Monday, November 16, 2009

CKKAZ II - Bhg 5 :Dari Rumi ke Jawi : Mengembalikan Kecerdasan Spiritual Melayu Yang Hilang!



Tajuk : CIKKAZ II : Bhg 5 – Dari Rumi ke Jawi : Mengembalikan Kecerdasan Spiritual Melayu Yang Hilang!

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Segalanya bermula dengan Iqrak : Bacalah …..


“Bacalah (wahai Muhammad), dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajar manusia apa yang tidak diketahui”

[Surah Al’Alaq: ayat 1 – 5]



Itulah ayat Al-Quran yang pertama diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw, ia merupakan ayat suruhan iaitu “ Iqrak” atau “Bacalah” iaitu supaya Baginda membaca sedangkan waktu itu Allah Yang Maha Mengetahui dan malaikat Jibril sudah maklum bahawa Nabi Muhammad saw seorang yang Ummi.Tetapi mengapa ia diturunkan sedemikian rupa? Ini adalah satu cabaran kepada kita untuk berfikir!

Ayat “Bacalah” itu diturunkan sebegitu supaya Nabi Muhammad saw membaca mengikut Jibril, iaitu apa yang dibaca oleh malaikat Jibril sebagaimana Wahyu yang diturunkan oleh Allah swt kepada insan pilihanNya itu.Ini membawa pengertian yang mendalam bahawa sumber ilmu yang utama ialah Allah swt sendiri dan jika Allah ingin memberi ilmuNya secara langsung kepada sesiapa pun ia tidak akan menjadi satu perkara yang mustahil bagi Allah swt walaupun orang itu tidak tahu menulis atau mengeja .Menulis atau membaca itu adalah hanya perantara kepada ilmu sedangkan bagi diri Rasulullah saw , baginda dianugerahkan menerima ilmu secara langsung dari Allah melalui malaikat Jibril.

Perbahasan mengapa Allah ciptakan Nabi akhir zaman itu seorang yang Ummi adalah sangat banyak ditulis orang ,namun yang paling penting bagi saya ialah untuk mengelakkan fitnah jahat orang-orang kafir tentang kesucian Al-Quran.Dengan alasan seorang Ummi ini, Allah telah mengunci mulut dan segala hujah orang-orang kafir untuk menuduh Nabi Muhammad meniru, menyalin, menghafal, mereka-reka atau memplagiat mana-mana kitab lama atau sumber ilmu dari manuskrip-manuskrip lama agar kesucian Al-Quran sebagai mukjizat tetap terpelihara sehingga kiamat.Namun harus diingat, sekiranya jika ada ada orang yang mengaku menerima wahyu lagi pada hari ini setelah kewafatan Nabi dan sempurnanya agama islam , maka ternyata orang itu adalah sesat dan menyesatkan!

Ayat seterusnya diikuti dengan kalimah Dengan Nama Tuhanmu (Rabbi), itu bermaksud setiap ilmu itu haruslah bersumberkan ilmu Allah dengan menyebut nama Tuhan pada permulaannya, maknanya kita haruslah menyebut nama Tuhan dalam setiap perbuatan kita termasuklah juga pada setiap perkataan atau sebutan kita.

Ayat seterusnya ialah Tuhan itulah yang menciptakan sekalian makhlukNya. Maksudnya tidak ada sesuatu pun yang ada kecuali Allah dan kekal kecuali Allah dan apa yang ada selain Nya adalah makhluk – makluk ciptaanNya jua! Dialah Yang awal, Dialah Yang Akhir, Dialah yang Zahir dan Dialah Yang Batin! kita manusia ini hanyalah hambanya sahaja dan keberadaan kita ini adalah Harus sahaja, manakala Allah jua yang Wajib ada.

Maka kesimpulannya ialah awal agama itu adalah mengenal Allah sebagai Yang Maha Pencipta! Awwaluddin, Makrifatullah!

Ayat seterusnya ialah menyuruh Nabi membaca dan mengkaji kejadian atau ciptaan Allah swt pula iaitu makhluk yang bernama manusia.Manusia adalah makhluk terbaik ciptaanNya.Makna yang mendalam bagi ayat ini ialah supaya kita mengkaji dan mengenali diri kita, manusia yang diciptakan oleh Allah swt.Allah tidak menyuruh manusia mengkaji tentang alam ciptaan Nya yang lain melalui ayat pertama yang dinuzulkan kepada Nabi Muhammad saw itu kerana menunjukkan manusia adalah makhluk utama dalam hiraki penciptaanNya!

