Saturday, July 25, 2009

Cerpen Rakyat : Disebalik Cermin Mimpi : Ada Realiti.



TAJUK : CERPEN RAKYAT : DI SEBALIK CERMIN MIMPI : ADA REALITI.

Oleh : Sangtawal Sakranta…


Hari ini hati Pak Mursid berdebar lagi.Entah mengapa sejak akhir-akhir ini hati Pak Mursid bergetar-getar selalu.Kalau dulu hatinya bergetar kerana zikir khafi mengingati Allah,namun kini tidak lagi…getarannya kosong saja…tidak menentu dan tidak bermakna.Tangan Pak Mursid pun terketar-ketar dan tahap kesihatan Pak Mursid juga semakin menurun sejak akhir-akhir ini.Sembahyang pun tidak sekusyuk dahulu.Asyik batuk-batuk dan semput-semput saja.Kalau dulu jika pak Mursid bercermin diri….maka terbayanglah satu lagi diri Pak Mursid di balik cermin diri…..kini tidak lagi….



Anak cucu dan para menantu Pak Mursid sudah letih menasihati Pak Mursid supaya bersara dari memikul tugas berat sebagai penghulu kampung merangkap imam surau dan ketua persatuan lebai - lebai kampung.Ada-ada saja alasan yang pak mursyid berikan kepada anak menantunya.Imam muda tak boleh diharap lah,orang muda kurang ilmu dan kurang pengalaman lah untuk jadi pemimpin dan banyak lagi lah alasan-alasan yang dikemukakan olehnya yang membuatkan ahli keluarga Pak Mursid dah naik meluat untuk menasihatinya lagi.

Aaahhh..hati Pak Mursid makin berdebar-debar…apa tidaknya ,tadi ada seorang pemuda dari kampung luar menggesanya untuk mengeluarkan satu fatwa berkaitan dengan seorang anak mukimnya yang berbangsa melayu islam yang bertandang kerumah sahabatnya yang berlainan bangsa dan agama untuk menziarahi kematian ahli keluarga sahabatnya itu.


Pak Mursid memang tahu hukumnya begitu begini tetapi demi menjaga hati anak angkat serta anak didik kesayangannya iaitu Si Kusam yang terlebih dahulu mengeluarkan fatwa membolehkan tindakan anak mukimnya itu,Pak Mursid jadi serba salah.Padahal Pak Mursid sudah tahu apakah hukumnya, malah Pak Mursid sudahpun membaca akhbar dan mendengar melalui corong radio ,ada seorang mufti telahpun mengharamkannya.Tapi Pak Mursid buat tak tahu dan selamba je….betul lah apa yang anak didiknya Si Kusam itu katakan…getus hatinya untuk menyedapkan sedikit rasa hati yang bersalah….kalau bekalan letrik kampung ini terputus…tidak ada salahnya kita pasang lilin ….yang ada pelita boleh pasang pelita….yang pentingnya gelap bertukar menjadi terang….walaupun samara-samar…baik ada daripada tiada…..entahlah…nak harapkan bulan?…bulan dah tak mengambang lagi…



Dulu Pak Mursid memang handal berhujah..tetapi sekarang Pak Mursid seakan-akan mudah jadi kecut telor untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan hukum- hakam agama.Dulu Pak Mursid tolak tawaran elaun ketua kampung,kenderaan rasmi dan rumah kediaman ,kononnya untuk dilihat sebagai seorang yang alim,zuhud dan tidak menghiraukan dunia,namun kini,Pak Mursid mudah lupa,betul lah…melayu mudah lupa…semua Pak Mursid bedal….prinsip perjuangan Pak Mursid sudah lari dari landasan asal,dunia dan kebendaan sudah menyelimuti sekujur tubuh kurus kering Pak Mursid.Nasib baik Pak Mursid selalu pakai jubah dan berserban,jadi orang ramai tak nampak la apa yang sedang Pak Mursid pakai sebelah dalam sebenarnya!


Aaahhh…kalau aku mahu membuang semua pakaian dan jubahku ini pun apa mereka peduli?…aku berada dalam rumahku sendiri…lantak lah aku nak buat apa pun….ini hak peribadi aku….sambil tersenyum simpul…Pak Mursid pun mula terbayang bayang akan wajah dan bentuk badan si dara tua yang pernah mendapat kontroversi dikampungnya beberapa bulan lalu setelah gempar cerita tersiarnya gambar panas skodem si dara itu yang tak senonoh.Nasib baik ada pembelaan moral berbaur agama dari Pak Mursid…keadaan pun menjadi bertambah reda….


Tiba-tiba…wajah pak mursyid berubah….astaghfirullah…kata-nya perlahan lahan….walaupun orang lain tak nampak tapi tuhan dan malaikat nampak apa yang aku fikirkan ini…..desis hati kecilnya…..rasa bersalah mula meruntun hati dan perasaannya…entah mengapa gambaran memori semasa belajar di pondok dulu mengimbau kenangan…kitab-kitab lama…wajah tok-tok guru datang silih berganti….terasa seolah-olah duduk mengadap guru secara halaqah di madrasah pondok…mentelaah kitab-kitab agama dalam cahaya samar-samar pelita minyak tanah….memasak nasi dan sediakan lauk pauk sendiri…aaarghhh….mengapa memori tak diundang ini datang ???….bisik hatinya…



Keegoannya dan ammarahnya kembali teruja….Pedulikanlah kata orang!…bisik hati kecil Pak Mursid…hidup ini hanya sekali saja…baik aku enjoy dulu..bukan senang nak dapat apa yang telah aku dapat hari ini….ha ha ha…gelak hati kecilnya….bodohla si mahazalim atau si mahafiraun tu dulu bersara sebagai menteri dizaman keagungannya…kini dia dah tak lagi merasa seperti yang aku rasa…aku masih ada pengaruh dan pangkat…dia kini dipinggirkan oleh pembodek-pembodeknya dulu….namun jauh di sudut hati kecilnya Pak Mursid cukup percaya dengan kebolehan dan kepintaran si Mahazalim itu…pernah dulu bila Si Mahazalim merajuk dan keluar dari persatuan melayu modennya…Pak Mursid pernah menawarkan kepada si mahazalim supaya masuk kedalam persatuan lebai-lebai kampungnya….


Tapi si mahazalim enggan…..entahlah….mungkin si Mahazalim itu tegas pendiriannya dan sudah tahu selok belok rahsia dan sandiwara persatuan lebai-lebai kampung Pak Mursid yang sejak akhir-akhir ini suka menggunakan agama untuk kepentingan persatuan mereka!....aaahh...biarkanlah dia… bisik hati kecilnya.


Takkan aku mahu melupakan jasa sahabat karibku..yang juga merangkap pakar strategi politik kampunganku itu…Pak Syeikh waliwati….dulu pernah disingkir dari persatuan melayu moden pimpinan si mahazalim kerana masaalah moral…


Aku patut ikut apa yang Pak Sheikh ni kata…periuk nasi aku kena jaga juga….dia ni bukan orang sembarangan,pengaruhnya besar…asal keturunan dia pun mungkin dari bangsa Nabi Luth…mungkin keturunan dia saja yang terselamat bila tuhan terbalikkan bumi dahulu….


