Sunday, September 13, 2009

Politik Kreatif : Puisi Tertangguh : Pak Tangguh-Tangguh




Puisi Tertangguh : Pak Tangguh Tangguh

Ada seorang tua gatal sungguh,
Bekas banduan penjara sungai buluh,
Namanya Pak Tangguh-Tangguh,
Kini sudahlah terang lagi bersuluh,
Dari ku kena semula baiklah ku tangguh.

Dulunya menjerit reformasi- reformasi,
Kini menjerit tangguh lagi- tangguh lagi,
Kesian sungguh si pembancuh kopi,
Kopinya habis bayarnya belum lagi,
Tapi Pak Tangguh sudahpun pergi.

Akibat tangguh kelak memakan diri,
Kepala lembu kepala babi menjadi saksi,
Kari -Tauhu - cili api
Pak Tangguh masih tak sedarkan diri,
Negara pun hancur Pak Tangguh tak peduli,

Semua orang Pak Tangguh kencing,
Dari rakyat biasa hinggalah Tok hakim,
Tok lebai,Tok alim pun turut terkena hancing,
Tapi Pak Tangguh tidaklah runsing.
Di hatinya yang utama hanyalah apex dan kling.
Peduli apa katanya asalkan perutku bunting,
Dari berpaling baiklah ku kena buluh runcing.


Islam liberal kiblatnya Pak Tangguh.

Kuil itu masjidnya Pak Tangguh,
Roket dan Bulan temannya Pak Tangguh
Protokol Zion Kitabnya Pak Tangguh.
Manifesto sosialis-komunis pegangan Pak Tangguh,
Di pintu belakang kegemaran Pak Tangguh,
Dewata Dunia cita-cita Pak Tangguh,


Lawan tetap lawan pembakar semangat Pak Tangguh,
Kini dah jadi tangguh tetap tangguh modal Pak Tangguh,
Dulu reformasi reformasi reformasi pekik Pak Tangguh,
Kini tangguh lagi tangguh lagi tangguh lagi kata Pak Tangguh

Sampai bila kau nak tangguh tangguh?
Kenalah cepat kalau kau tak buat sungguh!
Kalau asyik dok tangguh tangguh,
Sah la tu… kau buat sungguh!
Rakyat pun jadi geram sungguh!
Atas dunia boleh la kau tangguh,
Mati nanti bolehkah kau tangguh?

Sibodoh makanan si cerdik,
Menteri bodoh rakyat cerdik,
Peguam di kamar ,Hakim dikandang
Makmum di depan imam di belakang,
Bini di depan,Pak Menteri di belakang,
Otak udang lidah bercabang,

Telur terjulur batang membulat,
Tetamu kenyang didapur,tuan rumah ditanah berulat,
Pemuda kerisnya tumpul bila azan dihina sibangsat,
Dunia pun sudah terbalik kot! Apa nak buat?
Sandiwaralah kamu semua, kami pun makin meluat!

Pandainya kamu membelit berfatwa
Kalau orang lain ,Senang saja kau berkata:

“Berbuat adillah karena keadilan itu lebih dekat pada ketakwaan”
(al-Ma’idah ayat 8)

Tetapi
Bila terkena batang hidungmu sendiri
Senang saja kau berkata:
“Baiklah kita tangguh-tangguhkan saja”


[Nukilan Pena : Sangtawal Sakranta....11/9/2009 at 9.15 am
]


Bila Hakim kata tiada kes....jadilah seperti dialog di bawah ini :


Ooohhh...pitty...pitty...pitisss!!!


7 comments:

akureformasi said...

Salam saudara,
Sekali baca semua org sudah tahu siapakah yang dimaksudkan dgn Pak Tangguh dalam entri ini.. Seorang yg kuat pengaruhnya dalam politik di Malaysia iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.. Semua orang tahu itu walaupun ada antara ciri2 yg dinyatakan itu langsung tidak tepat..

Kalau kita benar benar ikuti perbicaraan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim, orang yang pintar semua tahu kenapa kes Anwar tertangguh tangguh? Salah Anwar kah kes itu tertangguh? Atau Peguam Negara tidak mahu berikan kepada peguam Anwar Ibrahim "bahan bukti" yang dipegang oleh pihak pendakwa kepada peguam Dato Seri Anwar Ibrahim?

Perkara "bahan bukti" yang dipegang oleh pihak pendakwa pasal kes
liwat Anwar Ibrahim itu, sudah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi
Persekutuan baru baru ini, pihak pendakwa mesti berikan kepada peguam Dato Seri Anwar Ibrahim seminggu sebelum perbicaraan kes liwat Anwar
dimulakan.