Kesimpulannya ialah bila kita kenal diri, maka kenallah kita akan siapa Pencipta kita! Atau dengan kata lain kenal diri kenallah Tuhan!

Ayat seterusnya ialah Allah menyuruh sekali lagi kita Membaca dengan namaNya yang bersifat Pemurah, Tuhan mengatakan bahawa Dirinya adalah bersifat Pemurah dan Dia mengajar manusia dengan pena dan tulisan (tulis baca).Jadi konsep ilmu ini diberikan oleh Allah swt ialah atas sifatNya Yang Maha Pemurah, maknanya ia ditujukan kepada semua makhluknya , itu sebabnya mengapa orang yang bukan islam dan kufur kepada Allah juga boleh menjadi orang berilmu kerana mereka mempunyai otak atau akal yang dibekalkan oleh Penciptanya untuk membezakan mereka dengan haiwan.

Namun ilmu mereka tidak boleh membawa mereka kembali kepada Pencipta mereka bahkan mereka semakin jauh dari Penciptanya disebabkan mereka merasakan akal mereka cukup bijak dan semua yang ada ini adalah terjadi secara semulajadi atau semua kehidupan ini adalah sentiasa berevolusi!maka tiada istilah awal atau akhir dalam kamus hidup mereka!


Padahal Allah dalam ayat seterusnya telah menjelaskan bahawa Dialah yang mengajar manusia daripada tidak tahu kepada apa yang diketahuinya .Itulah sebabnya proses “faham akan ilmu” itu berbeza-beza antara seseorang dengan orang lain!!! Jika manusia berkata mereka tahu sebab mereka belajar, mengapa semua orang tidak tahu setiap apa yang dipelajari itu secara adil atau saksama kerana mereka belajar dari sumber yang sama atau dari buku yang sama.

Mengapakah apa yang dipelajari itu tidak masuk ke otak mereka sama banyak antara individu A dan individu B? Mengapa ada yang tidak faham lansung, ada yang faham sedikit, ada yang faham banyak dan ada yang cukup faham dan boleh menghuraikan ilmu tersebut malah ada yang boleh mengembangkan pula ilmu tersebut atau menerbitkan pelbagai-bagai lagi formula dari sumber ilmu yang sama ???


Cuba kita fikir-fikirkan!!! Sesungguhnya kebijaksanaan itu adalah satu anugerah Ilahi!


Nuzul Quran : Klik Sini



Kini manusia mengakui keupayaan berbahasa atau kudrat berbahasa itu adalah merupakan kerja otak atau fungsi otak manusia yang paling rumit sekali dan membezakan antara manusia dengan haiwan kerana dari kata-kata itu timbulnya bahasa dan dari bahasa itulah timbulnya pemikiran!Namun dalam Al-Quran yang mulia sejak 1400 tahun yang lampau, Allah telah pun menerangkannya bahawa manusia ini adalah dari jenis yang boleh berkata-kata atau berbahasa yang disebut makhluk Al-Bayan dalam surah Ar-Rahman ayat 1- 4.

Kajian sains terkini mengakui bahawa manusia ini secara semulajadinya dibekalkan keupayaan untuk berbahasa setelah manusia menemui kawasan di kortek otak seperti Broca area, Wernicke area dan Gyrus angularis area yang terlibat dalam fungsi berbahasa! Oleh itu manusia juga digelar “Animal Symbolicum” iaitu “makhluk pembuat dan pentafsir simbol”

*Di antara Tulisan dan Simbol Tamadun dunia yang awal!

Bahasa adalah hasil mekanisma saraf dalam otak, ia membolehkan manusia keluar daripada tahap naluri ke tahap refleksi dan makna! Ia bukan hanya berfungsi sebagai alat komunikasi, tetapi juga menjadi alat berfikir!

