Monday, February 23, 2009

Sudah Tiba Masanya Kita Bersatu !




Artikel Oleh sangtawal:


Tajuk : Sudah Tiba masanya Kita Bersatu


Saya merasa sudah tiba masanya saya menyeru supaya kita semua bersatu.Bersatulah wahai melayu-islam!.Campakkan ketepi atau ke lembah yang curam EGO diri yang tidak berkesudahan.Carilah jalan tengah atau kesederhanaan antara ekstrem atau fanatik agama yang melampau dalam PAS dan semangat ketuanan melayu yang menebal dalam UMNO.Demi untuk menegakkan kalimah Allah yang maha suci ini dan memastikan survival Islam terus terpelihara di bumi yang tercinta ini.Ulamak dan Umarak perlu bersatu sepakat kata membina jambatan ukhwah yang telah runtuh sekian lama.Jambatan ukhwah islamiah yang bakal membangunkan Empayar Melayu Islam di Nusantara akhir zaman.


Bukankah kita semua datang dari Allah dan kepada Allah jua kita kembali,seperti
firman Allah dalam surah al baqarah:ayat 156 bermaksud : "daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali”.Mengapakah kita sanggup bersengketa sesama kita demi menegakkan prinsip dan kehendak nafsu yang penunggangnya adalah syaitan.Sudah hilangkah sifat sabar,rendah diri,tolak ansur dan kasih sayang sesama saudara seagama dalam diri kita…apa lagi untuk menaiki satu maqam ke satu makam nafsu dalam meniti perjalanan kita menuju Khaliq Yang maha Pencipta.



Usahlah kita merasa diri begitu tinggi martabat kita disisi Allah berbanding dengan orang lain yang ilmu agamanya sedikit sahaja.Mana tahu barangkali hatinya lebih taqwa dan ikhlas dari kita.Mana tahu segala amalannya walaupun sedikit tetapi istiqomah disertai dengan taqwa dan ikhlas lebih Allah redhai dari kita yang suka membuat amal dan dalam masa yang sama tidak ada keikhlasan atau dibuat dalam keadaan yang terpaksa atau sengaja menunjuk-nunjuk diri dengan segala sikap angkuh,riyak dan sombong diri di khalayak ramai untuk mencari pengaruh duniawi.



Apa salahnya si jahil bertanya kepada si alim tentang sesuatu dalam hal agama yang barangkali pada satu ketika yang lain si alim tadi akan menjadi jahil pula tentang hal hal keduniaan dan segala macam tipu muslihat dan pancarobanya.Oleh itu sebenarnya tiada istilah jahil atau alim bagi dua orang yang saling mempelajari ilmu dari salah seorang antara keduanya yang sememangnya arif dalam bidang masing-masing.Jahil dalam ertikata yang luas ialah tidak tahu atau kurang arif dalam satu satu perkara,ia amat berbeza dengan bodoh kerana si bodoh akan terus dungu dan tidak mengerti setelah diterangkan sesuatu perkara atau ilmu kepadanya berulang-ulangkali!



Inilah siasah atau politik islam yang sebenarnya dianjurkan dalam islam.Umarak perlu bergandingan dengan Ulamak untuk kebaikan rakyat.Usah mengambil contoh yang jaraknya jauh beribu batu dari tempat kita,baca semula sejarah gandingan mantap Tok Ku Paloh dan Sultan Terengganu dalam menangani musuh musuh islam.Jika kita menoleh kebelakang lagi dan menyingkap semula era kegemilangan kesultanan islam Perlak,Pasai,Samudera dan Aceh,kita akan begitu kagum dengan gandingan mantap Sultan Sultan islam dan para wali Allah.



Si alim hendaklah menasihatkan si jahil atau cuba menegur si jahil tentang apa yang tidak kena.Jika segala usaha si alim tidak di endahkan si jahil,maka ada jalan lain lagi buat si alim berikhtiar seperti solat hajat dan berdoa kepada Allah.Selepas itu serahkan segala urusan itu pada Allah.Bukan sebaliknya bila si jahil tidak mudah ditundukkan,maka jalan terakhir buat si alim ialah mengajak orang lain bersama berdoa untuk kehancuran si jahil.Bukankan dalam sejarah islam itu sendiri ada watak watak sijahil yang bila menerima sinar islam maka mereka ini telah bertukar menjadi intan antara kaca kaca yang bergemerlapan! Baca kisah saidina Umar,bukankah waktu kejahilan dulu umar pernah membunuh atau menanam hidup-hidup anak perempuannya sendiri.Khalid Al Walid pula sebelum keislamannya,berapa banyak nyawa orang islam yang terkorban oleh mata pedangnya,namun setelah masuk islam,beliau dipuji pula oleh Allah sebagai pejuang islam dan diberi gelaran Pedang Allah pula!ini hanyalah secebis dari kisah kisah dalam sejarah islam yang boleh diambil iktibar dan contoh.Apalah sangat dosa dan kesalahan orang UMNO atau PAS jika dibandingkan dengan kisah diatas?Oleh itu usah perbesar besarkan cerita,sama samalah kita mencari persefahaman dan sila buang yang keruh dan ambil yang jernih demi Islam dan bangsa melayu.




