Saturday, April 25, 2009

Hidupkan Jiwa Tasawuf : Inilah Jalan Kita - Bhg 1



Tajuk : Hidupkan Jiwa tasawuf : inilah jalan kita - Bhg 1- Pengenalan

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta…


Ilmu Tasawuf atau ilmu Kesufian adalah merupakan kunci utama bagi pembersihan hati sanubari dan jiwa nurani.Ia adalah merupakan alam pembersihan jiwa dari segala rupa bentuk kekotoran,alam untuk membersihkan diri daripada dosa setelah melakukan perkara-perkara mungkar yang bertentangan dari syariat Allah.

Sesungguhnya ilmu tasawuf dapat menguatkan minda dan spiritual kita .Oleh itu pembangunan IQ dan EQ kita pasti berjalan seiringan dimana dengan amalan tasawuf ini,ia akan menguatkan lagi akidah dan keyakinan hidup terhadap Yang Maha Pencipta.

Penguasaaan ilmu ini mestilah melalui bimbingan guru yang mursyid,disamping banyak membaca,bertanya dan mendalami kitab-kitab tasawuf karangan ulama - ulama tasauf yang terkenal supaya kita memahami dan mendapat gambaran yang menyeluruh tentang maksud sebenar perjalanan tasawuf dan kerohanian kita,dimana maksud akhir si salik adalah untuk mencapai redha Allah setelah mengenal Allah dengan sebenar-benarnya dimana sebelum itu kita perlu berjaya mengenali diri kita sendiri tanpa pergi jauh .

Apapun kaedah ,jalan-jalan kerohanian yang kita tempuh,semuanya pasti bertemu pada satu titik persamaan iaitu mengenal Allah.Apa yang penting disini ialah kita mestilah berpegang kepada sumber Al-Quran dan hadis/sunnah sebagai teras atau kayu pengukur untuk menilai setiap kaedah atau perjalanan kerohanian itu.Setiap amalan atau kaedah yang bertentangan dengan Al-Qur an dan sunnah perlu ditolak.Oleh itu penguasaan bidang ilmu ini adalah perlu bagi seorang guru yang mursyid dalam membimbing para salikin menuju TuhanNya.


Kita perlulah mempelajari dan memahami betul-betul konsep pengajian ilmu tasawuf ini kerana di dalamnya terdapat beberapa penyelewengan di dalam amalan dan penghayatan hidup sebenar.Hal ini terjadi disebabkan kefahaman individu dalam pengajian ilmu ini telah menyeleweng lalu mencipta amalan sendiri kononnya untuk cepat sampai kepada makam-makam yang lebih tinggi dan mulia disamping untuk mendekatkan diri kepada Allah.Kefahaman seperti ini adalah sebenarnya duri dalam daging yang menyebabkan masyarakat semakin takut untuk belajar tasawuf.Bila sebut saja tasawuf maka terlintaslah dalam fikiran mereka satu kumpulan manusia yang berkumpul dan mengamalkan wirid-wirid tertentu,dengan gaya yang tertentu dan akhirnya akan difatwakan sesat oleh pihak penguasa.Bila gambaran tersebut menular,maka generasi demi generasi yang akan datang mulai membenci tasawuf ,malah ada yang menganggap bahawa mempelajari tasawuf dan mengambil sesuatu ajaran tareqat itu adalah suatu amalan Bidaah yang perlu dijauhi.Ini amat jelas sekali bila seorang yang berilmu atau bertaraf mufti mula menuduh kaum sufi ini sesat dan menyesatkan.


Bila mutiara ilmu tasawuf mula dijauhi maka senanglah jarum jarum yahudi-zionis menusuk kedalam jiwa dan sanubari umat islam melayu ,melumpuhkan perlahan-lahan semangat dan roh perjuangan kita dari terus bangkit.Maka Islam liberal,wahhabi,anti-hadis,syiah,ulamak politik dan banyak lagi pihak-pihak lain yang akan mengambil kesempatan dan tersenyum riang bila mereka dengan mudah menipu daya malah mempergunakan umat melayu-islam untuk menjayakan misi dan agenda mereka.