Bukan saja manusia yang terpengaruh dengannya tapi semua bangsa jin dan iblis pun menyokong Pak Sheikh ni…malah golongan iblis pun selalu memberinya peransang,helah dan motivasi supaya terus berbohong dan suka meliwat-lewatkan segala agenda…..


Memang ternyata dia bukan orang sembarangan…dengan kelulusan yang tak seberapa pun dia boleh menjadi tok guru di pondok dan pesantren terkemuka di luar Negara….dia ni banyak auta dan bijak bersandiwara…lihatlah kawan kawan baiknya siapa…...

Si Cepek dari Indonesia, si Anjing Paul dari Amerika, seniman agung Estroda dari Filipina….takkan aku mahu lepaskan peluang berdampingan dengannya!Dulu pernah aku bersetuju dengan sumpah laknat simangsa penderaan moral Pak Sheikh ini….tapi demi menjaga hati Pak Sheikh…aku kata cara budak itu bersumpah pula tidak sah…..


kesian budak tu…yang menghairankan pak Mursid ialah sampai kini budak itu sihat sejahtera, dia tak dimakan sumpah pulak tu….mungkin budak tu betul kot!....sebab itu budak itu beria ia benar untuk berjuang di mahkamah....Pak Mursid termenung panjang….tapi persoalan yang berlegar dibenak pak mursyid hanya satu….kalau Pak Sheikh Waliwati tak buat…kenapa susah sangat dia nak bersumpah laknat???....entah entah dia buat betul tak? Persoalan demi persoalan timbul dan bermain dibenaknya…


Tiba-tiba terdengar gemersik bunyi lagu melayu seroja yang dikumandangkan oleh seorang ustaz berjenama persatuan lebai kampungnya…yang bernyanyi sambil berdakwah dan mengajak orang menghindari dosa…

Tiba-tiba hati Pak Mursid menjadi sayu…air mata tiba-tiba mengalir membasahi pipi,janggut dan seterusnya jatuh berterabur di atas sejadah usang di surau kecil itu…dia biarkan saja airmata itu tumpah ke atas sejadah itu…sekurang-kurangnya berkuranganlah sedikit sebak didada…


Dengan tidak sengaja seekor katak melompat pantas didepan mata Pak Mursid…dia tersedar sejenak dari lamunannya…ah…betul ke tadi tu katak yang melompat? Atau hanya burung ciak yang terbang dan bersarang di bumbung surau usang ini….Tanya hatinya….takkan katak boleh masuk surau dengan senang….teringat dia akan lawak jenaka sahabat baiknya Pak Sheikh Waliwati tentang ura-ura ada beberapa ekor katak VIP yang ingin melompat beramai-ramai masuk kedalam mangkuk persatuan mereka untuk menjadi ahli persatuan lebai kampung yang sah….tapi itu semua tinggal kenang-kenangan saja…nama mereka hanya tercatat sulit dalam poket seluar dalam Pak Sheikh saja….takkan lawak boleh jadi benda betul kut…


“Tok….kenapa tok menangis ?” ..tanya seorang kanak-kanak yang kebetulan sedang bermain dekat dengan surau kecil itu tiba-tiba memecah lamunan Pak Mursid..


“Taakkk…tok tak menangis…mata atuk sakit ni….atuk demam sikit ”jawab Pak Mursid sambil berbohong kepada kanak-kanak itu…. “Oh…begitu…tapi kalau sakit mata kenapa datang juga ke surau,nanti berjangkit dengan orang lain pulak tok...” kata budak itu berpuas hati dengan jawapan Pak Mursid.Pak Mursid tersengih sambil mengusap-usap janggut sejemputnya….mudahnya budak kecil ini aku tipu…bisik hati kecilnya…tapi sampai bila harus aku menipu orang lain???

“Tok…kalau terkena selsema babi boleh jadi sakit mata tak?”…Tanya budak kecil itu lagi…. “ Tak…kita tak akan terkena selsema babi sebab kita tak main dengan babi,kita tak boleh sentuh babi,haraaaammm hukumnya!!!” jawab Pak Mursyid dengan nada yang lembut tetapi tegas…. “Oooohhh…kalau macam tu baguslah kalau orang kampung kita hapuskan kandang babi macam berlaku di kedah tu!” kata budak itu lagi…..lalu terus pergi meninggalkan Pak Mursid yang sedang ternganga itu.


Tersentak kankung seketika Pak Mursid mendengar kata-kata budak kecil itu…..bijak betul kepala hotak budak ni…anak siapa budak ni ya…. Terbayang kembali kandang-kandang babi yang dibuka secara besar besaran di Kampung Sepang sana….tapi apa boleh buat…demi menjaga hati sahabat dan puak-puak Pak Sheikh Waliwati….Pak Mursid jadi serba salah di buatnya….nasib baik Pak Mursid pandai mengelak daripada terpaksa hadir ke majlis kesyukuran kekawan Pak Sheikh Waliwati yang khabarnya ada juga diselitkan upacara menepung tawar dan memanggang babi! lega hatinya tak terkata…nasib baik dia tak pergi…kalau pergi..mesti ada soalan-soalan panas yang perlu dijawab yang sudah pasti akan diajukan oleh geng-geng Pak Jib dan Pak Yiddin dari kampung sebelah yang sememangnya dari dulu lagi tak sehaluan dengan Pak Mursid….


Namun sebagai orang yang alim lagi warak…dia sudah bersedia…kalau orang tanya apa hukumnya jika makan daging babi…tentulah dia akan menjawab dengan nada suara yang lantang dan kuat…”Tidak boleh…haraaamm!” tapi satu soalan saja yang Pak Mursid paling takut…jika ditanya pula apa hukumnya jika terhidu asap atau bau babi panggang saja.apa hukumnya pula??? Pasti Pak Mursid susah nak jawab….dulu dalam kitab tak ada….nasib baik dia tak jadi pergi…….kalau tidak imej Pak Mursid dimata orang-orang kampung yang kebanyakan buta huruf itu akan tercalar.



“Allah Hu Akhbar….” Tiba-tiba bilal melaungkan azan ….menyedarkan Pak Mursid dari lamunannya.Mungkin si bilal takut untuk mengejutkan atau mengganggu ketenteraman suluk Pak Mursid yang ternampak olehnya Pak Mursid dalam keadaan yang paling khusyuk bermunajat ketika itu.Sedar tak sedar Pak Mursid duduk mengelamun disitu dari waktu selepas solat asar tadi hinggalah Maghrib.


Dia pun beristighfar kuat-kuat supaya boleh didengar oleh si bilal sambil membetulkan kedudukannya, seolah- olah dia baru lepas kembali dari perjalanan kerohanian yang sangat jauh.Entah tiba-tiba dia teringat akan sebutan perkataan Allah yang menjadi isu nasional beberapa waktu dahulu dimana golongan kristian dan gereja juga mendesak pihak berkuasa mahu menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka.


