Thursday, February 05, 2009

Pas : Politik Air Tawar,Penyembuh dan Penerang hati



Artikel oleh Sangtawal

Tajuk : PAS; Politik Air Tawar,Penyembuh dan Penerang hati:



Perkembangan terkini politik tanahair kita semakin menarik perhatian untuk dikaji.Kejadian lompat melompat parti ini semakin popular dan natijahnya sistem demokrasi yang selalu di agung-agungkan oleh barat dan beberapa pemimpin kita nampaknya terang terangan menipu pengundi atau suara majoriti rakyat.Alangkah kecewanya rakyat yang kononnya mahukan keadilan telah begitu mudah dipermainkan oleh beberapa pemimpin pujaan mereka bila pemimpin itu mudah lompat melompat dari satu parti ke satu parti yang lain.


Mereka yang suka melompat ini,tak kira dari BN atau Pembangkang,bagi saya adalah seorang yang tidak amanah dan tidak boleh dipercayai.Kerbau boleh dipegang pada tali tetapi manusia selalu berpegang pada janji.Nafsu Ammarah mereka teruja dengan sedikit habuan dunia,maka prinsip,maruah dan nilai diri sudah tiada harganya lagi.Burung mana yang tidak mahukan sangkar emas?,tetapi si burung juga pasti akan menyesal nanti bila dia terus terkurung dalam sangkar emas seperti sediakala.Dirinya kini menjadi pujaan ramai,kicauannya membelai jiwa tuan empunya diri,disanjung dan dipuji oleh kebanyakan orang,namun hati kecilnya tetap merintih meminta keadilan dan kebebasan!Maka tenangkah hati dan jiwa kita kiranya kita telah menyakiti banyak hati orang lain yang amat mempercayai kita?.



Apa yang pasti,kita jangan mudah terpedaya dengan manusia yang hatinya mudah berbolak balik,akal yang mudah dipengaruhi dan pendirian tidak tetap ini.Berwaspadalah dengan orang-orang ini.Jika dia sanggup melakukan apa saja untuk kita hari ini,tidak mustahil esok lusa dia juga boleh berbuat apa saja kepada kita demi untuk orang lain pula.



Kalau sebelum ini saya menulis tentang Pas dan politik budunya,kini saya ingin menarik perhatian kita semua untuk mengkaji beberapa elemen penting mengapa parti Pas yang kini sudah lari dari landasan sebenar perjuangan islam,untuk berjihad,berkorban jiwa demi menegakkan daulah islamiah ini masih begitu berjaya mencuri perhatian dan pengaruh melayu-islam di negara ini.



Melihat kepada politik di negeri-negeri majoriti berpenduduk melayu seperti Kelantan,Terengganu,Kedah dan Perlis,ternyata faktor agama dan mistik begitu diambil peduli oleh rakyat jelata menjadikan parti Pas lebih dekat dihati mereka berbanding Umno.



Apa tidaknya,biasanya,pemimpin Pas akan berceramah selepas majlis solat hajat beramai-ramai,majlis menyambut maulidur rasul,majlis menyambut maal hijrah,majlis menyambut hari hudud, dan banyak lagi majlis-majlis ilmu yang nampak dari luarnya begitu islamik dan mewakili seluruh kegiatan beragama dalam negeri.Jadi tidak hairanlah bila ada diantara mereka yang menggunakan mimbar atau khutbah jumaat untuk berpolitik.Oleh itu minda pendengar telah diasuh dan dididik sejak dari kecil lagi bahawa hanya parti Pas sahajalah yang lebih islamik dan sesuai dengan jiwa mereka.Apa saja yang dikatakan oleh pemimpin mereka itu dianggap benar,tidak ada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka!



