Saturday, September 26, 2009

CKKAZ : Bhg 1- Projek Genom Manusia


Tajuk : Cabaran Kepada Kebangkitan Akhir Zaman(CKKAZ) :
Bhg 1- Human Genome Project

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Pada abad ke-21 ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemajuan di bidang ilmu sains dan teknologi masih didominasi oleh negara-negara maju di barat.Pada era kebangkitan akhir zaman ini umat islam sepatutnya perlu tahu apakah cabaran-cabaran tersebut supaya kita menjadi lebih bersedia menghadapi segala kemungkinannya!


Semoga kita juga tahu serba sedikit segala kemungkinan strategi perang akhir zaman atau perang alaf baru mereka untuk menguasai dunia!sesungguhnya sehingga kini, arah dan pencapaian teknologi pada abad ini seolah-olah ditentukan oleh kemajuan dan pencapaian teknologi mereka contohnya kemajuan teknologi AS telah menjadi indikator kemajuan teknologi dunia.

*radar pengesan US Army

Manusia Melayu-Muslim di Nusantara ini secara umumnya masih lagi fobia dengan ilmu sains dan teknologi terkini , apa lagi untuk berusaha mempelajarinya atau berusaha memilikinya.Walaupun ada segelintir dari kita yang mempunyai pengetahuan tentang ilmu itu,tetapi jumlahnya sangat sedikit dan boleh dibilang dengan jari! Bangsa lain nampaknya sedang memonopoli cabang ilmu yang amat penting untuk kebangkitan akhir zaman ini!

Bertitik tolak dari anggapan ilmu moden adalah saduran ilmu sekular barat warisan penjajah ditambah lagi dengan persepsi salah oleh ulamak berfikiran kolot bahawa pembelajaran ilmu dibidang sains dan teknologi hanya membaratkan budaya melayu-islam timur , maka anjakan persepsi perlu dibuat semula oleh generasi akhir zaman ini bahawa ilmu sains dan teknologi adalah perlu dipelajari,diterokai dan diaplikasikan dalam kehidupan ini selari dengan perkembangan terkini teknologi tanpa meninggalkan ilmu agama yang bersumberkan Al-Quran , hadis dan sunnah rasul sebagai teras pendidikan yang wajib!

Sesungguhnya satu revolusi persepsi dan sikap perlu dibuat agar kita semua menjadi sedar tentang betapa pentingnya ilmu sains dan teknologi di zaman serba moden ini tanpa menidakkan ilmu asas agama sekiranya kita mahu menjadi generasi yang ingin turut serta dalam era kebangkitan akhir zaman!

Sekiranya kita masih berfikiran kolot dan sempit,maka sudah pasti kita akan berada ditakuk lama! Dan inilah sebenarnya yang Dajjal mahukan.Dajjal mahukan kita bersungguh-sungguh mengejar benda-benda yang palsu,benda yang tidak kekal dan benda yang sia-sia!contohnya ialah mereka sendiri mengumpul dan menyimpan emas, manakala manusia lain ditipu dan dikaburkan dengan sehelai kertas yang tertulis angka-angka Dollar atau Ringgit dimana sejarah telah membuktikan bila nilai matawang menjunam angka-angka yang tertulis di kertas itu sudah tidak bernilai lagi!

Itulah sebabnya seawal tempoh penjajahan barat ke atas tanah melayu dahulu mereka menggalakkan masyarakat kita hanyut dalam budaya menora, makyung, wayang kulit, gasing, wau, puja umur sultan, belaga ayam dan lembu , nelayan dengan sampan kecil dan lautnya, petani dengan cangkul,kerbau dan sawahnya…. sementara mereka sibuk membolot segala hasil bumi kita seperti bijih timah, bijih besi , emas, getah dan rempah ratus untuk dibawa pulang ke negara mereka! Dijual dan di dagangkan untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan dan berlipat kali ganda.


Percayalah,perang akhir zaman ini bukannya perang secara berdepan satu lawan satu lagi, bukan juga perang menggunakan sesumpit atau buluh runcing lagi tapi perang alaf baru! Perang yang lebih bercorak teknikal dengan bantuan sains dan teknologi! Dari pesawat tempur tanpa pemandu kepada kelengkapan perang bersistem nanoteknologi!


Apakah kita mampu menangkis serangan mereka dengan hanya duduk dipondok-pondok berdinding buluh atau kubu bawah tanah mengamalkan isim-isim kebal dan mengamalkan ilmu-ilmu karut marut lagi? apakah kita mampu melawan mereka hanya dengan menggunakan bom petrol atau bom buatan tangan yang dibaling secara sembunyi-sembunyi dan takut-takut? Apakah kita rela melihat anak-anak kecil kita mati berlumuran darah dijalanan dengan lastik dan sebutir batu kerikil ditangannya? Sudah tentu tidak!!!


Seorang ahli fizik Amerika berketurunan Jepun iaitu Michio Kaku,menulis dalam bukunya berjudul Visions: How Science Will Revolutionize the 21st Century yang diterbitkan pada tahun 1997 merumuskan bahawa ada tiga revolusi di bidang sains yang sedang terjadi di AS iaitu bidang Bioteknologi,Nanoteknologi dan Infoteknologi.

Pada 27 Hb Jun 2000, sebuah akhbar harian terkemuka New York Times memaparkan berita di muka depannya berjudul "Genetic Code of Human Life Is Cracked by Scientists". Berita itu diulas dalam dua artikel dimuka depan akhbar itu! ditambah pula ulasan khusus di bagian Science Times.Artikel tersebut menerangkan bahawa 90% uraian genom manusia telah berhasil dipetakan, dan uraian yang hampir lengkap ini dinamakan working draft. Pada pertengahan bulan Februari tahun 2001, majalah Nature dan Science memuatkan beberapa artikel yang menganalisa hasil working draft genom manusia tadi.

Projek Genom Manusia (Human Genome Project atau singkatannya HGP) ialah projek penyelidikan saintifik antarabangsa dengan matlamat utama untuk menentukan turutan pasangan bes kimia yang membentuk DNA dan untuk mengenalpasti dan memeta lebih kurang 20,000 hingga 25,000 gen genom manusia dari segi fizikal dan fungsi.



Projek ini bermula pada tahun 1990 dan pada awalnya diketuai oleh James D. Watson dari Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat. Draf kertas kerja genom dikeluarkan pada tahun 2000 dan siap pada tahun 2003, dan sehingga sekarang analisis lanjutan masih diterbitkan. Projek yang serupa dilakukan oleh Celera Corporation iaitu sebuah syarikat swasta . Pemimpin perusahaan itu, Dr. Craig Venter, bersama dengan pimpinan Human Genome Project, Dr. Francis Collins diundang oleh mantan Presiden Clinton untuk mengumumkan working draft tersebut pada akhir Jun 2000.

Kebanyakan kajian urutan gen yang dibiayai kerajaan dibuat di universiti dan pusat penyelidikan dari Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand dan Britain. Pemetaan gen manusia merupakan langkah penting dalam pembangunan untuk memajukan perubatan dan aspek penjagaan kesihatan lain.

Seperti yang kita ketahui, DNA atau Deoxyribonucleic Acid adalah pita molekul yang ditemukan di dalam kromosom di dalam setiap sel di tubuh manusia. Ciri-ciri yang diturunkan oleh ibubapa kepada anaknya tersimpan dalam DNA. Maka boleh dikatakan bahawa pemetaan genom manusia yang dilakukan di Human Genome Project ini sama saja seperti menemukan cetak biru (blue print) informasi genetik manusia.



Betapa pentingnya HGP ini diwar-warkan terutamanya dalam bidang perubatan, contohnya , sekiranya kita mengetahui cetak biru ini maka hal-hal seperti penyakit keturunan akan dapat kita ubati diperingkat yang paling asas melalui kaedah gene therapy. Oleh itu, informasi mengenai genom manusia ini juga amat berguna sekali kepada industri-industri farmasi di mana ubat-ubatan untuk berbagai jenis penyakit di masa- masa akan datang dapat dicipta sesuai dengan DNA individu masing-masing . Dengan kaedah ini, kesan-kesan sampingan dari sesuatu ubat tersebut juga akan dapat diatasi.



Kini projek HGP telah selesai memetakan genom manusia dengan ketepatan 99.99%.

Dr. Collins menyatakan bahwa AS telah menyelesaikan projek ini mendahului waktu yang ditetapkan dan menelan belanja dibawah anggaran sebenar. Projek yang dijangka memakan waktu 15 tahun dengan peruntukan dana US$ 3 Million ini diselesaikan dalam waktu 13 tahun dan hanya menelan belanja US$ 2.7 Million.

Mengapa AS sangat teruja dan sanggup menghabiskan berjuta-juta Dollar untuk membangunkan HGP ini ? Ini adalah kerana apabila mereka sudah mengetahui turutan kod genetik manusia dengan berselindung disebalik HGP, maka senanglah mereka memanipulasikannya demi mengaut keuntungan yang lumayan!

Dengan alasan untuk pembangunan dan perkembangan teknologi perubatan demi kebaikan masyarakat dunia, mereka berselindung disebalik syarikat-syarikat gergasi besar Ubat dunia, mencipta virus ,ejen penyakit dan sekaligus mencipta penawarnya pula.Mereka sebenarnya bermain wayang dengan kos yang sedikit, dengan pelakonnya adalah manusia yang tidak berdosa lalu menjadi korban atas kegilaan mereka mengaut keuntungan besar hasil penjualan ubat-ubatan mereka!



Jadi, bila pola pemikiran kita sudah berubah sampai ketahap yang kritikal dan analitikal seperti ketahap molekul / cellular level,maka pelbagai teori konspirasi menjelang alaf baru seperti penciptaan senjata biologi, penghasilan vaksin palsu dan penyuntikan cip berserta vaksin kedalam tubuh badan manusia adalah menjadi tidak pelik dan boleh jadi benar !!! Itulah tahap pemikiran yang kita mahukan! inilah tahap pemikiran generasi akhir zaman yang ingin kita jana!

Bayangkanlah bila kita dedahkan teori konspirasi ini beserta dengan fakta-fakta saintifik kepada ulamak kolot dan jumud, sudah pasti mereka akan mengatakan semua ini adalah karut dan tidak masuk akal!!! Ini semua tidak penting, Lebih baik katanya kita pergi ke masjid dan berdoa banyak-banyak menolak bala, semua itu adalah qoda qadar Allah swt, maka terimalah ia seadanya!!! Apakah kita boleh berkata begitu sedangkan usaha kita tak seberapa mana!!! Maka berterusanlah kita dari satu generasi ke satu generasi lain berada dalam keadaan bodoh dengan mentaliti bertahap lebai kampung yang jumud dan bodoh sombong! Sebenarnya merekalah pendusta besar! Seorang yang hipokrit dan faktor utama penyumbang kepada kemunduran ummah!

Mari kita baca sejarah manusia yang pernah ditipu dan dimanipulasikan oleh mereka yang berkepentingan! Mari kita belajar dari sejarah agar sejarah seperti itu tidak berulang kepada kita!

* Pulau tristan

Tristan da Cunha adalah nama sebuah pulau kepunyaan Inggeris yang terletak di tengah Samudera Atlantik. Pulau ini sangat terpencil karana daratan paling dekat, Afrika Selatan, berjarak lebih dari 2.800 kilometer. Pulau kecil yang berpenduduk sekitar 1,200 orang dengan punca pendapatan utama perikanan ini telah menjadi perhatian dunia kerana ciri kesihatan penduduknya yang unik. Walaupun mereka jauh dari pencemaran udara , 1/10 penduduknya adalah penderita penyakit pernafasan asthma. Angka ini 10 kali lebih besar dari keseluruhan jumlah penderita asthma di kota metropolitan yang tingkat pencemaran udaranya tinggi.

Asthma adalah penyakit yang disebabkan oleh berbagai faktor, termasuk factor keturunan. Sehingga saat ini belum ada ubat yang mampu menyembuhkan penyakit ini. Keadaan di Pulau Tristan menunjukkan faktor keturunan yang disebabkan oleh pengaruh genetik mungkin berperanan besar.

Menurut catatan sejarah, pulau ini pada awalnya dihuni oleh tiga orang dari Inggeris pada tahun 1916 dan sejak itu migrasi penduduknya keluar atau masuk ke pulau itu hampir tidak ada. Oleh itu , isolasi gen yang bertanggung jawab terhadap penyakit asma boleh dikaji keatas penduduknya dengan baik di pulau yang terpencil dan jauh dari ganguan manusia luar ini! sebuah penemuan yang akan merevolusikan dunia perubatan terutamanya bagi penyakit asma yang dideritai oleh ratusan juta jiwa di seluruh dunia.