Janganlah kita asyik melihat perkara remeh temeh yang berada diluar diri kita.Tinggalkan dunia barang seketika,bertafakurlah seketika,berkacalah didalam diri,ingat Allah,pandanglah Allah pada ZatNya,pada AsmaNya,pada SifatNya ,pada Af’alNya teruskan perjalanan kerohanian kita dengan mematikan diri ,fana sifat,Af’al,asma dan zat .Fikirkan semula dari mana kita datang,apa tujuan kita datang dan kemana kita akan dikembalikan.Maka kita buatlah kesimpulan yang terbaik samada kita mahukan pengakhiran hidup ini dengan Husnul Khatimah kah atau Su ul khatimah?



Oleh itu usahlah saling menuding jari mencari kesalahan orang lain,tetapi beristikharahlah dan bermusyawwarah lah untuk mencari jalan penyelesaiannya.Jika itu yang kita niatkan ,insyaAllah Tuhan akan memberikan kita jalan penyelesaiannya.Sekiranya kita berpuas hati dengan usaha kita itu…maka selebihnya…serahlah pada Allah SWT .kerana Hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang nyata dan yang tersembunyi!semuanya dalam Qudrat dan Iradah Allah yang terkumpul kesemuanya dalam Ilmullah!


Janganlah pula Si alim menjadi kata pemutus kepada persoalan yang masih samar dan belum pasti kebenarannya,atau mengajak seluruh umat islam mendoakan pula kemenangan kepada pengkhianat atau musuh sebenar islam.




Semoga kita semua dijauhkan Allah dari Fitnah Dajjal.Janganlah mata dan akal kita dikaburi oleh Dajjal yang sentiasa berkata yang kita sentiasa menang biarpun dalam kepalsuan!


9 comments:

Cheguman said...

Salam Sang Tawal,
Saya menyokong penuh seruan ini. Apa ertinya kemenangan jika kita terpaksa mengalahkan saudara Islam kita yang lain. Jika tersilap, sama-sama diperbetulkan. Malah, tiada siapapun yang benar-benar pasti akan masuk syurga. Semoga dengan penyatuan ini Allah mengampunkan dosa kita dan memasukkan kita semua ke syurga melalui belas ehsan-Nya.

Kita akan gerakkan BPN ke arah mencapai penyatuan ini.

Pengkritik said...

lu faham x ap itu kebersamaan?
kalau satu cuba tegakkan islam,dan satu lg cuba nk hancurkan islam ngan semangat nasionalisme yg terlampau,adakah ini boleh d ajak utk bersatu????
x payah berhujah dgn al-quran kalau dah jelas lg nyata al-quran d tolak ketepi

sangtawal said...

salam cheguman.

terima kasih kerana selalu berkunjung dan memberi komen yang membina.memang benar tidak ada seorang pun antara kita yang guaranty masuk syurga .hanya Allah saja yang tahu siapa di antara hambaNya yang layak memasuki Syurga.

lainlah dengan parti Pas,nama PAS pun tak ada dalam hadis atau al-quran dan nama tok guru pun tak ada dalam alqur an,cuma yang ada ialah ulamak pewaris nabi,itu saja.Orang yg taksub dengan pas ialah yang buta hatinya.Pas menjanjikan syurga buat pemangkah bulan sedangkan wakil rakyat atau tok tok guru pun berjudi untuk bertanding!letak wang deposit,kalau kalah deposit hangus,bukankah judi namanya tu???



Buat adik PENGKRITIK atau sekok otok,

Terima kasih kerana sudi masuk blog saya dan bagi komen.lain kali belajarlah dengan orang macam cheguman kat atas,masuk rumah orang bagi salam,pas dan tok guru tak ajar ke?


cakap pakai lu lu lu je...jadi gua cakap la apa yang lu komen...
lu tanya gua apa itu kebersamaan?


baiklah lu mau gua cakap,kebersamaan ikut bahasa atau kebersamaan ikut tasauf atau ketuhanan?


kalau ikut bahasa,GUA rasa kebersamaan itu ialah dua pihak yang bersatu dengan satu matlamat ,satu fikiran atau persefahaman,mempunyai misi,visi dan wadah perjuangan yang sama,saling lengkap melengkapi dan yang penting dalam kontek penyatuan ini ialah kepada tujuan sebenar kebersamaan itu diwujudkan.apakah tujuan kebersamaan itu untuk melansungkan kuasa yang sedia ada dan hanya untuk matlamat peribadi atau duniawi ATAU ingin mencapai redha Allah?


