Tuesday, March 30, 2010

Hadis yang Diulang-Ulang !



Tajuk : Hadis yang Diulang-Ulang !

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta .


Sebelum meneruskan artikel ini, terlebih dahulu saya memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat.Bukan niat saya untuk mencari permusuhan, tetapi adalah berniat menegur saja demi kebaikan bersama.

Petang kelmarin, sebelum masuk waktu maghrib, saya menerima satu soalan yang agak berat dari anak lelaki sulung saya yang berumur 10 tahun.Soalannya begini :

“Ayah, benarkah Allah itu mempunyai tangan seperti kita ?”. Saya terkejut dengan soalan itu, lalu saya menjawab : “Kenapa Along bertanya begitu?”. Dia menjawab : “Along bertanya begitu kerana setiap kali nak masuk waktu solat magrib TV selalu mengulang-ngulang satu hadis yang berkata Allah membentangkan tanganNya!.

Saya terkejut dan termenung sejenak dengan jawapannya itu.

Memang benar, petang kelmarin pun ada Hadis yang disebutkannya itu. Kalau tak silap saya Hadis tu dari Abu Musa yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari .Saya tak ingat sepenuhnya hadis tersebut tetapi maksudnya lebih kurang begini: Allah Azza Wajalla membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat hambaNya pada siang hari dan Allah membentangkan tanganNya pada siang hari untuk menerima taubat hambaNya di malam hari ( ada lagi sambungannya tapi saya tak ingat, maafkan saya dan jika ada pembaca yang tahu berkaitan hadis ini, agar boleh membantu dalam ruang komen dibawah).

Memang baik usaha menyiarkan hadis tersebut, tetapi saya mula terfikir mengapa ia selalu diulang-ulang, bukankah banyak lagi hadis-hadis sahih dari Bukhari dan Muslim yang boleh kita siarkan? Mungkin boleh disiarkan secara bergilir-gilir setiap hari.Itu Cuma cadangan saya.

Apa yang paling saya takuti ialah siaran yang berulang-ulang itu akan melekat dalam fikiran anak-anak kita dan seterusnya ia akan menimbulkan satu persepsi yang kita semua tidak mahu menerimanya (minta dijauhkan!) bila mereka meningkat dewasa nanti , iaitu mereka nanti akan menganggap Tuhan atau Allah swt itu bersifat seperti sifat manusia, mempunyai tangan,kaki dan sebagainya. Dari sudut psikologi pula, pengulangan sesuatu fakta secara berterusan akan menimbulkan satu kesan yang mendalam dalam fikiran dan sikap kita.

Memandangkan saya bukan ahli agama atau pakar hadis, maka saya pun jawab la soalan anak saya tadi dengan cara yang termampu oleh saya ,namun jauh disudut hati, saya bimbang sekiranya apa yang saya jelaskan itu masih tidak boleh diterima oleh akal dan hati anak sekecil itu.

Semoga pihak yang berkenaan “ambil peduli” dengan apa yang saya utarakan ini.Kalau boleh,hentikan siaran berulang hadis tersebut dan siarkan hadis-hadis lain yang lebih sesuai sebab masih banyak hadis-hadis Nabi saw yang lain berkaitan dengan fadhilat dan kelebihan Solat umpamanya.

Jika saya tersilap,maafkan saya dan jika cadangan saya ini tidak diterima,abaikan saja.Saya sekadar menyuarakan rasa hati saya saja.Mungkin selepas ini ada komen yang menyuruh saya komen tentang siaran lain terutamanya yang mendedahkan aurat dan melalaikan kerana apalah sangat siaran hadis tersebut yang masa siarannya beberapa minit saja itu berbanding dengan siaran lain (yang melalaikan) yang berjam-jam lamanya. Itu terpulanglah kepada anda semua !

Wassalam.

Sangtawal Sakranta.

Sunday, March 28, 2010

Perjalanan Penuh Liku Dan Duri Seorang Osama



Tajuk : Perjalanan Penuh Liku Dan Duri Seorang Osama.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Ramai orang yang tidak tahu kisah hidup Osama Bin Laden. Osama dilahirkan pada tahun 1957,dia bukan warga asal Arab Saudi.Ibunya berasal dari Syiria, dia anak ke-7 dari 50 orang adik beradik.

Bapanya Mohammed Awad bin Laden, berasal dari Hadralmaut (Yaman selatan), hari pertama beliau datang ke arab saudi, Awad hanya menjadi buruh kasar di pelabuhan Jeddah, selepas itu beliau berjaya menjadi kontraktor binaan yang terkenal. Dia mula naik dalam bisnes selepas Raja Saud menawarkannya kontrak untuk mem bina istana Raja Saud dengan tender paling murah!

Ketika berlakunya krisis istana, Raja Faisal dilantik menjadi raja dan kantong duit negara arab saudi kering, lalu dengan bijak Awad menawarkan bantuan kewangan untuk menyelesaikan kemelut kewangan Arab Saudi itu ,ternyata usahanya itu berhasil apabila Raja Faisal merasa terhutang budi kepada Awad kerana sanggup memberikan wang untuk membayar gaji kakitangan kerajaan arab saudi selama 6 bulan. Akhirnya Awad dilantik sebagai menteri pembangunan dan kerja raya.

Bapa Osama meninggal dunia ketika osama berumur 13 tahun.Jadi, persoalannya benarkah Osama kaya raya selepas kematian ayahnya sedangkan waktu itu dia hanya berusia 13 tahun dan kekayaan bapanya itu pula terpaksa dikongsi dengan 50 orang adik beradik yang lain?

Osama mendapat ijazah pentadbiran awam pada tahun 1981, amat terpengaruh dengan pensyarahnya Abdullah Azam dan pemikiran Muhammad Qutb.2 minggu selepas Russia masuk dan menawan Afghanistan, osama terus ke Pakistan dan bertemu Jemaah islami di karachi, selepas itu ke penshawar utk bertemu dengan pelarian Afghanistan, selepas itu dia memberikan bantuan kewangan kepada mereka.Beliau mula membina kem tentera di Baitul Ansar yg diuruskan oleh Abdullah Azam-bekas pensyarah beliau, sebelum menyeludup masuk ke afghanistan .

Pada tahun 1986 dia mula membuka kem tenteranya sendiri bersama bekas pegawai tentera Syiria,Mesir dan Arab Saudi..... “DISINILAH BERMULA SEGALANYA”.... cuba fikirkan mengapa dia membuka kem itu dengan 3 pihak lain yang nyata telah dipengaruhi oleh Amerika!!!!

Peperangan pertama osama secara terbuka di Baktia, dengan tentera russia 1986.Kemenangan menjadi milik pasukan mereka menjadikan Osama dan kumpulan mereka bertambah yakin dan lebih bersemangat.

Dalam thn 1984-1989 Osama berulang alik dari Afghanistan ke arab saudi untuk mengumpulkan tentera dan senjata.

Namun pada tahun 1989, Osama dihalang campur tangan dlm urusan negara Afghanistan (mengapa???- mengapa dia mula dicurigai oleh Taliban???- perlu difikirkan sendiri! ) , dia pindah ke Yaman dan menubuhkan Barisan Hadapan Jihad, tetapi selepas itu beliau agak kecewa dengan pemerintah Yaman yang menyokong Saddam Hussien di Iraq, lalu dia kembali semula ke Arab.

Selepas itu , dari Arab beliau melarikan diri pula ke Pakistan dan menubuhkan kumpulan anti-komunis Jema’ah Ulama, tetapi gagal .Beliau lari pula ke Sudan pada hujung tahun 1991. di Sudan dia berbaik dengan JOHN GARANG iaitu ketua PUAK PEMISAH DI SELATAN SUDAN! siapa John Garang ni tuan-tuan??? carilah sendiri yer!

Tahun 1992 Arab Saudi telah meng isyhtihar Osama musuh Negara mereka dan merampas harta beliau dan sehingga 1994 hartanya telah dibekukan.Kewarganegaraannya dipecat oleh Arab Saudi!!!

KENAPA JADI BEGITU TUAN-TUAN??? sebab nya adalah mungkin untuk menekan osama menjadi ejen amerika/CIA !!! itu saja. Selepas itu osama melakukan penentangan kepada Arab Saudi dan menubuhkan ARC (Advise and Reform comitte) untuk menjatuhkan Negara Arab Saudi tetapi usahanya itu tidak Berjaya.

Selepas itu dia kembali membawa diri semula ke Afghanistan.Semua ahli keluarganya yang terdekat dipindahkan ke Kandahar 1997.

Dalam tempoh 10 tahun, CIA terlibat membantu menyalurkan kepakaran dan senjata ke Afghanistan dan mereka tidur sekhemah dengan Osama untuk menentang Rusia.

Rancangan sudah diatur rapi sebenarnya, malah ia adalah satu konspirasi mereka di asia barat, bila Russia memasuki Kabul, CIA memasuki Penshawar. Bertan-tan senjata disalurkan oleh CIA melalui Pasukan Perisikan Pakistan (ISI) kepada Mujahiddin.

Namun satu fakta yang orang selalu lupa iaitu sebelum Russia memasuki Kabul 1979, CIA sudahpun aktif bertapak di bahagian timur laut Afghanistan!

Satu perkara lagi ialah apa yang dikatakan oleh pakar analisis konspirasi asia barat Hazhir Teimourian, bahawa Osama memang pernah dilatih dari pelbagai sudut berkaitan taktik dan teknik peperangan di daratan termasuk peperangan bawah tanah oleh CIA sebelum dia melangkahkan kaki ke Afghanistan.

Osama telah disahkan mengidap kegagalan buah pinggang yang teruk atau End Stage Renal failure(ESRF), penyakit kronik ini memerlukan bantuan haemodialis (cuci darah) sekurang-kurangnya sekali seminggu.Di kawasan bukit batu atau dikawasan dipergunungan yang didakwa menjadi tempat persembunyian beliau, adalah rumit untuk osama menjalani rawatan dengan menggunakan mesin dialysis ini, lagipun setiap satu sesi dialisis memerlukan 1-2 jam bagi pesakit yang sederhana dan maksimum 4 jam 3 kali seminggu untuk pesakit yang kronik seperti Osama!