Lambang tiang kayu salib dan wajah kawan baiknya Pak Sheikh Waliwati datang bersilih ganti terbayang di depan mata……aaahhh datang lagi Pak Sheikh ni…..betul kah dia manusia atau dia sebenarnya syaitan yang bertopengkan manusia???…getus hatinya….kalaulah sebutan Allah ini bergema di dalam gereja-gereja mereka yang besar dan jumlahnya yang semakin banyak itu bagaimana agaknya….


Pak Mursid pun memejamkan mata….dia memasang telinga dengan penuh perasaan mendengar tiap-tiap bait kata laungan azan si bilal itu kembali…..entah bagaimana nasib anak cucu bangsa keturunanku nanti bila perkataan Allah ini bebas digunakan oleh pelbagai agama???...bagaimana hai..Pak Mursid???? Tanya hatinya sekuat suara laungan azan si bilal….dan sewaktu bilal melaungkan kalimat “La Ila Ha illallah…” itu Pak Mursid tiba tiba bertempik kuat “ Tidaaaakkkk…!!!!” seperti orang yang kerasukan gelagatnya.


Sekujur tubuh Pak Mursid jatuh tersungkur diatas sejadah usang yang masih basah dengan air matanya itu….si bilal dan beberapa orang kampung yang berada di dalam surau itu pun terkejut dan terus menerpa kearah Pak Mursid,tapi sayang seribu kali sayang….tubuh itu sudah sejuk dan kaku…dijamahnya tangan dan nadi Pak Mursid oleh jemaah surau itu..…sudah tidak berdenyut lagi….

Innna Lillah …..
...

Semua jemaah saling pandang memandang antara satu sama lain.Kesedihan jelas terbayang diwajah mereka….ada yang menangis dan meraung….ada yang berkata… “MasyaAllah….Pak Mursid ini mati dengan keadaan yang terpuji sekali….inilah Tok Imam dan ketua persatuan lebai kampung kita…matinya diatas sejadah…yang basah dengan airmata munajat…di dalam masjid ,di waktu azan maghrib pula…


Tetapi mereka terlupa satu perkara..di waktu maghrib dan senja jugalah bangsa iblis terlaknat itu suka berkeliaran..…



Mereka semuanya merasa sayu dan terharu mengenangkan Pak Mursid yang banyak berjasa…masih terngiang-ngiang di telinga mereka lagu favourite Pak Mursid sewaktu hayatnya masih ada dulu…..

Inilah lagu perjuangan asal Pak Mursid…… semoga ada anak cucu Pak Mursid yang mengikuti jejak perjuangan beliau yang sebenar….

Dengan linangan airmata....mereka menghayati betul betul setiap bait kata dan lirik lagu itu….

ya….berjuanglah…dengan semangat dan roh kebenaran……wahai pak Mursid….jasamu tetap dikenang!!!




Maka bersatu dan bersaudaralah semua penduduk kampung itu dengan semua penduduk kampung sebelah sana.Mereka tinggal dalam suatu kelompok manusia yang bersatu hati berjuang ke akhir zaman…mereka melupakan semua sengketa politik dan kepentingan peribadi…mereka kembali berjuang demi meletakkan agama islam sebenar ditempat yang sewajarnya….

Dipadang luas sana... ada sebatang kayu terpacak….dipuncak tiang kayu itu ada bendera biru bercorak mata satu.....ada juga sekumpulan manusia …mereka mengerumuninya tiang itu sambil melempar-lempar anak batu kearah tiang itu….ada juga sebatang kayu yang panjangnya sedepa yang masih basah berlumuran darah di atas tanah….disatu hujungnya agak runcing dan tajam.....darah merah sedang bertitik dan mengalir lesu ketanah...manakala di satu hujung lagi ada bau hanyir berwarna kuning…..di sebelahnya….ada sekujur mayat yang kepalanya berlumuran darah dan baru sahaja disula….wajahnya tidak nampak kerana dikerumuni oleh lautan lalat berwarna hijau ….mungkinkah dia Pak Sheikh Waliwati itu???...biarkanlah dia…..dia pengkhianat agama dan bangsa.....anda akan tahu jawapannya nanti….



Wassalam.

Nukilan : Sangtawal Sakranta….


22 comments:

Anonymous said...

hahahaha....tahniah sangtawal. sekurang2nya UMNO bukan parti yang hipokrit mcm parti PAS.

sbb tu parti berasaskan perkauman masih jauh relevent dlm konteks masyarakat majmuk di m'sia ni.

bayangkan didepan beribu-ribu kaum cina, lim kit siang selaku pengerusi majlis menjemput nik aziz menyampaikan ucapan utk perasmian tokong baring terbesar....di m'sia

dgn penuh yakin lim berkata, ya di persilakan nik aziz memberikan ceramah kerana ugama didunia ini semuanya sama, ugama budha kah , hindu kah, muslim kah semuanya sama, sila tuan guru...

agak2 tuan guru naik ke tak ke pentas. kalau naik sure dia akui semua agama sama.

sure tuan guru naik....undi punya pasal ... byk undi tuuu. ok. kalau dia naik agak2 dia nak perbetulkan ke tak ckp lim kit siang tadi tu.

agak2 nik aziz nak ckp tak sebetulnya agama islam letaknya diatas semua agama lain, agama islam yg paling betul, yg diredhai oleh Allah SWT.

gerenti tak akan ckap punyaaa. kalau ckap sure hilang undi.

jubah, sarban dan ckp berdegar2 mcm akhil hai tak beri apa2 jaminan...

Salafi

LompaTTikaM said...

best artikel nih..tq Sangtawal..

Sangtawal Sakranta said...

Salam buat salafi dan Lompat-tikam.

Terima kasih atas komen dan sokongan.

Saya sendiri masih tertanya-tanya dan agak kehairanan kenapa tok guru tak mahu menerima jemputan untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan melayu -islam.

Adakah melayu-islam lain yang berada dalam parti selain dari parti mereka itu lebih hina dan bangsat melebihi DAP-PKR???

Jadi adakah mereka ini lebih mementingkan kepentingan diri dari kepentingan agama dan bangsa sendiri.Oleh itu,layakkah mereka menjadi contoh dalam bab persaudaraan sesama islam dan layakkah mereka bergelar Ulamak pewaris nabi???

wassalam.

Anonymous said...

cerita yg lebih merapu dari kemerapuan.

1. Dok tanya2 lagi, bukak kitab sejarah umeno blk. dr dulu sampai la, apa depa dah buat.(dok cam tu gak)

2. Jgn besaqkan skop, bukan melayu-islam tapi melayu-umno

3. Memang melayu-umeno lebih bangsat dari DAP-PKR

4. Sapa yg lebihkan diri n kuncu-kuncunya selama ni,
tepuk dada n angkat dada tinggi2.

5. Mmg layak.

6. 'pegi jahanam umeno' perkataan terlalu lembut.