Keadaan ini mendorong satu pasukan perubatan dari Toronto University di Kanada yang dipimpin oleh Professor Noe Zamel untuk melakukan penelitian di Pulau Tristan tahun 1992. Seperti yang diduga, hanya dalam waktu lima tahun, gen yang menyebabkan penyakit asma telah ditemui terletak pada kromosom bernombor 17 dan disebut asth1. Paten ke atas gen ini diperoleh di Amerika pada tanggal 11 Julai 2000 dengan judul Asthma Related Genes.

Sebagaimana yang kita ketahui, Amerika adalah sebuah negara Polis Dunia yang mempelopori pemberian paten terhadap makhluk hidup dari tikus makmal hingga bakteria dan komponen di dalamnya, misalnya gen, protein, dan lain-lain lagi asalkan memenuhi syarat-syarat utama berupa penemuan yang baru serta memiliki prospek perniagaan yang berorientasikan keuntungan!

Penduduk Pulau Tristan sedikitpun tidak diberitahu atau dimaklumkan sama sekali mengenai tujuan dan kemungkinan data genetic mereka telah dimanipulasikan oleh pihak lain untuk mengaut keuntungan yang besar! Mereka hanya diberitahu bahawa pemeriksaan dan pengambilan sampel darah mereka adalah satu kaedah pemeriksaan fizikal perubatan yang biasa saja,tidak lebih dari itu!

Selepas itu Toronto University kemudiannya telah memindahkan status pemilikan hak paten itu pada perusahaan bioteknologi Amerika, Axys Pharmaceuticals, lantas terus menyuntik dana sebanyak 20 juta dollar AS untuk tujuan penyelidikan dan penelitian yang lebih mendalam.

Selepas itu Axys Pharmaceutical berhasil menjual lesen penggunaan paten itu kepada perusahaan farmasi multinasional yang berpusat di Jerman, Boehringer Ingelheim, sebanyak 32 juta Dollar AS untuk kajian dan penyelidikan mencipta ubat dan hak untuk mendapatkan tambahan 32 juta Dollar AS lagi bila ubat itu berhasil dipasarkan nanti. Jadi Axys Pharmaceutical telah mendapatkan keuntungan atas angin sebanyak 64 juta Dollar AS dalam masa sekelip mata!

Nah,bayangkan, dari genom 248 orang di pulau terpencil, telah lahir bisnes jutaan Dollar As di antara dua benua yang mengapit pulau itu, iaitu benua Amerika dan Eropah, sementara penduduk Pulau Tristan tidak mendapatkan imbuhan apa-apa.

Sebagaimana diakui oleh mantan Wakil Presiden Axys, Jeff Hall, para investor yang memberikan dana untuk menjalankan perusahaan ini tidak peduli dengan apa bentuk penelitian, kecuali bagaimana mendapatkan keuntungan.

Contoh kedua dari sejarah tentang bagaimana mereka yang bodoh dan lemah amat mudah dimanipulasikan ialah seperti apa yang berlaku kepada suku Guaymi di Panama.Suku ini adalah salah satu suku Indian yang tinggal di pendalaman hutan Panama sejak diusir oleh penjajah sepanyol pada abad ke-15 lagi.Penempatan mereka agak terpencil dan jauh dari dunia luar.Tiba-tiba di awal tahun 90an dahulu mereka didatangi oleh penyelidik dari Centers for Disease Control and Prevention (CDC) ,Amerika.Dengan dalih atau alasan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, darah penduduk setempat diambil.

Suku Guaymi juga tidak mendapatkan penjelasan untuk apa sebenarnya sampel darah mereka diambil.Sehingga pada tahun 1993, sebuah LSM Kanada mendakwa bahawa Jabatan Kewangan Amerika sedang mendedahkan paten berkenaan dengan hasil penyelidikan tersebut. Ternyata, suku ini diketahui tahan terdapat satu jenis penyakit sel darah putih yang disebabkan oleh virus bernama HTLV. Dengan meneliti genom suku yang tinggal terpencil ini pasukan penyelidik itu telah menemui satu gen yang menyebabkan kekebalan itu.

Bagaimana sebuah kerajaan Amerika yang mendakwa diri mereka adalah negara berdaulat ,penyelamat dunia,pelindung hak asasi manusia,memperjuangkan keadilan dan sebagainya telah menipu dan cuba untuk mendapatkan keuntungan dengan cara seperti ini?

Menurut pengakuan salah seorang anggota pasukan penyelidik itu, Profesor Michael Lairmore di Ohio State University, Masyarakat yang mulai sedar akan tujuan kerajaan Amerika itu mengharapkan agar keuntungan dari penjualan lesen dan paten itu dikembalikan semula kepada rakyat bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat.Akibat tuntutan dan desakan suku Guaymi, usaha untuk menjual paten yang kontroversi itu akhirnya ditarik balik dari kerajaan Amerika.



Dalam hal ini, langkah yang diambil oleh negara Iceland baru-baru ini, mungkin boleh dijadikan contoh kepada negara lain yang cuba di manipulasikan oleh Amerika dan hal pemburuan kajian gen ini.Iceland adalah negara pulau berdekatan dengan Kutub Utara, berpenduduk 280.000 orang. Bangsa Viking menjadi nenek moyang penduduk pulau itu yang mulai tinggal sejak abad ke-9. Kerana lokasinya yang cukup jauh dari Benua Eropah mahupun Amerika yang mengapitnya , hampir tidak ada percampuran dengan bangsa lain. Sehingga mirip dengan Pulau Tristan, menjadi lokasi yang menarik untuk penelitian gen penyakit keturunan, namunPemerintah Iceland bijak memutuskan untuk bekerja sama dengan perusahaan bioteknologi yang berpangkalan di Amerika, deCODE Genetics, untuk melakukan pencarian gen secara legal.

Pemerintah memberikan deCODE monopoli akses kepada seluruh data kesihatan penduduk dan penelitian sampel untuk penelitian yang diperlukan selama 12 tahun. Sebagai gantinya, decode akan menanggung dana kesihatan masyarakat dan membiayai dana penyelidikan dalam jumlah yang sangat besar.

Kerjasama ini diputuskan melalui persetujuan lembaga perwakilan rakyat Iceland dan badan perundangan sejak tahun 1998 dengan sebuah undang-undang bernama “Act on a Health Sector Database”. Walaupun hanya baru dua tahun berjalan, deCODE mendakwa telah berhasil menemukan gen-gen penyebab penyakit penting seperti Alzheimer sehingga optimistis akan meraut keuntungan yang besar dalam jangkamasa terdekat.

Apa yang ingin saya tekankan disini ialah bila kita membicarakan hal penduduk di Negara ini yang pelbagai kaum atau etnik ini,sudah pasti ia akan menjadi satu destinasi idaman para pemburu gen dari negara-negara maju, baik yang legal maupun ilegal.

Kemajuan teknologi pembacaan genom, misalnya, akan menjadi pencabar sengit di bidang bioteknologi yang diramalkan bakal menjadi “new economy” setelah teknologi di bidang informasi kini sedang pesat membangun!

Namun,apakah Negara kita mampu berdepan dengan cabaran ini,iaitu kerakusan barat memanipulasikan gen kita sesuka hati mereka atas nama penyelidikan dan perubatan padahal mereka sebenarnya mahu mengambil keuntungan dari keterlekaan dan kebodohan kita nanti.Apakah perlu ada satu undang-undang berkaitan genom ini di negara kita? Persoalan ini saya serahkan kepada pihak kerajaan dan pemerintah untuk menyelesaikannya sebelum suatu hari nanti orang lain akan mendakwa gen kita adalah milik mereka!

Sekarang,mari kita lihat apa pula kesan pengetahuan berkaitan Genom Manusia dari sudut yang lain pula! Tentu kita masih ingat peristiwa penipuan serangan 11 september yang menyaksikan dua menara kembar World Trade Center di New York jatuh tersungkur menyembah bumi kononnya angkara pengganas/terrorist! Jika anda masih ingat peristiwa itu,maka senanglah bagi saya menjelaskan kemana pula hala tuju penyelidikan tentang genom manusia ini ingin dibawa sebenarnya .

Merekalah sebenarnya yang sedang giat mencipta senjata biologi lalu menuding jari kearah orang lain sebagai kambing hitam dengan menjaja Modus Bioterorisme .Sampul surat yang diisi dengan spora bakteria Bacillus Anthracis telah meragut banyak nyawa seterusnya memberi ancaman serupa di Eropah dan Jepun telah menimbulkan ketakutan pada surat yang telah menjadi media komunikasi paling umum dalam masyarakat.

*Cara jangkitan Anthrax


Senjata biologi sering disebut sebagai “senjata nuklear orang miskin” (Gould, 1997).Kos teknologi yang diperlukan untuk membuat senjata biologi jauh lebih rendah dan mudah dibanding senjata nuklear atau kimia.Walaupun begitu kesan dari senjata biologi ini amat menakutkan masyarakat dunia hari ini!Menurut laporan Office of Technology Assessment di Konggres Amerika pada tahun 1993, 100 kg spora Bacillus anthracis yang disebarkan keatas ibukota Washington mampu mengorbankan 3 juta nyawa! Dalam kenyataannya, penyebaran bakteri serupa dari instalasi pembuatan senjata biologi Rusia di kota Yekaterinburg pada tarikh 2-3 April 1979 telah mengorbankan puluhan ribu nyawa terkorban di daerah sekitarnya menurut laporan Union for Chemical Safety, walaupun laporan rasmi pemerintah hanya 66 orang yang terkorban! (Graeves, 1999).

Berbeza dengan senjata nuklear, senjata biologi mempunyai banyak jenis dan variasi. Walaupun senjata kimia juga mempunyai banyak jenis (seperti gas sarin, gas VX, sianida dan sebagainya), namun oleh kerana senjata biologi menggunakan agen hayat seperti virus dan bakteria, maka jumlahnya cenderung bertambah dengan munculnya berbagai jenis penyakit berjangkit memrbahaya baru seperti virus Ebola, virus Lassa dan lain-lain lagi termasukyang terkini iaitu virus H1N1 juga berkemungkinan besar adalah virus yang telah dicipta oleh mereka! Pihak Rusia dan Amerika telah mengenalpasti 2 jenis bacteria yang sesuai untuk dijadikan senjata biologi iaitu Bacillus anthracis, penyebab penyakit anthrax dan Yersinia pestis penyebab penyakit pes.Bakteria lain yang dikenalpasti ialah Clostridium botulinium yang racunnya menyebabkan penyakit botulism dan Francisella tularensis (tularaemia) .Oleh kerana bacteria itu sudah lama dikenalpasti dan kini sudah ada berbagai ubat antibiotic dan vaksin untuk mencegahnya ,maka pilihan mereka pada alaf baru ini ialah virus pula!

Yang sebenarnya lebih menakutkan kita adalah senjata biologi dengan agen yang telah direkacipta secara bioteknologi sehingga tahan atau resistance terhadap antibiotik, tahan antivirus dan boleh berubah bentuk setelah ia menyerang seseorang ! Sifat seperti ini biasanya hanya ditimbulkan oleh kumpulan gen sederhana atau bahkan gen tunggal, sehingga mudah dipindahkan dari satu jenis virus ke satu jenis virus yang lain. dengan resistensi terhadap 16 jenis antibiotik.

Prinsip rekacipta lain dengan teknologi yang disebut “evolusi yang diarahkan” (directed evolution) bukanlah perkara yang baru! Kaedah ini telahpun dikembangkan buat pertama kalinya pada tahun 1994 oleh Dr. Willem Stemmer iaitu seorang penyelidik di perusahaan bioteknologi, Maxygen yang berpangkalan di kota Redwood, California.

Kaedah yang berdasarkan pada pertukaran fragmen DNA secara spesifik, atau disebut dengan istilah DNA shuffling, ini pertama kali diterapkan pada gen tunggal yang mengkode sebuah protein. Namun kemudian dikembangkan untuk level yang lebih besar, yaitu kumpulan gen sampai kepada genom. Dr .Willem Stemmer yang kini menyandang jawatan sebagai wakil presiden perusahaan tersebut telah berhasil merekacipta bakteria Escherichia coli yang memiliki resistensi terhadap antibiotika Cefotaxime, 32 ribu kali lebih tinggi. Pengetahuan terkini terhadap turutan lengkap genom berbagai bakteria patogen seperti penyebab TBC, kolera, leprosi dan lain-lain, akan lebih memudahkan rekacipta bakteria dengan daya bunuh yang lebih hebat, menggunakan kaedah ini.