Oleh itu,marilah kita rapatkan saf,bersatu dalam perjuangan dan berkongsi ilmu-ilmu pengetahuan,samada ilmu agama atau ilmu duniawi kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang mahukan dunia,hendaklah dengan ilmu,sesiapa yang mahukan akhirat,hendaklah dengan ilmu dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya,maka hendaklah dengan ilmu”

Ramai dari kita yang mendakwa sudah banyak ilmu agamanya tetapi amat tipis ilmu tasawufnya,lalu kebenaran itu diukur dengan pemahaman kita sendiri,lalu ada yang tertipu dengan pandangan mata,maka taksublah hati dengan muslihat orang agama yang berjubah,berkopiah yang melaung-laungkan slogan islam ,yang mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi dan duniawi ,tetapi dari segi praktikal agamanya amat jauh lagi untuk menemui Ihsan,apatah lagi untuk hati atau Qalbunya terus-menerus berzikir mengingati Allah dalam tidur dan jaganya.

Cuba kita teliti kata-kata imam Shafie r.a ini…

“Jika kamu melihat lelaki berjalan di atas air dan dapat terbang di udara,janganlah kamu terpedaya dengannya sehingga kamu melihat amalannya terhadap Al-kitab (Al-quran) dan As-Sunnah saw”


Ilmu Tasawuf adalah inti atau teras kepada ilmu setiap pejuang di jalan Allah.Para sahabat dan ahli-ahli sufi terdahulu,kebanyakannya adalah pejuang dijalan Allah.Ada juga ahli sufi moden yang tidak mahu turut serta dalam perjuangan di jalan Allah dengan alasan jihad yang terbesar adalah jihad melawan hawa nafsu,lalu mereka mengajak pengikut mereka terus zuhud dan mengasingkan diri dari khalayak ramai.Maka tinggallah masyarakat dengan masaalah sosialnya serta krisis iman dan islam yang semakin serius tanpa bantuan atau bimbingan mereka yang tahu dalam ilmu agama.Jika semua mereka menyisihkan diri dari masyarakat,siapa lagi yang mahu menyeru manusia kearah kebaikan dan menahan manusia dari melakukan kemungkaran?siapakah pula yang akan mendidik bakal generasi akan datang? Siapakah pula yang akan berdakwah dan menyeru manusia ke jalan Allah?

Hayatilah Firman Allah dalam surah At-taubah ,ayat 41 yang bermaksud

“Dan berangkatlah kamu kemedan juang samaada dalam keadaan ringan ataupun berat,berjihadlah kamu dengan harta benda dan jiwa raga kamu dijalan Allah,yang demikian itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui”

Bukankah hakikat kewujudan kita yang sebenar ialah untuk membuat pengabdian kepada Allah SWT dan beramal hanyalah untuk Dia.Firman Allah SWT dalam surah Az-Zariyaat ayat 56 yang bermaksud:

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mengabdikan diri kepada Aku(Allah)”


Marilah bertafakur sejenak, agar kita tidak menjadi makhluk atau hamba yang tercela di sisi Allah SWT dengan menghayati Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 179 yang bermaksud :


“Mereka mempunyai hati,tetapi mereka tidak mengerti.mereka mempunyai mata,tetapi tidak melihat.mereka mempunyai telinga,tetapi tidak mendengar.mereka bagaikan binatang ternak bahkan lebih sesat dari itu lagi.Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang lupa.”








Artikel Pilihan 1


Tajuk : Dakwah dan Jihad Ahli Tasawuf

Sumber : Petikan buku : Sufi Mujahid

Karya : Syeikh Tokku Hj Ibrahim Hj Mohamad Asy Syathari, Mursyid Tarekah Syathariah Syeikh Abdul Malik(Tokku Pulau Manis)

Artikel disiarkan oleh : inkisyaf April 25th, 2007 @ http://inkisyaf.blog.friendster.com/




Sejarah membuktikan Ahli Tasawuf memainkan peranan penting di dalam usaha menegak dan mempertahankan agama Allah. Mereka bukanlah hanya menghabiskan masa dengan berzikir, tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak mengendahkan suasana di sekelilingnya. Sebaliknya mereka turut mengambil bahagian yang serius di dalam dakwah dan jihad, malah memberikan sumbangan yang besar dalam perjuangan umat Islam atau dalam jihad menentang kuffar di medan peperangan, mahupun menentang kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan golongan berkuasa.