Samaada dia dikawal rapi di unit perubatan tertentu atau dibawah seliaan perubatan tentera US atau dia sudah lama meninggal dunia, masih hangat dibincangkan oleh para pengkaji konspirasi dunia.

Fatwa atau pegangan kumpulan Al-Qaeda yang membolehkan ‘bom berani mati' amat bertentangan dengan konsep dan peperangan dalam islam, kerana ia melibatkan nyawa kanak-kanak atau orang awam yg tidak berdosa. Ia nampak lebih kepada kaedah mencetuskan provokasi dan kemarahan masyarakat dunia dan dengan ini THH dan zionis mudah mendapat alasan untuk memerangi negara-negara islam kononnya untuk memerangi keganasan, padahal mereka sendiri adalah juara pengganas dan bapak segala konspirasi dunia!

Apa pula pendapat anda semua tentang Osama???


Sangtawal Sakranta.


[*Sebenarnya, artikel diatas adalah diedit semula dari komen saya kepada sahabat saya - ‘Orang Gombak ‘ dalam artikel “Bila Si Baju Merah Bermandi Darah Di Thai” yang lepas ]


Wednesday, March 24, 2010

Hayat Ini Pesona, Dan Jiwa Kita Dahaga.


Lagu- PASRAH- Sheqal:

Sentuhan cahayaMu,
Menyinar memancarkan seri,
Dalam Qalbuku,

Bisikan KalimahMu,
Mendayu mendamaikan,
Hati sanubariku,

Pernah aku terlupa,
Dan pernah hidup berpura.

HadirMu beri hidayah,
Insaf membuka hatiku pasrah.

Hayat ini pesona,
Dan jiwa kita dahaga,

Silau pandangan mata,
Usahlah hati terpedaya,

Hidup ini kembara,
Memburu sejuta makna,

Mengajar erti dewasa,
Insaf membuka hatiku pasrah.



*******

Sangtawal Sakranta

Monday, March 22, 2010

Bila Si Baju Merah Bermandi Darah Di Thai.



Tajuk : Bila Si Baju Merah Bermandi Darah Di Thai.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Saya merasa terpanggil untuk menulis sebuah artikel berkaitan dengan kekecohan dan kekacauan yang kini sedang berlaku di Thailand. Biarpun saya bukan berasal dari Negara itu, tetapi nenek moyang sebelah ibu saya khabarnya berasal dari selatan Thailand . Mungkin itulah sebabnya hati rasa terpaut untuk menulis berkenaan dengan Thai khususnya Patani .Sebelum jauh mata pena menari menggoreskan kata-kata, sila hayati beberapa keratan akhbar berikut :

Berita 1 : 13/3/2010 Klik Sini:


[ BANGKOK 13 Mac - Berpuluh- puluh ribu penyokong bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra berduyun-duyun melepasi sekatan tentera di luar ibu negara hari ini dalam perjalanan menuju ke satu perhimpunan raksasa yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.

Pihak berkuasa Thai mengerahkan 50,000 anggota pasukan keselamatan termasuk askar untuk menjalankan rondaan dan memeriksa penunjuk perasaan yang memasuki ibu negara, kerana bimbang sebilangannya mungkin mahu mencetuskan kekacauan sebelum perhimpunan utama esok.

Seramai 20,000 penunjuk perasaan yang memakai baju merah melepasi sekatan paling sibuk di Ayutthaya, 80 kilometer ke utara Bangkok pada pagi ini, kata gabenor wilayah.

Gabenor Withaya Pewpong berkata, seramai 15,000 lagi aktivis Baju Merah yang mengibarkan bendera merah dan menaiki kereta serta trak pikap dijangka memasuki ibu negara mengikut pos pemeriksaan utara yang dikawal oleh 700 anggota polis dan askar yang tidak bersenjata.

"Penunjuk perasaan memberi kerjasama kepada pegawai keselamatan yang mencari senjata dan bahan letupan selain memeriksa kad pengenalan," kata Withaya.

Penganjur mendakwa protes akan diadakan secara aman tetapi kerajaan bertindak untuk menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memantau rapat umum itu, membolehkan pihak berkuasa mendirikan sekatan jalan raya, mengenakan perintah berkurung dan menyekat pergerakan.

Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva yang enggan tunduk kepada tuntutan penunjuk perasaan supaya beliau meletakkan jawatan dan mengadakan pilihan raya, bercakap dengan wartawan selepas bermesyuarat dengan para menteri dan pegawai kanan tentera hari ini.

"Kita tidak boleh lalai kerana sesetengah kumpulan yang masih mahu mencetuskan keganasan dan konfrontasi," kata Abhisit yang membatalkan lawatannya ke Australia esok disebabkan perhimpunan itu.

Kira-kira 6,500 penunjuk perasaan menyertai demonstrasi di beberapa lokasi di Bangkok semalam yang berlalu tanpa sebarang kejadian tidak diingini, kata polis.

Kerajaan menganggarkan bilangan penunjuk perasaan yang dijangka hadir esok berjumlah 70,000 orang tetapi aktivis Baju Merah mendakwa hampir 600,000 orang akan berhimpun.

Sejumlah 35 negara sudah mengeluarkan amaran perjalanan bagi Thailand disebabkan protes itu, menurut lembaga pelancongan negara ini. – AFP]




Suasana Demonstrasi 17/3/2010:





Berita 2 : 20/3/2010 Klik Sini


[ LUAR NEGARA

PERKEMBANGAN DI THAILAND

'Baju Merah' mahu gerakkan 20,000 kenderaan

BANGKOK: Barisan Bersatu Demokrasi menentang Diktator (UDD) yang lebih dikenali sebagai 'Baju Merah' semalam berkata mereka akan melancarkan perarakan besar-besaran 20,000 kenderaan melalui pusat bandar Bangkok hari ini, kata pemimpin kanan mereka, Dr Weng Tochirakarn.

Beliau memberitahu penyokong mantan Perdana Menteri Thailand, Encik Thaksin Shinawatra, di Jambatan Phan Fah di Ratchadamneon Avenue semalam bahawa 'Baju Merah' akan mengumpulkan 20,000 kenderaan hari ini, yang akan menjadi karavan antikerajaan yang terpanjang di dunia, sejauh 80 kilometer.

'Ia akan membentuk karavan cukup besar. Para penunjuk perasaan akan bergerak di seluruh bandar Bangkok dengan ribuan kenderaan,' kata Encik Jatuporn Prompan, seorang lagi pemimpin UDD.

'Baju Merah' bercadang menjelajah ke seluruh pelosok Bangkok untuk menyebarkan risalah menggesa penduduk Bangkok menyertai perjuangan mereka untuk menjatuhkan kerajaan Perdana Menteri Encik Abhisit Vejjajiva.

'Kami mahu memenangi hati penduduk Bangkok. Kami telah buktikan kami tidak ganas. Kami mahu mereka membantu kami menjatuhkan kerajaan,' kata Encik Nattawut Saikua, seorang lagi pemimpin UDD kepada Reuters.

Perarakan itu kemudian akan di susuli dengan taktik 'melukis dengan darah' sebagai langkah terbaru 'Baju Merah' untuk mendesak Encik Abhisit membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya baru.

Penunjuk perasaan berkata mereka masih mempunyai 15 bekas berisi darah, dan ini akan digunakan untuk menghasilkan lukisan raksasa.

'Para pelukis dan penyokong 'Baju Merah' dipersilakan mengambil bahagian untuk melukis dengan darah,' kata Encik Jatuporn.

Mereka bercadang membentangkan kain putih bersaiz raksasa dan menjemput para penyokong agar melukis gambar, melakar puisi dan meluahkan sentimen politik.

'Tema karya seni ini ialah sejarah rakyat memperjuangkan demokrasi,' jelas beliau.

Bagaimanapun, para penganalisis berkata tugas itu amat berat.

'Sejauh ini tunjuk perasaan belum berhasil mendapatkan sokongan ramai bagi menggulingkan kerajaan Encik Abhisit,' kata penganalisis Citigroup, Encik Suchart Techaposai.

Tetapi inilah yang hendak diubah oleh pemimpin 'Baju Merah'.

Para penganalisis berkata lapisan penyokong terdiri daripada pelbagai golongan, tetapi meyakinkan penduduk Bangkok agar menyertai bantahan mungkin sukar memandangkan kebencian terhadap Encik Thaksin di kalangan penduduk bandar itu.

Soalnya, bolehkah 'Baju Merah' memujuk mereka untuk keluar dan menyertai tunjuk perasaan di jalan raya, kata para penganalisis. - Agensi.]




Berita 3 : 21/3/2010 Klik Sini


[ Beri syarat hanya sedia berbincang dengan Abhisit

BANGKOK: Penunjuk perasaan Baju Merah bersetuju berunding dengan kerajaan, kata Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, semalam.

“Dua wakil kerajaan dan dua dari Baju Merah akan menghadiri rundingan,” katanya.

Rundingan akan berlangsung esok. Bagaimanapun, tidak lama kemudian pemimpin Baju Merah berkata mereka hanya sedia berunding dengan Abhisit. Awalnya, penunjuk perasaan ‘Baju Merah’ menunggang ribuan motosikal serta berhimpit menaiki trak dan kereta memulakan perarakan karavan seharian menerusi jalan raya di ibu kota ini, dengan harapan dapat memujuk penduduknya menyokong mereka menjatuhkan kerajaan Abhisit.

Mereka merancang untuk mengadakan susulan perarakan dengan melakukan ‘lukisan berdarah’ hari ini, taktik terbaru Baju Merah membuat kejutan dalam kempen aman selama seminggu bagi menyingkirkan Abhisit.