Wahai bangsaku yang sedang lena, mengapa sukar untuk kamu berprasangka bahawa serangan wabak selsema babi oleh virus H1N1 ini mungkin adalah satu ujian kepada senjata biologi mereka yang lebih merbahaya selepas ini!

*Serangan Virus Inluenza A H1N1

Bukti jelas pihak barat sedang melakukan ujian keatas senjata biologi ialah ketika pasukan penyelidik dari CSIRO-Australia yang dipimpin oleh Dr. Ronald J. Jackson telah menerbitkan hasil kajian mereka dalam Journal of Virology edisi Februari 2001, memberikan gambaran yang jelas tentang usaha mereka itu .Mereka telah melakukan rekacipta pengubahsuaian genetik terhadap Virus Mousepox untuk mengawal tahap kesuburan tikus. Sebelum itu Virus ini tidaklah begitu merbahaya, namun setelah mereka mengkodkan satu gen protein interleukin-4, Virus mousepox tersebut menjadi sangat merbahaya dan boleh mematikan tikus itu.

Pada asalnya tujuan kajian mereka hanyalah untuk meningkatkan efisiensi virus menurunkan kesuburan tikus dengan memperbanyak produksi antibodi terhadap sel telurnya sendiri, namun mereka mendapat keputusan lain yang diluar dugaan lalu menggemparkan masyarakat ilmiah karena virus mousepox merupakan keluarga terdekat virus smallpox penyebab penyakit cacar. Justeru itu dapat dibayangkan bahawa teknologi ini sangat berkemungkinan besar diterapkan kepada virus cacar yang menduduki peringkat pertama dalam tingkat kebahayaannya sebagai senjata biologi pula!

Mengapa mereka memilih virus sebagai senjata biologi yang paling ampuh untuk persediaan akhir zaman mereka seperti virus H1N1???..sila baca artikel saya sebelum ini berkaitan dengan Hikmah Pengharaman Khinzir dan H1N1 Bukan hantu,apa tindakan kita? Anda akan ketemui jawapannya!

Saudara,kita telah berbicara panjang lebar tentang senjata biologi, oleh itu marilah kita menoleh ke sekeliling kita pula.Apakah ancaman yang paling besar bagi kita yang sedang menanti???


Baiklah…kembali kita kepada perbincangan awal kita tentang Human Genom Project.Negara manakah di rantau Asia ini yang sedang giat membangunkan HGP ini?.Negara manakah sekarang ini yang sedang giat melobi para cerdik pandai dan cendikiawan nusantara untuk turut serta membangunkan HGP ini kalau bukan Negara jiran kita iaitu Singapura!


Tahukah anda Institut Genom Singapura telah menerima dana ratusan juta Dollar untuk membangunkan teknologi genetik mereka.Ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang di asaskan oleh Human Genome Organization(HUGO) asia pasifik bagi membangunkan Pan-Asia Inisiatif SNP.Tujuan utama penubuhannya adalah untuk mengadakan pangkalan data SNP atau Single Nucleotide Polymorphisms ( Polimorfism nukleotida tunggal) bagi etnik-etnik di Asia!



HUGO berhasrat untuk menjalankan satu kajian mengenai kepelbagaian genetik di rantau ini dalam usaha membantu penyelidikan agar lebih memahami skop perbezaan genetik dikalangan penduduk-penduduk di rantau Asia dengan kata lain ia akan menjadi tempat menyediakan maklumat terperinci dan komprehensif mengenai genetik penduduk di rantau ini!

“Hasil kajian ini akan mewujudkan satu pangkalan data awam bagi membantu penyelidikan dalam mengetahui kepelbagaian genetik penduduk Asia” – kata Prof Edison Liu dari Genome Institute Singapore yang menganjurkan persidangan HUGO Asia Pasifik ke-5 di Singapura baru-baru ini!

Mengapa Singapura??? Ada apa dengan Singapura???

Mengapa mereka tertarik dengan penduduk Nusantara???

KERANA….

Separuh dari etnik atau kaum di dunia ini tinggal di Nusantara atau rantau Asia ini seperti melayu,cina,India,iban, kadazan dan lain-lain.

“Sudah pastilah mereka berkongsi sesetengah ciri-ciri genetik unik sejak berabad lamanya atau memiliki sedikit kelainan genetic tertentu” kata Prof Dr Mohd Nizam Isa,pakar genetik Malaysia.

Mengulas lanjut berkaitan projek tersebut,katanya lagi inisiatif ini diambil dengan tujuan untuk mencirikan kepelbagaian genetik keseluruhan penduduk asia dan membangunkan pangkalan data kepelbagaian SNP yang bermanfaat untuk kegunaan semua.

HUGO setakat ini ingin mengumpulkan kepelbagaian kod-kod genetik yang membezakan antara satu-satu etnik di Rantau Asia.

Sudah pasti, sekiranya projek ini benar-benar terlaksana,pembongkaran mengenai kod genetik ini memang menakjubkan kerana melaluinya tersirat rahsia ciri-ciri kepelbagaian genetik antara etnik. Disitulah tersimpannya maklumat-maklumat migrasi, kejadian satu-satu penyakit dan bagaimana perubatan dapat dibangunkan untuk merawat penyakit-penyakit tersebut.



Saintis hanya memerlukan 20 hingga 100 orang untuk mendermakan sample darah mereka dan persetujuan mestilah mengikut piawaian etika antarabangsa,namun adakah piawaian etika itu benar-benar akan dipatuhi oleh kedua-dua pihak?

Kita tidak mahu sejarah manipulasi genetik kepada penduduk Pulau Tristan berulang di bumi Nusantara ini,dan jika projek ini ingin dibangunkan juga oleh Negara ini, maka contoh terbaik untuk diikuti ialah sebagaimana apa yang terjadi di Iceland!

Apa yang saya bimbangi kini ialah sekiranya terkumpul seluruh data genetik setiap penduduk nusantara ini samaada secara legal atau illegal, kemungkinan akan berlaku kebocoran maklumat itu ke tangan pihak-pihak yang berkepentingan tetap ada.Ini tidak mustahil memandangkan kini teknologi komputer terus berkembang dari hari ke hari.

Pernahkan anda dengar berkenaan bioinformatics?. Cabang ilmu ini tidak jauh bezanya dengan ilmu teknik informasi (information technology/computer science) Cuma bezanya ialah, bioinformatics lebih cenderung digunakan pada penelitian perubatan.

Bioinformatics adalah ilmu yang menyediakan program atau teknologi komputer untuk memudahkan para peneliti dalam mengumpulkan dan menginterpretasi data. Ilmu ini mulai berkembang sejak Human Genome Project selesai pada tahun 2003.Rujukan dari pangkalan data genom yang banyak itu sudah pasti memudahkan lagi para penyelidik menggunakannya di masa akan datang.

Bioinformatics seterusnya akan dikembangkan kepada genome browsers pula. Tiga genome browsers terbesar setakat ini yang sering digunakan adalah National Center for Biotechnology Information (NCBI – Klik sini ) , EMBL-EBI-Sanger Istitute ( Ensembl – Klik Sini ) dan University of Carolina Santa Cruz (UCSC – Klik Sini ) . Ketiga genome browsers itu tidak hanya menyediakan data genom manusia tetapi juga data genom haiwan.

Selain itu , tersedia pula Online Mendelian Inheritance in Man (OMIM - Klik Sini ) yang menyediakan informasi gen dan penyakit serta sejarah penerbitan atau rujukan dari hasil-hasil penyelidikan sebelumnya.

Inilah diantara cabaran-cabaran utama kepada kebangkitan akhir zaman iaitu dibidang bioteknologi dan bioinformatics.Apakah kita mampu menghadapi cabaran ini sekiranya kita tidak mahu berusaha mempelajari ilmu sains dan teknologi?

Antara cabaran lain kepada kebangkitan akhir zaman ialah di bidang Nanoteknologi. Teknologi Nano ialah teknologi yang berbasis skala nanometer (1 nanometer = 10-9 m) . Skala ini sangat kecil, jauh lebih kecil dibanding mikroteknologi yang berada di skala mikrometer (1 mikrometer = 10-6 m). Berbagai jenis alat yang dibentuk pada skala nanometer dapat merevolusi bidang perkomputeran, informasi dan teknik di alaf baru! Bayangkanlah sistem peralatan perang mereka yang canggih dan bersaiz nanometer ini telahpun diajukan dan dihalakan kepada kita sekian lama!

Itu semua tidak mustahil jika kita lihat kepada kemajuan di bidang infoteknologi.Sebagai contohnta, W3 consortium (sebuah konsorsium yang diketuai oleh Tim Berners Lee, penemu world wide web) telah mengeluarkan bentuk programming code baru untuk merekacipta situs-situs di internet. Bahasa baru ini-yang diberi nama Extended Markup Language (XML)- akan menggantikan HTML dengan fleksibiliti design yang tinggi. Istilah-istilah seperti neural network, fuzzy logic, genetic algorithm, distributed intelligent, DNA dan Quantum Computing di berbagai media massa menjustifikasikan bahawa kedua-dua bidang bioteknologi dan infoteknologi adalah saling berkaitan dan kini ianya semakin penting dan berkembang.

Wahai saudara seagama sebangsaku sekalian, semoga kita sama-sama mengejar ilmu sains dan teknologi tanpa meninggalkan ilmu agama ,agar kedua-dua disiplin ilmu itu seimbang dan semoga kita menjadi satu bangsa / umat yang boleh bersaing demi menghadapi kebangkitan akhir zaman!

Sedarlah,Bangsa kita dirumpun Nusantara ini telah menjadi perhatian Dajjal Laknatullah sekian lama! Mereka sebenarnya takut dengan kebangkitan kita dari timur! Kerana mereka tahu disinilah tempat tinggalnya anak cucu Nabi Muhammad SAW yang akan bangkit menentang mereka nanti.Itulah sebabnya mereka berusaha menjadikan Negara Singa sebagai Pengkalan Tentera mereka.Anda semua berfikirlah dengan baik kenapa Negara Singa telah menjadi Pusat pengumpulan data genetik Asia dibawah naugan HUGO atas alasan untuk meningkatkan kemajuan perubatan! Selepas ini apa yang kita amat bimbangi ialah kemungkinan ada senjata biologi bersaiz nano dilepaskan untuk mencari seorang musuh atau keturunan Rasulullah saw untuk dihapuskan secara senyap dan penuh misteri sehingga seorang pakar forensik komputer dan jenayah pun tidak mampu memecahkan kod-kod informasi yang mereka gunakan !

Wahai saudaraku… sedarlah…. Bersedialah dengan segala kemungkinan!!! Sujudlah kepada Tuhanmu dan jadilah umat yang berani berjuang untuk agama , bangsa dan negara!



Mungkin saudara boleh membaca artikel berkaitan hubungan antara Negara Singa dengan Israel yang dianggap cinta rahsia di blog ini : Klik Sini

Kata tuan punya blog diatas ,kita mungkin berperang dengan Negara Singa kerana 3 sebab iaitu air,tanah,security….. seperti yang terdapat dalam artikelnya disini :


Namun jika saya menambah satu lagi sebab ialah mereka mungkin mahu berperang dan mereka sudah pun bersedia bila-bila masa memandangkan mereka adalah proksi Israel dan The Hidden Hand untuk mengekang kebangkitan akhir zaman!!! …dan anda semua boleh menambah lagi beberapa sebab lain lagi di ruangan komen dibawah.….saya bukan mahu membuat satu provokasi untuk mencetuskan ketegangan antara dua negara, namun apa salahnya kita beringat-ingat dan berhati- hati … dan berfikir…. itu saja.

Jika peperangan betul betul terjadi…. Adakah kita sudah bersedia seperti mereka???

Lihat sini persediaan mereka! Kebanyakan rumah-rumah mereka pun mempunyai sebuah kubu. … rumah kita bagaimana??? Sila Klik Sini


Akhir kata…. Selamat membaca dan berfikirlah secara kritis dan terbuka.