Sangtawal Sakranta said...

salam buat anon @ 12.38pm

contohnya...Anda kata wajah anda di dalam cermin adalah sama.

tetapi cuba anda bercermin diri...sila angkat tangan kanan anda...kenapa anda yang dalam cermin itu mengangkat tangan kirinya...

bolehkah anda memaksa anda yang didalam cermin itu mengangkat tangan kanannya?

sila fikirkan...itulah contoh mudah bila anda cuba menyembunyikan kebenaran...

itu sebab anda suruh orang lain pergi jahanam....sebab anda barangkali sudah terbayang yang syurga itu hanya milik parti bulan atau milik parti lambang mata satu saja!lebih teruk lagi bila anda menolak persaudaraan sesama islam...kenapa susah sangat untuk bersatu???...cuba bagi hujah-hujah yang menyakinkan saya kenapa umno tidak boleh bersatu dengan pas?

wassalam.

pkr simata satu said...

Itulah attitude hollier than thou.Merasakan diri lebih baik,lebih mulia,lebih suci,lebih betul,lebih segala2nya daripada orang lain.

Orang lain semuanya salah,hina,berdosa,tak betul,tak layak untuk didampingi,tak layak untuk dibawa berbincang dll.Maka salam ukhwah ditolak,sampai duduk semeja bermesyuarah demi perpaduan ummah dan bangsa pun ditolak.

Dalam meremehkan oranglain, dalam tak sedar atau buat2 tak sedar diri sendiri sudah jadi alat perpecahan,alat menjatuhkan umat dan bangsa dan alat untuk oranglain yang gilakan kuasa dan alat simata satu yang nyata di depan mata.

Sangtawal Sakranta said...

salam buat pkr si mata satu...

sangat-sangat setuju dengan komen anda.

terima kasih.

wassalam.

Anonymous said...

Salam,

1. Dlm artikel ni, sapa yg menhentam sapa, sapa yg mula, just counter blk.(kita kena ada check n balance)
2. Kebenaran apa, kebenaran artikel tuan. Takkan saya nak bias blk satu-satu kot pasai babi la, pasai penggunaan nama Allah la. Mungkin tuan kurang info pasai kandang babi di kedah, jgn main tangkap boh ja,(rasanya Melaka yg byk kandang babi)itulah antara sebab kena bukak kitab sejarah umeno.
3. 'pegi jahanam umeno' quote kata2 Tok Guru,(masa isu unity)ada sebabnya.(mugkin juga emosi Tok Guru-emosi apa? klu cam tu kena betul2 buat kitab sejarah umeno la)
4. 'syurga itu hanya milik parti bulan atau milik parti lambang mata satu saja!' Parah ni, membuat tafsiran dr jawapan yg soalannya ditimbulkan oleh tuan dan quote kata2 Tok Guru.
5. 'lebih teruk lagi bila anda menolak persaudaraan sesama islam...kenapa susah sangat untuk bersatu???...' inilah antara sebab kena bukak kitab sejarah umeno, saya x kata tolak persaudaraan n sillatulrahim, mcm di atas tuan timbulkan persoalan saya bg jawapan. Timbul isu muqaballah dulu, kecoh dlm semua media arus perdana. Bila Tok Guru kata bubar kedua2 parti buat parti baru yg bertunjangkan Islam, case closed senyap terus, gimik politik apa ni, sapa yg lebih politik dari ukhwah.
6. Masih dengan cadangan Tok Guru, bubar ja PAS n UMNO tubuh Jemaah Islamiah, Al-Quran perlembagaan kita, Majlis Syura politik kita.Insaallah selamat dunia akhirat.

Anonymous said...

Salam pkr simata satu,

Ni lg parah menjatuhkan hukum dr jawapan yg tidak sebulu yg persoalannya ditimbulkan oleh tuan tanah.
1. Dulu masa umeno kuat, diajak utk berbincang pasai Islam-melayu, ditolak mentah2, sebab pa? oo masa tu ketuanan melayu (ketuanan umeno-ketuanan bangsa lebih penting dr ketuanan Islam) kuat gi kunun-kununnya la ni dah x kuat kot.

2. 'Dalam meremehkan oranglain, dalam tak sedar atau buat2 tak sedar diri sendiri sudah jadi alat perpecahan,alat menjatuhkan umat dan bangsa' sapa yg menyambung konsep pecah dan perintah-umeno,sapa yg menganaktirikan negeri yg diperintah parti lain selain depa-umeno, sapa yg megenepikan warganegara Malaysia yg tidak sebulu dgn depa-umeno, sapa yg mewujudkan jurang yg dlm antara kedua parti ni-umeno, income tax aku depa mau, road tax aku depa mau, ntah apa2 tax lg depa mau. Konsep Federalisme mmg x pernah wujud dlm kamus umeno, jd sapa yg mengamalkan devide n rule.

3 'alat untuk oranglain yang gilakan kuasa dan alat simata satu yang nyata di depan mata.'
gilakan kuasa n duit cukup sinonim dgn umeno, x kan hg x tau klu hg org kuat umeno. Sapa org lain yg gilakan kuasa DSAI, dia anak didik parti mana, klu nak pandang dr sudut negatif (hg mesti negatif ja pandang dia). Melayu Patani mau kuasa autonomi @ kuar dr Thai, depa ni gila kosa ka. MILF Moro di filipina, depa ni gila kosa ka. Perjuangan adalah perjuangan, bukan gila kosa.

zack said...

Salam...

Bagus anon @ 12.38pm, saya rasa bersyukur bila anda berjaya mematahkan dakwaan2 encik tawal ni dgn kebenaran dan fakta. Hakikatnya tulisan si tawal hanyalah mengandung dakwaan yang penuh merapu dan andaian2 yang memperlihatkan busuknya hati encik tawal ni. Nampak gayanya encik tawal tak berupaya mematahkan hujah2 saudara. Dia hanya semakin byk merapu dan tenggelam dlm "nafsu amarah" sesat dia.

Sesungguhnya penulisan seperti yg ditulis sitawal ini hanya membawa kpd fitnah kepada umat Islam dan memperlihatkan sifat asobiah yg keterlaluan dlm diri dia. Sengaja tidak mahu berpaling kepada cerita dan fakta yang benar sedangkan beliau boleh berusaha mencari cerita yg sebenar.

Kpd En. Tawal,
Tidakkah kamu sedar bahawa dosa memfitnah seseorang hamba lebih besar dari membunuh? Saya menyeru saudara berhentilah dari menulis perkara2 fitnah. Jgnlah mengikut jejak langkah org2 yg sesat dan jgnlah menulis munurut nafsu amarah. Jgn nanti hanya kerna satu dosa, kaffarah dari tuhan tertimpa keatas diri.

Sangtawal Sakranta said...

salam zack..

kebenaran dan fakta apa yang telah dipatahkan? "bukak kitab umeno bukan fakta"...mana ada kitab umeno!!!

siapa yang makin banyak merapu dan semakin sesat sebenarnya?

bersekongkol membenarkan penggunaan kalimah Allah kpd gereja dan percetakan kristian di selangor oleh PKR dan PAS...adakah itu fitnah juga saudara???

silalah saudara zack menceritakan perkara yang benar di sini...boleh kita sama-sama baca...jangan pula menulis mengikut nafsu ammarah seperti yang tuan katakan pada saya....

tulislah dengan nafsu seperti saudara dan saudara-saudara separti islam saudara....atau berikan alamat blog atau web saudara zack untuk saya link kan disini supaya orang lain juga akan mengikut jejak langkah saudara yang tidak sesat itu...semoga kaffarah Tuhan tidak menimpa saya dan saudara dalam masa seminggu dua ini.


wassalam.