Namun untuk mendapatkan makna yang tersendiri, otak memerlukan juga pancainderanya yang lain untuk mewujudkan persepsi.Simbol, lambang, objek atau kata yang tersurat atau tersirat ditafsirkan oleh otak kita untuk mendapatkan persepsi tertentu! Ilmu komunikasi mempunyai prinsi utamanya iaitu “perkataan tidak mempunyai maksud, tetapi manusia punyai maksud” sebab itulah bagi kebanyakan ahli falsafah mengatakan dunia ini adalah satu tempat dimana semua pengalaman itu ditangkap oleh pancaindera dan ditafsirkan di otak untuk mewujudkan persepsi!

Contoh mudah adalah bila si A dan si B diberi sekuntum bunga ros yang harum, bunga itu indah dipandang dan harum baunya, mungkin bagi si A, bunga Ros baginya mengingatkan dia akan saat manis pertemuan pertamanya dengan insan teristimewa dalam hidupnya dan memberikan persepsi gembira dan ceria, tetapi sebaliknya si B bila memandang bunga ros itu mengingatkan dia saat perpisahan dengan kekasihnya dimana pada hari terakhir pertemuan mereka si B telah dihadiahkan sekumtum bunga ros sebagai tanda ingatan.Jadi bunga ros baginya memberikan persepsi yang sedih dan nostalgia.

Maka, boleh kita simpulkan disini ialah walaupun si A dan si B diberikan sekuntum bunga yang sama tetapi cara bagaimana ia boleh mempengaruhi diri si A dan si B adalah satu perkara yang berbeza! Apa yang membezakannya adalah Persepsi mereka!


Persepsi akan membentuk pemikiran dan cara berfikir kita!

Kembali kita kepada tajuk asal perbincangan kita.Mengapa saya memilih perkataan Iqrak atau bacalah sebagai kata pendahuluan kepada artikel CKKAZ kali ini? Tujuan saya ialah untuk mengajak kita menjana satu Generasi Al-Quran Melayu-Islam yang berilmu dan seimbang dari segi jasmani, emosi dan spiritual kita.



Oleh itu , Disini saya ingin memberikan pandangan peribadi saya pada atau Hipotesis saya – Sangtawal Sakranta, bahawa : Satu dari Alter tersembunyi Orang Melayu ialah Tulisan Jawi nya! Ia adalah satu khazanah atau Warisan silam yang akan menemukan kita dengan jati diri melayu sebenar .Percayalah!!!

*Semoga kita Ketemukan kembali Kehebatan dan Kecerdasan Spiritual Melayu-Muslim yang Pernah hilang!

Dengan cara kita kembali kepada penghayatan dan penggunaan Tulisan Jawi semula , menggantikan tulisan rumi warisan penjajah ini maka generasi Al-Quran yang akan mempunyai kecerdasan Spiritual yang Tinggi akan dibangkitkan kembali!!! Selagi kita menulis dan membaca dengan menggunakan tulisan abjad huruf rumi/ roman maka kita akan sukar untuk membangunkan Kecerdasan Spiritual yang unggul, yang dipercayai satu kecerdasan untuk hidup di masa depan, satu kecerdasan yang dicari-cari oleh barat selama ini.Anda jangan terkejut dengan Hipotesis saya ini selepas membaca artikel-artikel yang akan datang!!!

*Gabungan mantap antara Iqrak dan Zikrullah : Akan Membangunkan Kecerdasan Spiritual dan Minda Melayu-Muslim Akhir zaman !

Mengapa saya berkata begitu???

Apa kaitannya cara tulisan dan bacaan kita dalam Tulisan Jawi dengan Kecerdasan Spiritual?

Mengapa sejak kebelakangan ini Iblis, Dajjal dan pengikut-pengikutnya amat takut dan sangat-sangat membenci Tulisan Jawi???



Mengapa kebanyakan Pakar-Pakar Bahasa dan Sasterawan tanah air hanya berani dan mahu memperjuangkan Bahasa Melayu sahaja sedangkan Tulisan Jawi tidak mahu diangkat dan dimartabatkan sama seperti dengan bahasanya!Bukan semua sasterawan begitu, ada yang berani dan berjuang untuk memartabatkan Tulisan Jawi ini seperti penulis Faisal Tehrani dan beberapa orang lagi.