*Sejenis senjata terbaru yang diberi nama Kriss sempena nama Keris Bangsa Melayu.
(Jelas tertulis dalam artikel tersebut : The name Kriss comes from Indonesian sword or
large knife with flame-like blade! )

[Sila klik Sini]

*Apakah motif disebalik perlekehan atau sindiran kepada Keris Melayu itu saudara?


Nantikan CKKAZ - Bhg 2 dan Bhg 3


Wassalam.

Sangtawal Sakranta


Saturday, September 19, 2009

Salam AidilFitri 1430H

Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung , rakan bloggers, followers dan pemberi komen di blog ini.

Di keheningan syawal ini,saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sepanjang tempoh perkenalan kita di dunia siber ini andainya saya telah banyak melukai hati anda semua!

Semoga Aidilfitri tahun ini disambut dengan penuh meriah dan penuh kebahagiaan.

Semoga mereka yang miskin dan serba kekurangan serta anak-anak yatim tidak dilupakan di hari yang mulia ini!

Saya doakan agar anda semua sentiasa sihat, murah rezeki, panjang umur dan bahagia selalu!

Kepada mereka yang memandu pulang berhari-raya,pandulah dengan cermat.Biar lambat asal selamat dan ingatlah mereka yang tersayang sedang menanti kepulangan kita di hari raya.




Selamat hari raya,maaf zahir batin.

Wassalam.

Wednesday, September 16, 2009

Siapakah Yang Layak Di Gelar Zul-Qarnain dan Keturunan Zul-Qarnain Manakah Yang Telah Sampai Ke Bumi Melayu?



Tajuk : Siapakah Yang Layak Di Gelar Zul-Qarnain dan Keturunan Zul-Qarnain Manakah Yang Telah Sampai Ke Bumi Melayu?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.

Setelah berlalunya siri berkaitan dengan Yakjuj Makjuj,ada beberapa orang pembaca yang menghantar e-mail meminta saya menulis berkaitan dengan siapakah Zul-Qarnain sebenarnya.Untuk tidak menghampakan permintaan mereka saya teruskan artikel yang tidak seberapa ini mengikut pandangan peribadi saya hasil kajian dan pembacaan dari pelbagai sumber berkaitan siapakah Zul-Qarnain sebenarnya.Sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa saya bukanlah ahli sejarah atau pakar dalam bidang ini,Cuma saya berminat untuk menulis dan menyampaikan sedikit ilmu agar kita semua ( Melayu-Islam) mendapat sedikit manfaat darinya.Oleh itu saya meminta maaf jika cara penulisan saya ini menyinggung mana-mana pihak.Segala teguran dan komen anda adalah dialu-alukan!


Baiklah,seperti yang pernah saya tulis sebelum ini,untuk mengenal siapa Lelaki Misteri yang disebut namanya Zul-Qarnain sebanyak 3 kali dalam surah Al-Kahfi ini,kita perlulah terlebih dahulu mengenal dan mengkaji siapakah Bangsa Yakjuj Makjuj dan di manakah dinding besi bercampur tembaga yang dibina oleh Zul-Qarnain dan ketiga-tiga kata kunci itu mestilah saling berkaitan dan perlu berjalan seiring dalam satu cerita dalam satu masa mengikut time line.


Ada beberapa nama atau watak tersohor sepanjang sejarah manusia yang cuba diketengahkan dan didakwa sebagai Zul-Qarnain,tetapi yang paling banyak diperbahaskan ialah Raja Kurush(Cyrus The Great) dan Raja Iskandar(Alexander The Great).Walaupun secara peribadinya saya berpendapat Raja Kurush atau Cyrus The great adalah watak yang sesuai dengan Zul-Qarnain yang disebut dalam Al-Quran,namun dalam artikel ini saya juga turut menulis secara ringkas tentang Raja Iskandar.


Kita mulakan dengan Zul-Qarnain,selepas itu Raja Kurush atau Cyrus The Great dan seterusnya Raja Iskandar atau Alexander The Great


**********************************************************************************


Zulqarnain Mengikut Al-Quran :

Bermakna ; yang mempunyai dua tanduk,yang datang dari dua kurun,yang datang dari dua generasi,yang memiliki dua ufuk(timur dan barat),yang memiliki kekuatan jasmani dan rohani,yang beroleh hidayat berupa ilham dan petunjuk Ilahi.

Namanya disebut Oleh Allah sebanyak tiga kali dalam surah Al-Kahfi

Ada kaitan dengan Yakjuj Makjuj.

Menerima wahyu dari Allah berupa ilham

Membina tembok besi bercampur tembaga untuk halang Yakjuj Makjuj



**********************************************************************************


Raja Kurush atau Cyrus The Great ( 590 SM – 530 SM ) :




Juga digelar Cyrus II Parsi atau Cyrus The great.

Dilahirkan di Anshan,Iran pada 590 SM (ada yang mengatakan lahir pada 576 SM)

Anak kepada Raja Parsi Cambyses I (anak kepada Cyrus I )

Tahun 559 SM,beliau menaiki tahkta Raja Anshan setelah ayahnya meninggal dunia.



Tahun 550 SM, beliau berjaya menawan Ecbatana iaitu Bandar utama Empayar Madia(Medes).

Tahun 546 SM,beliau berjaya menakluk keseluruhan Empayar Madia(Medes) dan menjadi Raja bagi Empayar Parsi.

Tahun 539 SM ,beliau menawan Babylon tanpa penentangan yang hebat dan pertumpahan darah kerana kedatangan tentera mereka melintasi Sungai Euphrate sebelah malam setelah mengalihkan dahulu aliran sungai itu kesebuah terusan menyebabkan paras air sungai turun ke aras paha, tidak di sangka oleh penduduk dan tentera Babylon.Akhirnya beliau menjadi Raja Babylon pada 24/10/539 SM. Dengan itu beliau berjaya mengalahkan 3 kerajaan besar iaitu Medes,Lydia dan Babylon.

* Empayar Parsi- Cyrus The great(Raja Kurush)

Beliau membebaskan semua tahanan yahudi yang diambil sebagai hamba abdi semasa pemerintahan Raja Bukhtanasar dan membenarkan mereka pulang ke tanahair mereka di Palestine.

Bulan Ogos 530 SM,beliau meninggal dunia dalam satu peperangan melawan Kaum Massagetae.Kaum ini banyak persamaan dengan kaum Sychtian dari segi cara berpakaian, gaya hidup, dan cara berperang secara berkuda dan menggunakan panah.Mayatnya dikebumikan di Pasargadae,Iran.Jika benar dia Zul-Qarnain,maka matinya Raja Kurush itu adalah mati yang mulia sebagai syahid kerana berjihad melawan bangsa keturunan Yakjuj Makjuj!

* Makam Raja Kurush di Pasargadae, Iran

Sumbangannya ialah pembebasan hamba,memperkenalkan sistem pos dan hak-hak asasi manusia sebagaimana yang tercatat pada Cyrus Cylinder termasuk kebebasan beragama.


***********************************************************************************


Raja Iskandar atau Alexander The Great ( 356 SM – 323 SM ) :

* Raja Iskandar (Alexander The Great )

Seorang raja yang dikenali sebagai Alexander of Mecedonia, atau Alexander III, atau Alexander The Great. Nama arabnya ialah Iskandar Al-Makduni (Macedonia).

Dilahirkan pada tahun 356 SM di Pella,Macedonia (Greece sekarang ini)

Murid kepada Aristotle iaitu seorang ahli falsafah Yunani

Menjadi raja pada tahun 336 SM menggantikan ayahnya Raja Philip II yang dibunuh.



Mempunyai seekor kuda hitam bernama Bucephalus,berkhidmat sehingga 20 tahun bersama Iskandar sehingga kuda itu mati dalam satu peperangan di India.

Memulakan misi penaklukannya ke asia pada tahun 334 SM

Tahun 333 SM terlibat dalam peperangan Issus- menang mengalahkan Raja Empayar Parsi iaitu Darius III.

Tahun 331 SM, Darius berdamai dengan Raja Iskandar.Selepas itu berperang kembali dalam peperangan Gaugamela.Raja Iskandar menang dan Darius melarikan diri dan dibunuh oleh menterinya sendiri.

Tahun 327 SM Iskandar mula terpengaruh dengan adat resam orang parsi.Orang bawahan mesti mencium tangan,melutut dan menyembah orang atasan sebagai tanda hormat.Motif kononnya untuk mengekalkan sifat ketuhanan diri Iskandar itu sendiri yang merasakan dia adalah anak Zeus tidak dipersetujui oleh rakyatnya dan orang ramai.Selepas itu mula membunuh pegawai dan menterinya sendiri yang cuba memberontak

Tahun 326 SM ,terlibat dalam peperangan Hydespas melawan Raja wilayah Punjab iaitu Raja Porus dari Empayar Magada dalam misinya menawan India.Iskandar menang tetapi kuda kesayangannya terbunuh.Berlaku pemberontakan dari tenteranya sendiri ketika ditebing sungai Ganges kerana keengganan mereka menyeberangi sungai itu yang dalam dan deras airnya dengan kuda .

Tahun 323 SM, beliau meninggal dunia di Istana yang dulunya milik Raja Bukhtanasar di Babylon.Punca kematian masih misteri,diantaranya diracun,malaria,demam panas.

Bertanggungjawab atas kematian ratusan ribu nyawa tenteranya dan musuh-musuhnya.

Selalu mengambil arak dan selalu berada dalam keadaan mabuk.Beliau tidak menjaga kepentingan rakyat dan orang ramai,malah negaranya sendiri hampir-hampir dikalahkan musuh di masa ketiadaanya dalam tahun 331 SM oleh orang-orang Yunani.Ini adalah kerana Macedonia kekurangan tentera selepas 300,000 tentera dikerahkan oleh Iskandar dalam misinya.Beliau juga tidak memikirkan kepentingan negaranya sendiri kerana sanggup menghabiskan masa di luar negara sedangkan Macedonia tiada pewaris semasa ketiadaannya.

Empayarnya melebar dari Balkan Hingga ke Himalaya India.6 minggu sebelum usianya menjejak 33 tahun beliau telah menakluk 3 buah benua dalam masa kurang sedekad.

Masih banyak cerita-cerita pelik dalam sisi hidupnya yang gelap tercatat dalam sejarah yang tidak mahu saya tuliskan disini!


************************************************************************************


Hujah-Hujah Raja Kurush (Cyrus The Great) itu Zulqarnain :


Dalam Old Testement, buku Daniel-Bab lapan, ada tertulis tentang bagaimana Nabi Daniel bermimpi di istana Shushan di Wilayah Elam menggambarkan ada seekor kambing gurun bertanduk dua yang mengalahkan semua binatang dan akhirnya dikalahkan oleh kambing bertanduk satu.

Selepas itu Nabi Daniel tidak sedarkan diri lalu muncullah malaikat dan memberitahu dirinya bahawa yang bertanduk dua itu adalah Raja kepada Madia dan Parsi dan yang bertanduk satu itu adalah Raja Yunani.Jadi raja yang memenuhi ciri-ciri mimpi di atas ialah Cyrus The Great(Kambing bertanduk dua).Lagipun ia betul mengikut turutan masa (time line) iaitu lebih awal dari masa Raja Iskandar(Alexander The great) yang digambarkan di dalam mimpi itu sebagai kambing bertanduk satu!

Zulqarnain juga disebut dalam buku Daniel dan buku U’zair(Ezra) sebagai seorang raja yang beriman dengan Allah swt.Perwatakan ini sama dengan Raja Kurush atau Cyrus The Great.Tidak logik pula kalau disandarkan watak Zul-Qarnain itu kepada Raja Iskandar kerana kita tahu bagaimana cara hidup Raja Iskandar!

Ciri-ciri Zulqarnain yang disebut dalam Al-Quran seperti membuat perjalanan kearah matahari terbenam(barat),menerima wahyu dari Allah iaitu boleh memilih samaada boleh mengazab atau membuat kebaikan terhadap musuh-musuhnya,membuat perjalanan ke arah matahari terbit(timur) dan membina tembok menghalang Yakjuj makjuj juga dipenuhi oleh watak Cyrus The Great/Raja Kurush

Dalam perjalanan Zul-Qarnain ke arah barat, di sebut dalam surah Al-kahfi ayat 86 :

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenamnya matahari,dia melihat matahari terbenam pada laut yang berlumpur hitam…..” laut berlumpur hitam itu jika kita anggapkan dengan perjalanan Raja Kurush bermula dari pusat empayarnya dari Iran ke barat,maka bertemulah kita dengan Laut Hitam! Laut yang berlumpur hitam itu adalah Laut Hitam kerana jika kita mengambil gambar dari udara,semua lautan lain airnya berwarna kebiru-biruan kerana didasarnya adalah pasir,kecuali hanya Laut Hitam yang berwarna hitam kerana dasarnya berlumpur hitam.