Pihak berkuasa bandar dan polis yang bimbang kesesakan lalu lintas teruk menggesa penduduk menggunakan pengangkutan awam sehingga demonstrasi berakhir.

“Sila datang dan sertai kami, tidak kira warna apa yang anda pakai, untuk liberalisasi Thailand daripada masyarakat mengikut kelas,” kata pemimpin bantahan, Jatuporn Prompan.

Semalam, perhimpunan itu disorak dari tepi jalan oleh ramai penduduk ketika penunjuk perasaan membawa bendera merah dan riben yang berkibar serta membunyikan hon kenderaan.

Ada penunggang motosikal melekatkan plet lesen dengan pelekat bertulis ‘Baju Merah sayang penduduk Bangkok.’

Perarakan mereka membabitkan trak pikap dari luar bandar, teksi, bas mini, sedan mewah dan kenderaan beroda tiga di ibu kota ini dipanggil ‘tuk-tuk.’

“Perdana Menteri sekarang jahat. Kami mahu singkir beliau. Ekonomi dalam keadaan tidak baik. Saya tidak mempunyai masalah dengan demonstrasi. Saya tinggal di Bangkok sejak sekian lama. Saya boleh terima situasi seperti ini,” kata Sudarat Pumprparn, 47, pembantu rumah yang menyorak Baju Merah.

Penunjuk perasaan mahu Abhisit, yang dituduh mengambil alih kuasa secara tidak sah, membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya baru, tuntutan yang ditolak berulang kali. Abhisit tidur dan bekerja dari sebuah kem tentera sejak minggu lalu bagi mengelak bantahan.

Penunjuk perasaan merancang untuk melalui Bangkok, bermula dengan berkumpul di pusat bersejarah ibu kota ini dan memandu menerusi daerah pusat perniagaan, Chinatown dan kawasan perumahan sekitar.

Saiz bantahan memuncak dengan kira-kira 100,000 penunjuk perasaan, namun berkurangan kira-kira separuh sejak itu.

Dalam satu cubaan untuk membesar-besarkan tuntutan mereka, ribuan Baju Merah berbaris Selasa lalu untuk menderma darah bagi mencapai matlamat mereka. Pemimpin mendakwa mereka mengumpul 80 gelen darah yang dipindahkan ke dalam puluhan jag plastik besar.

Kebanyakan darah itu dipercik ke pejabat Abhisit, di ibu pejabat parti pemerintah dan kediaman peribadinya.

Pemimpin bantahan berkata mereka memiliki baki 15 jag darah dan merancang untuk menggunakannya dalam mencipta satu hasil kerja seni secara besar-besaran.

“Pelukis dan Baju Merah akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam lukisan darah,” kata Jatuporn. Mereka merancang untuk merentang kain putih gergasi dengan penyokong dijemput untuk melukis gambar, mencakar puisi dan melahirkan kenyataan politik. – AP ]

*******

Setelah membaca beberapa petikan berita di atas, ingin saya membuat satu kesimpulan bahawa, demonstrasi ini sebenarnya sengaja dirancang oleh The Hidden Hand (Dajjal) yang berselindung disebalik Slogan memperjuangkan Demokrasi, sekaligus telah membius dan meracuni fikiran rakyat terutama golongan rakyat miskin di Thailand. Biarpun Thaksin masih berada di luar Negara dan dalam pelarian, namun THH masih mampu menggerakkan agenda besar mereka di bumi Thailand melalui proksi-proksi mereka di dalam Negara Thailand.


*Lihat simbol tangan yang ditunjukkan dalam gambar diatas!

Beberapa persoalan timbul bila mengkaji secara mendalam isu di Thailand ini , antaranya :

1. Mengapa perlu diadakan demonstrasi? Siapakah dalangnya dan siapakah yang berada di belakang Kumpulan Baju Merah ini?

2. Dari manakah kumpulan baju merah ini mendapatkan sumber kewangan yang besar untuk membeli kain lilit kepala, bendera dan baju-baju yang dicop atau ditempah khas?

3. Mengapa perlu menggunakan darah manusia dalam kempen demonstrasi ini?

4. Mengapa digunakan warna merah?apa maksud tersirat disebalik warna merah itu?

5. Benarkah jika Thaksin ( telahpun didapati bersalah rasuah dan salah guna kuasa) kembali memerintah, Negara Thailand akan aman,nasib rakyat miskin akan terbela dan terjamin?

6. Mengapa rusuhan besar-besaran dilakukan dibumi Thailand? apa motif sebenar mereka?

7. Apakah kesan secara langsung kepada negara-negara jiran lain seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei jika terjadinya peperangan dan penghijrahan beramai-ramai mangsa perang?


Pada hemat saya, setelah agenda mereka (THH) menggulingkan Kerajaan pimpinan Thaksin pada tarikh keramat 16 september 2006 ( Ingat: saya ulangi 16 september!) melalui rampasan kuasa tentera berjaya, THH mula bergerak dan menumpukan sepenuh perhatian mereka untuk mengkucar-kacirkan Negara Malaysia pula. Namun Allah swt Maha Kuasa, lalu menggagalkan rancangan mereka di bumi bertuah ini. Impian Mat Jenin Malaya untuk merampas kuasa oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang kononnya diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong dan disokong kuat oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga pada tarikh keramat 16 September 2008 tidak terlaksana.

Kini,sedikit demi sedikit kebenaran telah terbongkar.Senjata yang digunakan untuk menerjah musuh dulunya kini bertukar makan tuan, sehingga tuannya lari meninggalkan medan juang ! padahal kalau nak berhujah, disitulah tempat yang paling sesuai kerana medan itu sangat kebal dari sebarang tindakan undang-undang!

Klik Sini :

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang senario politik tanahair, nanti ada orang mengata saya mengampu kerajaan atau bodek kerajaan pula.Senjata yang saya maksudkan tersebut pun satu hal, waktu bersama tuannya dulu,mengapa tumpul sangat?, mungkin tuannya tak perlimau dengan limau kasturi atau tak perasap dengan kemenyan arab kot! Oleh itu saya tinggalkanlah cerita Mat Jenin Malaya ini untuk anda semua memikirkannya.Cuma nasihat saya, janganlah kita berterusan diperbodohkan oleh Mat Jenin itu.

Setelah perancangan THH gagal di Malaysia, mereka kembali melaksanakan plan B di Thailand.Kemungkinan antara objektif mereka:

Pertama, untuk menggugat kerajaan dan keamanan Negara Thailand.

Kedua, ialah dengan meyakinkan masyarakat dunia dan rakyat Thai sendiri bahawa isu pemberontakan Selatan Thailand sudah reda,malah mereka mendakwa para pejuang pemisah selatan Thailand juga mahukan perdamaian dan genjatan senjata serta sanggup menumpahkan taat setia yang tak berbelah bahagi kepada Raja Thai.

Ketiga, menjadikan para pejuang pemisah sebagai kambing hitam dalam setiap operasi sulit penghapusan kaum melayu islam di selatan Thailand.

Amat malang sekali bila ada diantara pejuang melayu islam selatan Thailand sendiri yang sudah termakan umpan dan masuk jerat THH.Contoh mudah ialah mereka mengaku menjadi pejuang sebenar lalu membuat pengisytiharan gencatan senjata seperti yang pernah disiarkan dalam buletin utama tv3 jam 8.00 malam dan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17/7/2008 juga turut menyiarkan berita berkaitan dengan gencatan senjata. Klik Sini.


[ Pejuang pemisah selatan Thai setuju gencatan senjata

17/07/2008 6:27pm

BANGKOK 17 Julai – Satu kumpulan yang mendakwa mengetuai kumpulan pejuang pemisah di selatan Thailand hari ini berkata, mereka telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata.

Kumpulan itu terdiri daripada tiga lelaki dan mendakwa dari kumpulan Tai Ruam Pak Tai Khong Prathet Thai (Gerakan Bawah Tanah Bersatu Selatan Thailand) berkata, mereka telah mencapai persetujuan untuk mengadakan gencatan senjata bermula 14 Julai lalu.

“Kami telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata. Bermula 14 Julai, semua unit militan dan politik kami akan menyokong formula keamanan di selatan Thailand,” kata jurucakap kumpulan itu melalui saluran televisyen tentera negara ini.

Lelaki itu yang bercakap dalam dialek selatan Thailand, turut mendakwa mengetuai 11 kumpulan pemisah lain termasuk Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) dan Ronda Kumpulan Kecil (RKK).

“Kami mahu semua kumpulan lain turut menghentikan aktiviti mereka dengan serta-merta,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pertahanan yang juga bekas komander tentera, Jeneral Chettha Thanajaro berkata, beliau telah mencapai persetujuan bagi mengadakan gencatan senjata dengan kumpulan pemisah di selatan Thailand.

Katanya, beliau telah bertemu dengan kumpulan dikenali sebagai Tai Ruam Pak Tai Khong Prathet Tai (Gerakan Bawah Tanah Bersatu Selatan Thailand) dan bersetuju untuk menghentikan keganasan di wilayah itu.

Chettha, pemimpin parti Ruam Chai Thai Chart Pattana, iaitu parti minoriti dalam kerajaan campuran Thailand berkata, beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya keganasan tercetus semula. – Agensi]


Untuk memantapkan konspirasi mereka, TV Thailand juga turut menyiarkan pengumuman itu :

( Hairan bin ajaib pula kerana kerajaan Thai membenarkan Bahasa Melayu digunakan dalam pengumuman tersebut di TV mereka )

SILA KLIK SINI ( MESTI LIHAT! ).

Sayang seribu kali sayang, lelaki bersongkok di atas itu, yang mendakwa dirinya Ketua Kumpulan Tai Ruam Pak Tai Khong Prathet Thai (Gerakan Bawah Tanah Bersatu Selatan Thailand) telah dijadikan “Burung Kakak Tua” oleh THH, suaranya yang sebenar dan pengumumannya yang sebenar telah diganti dengan ucapan yang anda semua dengar diatas. Satu ucapan yang teratur, dan penuh dengan pujian dan sokongan buat kerajaan dan Raja Thai.

