Thursday, December 25, 2008

Pas : Politik Budu dan BU-CALUK-CAN








Pas atau sinonim dengan nama Parti Islam Semalaysia telah mengamalkan politik budu sekian lama.Politik budu ini agak jijik jika diteruskan juga.


Sebagaimana yang kita ketahui,budu tidak asing lagi dengan rakyat negeri kelantan dan Terengganu.Budu dihasilkan melalui proses yang cukup simple dan konvensional,namun ada pengusaha budu sekarang sudah mula meneroka proses pengilangan dan pembuatan budu supaya dapat memasuki pasaran dalam negara dan luar negara.


Budu diperbuat dari ikan ikan kecil terbuang yang melekat dipukat tunda atau ikan ikan yang telah busuk atau rosak,kadang- kadang anak-anak ikan bilis yang tak terpilih dijadikan budu.Setelah dimasukkan garam sebagai ramuan utama,budu disimpan atau diperam di satu tempat tertentu,jika tempat disimpan itu adalah tempayan,maka budu tersebut dinamakan budu tempayan.Kalau budu disimpan di dalam kolah,namanya budu kolah.Budu juga dinamakan mengikut nama tempat dimana ia diproses seperti budu besut atau budu bachok.


Proses kejadian budu agak dasyat juga,kadang kadang budu yang diproses ditepi pantai dengan menggunakan kolah tidak ditutup dengan rapi,hanya tutup dengan daun kelapa sahaja,malah ia ditinggalkan begitu sahaja.Kadang kadang ada makhluk melompat yang terlebih lompat akan masuk dalam kolah itu dan dan bila hujan ,air hujan juga akan masuk bersama.Inilah rahsia yang menjadikan budu itu makin sedap dan enak.Rahsia inilah juga menyebabkan ada sesetengah ulamak memfatwakan makan budu adalah makruh.


Tidak menjadi rahsia lagi yang budu dimakan oleh kebanyakan orang di pantai timur,budu kaya dengan zat besi dan protein yang bersumberkan ikan bilis .Ada kawan saya yang bijak matematik mendakwa dia bijak sebab makan budu. Ada pula kawan saya kata makan budu menjadikan lidah agak keras untuk speaking dan kalau speaking pun orang kata cakap orang putih bau budu.Itu dakwaan dan kepercayaan dia,saya sendiri agak susah nak percaya jika tak ada kajian yang saintifik mengenainya walaupun saya juga makan budu sekali sekala.


Budu boleh ditambah lada atau sambal supaya pedas,ditambah tempoyak supaya lazat,diperah asam limau sedikit supaya bertambah seleranya.Paling sedap budu ini dicampurkan ikan bakar tawar ,dimakan dengan ulam ulaman bersama nasi.
Walaupun baunya agak busuk bagi orang yang tak biasa dengannya,tetapi melihat budu ,ulam dan ikan tawar sudah cukup untuk mengalirkan air liur peminat budu.


Berbalik pada Pas, parti ini adalah serpihan dari Umno dulu.Mereka yang terbuang atau tak terpilih ini keluar dari umno kerana kononnya berbeza dari segi prinsip perjuangan. Umno dengan perjuangan bangsa melayu dan ketuanannya manakala Pas dengan negara islam dan hukum hududnya.Mereka ini bersatu dan berkumpul umpama ikan terbuang yang akan menjadi budu.Ramuan utama budu ialah garam manakala ramuan utama Pas ialah Islam.Pas telah menjadi satu politik yang berjenama islam umpama budu asli cap tempayan atau budu cap ketereh.Bila sekali makan budu cap tempayan ini,dah jadi ketagih dan semakin sedap dan lazat.
Orang yang tidak makan budu umpama orang umno ,cakap la berbuih mulut pun berkenaan keburukan budu ,kotor ke,makruh ke,itu tak kan berjaya menghalang pemakan tegar budu untuk terus makan budu dan menikmati kelazatan budu.