Usaha mereka ini sangat-sangat saya hargai biarpun pernah dulu saya memberi komen yang agak keras dalam blognya (klik sini) berkaitan isu Pemansuhan Bahasa Inggeris dalam subjek matematik dan sains dan saya juga ada menulis artikel bertajuk “Majulah Bahasa Untuk Negara”.Komen-komen yang menembak saya terasa juga pedasnya! Biasalah… bukankah berselisih dan berbeza pendapat itu perkara biasa dalam dunia ilmu??? (Klik Sini)


Jika anda membaca-betul betul artikel tersebut, saya bukan pejuang Bahasa Inggeris dalam semua subjek , Cuma dalam kontek pengajaran sains dan matematik SAHAJA!

Kerana Bahasa dan Tulisan adalah 2 perkara yang berbeza!!! Bagi saya bahasa boleh berubah-ubah sesuai dengan perkembangan zaman seperti sekarang ini pun bukan Bahasa Melayu asli yang kita tuturkan, banyak perkataan Inggeris yang telah kita melayukan seperti ‘Subjek’ ‘motivasi’ dan banyak lagi menjadikan ia “Bahasa Malaysia”! manakala TULISAN tidak berubah, huruf tidak akan berubah.Tulisan dan abjad jawi tidak berubah walaupun sudah 700 tahun ia bertapak di alam melayu!

*Batu Bersurat Trengganu yang bertarikh 702 Hijrah atau 1303 Masehi

Oleh itu, bagi saya penekanan kepada Tulisan Jawi adalah lebih penting daripada memperjuangkan Bahasa Malaysia (maaf- saya tak sebut Bahasa Melayu).

Mengapa Bangsa selain Melayu sangat bencikan Tulisan Jawi sehingga ada yang sanggup berjuang membuang Papan-Papan Tanda bertulisan Jawi???

*Mengapa mereka tidak bersetuju dengan Papan tanda Bertulisan Jawi ini?

*TETAPI Mengapa pula mereka amat menyukai Papan Tanda seperti ini?


Saya tidak salahkan Bangsa lain jika perkara diatas boleh dan akan terus berlaku!!! Ini adalah kerana kita sendiri yang mengabaikan tanggungjawab kita untuk mengangkat dan memartabatkan Tulisan Jawi, malah lebih malang lagi jika ada juga sebilangan Guru Agama sekolah pun yang tidak tahu membaca dan menulis JAWI! Maafkan saya.



Mengapa sampai jadi begitu saudara ???

Nantikan jawapannya dalam artikel-artikel saya seterusnya!

Beberapa kata kunci untuk difikirkan semula: Tulisan Jawi.... Tulisan Al-Quran.



*Bagaimana otak kita berfikir melalui gambar-gambar ini?


Jika gambar di atas di berikan oleh seorang guru dalam sebuah kelas yang murid-muridnya terdiri daripada beberapa bangsa seperti Arab, Yahudi, Melayu, Jawa, Cina, Jepun, Inggeris, Perancis, Siam…

Lalu guru tersebut menyuruh setiap orang dari pelbagai bangsa itu membuat cerita berdasarkan gambar tersebut, apakah jalan cerita berdasarkan gambar itu yang mereka akan sampaikan agaknya??? Cuba anda semua berfikir sejenak!!!

Jawapannya : Mungkin orang Arab dan Yahudi akan memberikan satu jalan cerita sehala yang seakan sama, manakala cerita orang Melayu, India, Jawa, Inggeris , Siam dan Perancis juga sehala dan seakan-akan sama manakala kita akan terkejut dengan orang Cina dan Jepun!

Orang Cina dan Jepun akan memberikan kita 3 jalan cerita sehala yang berbeza!!!

Jika ada muridnya dari freemason, mungkin dia akan memberikan 12 jalan cerita yang sehala.

Jika salah seorang dari murid itu adalah Dajjal, maka dia akan memberikan 16 jalan cerita pelbagai hala yang berbeza pula!!!

Mengapa??? Why???

anda boleh mencuba memberikan jawapannya dalam komen dibawah atau...

Fikir-fikirkanlah!!! Atau nantikan jawapannya dalam Artikel-Artikel CIKKAZ II seterusnya!

Selamat MEMBACA !!!