Semoga mereka yang bersekongkol dengan THH akan memperbetulkan kembali niat dan matlamat asal perjuangan, jangan masuk kedalam perangkap musuh Allah dan musuh Rasulnya.

Pengumuman tersebut ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa puak pejuang lain , lalu salah satu laman web yang mendakwa diri ‘mereka juga pejuang sebenar’ ( padahal, tanpa sedar mereka juga dibayangi oleh Al-Qaeda-versi Osama Bin Laden -anak didik CIA ! ) telah menafikan dengan serta merta dan sekeras-kerasnya pengumuman itu. Klik Sini.


[ PENAFIAN MEDIA:

KENYATAAN MEDIA RASMI

Majlis Asy-syura Al Mujahidin
Tandzim Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara

Versi: Bahasa Melayu
No Rujukan: 0113071429 - MSM
Tarikh: 13 Rejab 1429 Hijriah

Bismillahirrahmanirrahim

KENYATAAN MEDIA RASMI

Majlis Asy-syura Al Mujahidin
Tandzim Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara


Kepada: Seluruh kaum Muslimin

Assalamualaikum,

Perkara: Penafian Terhadap Dakwaan Gencatan Senjata Oleh Sebuah Pertubuhan Yang Mendakwa Terlibat Dengan Konflik di Pattani Darussalam.

Segala puji bagi Allah, Rabb bagi Mujahidin dan semesta alam ini, serta shalawat dan salam atas pemimpin orang-orang yang bertaqwa, Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wasallam.

Amma Ba'du,

Majlis Asy-Syura Al-Mujahidin, Tandzim Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara dengan ini menafikan sekeras-kerasnya kenyataan palsu pertubuhan yang digelarkan pihak tentera Kerajaan Musyrikin Buddha Thailand sebagai Gabungan Bawah Tanah Selatan Thai yang mengisytiharkan berlakunya gencatan senjata di Pattani Darussalam.

Kami menegaskan bahawa kenyataan yang datangnya daripada pertubuhan yang tidak pernah dikenali sebelumnya itu tidak lebih daripada usaha perang saraf Kerajaan Musyrikin Buddha Thailand untuk menghentikan Jihad Fi Sabilillah di Pattani Darussalam. Ini dikuatkan dengan ikrar taat setia ‘pertubuhan’ itu terhadap Raja Thailand, sesuatu yang jelas bertentangan dengan prinsip wala’ dan bara’ (kecintaan dan permusuhan) dalam Islam.

Justeru, kami memberikan berita baik kepada ummah ini bahawa kami para Muhajir di Pattani Darussalam dan sahabat-sahabat kami daripada kaum Ansar, tidak akan menghentikan Jihad Fi Sabilillah ini. Jihad ini akan terus berlangsung sesuai dengan kehendak Allah.

Dan kemenangan itu milik Allah seluruhnya.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Abu Ubaidah
Muhajir dan Mujahid Pattani Darussalam
Merangkap Jeneral Awwal, Tandzim Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara ]

*************


Itulah antara renretan-renretan peristiwa yang berlaku di Thailand.

Persoalannya, mengapa provokasi secara besar-besaran dengan menggunakan baju merah dan darah??? Tujuan utama adalah untuk mencetuskan ketegangan dan menaikkan semangat juang rakyat Thailand.Memang pada mulanya mereka mendakwa akan melakukan demonstrasi aman, namun apa yang kita dengar terkini , semalam sudah ada letupan bom buatan sendiri dan sudah ada yang tercedera!

Jadi, apa langkah seterusnya perancangan THH? Sudah pasti mereka akan menunggu dua perkara besar:

Pertama ialah ingin melihat kebangkitan PANJI-PANJI HITAM dari pejuang sebenar.Jika provokasi besar-besaran di Afghanistan dan Iraq gagal membangkitkan pejuang berbangsa Pashtun, maka dimana lagi kalau bukan bermula di selatan Thailand? Khabar-khabar angin untuk menyerang Iran di bawah Ahmadinejad adalah satu tipu muslihat dan konspirasi semata-mata, sedangkan disebalik tabir Ahmadinejad dan pemimpin-pemimpin zionis berpelukan sesama mereka !

Kedua, rusuhan rakyat secara besar besaran dengan sendirinya akan menyebabkan huruhara , keganasan dan menimbulkan kacau bilau .Perintah berkurung atau darurat akan diisyhtiharkan, oleh itu mereka akan mengambil kesempatan untuk menawarkan bantuan ketenteraan kononnya untuk menjaga keamanan dan mengembalikan kedaulatan Thailand, padahal dalam masa yang sama mereka akan mengukuhkan kedudukan ketenteraan mereka di sekeliling Bumi Semenanjung Emas ini!

Di utara kita mereka akan bersedia, di Selatan mereka sudah lama bersedia dan bertapak (kota Singa) , di kiri kita laut dan di kanan kita laut, jadi, KEMANA KITA DAN ANAK CUCU KITA AKAN PERGI ??? mahu tidak mahu kita terpaksa berjuang mempertahankan diri dan tanahair kita sendiri suatu hari nanti !!!

Desakan untuk menjatuhkan PM Thai sekarang dan sokongan yang padu rakyat kepada Thaksin adalah satu alasan atau muslihat mereka sahaja.Apakah Thaksin umpama dewa atau malaikat yang begitu baik untuk dijadikan pemimpin mereka?

*Baju merah dan angka 52?

Masih ingatkah kita bagaimana Thaksin menjual Empayar perniagaan Telekomunikasi beliau iaitu Shin Corp kepada Temasek Singapura pada Januari 2006 yang lalu hanya dengan harga 1.9 Juta Dollar As ? mengapa kepada Temasek Singapura??? Selepas itu nasib dunia politik Thaksin merundum dan sinar politiknya nya semakin suram walaupun pernah mencatat sejarah kerana memenangi pilihanraya dua tahun berturut turut iaitu pada tahun 2001 dan 2005.Sehingga kini beliau dan isterinya telah didapati bersalah dan kini menjadi pelarian kerana mengelakkan diri dari di hukum di Thailand atas kesalahan rasuah dan penipuan.

Masih ingat lagikah kita pada oktober 2003, ketika persidangan APEC di Bangkok yang turut dihadiri oleh Bush , pada masa yang sama Tun Dr Mahathir berucap sambil mengutuk Rejim Zionis Yahudi di persidangan OIC di Putrajaya, lalu Bush membisikkan sesuatu kepada Thaksin! Apa yang dibicarakan oleh mereka berdua? Kita tidak tahu! Apa yang pasti, selepas itu bermulalah operasi pembersihan secara komprehensif terhadap wilayah islam di selatan Thai.

8 orang yang mewakili guru-guru agama pondok dan pihak peguam islam ditangkap tanpa sebarang pertuduhan dan hilang lenyap begitu saja.Bila ditanya kepada kepada pihak berkuasa tempatan, disuruhnya merujuk kepada Bangkok, namun tiba-tiba mayat-mayat tanpa kepala ditemui terapung di sungai Patani dan selepas itu bermulalah babak – babak kehilangan misteri pemimpin-pemimpin agama di selatan Thai.

Kemarahan dan rasa tidak puas hati rakyat semakin memuncak dengan tercetusnya tragedi di masjid Kerisik pada waktu subuh di bulan April 2004 yang meragut lebih 32 nyawa jemaah yang sedang solat dalam rumah Allah itu!

Selepas itu banyaklah pembunuhan demi pembunuhan berlaku baik terhadap orang melayu islam atau orang siam budha. Bom meletup di sana sini! PULO dituduh memainkan peranan penting kepada tercetusnya kekacauan ini. Oleh itu perbalahan dan tuduh menuduh sesama pejuang pemisah pun terjadi hinggalah kini.


Peristiwa berdarah di Tak Bai pada 25 Oktober 2004 pula meragut 100 nyawa yang tidak berdosa akibat permusuhan ini! Beratus-ratus orang ditahan . Tragedi yang sungguh menyayat hati ini mengejutkan masyarakat islam dunia, apatah lagi ia berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia!

Apakah Kerajaan di bawah Thaksi ambil peduli nasib balu-balu atau anak-anak yatim ketika itu? Tidak! Malah beliau tidak sedikitpun menunjukkan rasa simpati kepada mangsa dan keluarga mangsa di Tak Bai.

Apakah Thaksin ambil pusing atau cuba untuk menjaga hati jiran-jirannya terutama Malaysia dan Indonesia yang kebanyakan penduduknya menganut agama islam? Tidak!

Jika Thaksin Berjaya memerintah kembali dan pulang ke pangkuan bumi Thai pun, usahlah lagi berpura-pura sujud dan mencium tanah di bumi Svarnabhumi , saya cadangkan beliau membaca semula sejarah 1909 dan sebelumnya . Patani Lama atau Langkasuka itu adalah wilayah melayu islam yang berdaulat!!! Ia adalah satu wilayah merdeka yang ketamadunannya lebih lama dan hebat melebihi kerajaan siam budha Ayuthia. Bumi Patani serambi Makkah penuh Berkat kerana di situ lahirnya ramai ulamak-ulamak terbilang dan para wali Allah!

Hayatilah rintihan hati dan harapan saudara seislam kita di bumi Patani sana! hayati dengan mendalam setiap bait lagu kebangsaan mereka dibawah ini.



Jalan penyelesaiannya mudah sahaja, beri kebebasan atau Hak kepada wilayah-wilayah selatan Thai yang diambil siam secara haram ratusan tahun dahulu! Kerana itu hak mutlak milik melayu islam Patani ! malah sistem kesultanan dan pewarisnya yang sah masih ada hingga kini! ini bukan win win situation! Itu saja.

Apa yang penting Thaksin atau kerajaan Thai perlu selalu ingat ialah, orang melayu islam di selatan Thai ada hubungkait dan pertalian darah dengan melayu islam di Malaysia ini. Ibarat kata cubit paha orang disana, orang disini pun terasa sakitnya! Takkan orang melayu islam disini sanggup melihat sanak saudara mereka ditekan dan diperlakukan sedemikian rupa di selatan Thai sana.

