Monday, May 11, 2009

Terima Kasih Ibu !



Tajuk : Terima Kasih Ibu.

Artikel oleh : Sangtawal Sakranta.


Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut hari ibu buat ibu saya yang tercinta,isteri saya yang tersayang yang merupakan ibu kepada anak-anak saya dan kepada seluruh wanita dan ibu-ibu yang melayari blog saya.


Biarpun kelmarin kita menyambut HARI IBU dan sebenarnya saranan untuk menyambut hari ibu pada satu hari khas tiada dalam islam,namun bagi saya ia adalah satu usaha yang baik .Sekurang-kurangnya ia menyedarkan kita bahawa ada seorang insan yang sangat berjasa kepada kita untuk dihargai pada hari tersebut.Sepatutnya kita hendaklah selalu mengingati jasa dan pengorbanan ibu setiap masa kerana kasih sayang ibu untuk kita adalah sepanjang hayat dan kasih sayang kita buat ibu boleh membawa ke syurga.Kecintaan dan tanda terima kasih kita buat ibu bukan hanya sekadar ditunjukkan pada hari kelmarin sahaja,namun kita hendaklah sentiasa menjaga hati ibubapa kita agar kita menjadi anak yang soleh ,hidup diredhai kedua ibubapa dan seterusnya diredhai Allah swt.


Pengorbanan ibu yang terbesar ialah ketika melahirkan kita setelah berpenat lelah mengandungkan kita selama 9 bulan.Sewaktu melahirkan kita ibu terpaksa mempertaruhkan nyawanya sendiri.Jadi tidak hairanlah jika Nabi SAW menyatakan syurga itu di bawah telapak kaki ibu.You tube dibawah ini adalah satu pembedahan LSCS yang terpaksa ditempuh oleh si-ibu sekiranya ada masalah ketika bersalin demi menyelamatkan nyawa si anak dan ibu.Tidak semua pembedahan berakhir dengan selamat.Kadang-kadang ada ibu yang terkorban diatas meja bedah akibat komplikasi semasa pembedahan seperti pendarahan yang banyak dan sebagainya.




Marilah kita renungkan bersama….sesungguhnya Allah swt Yang Maha Pengasih Lagi Amat Penyayang telah mengajar seorang bayi bagaimana mahu keluar dari perut ibu kita untuk meneruskan fasa kehidupan di dunia ini.Seandainya bukan dengan izin Allah ,pasti si-bayi kecil tidak mampu keluar dari perut ibunya melalui tulang pelvis ibu yang kecil itu….tanpa adanya ‘sagital suture’, ‘anterior fontanel’ dan ‘posterior fontanel’ pada struktur kepala bayi, tak mungkin kepala bayi akan melepasi tulang pelvis ibu.Allah mengajar bayi keluar dengan 7 cara :
Perhatikan betul-betul 7 cara tersebut dan sama-samalah kita fikir tentang kebesaran Allah SWT ini ....




7 cara biasa atau normal bayi keluar ini merujuk kepada posisi bayi meloloskan diri dari rahim ibu melalui tulang pelvis :


1.Engage : Kedudukan kepala bayi menurun dan menyentuh ruang kaviti pelvis ibu.

2. Descent: As the fetal head engages and descends, it assumes an occiput transverse position because that is the widest pelvic diameter available for the widest part of the fetal head.(Bila kepala bayi menurun kedalam ruang kaviti pelvis ibu)

3.Flexion: While descending through the pelvis, the fetal head flexes so that the fetal chin is touching the fetal chest. This functionally creates a smaller structure to pass through the maternal pelvis. When flexion occurs, the occipital (posterior) fontanel slides into the center of the birth canal and the anterior fontanel becomes more remote and difficult to feel. The fetal position remains occiput transverse.(sewaktu proses keluar itu,kepala bayi dibengkokkan hingga dagunya menyentuh dada bayi.gerakan ini memudahkan proses keluar bayi)

4.Internal Rotation: With further descent, the occiput rotates anteriorly and the fetal head assumes an oblique orientation. In some cases, the head may rotate completely to the occiput anterior position.( kepala bayi berpusing lagi kearah mengadap ibu)

5.Extension: The curve of the hollow of the sacrum favors extension of the fetal head as further descent occurs. This means that the fetal chin is no longer touching the fetal chest.(selepas membengkok dan berpusing ,bayi mendongak pula )