Sebotol air mineral yang bernilai Rm 1 ringgit telah menjadi sesuatu yang paling berharga setelah dijampi dengan ayat-ayat tertentu oleh pemimpin yang berparti Pas.Mursyidul am Pas juga tidak terkecuali dalam hal ini,malah setiap pagi jumaat sesudah subuh,memang penuh dengan rakyat jelata sedia beratur panjang di masjid pondoknya semata-mata untuk mendapatkan air penawar,malah ada yang sanggup datang dari jauh untuk bercukur jambul bayi dan sebagainya.Alangkah puas hati rakyat jelata,dahlah dapat berjemaah subuh dengan tok guru,dapat berdoa bersama tokguru,dapat pula menjalankan urusan bercukur jambul bayi hanya dalam masa 5 minit saja.Lepas tu,bila bayi dibawa balik ke kampung,ibubapa akan merasa bangga bila mulut anaknya dibelah dengan air zam zam dan jambul anaknya dicukur oleh tokguru.Dahlah gembira bila orang tahu anak kita disentuh tangan ajaib tok guru,wang saku pun tak payah keluar banyak untuk menyediakan majlis bercukur jambul dan berselawat itu….sungguh..ianya cepat dan menjimatkan!Sebagaimana yang kita ketahui,jiwa dan perwatakan Tok guru yang lembut itu jarang menghampakan orang.Dia akan membacakan doa doa dan orang tadi biasanya balik ke rumah dengan buah tangan daripada tok guru.Anak-anak mereka tadi juga akan gembira bila dapat minum air tawar tadi sebagai penerang hati bagi menghadapi mana-mana peperiksaan!jadi,janganlah berasa pelik jika masih ada lagi segelintir rakyat kita yang membawa pen dan pensil ke rumah -rumah orang alim atau tok bomoh untuk dijampi supaya penulisan anak anak mereka dalam peperiksaan nanti akan menjadi lancar,penuh dengan isi dan fakta serta akan membawa membuahkan satu keajaiban!



Kalau di Kelantan begitu,timbalan mursyidul amnya di Perlis juga tidak terkecuali.Setiap ceramah yang dihadirinya,mesti ada segelintir rakyat yang inginkan dia membaca sesuatu ke dalam sebotol air mineral mereka.Beliau juga terpaksa hadapi fenomena yang serupa.Oleh itu tidak salah jika saya katakan bahawa mereka berdua mempunyai nilai tertentu di sudut politik tanahair kita yang tidak ada pada kebanyakan pemimpin BN.



Pas menawarkan satu perjuangan politik yang sekali sekala berkait rapat dengan unsur-unsur keghaiban manakala UMNO pula memberikan satu dimensi kemodenan.Pemimpin UMNO berkempen ke kampung- kampung bercakap berkenaan wajah –wajah islam moden,pembangunan,kestabilan politik dan ekonomi,kemakmuran,cabaran globalisasi alaf baru,tuntutan perindustrian,perpaduan kaum dan macam macam lagi yang menjanjikan masa depan negara,tetapi Pas dulunya berkempen atas isu isu murtad,kafir-mengkafir,pembangunan akhirat,tafsiran islam secara tradisional,kuasa dari langit dan alam ghaib,keadilan rakyat,pembaziran dalam pembangunan ,keyakinan kepada pemimpin agama,kehebatan dan kekeramatan ulama,yahudi-zionis , serta pengaruh syaitan dalam pentadbiran dan pemerintahan.Jadi tidak hairanlah jika rakyat negeri kelantan begitu bangga dan bersemangat untuk membela parti PAS ini.Kalau boleh biarlah negeri kelantan tetap dibawah Pas untuk selama-lamanya.Jelas sekali pendirian kebanyakan orang kelantan hinggakan terbawa- bawa kedalam lagu dikir seperti di bawah ini:




Itu cerita Pas dan prinsip perjuangan lama mereka.Namun kini,setelah terbentuknya Pakatan Rakyat,minda,prinsip,perjalanan dan halatuju politik Pas telah beralih arah.Dari membangun bersama islam,kepada negara berkebajikan dan setelah bersekongkol dengan Pakatan Rakyat demi sedikit kuasa,mereka telah menukar iltizam kearah Harapan Baru Untuk Malaysia pula.


