Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Siapakah Yakjuj Makjuj atau Gog Magog ini sebenarnya?Apakah kaitannya dengan Zurqarnain dan tembok besi ?
Ada riwayat yang mengatakan bahawa pada suatu hari Rasullah saw terbangun dari tidur baginda dan wajah baginda pucat lalu bersabda :
“Laa Ilaaha ill Allah (tiada Tuhan kecuali Allah),celakalah orang arab kerana kejahatan telah dekat.hari ini penutup yakjuj makjuj telah dibuka seperti ini – lalu baginda melingkarkan antara kedua jarinya membentuk angka 70 atau 90”
Dimanakah letaknya tembok atau penutup itu?
Dibawah ini saya petik satu artikel berkaitan dimanakah lokasi sebenar Tembok Zulqarnain itu :
Sumber : Klik Sini
[Kawasan yang dipercayai terletaknya tembok Zulkarnain berada di Utara Georgia, selatan Rusia, iaitu di banjaran Gunung Caucasus (bahagian tengah Greater Caucasus Mountains), iaitu di kaki Gunung Kazbek. Kawasan ini dikenali sebagai Lorong Dariel atau Daryal (Dariel Pass, ketinggiannya ialah 3,950 kaki atau 1,204 meter dari aras laut). Kedudukannya berhampiran dengan Sungai Terek. Terdapat satu jalan tentera Georgia yang merentasi lorong ini (ini baru saja dibina oleh Rusia tahun 1850'an) dan sejak zaman silam ianya terkenal sebagai lorong yang dilalui untuk tujuan menjajah. Pada zaman silam, Lorong Dariel ini juga dikenali sebagai Gerbang Alan, atau Gerbang Caucasia, atau Gerbang Iberia.
Al-Marhum Abul Kalam Azad pun menyatakan begitu. Beliau mengakui bahawa di Georgia terdapat satu timbunan besar tembok yang dibuat daripada besi bercampur tembaga di Bukit Qawqaz (Caucasian Mountain) di suatu kawasan yang sempit iaitu antara dua bukit Darial (Dariel). Keadaan bukit itu curam memanjang dari Laut Hitam hingga Laut Qazwain. Ianya menghubungkan antara dua laut ini. Panjangnya 1,200 kilometer. Bukit Darial ini secara umumnya masih tidak terusik, masih teguh, mempunyai bentuk berlapis-lapis. Di sana ada suatu timbunan yang tinggi daripada besi tulen bercampur tembaga tulen di Tembok Darial. Ia adalah merupakan suatu hasil kerja menyumbat satu lubang yang ada di situ. Penduduk-penduduk tempatan takut untuk mengusik atau mengubahnya. Hanya perubahan semulajadi saja yang berlaku di situ. Terdapat proses penerokaan tanah berlaku di sebelah-menyebelah tembok itu, tapi tidak menjejaskan tembok itu sendiri. Ini menyebabkan wujudnya ruang-ruang kosong antara batu-batu bukit dan Tembok Zulkarnain, yang masih kukuh hingga sekarang. Nampaknya manusia di atas muka bumi pun tidak mampu untuk melubanginya mahupun mendakinya
Banjaran Gunung Caucasia merupakan satu rekahan (fracture, sebagaimana "geological fault-line"), dan ia adalah pembahagi bukan saja dari sudut geografi dan budaya etnik, malah juga dari sudut geopolitik. Terdapatnya kaum yang ganas dan membuat kerosakan (bangsa Monggol) di sebelah utara menyebabkan Tembok Besar China telah dibina, begitu juga Tembok Hadrian (Roman Limes). Ada yang berpendapat bahawa Gerbang Caucasia dibina untuk melindungi Timur Tengah (dari kaum nomad bangsa Eurasia).
Gerbang Caucasia juga sering disebut sebagai "Pillars, Stronghold" atau "Iron Gate of Alexander The Great" oleh penulis-penulis klasik. Barat juga menganggap bahawa Tembok Zulkarnain (Gerbang Caucasia) ini dibina untuk mengepung Gog dan Magog dari melakukan keganasan dan kerosakan yang lebih banyak. Pada hari ini, lambang Georgia (matahari, bulan dan lima bintang) kononnya adalah sempena lambang Iskandar (Zulkarnain).