Jika dikatakan Zul-Qarnain itu Raja Iskandar,maka akan jadi pelik dan tidak seiring pula dengan time line kerana pada waktu pertama kali pergerakan kekuasaan tentera Macedonia kearah barat itu Raja Iskandar masih kanak-kanak dan penaklukan itu di buat oleh ayahnya iaitu Raja Phillip II.

Selain itu ciri lain Zul-Qarnain ialah beliau boleh menerima wahyu,seperti firman Allah dalam surah Al-Kahfi… “…dan kami berkata wahai Zulqarnain,kamu mampu menyiksa ataupun mampu berbuat kebaikan kepada mereka” – ayat 86.

Orang yang paling sesuai ialah Raja Kurush,ia juga disebut dalam kitab perjanjian lama seperti buku Isaiah,U’zair dan Chronicle…sebagai seorang raja yang beriman.Jika diteliti sejarah, Raja Kurush menganut agama Zarathustra yang dibawa oleh Nabi Zahathustra. Pada asalnya agama ini tidak menyembah api dan ia adalah diantara empat agama wahyu ilahi.Namun lama kelamaan ia diselewengkan seperti kristian diselewengkan kepada Trinity juga.Nama Zarathustra bertukar kepada Zoroaster selepas itu di zaman yunani purba.Selepas kedatangan islam mereka disebut ahli Al-kitab.

Ternyata raja Kurush seorang raja yang pemaaf,tidak suka kepada pembunuhan ,memberi kebebasan beragama dan memperkenalkan hak asasi manusia dan seorang raja yang adil seperti yang tercatat di Cyrus Cylinder.Raja Kurush adalah seorang hamba Allah yang beriman dan takutkan Allah.Beliau telah membebaskan tawanan yahudi dan membenarkan mereka pulang ke Jurusalem dan membina semula tempat ibadat yang pernah dibangunkan oleh Nabi Sulaiman untuk menyembah Allah.Contoh lain ialah ketika Raja Kurush menawan Lydia,rajanya iaitu Raja Croesus tidak dibunuh atau dizalimi tetapi sebaliknya dilantik sebagai penasihat dan sahabatnya pula.

Jika Zulqarnain itu disandarkan kepada Raja Iskandar pula,agak tidak logik kerana beliau menyembah tuhan yang pelbagai.Beliau juga mengaku beliau anak Tuhan Zeus dan anak tuhan Ammon.Beliau pernah mendirikan 12 kuil untuk menyembah 12 tuhan Olympia di Sungai Hyphasis,India.pada tahun 332 SM,ketika beliau memasuki Mesir,beliau telah melakukan korban pujaan kepada Dewa Apis dimana dewa itu yang juga digelar Dewa Hapi adalah seekor kerbau yang dianggap suci.Selepas itu beliau ditakhtakan dengan takhta berkembar Firaun.

Beliau juga tidak memenuhi ciri-ciri Zulqarnain kerana melakukan pembunuhan dan pembakaran beramai-ramai keatas orang-orang Assakenian di Ora dan Massage walaupun mereka telah menyerah kalah.


Ciri Zulqarnain yang lain ialah beliau melakukan perjalanan ke arah Timur seperti firman Allah dalam surah Al-kahfi.. “Hingga ia sampai ke tempat terbitnya matahari(timur) dan mendapati suatu kaum yang tiada bagi mereka perlindungan”.Sekali lagi dilihat Raja Kurush memenuhi ciri ini kerana beliau pernah bergerak ke Timur iaitu pernah menakluki Makran dan Sistani hingga ke Balkhan dan Afghanistan.

Ciri Zulqarnain yang lain ialah membina benteng besi penghalang Yakjuj Makjuj sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 93-96 yang bermaksud :

“Hingga beliau(zulqarnain) sampai diantara dua pengadang,beliau mendapati suatu kaum yang hampir-hampir tidak difahami bahasa mereka.Mereka berkata : Wahai Zulqarnain,sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj adalah orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi,maka bolehkah kami memberi kamu suatu pembayaran supaya kamu membina dinding antara kami dan mereka(yakjuj makjuj).Maka berkata Zulqarnain : apa yang dikuasakan oleh Tuhanku padanya adalah lebih baik,maka tolonglah aku dengan kekuatan tenaga manusia dan alat alat supaya dapat aku membuat dinding antara kamu dan mereka.Berikanlah kepada aku kepingan kepingan besi hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua-dua puncak gunung itu,dia pun berkata:Tiuplah! Sehingga selepas besi itu menjadi merah seperti api,dia pun berkata : berilah kepadaku tembaga yang sudah dilebur untuk aku tuangkan kepadanya [Al-Quran:surah Al-kahfi : 93-94 ]

Berkaitan dengan perkara di atas ,saya berkeyakinan penuh bahawa Yakjuj Makjuj ini adalah manusia,puak yang meminta bantuan dari Zul-Qarnain itu pula bagi saya bukannya penduduk atau komuniti yang sembarangan,mereka ini adalah bangsa yang kaya raya kerana mereka sanggup membayar upah kepada seorang raja yang terkenal.Contoh mudah ialah jika kita mahu mengupah Yang Di Pertuan Agung untuk melakukan sesuatu tugas atau kerja ,takkan lah harganya bernilai puluhan atau ratusan ringgit je!!! Tentulah upahnya mahal bukan? Jadi...hanya orang yang berada saja yang sanggup membayar upah semahal itu!



Tercatat dalam sejarah kedua-dua mereka, sama ada Raja Kurush atau Raja Iskandar pernah membuat dinding/tembok iaitu sepanjang sungai Syrdar’ya atau Jaxartes yang digelar Cyreschata(dinding kurush) dan Alexandria Eschaete(dinding Iskandar).Antara tembok-tembok lain yang dibina oleh raja-raja yang berlainan adalah Tembok Besar China,tembok di asia tengah berhampiran Bukhara dan Tirmidh,tembok di Dagistan Russia atau dikenali sebagai Derbent berhampiran laut kaspia atau tembok yang dibina di arah barat di kawasan Kaukasus ketiga.

Mengikut pendapat ramai pakar sejarah,tembok Zulqarnain ialah satu tembok di kawasan Kaukasus di kawasan barat laut Kaspia.Ukurannya ialah 50 batu panjang,29 kaki tinggi dan tebalnya ialah 10 kaki.


Hujah lain yang mengatakan itulah tembok yang dibina oleh Zulqarnain ialah ketika zaman khalifah Saidina Umar ,beliau telah menghantar Suraqah bin Amr pada tahun 22 Hijrah ke Derbent untuk mencari dan mengkaji tembok Zulqarnain di situ.Sekiranya disitu bukan letaknya tembok Zulqarnain,mengapa Saidina Umar menghantar utusannya iaitu Abdul Rahman bin Rabi’ah bersama Suraqah bin Amr melaui Armenia ketempat itu dan bukan ke tempat lain.


Hujah yang lain ialah ketika pemerintahan khalifah Abbasiah Al-Wathiq yang memerintah antara tahun 908 M – 932 M,beliau sekali lagi menghantar seorang utusan ke Derbent melaui Tblisi sebelum memasuki kawasan kaukasus iaitu Ahmad bin Fadhlan untuk mencari dan mengkaji tembok tersebut secara terperinci.

Oleh itu sekiranya ini benar-benar tembok yang dibina oleh Zulqarnain,maka Raja Kurush sekali lagi menepati ciri-ciri Zul-Qarnain kerana dalam catatan sejarah, Raja Iskandar tidak pernah menjejakkan kakinya ke kawasan Kaukasus dan kawasan ini bukan termasuk dalam jajahannya! Ilmuan Abul Kalam pernah menceritakan bahawa Raja Kurush(Cyrus The Great) dalam ekspedisinya ke utara telah bertempur dengan Kaum Sychtian yang di terjemahkan sebagai kaum liar Yakjuj Makjuj.Raja Kurush telah mengalahkan mereka di satu tempat bernama Daryal Pass yang terletak di Derbent.Beliau lalu membina dinding besi bercampur tembaga disitu.Jika kita sandarkan Pembina tembok itu adalah Raja Iskandar,maka ianya agak tidak masuk akal kerana dia tidak pernah ke sana,dan masa pemerintahannya yang singkat iaitu selama 7 tahun tidak mencukupi untuk membina tembok kerana sibuk meluaskan jajahan penaklukannya dan serangan kearah India.


Oleh itu ramai pakar sejarah berpendapat Raja Kurush adalah orang yang sesuai dengan ciri Zulqarnain itu kerana mengambil kira beliau telah membina tembok untuk menghalang kaum liar Scythian (Yakjuj Makjuj ) dari menggangu rakyat di bawah taklukannya yang berada di sebelah selatan Banjaran Kaukasus iaitu meliputi Azerbaijan,Georgia,Dagistan dan Armenia pada tahun 537 SM dalam tempoh 9 tahun pemerintahannya di situ iaitu 200 tahun sebelum kelahiran Raja Iskandar(lahir 336 SM).


Merujuk kepada penulisan Herodotus,beliau mengatakan keturunan Makjuj disebut Scythian dalam bahasa Yunani.Ia disokong oleh flavius Josephus selepas itu.Herodotus menulis bahawa Kaum Scythian pernah menguasai Madia /Empayar Parsi selama 28 tahun dan selepas itu mereka dikalahkan kembali oleh raja Kurush (Cyrus The Great)


Maka, marilah kita teruskan perbincangan kita pula berkaitan dengan pembinaan tembok besi itu oleh Zulqarnain.Jika di teliti ayat Al-Quran dalam surah al-kahfi ayat 93-94 di atas,puak yang memohon jasa baik Zulqarnain untuk membuat tembok itu sebenarnya adalah satu puak atau bangsa yang sememangnya sudah mahir dalam pencairan dan pembuatan besi.


Saya juga ingin menarik perhatian anda semua untuk berfikir berkaitan ayat Al-Quran ,kata-kata Zul-Qarnain “maka tolonglah aku dengan kekuatan tenaga manusia dan alat alat supaya dapat aku membuat dinding antara kamu dan mereka”.Bagi saya ayat itu bermaksud Zul-Qarnain hanya membantu mereka sahaja! Mereka sebenarnya telah mahir dan mempunyai alat-alat tersebut. Jika mereka tidak mahir masakan Zulqarnain berkata “Berilah kepadaku tembaga yang yang sudah dilebur supaya dapat dituangkan kepada besi itu”.Jika mereka adalah puak yang tidak tahu melebur atau membuat besi dan tembaga,sudah tentu Zulqarnain berkata “Berikanlah kepadaku tembaga yang telah kuleburkan itu”!



Maka siapakah bangsa misteri itu?.Jika menurut penulisan Herodotus,kaum Georgian adalah golongan yang pertama sekali mengetahui cara melebur dan membentuk besi.Mereka berasal dari Selatan Kaukasus.Kaum ini di kenali sebagai Kolchis oleh orang purba Yunani dan Rom.Keturunan mereka telah disebut dalam kitab Genesis sebagai guru atau pengajar kepada semua kemahiran dan pertukangan yang melibatkan besi dan tembaga [Herodotus:Trans by William Beloe. (1831) :Jones&Co;University of Michigan].

Bangsa Armenia juga dikatakan mahir dalam pencairan besi di zaman purba.Walaupun begitu mereka – [ orang-orang Georgia dan Armenia] - selalu diserang oleh kaum dari utara yang disifatkan sebagai ganas dan liar iaitu kaum Scythian dan Cimmerian.

Dicatatkan bahawa dalam kurun ke 6 SM hingga ke 5 SM mereka dibawah taklukan Empayar Parsi yang ditadbir oleh Dinasti Achaemenes.Maka,siapakah raja dari Dinasti Achaemenes itu?... raja itu ialah… tidak lain dan tidak bukan Raja Kurush (Cyrus The Great).


Mungkin ada orang yang bertanya saya pula selepas ini ,jika mereka sudah tahu dan mahir membuat dan melebur besi,mengapa perlu meminta pertolongan Zul-Qarnain untuk membuat tembok besi itu???