Wassalam.

Sangtawal Sakranta!

9 comments:

Anonymous said...

salam sangtawal..

saye fikir pasti ia ada kne mengena dgn asal usul mereka..tambahan pula,segala perkembangan dalm tamadun mereka sendiri pun menjadi faktornya..

atau adalah dari gaya tulisan mereka sendiri ??(tapi india punya tulisan lain,pelik nih??)

Sangtawal Sakranta said...

Salam buat anon @ 6.43pm.

Terima kasih atas komen!
Teruskan membaca dan berfikir! he he he... jawpannya kena tunggu ye! sabar!!!

Sebenarnya anda masih berfikir tu... jawapan anda itu bukan jawapan sebenar dari anda lagi, betul tak?

wassalam.

awanbadai said...

Salam,

Didalam tulisan jawi, setiap bentuk dan gerak tulisan punya makna tentang ketuhanan, penciptaan dan pengenalan diri insan, malah mungkin lebih lagi.

Kajian diri terdapat didalam tulisan ini. Seperti didalam nukilan anda, sang tawal, surah ini menceritakan perihal mengkaji diri.

salam

logelamutp said...

Salam....

Race and Intelligence / Race and IQ
http://www.youtube.com/watch?v=PLjovgiNZfE&feature=related

Sangtawal Sakranta said...

salam buat awanbadai,

Satu komen yang menarik.Hampir-hampir menemukan jawapannya!

Mungkin anda juga seorang yang boleh menulis dan membaca jawi!

Mungkin juga anda menulis dengan tangan kiri?

salam buat logelamutp,

Terima kasih atas komen dan info!
berkaitan dengan hasil kajian dalam youtube itu,cluster gene yang dikaji lebih banyak berkaitan dengan bangsa eropah.Ia juga lebih kearah mengkaji white-black gene.

Ada juga disebut tentang Jepun dan asia, tetapi jika dilihat pada jumlah sample yang diambil ia tidak sekata dan kajian ini masih banyak perkara yang boleh dipersoalkan.

Perkiraan tentang mean IQ tidak menepati pengiraan aplikasi statistik yang sebenar.

saya bersetuju dengan kaedah membandingkan antara mean brain volume dengan IQ secara graf, tetapi kajian terkini tentang IQ boleh menolak teori di atas kerana saintis yang membuat kajian terhadap otak einstein mendapati otak einstein mempunyai bilangan Glial cell yang banyak, jadi Iq tidak bergantung sangat kepada brain volume kerana jika brain volume terlalu banyak ia di sebut hydrocephalus atau mungkin ia disebabkan oleh brain tumour!

kajian diatas lebih tertumpu kepada IQ sedangkan kini kita sudah menganjak sedikit ke depan dengan indikator kecerdasan yang baru iaitu dengan EQ dan SQ,

Dan di dapati SQ adalah menunjukkan kecerdasan yang paling unggul mengikut Danah Zohar.Malah ia disebut-sebut sebagai kecerdasan dimasa depan!

Dari segi saintifik dan fakta sains mungkin Danah Zohar boleh memberikan buktinya, tetapi bagi saya kecerdasan Spiritual yang tertinggi adalah dimiliki oleh manusia yang mengenal Tuhannya, yaiitu Penciptanya.

wassalam.

fenrizx said...

ermmm ....

seingat aku .... tulisan jawi nie cam ada beberapa kali perubahan .. maksud akui dari segi nak "mengeja" ...

tp .. aku masih tidak mengerti mengenai topik ini ...., tetapi aku cuba memahaminya ...., kenapa mesti jawi dan bukannya bahasa arab (maksud aku ... al-quran dalam bahasa arab kan ?? maaf .. jika aku silap.)

tetapi alhamdullillah ... walaupun aku tidaklah beberapa mahir menulis tulisan jawi .. tetapi aku agak mahir membacanya ....

sebagai "silent reader" .. aku tidak akan melepaskan peluang menunggu artikel yang akan dtg ...

tq bro ...

Sangtawal Sakranta said...

salam Fenrizx,

trm kasih atas komen.

ingin saya petik sedikit kata-kata anda :

"tetapi aku cuba memahaminya ...., kenapa mesti jawi dan bukannya bahasa arab (maksud aku ... al-quran dalam bahasa arab kan ?? maaf .. jika aku silap.)"