Anonymous said...

Salam Tuan tanah,

1. Kitab sejarah umeno mmg ada, ia ada di minda kita semua yg meyimpan segala data tentang apa yg mereka lakukan dari dulu sampai la.

2. Kebenaran pasai umeno, double standart, rasuah, tikam belakang, terang2 menolak hukum Allah, memperguna semua agensi, devide n rule, sanggup pi sembah anglo-British pasai kerajaan Perak, polis n sprm x leh siasat (siasat anak ikan bleh le), mempersenda raja n sultan, tarik imuniti, abis tanah rezab melayu, org demo x leh depa x pa, nak buat loan tekun dia tanya 'apa no ahli umeno hg' dan mcm2 lagi.

3. En. Tuan tanah bleh maklumat kat mana yg kata kerajaan selangor dah approved pasai penggunaan nama Allah ni, saya rasa kes ni masih kat mahkamah persekutuan. Isu ni melibatkan Malaysia bukan Selangor, 1st mahkamah x bagi, tp depa buat rayuan smpi la. Mula mmg kerajaan Selangor agree tp dah dpt feed back yg negatif so depa follow kata putus dr mahkamah.


4. Saya rasa saudara zack cuma menegur, tetapi saya nampak tuan tanah yg berada dalam amarah dan dah nampak ketaksuban tuan dengan umeno, langsung menolak kebrokan yg dilakukan.(dan lagi sekali, umeno x penah berubah).

sangtawal sakranta said...

salam buat anon @3.12pm

terima kasih kerana menjadi pengomen yang setia walaupun blog dan penulisan saya dianggap merapu!

kitab sejarah umeno ada dalam minda??? he he he....bukan dalam minda tapi dalam kepala hotak kamu!

Pemimpin pujaan kamu memang tak tikam belakang..tapi tikam punggung!lepas tu banyak auta dan dalih tak nak bicara! ketua peguam bela pun tarik diri...kamu belum lagi ke? pemimpin pujaan kamu juga yang bagi hak milik tanah pada kaum lain dengan hakmilik 99 tahun...kerajaan mana yang nak rampas tanah rakyat kalau tak bayar cukai??? sila baca artikel saya sebelum ini...ada jawapannya!

memang kes serah kat mahkamah...tapi buat kejadah apa pergi ceramah dalam gereja?..semua yang pemimpin pujaan kamu buat tak nampak?orang lain nampak!

saya bukan taksub dengan umno...kalau kamu memang ya...taksub dengan pemimpin kamu...

nak tanya satu soalan saja...pemimpin pujaan kamu ambil fatwa dari ayat al-quran atau hadis dari mana yang sanggup keluar kenyataan ahli umno tak boleh masuk syurga???...cakap ikut sedap je...perasan jadi ulamak pewaris nabi la tu konon...tak sedar kita juga perlu bertaubat dan jangan pula terus sesat dan menyesatkan orang lain pula dengan berselindung disebalik title ulamak,serban ,jubah dan janggut tu!!!...dulu kita ada ulamak zionis...pengkhianat agama-bangsa...sheikh nuruddin namanya...nak jadi macam tu ke?

wassalam!

Anonymous said...

Salam Tuan Tanah..

1. Kalau dlm kepala hotak hg x dak pa @ senang ckp 0 dlm bab2 sejarah umeno ni, maka tuan masih baru didlm arus politik Malaysia. Pasai pa Dato Onn Jaafar yg tubuh umeno tp kuar n buat Parti Nagara? Sendri cari.

2. 'hak milik tanah pada kaum lain dengan hakmilik 99 tahun...' pajakan tahun pun x betoi, ada ati nak tulis bab politik. Ada ka Islam melarang kaum lain memiliki tanah, x dak. Ada ka Rasulullah menafikan hak kaum nasrani,majusi dan yahudi di Madinah, x dak. Bg tanah kat cina 3000 ekar kecoh, bg tanah kat melayu 6000 ekar senyap.

3. Dalam bab menfitnah Tok Guru ni, org dah smpi mana dah tuan masih dok tang tu lagi, Tok guru dah bersedia utk tindakan mahkamah, barang diingat Mahfuz dah menang saman utusan dan b. Harian. Tok Guru cakap plastic pi ubah jd Palestin, perkara tauhid adalah perkara asas, perkara ahli surga dan neraka jelas diterangkan didlm Al-Quran, “islam umno islam plastic, islam yg x membawa ke surga”. Umeno jelas menolak hukom islam, islam hanya di mulut saja. Menghentam PAS dan sekutu pasai arak di Selangor, tiada istilah nahi mungkar utk dijadikan prinsip. “kalau kita jalankan hokum islam, Negara akan huru-hara” quote kata2 Dato’ Najib tahun 1993. Tak takutkah kita dgn bala Allah, Nauzubillah.

4.Tetapi inilah sifat TV3, Berita Harian, Utusan Malaysia khususnya, mereka bercakap tentang melayu, tentang Islam tapi merekalah yang juara dalam memfitnah PAS khususnya Nik Aziz. tapi Dato' Najib sehingga sekarang masih belum mampu untuk mengambil tindakan kepada media-media yang membuat laporan mengaitkan kesan kematian Altantuya dengan diri dia sendiri.

5. Takutkan hilang kuasa dr menyempurnakan hukum Allah, rakyat dah mula sedar dan menerima hukum islam, sebagai contoh kes Kartika dengan Hakim mengambil langkah dengan melaksanakan hukuman ta'zir, tetapi pelaksanaan dihalang, Dato’ Najib kata “kenapa dia x buat rayuan”, Dato’ Hisyam kata “Tiada juru rotan yg bertauliah”. Lawak apa ni, takut jika hukum islam dpt menyelesaikan permasalah, rakyat akan beralih arah, depa.. x berubah-ubah.

6. Utk pengetahuan Tuan, saya selalu jugak mengikuti perkembangan blog tuan. Cuma saya rasa dlm artikel ini ia betul2 menyeru saya utk memberi komen sebab seperti yg saya kata lebih merapu @ rekaan @ khayalan @ Fitnah. Selidiklah dulu tentang perkhabaran2 yg dtg. Kerana Tuan telah tonjolkan diri tuan yg naïf bila bercerita politik Malaysia. Tetapi nampaknya tuan x bleh menerima teguran,apatah lagi yg pedas2 lebih sukakan pujian (bahaya ni).

7. Bukanya sempurna parti PAS ni, tetapi hentam @ tegurlah diatas perkara yg betul2 mereka lakukan, seperti ketaksuban yg x berbelah bagi kepada Tok Guru-Tok Guru mereka-ulama yg selain ulama mereka hampeh, berpuak didlm parti sendiri-cam na nak takbir Negara, apa yg mereka buat semua bleh semua dihalalkan-contohnya berkaitan lilin yg Nizar pegang.