Semoga rakyat Thai tidak terpengaruh dengan kebangkitan kumpulan Baju Merah dan masuk kedalam perangkap THH.Semoga rakyat di Negara ini juga tidak terus melatah dengan provokasi Baju Merah dan simbahan darah merah mainan pemuja Iblis di sebelah sana!

Marilah kita berdoa bersama-sama agar diberikan keamanan dan dijauhkan oleh Allah swt dari sebarang bencana dan malapetaka baik kepada rakyat Malaysia ataupun di Thailand.Insyaallah.

Wassalam.

Sangtawal Sakranta.


Thursday, March 18, 2010

Majlis Ilmu: Bhg 1- Basmalah


Tajuk : Majlis Ilmu : Bhg 1 – Basmalah

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Intro :


Dengan rasa rendah diri dan syukur kepada Allah swt ,saya ingin memperkenalkan satu siri artikel-artikel yang saya namakan ia “Majlis Ilmu”.Tujuan saya memperkenalkan siri ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua iaitu pembaca setia Blog Sangtawal Sakranta. Walaupun saya bukannya seorang berkelulusan agama, dan ilmu agama saya sangat sedikit berbanding dengan tuan-tuan semua, namun atas rasa kesedaran diri untuk menimba ilmu yang bercorak keagamaan, saya cuba gagahkan diri dan berusaha juga menulis siri-siri artikel ini , semoga mereka yang ahlinya dalam bidang-bidang berkaitan terutamanya ustaz-ustaz atau ulama-ulama di luar sana sudi mengajar, membetulkan saya dan yang paling penting sekali ialah sudi untuk berkongsi ilmu di blog ini.Segala komen dan nasihat-nasihat berguna dari anda semua, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Semoga segala usaha kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah swt.Saya hanya mencetuskan sedikit ilmu disini setakat yang termampu oleh saya dan semoga anda semua sudi berkongsi dan menjelaskan segalanya sehingga kita betul-betul faham tentang satu satu ilmu yang dicetuskan disini dan seterusnya kita boleh beramal dengan sempurna selepas ini.Segala puji bagi Allah swt yang mengajar kita melalui kaedah baca-tulis. Hanya Allah yang mengajar kita apa yang kita tidak mengetahuinya.
Firman Allah swt bermaksud :

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
(Surah Al-'Alaq : ayat 1-5)

"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, samada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri, kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu). Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh), dia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat). Katakanlah (wahai Muhammad): Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu, balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah dari Allah dan Dia sentiasa Memerhati serta Menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Katakanlah lagi: Sesungguhnya TuhanKu, menurunkan wahyu (kepada Nabi-nabi pilihanNya) dengan perkara yang benar, Dia sentiasa Mengetahui akan segala perkara yang ghaib. Katakanlah lagi: Telah datang kebenaran (Al-Quran yang memberi segala kebaikan), dan perkara yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat. Katakanlah lagi: Sekiranya aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri dan jika aku beroleh hidayah petunjuk maka yang demikian disebabkan apa yang telah diwahyukan oleh Tuhanku kepadaku, sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Dekat." (Surah Saba' : ayat 46-50)

Ramai orang boleh ‘mengaji Al-Quran’, malah ada orang yang mampu menghabiskan mengaji Al-Quran dalam masa yang singkat mengikut keupayaan individu tersebut, tetapi jarang dari kita yang ‘mengkaji Al-Quran’ atau ‘ mentadabbur(merenung)’ ayat-ayat Al-Quran itu dan mengambil pelajaran dari kandungannya.Oleh itu untuk memahami isi atau intipati Al-Quran itu secara lebih bermakna kita mestilah membaca tafsir mengikut bahasa Al-Quran itu diturunkan.

‘Tafsir’ berasal dari perkataan ‘al-Fusr’ yang bermaksud ‘membuka sesuatu yang tertutup’.secara istilahnya ia menjelaskan makna-makna Al-Quran itu sendiri.Mempelajari tafsir hukumnya adalah wajib.Ini berdasarkan Firman Allah swt dalan Surah Shad ayat ke-29 yang bermaksud :

“(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar”

Firman Allah swt dalam Surah Muhammad ,ayat 4 bermaksud :

“(setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran atau telah ada diatas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?”

Maksud Tadabbur dengan lebih tepat lagi ialah merenungi lafaz-lafaz bagi mencapai pengetahuan tentang maknanya untuk mengelakkan kita terlepas dari mengambil hikmah penurunan al-Quran itu dan mengelakkan ianya menjadi lafaz-lafaz yang tiada pengaruh sama sekali kepada jiwa(hati) dan akal kita walaupun lidah kita lancar membacanya.

Abu ‘Abdurrahman as-Sullamy berkata :

“Orang-orang yang dahulu pernah membacakan Al-Quran kepada kami, seperti Usman bin Affan, Abdullah bin Mas’ud dan selain keduanya telah menceritakan kepada kami bahawa apabila mereka belajar sepuluh ayat dari nabi Saw, mereka tidak melebihinya (menambah lagi) hingga benar-benar mempelajari kandungannya dari sisi ilmu mahupun pengamalannya.Mereka berkata,"sehingga dengan itu,kami telah belajar al-Quran,ilmu dan amal sekaligus”

Kita juga disarankan untuk memahami setiap makna ayat Al-Quran yang dibaca , lebih-lebih lagi bacaan dalam solat kita, semoga segala amalan kita itu bermakna dan diredhai Allah swt.Oleh itu usahlah kita tergesa-gesa untuk menghabiskan bacaan sebuah kitab Al-Quran atau memaksa diri untuk menghafal al-quran dalam jarak masa tertentu kerana memang tidak ada nas yang menghadkan atau menentukan supaya kita menghabiskan bacaan Al-Quran dalam masa-masa tertentu.

Disini saya ingin memetik sedikit tulisan Sheikh Muhammad Abdul Azim Al-Zarqaniy dalam bukunya yang berjudul “Menyingkap Rahsia Ilmu Al-Quran; Pembahasan Secara mendalam Tentang ‘Ulumul Quran” pada Bab 2, m/s 63 seperti berikut :

[ Adapaun Rasulullah saw mengetahui lebih tepat (Sangtawal :tentang Al-Quran) kerana beliau menerima wahyu dari Allah swt. Allah swt telah menuliskan rahmat ke dalam jiwa beliau, yang membuat beliau mampu menghafaznya, merasa mudah membacanya dengan baik dan menjelaskan maknanya yang tersirat dan tersurat. Dalam hal ini,anda dapat membaca firman Allah swt :

“Janganlah engkau (wahai Muhammad)- kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu- menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan) [ Surah Al-Qiyamah: ayat 16-19 ]

Kemudian Rasulullah saw menyampaikan apa yang diturunkan kepada beliau itu kepada sahabat dan membacanya kepada manusia dengan cara perlahan agar mudah diikuti, diucapkan dan difahami rahsia-rahsianya. Setelah itu,Rasulullah saw menjelaskannya kepada mereka dengan sabda, perbuatan, taqrir, akhlak, yakni dengan sunnah beliau. ]

Oleh itu, berapa lamakah tempoh masa yang disyorkan untuk membaca sampai khatam(tamat) Al-Quran itu? Adakah ia seminggu, sebulan, 40 hari atau setahun sekali??? Disini saya petik satu tulisan didalam “Kitab Al-Quran Dan Terjemahannya” keluaran Republik Indonesia, dalam Bab Keutamaan Membaca Al-Quran; sub judul – Membaca Al-Quran sampai khatam(tamat) , pada m/s 124 :

[Didalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin, Imam Al-Ghazali mencatat beberapa hadis dan riwayat mengenai pembacaan Al-Quran sampai khatam. Digambarkannya bagaimana para sahabat, dengan keimanan dan keikhlasan hati berlomba-lomba membaca Al-Quran sampai khatam, ada yang khatam dalam sehari semalam saja, bahkan ada yang khatam dua kali dalam sehari semalam dan seterusnya. Di dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah menyuruh Abdullah bin ‘Umar, supaya mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam seminggu. Begitulah para sahabat seperti Utsman,Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas’ud dan ‘Ubaiyy bin Ka’ab telah menjadi wiridnya untuk mengkhatamkanAl-Quran pada tiap-tiap hari Jumaat.

Adapun mereka yang mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam seminggu, Al-Quran itu dibagi tujuh, menurut pembahagian yang mereka sudah atur. Utsman bin ‘Affan r.a pada malam Jumaat (Sangtawal : malam jumaat dalam islam bermula pada hari khamis selepas waktu maghrib), memulai membacanya dari Surah Al-Baqarah sampai surah Al-Maa-idah, malam sabtu dari Surah Al-An’am sampai surah Hud,malam ahad dari Surah Yusuf sehingga surah maryam, malam isnin dari surah Thaaha sampai surat Thaa-sim, malam selasa dari Surah Al-Ankabut sampai surah Shaad, malam rabu dari surah Tanzil sampai surah Ar-Rahmaan,malam khamis dari surah Al-Waqiaah sampai khatam.

Tapi bagi Ibnu Mas’ud lain pula membaginya : hari pertama 3 surah, kedua 5 surah, ketiga 7 surah, keempat 9 surah, kelima 11 surah, keenam 13 surah dan hari ketujuh adalah yang selebihnya hingga tamat.]

Oleh itu jika ada ajaran supaya menghabiskan Al-Quran dalam masa 40 atau 41 hari , itu adalah lebih kepada pendapat individu , maka lebih baik ajaran itu diselidiki terlebih dahulu agar ilmu dan pemikiran kita menjadi sedikit terbuka.Ia sebenarnya bergantung kepada kemampuan diri dan keikhlasan hati kita.

Sebagai mukaddimah kepada siri Majlis ilmu ini:

Marilah kita mulakan majlis kita dengan tajuk : Basmalah!