Kawasan pergunungan Caucasus ini agak unik. Di sini terdapat 62 bahasa yang dituturkan oleh 5 keluarga besar, budayanya juga berbagai. Kawasan ini juga terkenal sebagai kawasan yang selalu berlaku peperangan antara kaum, pertumpahan darah dan peperangan kolonial sejak zaman berzaman. Lorong Dariel (tempat Tembok Zulkarnain) berada di kaki Gunung Kazbek (5033m/16,800') dan Elbrus (5642m/18,800'). Kedua-dua gunung ini adalah gunung berapi yang aktif tapi sudah tidak meletup sejak 500 tahun lampau, menyebabkan penduduk tempatan menganggap ianya gunung berapi yang sudah mati.]
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Dalam masyarakat Yahudi,Yakjuj Makjuj disebut Gog Magog.Serangan dan malapetaka yang disebabkan oleh pasukan berkuda Gog Magog ini sering diibaratkan oleh orang yahudi seperti serangan belalang yang merosakkan kebun atau ladang tanaman mereka.
Cuba perhatikan muka atau kepala belalang.Bukankah ia ada mirip dengan kepala atau muka kuda!
Sila lihat terjemahan awal Perjanjian Lama dalam bahasa Yunani(Septuagint), ‘Gog’ disebut ‘Raja Belalang’
Lihat terjemahan awal Septuagint edisi bahasa Inggeris,Bible edisi Indonesia al-Kitab Terjemahan Baru :
“Thus the Lord showed me,and behold a swarm of locusts were coming,and behold,one of the young devastating locusts was Gog,The King”[Amos 7 : 1 ]…atau terjemahannya:
“Inilah yang diperlihatkan Tuhan kepadaku:Tampak sekawanan belalang sedang datang,dan tampak,salah satu dari belalang pembinasa muda adalah Gog,Raja”
Namun,ayat dalam terjemahan awal itu telah dipadamkan perkataan ‘Gog’ dan ayatnya telah diubah oleh tangan-tangan ghaib mereka! mesti ada sebab atau agenda yang tersembunyi,lalu ayatnya … ..menjadi begini…
“Thus hath the Lord God shewed unto me;and,behold,he formed grasshoppers in the beginning of the shooting up of the latter growth;and lo,it was the latter growth after the King’s movings” [Amos 7 :1] ..iaitu bermaksud :
“Inilah yang diperlihatkan Tuhan ALLAH kepadaku;tampak ia membentuk kawanan belalang,pada waktu rumput akhir sesudah yang dipotong bagi raja”
Nabi Muhammad saw pernah menyebutkan sifat-sifat mereka iaitu yakjuj makjuj ini seperti yang disebutkan oleh Ibnu Majah dari Abu Sa’id Al-khudri Rasulullah bersabda :
“Tidak akan terjadi kiamat sebelum kalian memerangi suatu kaum yang bermata sepet dan berwajah lebar,mata mereka seperti belalang,dan wajah mereka seperti topi baja yang berbulu.Mereka memakai sandal dari bulu,membuat perisai dari kulit,dan suka menambatkan kuda pada pohon kurma”
Ramai pentafsir berpendapat ayat “mata mereka seperti belalang” itu bermaksud serangan mereka itu umpama serangan belalang keatas kebun tanaman sekaligus merosakkan tanaman.
Sabda Rasulullah itu ditepati selepas 600 tahun kewafatannya,dimana pasukan berkuda bangsa Tartar dan Mongol pada tahun 1210-1215 masihi telah menyerang China lalu menghancurkan kota Beijing(Peking).Semua penduduk kota China Utara di bantai,tulang belulangnya dilonggokkan di belakang tembok kota.Selama setahun Kota Beijing masih meninggalkan lemak dan darah.
Selepas itu pada 1218-1224 Masihi mereka menyerang Empayar islam Khawarizm di khurasan dan selepas itu pada 1235-1245 Masihi mereka bertapak di Eropah.Tidak terkecuali juga Empayar Abbasiah di Baghdad telah dihancur lumatkan pada abad ke 1258 Masihi.Setelah berjaya menawan empayar islam itu,mereka suka menambat kuda-kuda mereka pada pokok kurma.Merekalah bangsa berkuda dari padang rumput Eurasia!peradaban islam di Asia tengah seperti bukhara,Tirmidz,Samarkhan hancur lebur meninggalkan puing-puingnya saja.Kota Baghdad yang terkenal sebagai Kota 1001 malam itu ranap sekelip mata,kitab-kitab ilmu dan khazanah islam dibakar dan dibuang kedalam Sungai Tigris sehingga airnya bertukar menjadi hitam.