8.Kalau PAS bijak eloklah perjuangkan dakwah dulu. Yang MLTR yang tak seksi langsung tu buat konsert lagu sentimental pun PAS nak pi buat demo. PAS tak ada kerja lain ke? Kalau PAS senang sangat eloklah pi keluarkan melayu hiv yang tinggal kat gereja tu daripada buat demo menentang konsert MLTR.

Sangtawal Sakranta said...

bhg-1

Salam buat anon at @11.39am.

Terima kasih kerana masih mengikuti blog merapu saya ini dan masih lagi sudi menulis komen yang panjang lebar.Inilah sifat pejuang yang kental!

Baiklah…mari kita berhujah secara lebih mendalam…

Kata kamu:

1. Kalau dlm kepala hotak hg x dak pa @ senang ckp 0 dlm bab2 sejarah umeno ni, maka tuan masih baru didlm arus politik Malaysia. Pasai pa Dato Onn Jaafar yg tubuh umeno tp kuar n buat Parti Nagara? Sendri cari.

Jawapan saya :

Ternyata anda juga tidak mampu mengawal emosi bila di provokasi sedikit,lepas tu kata kat saya,anda pun sama! Saya mengaku yang saya bukan ahli sejarah atau lebih khusus lagi pasal sejarah umno…tetapi kalau dikatakan zero atau 0 tu …rasanya tidaklah juga!
Tujuan umno ditubuhkan oleh Dato Onn 1946 ialah untuk menentang Malayan Union.
Beliau telah mengasaskan UMNO dan meninggalkan parti itu pada tahun 1951.Beliau bukan terus menubuhkan Parti Nagara wahai tuan anon yang bijak sejarah dan sudah lama dalam arus politik konon……beliau menubuhkan Independence of Malaya Party (IMP) dan menentang UMNO dalam pilihan raya umum 1955 dan kalah di tangan calon UMNO di Johor Bahru.Kenapa dia kalah? Sebab dia sudah menjadi penentang kepada parti dan orang melayu yang beliau tubuhkan sendiri! Bila kalah dia menjadi semakin kecewa dan dalam tahun 1959 dia menubuhkan Parti Negara dan menang kerusi parlimen Kuala Terengganu.Jadi bila dilihat kepada kronologi penubuhan parti olehnya ternyata dia menubuhkan parti untuk kepentingan dirinya,bukan benar-benar untuk membela bangsa dan agama.sekiranya dia kalah pada 1959,saya amat berkeyakinan dia akan menubuhkan sebuah parti lain pula! Senario ini kembali berulang kepada DSAI,bila dalam ABIM dan UMNO dulu bukan main lagi kutuk PAS,tapi bila keluar parti umno kini umpama menelan ludah sendiri,kitalah yang betul dan paling baik! Orang lain semuanya korup,tidak adil,tak bermoral tetapi semua sudah tahu moral DSAI di tahap mana!

Selepas perang dunia kedua,banyak lagi parti lain yang berjuang untuk kemerdekaan Negara dan untuk bangsa bukan Parti Nagara Dato onn saja, perjuangan diteruskan melalui penubuhan parti-parti politik seperti UMNO, MCA, MIC, parti-parti berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr.Burhanuddin Al-Helmi ditubuhkan pada tahun 1945, Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dipimpin pula oleh Shamsiah Fakeh, PETA, PUTERA dan parti berasaskan kepada agama Islam pertama iaitu parti Hizbul Muslimin berjuang untuk menubuhkan sebuah Negara Islam yang akhirnya diharamkan oleh penjajah Inggeris pada 29 Julai 1948 dan PAS yang ditubuhkan pada 24 November 1951 bermatlamat menjadikan Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan mengetatkan peraturan kerakyatan.Jadi itu matlamat pas ditubuhkan! Ada ke matlamat asal perjuangan pas untuk menubuhkan Negara Islam? Tidak bukan! Jika betul puak Pas mahu buat Negara islam sepatutnya mereka menubuhkan semula Hizbul Muslimin yang diharamkan Inggeris 1948 dahulu! Jadi kesimpulannya PAS ditubuhkan untuk kepentingan politik seperti parti parti lain juga,jadi kenapa rakyat cuba ditipu mentah mentah?jadi islam PAS adalah islam plastik juga!

bersambung.

Sangtawal Sakranta said...

bhg 2

kata kamu :

2. 'hak milik tanah pada kaum lain dengan hakmilik 99 tahun...' pajakan tahun pun x betoi, ada ati nak tulis bab politik. Ada ka Islam melarang kaum lain memiliki tanah, x dak. Ada ka Rasulullah menafikan hak kaum nasrani,majusi dan yahudi di Madinah, x dak. Bg tanah kat cina 3000 ekar kecoh, bg tanah kat melayu 6000 ekar senyap.

Jawapan saya :

99 tahun itu saya merujuk kepada rangcang kampung tersusun,manakala 999 tahun kepada kampung baru!, jadi berapa tahun yang sebenarnya pula ikut pengetahuan tuan? Ada ke saya kata tanah untuk dipajak pula? point utama ialah bagi hakmilik kekal kepada kaum lain.ada saya kata kat cina? Jadi kenapa kamu sebut pasal cina dan melayu? Kamu lebih rasis dari saya sebenarnya!boleh tolong bagitau saya kat mana lokasi tanah 3000 ekar yang diberi kepada cina dan dimana lokasi tanah 6000 ekar yang diberi kepada melayu?

Kata MB baru Perak, ia dibuat memandangkan pemberian status hak milik tersebut jelas tidak bercanggah dan melanggar Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) kerana pemberian tanah adalah hak kerajaan negeri.

Tapi mereka lupa, hakmilik kekal boleh diberi dengan syarat ada sebab "istimewa". Apa istimewanya jika Melayu kalah dengan program ini???

Cuba lihat dibawah: jika ia dilaksanakan, Siapa untung, siapa rugi?

Bilangan peserta kampung tersusun di negeri Perak adalah sebanyak 73,703 orang dengan pecahan Melayu 44.02 peratus membabitkan (32,441) orang, Cina 37.93 peratus, (27,957 orang) dan India 18.05 peratus (13,305 orang).

Melayu : 44.02 peratus, Bukan bangsa Melayu 53.98 Peratus. Melayu untung ke?