Pihak Peguam Negara telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan untuk tidak memberikan "bahan bukti" itu kepada peguam Dato Seri Anwar Ibrahim, sehingga kini belum ada keputusan dari Mahkamah Persekutuan lagi. Kalau Mahkamah Persekutuan belum beri keputusan mesti kah Peguam
Negara boleh gunakan kuasanya overule keputusan Mahkamah Tinggi
seperti yang di mahukan oleh peguam Hasnal?

Peguam Hasnal Rezua Merikan yang mempertikaikan kes liwat itu lambat
sebab Anwar, itu adalah salah. Mungkin peguam Hasnal tidak faham
sepenuhnya mengenai keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi
terdahulu pasal "bahan bukti" yang enggan diserahkan itu oleh pendakwa
kepada peguam Dato Seri Anwar Ibrahim.

Bukan sahaja peguam Hasnal tidak faham, Tan Sri Nazri juga langsung
tidak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Persekutuan yang dengan sengaja menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim melambat lambatkan kes liwat tersebut. Mungkin para pemimpin UMNO sudah kehabisan isu politik maka dengan sengaja melemparkan fitnah itu kepada Dato Seri Anwar Ibrahim agar UMNO kelihatan bersih.

Buka hati buka minda.. Siapa yang suka tangguh sebenarnya...

Salam Reformasi..

Sangtawal Sakranta said...

salam saudara 'aku reformasi',

Terima kasih atas komen di atas,

semoga mereka yang terlibat tidak bertangguh-tangguh...itu je...

cuma satu saja soalan untuk tuan... kenapa dia juga tidak mahu bersumpah mengikut cara islam seperti yang disarankan oleh mufti perlis....seperti pengadu?..susah sangatkah untuk menyebut nama tuhan dan bersumpah....atau nak tangguh juga??? kita orang islam tak nak dengar sumpah dengan nama angin,jembalang....

Takkan bersumpah dengan nama Tuhan pun memerlukan bahan-bahan bukti dan perlu dipohon dengan mahkamah dahulu tuan?

satu lagi tuan...pak tangguh boleh jadi siapa saja.

wassalam.

Besi said...

Salam Pak Tangguh,
Esok ulang tahun pertama 'tarikh keramat'.
Lama lagi ke nak tangguh?

zack said...

Najib monggolia lagi satu bangsat yg bukan shj menangguh, malah langsung tidak mahu menjawab isu dakwaan bersumpah raja petra!!! Apasal x nak cakap? BODOH! Dasar bajingan...

Isu Najib tak mahu bersumpah pengecut pulak nak tulis...Dasar pengampu dan penjilat...

Syeikh Qordowi kata tak perlu sumpah nak letak mana???

Siapa dia Dr Asri banding dgn Syeikh Qordowi???

Bila Dr Asri kata jgn buat upacara kalungan bunga di tugu pahlawan sebab itu syirik, tapi pemimpin UMNO tetap buat, apa kes???

Payahlah la kalau cari kebenaran ikut nafsu...hahahhaha

Sangtawal Sakranta said...

salam zack,

Lama tak dengar suara komen anda!
dah jawab ke soalan-soalan saya yang lepas....lempar batu sembunyi tangan ye zack?

Pagi pagi buta at 7.58am dah geledah blog aku zack??? nape?

orang bicara pasal pak tangguh dia bicara pasal najib monggolia pulak!!!ha ha ha...

siapa sheikh Qordowi tu zack??? mufti keadilan ke???bapak angkat pak tangguh ke?

oh ya hari ini 16 september...dah setahun dah pak tangguh jadi PM...patutlah zack bersemangat!

ada bonus raya ke zack sempena ulangtahun ke-1 jadi PM???

selamat berpuasa dan selamat hari raya zack,maaf zahir batin!!!

wassalam!

Wan Ssei said...

salam...juz nk tnye...sangtawal ni penyokong UMNO eh?
1lg bole x bg pndapat pasal isu politik skg,umno,pas dan pkr sbb kite pon da xtw yg mne ptut dipercayai...
sng2 singgah blog ambo deh...

http://wanssei.co.nr

Sangtawal Sakranta said...

salam wan ssei,
saya tidak menyokong sepenuhnya umno dan tidak membangkang sepenuhnya pas.:)
insyaallah saya akan ke blog awak.

wassalam.