Buat pejuang islam dan penyokong Pas,bertafakurlah seketika,renunglah dalam dalam dengan mata basirah anda,perlukah lagi anda menyokong Pakatan Rakyat?.hayatilah lagu tema pas dibawah ini –SHOUTUL AMAL-dan sedarlah,anda semua telah jauh terpesong dari landasan perjuangan yang sepatutnya ! saya bekas ahli UMNO dan bukan ahli Pas,ingin mengajak anda kembali kelandasan perjuangan sebenar seperti senikata lagu di bawah ini.




Lihat dan hayati pula lagu perjuangan di bawah ini,melodi dan lirik lagunya seakan-akan serupa.Sama ada lagu tema Pas diatas diciplak dari lagu dibawah ini,saya tidak pasti,namun kedua- duanya meniupkan roh perjuangan yang seirama!Jika anda semua berasa lagu tema diatas mempunyai visi yang sama dengan lagu dibawah,maka anda harus keluar dari pakatan rakyat untuk menjadi Ansorullah… untuk melihat daulah islamiyah kembali tertegak!!!ayuh, berjuanglah dengan semangat dan roh kebenaran…berjuanglah…biar syahid…atau menang!!!



Keyakinan yang tebal terhadap pemimpin Pas yang punyai pakej dan nilai tersendiri di bidang agama dan alam ghaib berjaya mencuit hati rakyat,lalu keyakinan itu menjadikan telinga dan mata sesetengah rakyat tertutup dan ini dipagari pula dengantafsiran tafsiran ortodoks tentang definisi ulama,peranan golongan intelektual agama dan konsep politik islam tradisional.



Ternyata di beberapa buah negeri milik Pas,politik pembangunan UMNO tidak membawa makna besar kepada golongan ini terutama yang ekstrem.Susah untuk berhujah dengan mereka mengenai rasionaliti.



Oleh itu,untuk menghadapi PRU-13 nanti,para pemimpin Umno dan para petugas pilihanraya umno mempunyai tugas berat untuk memperbetulkan interpretasi interpretasi tersebut yang berakar daripada perbezaan politik dan sistem nilai serta pandangan hidup kelompok melayu-islam di Negara ini.



Jika diletak ketepi segala emosi dan sandiwara pas,UMNO nampaknya masih tetap mewakili suara politik sederhana yang membawa harapan kestabilan dan kemajuan di negara kita ini ke sempadan yang lebih jauh.Namun Umno terlebih dahulu perlu memperbaiki segala kelemahan yang ada,rasuah politik perlu dihapuskan dan yang paling penting sekali ialah menyelesaikan krisis kepimpinan dalam parti yang dilihat sebagai lemah dan tidak berapa bijak agar UMNO dapat mengembalikan kegemilangannya dan boleh menjanjikan kemakmuran ,ketinggian martabat dan kekukuhan kuasa melayu-islam yang nilainya tidak sekali-kali setaraf dengan sebotol air tawar penerang hati pemimpin Pas.


Kesimpulannya,wahai saudaraku melayu-islam dalam dua parti yang berbeza,bersatulah kita demi agama,bangsa dan negara.Tidak ada gunanya kita bermusuhan sesama kita.Nun jauh di depan sana ada amanah besar yang perlu kita pikul bersama.Mahu atau tidak mahu,ia sudah semakin dekat menghampiri kita.Tiba masanya terpaksalah kita tempuhinya bersama!Jika tidak nampak dengan hati pandanglah dengan qalbi semoga terbuka hijab di alam anasiril arbai’e yang cahayanya putih kehijauan itu!yang lokasinya ditempat bekas ludahan iblis laknatullah kejasad Adam semenjak Adam di alam syurga lagi,dimanakah tempat itu?carilah sendiri…… moga ketemu kebenarannya.



Ingatlah saudara seagamaku sekalian,janganlah wujud golongan yang ekstrem dalam agama.Ia menjadi lebih merbahaya jika tafsiran-tafsiran agama itu dilibatkan dengan politik.Golongan ini biasanya yakin bahawa kepercayaan dan tafsiran mereka saja yang betul dan ia perlu dianuti oleh setiap orang.Mereka ini adalah dogmatik.Mereka akan cuba untuk mengenakan kepercayaan mereka itu keatas orang lain pula,atau sekurang-kurangnya tidak bertolak ansur terhadap perbezaan pendapat berhubung dengan tafsiran agama.Justifikasi agama digunakan untuk memberikan keabsahan kepada bentuk politik sesebuah masyarakat dan seterusnya Negara.