Kekejaman tentera Mongol sewaktu menakluki Baghdad telah di abadikan oleh Hj Ali Hj Ahmad dalam puisinya berjudul Oh! Baghdad… dalam majalah Al-Qiadah,keluaran oktober 1990,m/s 48.Saya petik beberapa perenggan dari puisinya itu :
“Baghdad,
Apakah kau engkau sudah lupa
Renretan sejarah hijrah 656 ?
Airmata dan darah hijrah 656,
Kaum monggol
Dari padang rumput hijau
Apakah engkau tidak terbayang
Wajah bengis
Bermata sepet tetapi tajam dan
Berjanggut panjang
Itulah wajah Genghis Khan
Itulah wajah tentera monggol
Yang menyerang kota Baghdad
Bayangkan kembali tentera monggol
membunuh siapa saja wargakota Baghdad,
dan membumihanguskan rumah kotamu
air sungai Furat dan Tigris
menjadi sungai darah
darah!darah!darah!darah!
Baghdad
Apakah tidak kau kenangkan kembali
Betapa kekejaman orang-orang monggol
Sebagai tidak terdukung oleh pundak sejarah
Ibnu Athir menulis,
Tragedi pembunuhan dan kehancuran Baghdad ini
Bergelojak selama 40 hari.
Dan Baghdad pun hancur.
Bukankah Baghdad kota yang tercantik di dunia?
Kota Baghdad dimamah kesunyian,
Mayat-mayat berkaparan dimana-mana,
Hanya seorang dua saja yang berkeliaran
Dan titis-titis hujan pun turun
Dan mayat-mayat pun reput
Memancarkan bau yang sangat busuk
Baghdad
Engkau tentu kenal dengan wargakotamu,
Tajuddin Ibnu-Subki yang meriwayatkan betapa kejamnya tentera Monggol,
Kalau darah Khalifah Al Musta’sim titis ke bumi
Satu bala besar akan berlaku di dunia
Halaku ragu-ragu hendak membunuh khalifah
Khalifah akhirnya dibunuh tanpa menumpahkan setitis pun darah ke bumi.
Tubuh khalifah digulung ke dalam sehelai permaidani dan di pukul sehingga mati….
Pernahkah tentera Mongol menjejakkan kaki ke Nusantara?
Ya…mereka pernah datang ke Nusantara dan dikalahkan pula di bumi Mala ini!!!
Pada tahun 1206 Masehi,Genghis Khan telah mendirikan kerajaannya yang terdiri dari bangsa Mongol dan Turkestan.Beliau pernah cuba untuk menakluk China tetapi gagal.Bagaimanapun usaha diteruskan oleh Ogotai dan akhirnya China berjaya ditakluk oleh mereka di zaman cucunya iaitu Kublai Khan.
Pada tahun 1280 , Kublai Khan telah meruntuhkan Dinasti Sung dan mendirikan Dinasti Yuan di Cina.Kublai Khan telah meluaskan pengaruhnya dan perluasan jajahan takluknya hingga ke Asia selatan sehingga Nusantara.Beliau telah mengirim utusan atau duta Mongol ke Nusantara iaitu ke negeri Singasari di tanah Jawa yang pada waktu itu di perintah oleh raja yang bernama Kertanegara.
Tujuan Kublai Khan mengirim dutanya itu ialah supaya Raja Singasari datang mengadapnya di Peking untuk mengiktiraf kekuasaannya namun permintaan itu ditolak oleh Kertanegara.
Tidak berpuas hati dengan penolakan itu ,Kublai Khan sekali lagi telah menghantar utusannya iaitu Meng Chii pada tahun 1289 untuk mendesak Kertanegara datang mengadapnya di Peking.Arahan yang berbentuk paksaan ini menimbulkan kemarahan Kertanegara lalu beliau dengan berani bertindak memenggal hidung utusan itu dan menyuruhnya kembali mengadap Kublai Khan.
Kemarahan Kublai Khan memuncak lalu mengirim 3 orang panglima perangnya beserta 20,000 ribu pasukan tenteranya belayar dengan menaiki 1000 buah kapal untuk menyerang Singasari di Nusantara.