KEBERSAMAAN menurut tasauf pula adikku... rasanya cukuplah saya sentuh sedikit disini : ialah INSAN pada martabat wahdiah atau Nur muhammad atau juga disebut hakikat insan atau pada makam Rodhiah atau juga disebut Takyun tsani atau ia berada pada martabat asma dan berada di alam jabarut.Ini kalau mengikut 7 aliran tasauf yang sanadnya bersambung kepada rasulullah.


adikku aka sekok otok yang baru berusia 20 tahun,belajarlah lagi ilmu agama dan dunia banyak banyak.seperti sabda nabi "Utlubil ilmaa minal mah di ilallah di"..bermaksud "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"


saya sudah melihat blog adik...adik terlalu memuja tok guru dan PAS umpama hanya tok guru dan pas saja yang paling baik dan betul serta sangat dekat di sisi Allah....adikku....janganlah habiskan masa muda mu dengan ketaksuban dan kebodohan ini...renunglah sejenak dan buka minda adik luas luas dari masyrik ke maghrib dan dari Arash Allah ke langit yang ketujuh dan terus memandang ke bumi yang tujuh lapis dan lihatlah ada 14 ribu alam yang berlapis lapis berada hanya di di antara 2 kening mu saja yang bernama lathifatul Nafsi tempat masuknya NUR kedalam dirimu!


adik,apa pegangan tariqat Tok guru?adakah dia Ahmadiah,Syatarriah,sammaniah,
naqsyabandiah,chistiyyah,Qadiriah,muhammadiah atau apa?


kalau tak ada jalan macam mana sampai ketempat tujuan?bukankah syariat itu perlu ada tariq dan setiap tariq mencapai hakikat dan dengan memperolehi hakikat barulah mencapai makrifatullah?



janganlah adik terlalu sibuk mencari Feqah tanpa belajar tasauf dan usuluddin kerana ketiga-tiga ilmu itu saling melengkapi sehingga dikatakan kita boleh jadi Zindik atau Fasik jika hanya mengambil 2 cabang ilmu dari tiga cabang ilmu antara ketiga-tiga ilmu itu!


orang umno itu islam dan orang pas juga islam,mustahilkah untuk bersatu?jika asyik merasa diri hebat dan orang lain kafir,jahil dan bodoh itu namanya ego seperti adik.sifat ego ini riyak,ujub dan sombong...itulah sifat iblis yang menyebabkan tercetusnya permusuhan dengan bani adam lantas dia dilontar dari syurga oleh Allah!


adik kata umno atau kerajaan tolak al-quran ketepi...adik silapcuma umno kurang islamik sikit ...itu betul..lebih baik tolak al-quran ketepi dari mengambil ayat ayat suci didalamnya ,digunakan untuk memutar belitkan agama untuk tujuan politik peribadi.mana yang lebih baik orang umno guna ayat al-quran atau Gobalakhrisnan baca ayat Quran dan di sambut dengan ucapan takbir pula....


adik tahu ke apa itu ucapan takbir Allahuakbar !!!


ucapan ini digunakan oleh pejuang-pejuang islam di medang perang,berjihad fi sabilillah! bukan digunakan ditempat tempat ceramah atau pentas politik Pas!!!


kalau dengan DAP- kafir harbi tok guru dan pas boleh bersekongkong,kenapa dengan umno tak boleh??? mana inti dan wadah perjuangan kamu???


lihat sini sajak atau puisi kamu dalam blog kamu :


Tahniah PAS!
Di masa susah kaulah kawan
Di mana susah kaulah di depan
Untuk yang lemah kaulah sandaran yang gagah
Untuk yang duka kaulah penawar dan penenang
Dalam ribut dan taufan kaulah tunjang
Dalam gelora dan gelap kaulah menara dan cahaya
Tiada dagang bersamamu
Tiada cemas di belakangmu
Dirimu ada kekuatan
Dirimu adalah kekuatan
Kekuatan jadi mulia bersamamu
kelemahan jadi bacul di hadapanmu
Tahniah PAS!
Musuh tidak nampak kecualimu
Musuh tidak marah kecualimu
Musuh tidak takut kecualimu
Keranamu kebatilan menjadi lebur
Keranamu kezaliman menjadi berantakan
Keranamu kejahilan menjadi hilang
Kaulah kelibat di medan
Kaulah syakhsiyah dalam kembara
Kaulah figura keramaian
Kawan dan musuh menakjubimu
Dia dan mereka menyanjungimu
Aku dan kami mencintaimu
Tahniah PAS!
Beginikah Allah memuliakanmu?