Contoh mudah ialah dalam perang iran-iraq di awal tahun 80-an dulu,tafsiran agama oleh ulama syiah ketika itu ialah seorang askar iran yang mati ketika berjuang dengan askar iraq dianggap mati shahid kerana mereka menganggap iraq adalah pro-barat ketika itu.


Hari ini di Malaysia,justifikasi seperti itu telah lama diperkenalkan seperti undi parti tertentu boleh masuk syurga,tidak sah sembahyang berimamkan orang parti lain dan banyak lagi.


Ingatlah,ekstremis agama bukan hanya terdapat dalam masyarakat islam saja,malah turut berlaku dalam agama-agama lain termasuk hindu,sikh dan kristian.masih ingatkah lagi kita di barat,tafsiran agama yang melampau telah menyebabkan berlakunya perang paling kejam di eropah antara tahun 1618 hingga 1648 yang dipanggil perang 30 tahun antara kristian Protestan dan kristian katholik yang menyebabkan pengurangan jumlah penduduk Jerman pada abad itu dari 21 juta orang pada tahun 1618 kepada hanya 13 juta orang bila perang berakhir!!!..sebanyak 8 juta orang terkorban dalam konflik tafsiran agama ini.


Oleh itu,mengapa harus ada perbezaan antara PAS dan UMNO? kita menganut satu agama dan kita semua dari rumpun bangsa melayu yang sama,mengapa harus berpecah dan bercakaran sesama kita sedangkan musuh kita dan musuh dalam selimut kita sedang bertepuk tangan dan bersorak atas kebodohan kita dan dalam masa yang sama mereka telah mengambil kesempatan merompak segala hak dan keistimewaan kita secara terhormat di depan mata kita sedangkan kita terpaksa merelakannya tanpa berbuat apa-apa.Maka carilah perbezaan dan kembalilah bersatu demi agama islam yang maha suci ini.Penyelesaian bersama tetap ada bila bertemu dengan syarat semua iblis dan Khannas yang suka membisik bisikkan keraguan dan was was dalam hati kita itu kita jauhi.


Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.
Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

Wassalam!

Sangtawal sakranta….

6 comments:

Taminsari said...

Salam singgah..

Pemimpin PAS suka menyembunyikan perkara yang sebenar dalam Islam.

Pemimpin PAS tiada rasa malu menggunakan nama ulama tapi sering kali menipu rakyat. Ini kerana pada hakikatnya mereka sedar dan mengetahui bahawa pada zaman keagungan empayar-empayar Islam dulu, orang Islam tidak sahaja menghafal al-Quran dan hadis, belajar tauhid dan belajar fikah tetapi mereka juga belajar sains, matematik, falsafah dan lain-lain ilmu dunia. Dengan cara itu mereka menjadi kuasa besar yang menguasai dunia pada zaman dulu.

Begitu juga dengan ulama-ulama pada zaman dulu bukan sahaja mengetahui ilmu fikah, tauhid dan lain-lain ilmu agama semata-mata, tetapi mereka juga mengetahui ilmu-ilmu dunia yang lain. Maka dengan itu ada antara ulama-ulama zaman dulu yang merupakan ahli perniagaan, doktor (bukan bomoh jampi), saintis, pembuat barang-barang dan lain-lain.

Disuruh bertaranum pun belum tentu Nik Aziz, Hadi, Husam dapat memberikan persembahan yang baik seperti adik-adik "Mari Bertaranum" di NTV9, inikan pula beliau meletakan gelaran khas Musyidul Am kepemimpinan tertinggi PAS kononya melambangkan pemerintahan Islam.