Pembelaan para pemimpin kerohanian terhadap Islam sangat jelas di dalam lembaran sejarah. Di antaranya ialah Syeikh Hatim dan gurunya Syeikh Syaqiq. Mereka berdua telah mengambil bahagian dalam jihad di zaman mereka, dan guru beliau telah syahid di medan peperangan.


Ibrahim bin Adham, seorang wali Allah, di dalam manaqibnya ada dijelaskan bahawa beliau sentiasa mengambil bahagian dalam peperangan yang berlaku di zamannya, baik peperangan itu berlaku di darat mahupun di laut. Demikian juga Syeikh Abu Yazid Al-Bistami, beliau bukan sahaja seorang guru mursyid dan pemimpin kerohanian, bahkan merupakan seorang pejuang yang berani memasuki apa jua medan peperangan sehingga beliau sendiri pernah berkata :

“Aku telah ditetapkan Allah untuk bersama-sama dengan para mujahidin (di medan peperangan). Aku menetakkan pedang di muka musuh-musuh Allah itu bersama mereka di dalam masa yang lama.”

Dalam hal ini, Dr. Abd Halim Mahmud di dalam sebuah bukunya menegaskan bahawa Syeikh Abu Yazid ketika berada di barisan hadapan, bukan hanya semalaman bersandar di tembok-tembok kubu Islam, tetapi beliau juga terus berzikrullah tanpa putus-putus, sehingga beliau benar-benar menjadi orang Mukmin yang menepati kehendak sabda Rasulullah SAW :

“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka (di akhirat) ialah mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang celik sepanjang malam kerana menjaga (musuh) di dalam perang fi sabilillah.”


Uwais Al-Qarni adalah seorang wali Allah dan semulia-mulia tabi’in. Sejarah mencatatkan bahawa beliau telah turut sama mempertahankan Saidina Ali di dalam peperangan Siffin kerana berpendapat golongan yang menentang Saidina Ali adalah salah, dan wajib memerangi mereka sehingga mereka bertaubat dan kembali kepada jalan sebenar. Kemudian ketika tentera Islam berperang dengan tentera Rom, beliau telah sama-sama mencabut pedang dan terjun ke medan perang. Beliau telah syahid akibat mengalami kecederaan di dalam peperangan tersebut.

Dalam peperangan Salib, para ulama tasawuf telah memainkan peranan yang cukup penting sebagaimana yang dinukilkan di dalam Haqaiq ‘an al-Tasawuf :

“Dan di Mesir, di waktu tentera Salib sampai di Dimyat, golongan sufiyyah seperti Syeikh Abu Hasan Asy-Syazili, ‘Izuddin bin Abd Salam dan Abu Fath bin Daqiq al-’Iyd dan ulama-ulama lain telah memberikan khidmat yang sebaik-baiknya untuk menentang tentera Salib.”

Begitu juga dengan Imam Sanusi yang hidup di sekitar tahun 1200 Hijrah. Beliau mengetuai umat Islam menentang penjajahan Itali selama berpuluh-puluh tahun. Syeikh Abd Qadir al-Jazairi juga adalah seorang panglima dan pemimpin agung gerakan menentang penjajahan Peranchis di Algeria. Kita juga mungkin telah membaca sejarah dan menonton tayangan filem mengenai perjuangan Syeikh Umar Mokhtar yang gigih menentang penjajahan Itali di Libya di mana beliau akhirnya syahid di tali gantung.

Di benua India pula, kita menemui tokoh-tokoh perjalanan kerohanian seperti Syeikh Ahmad al-Sirhindi, Syah WaliyuLlah al-Dihlawi dan lain-lain yang sangat berjasa kepada Islam kerana jihad mereka dalam politik dan agama sehingga Syeikh Abu Hassan An-Nadwi menyebutkan pentingnya peranan mereka itu dengan katanya :

“Sesungguhnya saya sentiasa menyatakan bahawa jika tidak kerana wujudnya mereka itu dan jihad mereka, nescaya Islam telah (lenyap) ditelan oleh agama Hindu, tamadunnya dan falsafahnya.”

