyampah dgn golongan yg mempermainkan nama Allah, mempergunakan agama dan mahir menghukum org. Sy faham segala huraian saudara kerana sy juga mengikut jalan hakikat cuma sy tak pandai menerang atau mengulas bab2 ketuhanan nie.Yg nyata bukan senang menyampaikan kebenaran.Pada pendapat sy yg tak pandai nie..umpama org main2 kan nama mak atau bapa kita, tentu kita marah apatah lg bg mereka yg tak mengenal dan ada agenda..tentunya kita akan marah.
Maafkan sy sekiranya pandangan sy tak betul. Sy menyeru semua org2 islam..mengkaji apa itu Allah dan Muhammad.
Teruskan usaha saudara membawa kebenaran..

Anonymous said...

Allahu.......puji Qadim bagi muhaddas.....huAllah....puji muhaddas bagi qadim.....aku puji Engkau...Engkau puji aku.......
Allah..hu...Allah..hu...Allah...hu...Allah..Allah..Allah.........................................yang nyata hanyalah Allah....

salam dari
Hamba.