Dengan itu sistem pendidikan PAS yang memberi tumpuan kepada agama semata-mata seperti sering diperjelaskan oleh Nik Aziz demi melaksanakan apa yang dipanggil pembangunan akhirat adalah lari daripada ajaran Islam. Ini kerana tidak mungkin produk pendidikan PAS yang tahu cuma membangunkan akhirat dan tidak tahu pembangunan dunia boleh mewujudkan masyarakat yang ideal dalam erti kata adil, dapat mengurangkan kemiskinan ke tahap yang paling minimum dan negara menjadi aman damai dan sejahtera sebagai syarat utama untuk melayakkan dilaksana hukum hudud.

Rakyat seharusnya sedar bahawa para ulama PAS yang mendakwa diri mereka mengutamakan pembangunan akhirat itu sebenarnya mereka juga cintakan dunia kerana mereka kaya raya belaka. Contohnya kereta dan rumah mereka dan pendapatan "belakang" mereka. Dulu mereka miskin dan kini mereka kaya seperti ahli politik lain juga. Apa faedahnya mereka menjadi kaya jika betul mereka mengutamakan pembangunan akhirat terutama yang telah tua-tua itu?

Ada yang menjadi kaya secepat kilat seolah-olah mereka mendapat harta karun. Apakah betul pembangunan akhirat yang mereka laung-laungkan selama ini? Cara memomok-momokkan pembangunan akhirat oleh PAS adalah bertujuan untuk menuduh kerajaan dengan terang-terang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Ketika terlalu ghairah mereka bukan sahaja menuduh kerajaan tidak mahu melaksanakan hukum hudud, tetapi menuduh kerajaan juga tidak mahu melaksanakan hukum Islam secara keseluruhannya. Namun yang pasti PAS lah yang sebenarnya yang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud kerana ia menolak pendidikan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan dituduh sebagai sekular dan tidak Islamik.

Hakikatnya pendidikan dan pembangunan adalah merupakan di antara persiapan-persiapan awal yang diperlukan untuk melaksanakan ajaran Islam yang bersifat hukum hakam termasuklah hudud. Maka oleh kerana PAS tidak mengiktiraf pendidikan dan pembangunan, bererti ia sendiri yang menolak pelaksanaan hukum hudud atau sekurang-kurangnya meletakkan halangan supaya tidak melaksanakannya.

PAS menganggap pendidikan yang seimbang antara dunia dan agama seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai sekular. Bagi PAS, pendidikan mestilah pendidikan agama sahaja yang dianggap pendidikan yang Islamik. Dengan itu tidak hairanlah jika ada ustaz dan ulama PAS sering mengulit para pengikut dan penyokong mereka dengan dendangan? PAS mengutamakan pembangunan akhirat daripada pembangunan duniawi yang dilaksanakan oleh kerajaan?

Sekarang siapa yang tidak Islam iaitu tidak menuntut atau berusaha ke arah jalan yang sebenar-benarnya untuk membangunkan Islam dan seterusnya melaksanakan hukum Allah?

Jampi Adunan Mistik, Politik dan Agama

Melihat politik yang dibawa oleh golongan PAS lazimnya akan menemui jawapan yang sedikit berlainan berbanding pandangan sesetengah penceramah politik biasa. Faktor kemistikan dan pengaruh agama diambil kira dalam berpolitik oleh golongan PAS. Ada beberapa penceramah PAS yang berkempen terpaksa membahagikan masa antara ceramah agama, cerita politik dan keahliannya dalam bidang perubatan.

Orang yang datang mendengar kempen turut datang membawa bersama botol-botol air. Selepas selesai berceramah, terpaksa melayani permintaan orang ramai yang mengadu pelbagai masalah diri mereka, daripada masalah kesihatan hinggalah kepada kekusutan jiwa. Ada kalanya bilangan mereka yang menunggu lazimnya tidak dihampakan mereka dalam membacakan doa-doa untuk memohon kepada Allah bagi membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dialami oleh orang yang bertemunya. Selepas mendengar dan berdoa menyelesaikan masalah orang, kadangkala bertanya orang yang menemuinya sama ada "sudah menjadi ahli PAS ke belum?"