Hasrat DS Najib meminta Perak merujuk kepada Majlis Tanah Negara adalah kerana mahu MB Perak berfikir bahawa rancangan ini tidak menguntungkan Melayu. Kenapa mereka ini degil dan bodoh sombong???

bersambung

Sangtawal Sakranta said...

bhg -3

Mengapa isu ini dibuat seawal pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak?, pemberian geran kepada beberapa kampung baru ( walaupun dah lama ) dilihat satu tindakan proaktif oleh sebuah kerajaan yang baru dibentuk. Tetapi hakikatnya, siapa yang memperolehi untung yang lebih?. Peratusan penduduk kampung baru di Perak mengikut pecahan kaum adalah Cina ( 80% ), Melayu dan India sama-sama berkongsi ( 20% ). Terdapat seramai 60,000 penduduk kampung baru di seluruh negeri Perak. Jika dilihat kepada peratusannya, hanya berapa kerat sahaja orang Melayu yang dapat? Dimanakah rasionalnya memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada lot-lot tanah di “ kampung baru “ berbanding dengan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun
( RKT ) yang mana mengikut peratusan pecahan kaum Melayu adalah ( 44% ), Cina ( 38% ) dan India ( 18% ). Dijangkakan seramai 77,700 penduduk negeri Perak yang menyertai ( RKT ). Adakah cara pemberian status hak milik tanah ini bermotifkan politik?kalau bermotifkan politik,adakah ianya adil???

Walaupun ianya masih lagi diperingkat cadangan dan sedang diperbahaskan di Dewan Undangan Negeri tetapi kelulusannya sudah hampir pasti apabila melihat kepada peratusan wakil Pakatan Rakyat di DUN dan ahli-ahli Exconya. Ini membuktikan ketidaktelusan kerajaan negeri Perak untuk bersikap adil dalam pengagihan status hak milik tanah kepada semua penduduk tanpa mengira kaum dan kawasan tertentu sahaja. Mengapa ( RKT ) tidak diberi status hak milik kekal 999 tahun. Adakah oleh kerana peratusan penduduk di ( RKT ) adalah orang Melayu, maka tidak layak untuk diberikan status hak milik yang sama dengan “ kampung baru “. Sikap pengagihan hak milik tanah secara terpilih hanya memperlihatkan kerajaan negeri mempunyai agenda politik yang tersirat.Ini semua pun kamu tidak boleh nampak atau fikir ke?

Ohh..bila terdesak guna pendekatan cara islam…tiru nabi konon….nak jadi macam zaman nabi susah la…begini la..kamu panggil cina atau India duduk serumah dengan kamu atau kamu beri saja hak milik tanah kamu sendiri kepada mereka…baru minda kamu boleh fikir apa yang ingin saya sampaikan disini!

Memang islam tak larang kaum lain miliki tanah,tapi tanah itu adalah harta bukan?…jadi adilkah kerajaan PR di perak dalam hal pembahagian harta kepada rakyat perak?..
Kamu pun…apa sebab masih tinggal dalam tanah saya kalau dah tak suka….kamu boleh blah la…kan kamu panggil saya “tuan tanah”…berapa ekar tanah yang saya jadi tuannya?

Sila baca artikel saya sebelum ini – coretan buat pemburu syurga :

bersambung

Sangtawal Sakranta said...

bhg -4

Kata kamu :

3. Dalam bab menfitnah Tok Guru ni, org dah smpi mana dah tuan masih dok tang tu lagi, Tok guru dah bersedia utk tindakan mahkamah, barang diingat Mahfuz dah menang saman utusan dan b. Harian. Tok Guru cakap plastic pi ubah jd Palestin, perkara tauhid adalah perkara asas, perkara ahli surga dan neraka jelas diterangkan didlm Al-Quran, “islam umno islam plastic, islam yg x membawa ke surga”. Umeno jelas menolak hukom islam, islam hanya di mulut saja. Menghentam PAS dan sekutu pasai arak di Selangor, tiada istilah nahi mungkar utk dijadikan prinsip. “kalau kita jalankan hokum islam, Negara akan huru-hara” quote kata2 Dato’ Najib tahun 1993. Tak takutkah kita dgn bala Allah, Nauzubillah.

Jawapan saya :

Siapa yang fitnah tok guru? Dia dah kata macam tu,takkan tak boleh faham lagi kot! Kalau artikel orang pandai komen..bias la…Siapa umno? Orang?,binatang?,hantu?kayu? ..suka sangat berdolak dalih…apa tujuan dia kata begitu dan kepada siapa ayat itu dikiaskan..tak kan benda ni pun tak boleh fakir! plastik ke palestin ke itu bukan isu utama,itu masalah teknikal,kalau bicara dalam court mungkin tok guru boleh menang,tapi di akhirat nanti mungkin dia orang pertama dihumban kedalam neraka kita pun tak tahu! Eh… come on la…iblis dulu lagi alim dan beribadat beribu ribu tahun ..boleh jadi ahli neraka juga…bab syurga neraka ni tok guru tak payah nak letak ISO la sapa yang boleh masuk atau tak boleh masuk…itu hanya Allah saja yang mengetahuinya.Saya tanya kamu sekali lagi,kamu masih belum jawab,mana ayat al-quran atau nas hadis yang mengatakan “islam umno islam plastic, islam yg x membawa ke surga” …nauzubillah…masih ada orang keluar fatwa bodoh macam ni ye zaman sekarang…sila bagi hujah kamu.kalau nak cakap perkara tauhid tak payah campur dengan politik la saudara!
Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3:
‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.
‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar”…itu statement tok guru…yang kamu pergi pandai pandai tambah statement macam ni “islam umno islam plastic, islam yg x membawa ke surga” dalam komen di atas buat apa? Nak tunjukkan kamu hebat? Kamu pun putar belit juga! Jangan kata kat berita harian atau utusan je!!!

Pandainya kamu kata bala Allah sebab tak jalankan Hukum Allah,lepas tu…. bala kat negeri kelantan bawah pemerintahan tok guru pun banyak juga! Kemungkaran juga berleluasa kat kelantan.Kenapa tok guru tak minta doa tolak bala banyak-banyak?..

oh ya …satu lagi…ada ke makanan palsu??? Dah berapa kali tok guru termakan makanan palsu?...janji palsu ada la…..nak cakap biar nampak cerdik…tapi bila cakap berterabur benda-benda merapu…menampakkan kebodohan…nak jadi pemimpin kena cerdik sikit la…kawe demo kawe demo ambo adik kakok….gapo dia la……


sila baca artikel saya- siapa masuk perangkap siapa dan siapa perlu bertaubat sebenarnya

bersambung

Sangtawal Sakranta said...

bhg -5
Kamu kata :

4.Tetapi inilah sifat TV3, Berita Harian, Utusan Malaysia khususnya, mereka bercakap tentang melayu, tentang Islam tapi merekalah yang juara dalam memfitnah PAS khususnya Nik Aziz. tapi Dato' Najib sehingga sekarang masih belum mampu untuk mengambil tindakan kepada media-media yang membuat laporan mengaitkan kesan kematian Altantuya dengan diri dia sendiri.

Jawapan saya :
Juara dalam memfitnah Pas? Ohh…jadi apa yang ditulis dalam harakah,suara keadilan dan media /laman web pembangkang itu semuanya betul lah? Kamu pun turut percaya fitnah kaitkan najib dengan kematian atlantuya juga? Mana buktinya? Pinjam ketawa seorang blogger sosialis : kah kah kah kah kah.