Kemasukan kumpulan endogan kedalam pas umpama berlakunya inovasi kepada budu itu sendiri,jadi tidak hairanlah sekarang ini bila kita makan di restoran restoran terkenal pun ada terhidu bau budu jugak kerana budu sekarang sudah boleh digoreng untuk dimakan dengan nasi kerabu dan sekarang ni sudah ada menu “nasi goreng budu”!


Kemasukan DAP dan PKR kedalam Pakatan Rakyat umpama masuknya cencaluk atau belacan yang asalnya dari udang,bukan dari ikan.Walaupun penggemar budu tegar tidak merestui masuknya belacan dan cencaluk bergaul dengan budu dalam satu bekas kerana takut hilangnya keaslian budu,namun pemilik restoran merangkap penasihat PR tetap mahukan pembaharuan itu supaya orang lebih ramai mengenali budu,belacan dan cencaluk katanya, Padahal dia sengaja membuat begitu supaya dia mendapat untung lumayan dalam masa yang singkat,dia bijak bermain kata kata dengan memperkenalkan menu baru di restorannya iaitu budu campur cencaluk dan belacan yang digelar BU-CALUK-CAN.Restorannya dibuka kepada semua kaum dan boleh makan secara layan diri,buat macam rumah sendiri.pelanggan adalah tuan,sendiri makan sendiri basuh pinggan,pecah pinggan sendiri tanggung.Mereka boleh makan siang malam,minum apa saja dari air masak sampai kepada yang memabukkan,boleh makan didalam atau diluar restoran,malah boleh juga makan dihadapan atau dibelakang restoran! Keistimewaan penggemar budu tidak dihiraukan malahan akan terus dihapuskan jika dia berjaya menjadi tauke besar restoran yang berpengaruh nanti.


Apapun alasan mereka, budu atau pok nik pengusaha budu mesti keluar dari Pakatan rakyat BU-CALUK-CAN demi memelihara keaslian dan martabat peminat budu tegar.Jika dibiarkan budu dengan nama BU-CALUK-CAN,takut nantinya peminat tegar budu asli mula mencari alternatif lain seperti kicap atau sos tiram untuk dimakan bersama ulam.


Oleh itu,Pas perlu berhenti bermain politik budu,.Renunglah kembali prinsip asal perjuangan untuk menegakkan negara islam.Jangan menidakkan manifesto membangun bersama islam yang pernah pas laungkan dulu.Jangan jadikan islam sebagai satu alat untuk memenuhi keperluan duniawi kita sahaja.Mereka yang menyokong dan mengundi BU-CALUK-CAN adalah orang yang tidak ada pendirian dan bukan peminat budu sebenar.


15 comments:

LEKIR said...

Assalamualaikum Sangtawal,

Cantik gambar-gambar keris

Rasa bersemangat pulak

sangtawal said...

salam Lekir...
keris kat banner blog atas tu keris peribadi saya..keris mataram...keris tu tak cantik..besi jenis hitam..pamor tenggelam kalau tak tengok betul betul ,luk tujuh dan sesuai untuk bertikam...ada lagi koleksi keris keris lain kalau lekir nak tengok...tapi lain kali...mungkin kena datang ke teratak sangtawal...he he he.

keris yang cantik cantik kat bawah tepi kanan tu saya ambil dalam internet je... jenis besi dan pamor tu..kalau tak ada rm 50 ribu keatas..baik tak usah tanya la tuan dia agaknya...saya..meleleh air liur je lah menengoknya!

keris lekir mana?
he he he...

LEKIR said...
This comment has been removed by the author.
LEKIR said...
This comment has been removed by the author.
LEKIR said...

Waalaikumussalam Sangtawal,

Lekir suka keris lok 5.Keris Melayu.Hulu Anak Ayam Patah Tengkuk/Hulu Semenanjung

Keris Lekir pada burung Helang

Anonymous said...