Basmalah :

“Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah)." (Surah An-Naml : ayat 30-31)

Ayat Al-Quran yang saya nyatakan di atas terdapat dalam Surah An-Naml,ayat 30-31, adalah satu perkhabaran tentang Nabi Sulaiman a.s dan Kerajaannya.Surat tersebut dihantar oleh Nabi Sulaiman kepada Ratu Balqis.Ternyata didalam surat tersebut mengandungi ucapan Basmalah.

Banyak ahli tafsir berpendapat ayat Basmalah ini telah diturunkan buat pertama kalinya kepada Nabi Sulaiman a.s dan telah diturunkan kali keduanya kepada Nabi Muhammad saw.Bukankah Nabi Sulaiman a.s mempunyai sebuah kerajaan yang hebat? Banyak ulama berpendapat kehebatan kerajaannya juga adalah berkait rapat dengan ayat Basmalah ini, malah Firaun juga amat mengkagumi ayat Basmalah ini sehingga dia menulis ayat ini diatas Pintu Gerbang Istananya. Apakah rahsianya Firaun berbuat demikian? Bukankah Firaun yang sezaman dengan Nabi Musa as dalam sejarahnya mengaku menjadi Tuhan?(tidak semua Firaun kufur , ada Firaun yang beriman).Firaun sendiri amat tahu sebenarnya Tiada Tuhan melainkan Allah swt, Cuma dia sendiri tidak mahu mengaku dan beriman dengan Allah swt Tuhan Nabi Musa as.

Bukankah ketika perjalanan Nabi Muhammad saw dalam peristiwa Israk mikrajnya ,Baginda telah melihat kalimah Basmalah ini telah ditulis dalam syurga dan ada beberapa mata air sungai yang keluar dari lubang huruf-hurufnya?

Sebagaimana yang kita sedia maklum, keseluruhan Kitab-Kitab suci yang diturunkan oleh Allah swt sebelum ini semuanya terkandung didalam Al-Quran, dan keseluruhan isi Al-Quran itu terkandung dalam Surah Al-Fatihah.Kata seorang penulis buku iaitu Khairul Ghazali dalam bukunya “Misteri Aura & Energi Surah Al-Fatihah” (m/s 117 ):

[“Kandungan utama Al-Fatihah itu adalah ringkasan atau kesimpulan dari kandungan keseluruhan Al-Quran.Sedangkan kandungan Surah Al-Fatihah telah terhimpun di dalam kalimat “Bismillahir rahmanir rahim” dan kalimah Basmalah tersimpul lagi dalam titik ba’ Bismillah”].

Tulis Khairul Ghazali lagi dalam bukunya diatas ketika menerangkan tafsir Basmalah seperti berikut (m/s 120-121):

[“Basmalah” adalah satu ayat yang tersendiri, diturunkan oleh Allah untuk menjadi induk atau ‘pembuka’ bagi setiap surah dan dan sekaligus sempadan antara satu surah dengan satu surah yang lain”

Imam Malik beserta ahli qira’at dan Fuqaha Madinah,Basyrah dan Syam, dan juga Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa Basmalah bukanlah satu ayat dari surah Al-Fatihah atau dari satu surah lain yang dimulakan dengan Basmalah itu.Basmalah tidak dibaca kuat dalam Solat Jahr(solat yang dibolehkan menguatkan bacaan).Sedangkan menurut Imam malik dibolehkan tidak membaca Basmalah sama sekali.

Basmalah adalah satu ayat dari Surah Al-Fatihah dan dari surah yang lain,yang dimulakan dengan Basmalah.Ini adalah pendapat Imam Shafie beserta ahli Qira’at Makkah dan Kufah.Oleh itu menurut mereka, Basmalah boleh dibaca dengan suara keras dalam solat jahr.

Kalau kita perhatikan bahawa sahabat Rasulullah saw telah sependapat( ijmak) menulis Basmalah pada permulaan setiap surah kecuali surah At-Taubah kerana memang dari mula turunnya tidak dimulakan dengan Basmalah.

Rasulullah saw melarang menulis sesuatu yang bukan Al-Quran supaya tidak bercampur aduk dengan Al-Quran.Oleh itu mereka tidak menuliskan ‘aamiin’ di akhir surah Al-Fatihah kerana tidak ada arahan secara langsung dari Rasulullah saw.]

Tulis beliau lagi dalam buku yang sama pada m/s 122-123 berkaitan dengan kalimah Allah, Ar-Rahman dan Ar-Rahim :

[ ‘Allah’ ialah nama bagi Zat yang ada dengan sendiriNya atau Zat Wajibul Wujud.Perkataan ‘Allah’ itu hanya digunakan oleh bangsa Arab kepada Tuhan yang sebenarnya, yang berhak disembah dan yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan.Mereka tidak menggunakan perkataan itu untuk tuhn atau dewa-dewa mereka yang lain.

Perkataan ‘ar-Rahman’ berasal dari ‘ar-Rahmah’ yang bererti ‘belas kasihan’. Iaitu satu sifat yang timbul dari perbuatan memberi nikmat dan kurnia.Jadi erti ar-Rahman ialah yang berbuat(memberi) nikmat dan kurnia yang banyak.

Perkataan ‘ar-Rahiim’ juga berasal dari ‘ar-Rahmah’.Erti ‘Rahiim’ ialah ‘orang yang mempunyai sifat belas kasihan dan sifat itu ‘tetap’ padanya selama-lamanya’.

Dengan demikian ‘ar-Rahmaanir Rahiim’ bererti “Tuhan telah memberi nikmat yang banyak dengan kemurahanNya dan telah melimpahkan kurnia yang tidak terhingga, kerana Dia adalah bersifat belas kasihan kepada makhlukNya”.

Oleh kerana sifat belas kasihan adalah satu sifat yang tetap padaNya, maka nikmat dan kurnia Allah tidak akan putus.]

Persoalan berkenaan samada Basmalah termasuk dalam Surah Al-Fatihah atau tidak, maka pendapat yang arjah(terkuat) ialah seperti pendapat Imam Shafie, iaitu ia termasuk dalam surah Al-fatihah lalu Surah Al-Fatihah dikira tujuh ayat.Inilah yang dimaksudkan dengan Firman Allah swt yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya” (Al-Hijr : 87)



Disini saya siarkan satu artikel pilihan yang menarik , ditulis oleh Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri dalam ruangan Bicara Agama di akhbar Utusan Malaysia : Klik Sini


[ Basmalah.

Artikel oleh : DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Basmalah maksudnya : Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Makna ayat ini ialah, akan memulakan menyebut nama Allah sebelum setiap sesuatu dengan memohon pertolongan kepada Allah dalam segala urusan, kerana Allah bersifat Maha Perkasa di atas setiap sesuatu.

Ibn Jarir berkata : Sesungguhnya Allah mendidik nabi-Nya Muhammad s.a.w. dalam melakukan segala pekerjaan hendaklah dimulakan dengan nama-nama-Nya yang mulia dan dijadikan sunah bagi sekalian makhluk-Nya sama ada percakapan, surat, kitab dan hajat-hajat.

Gesaan ini jelas dengan arahan Allah dalam ayat pertama yang diturunkan dalam surah al-`Alaq. Justeru Allah mukadimahkan ayat ini pada semua surah kecuali surah at-Taubah. Ini kerana mengikut sebahagian ulama, ayat ini untuk memohon rahmat sedangkan surah at-Taubah mengkisahkan tentang perang atau hukuman Allah.

Dicabut

Dinaskan dalam hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : Setiap sesuatu yang tidak dimulakan dengan basmalah, ia akan terputus. Hadis ini dihasankan oleh an-Nawawi, maksud `terputus' di sini adalah dicabut daripada kebaikan dan berkat.

Al-Alusi dalam kitabnya - Ruh al-Ma'ani berkata : Ulama khilaf adakah ayat ini khusus untuk umat ini atau tidak? Abu Bakar at-Tunisi menaqalkan ijma' ulama bahawa Allah mukadimahkan setiap kitab-Nya dengan basmalah.

Dalam basmalah terdapat tiga nama Allah, iaitu Allah, ar-Rahman dan ar-Rahim. Allah adalah nama bagi zat yang wajib ada yang bergantung segala alam dengan-Nya seperti firman Allah s.w.t : Hai manusia, kamu semua fakir (berhajat) kepada Allah, dan Allah bersifat Maha Kaya lagi Terpuji.

Satu-satunya nama yang dikaramahkan Allah ialah nama-Nya sendiri `Allah' yang tidak disekutukan oleh mana-mana makhluk termasuk manusia yang Islam atau bukan, yang bertamadun atau tidak. Semuanya tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama Allah.

Inilah ajaib nama ini.

Perbezaan antara Allah dan ilah, iaitu Allah menunjukkan kepada nama khas bagi zat yang Maha Suci tidak disekutukan dengan yang lain, yang bermaksud Tuhan yang diabdikan dengan sebenarnya. Sebaliknya ilah menunjukkan umum, sama-ada kepada Allah, Tuhan yang sebenar atau tuhan-tuhan lain yang bathil.

Ar-Rahman dan ar-Rahim menunjukkan rahmat Allah yang meliputi sekalian makhluk. Ar-Rahman dan ar-Rahim apabila disekalikan sebutannya memberi makna yang berbeza. Ar-Rahman lebih umum dan di dunia ini, sedangkan ar-Rahim khusus untuk ahli taat di Hari Akhirat. Sebaliknya apabila disebut ar-Rahman atau ar-Rahim sahaja, ia mewakili antara satu sama lain seperti pendapat Syeikh Abdullah Sirajuddin di dalam tafsir surah al-Fatihah.

Hikmah dikhususkan sebutan ar-Rahman dan ar-Rahim dalam basmalah kerana beberapa perkara :

1. Supaya hamba-Nya tahu bahawa Allah Tuhan mereka bersifat Rahman dan Rahim untuk menjadikan mereka taat dan beribadah memohon kepada-Nya.