puisi JIHAD CINTA pula

jihad cinta.....
jihad yang manis pada ucapannya tapi amat pahit pada maknanya,
cinta.....
cinta pada seseorang,
pada akhlaknya, pada nur di wajahnya...
namun hati ini tidak mampu,
tidak mampu melanggar batas syariat
hati ini perlu berjihad,
jihad nan suci....

jihad cinta.....
laksanakanlah....
semoga cinta yang bakal di capai
menjadi cinta sufi...
cinta nan diredhai oleh ILAHI....
cinta nan putih bersih....
cinta nan membawa ke syurga
bukan setakat cinta nan membawa ke pintu syurga

jihad cinta....
percayalah....
cinta itu diredhai ALLAH...
jodoh di tangannya ILAHI
andai tekad.....
doalah, tawakkal....
kerana jihadmu di dalam cinta
bukan suatu yang sia-sia
tapi ia penuh makna...
membawa bahagia di dunia dan akhirat......

teruskanlah...
jihad cintamu


JIHAD CINTA????? cinta sufi?????
jihad itu adikku ialah menentang kebathilan dan menegakkan kebenaran dengan pena,tangan,mata pedang atau peluru!!!

bagaimana nak capai cinta sufi kalau hati masih gelap dan diseliputi zulmat!

bagaimana mahu capai cinta sufi jika perasaan cinta dunia,taksub kepada manusia dan kebencian sesama islam dan sebangsa meluap luap..pernah bacakah adik cinta sufi si Rabiatul Adawiah...kata beliau...aku tidak mengejar syurgaMU...tapi aku hanya mengejar RedhaMU...

adikku...syurga hanya dikejar oleh ulamak fekah sahaja!!!

wassalam.

sangtawal Sakranta...

Anonymous said...

sabar aja lah, dunia, dunia, :)

khai_rie said...

PAS perjuangkan islam
UMNO tolak islam

mawi said...

Assalamualaikum sahabat.
Saya baru sahaja mengikuti blog ini...
kpd Pengkritik dan Khai_rie...
satu masa Pas mengkafirkan UMNO kerana berkerjasama dengan kompenan BN, apa dah jadi sekarang apabila Pas pula bekerjasama dengan Dap yang terang-terang kepimpinannya menentang ISLAM... janganlah terlalu taksub kpd makhluk ciptaan ALLAH dan janganlah membutakan hati sehingga anggota-anggota lain seumpama tidak berfungsi lagi untuk membuat penilaian... 'sesungguhnya sesama mukmin itu bersaudara antaranya...'

mawi said...
This comment has been removed by the author.
kang kali kung said...

Assalamualikum..Semoga kita semua berada dalam keberkatan dan Rahmat ALLAH..Apabila kita diminta bersatu/berdamai,elakkan dari mengungkit-ungkit kerana ia akan menghakis sifat Redha-meredhai..Apabila kita meyakini sesuatu itu kebenaran,mungkin ia tidak menjadi kebenaran bagi pihak yg lain selagi ianya terpisah-pisah..Sy tumpang simpati apabila ruang komen ini menjadi medan perdebatan,sedangkan topiknya minta bersatu..Buat Penulis,harap bersabar,dan saya mengerti saudara sedaya upaya bersikap Natural,dan sikap ini sgt baik dan boleh menjadi contoh kepimpinan..Cuma saya minta jika boleh elakkan bicara panjang pada yg belum sampai Makrifahnya..dikhuatiri perkongsian saudara dianggap mereka sudah dihukum pada peringkat awal2 lg,itupun jika saudara boleh bersetuju dgn saya..Setinggi mana makrifah dan mengenal Hakikat,ia tidak akan sempurna tanpa Syariat..Jd mohon kasihani adik2 kita yg baru nak mengenal ini..Izinkan saya berkongsi Bait2 Syair Syeikh Ahmad al Fatani buat tatapan semua..

"Kemudian masuk kmu Tarekat
Dari Guru Alim Zahir dan Hakikat
Jangan guru yg makrifahnya singkat
Telah banyak sesat menyesat yg
Mufsidin..

Segala Wirid sangat baik,sangat
elok,
Sangat betul tiada sekali ada
belok,
Setengah diri yg tersalah ia elak,
Dari megah dgn Kasyaf yg tersamin"

Maafkan jika saya terkasar..Semoga kita beroleh manfaat..Assalamualikum..

adib said...

salam...PAS & UMNO,
bunyi yang berbeza, punyai kelompok pemimpin yang berbeza gaya perjuangannya,saling menolak dalam mencapai persefahaman,

PAS & UMNO...satu kekuatan yang terpecah dua...*terpecah dua (lemah ).alangkah hebatnya kalau keduanya bersatu..supaya tertutuplah saling kurang untuk keduanya...bersatulah...