Kamu kata :

5. Takutkan hilang kuasa dr menyempurnakan hukum Allah, rakyat dah mula sedar dan menerima hukum islam, sebagai contoh kes Kartika dengan Hakim mengambil langkah dengan melaksanakan hukuman ta'zir, tetapi pelaksanaan dihalang, Dato’ Najib kata “kenapa dia x buat rayuan”, Dato’ Hisyam kata “Tiada juru rotan yg bertauliah”. Lawak apa ni, takut jika hukum islam dpt menyelesaikan permasalah, rakyat akan beralih arah, depa.. x berubah-ubah.

Jawapan saya:

Nak promote hudud ala pas la tu ? kalau betul-betul pas nak buat hudud,mana draf atau undang-undang yang berkaitan dengan hudud…nak tengok…cakap atau kelentong politik murahan saja boleh la…sila kemukakan atau bincang di parlimen! Dulu pemimpin DAP kata kena langkah mayat dia dahulu kalau nak tubuh Negara islam,sekarang ni pas pergi buat pakatan pulak…dulu kata DAP setan..kini jadi kawan…Pakatan rakyat konon…ini halal ke saudara? Dengan kafir harbi??? Bercampur ke minyak dengan air saudara? Kenapa takut buat pakatan dengan umno,sama melayu ,sama islam??? Takut hilang pangkat,harta dunia ye???takut perut tak buncit atau kembung ye?

bersambung

Sangtawal Sakranta said...

bhg-7
Kamu kata :

6. Utk pengetahuan Tuan, saya selalu jugak mengikuti perkembangan blog tuan. Cuma saya rasa dlm artikel ini ia betul2 menyeru saya utk memberi komen sebab seperti yg saya kata lebih merapu @ rekaan @ khayalan @ Fitnah. Selidiklah dulu tentang perkhabaran2 yg dtg. Kerana Tuan telah tonjolkan diri tuan yg naïf bila bercerita politik Malaysia. Tetapi nampaknya tuan x bleh menerima teguran,apatah lagi yg pedas2 lebih sukakan pujian (bahaya ni).

Jawapan saya :

Kah kah kah kah…selalu mengikuti perkembangan blog tuan…tak payah ikuti kalau blog ni banyak merapu,mereka,khayalan atau fitnah!!!...pergi ikut blog blog politik pembangkang yang hebat…kat blog saya ni bukan blog umno…ini blog saya dengan cara saya yang tersendiri…dah baca ke semua 108 entry artikel saya kesemuanya ? kalau setakat baca-baca artikel yang berbentuk politik je…baik tak payah…saya menulis supaya kita berfikir bersama-sama….tujuan blog ini bukan untuk kempen pilihanraya…dalam artikel di atas- namanya pun dah cerpen rakyat….takkan kamu nak cari fakta lagi…cerpen itu mestilah rekaan…ini politik kreatif…kamu dah baca ke novel sasterawan Negara berjudul SHIT…itu cerita pasal perjalan tahi dari perut hingga kelubang dubur…tapi dianggap baik oleh pemimpin kamu….siapa orang yang dikatakan watak utama dalam karya itu?...kamu pasti tahu kerana kamu sudah lama dalam arus politik.Saya bukan jenis orang yang suka dipuji dan mudah termakan bodekan orang…saya juga bersedia menerima teguran atau kritikan kerana saya bukannya manusia yang sempurna.contohnya kamu boleh lihat artikel berikut ;

- Surat terbuka buat surind raj
- Mereka yang tewas sebelum berjuang :

Komen – komen antara kita berdua pun mungkin akan saya siarkan semula…Cuma jika kamu benar benar anak jantan sila berikan url blog kamu atau e-mail kamu kepada saya…atau kamu boleh e-mailkan kepada saya di sangtawal@yahoo.com. Jangan lagi guna/berselindung dengan nama anon tu…

bersambung

Sangtawal Sakranta said...

bhg-8

Kamu kata :

7. Bukanya sempurna parti PAS ni, tetapi hentam @ tegurlah diatas perkara yg betul2 mereka lakukan, seperti ketaksuban yg x berbelah bagi kepada Tok Guru-Tok Guru mereka-ulama yg selain ulama mereka hampeh, berpuak didlm parti sendiri-cam na nak takbir Negara, apa yg mereka buat semua bleh semua dihalalkan-contohnya berkaitan lilin yg Nizar pegang.

Jawapan saya :
Komen kamu diatas telah berlaku perubahan yang drastik pada isu dan kata-kata kamu.samaada kamu bersetuju dengan saya atau sebaliknya tetapi jika satu jari telunjuk kamu menuding kearah orang lain,empat lagi jari lain kamu menuding dirimu sendiri! Sudah hilang wibawa nampaknya …dah tengok ke puak pas dan pkr terhangguk hangguk macam keldai bodoh memberi penghormatan pada cina yang sudah mati…tak cukup dengan itu….pegang lilin pula….ada dalam agama islam ke benda-benda macam tu!!!..telanjang boleh,pegang lilin boleh,mencarut boleh,kandang babi boleh…ini aku boleh bersabar lagi…tapi dalam bab mempergunakan agama islam untuk kepentingan politik peribadi akan aku tentang habis habisan!!! Sudah berapa ramai orang sesat dengan fatwa-fatwa gila ulamak politik ni saudara…takkan nak suruh saya diam untuk bersuara!!! Harapkan kamu…apa jasa kamu??? Asyik dok komen orang tak betul je…kita je yang betul…nak masuk ke pantat neraka jahanam sekali dengan ulamak syaitan ke saudara? Malaikat jaga kubur tak Tanya kamu dari parti mana nanti,malaikat jaga pintu neraka juga tak akan Tanya kamu dari parti mana nanti…dia akan humban kamu kalau terbukti kamu khianat pada agama Allah .


Kamu kata :

8.Kalau PAS bijak eloklah perjuangkan dakwah dulu. Yang MLTR yang tak seksi langsung tu buat konsert lagu sentimental pun PAS nak pi buat demo. PAS tak ada kerja lain ke? Kalau PAS senang sangat eloklah pi keluarkan melayu hiv yang tinggal kat gereja tu daripada buat demo menentang konsert MLTR.

Jawapan saya:
Kamu gali lubang,kamu terjun sendiri la dengan komen terakhir kamu itu.Dah muflis idea???kah kah kah….nak jaga tepi kain orang..kain kita sendiri koyak rabak…..apa pun terima kasih kerana sanggup membuat lawak diblog saya….maafkan saya jika jawapan saya tidak memenuhi kehendak hati saudara atau mungkin terkasar bahasa

wassalam.

Anonymous said...

Kengkadang seronok tengok Melayu bergaduh, jadi bukti Melayu memang tak reti nak pakat cara baik.Kalau dah timbulkan semangat kemelayuan sangat....... jangan sampai layusebelum kembang dahlah. STS banyak buka mata saya tapi bila dok gaduh pasal UMENO-PAS ni saya jadi hilang minat sebab Melayu juga yang rugi kerana jiwa serakah pemimpin Melayu yang banyak menipu Melayu. Kenapa suka nak burukkan sedara sendiri, bak kata pepetah Melayu = Tepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri". Fikirlah baik-baik macam mana nak sedarkan semua Melayu Islam supaya jadi mukminin dan solehin, buka Melayu kepala angin.