"Jika sudah, alhamdulillah. Kalau belum, kena jadi ahli PASlah". Habis sesi ceramah itu, orang yang menemuinya akan pulang membawa bersama botol-botol air tadi. Cerita doa-doa bukan terpencil dalam politik orang Melayu. Di Kelantan, sejak menjadi Menteri Besar pada tahun 1990, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang ahli politik PAS, lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir, juga terpaksa berhadapan dengan fenomena yang sama.

Sejak bertahun lalu, Nik Aziz meluangkan masa di pejabatnya di Kota Bharu untuk menerima orang ramai yang hendak berjumpanya. Terdapat orang yang berjumpa untuk mengadu mengenai hal-hal pentadbiran, dan ada masa-masanya Nik Aziz terpaksa mendengar rungutan-rungutan mereka selama berjam-jam.

Di kalangan mereka, ada juga yang datang dari luar Kelantan semata-mata untuk meminta Nik Aziz membacakan doa air penerang hati untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan. Nik Aziz yang lemah lembut jarang menghampakan orang. Dia akan membacakan doa-doa, dan orang tadi biasanya balik ke rumah dengan buah tangan daripada Menteri Besar. Anak-anaknya mungkin dapat meminum air penerang hati yang dibacakan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Apabila anak-anak mereka ini lulus peperiksaan, maka sibapa menjaja akan keberkesanan air penerang-hati kepada ahli-ahli keluarga lainnya dan ahli jemaah PAS lainnya bahawa kemujaraban air penawar Nik Aziz. Maka secara tidak langsung tergadailah AQIDAH kerana mempercayai air penawar hati Nik Aziz dan bukannya ALLAH. Begitu mudah ahli, penyokong PAS terpesong aqidah mereka.

Apa yang ditawarkan Nik Aziz dan beberapa pemimpin PAS lain tidak dapat dilakukan oleh para pemimpin UMNO. Penyelesaian masalah kehidupan dalam UMNO ialah jika rakyat sakit, mereka perlu pergi ke klinik-klinik dan hospital; kalau anda ingin anak anda berjaya, pastikan dia rajin belajar, menerima pendidikan agama dan diasuh oleh guru-guru diiktiraf dan berkelayakan yang baik di sekolah-sekolah.

Jika anak-anak anda mempunyai masalah untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman pelajaran, wakil-wakil rakyat atau Ketua Bahagian UMNO, bersedia menulis surat cadangan atau rayuan kepada Menteri dan institusi tertentu.

PAS menawarkan satu perjuangan politik yang sekali-sekala bertaut dengan unsur-unsur keghaiban dan mistik manakala UMNO memberikan satu dimensi kemodenen.

Pemimpin UMNO berkempen ke kampung-kampung bercakap mengenai wajah-wajah Islam moden, pembangunan, kestabilan, kemakmuran, cabaran globalisasi, tuntutan perindustrian, kemerdekaan, perpaduan dan seribu lagi perkataan-perkataan yang membawa kemakmuran masa depan bagi negara ini.

PAS berkempen atas isu-isu murtad, kafir-mengkafir, pembangunan akhirat, taksiran Islam secara tradisional, kuasa dari langit, keadilan peribadi, pembaziran pembangunan, keyakinan kepada ulamak dan pengaruh syaitan.

Dalam beberapa kes, strategi PAS di negeri-negeri itu dibantu oleh gambaran umum kononnya pemimpin seperti Nik Aziz dan beberapa pemimpin PAS lain mempunyai kekuatan spiritual.

Bagaimana UMNO hendak berhadapan dengan orang ramai yang percaya bahawa pemimpin PAS yang berceramah juga pada masa yang sama boleh membantu mendoakan supaya penyakit yang mereka hadapi sembuh dan anak-anak menjadi cerdik.

Keyakinan itu menjadikan telinga dan mata sesetengah mereka tertutup dan ini dipagarkan lagi oleh tafsiran-tafsiran ortodoks tentang definisi ulamak, peranan golongan intelektual agama dan konsep politik Islam tradisional.