Di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, kita akan temui tokoh-tokoh tasawuf yang memainkan peranan penting di dalam politik dan pentadbiran negara. Pada zaman keagungan empayar Islam Acheh pada abad ke-16 dan 17, kita dapat melihat bagaimana peranan yang dimainkan oleh Hamzah Fansuri, , Syeikh Abd Rauf Singkel dan lain-lain lagi.

Sejarah kedatangan Islam di Terengganu, malah di Semenanjung Tanah Melayu juga berkait rapat dengan usaha dakwah golongan Tasawuf. Ia bermula di Kuala Berang yang menjadi pusat tamadun dan kerohanian islam pertama.

Kira-kira 700 tahun dahulu, penduduk Kuala Berang dipercayai menganut agama Buddha, kemudian Hindu dan akhirnya menerima Islam. Dakwah Islam ini telah dibawa oleh seorang ulama yang sangat berjasa kepada Nusantara ini bernama Syarif Muhammad al-Baghdadi. Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya.


Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Mekah. Selepas Mekah, Syarif Muhammad menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan kemudiannya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu. Beliau berdakwah menyampaikan Islam kepada masyarakat dan berjihad menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit.


Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu,beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan “Kota Tamir” yang terletak di kawasan seluas 300 ekar. Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam dan menjadi pengikut yang kuat. Pemerintahan dan perjuangan Baginda Syarif Muhammad diteruskan pula oleh keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok Paloh), kemudian diamanahkan kepada cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya kepada cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. Kesemuanya adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.


Tok Pulau Manis kemudiannya menubuhkan pula ‘Kota Pulau Manis’ dan mendirikan institusi pendidikan agama yang tertua dan terbesar di Tanah Melayu ketika itu. Beliau telah mengambil jalan wara’ dengan menyerahkan pemerintahan kerajaannya kepada menantunya iaitu Tun Jenal yang berkahwin dengan anaknya Siti Zubaidah. Tun Jenal ditabalkan sebagai raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.

Seorang lagi ulama tasawuf Terengganu ialah Tokku Paloh, seorang guru mursyid Tariqat Naqsyabandiah yang banyak berjasa terhadap kerajaan Terengganu dan rakyat jelata di dalam usaha menentang kerajaan British.

Salah satu peristiwa yang masyhur ialah ketika pihak Inggeris mahu berunding dengan Raja Melayu mengenai satu tempat bernama Bukit Besar yang ingin mereka miliki. Raja atau Sultan Terengganu pada ketika itu ialah Sultan Zainal Abidin III dan regu baginda ialah Tokku Paloh. Bila Inggeris bertemu baginda dan menyatakan hasrat mereka, lantas Sultan bertitah, “Negeri ini ada tuannya, hendaklah berunding dengannya terlebih dahulu.” Maksud baginda ialah Tokku Paloh.


Pihak Inggeris pun bertemu dengan Tokku Paloh dan berunding mengenai hal itu. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka, punggahlah tanahnya ke dalam kapal. Pihak Inggeris amat marah lalu bangun untuk meninggalkan majlis tersebut. Tapi dengan izin Allah dan karamah Tokku Paloh, kerusi yang diduduki pihak Inggeris melekat pada punggung mereka. Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar sahaja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi kamipun kamu mahu ambil juga”. Pergilah pihak Inggeris dengan penuh rasa malu.


Kemudian, mereka mahu berunding buat kali kedua tapi ia mestilah diadakan di atas kapal mereka yang besar itu. Bila diajukan jemputan kepada Tokku Paloh, beliau mengatakan kapal besar tak mampu bertahan kalau ia naik. Pihak Inggeris ketawa mendengar kata-kata Tokku Paloh itu.Namun dengan izin Allah dan karamahnya, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal yangbesar itu turut senget mengikut perbuatan Tokku Paloh. Hal itu menimbulkan perasaan cemas di pihak Inggeris sehingga rundingan dibatalkan serta merta.