Jawapannya ialah sudah pasti mereka meminta Zul-Qarnain membuat dan menyelenggarakan projek tersebut kerana pada waktu itu mereka di bawah kekuasaan atau kerajaan Zul-Qarnain.Rakyat mestilah memohon dan memaklum akan hasrat tersebut kepada pemerintah,Dengan bantuan Zul-Qarnain dan pengawalan bala tenteranya sudah pasti projek tersebut telah berjalan lancar selama 9 tahun dan siap tanpa gangguan dari kaum Scythian sebelah utara!



Alasan yang lain ialah mungkin mereka mahukan teknologi pembinaan yang lebih canggih dari Zulqarnain yang ketika itu raja yang menguasai Timur dan barat memandangkan tembok yang ingin dibina ialah panjangnya 50 batu ,29 kaki tinggi dan tebalnya ialah 10 kaki itu tidak mampu dibuat oleh mereka tanpa bantuan teknologi Zul-Qarnain.Bayangkanlah bagaimanakah rupanya alat yang digunakan untuk MENIUP besi panas yang berwarna merah itu sebelum ia di campurkan dengan tembaga yang sudah lebur keatasnya seperti yang diterangkan dalam Al-Quran itu!


Jika disandarkan kepada watak Zul-Qarnain,maka Raja Kurush adalah orang yang paling layak dan beliau terbukti mempunyai teknologi yang hebat,contohnya ketika mengalihkan aliran sungai Euphrate sehingga aras airnya menurun ke aras paha dan memudahkan tentera berkudanya menyeberangi sungai tersebut lalu menakluki Babylon pada tahun 539 SM .


Bayangkan saudara,ternyata kerja-kerja mengalihkan air itu bukan perkara yang mudah jika tidak dibantu oleh teknologi Raja Kurush!!! Lagipun bila kembali semula kepada zaman Raja Iskandar selepas itu iaitu ketika ingin menyerang wilayah Punjab Empayar Magada India,tenteranya terpaksa memberontak kerana melawan arahan Raja Iskandar yang menyuruh mereka menyeberangi Sungai Ganges yang dalam dan deras dengan kuda.

Mengapa Raja Iskandar tidak berfikir dan bertindak seperti raja kurush sebelumnya? Hal ini bagi saya adalah satu lagi bukti yang menunjukkan Raja Kurush mempunyai kelebihan akal dan teknologi serta seorang raja yang mendapat petunjuk dari Allah berbanding Raja Iskandar.



Berbalik semula kita kepada proses pembinaan tembok tersebut,Adakah tiupan itu mampu dibuat dengan mulut mulut penduduk Georgia dan Armenia atau tiupan itu dibuat oleh makluk lain yang berbentuk Mitos/khayalan ,adalah tidak logik.Lagipun benda-benda berbentuk Mitos itu tidak ada dalam al-quran ,mengapa harus kita mempercayainya?


Akhirnya saya ingin membuat kesimpulan bahawa Raja Kurush atau Cyrus The Great adalah Raja yang memiliki ciri-ciri Zulqarnain seperti yang disebut dalam Al-quran.


Oleh itu….jika anda semua juga bersetuju dengan saya…maka…

Marilah kita siapkan puzzles ribuan tahun ini bersama!!!

Ingat 3 Kata Kunci Utama dalam artikel-artikel saya sebelum ini ? iaitu Zulqarnain,Yakjuj Makjuj dan Dinding/tembok besi mestilah berlaku dalam satu masa/zaman dan mestilah saling berkait antara satu sama lain mengikut time line!

* Kota Porsepolis- ibukota Empayar Parsi

Maka Raja Kurush dari Empayar Parsi itulah Zulqarnain,Dialah yang membina tembok besi bercampur tembaga itu,dialah yang berperang dengan kaum Scythian yakjuj makjuj itu. Nah bukankah itu 3 cerita dalam satu masa!!!



Anda tidak bersetuju dengan saya? Tidak mengapa….


mungkin ada yang berkata kalau begitu kenapa tidak diletakkan nama Kurush sahaja menggantikan Zulqarnain dalam surah al-Kahfi itu?.....hanya Allah swt saja yang tahu sebabnya

Pendapat saya pula , salah satu sebabnya ialah supaya kita berfikir dan terus berfikir…….teruskan membaca…dan berfikir….

Selain itu, mungkin ada agenda tersembunyi dari Dajjal dalam mengubah dan memutar belitkan fakta sejarah…tujuannya hanya satu :

* untuk menipu manusia dan menyembunyikan kebenaran itu sejak zaman berzaman!.
..

tidak percaya???


Sila lihat contoh peranan Ulamak upahan Zionis/Dajjal untuk menggelapkan sejarah kehebatan melayu islam dizaman Kerajaan Perlak,Samudera-Pasai dan Aceh seperti dalam artikel saya sebelum ini bertajuk “ Sangtawal Bongkar Rahsia Sheikh Nuruddin Si Pengkhianat Agama-Bangsa Yang Terpendam Sejak 375 tahun !”….

Jika diteliti sejarah kesusasteraan dan budaya Yunani telah berlaku satu usaha untuk memperbesar-besarkan peranan bangsa Yunani di pentas dunia dan cuba menggelapkan peranan Bangsa lain seperti Parsi dan Rom…dan jangan lupa juga Bangsa Mala di Land Of Promised!



Mungkin kata-kata Prof Dr Hamka dalam tafsir Al-Azhar menyebut tentang siapakah Zulqarnain ini boleh kita renungkan bersama…katanya :

Zul Qarnain bukanlah nama,melainkan gelaran kebesaran dan kehormatan yang diperlambangkan oleh penguasa itu dengan memakai mahkota yang bertanduk dua.Biasanya tanduk dua itu,yang dilambangkan sebagai tanduk lembu liar terpisah ke kiri dan ke kanan dan di perbuat dari emas.Dan hanya raja itu saja yang memakainya.Ketika seseorang memohon ampun atau ketika mengadapnya,tidaklah orang menyebut namanya melainkan memanggilkan mahkota yang merangkap gelaran kebesarannya, “Wahai Zul Qarnain!” “Wahai yang mempunyai dua tanduk!”.Hingga pada zaman kita yang Mutakhir ini pun kebiasaan demikian masih banyak dipakai raja-raja besar,masing-masing dengan susunan katanya sendiri,Malah Yang DiPertuan Minangkabau di zaman bahari disebut : “Daulat Yang Di Pertuan,Yang Bersemayam di Pagar Ruyung,Yang Empunya Mahkota Si Kula-Qamat,Yang mempunyai Tenun Sang Seta,Yang Empunya Tabuh Pulut-Pulut,Yang Empunya Tambang Emas di Selida” dan sebagainya”

Perhatian!!!

Perlu diingat bahawa Iskandar yang digelar Zulkarnain yang hidup sewaktu dengan Nabi Ibrahim dan sempat tawaf di baitullah bersama Nabi Ibrahim itu bukan Zul-Qarnain yang disebut dalam Al-Quran,beliau ialah cucu kepada Nabi Nuh melalui anaknya Sam.(Katakan kita namakan dia Iskandar A.)


Perhatian!!!


Ada seorang lagi yang bernama Iskandar menurut Al-Hafidh ibn ‘Asakir didalam kitabnya berjudul Tarikh adalah dari keturunan Rumi bin Al-Asfar bin Yaqaz bin Al-Ais bin nabi Ishak bin Nabi Ibrahim.(Katakan kita namakan dia Iskandar B)

Jadi persoalan seterusnya Siapakah pula Raja Iskandar Zulkarnain yang tersohor di dunia melayu dan Nusantara sejak zaman berzaman itu??? Adakah dia Zulqarnain yang disebut dalam Al-Quran??? bagaimana namanya boleh digabungkan menjadi Iskandar-Zulqarnain pula??? Renretan sejarah silam perlu diperbetulkan semula nampaknya!!!

Siapa yang perlu memikul tugasan ini??? Tentulah saya dan anda semua!!!

Mari kita jejaki Keturunan dan anak cucu Raja Kurush Empayar parsi itu….sudah pasti kita akan dapat membongkar siapakah raja berketurunan darinya yang turun di Bukit Si Guntang itu!!!

Petikan dibawah saya ambil dari Kitab Sejarah Melayu :

[“A’lam ketahui olehmu,pada zaman dahulukala,dan pada masa yang lalu,kata yang empunya ceritera,bahawa Raja Iskandar,anak Raja Darab,Rom Bangsanya, Makaduniah negerinya,Zulqarnain gelarnya;sekali persetua baginda berjalan hendak melihat matahari terbit,maka baginda sampai pada satu bi’at,negeri Hindi” ]

Cubalah renungkan betul-betul ayatnya wahai saudara se-Bangsa ku … setujukah anda jika saya katakan bahawa sejarah itu telah diubah oleh tangan-tangan ghaib…menjadikan Zul-Qarnain versi Melayu itu adalah Raja Iskandar atau Alexander The Great!!!

Mengapa jadi begitu???

Mengapa mereka mahukan kita keliru???

Bukan di Nusantara sahaja…kempen menjadikan Alexander sebagai Zul-Qarnain begitu hebat di Yunani dan Rom selepas kematiannya!padahal jika kita meneliti sejarah hidup Alexander..dia begitu jauh untuk memenuhi ciri-ciri Zul-Qarnain yang disebut di dalam Al-Quran.


Oh ya..sebelum artikel ini berakhir, dari mana asal usul dan siapa pula bangsa Rom itu?

Bangsa Rom berketurunan daripada ‘Ais atau ‘Aisoo adik beradik nabi Yaakub dimana kedua-duanya anak kepada Nabi Ishak!

(Katakan kita namakan Iskandar Zulkarnain berbangsa Rom dalam sejarah melayu itu Iskandar C)

Katakan Zul-Qarnain yang disandarkan kepada Raja Kurush itu kita namakan sebagai Iskandar D, dan Raja Iskandar atau Alexander The Great itu kita namakan dia Iskandar E,

Jadi Iskandar manakah dari yang 5 orang itu yang menurunkan bangsa-bangsa Mala atau Melayu di bumi bertuah ini??? Iskandar A @ B @ C @ D @ E ?????

Baiklah,sekali lagi… untuk memudahkan anda….Zul-Qarnain manakah yang keturunannya turun atau sampai di Bukit SiGuntang itu? keturunan Zul-Qarnain yang hidup dizaman Nabi Ibrahim yang asal keturunannya dari Sam anak Nuh a.s kah atau keturunan Zul-Qarnain yang disandarkan kepada Raja Kurush(Cyrus The Great) ataupun dari keturunan "hero" yang bernama Iskandar Zul-Qarnain di alam melayu itu yang telah menjejakkan kaki ke bumi Mala ini???

Mungkin pakar-pakar sejarah negara dan dunia ada jawapannya!!! Silakan….

Akhir kata…selamat berpuasa dan selamat berhari raya dari saya Sangtawal Sakranta dan keluarga….maaf zahir batin!

Nantikan siri - Cabaran Kepada Kebangkitan Akhir Zaman:

Bhg 1,Bhg 2 dan Bhg 3 dari saya sesudah hari lebaran nanti !!!


Wassalam.

Sangtawal Sakranta....


Monday, September 07, 2009

Tanah Melayu Pernah Dijajah Oleh Bangsa Yakjuj Makjuj?



Tajuk :Tanah Melayu Pernah Dijajah Oleh Bangsa Yakjuj Makjuj ?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta


Pada mulanya artikel ini dibuat untuk menjawab komen saudara warfeel-efairy dalam artikel sebelum ini, komen beliau seperti berikut :

[Artikel yang sungguh bermanfaat. Mungkin tuan boleh mengulas tentang pandangan yang mengatakan Gog and Magog adalah Yahudi Khazar yang ada di Israel sekarang. Ia berdasarkan pendapat Ulama Imran N. Hosein melalui bukunya An Islamic View Of Gog And Magog. Di sini link tentang kupasan tentang perkara ini.

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/08/kajian-hadis-rasullulah-tentang-kiamat.html

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/08/kajian-hadis-rasullulah-tentang-kiamat_14.html

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/08/kajian-hadis-rasullulah-tentang-kiamat_15.html
August 31, 2009 7:17 PM]

*****************************************************************************

Jawapan dan Kupasan Sangtawal :



Untuk mengupas isu Gog Magog (Yakjuj Makjuj) ini kita perlu kembali kepada Al-quran.Dalam Al-Quran surah Al-kahfi ayat 83-98,terdapat 3 kata kunci utama jika kita hendak membicarakan tentang Yakjuj Makjuj ini iaitu :

1.Yakjuj Makjuj.
2.Zulqarnain(pemilik dua tanduk/kekuasaan).
3.Dinding/benteng besi antara 2 gunung.