2. Nama ar-Rahman meliputi segala alam yang kesannya dapat dilihat dan dibuktikan. Dan semua makhluk seperti manusia, jin dan lain-lain dicipta dengan rahmat Allah, justeru dengan menghayati kalimat ini menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah.

Kenapa disebut dengan nama Allah, bukan Allah sahaja?

Persoalan ini timbul adakah diminta harap atau doa kepada Allah atau nama Allah. Jawabnya : Dengan Allah, tetapi Allah sendiri yang menyuruh bertawassul dengan nama-Nya, justeru tidaklah menjadi masalah.

Kedua, al-Allamah Abu Su'ud membezakan antara sumpah dan minta berkat, ini kerana kenyataan seseorang dengan Allah boleh diandaikan sebagai sumpah dan juga tabarruk. Oleh itu diletakkan nama Allah untuk membezakannya. Inilah yang sahih seperti kenyataan ahli tahqiq daripada kalangan mufassirin. ]


Saya juga sangat tertarik bila membaca satu kajian ilmiah yang ditulis oleh saudara Shahrul Nizam dan saudari Noor Hayati Marzuki dari Pusat pengajian Sains Matematik USM dalam kertas kerjanya bertajuk : “Analisis Kalimah Al-Basmalah Menurut Kacamata Matematik”.

Mereka telah mengupas dan menolak pendapat yang mengatakan jumlah huruf Basmalah itu 19 huruf sebaliknya huruf basmalah ialah 24 huruf. Saya bukan mengesyorkan anda semua mempercayai angka-angka seperti 19 atau 24, tetapi membaca huraian mereka berkaitan dengan Basmalah mengandungi 24 huruf dengan 4 sukukata iaitu 4+5+8+7 adalah sangat menarik bila mereka mengaitkan angka-angka ini dengan makna serta tafsir Basmalah itu sendiri.Untuk bacaan lanjut, sila Klik Sini


Banyak khasiat dan faedah membaca Basmalah ini, rasanya tidak perlu lagi saya senaraikan disini, kerana saya percaya anda semua sudah maklum berkaitannya, Cuma saya amat tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh Saifudin dalam blog iluvislam berjudul : Fahaman Karut 786.Sila baca artikel beliau dibawah:




Klik Sini

[Pendahuluan

Sesetengah umat Islam percaya bahawa 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم . Kepercayaan ini sangat popular terutama di India dan Pakistan sehinggakan mereka menggunakan 786 sebagai pengganti kepada kalimah Basmalah di dalam penulisan. Mereka berasalan untuk mengelakkan nama Allah atau ayat Quran ditulis di atas kertas-kertas biasa. Kononnya cara ini lebih ‘bagus’ dan lebih diredhai oleh Allah. Ada yang lebih Islamik, mereka menggunakan 786 sebagai nombor rumah, plat kereta, dan sebagainya konon untuk mendapat ‘keberkatan’.

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran perkara ini? Benarkah 786 bererti kalimah Basmalah? Sekiranya benar, apakah signifikannya di dalam Islam?

Nilai Gematrika (Gematrical Values)

Terdapat dua kaedah dalam penyusunan huruf hija’iyah (huruf Arab). Kaedah pertama ialah cara susunan biasa bermula dengan Alif, Ba, Ta, Tsa dan seterusnya. Satu lagi kaedah lain disebut sebagai Abjad numeral’s method atau ordinal method. Thomas Patrick Hughes dalam kamusnya Dictionary of Islam menjelaskan makna Abjad sebagai:

"The name of an arithmetical arrangement of the alphabets; the letters of which have different powers from one to one thousand. It is in order of the alphabets as used by the Jews as far as 400 AD, then six remaining letters being added by Arabians."

Secara mudahnya, cara susunan huruf kaedah Abjad adalah seperti di jadual berikut:
Nilai Huruf Arab Cara Sebutan 1 Cara Sebutan 2

1 أ أَبْجَد أَبُجَدٍ
2 ب
3 ج
4 د
5 ه هَوَّز هَوَزٍ
6 و
7 ز
8 ح حُطِّي حُطِيَ
9 ط
10 ي
20 ك كَلَمَن كَلْمَن
30 ل
40 م
50 ن
60 س سَعْفَص سَعْفَص
70 ع
80 ف
90 ص
100 ق قَرْشَت قُرِشَت
200 ر
300 ش
400 ت
500 ث ثَخَذ ثَخُذ
600 خ
700 ذ
800 ض ضَظِغ ضَظُغ
900 ظ
1000 غ

Kaedah ini hakikatnya adalah hasil cedokan dari idea Pythagoras yang berpendapat bahawa semua perkara boleh diterjemahkan kepada nombor. Fahaman ini disebut sebagai science of Gematria. Mungkin kerana kagum dengan kaedah ‘seni’ ini, terdapat di kalangan Muslim (yang sudah tiada kerja) menukar ayat-ayat Al-Quran malahan keseluruhan surah kepada nombor. Salah satu nombor yang kerap digunakan ialah 786 yang dikatakan bermaksud kalimah Basmalah.

Satu Bentuk Penghinaan

786 hanyalah satu nilai yang tidak membawa sebarang maksud. Sekiranya saya memberikan nombor 66, 92, 352, 296 dan 62, dengan menggunakan kaedah Abjad adakah anda mengetahui apakah maksud di sebalik nombor-nombor tersebut? Buat pengetahuan anda, nombor-nombor tersebut adalah numerical values untuk kalimah Allah, Muhammad SAW, Qur’an, Rasul dan Nabi!

Kita semua sedia maklum setiap banduan mempunyai nombor mereka yang tersendiri dan mereka lazimnya dipanggil dengan nombor tersebut. Sebagai seorang Muslim yang waras, tergamakkah kita menyamakan banduan dengan Allah dan Rasul dengan memanggil mereka dengan nombor-nombor tertentu? Bukankah satu penghinaan apabila memanggil seseorang dengan panggilan nombor? Apatah lagi menukar ayat-ayat dari Al-Quran dan surah kepada nombor lantas sesuka hati menyatakan ini adalah ayat Al-Quran.

Kesilapan Dalam Pengiraan

Kalimah بسم الله الرحمن الرحيم, ayat pertama dari Al-Quran bermaksud ‘dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani’. Apakah 786 mempunyai maksud yang sama seperti kalimah tersebut? Tidak.

Sekiranya diteliti, hakikatnya jumlah nilai sebenar untuk kalimah Basmalah adalah 787 dan bukannya 786. Sungguh memalukan numerologis yang mengasaskan 786 ini tidak mampu menyelesaikan masalah arithmetik yang begitu mudah. Numerologis tersebut telah terlupa untuk memasukkan sekali huruf Alif ke dalam pengiraan dalam kalimah الرحمن yang sebenarnya dieja الرحمان.

Sekiranya juga kalimah بسم dieja dengan ejaan sebenar, باسم dan tanda shaddah pada kalimah الله dikira sebagai satu huruf yang lain, nilainya malahan melebihi 787!

Dengan sedikit imaginasi dan kekreatifan, 786 hakikatnya boleh ditukarkan kepada pelbagai frasa sama ada mempunyai maksud mahu pun tidak. Sebagai contoh, perkataan الأمير المؤمنين عليه السلام juga mempunyai nilai 786. Ini hanya satu contoh. Banyak lagi contoh lain yang boleh didapati. Contoh ini sudah cukup menjadi bukti mudah bahawa 786 bukanlah membawa maksud yang khusus untuk Basmalah.

Al-Quran Diturunkan Dalam Bahasa Arab

Firman Allah subhaanahu wa ta’ala:

Sebuah Kitab Yang dijelaskan ayat-ayatNya satu persatu; Iaitu Al-Quran Yang diturunkan Dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang Yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. [Al-Fusshilat : 3]

Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran Yang diturunkan Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. [Az-Zukhruf : 3]

Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka Yang musyrik itu berkata: " sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia". (padahal) bahasa orang Yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab Yang fasih nyata. [An-Nahl : 103]

(Ia diturunkan) Dengan bahasa Arab Yang fasih serta terang nyata.
[Asy-Syu’ara’ : 195]


Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. [Yusuf : 2]

Berdasarkan dalil-dalil di atas, sudah jelas dan terang bahawa Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan bukannya dalam nombor arithmatik. Mengapa pula kita sibuk mahu menterjemahkannya kepada nombor? Mengapa tidak saja Al-Qur’an diturunkan dalam bentuk nombor? Bukankah itu lebih ‘indah’, lebih ‘seni’ dan lebih ‘mukjizat’ berbanding bahasa Arab? Apa mesej yang boleh manusia terima sekiranya Al-Qur’an diturunkan dalam bentuk nombor? Hal ini hakikatnya adalah suatu kesilapan dan kebodohan.

Dalil Membantah Pendapat Yang Membenarkan

Sesetengah ulama yang membenarkan penggunaan 786 sebagai ganti kepada Basmalah menggunakan alasan sekiranya bimbang tidak menghormati kalimah tersebut sekiranya ditulis dengan penuh. Namun yang demikian, di dalam surah An-Naml ayat 30:

"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Dalam ayat tersebut, Nabi Sulaiman sendiri tidak bimbang menulis Basmalah di dalam surat yang akan diserahkan kepada Ratu Balqis yang ketika itu masih kafir. Di dalam perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah SAW sendiri memerintahkan Saidina Ali menulis kalimah Basmalah dalam nas perjanjian tersebut. Akan tetapi ditukar kepada Bismikallahumma bukan kerana Rasulullah bimbang kalimah itu tidak dihormati, tapi kerana orang Musyrikin Mekah tidak memahami maksud Ar-Rahmaan.

Malahan, Rasulullah SAW ketika menghantar surat kepada An-Najasyi Maharaja Habsyah, Kisra Raja Parsi dan Kaisar Rom dan para pemerintah negeri lain untuk menyeru mereka memeluk Islam, baginda menulis Basmalah pada permulaan surat. Rasulullah sedikitpun tidak berasa bimbang dengan kemungkinan mereka akan menghina kalimah Basmalah dengan cara mengoyak, membakar atau memijak surat tersebut.