6.External Rotation: The shoulders rotate into an oblique or frankly anterior-posterior orientation with further descent. (Sekali lagi kepala bayi berpusing dan mengadap kearah bertentangan dengan ibu pula)

7.Restitution : This encourages the fetal head to return to its transverse position(proses terakhir pergerakan posisi badan bayi sehingga bayi selamat keluar)


Maha Suci Allah yang menjadikan manusia sebaik-baik kejadian seperti Firman Nya : “Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian”
( surah At-Tin :4)

Maha Suci Allah yang memindahkan kita dari alam rahim ibu ke alam dunia ini sebagaimana sabda nabi saw yang bermaksud :

“ Sesungguhnya seseorang itu dihimpunkan kejadiannya di dalam perut ibu selama 40 hari dalam bentuk air mani,kemudian berubah menjadi segumpal darah selama 40 hari,kemudian bertukar pula menjadi seketul daging selama 40 hari juga,lalu diutuskan malaikat untuk meniupkan Roh dan dicatatkan empat kalimah,iaitu; rezekinya,ajalnya,amalannya dan celaka atau bahagia” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Firman Allah dalam Al-Qur an ,surah al-Mukminun : 13-14 yang bermaksud :

“Kemudian kami jadikannya setitis air mani untuk(diletakkan) ke dalam tempat yang teguh,dari air mani itu Kami jadikan segumpal darah,dari segumpal darah darah kami jadikan pula seketul daging,dari seketul daging kami jadikan tulang-belulang yang ditutup dengan daging.Kemudian sesudah itu kami jadikan makhluk yang lain.maka dengan berkat Allah menjadikan (manusia) sebaik-baik kejadian”


Setelah berlalu fasa atau peringkat bayi,kita beralih kepada alam kanak-kanak,seterusnya remaja,dewasa dan kembali semula kepada alam tua sebelum menempuh alam lain iaitu alam kubur.Firman Allah dalam surah Ar-Rum :54 ,bermaksud: “ Allah telah menciptakan kamu dalam keadaan lemah,sesudah itu Dia menjadikan pula kekuatan kepada kamu dan selepas kekuatan dijadikan kelemahan kembali dan beruban”

Itulah fasa kehidupan yang perlu kita tempuh….bayi-meniarap-merangkak-berjalan-berlari-dewasa-tua….ada 7 fasa semuanya….sesungguhnya Allah tidak menciptakan ini semua sia sia…..Nabi saw bersabda : “Sesungguhnya ke atas Tuhan kamu ada hak,keatas diri kamu ada hak,dan ke atas keluarga kamu ada hak,maka hendaklah kamu bahagikan kepada yang berhak”

Oleh itu,sementara masih ada masa dan peluang ini,marilah kita berusaha membaiki diri,berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran,membersihkan hati ,menguatkan keimanan dan ketakwaan kita semoga kita selamat dan mendapat redha Allah di dunia dan akhirat nanti.

Firman Allah swt bermaksud ; “Mereka mempunyai hati,tetapi mereka tidak mengerti,mereka mempunyai mata tetapi tidak melihat,mereka mempunyai telinga,tetapi tidak mendengar,mereka bagaikan binatang ternak bahkan lebih sesat dari itu lagi,sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang lupa.”
( Al-A’raf :179)


Wassalam.



2 comments:

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Sang Tawal,
Sebuah tulisan yang menarik.

Tiada siapa agaknya yang menolak kewajaran mengucapkan terima kasih pada ibu meskipun ibu tersebut mungkin tidak sengaja telah mengandungkannya. Namun kenapa masih ada yang menganggap tidak perlu ucap terima kasih pada kerajaan dgn alasan sudah jadi kewajipan kerajaan membantu rakyat.

Sangtawal Sakranta said...

Salam cikguman.

terima kasih.

ramai orang berasa tidak perlu mengucapkan terima kasih pada kerajaan kerana mungkin kerajaan tidak memenuhi semua hajat atau apa yang mereka nak.memang sifat manusia sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang ada.Tetapi bagi orang yang menganggap semua apa yang berlaku adalah ujian dari Allah dan ada hikmah yang tersembunyi, minda mereka lebih terbuka.

Kita dibekalkan hati dan akal,oleh itu pilih dan ambil apa yang baik untuk dunia dan akhirat kita dan kita perlu ingat selalu...tiada manusia yang sempurna dalam semua hal...

wassalam.