Pejuang? mencari kebenaran?
Dusta! Dusta! Dusta!

Sekiranya kebenaran dicari, AL QURAN dan SUNNAH RASULULLAH SAW menjadi pengisian laman ini, bukannya hikayat.

sangtawal said...

salam buat tanpa nama..

terima kasih kerana mengunjungi blog saya.

apa yang dusta nya dalam blog ini?

apakah sirah maksudnya hikayat???

jadi kalau kita kata Hikayat nabi muhammad,boleh terima ke?

Al-Quran maksudnya wahyu atau Qalam Tuhan buat Rasulullah...

saya ingin bertanya saudara,apakah Qalam Allah itu berhuruf atau bersuara?

apa beza Qalam Allah dengan Qalam jibril?

adakah qalam Allah yang di tanzilkan kedalam Qalbi nabi itu berbentuk huruf arab dan berbahasa arab?

Sunnah nabi? sebelum itu...adakah saudara seorang pengikut sunnah yang tegar? A-to Z ikut sunnah, dari bangun tidur,makan minum,bergaul,berpakaian,beramal dan lain lain lagi ikut sunnah..

kalau ikut sunnah separuh separuh...saudara juga sama seperti saya juga...anda juga pendusta!

blog yang saudara maksudkan tu sudah banyak...anda boleh merujuk kesana...dan saya pula bukanlah orang yang ahli dalam bidang agama..jadi harapan saya agar saudara dapat membantu saya dalam mencari kebenaran

saya cuma benci orang yang berlagak alim dan guna agama islam yang maha suci untuk kepentingan diri sendiri...itu saja..

sekian.

Anonymous said...

salam kpd sangtawal

moga dianugerahkan kebijaksaan yg berkekalan...

bergitulah mereka tidak boleh disentuh dikomen lansung, jika dikomen pasti akan menerima tomahan cacian dari mereka tersebut

takpe teruskan perjuangan

-fazly

Kitab Turas said...

salam sangtawal..
article yg menarik.. terus kn mencari kebenaran.. tetapi pasti kn dengan ilmu.. aqal sekadar membantu..

zaman sekarang ni umat islam khususnya melayu tidak perlu takut kpd org kafir.. sebab jumhur org islam khusus nya melayu tahu kafir itu sesat.. tetapi apa yang umat islam khusus nya melayu ini perlu takut dakwah yg bertopengkan agama.. ini yg ramai org tidak spt bezakan kerana dgn sebab kekurangan ilmu.. mcm mana nk tau betul @ salah? dengan ilmu.. mcm mana nk dpt ilmu? dengan belajar.. byk kitab peninggalan ulama' kepada kita.. terus kn mencari..

syabas sangtawal..
terus kn mencari.. dan boleh saya berkongsi untuk membaca coretan yg sgt berguna tuan ini..

Sangtawal Sakranta said...

salam buat kitab turas,

terima kasih, teruskan membaca.
ambil yg rasa perlu, yang rasa tak perlu buangkan :)

wassalam.

goDyo said...

assalamualaikum,
Tn sangtawal,mr anonymous, syeikh kitah turas

alhamdulillah wassolatu wasalamu 'ala rasulillah


saya nak kongsi sikit perbahasan ilmiyah.. saya ada mendengar satu hadis drpd Syeikh Tajuddin Awwab murid kepada Tn Guru Hj Soleh Penanti anak kpd Tn Guru Hj Othman Sering yang diriwayatkan oleh Ubai bin Kaab
قال بينا أنا في المسجد في الصف المقدم فجبذني رجل من خلفي جبذة فنحاني وقام مقامي فو الله ما علقت صلاتي فلما انصرف فإذا هو أبي بن كعب فقال يا فتى لا يسؤك الله إن هذا عهد من النبي صلى الله عليه وسلم الينا أن نليه ثم استقبل القبلة فقال هلك أهل العقد ورب الكعبة “ثلاثا” ثم قال والله ما عليهم آسى ولكن آسى على من أضلوا قلت يا أبا يعقوب ما يعنى بأهل العقدة قال الأمراء.
, "halakal ahlul 'aqdi wa rabbul ka'bah.." binasalah ahli politik demi tuhan ka'bah 3x".