Politik pembangunan UMNO tidak membawa makna besar kepada golongan ini terutama yang ekstrim.

Susah untuk berhujah dengan mereka mengenai rasionaliti. Amalan dan fahaman ini banyak dikalangan pengikut fahaman Syiah dimana mereka akan berhujah dalam mempertikaikan hal-ehwal Islam walaupun ada kalanya hujah-hujah mereka bertentangan daripada Al-Quran dan Hadith sahih. Mereka akan membuka kitab-kitab Syiah dalam menyangkal apa sahaja yang dipersoalkan oleh ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Para pemimpin UMNO mempunyai tugas berat untuk membetulkan interpretasi-interpretasi tersebut yang berakar daripada perbezaan system nilai dan pandangan hidup kelompok Melayu-Islam di negara ini.

Jika diletak ke tepi segala emosi dan sandiwara yang dilihat dalam kempen dan ceramah PAS, UMNO tetap mewakili suara politik sederhana yang membawa harapan kestabilan, perpaduan kaum dan kemajuan di Malaysia ke sempadan yang lebih jauh.

UMNO menjanjikan kemakmuran bangsa, ketinggian martabat dan kekukuhan kuasa Melayu-Islam yang nilainya tidak sekali-kali setaraf dengan sebotol air penerang hati.

sangtawal said...

salam buat tamingsari,

sangat setuju dengan komen saudara.

Pas perlu kembali ke landasan perjuangan islam sebenar untuk menegakkan dakwah islamiyah tanpa terpengaruh dengan anasir anasir luar dari sempadan atau gelanggang perjuangan mereka.

Jangan mencampur adukkan urusan dunia dan politik peribadi dengan agama islam yang maha suci,pun begitu politik islam juga perlu ada,tetapi mesti mengikut garis panduan al-quran dan sunnah bukan beretorik dengan negara islam dan hukum hudud saja untuk modal memancing undi tanpa memperdulikan persiapan dan pengisian kerohanian,iman,ilmu dan amal menuju kearah masyarakat Rabbaniah yang diimpikan.

Tidak dinafikan juga,memang ada segelintir ulama atau bomoh yang mustajab doanya,namun sukar dicari sekarang dan kalau ada pun boleh dibilang dengan jari.Yang banyak kita ketemui sekarang ini ialah TOK GOMO!membujur lalu melintang patah,janji masuk poket semuanya boleh!

sekian,wassalam.

jebatdurhaka said...

apakah UMNO menjanjikan dan menjaminkan bahawasanya bangsa melayu islam akan hebat dan kuat dalam dasar nasionalis yang berpaksikan ideologi kapitalis dan menjunjung demokrasi sebagai teras perlembagaan? akidah PAS dipersoal? UMNO bagaimana? mungkin tidak kerana anda semua pendokongnya. siapa mengkafirkan siapa? kenyataan anda langsung tidak mencerminkan yang anda faham perjalanan sejarah. kepada para NASIONALIS. anda sangat keliru dengan perjuangan anda sendiri,pemikiran dan kefahaman anda hanya boleh didengar oleh mereka yang buta sejarah dan tidak memahami sejarah. anda menyeru kepada penyatuan. tetapi anda sendiri tidak tahu kunci kearah penyatuan itu. anda,mereka dan kita semua perlukan khilafah yang berlandaskan alquran dan hadis.umat islam perlukan ini. seluruh manusia perlukan ini. hentikan lah hujah2 dangkal anda. hanya membuat orang yang bodoh bertambah bodoh. dan apa yang anda paparkan dalam seruan anda kearah penyatuan bila di lihat dari pendapat anda dalam ruangan komen ini hanya mencerminkan kejahilan pemikiran anda sahaja. kalau begini, saya fikir anda hanya seorang penglipur lara yang pandai bercakap tetapi tidak tahu apa yang anda cakap kan. memalukan. untuk memudahkan matlamat anda.saya fikir anda fahami sahaja khilafah dan berusaha untuk menyeru semua ke arah itu. jangan buang masa saudara ke arah perkara2 yang bodoh seperti ini. terima kasih.