Begitu juga dengan murid Tokku Paloh, Haji Abd.Rahman Limbong yang telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan tahun1921-1928 Masihi di Terengganu dalam mempertahankan Islam dari anasir penjajahan.

Selain itu, sejarah juga mencatatkan peranan besar yang dimainkan oleh Wali Songo (Wali Sembilan) di Pulau Jawa. Dengan usaha gigih yang dilakukan, dengan sokongan rakyat jelata, mereka berjaya menubuhkan pemerintahan Islam, menewaskan kekuasaan Hindu, mendirikan masjid,pesantren (pondok), mewujudkan keamanan dan ketenteraman dalam kehidupan masyarakat.


Sejarah Islamnya Kerajaan Pattani juga melibatkan ahli Tasawuf dengan kaedah menarik. Menurut ceritanya, tiga orang ulama sufi yang merupakan sahabat karib telah menjalankan dakwah di Patani. Mereka ialah Syeikh Shafiyuddin, Syeikh Sa’id Barsisa dan Syeikh Gombak Abdul Mubin.Sebaik tiba di Patani, mereka bertiga telah membuat pondok kecil di satu tempat bernama Kerisik. Di situ, mereka mengumpul maklumat, membuat kajian mengenai suasana dan budaya setempat serta memikirkan strategi dakwah yang sesuai kerana di masa itu Patani diperintah oleh raja yang beragama Budha.


Syeikh Shafiyuddin amat kuat beribadah, berkhalwat dan berzikir memohon pertolongan Allah dalam dakwahnya. Manakala kedua sahabatnya keluar meninjau dan mendapatkan maklumat-maklumat baru. Suatu hari, tersebarlah berita bahawa Maharaja Antira iaitu pemerintah Patani mengalami penyakit yang berat. Maka sesiapa yang dapat merawatnya akan diberi upah yang besar. Sebelum ini telah ramai bomoh yang mengubati beliau, namun tidak juga sembuh-sembuh. Apabila pegawai raja sampai ke tempat Syeikh-Syeikh ini, salah seorang dari mereka menyapa dan memberitahu bahawa terdapat seorang dukun yang sangat sakti yang mampu menyembuhkan maharaja itu. Dukun yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah Syeikh Shafiyuddin sendiri.


Keesokan harinya, ketiga-tiga orang Syeikh itu dijemput ke istana untuk mengubati raja. Sebelum upacara pengubatan dilakukan, terjadi perjanjian dimana jika raja sembuh hasil pengubatan Syeikh Shafiyuddin, maka raja mestilah menukar agama dari Budha kepada Islam. Syarat itu dipersetujui raja. Kemudian, Syeikh mula membacakan doa-doa dan ayat-ayat al-Quran.

Dengan izin Allah, tiga hari selepas itu raja pun sembuh dari penyakitnya. Tapi raja engkar dengan janjinya untuk memeluk Islam. Dengan karamah Syeikh Shafiyuddin, penyakit raja berulang semula. Maka diubati lagi seperti janji yang pertama, dan sembuh kembali. Raja mungkir lagi, tiba-tiba penyakitnya datang kembali. Diubati lagi dan sembuh semula. Akhirnya raja Budha itu pun memeluk Islam dan diikuti oleh ramai rakyatnya. Sejak itu,ketiga-tiga Wali Allah tadi mendapat tempat kedudukan yang tinggi di Kerajaan Patani.


Selain itu terdapat tokoh-tokoh lain yang juga berperanan besar dalam menegakkan Islam di Nusantara seperti Syeikh Abd Samad al-Falimbani, Syeikh Daud al-Fatani, Ismail Minangkabau, Muhamad Salleh al-Zawawi, Arshad Banjari dan banyak lagi.


Di samping itu, yang sudah termasyhur ialah seperti Imam Al-Ghazali, Syeikh Abd Qadir Jailani, Imam Hassan Al-Banna dan lain-lain. Mengenai hal ini, Al-Maududi berkata :

“Sesungguhnya mereka (ahli tasawuf) mempunyai jasa yang besar dalam penyebaran Islam di daerah-daerah yang jauh terpencil yang belum ditakluki oleh tentera-tentera Islam atau yang belum dapat ditundukkan di bawah hukum Islam. Di tangan mereka itulah, Islam tersebar di Afrika, Indonesia, pulau-pulau di Lautan Hindi, China dan India.”