Anda mempunyai SQ yang boleh digilap lagi!tahniah!

Cuma yang anda ragui itu dalam konteks "bahasa" ! cuba luaskan sedikit skop kepada "bagaimana cara otak kita bekerja" ... anda akan menemui jawapannya!

satu lagi... anda kata boleh/mahir membaca Jawi itu adalah kerana anda boleh membaca Al-Quran,TETAPI anda tidak berapa mahir menulisnya! ... jika anda belajar menulis jawi dan mengejanya, sudah pasti anda pun akan pandai menulis ayat Al-Quran dengan sendirinya bukan?tetapi anda juga tidak faham maknanya juga bukan?

Anda boleh membaca Al-quran tetapi anda tidak tahu maknanya jika anda tidak belajar bahasa arab!

Anda boleh membaca atau menyebut ayat Al-Quran(walaupun kekok sikit) jika ayat itu ditulis dalam tulisan rumi bukan??? tapi adakah anda faham maknanya jika anda tidak belajar?

Jadi, belajarlah menulis dan membaca jawi semoga anda mudah membaca dan menulis al-Quran dan pelajarilah Al-quran berserta bahasa arab untuk memahaminya dan bacalah Al-Quran itu selalu agar ia akan meresap secara perlahan-lahan kedalam jiwa mu!lalu jika diperkenankan oleh Tuhanmu, maka kau akan beroleh Hikmah dariNya.Insyaallah

wassalam!

abatasa said...

Salam Sdr Sang Tawal. Terima kasih atas usaha saudara menulis rencana menarik ini. Diharap Sdr boleh terus memperjuangkannya sehingga Bahasa dan Tulisan JAWI dimartabatkan semula. Saya menyokong penuh usaha saudara.

Pada pandangan saya Pendita Za'ba adalah anak bangsa yang bertanggung jawab menenggelamkan tulisan Jawi ini apabila mencipta tulisan rumi... kemungkinan ada campur tangan alluminati.. itu jangkaan saya. Secara tidak langsung anak bangsa Jawi ini akan meninggalkan alQuran atau akan menyusahkan mereka mendalami pengajian agama Islam.

Adalah terlalu berat untuk dikatakan bahawa Za'ba adalah pengkhianat bangsa, tetapi ia menjurus ke arah itu bila melihat apa yang berlaku sekarang iaitu kepayahan bangsa Jawi mengenal identiti bangsanya sendiri. Bahasa Jawi dan tulisannya hampir pupus walaupun satu masa dahulu ia digunakan oleh semua penduduk Nusantara. Saya sendiri pernah melihat buku bahasa Jawa (halus) yang tertulis dalam tulisan Jawi. Pattani (Selatan Thai) juga menggunakan tulisan ini, Brunai dan Selatan Filipina. Kini ia telah hampir lenyap atas usaha Za'ba (masons-THH?). Amat malang.

Saudara boleh membuat kajian terhadap keungggulan tulisan ini dan bila ia bermula. Ini akan memberi input terbaik kepada anak bangsa supaya dapat mencintai semula bahasanya dan berbangga dengan identiti bangsanya.

Saya amat setuju dengan pandangan saudara mengenai punca kelemahan orang Melayu (Jawi) menghayati alQuran dan pengajian agama kerana mereka telah buta huruf (jawi) dan ada yang memandah rendah (kuno) tulisan ini. Amat menyedihkan.

Seperkara yang suka saya utarakan bahawa tulisan jawi lebih mirip kepada tulisan PARSI berbanding arab kerana adanya beberapa huruf tambahan seperti 'NYA' 'NGA' 'GA' 'PA' dsb. Saudara boleh terus buat kajian mengenainya.

Saudara tidak bersendirian dalam isu ini kerana masih ramai diluar sini yang menyokong perjuangan saudara. Semoga berjaya dalam perjuangan fi sabilillah... amin.

Sangtawal Sakranta said...

salam buat saudara abatasa,

Satu komen yang menarik dan matang!
Terima kasih atas ilmu yang dikongsi bersama di sini.

insyaallah saya akan teruskan perjuangan ini.doakan!

wassalam.