Asbabulnuzul turunnya ayat al-quran surah Al-Kahfi itu adalah sebagai respon Allah swt ketika menjawab pertanyaan kaum Yahudi Madinah untuk menguji tentang kebenaran kerasulan Nabi Muhammad saw yang bertanyakan kisah Zulqarnain(pemilik 2 tanduk) kepada baginda.Allah swt telah menjawab pertanyaan mereka dan sekaligus menceritakan kisah Yakjuj Makjuj dan dinding yang dibina oleh Zulqarnain itu.

Oleh itu,untuk mengkaji siapakah bangsa yakjuj makjuj ini,perlulah kita kaitkan ketiga-tiga kata kunci diatas yang saling kait mengait dan ketiga-tiga kata kunci itu juga haruslah berjalan serentak mengikut masa dan zamannya(time line).

Namun setelah meneliti dan meneroka kisah Yakjuj Makjuj ini dalam beberapa sumber,kitab-kitab yahudi seperti Bible,The dead Sea scrolls,Talmud dan buku tulisan Flavius Josephus(sejarawan Roman berdarah Yahudi, abad 1 M ),maka ternyata sumber Bible hanya bercerita tentang yakjuj makjuj(gog magog) sahaja tanpa mengaitkan dengan Zulqarnain.

Dalam kitab perjanjian lama dan baru juga tidak ditemui kata kunci Zulqarnain,malah watak zulqarnain tidak jelas disebut.Ada sesetengah pengkaji yang mengatakan Alexander The Great yang disebut dalam perjanjian lama dan baru itu adalah Zulqarnain.Ini pun masih memerlukan satu kajian dan perbahasan yang mendalam lagi.Apa yang pasti kata Gog Magog juga turut dipadamkan dalam beberapa kitab yahudi contohnya seperti yang saya sebutkan dalam artikel yang lalu.Mengapa bangsa yahudi-israel cuba untuk menutup kisah atau kaitan antara mereka dengan bangsa Yakjuj Makjuj ini yang sebelum ini banyak diterangkan dalam kitab-kitab agama mereka termasuk kitab talmud? mungkin ada sebabnya!


Sebenarnya Allah swt telah menurunkan ramai nabi-nabi dikalangan bangsa Israel untuk mengingatkan tentang bahayanya ancaman Yakjuj Makjuj atau Gog Magog ini!Nabi-nabi tersebut ialah Ezekiel(Hisqial), Isaiah, Yunus, Nahum, Amos, Yeremia.Sejarah telah membuktikan tentang kehancuran Nineveh dan Jurusalem adalah ada hubungkaitnya dengan bangsa Yakjuj Makjuj iaitu Bangsa Scythia.



Oleh itu setelah beberapa kajian dibuat terhadap peninggalan-peninggalan inskripsi-inskripsi lama yahudi,maka ternyata kehancuran dua kota penting itu adalah akibat langsung dari serangan Gog Magog sebenarnya.Kini setelah mengetahui perkara sebenar,maka ramai ahli al-kitab dan para sarjana yahudi dan nasrani cuba menutup kisah sebenar itu,malah ada pula yang mendakwa gerombolan yakjuj makjuj yang akan keluar sekali lagi di akhir zaman adalah dari gerombolan pakatan kaum muslimin yang akan bersatu menyerang Israel sekali lagi.




Steven M. Collins menulis dalam artikelnya yang berjudul “The Israelite of the Scythians” menyebutkan selama masa 20 tahun dalam pembungan, iaitu antara tahun 740 SM- 720 SM ,10 suku Israel telah dibuang oleh Kerajaan Assyria dari Israel Utara dalam beberapa gelombang.Mereka dipercayai muncul di daerah selatan Rusia,dan di sebut Scythia.

Pendapat ini disokong oleh Col.J.C.Gawler dalam artikelnya yang berjudul "Our Scythian Ancestor Identified with Israel”.Ditambah pula dengan penemuan-penemuan terbaru arkeologi dan penemuan hasil kajian DNA sepatutnya orang yahudi-israel sedar bahawa Bangsa Scythia yang menghancurkan Kota Nineveh dan Jurusalem dulu adalah orang Israel sendiri!



Kita mulakan semakan keturunan bangsa–bangsa bermula selepas Banjir besar…Nabi Nuh a.s mempunyai 3 orang anak iaitu Yafits,Shem/Sem dan Ham.

Sumber :Klik Sini





Sedikit sedutan dari penerangan kepada manuskrip lama di atas :

[A roundel commemorating the Flood shows Noah and his wife in an ark that resembles a fifteenth-century ship. Above the ark we see the departure of the raven, who did not return, and the arrival of the dove with the olive branch. Assorted couples people the ark. The surrounding caption meticulously records the number of years Noah lived after the flood -- 350 -- and his [imagined] place of burial. ("Noe post diluvium vixit [350] annos mortuus et sepultus est in Phaleth.")

The first of two rows of roundels beneath the Flood show the sons of Noah -- Sem, king of Asia, Japhet, king of Europe, and Ham, king of Africa -- together with a diagrammatic tau map of the world (A tau map is a graphic device that divides the known world, a circle, into three continents by the use of a tau, the Greek letter T). All these Old Testament figures are dressed in the height of mid-fifteenth century fashion, a common practice in medieval illustrations.

The second row of roundels shows the sons of Japhet, king of Europe, followed by British (green borders) and French (blue) lines of descent, and short histories of the seven Saxon kingdoms (yellow). Either through scribal error or deliberate omission, the French line does not show a linear connection to any of Japhet's sons, unlike the British and Saxon lines. (Those familiar with the "Salic law" speech in Shakespeare's Henry V may be interested to note that the French line begins with "Faramundus," better known to Shakespeareans as Pharamond.)

The lines of descent are decorated by three Yorkist symbols in regular rotation -- the sun in splendor, the fetterlock, and the rose-en-soleil, while the white rose image continues to alternate with the banners on either side of the manuscript.

The makers of this manuscript adhered faithfully to the list of kings shown in Geoffrey of Monmouth's History of the Kings of Britain -- a listing so exhaustive that it was necessary to assign them two full columns on the manuscript. The line descends vertically for several feet and then begins again in a second green column.]

****************************************************************************


Garis keturunan Gog Magog jika diteliti dalam kitab kejadian/genesis 10:1-2, ia adalah sama dengan sumber islam yang bersepakat bahawa keturunan magog adalah bangsa besar yang berasal dari Yafits(atau disebut Yafith,Yafet,Japhet) bin Nuh a.s.

Anak-anak Yafits menurunkan berbagai-bagai Bangsa Yakjuj Makjuj melalui Magog.Antaranya ialah bangsa Scyhtia.Bangsa Cimmeria juga dikatakan berasal dari keturunan Yafits ini..Selain bangsa Scythia dan Cimmeria ini ada lagi beberapa bangsa dari ras Eurasitic seperti Xiongnu/Hsiung-nu,Han,Turki,Mongol dan Tartar yang juga berasal dari keturunan Magog.


Mari kita lihat sepintas lalu sejarah bani Israel ini!

Kerajaan Israel mula berpecah selepas kematian Nabi Sulaiman 930 SM.Israel berpecah dua menjadi Israel Utara yang beribukotakan Samirah/Samaria disokong oleh 10 suku Israel dan Yehuda yang beribukotakan Jurusalem yang disokong oleh 2 suku sahaja iaitu Yehuda dan suku Benyamin.Gabungan 10 suku tersebut tidak mengiktiraf suku Yehuda dan putera Nabi Sulaiman iaitu Rehabeam yang menaiki takhta menggantikan bapanya.

Pada tahun 722 SM Raja Assyria iaitu Sargon II dibantu oleh tentera Cimmeria(Bangsa Yakjuj Makjuj yang pertama keluar dari padang rumput Eurasia melalui Darial Gate atau Kreuzberg Pass) menyerang Israel Utara lalu menawan Raja Israel terakhir iaitu Husea bersama 27,280 orang dari 10 suku israel dijual dan dibuang ke Assyria.Orang Israel buangan ini kemudian mendiami kawasan kaki pergunungan Kaukasus berdekatan dengan Armenia moden sekarang ini.

Ada inskripsi-inskripsi Assyria yang mencatatkan bahawa ketika itu 2 orang lelaki dan seorang wanita Israel dijual oleh seorang Phoenesia kepada orang Mesir hanya dengan harga 2 keping perak sahaja!inilah episod bermula penghinaan kepada bangsa Israel dan tersebarnya keturunan Yakjuj Makjuj ke Timur Tengah.



Keturunan nomad Israel dari 10 suku Israel utara[The Lost Ten Tribes Of Israel] yang dibuang ini menurunkan Bangsa Scythia(Bangsa Yakjuj Makjuj yang kedua keluar dari padang rumput Eurasia melaui Caspian Gate/ Derbent).

Bangsa Anglo-Saxon juga adalah berketurunan dari bangsa Scythia-sakae.Kota saksin atau Saxon-city adalah satu ibukota daripada Khazar.Bani Khazar ini adalah berketurunan scythia daripada suku-suku Israel dari garisan Manasseh dan Simeon.Mereka juga mengembara ke Eropah utara,Eropah Tengah dan seterusnya menuju Denmark,Scandinavia,Perancis dan kepulauan Inggeris.Ada juga yang sampai ke Jerman .Selepas itu keturunan mereka [Scythia dan Cimmeria] bertebaran ke seluruh dunia!





Benua Amerika juga adalah lokasi Yakjuj Makjuj dari garis keturunan Turki Scythia.Mereka memasuki benua Amerika dengan melalui Selat Bering,selepas itu mereka melewati Alaska,menuju Kanada dan Amerika Syarikat,malah ada yang mengembara hingga ke Amerika Selatan.Bangsa Amerika dan Inggeris(British) adalah berketurunan dari Bangsa Anglo-Saxon.

Orang Anglo-Saxon adalah berasal dari keturunan bangsa Scythia.Bangsa Scythia pula berasal dari 10 suku Israel yang hilang!.Suku Israel yang hilang ini dipercayai mengembara ke utara-barat Eropah dan kepulauan Inggeris.Dari sana mereka menuju ke Amerika dan koloni-koloni Inggeris yang lain diseluruh dunia!

Sebuah gereja iaitu Orange Street Congregational Church dalam laman webnya menyatakan 9 prinsip kepercayaan mereka: “Beliefs Of Orange Street Congregational Church”…diantaranya ialah kepercayaan yang ke-7,ke-8, ke-9 cukup menarik untuk dipaparkan disini iaitu :

****************************************************************************

(7).Kami percaya :Bangsa Israel terbahagi kepada 2 kerajaan,satu disebut Judah(Judea) dan lainnya Israel.Sekitar tahun 745-676 SM,kerajaan Israel di bawa ke Assyria dan tidak pernah kembali ke Palestine.Mulai saat ini,mereka menjadi apa yang diketahui”The Lost Tribes Of Israel”.Sejarah menceritakan kepada kita,migrasi mereka dari Assyria melalui Rusia Selatan menuju eropah dengan berbagai-bagai nama seperti Cimmeria, Goth, Angle, Jute, Saxon, Dane(Denmark), Viking dan penduduk asli Normandy.

(8).Kami Percaya : Keturunan yang benar dari Israel adalah Celto-Anglo-Saxon,Scandinavia,Jerman dan Dutch(Belanda),rakyat Australia,Kanada,Afrika Selatan,Selandia baru dan Amerika(A Great Nation) dan kepulauan Inggeris (A Great nation and Company of Nation)

(9).Kami Percaya: Keluarga kerajaan (Inggeris) adalah keturunan langsung Daud.

*****************************************************************************


Nama-nama yang disebutkan dalam kitab Ezekiel 38:1 – 4, iaitu Juj,tanah majuj,Rus,Masekh,Tubal perlu dihuraikan lagi.


[ Lagi datanglah kata Tuhan kepadaku,bunyinya “Hai anak Adam! Tunjukkanlah mukamu kepada Juj dan Tanah Majuj,raja Rus,Masekh dan Tubal,dan bernubuatlah akan halnya] – Kitab Ezekiel 38:1-4.