kita tidak menafikan siyasah dlm islam (ilmu memerintah negara) yang jelaskan oleh ulamak spt Almawardi dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultania w'al-Wilayat al-Diniyya (The Ordinances of Government)dll. tetapi adakah politik yang ada sekarang menurut lunas2 islam. Cuba tuan2 tengok video klip perbalahan wakil2 rakyat di dewan undangan negeri/rakyat.sungguh menyedihkan. lihatlah bagaimana mereka diperbudakkan oleh nafsu ammarah ketika saling bertekak..



guru saya juga membaca ayat , surah annisa' ayat 115.

perjuangan mereka juga tersasar dari sunnah dan sirah nabi kita saw dan millah ibrahim alaihissalam.

tokjanggut said...

molek doh tuh artikel sangtawal tuh ^_^

hmm goDyo: lamo sungguh ambo dok jupo Sheikh Tajuddin Abdurrazzaq Awwab...

Anonymous said...

Assalamualikum....
Saya orang kelantan dan pernah tinggal di JB selama 3 tahun lebih. Saya dapat rasakan saudara seperti orang johor. Bagi saya orang johor adalah sangat menyedihkan terutama JB. Alim dari segi agama, tetapi penghayatan adalah sangat kurang. Alim kerana kelas agama setiap hari, tahu hukum hakam, tetapi pakai skirt paras paha, baju ketat atau singlet sahaja manakala rambut perang. Maaf la kalau saya kata nak cari orang bertudung di JB seperti mencari berlian dalam pasir di pantai. Berbangga dengan kemajuan dan ramai yang memiliki kereta besar...tetapi sayang semuanya milik bangsa lain. Saudara sendiri kata yang saudara bukan ahli agama. Jadi saya nasihatkan supaya saudara buat apa yang saudara pakar. Tak perlu la nak mencampuri hal agama atau politik kecuali saudara telah belajar semua tu. Maklumat yang salah dan kutukan saudara terhadap pihak tertentu hanya akan menyinggung perasaan orang lain. Saudara perlu mengkaji dahulu sebelum membuat kenyataan. Semua melayu seperti kita mahukan kesatuan supaya kita menjadi lebih kuat. Jangan hasrat murni saudara hanya akan membuat orang lain meluat dan menyampah serta menjadi agen pihak tertentu...
Wassalam.

fakh707 said...

boss ! benci orang berlagak alim , tpi boss hentam mereka terang terangan ..ni mcm sabotaj ..kenapa tak anta surat trus kpd cawangan PAS berdekatan ? kan x baek memburukkan orang ,,kenapa tak tulis pasal keburukan parti2 laen yg terang2 tidak alim ,umno > meluluskan lesen judi contoh genting highland ,pusat judi terbesar kat asia tenggara ,. renungkan juga dihat ,,jgn asek suruh orang laen muhasabah dri sahaja.. kita manusia biasa ..selalu salah dalam bnyk perkara .. tak semua perkara kita betul kan ? saya rasa elok saudara buat artikel selain dri politik ,, biar pilihan raya menentukan kepimpinan ,, rakyat ade akal untuk membezakan yg baik dan jahat ..assalam ..

freystz said...

salam saudara sang tawal..
hamba baru baca link ni..
berdasarkan isi kandungan artikel ini, nampaknya saudara menolak pas kerana sebab utamanya bekerjasama dengan dap..jika begitu, adakah saudara menyokong umno yang terkenal dengan perbuatan kotornya sejak dari pemimpin2 awal zaman pra-kemerdekaan sehinggalah ke pemimpin sekarang yang juga kebanyakannya adalah berketurunan dari pemimpin2 yang terdahulu?