Abu Hasan Ali an-Nadwi pula menukilkan mengenai dakwah Syeikh Abd Qadir al-Jailani dengan katanya :

“Kira-kira 70,000 orang telah menghadiri majlis (ta’limnya). Lebih 5,000 orang Yahudi dan Nasrani telah memeluk Islam menerusi usahanya. Lebih 100,000 orang-orang jahat dan perompak atau pencuri bersenjata yang telah bertaubat menerusi usahanya. Beliau telah membuka pintu taubat dan bai’ah seluas-luasnya, maka orang ramai yang tidak diketahui bilangan mereka itu kecuali Allah sahaja, telah masuk ke dalamnya. Sehingga akhlak mereka menjadi baik dan demikian juga keIslaman mereka itu.”


Demikianlah beberapa contoh mengenai peranan golongan tasawuf, wali-wali Allah dan pengikut perjalanan kerohanian di dalam amal dakwah dan jihad. Jelaslah bahawa golongan tasawuf bukanlah mereka yang hanya berzikir dan beramal semata-mata, malah berada di barisan hadapan dalam memperjuang dan mempertahankan Islam. Bagi setengah golongan yang meninggalkan amal-amal seperti ini, bermakna mereka telah meninggalkan sunnah Nabi SAW dan perjalanan para sahabat (radiaLahu ‘anhum).

Wallahu ‘alam.

2 comments:

rahman,ahchong,muniandy said...

(saya paste dari blog Buaya-Merah)
Demi Allah, sebarkan...Melayu Muslim dalam bahaya

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH

TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di
Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang
Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di
Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru
untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa
tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama
Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tem! pat tinggal, makan dan
minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa
Inggeris.

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan
seorang paderi besar di Malaysia , dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj
Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14, Jalan Gasing,
Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan
Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga
sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar
ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang
mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia..

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin
Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian
seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia , kemudian dilantik sebagai
pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.

Oleh! kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina
selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan
Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang
Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00
sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke
Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan.
Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau
juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan
setiausha agong Kristian Singapore... Apabila dilantik ke gereja saya masih
lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1, 400.00,
bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan
pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya
berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibr! ahim, Kadi daerah
Ipoh
dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan
Agama dan saya terus
bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama
penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak).
Cara
hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali
leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan -
Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi,
Kota
Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah
akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil,
makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak
sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi
sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum-1 minggu lidah
menjadi
hitam! , tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal
dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan

gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah , Serawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling
Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang,
ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani
Kedah.
Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.
Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution.
Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk
diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar
perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk
main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -
le! pasan
sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00
sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof

Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar
di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong
Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak
dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama
Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.
Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau
mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada
Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin
Ketingan
adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah
dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam
dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas
mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400
orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu
Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk
Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke
mahkamah
di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad
pengenalan tidak ditukar (! sukar nak dikesan) Beliau beri penerangan
kepada
1. Polis Bukit Aman, 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Bila
dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.

Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu
Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah
berdakwah
didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3... Tidak boleh makan benda! -benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia ) bapak Bruto
yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah
disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam
pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian
iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah
tangan.

PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA "Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya
Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk
suami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara-mara, sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah
'Allah hu Akbar'....maha suci Allah.

ALLAHU AKHBAR!!! ALLAHU AKHBAR!!! ALLAHU AKHBAR!!!

Thank you & regards

bola rose said...

salam saya jmpa artikel tentang ilmu tasawuf ni bahagian 4 wahh saya kagum jumpa dengan artikel ni di samping saya terus mencari sumber lain nampaknya betul tentang ilmu yg ingin saya tahu dan pelajari ni walaupun tak baca habis lagi nih. harap blogger dah pelajarinya dan boleh kongsi dengan saya nanti. cuma buat masa sekarang masih tidak ada kewangan dan masa untuk mencari guru...ok wassalam thumb up blog nih