Juj adalah sama dengan Yakjuj iaitu Raja Rus atau Rusia,Masekh iaitu Moscow dan Tubal iaitu Tobolsk. Tanah Majuj bermaksud Makjuj.

Rusia(Rus) adalah nama Negara manakala Omask dan Tubal adalah nama dua sungai di sebelah utara pergunungan kaukasus.Di Sungai Omask terletak kota Moscow dan pada sungai Tobolsk terletak Kota Tobolsk.Kedua-duanya adalah kota yang masyhur di Rusia!



Maka kita boleh simpulkan disini bahawa Juj itu juga adalah Rusia,tempat tinggalnya bangsa Slavia.Rusia pula terletak di Eropah.Penduduk Eropah terdiri dari dua pokok utama suku bangsa iaitu bangsa Slavia dan bangsa Teutonia.Oleh itu kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa Juj adalah nama bangsa-bangsa Eropah timur iaitu bangsa Slavia dan Majuj bermaksud nama bangsa-bangsa Eropah barat iaitu Bangsa Teutonia yang meliputi bangsa Jerman dan British!


Saya cukup percaya bahawa orang-orang Eropah itu berketurunan dari Gog Magog,kalau tidak mengapa mereka masih menyimpan patung Gog Magog di hadapan Guidhall di London itu!Jika sekiranya ia tiada kaitan dengan Gog Magog sebagai nenek moyang mereka,mereka sudah pasti tidak meletakkan dua patung itu di depan gedung Dewan Perwakilan rakyat mereka!





Maka benarlah sabda Nabi Muhammad SAW yang mengatakan bahawa bangsa Yakjuj Makjuj ini adalah merupakan komuniti terbesar orang kafir dan mereka tidak beriman dengan Allah.


Sabda nabi saw yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bermaksud :

“Allah berkata kepada Nabi Adam,”wahai Adam”.beliau pun menjawab “Labbaika wa sa’daik”(aku penuhi panggilanMu dan seruanMu).Allah berkata “keluarkanlah dari anak cucumu delegasi neraka”.Beliau bertanya “Wahai Tuhan, apa yang dimaksudkan dengan delegasi neraka?” Allah menjawab “Daripada setiap 1000 orang,ada 999 yang masuk neraka,hanya satu sahaja yang masuk syurga”.Orang pun kecoh bergemuruh apabila nabi menceritakan hadis ini .Lantas mereka bertanya “Wahai Rasulullah,siapakah di antara kami yang menjadi satu orang tersebut?’ beliau menjawab “bergembiralah,kerana kamu berada di antara dua komuniti.Tidaklah dua komuniti itu bercampur dengan komuniti yang lain melainkan akan memperbanyakkannya,itulah Yakjuj dan Makjuj”

Sekiranya pada waktu itu, jumlah kaum muslimin atau sahabat nabi contohnya seramai 1000 orang ,maka bilangan Yakjuj Makjuj adalah sejumlah 1000 x 999 = 999000 orang.Bayangkanlah dari zaman Nabi Muhammad saw sehingga ke akhir zaman seramai 999,000 orang yakjuj makjuj itu berkembang biak dan berketurunan,berapa ramaikah yakjuj makjuj yang ada bertebaran di mukabumi ini sekarang???

Maka tidak hairanlah jika ada para pengkaji atau sarjana yang mengatakan bangsa Yakjuj Makjuj ini adalah dari bangsa Yahudi-israel atau dari bangsa Amerika atau dari bangsa Rusia kerana semua bangsa yang disebutkan itu adalah subset kepada bangsa Yakjuj Makjuj yang besar seperti saya huraikan diatas!




Episod gelombang migrasi pertama keluarnya Gog Magog ini pada tahun 790-750 SM yang dicetuskan oleh ancaman kelaparan di padang rumput Eurasia dimana rumput mula berkurangan untuk binatang ternakan mungkin akibat serangan belalang atau kemarau yang berpanjangan melibatkan serangan ganas bangsa Scythia Yakjuj Makjuj dengan migrasi mereka ke timur menuju ke China- Dinasti Chou 771 SM iaitu ke peradaban lembah sungai Kuning China(Tiongkok), migrasi ke barat menuju ke Eropah dan Asia Barat Daya (Armenia,Urartu dan Media) serta migrasi ke selatan menuju peradaban sungai Indus India


Satu ciri penting bangsa yakjuj makjuj ini ialah mereka amat menyukai emas! Jadi, bangsa manakah sekarang ini yang amat menyukai emas jika bukan bangsa yahudi-zionis!merekalah sekarang ini yang sedang mengumpul emas dan merekalah juga yang mengawal harga emas dunia!sila baca artikel lama saya bertajuk Zionis dan Emas – Bhg 1,Bhg 2,dan Bhg 3.


Ketika Kota Nineveh iaitu ibukota Empayar Assyria hancur 612 SM,hasil serbuan gabungan tiga bangsa iaitu Bangsa Cheldea Babilon yang dipimpin oleh Nabopolassar,Bangsa Medes yang dipimpin oleh Cyaxares I dan Bangsa Barbar Yakjuj makjuj Scythia yang dipimpin oleh Umman Manda, Raja Assyria iaitu Sin Sharishkun telah membunuh dirinya bersama permaisuri ,dayang-dayangnya serta timbunan emas dan perak yang banyak didalam kota itu!Bayangkanlah timbunan emas yang tinggi di dalam kota!



Selepas Assyria hancur,wilayah kekuasaannya dibahagi dua iaitu kawasan Mesopotamia termasuk Babilon diberikan kepada Nabopolasar dari Chaldea dan kawasan Elam untuk Cyaxares I dari Medes.

Bangsa Scythia hanya mendapat harta rampasan emas dan perak sahaja!jumlah dan nilainya tentulah banyak kerana Empayar Assyria sendiri pernah merampas atau menerima ufti berupa emas dan perak dari jajahan takluknya seperti seluruh Timur Tengah, Mesopotamia, Babilon, Chaldea, Urartu di Asia kecil, Palestine, Israel, Mesir dan lembah sungai Nil.Kemungkinan besar harta tersebut adalah warisan dari kerajaan Nabi Daud dan Sulaiman.



Gelombang migrasi kedua keluarnya Bangsa Yakjuj Makjuj secara besar-besaran ialah serangan Mongol-Tartar dan perluasan kekuasaan mereka.



Jadi dalam artikel ini saya ingin mengajak anda semua berfikir sejenak….adakah anda bersetuju sekiranya saya mengatakan bahawa Bangsa Yakjuj Makjuj sebenarnya telahpun sampai ke Tanah Melayu ini dan pernah menjajah kita?...Bukankah Portugis(bangsa Portugis/sepanyol adalah keturunan Tarshish anak kepada Javan anak kepada Yafits bin Nuh a.s) ,Belanda dan Inggeris adalah keturunan Gog Magog? Pada pendapat saya episod penjajahan oleh negara-negara tersebut ke Nusantara dan khususnya ke tanah air kita melambangkan episod gelombang migrasi ketiga keluarnya Gog Magog !

Portugis...Belanda...Inggeris...




Jadi,bilakah pula agaknya gerangan migrasi atau serangan ke-4 episod keluarnya yakjuj makjuj secara besar-besaran itu? Sekarang ini tidak dinafikan lagi bahawa Dajjal(Pendusta Besar) dan segala bala tentera rahsianya sedang mempermudahkan jalan keluarnya Yakjuj Makjuj.

Sudah pasti mereka akan keluar semula selepas turunnya Nabi Isa a.s dan selepas Dajjal dibunuh ditangan Nabi Isa Al Masih.

Siapa pula sebenarnya Zulqarnain yang disebutkan di dalam Al-Quran itu ?




Persoalan ini sebenarnya masih tinggal misteri sehingga sekarang.Benarkah Iskandar Zulkarnain yang disebut-sebut dalam kitab melayu lama itu adalah Zulqarnain yang disebut di dalam Al-quran?,kerana dalam al-quran hanya disebutkan namanya Zulqarnain sahaja!tidak ada perkataan Iskandar! malah ada pengkaji yang mendakwa Iskandar Zulkarnain pernah datang ke Nusantara dan Bangsa Siam Budha itu adalah berasal dari Yakjuj Makjuj.Benarkah begitu?...saya tinggalkan polemik perbincangan ini kepada anda semua!

Sebelum mengundurkan diri,saya ingin membuat kesimpulan bahawa untuk mengenal siapa itu Zulqarnain sebenar perlulah meneliti ketiga-tiga kata kunci utama seperti yang saya utarakan di awal artikel ini dan ketiga-tiga kata kunci itu mestilah saling berkaitan dan berjalan seiring dalam satu masa dan zaman!

Mungkin juga Pakar Arkeologi boleh menilai usia sebenar besi bercampur tembaga yang dijumpai di gunung Kaukasus itu.Jika usia sebenar besi tersebut diketahui,maka boleh dianggarkan pada tahun berapakah Zulqarnain membuat tembok besi itu dan dapatlah dicari watak sebenar siapakah Zulqarnain yang memenuhi ciri-ciri seperti yang diterangkan oleh Al-Quran yang terlibat dengan Bangsa Yakjuj Makjuj dan pembinaan dinding besi itu dizaman itu!


Sedikit nota buat renungan bersama :

2166 SM- Nabi Ibrahim dilahirkan di Ur,Mesopotamia selatan (Iraq).

2150 SM- Nabi Ibrahim menghancurkan berhala di Ur.Dihukum oleh Raja Namrud lalu dicampakkan kedalam api tetapi tidak terbakar.Anak saudaranya Luth beriman selepas melihat kejadian itu.

2117 SM- Nabi Ibrahim mengahwini Sarah.

2105 SM-Nabi Ibrahim berpindah ke Haran,Turki.

2091 SM- Nabi Ibrahim berpindah dari Haran menuju Palestin/Kanaan melaui Syria dan Jordan.

2089 Sm- Bencana kebuluran di Fertile Crescent termasuk di Palestine,Ibrahim berpindah ke Mesir.

2084 SM- Raja Mesir menghadiahkan seorang hamba wanita (sesetengah riwayat- puteri Raja Mesir)iaitu Siti Hajar lalu dinikahi oleh Ibrahim.

2080 SM- Siti Hajar melahirkan Ismail.

2067 SM- Ibrahim mengorbankan Ismail,diganti oleh Allah dengan Kibas.Kehancuran kota Sodom dan Gomorah tempat dahwah Nabi Luth.

2066 SM- Sarah melahirkan Ishaq.

2056 SM- Ibrahim dan Ismail meninggikan Kaabah di Mekah

2025 SM – Ibrahim berkahwin dengan Keturah dan memiliki 6 orang anak(sesetengah riwayat-7 orang anak)

2006 SM- Nabi Yaakub ,putera Nabi Ishaq,dilahirkan di Palestin.

2000 SM- Orang Siberia,pengembala nomad dari padang rumput Eurasia berketurunan yakjuj makjuj bermigrasi ke Benua Amerika menjadi suku Indian.Sebahagian orang Siberia juga bermigrasi ke Georgia,di selatan pergunungan kaukasus dan mula memperkenalkan ilmu menjinakkan kuda.

1991 SM – Nabi Ibrahim meninggal dunia pada umur 175 tahun.

1929 SM- Nabi Yaakub melarikan diri ke Haran.Dari peristiwa ini Nabi Yaakub digelar Israel.Israel dari perkataan Isra-[perjalanan malam] dan El- [Allah] yang bererti Allah memperjalankannya di malam hari.Istilah Israel mula terbentuk.Anak Nabi Yaakub bernama Yahuda,maka istilah Yahudi mula terbentuk.

Akhirnya ..satu soalan cepu emas untuk semua…siapakah Bangsa Israel yang sebenar? Israel-Yahudi - Zionis sekarang ini yang mempunyai jurai keturunan dari Magog bin Yafits bin Nuh atau satu Bangsa Misteri yang berasal dari Nabi Yaakub(Israel) anak kepada Ishaq anak kepada nabi Ibrahim sehingga kepada Arphaxad anak kepada Shem/Sem anak kepada Nuh a.s ?


Kata kunci utama ialah pada tahun 2025 SM – Ibrahim berkahwin dengan Keturah dan memiliki 6 orang anak.

Siapa Keturah ,dari mana asal usulnya dan siapakah pula keturunan anak-anak Keturah ini ???

Selamat membaca…


Wassalam.

Sangtawal Sakranta..