fakh707 said...

betul jebat derhaka .. skong ! macam mana nk suruh umno membetulkan kepimpinan kalau masih berpegang kepada SEKULAR ? ingt lagi masa tun mahathir menghalang TG nik aziz drpd menjalankan hudud di kelantan ? anda juga kena lihat di hati anda ! kita manusia biasa , x lari dri membuat silap ..kita bukan maksum ! kalau betul2 nk kesimpulan yg baik untuk islam > semua orang islam PKR , UMNO , DAP , kluar parti ,,lompat PAS .. betul2 perjuangkan islam .. itu penyelesaian terbaek ! ingt ,,presiden pas bukan calang2 ,,jgn pakai tuduh yg bukan2 bahawa mereka sudah tunduk pada rakan2 pakatan .. assalam ..

Anonymous said...

salam semua,
sememangnya kau ni perasan bijak dan menganggap semua orang kelantan bodoh...please la...kau cerita panjang lebar pasal baca doa pada air...kau tak tahu ke bila dibaca ayat al-Quran pada air, molekul air pun boleh bertukar. apa lagi kalau dibaca oleh orang alim...orang suruh dia cukur jambul dan belah mulut bayi sebab nak ambik berkat je...kau paham ke tak ni....kalau kita nak jadi baik, berkawan la dengan orang baik...kalau kita nak jadi alim, berkawan la dengan orang alim. kalau kau kawan dengan penagih dadah, polis akan tangkap kau sekali, walaupun kau tak hisap dadah...mungkin lepas tu dilepaskan juga...tetapi terpaksa juga ke lokap dan balai untuk ujian air kencing dan lain2. kau asyik2 nak menghina ulama...kau tahu tak yang ulama tu pewaris nabi??? habis tu kau komplen macam la kau ni ulama besar....please la bro....sekarang ni ulama terbahagi kepada dua kategori...ulama kontemporari dan ulama konservatif. kau tahu mcm mana nak bezakan?? kau tengok cara berpakaian pun kau dah boleh agak. ulamak kontemporari selalunya bersongkok dan berkot dan tali leher. ulama konservatif selalunya berserban dan berjubah. ulama kontemporari ada kelulusan master dan phd dan selalunya kerja makan gaji tetapi ulama konservatif selalunya tak ada sijil2 yang besar. tetapi kau tahu ke guru ulama kontemporari untuk dapat phd tu siapa? belajar di UK dan gurunya adalah seorang Yahudi. Kalau kau tak percaya...tanya lah mantan Dekan Fakulti Islam UKM. please la bro....pilih la mana satu yang kau nak ikut...
lagi satu yang kau benci sangat dengan ulama tu kenapa? TG nik aziz tu pernah ke jentik telor kau? aku tak paham la orang bijak dan berilmu mcm kau ni jd mcm ni....kau ni agen Yahudi yang nak mengapi-apikan perpaduan melayu dan supaya org membenci ulama ke?
kau memang bagus dalam ilmu sejarah....terutama sejarah yg benar2 silam....kenapa tak kau fokus pada perkara yang kau tahu je...tak perlu kau nak sakitkan hati org lain...menganggap semua org kelantan bodoh dan sebagainya...please la bro....tolong la kau periksa juga berapa ramai ahli akademik dari kelantan? pemegang jawatan yg tinggi dan lain.
kau ni perasan bagus ke????
walaupun kau bagus dan berilmu....tetapi bila kau perasan bagus....maka kau tidak lagi bagus...fikirkan lah ye.....
wassalam.

Anonymous said...

I don't leave a response, but I looked at through a few
comments on "Pas : Politik Air Tawar,Penyembuh dan Penerang hati".

I actually do have 2 questions for you if it's allright.
Could it be only me or do a few of the comments come across like
they are left by brain dead people? :-P And, if you are
posting on additional online sites, I'd like to keep up with anything new you have to post.

Would you post a list of all of your shared sites like your linkedin profile, Facebook page or twitter feed?


Here is my web page - youtube thumbnail generator ()