Berdasarkan dalil Al-Qur’an dan sunnah di atas, apakah masih relevan menggunakan alasan ‘ditakuti akan menghina kalimah Basmalah’? Apakah mereka tidak sedar bahawa menukar kalimah kepada nombor yang langsung tiada signifikan sebenarnya telah pun menghina dan tidak menghormati kalimah tersebut?

Tiada Pahala

Kita diperintahkan untuk membaca Al-Quran seperti firman Allah dalam ayat berikut

"Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur." [Al-Israa : 106]

Apakah seseorang itu boleh membaca Al-Qur’ran sekiranya ditukarkan kepada nombor? Sebagai contoh, kita cuba tukarkan surah Al-Fatihah kepada nombor seperti di dalam jadual berikut:

Ayat Nilai

بسم الله الرحمن الرحيم 787
الحمد لله رب العالمين 632
الرحمن الرحيم 618
مالك يوم الدين 242
إياك نعبد و إياك نستعين 836
اهدنا الصراط المستقيم 1073
صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضلين 6001

Jumlah 10189

Apakah dengan ini bermakna cuma menyebut 10189, bererti kita sudah membaca keseluruhan Al-Fatihah dan mendapat pahala? Apakah dengan ini bermakna sekiranya kita mahu membaca Al-Fatihah 10 kali, cukuplah kita mendarabkan 10189 dengan 10 menjadi 101890, dengan kata lain cukup 10 kali? Apakah dengan sebegitu mudah kita boleh mendapat ganjaran pahala?
Nabi SAW pernah bersabda :

"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka dia mendapatkan satu kebajikan, dan satu kebajikan dilipatkan 10 (sepuluh) kali, saya tidak mengatakan Alif, Lam, Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf."[Riwayat Ibnu Mas’ud]

Jelas dalam hadis ini bahawa untuk mendapatkan pahala, Al-Qur’an perlu dibaca dengan huruf Arab, dan bukannya nombor.

Fatwa Mengharamkan

Berikut adalah petikan fatwa yang mengharamkan penggunaan nombor 786 yang dianggap sebagai Basmalah:

Tajuk : Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم
Isu : Hukum mempercayai dan menyakini bahawa No 786 adalah bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم
Keputusan :

Alhamdulillah Fatwanya,
Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم , juga menyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah أهل السنة والجماعة dalam syariah serta akhlak Islam.

Perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.

Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.

Oleh : Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor

Penutup

Nombor 786 bukanlah salah satu ajaran Islam melainkan hanyalah semata-mata bid’ah. 786 hanyalah sebuah nilai yang tidak membawa sesuatu maksud pun malahan ia adalah satu bentuk penghinaan yang nyata sekiranya disamakan maksudnya dengan kalimah suci Basmalah. Sebagai umat Islam yang beriman bertaqwa, sama-samalah kita meninggalkan kefahaman karut ini yang dicipta untuk mengelirukan kefahaman umat Islam terhadap Al-Qur’an. Wallahua’lam.]

*******

Demikianlah beberapa artikel yang saya siarkan di atas berkaitan dengan Basmalah, semoga anda semua mendapat sedikit manfaat dari artikel-artikel yang saya sampaikan.Jika tersalah atau tersilap,saya memohon maaf dan tolong betulkan .Semoga anda semua sudi berkongsi ilmu anda berkaitan dengan Basmalah di ruangan komen dibawah.

Sesungguhnya belajar dan mengajarkan Al-Quran adalah kewajiban suci lagi mulia.Rasulullah saw ada bersabda : “Yang sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya”. Dalam Hadis lain Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya seseorang yang berpagi-pagi pergi mempelajari ayat-ayat dalam Kitabullah lebih baik daripada mengerjakan sembahyang sunat seratus rakaat”. Dalam satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas , Rasulullah bersabda bermaksud : “Siapa yang mempelajari Kitabullah, kemudian diamalkannya isi yang terkandung didalamnya, Allah akan menunjukinya dari kesesatan dan akan dipeliharanya pada hari kiamat dari siksa yang berat”


Sekian, Wassalam.

Sangtawal Sakranta....


Nantikan siri artikel Majlis Ilmu: Bhg-2 : Samudera Al-Fatihah....


Monday, March 15, 2010

Puisi : Musuhmu Adalah Sahabatmu !


Puisi : Musuhmu Adalah Sahabatmu !

Sumber : Sir Muhammad Iqbal - dalam bukunya Asrar-i-Khudi
(Rahsia-Rahsia Diri)



Wali Allah dari Hujwiri sangat dihormati oleh orang banyak,
Pir-i-Sanjar melawat kuburnya untuk berziarah,
Dengan mudah dipecahnya halangan gunung,
Dan menanam benih Islam di India,

Zaman Omar dikembalikan oleh ketuhanannya,
Kemasyhuran kebenaran dipertinggikan oleh perkataannya,
Dia penjaga kemuliaan Quran,
Rumah yang palsu hancur oleh pandangannya.
Habuk Punjab dihidupkan oleh nafasnya,
Dinihari kita bertambah terang oleh mataharinya,
Dia pencinta,tambahan pula pesuruh cinta,
Rahsia cinta bersinar dari dahinya,

Aku akan ceritakan kesempurnaannya,
Dan membalut seluruh taman ros dalam satu kuntum.

Seorang muda,kacak dan lawa,
Datang dari pekan Merv ke Lahore,
Dia pergi berjumpa wali Allah itu,
Agar mataharinya dapat menghalau gelapnya,
“Aku dikacau oleh musuhku” katanya,
“Aku ibarat kaca di tengah batu, ajarkan aku ayuhai wali Allah”
“Bagaimana aku mahu hidup di kalangan musuh?”

Wali yang bijaksana itu,
Yang keadaannya, Cinta telah mempersatukan
keindahan dan keagungan menjawab :

“Anda tidak membaca undang-undang hidup,
Tidak peduli tentang hujung dan awalnya,
Jangan takut pada orang lain,
Anda adalah tenaga yang tidur; jagalah!
Bila batu menganggap dirinya kaca,
Ia akan menjadi kaca dan ia mungkin pecah,
Jika pengembara menganggap dirinya lemah,
Diserahkan jiwanya pada penyamun,

Berapa lama anda menganggap diri anda air dan tanah liat?
Jadikan dari tanah liatmu sebuah Sinai yang menyala!
Kenapa marah pada orang kuat?
Kenapa merungut tentang musuh?
Aku akan ceritakan apa sebenarnya:

“Musuhmu adalah sahabatmu!”
Adanya dia memberimu bertambah mulia,
Barangsiapa yang tahu akan keadaan Diri,
Menganggap musuh yang kuat itu sebagai rahmat dari Allah,
Kepada manusia,musuh itu ibarat awan membawa hujan,
Ia menghidupkan keupayaannya,
Jika jiwamu gagah perkasa, batu ditengah jalanmu jadi air,
Apa takut naik dan turunnya jalan?
Pedang penyelesaian diasah oleh batu dalam perjalanan
Dan membuktikan dengan mengembara dari peringkat ke peringkat lain,

Apakah gunanya makan dan tidur seperti binatang?
Apakah gunanya hidup?
Jika anda tidak ada kekuatan dalam dirimu?
Apabila anda membuatkan diri anda kuat dengan Diri,
Anda akan hancurkan dunia sesuka hatimu,
Jika anda meninggal dunia, jadilah bebas dari Diri!
Siapakah mati? Untuk melalaikan diri,
Kenapa disangka ianya berpisah nyawa dari badan?

Tinggallah di dalam Diri, seperti Yusuf?
Mara dari penjara kepada empayar!
Fikirkan Diri dan jadilah manusia bertindak,

Jadilah insan Allah,membawa rahsia di dalam!
Aku akan terangkan perkara ini dengan cerita,
Aku akan bukakan kuntum dengan kuasa nafasku,
“Adalah baik jika rahsia pencinta itu
Diceritakan oleh mulut orang lain”

*******


*Dalam Puisi ini Sir Muhammad Iqbal, seorang penyair Parsi yang terkenal, menceritakan akan hal seorang pemuda dari Merv yang pergi menemui seorang wali Allah bernama Ali Hujwiri untuk meminta nasihat kerana selalu diganggu oleh musuh-musuhnya.

Wali Allah itu menjawab dengan penuh bijaksana,Dinasihatnya orang muda itu supaya mempelajari undang-undang hidup, dan jangan takut kepada musuh.Teguhkan semangat dan jangan sangkakan diri itu lemah.Jika disangka diri itu lemah,maka lemahlah seseorang itu.Jangan dianggap diri itu hanya badan nyata ini sahaja.Disamping itu ada jiwa atau ruh yang perlu diperkuatkan dengan iman.Semangat dan jiwa yang beriman itulah yang dapat menimbulkan keberanian dan keteguhan diri.

Pada hakikatnya, dengan adanya musuh itu, akan menimbulkan kesedaran untuk membina, membela dan memperkuatkan diri.Allah mendatangkan musuh itu agar kita berusaha dan berikhtiar untuk memperbaiki , melengkapkan dan memperkuatkan diri serta ia akan menaikkan taraf seseorang itu ketahap yang lebih mulia dan tinggi.Diri seseorang itu perlulah diperkuat dengan berpegang teguh kepada Diri Yang Sebenarnya iaitu Allah swt.Diri manusia itu perlu digantungkan kepada Allah swt.Hanya dengan itu sahaja diri itu boleh kuat dan gagah perkasa dan tidak perlu takut dan dukacita lagi.

[ Dipetik dari buku Rahsia-Rahsia Diri ( Asrar-i-Khudi) @ The Secrets Of The Self., Terjemahan Oleh Abdul Majid Haji Khatib, terbitan Pustaka Aman Press 1975, Mukasurat 61-64 ]

Sangtawal Sakranta....