Pada masa yang sama telah berlaku pemberontakan dalam negeri oleh Jayakatwang dari Kediri iaitu raja muda Kediri dengan dibantu oleh Wiraraja dari Madura.Kejatuhan Kertanegara di tangan Jayakatwang tidak diketahui oleh Kublai Khan ketika itu.
Raden Wijaya,iaitu menantu kepada Kertanegara yang memimpin pasukan utara telah lari menyelamatkan diri setelah mengetahui pasukan selatan yang dipimpin oleh bapa mertuanya Kertanegara sudah tewas di tangan Jayakatwang.Raden Wijaya pun belayar ke Madura untuk meminta bantuan Wiraraja.Setelah dijanjikan imbuhan separuh wilayah kekuasaan,Wiraraja telah berpaling tadah kepada Jayakatwang dengan membantu Raden Wijaya pula.
Selepas rancangan licik disusun,Raden Wijaya kembali semula ke tanah jawa dan berpura-pura tunduk kepada kekuasan Jayakatwang.Sebaik sahaja kedatangan tentera Mongol ke Tanah Jawa, Raden Wijaya menyambut mereka dan berjaya meyakinkan tentera Mongol bahawa Jayakatwang adalah pengganti kepada Kertanegara dan beliau harus dihukum atas kesalahan Kertanegara yang memenggal hidung utusan Kublai khan dulu.
Akhirnya Raden Wijaya berjaya mengalahkan Kediri di bawah Jayakatwang dengan bantuan pasukan Mongol sehingga Jayakatwang sendiri telah menjadi tawanan perang.
Untuk menyambut kemenangan mereka itu,Raden Wijaya telah membuat satu jamuan makan dalam satu pesta meriah sehingga semua tentera mongol mabuk.Dalam keadaan mabuk itu Raden Wijaya telah mengarahkan pasukannya membunuh semua tentera mongol itu sebanyak lebih kurang 3000 orang.Ada diantara mereka yang berjaya melarikan diri dan belayar balik ke Dinasti Yuan China dan ada juga yang melarikan diri lalu masuk ke pendalaman jawa! Tentera Mongol-Tartar tersebut telah kalah dengan cara yang amat memalukan sekali!
Pada tahun 1297,barulah Raden Wijaya mengirimkan utusannya ke Peking membuat hubungan diplomatik dan untuk berbaik-baik semula dengan Mongol.Sekembalinya utusan itu dari China ,maka Raden Wijaya pun ditabalkan menjadi Raja Majapahit dengan gelaran Kertarajasa Jayawardana!
Apa yang ingin saya kemukakan disini ialah….dimanakah lokasi saki baki tentera mongol yang melarikan diri ke pendalam jawa dulu???mungkin mereka juga sudah berasimilasi dengan masyarakat jawa ratusan tahun dahulu….jurai keturunan mereka juga menarik untuk dikaji kerana mereka membawa genetik Mongol yang juga ada kaitan genetik dengan bangsa pemanah berkuda bangsa Scyhtia yang pernah mendominasi padang rumput Eurasia!
Apakah sekarang ini keturunan Yakjuj Makjuj / Gog Magog sudah berhijrah ke Tanah Melayu sebagai Pendatang tanpa izin dari tanah seberang dan kini sedang menyusun strategi untuk mendominasi semenanjung Emas pula?
Pernahkah anda mendengar tentang Human Genom Project? Dan apakah kaitannya dengan Senjata biologi dan perang akhir zaman?
Sekiranya satu unit senjata biologi seperti virus yang sudah dimanipulasikan di makmal yang mempunyai “specific target” iaitu susunan kod genetik seperti s-a-n-g-t-a-w-a-l-s-a-k-r-a-n-t-a yang dilepaskan ribuan kilometer jauh jaraknya seperti dari Israel atau dari Rusia …sudah pasti virus tersebut akan mencari manusia berkod genetic s-a-n-g-t-a-w-a-l-s-a-k-r-a-n-t-a juga untuk dimusnahkan secara paling senyap dan cukup misteri setelah virus tersebut berjaya menjalankan misinya seperti replikasi,translasi,transkripsi atau search kod atau turutan genetik yang sama untuk dimusnahkan! …ingat teori “lock and key mechanism” yang berlaku dalam kes-kes autoimuniti atau dalam tindakbalas allergic reaction atau dalam kes acute inflammatory process- begitulah juga ketepatan spesifik dan kehebatan senjata biologi itu nanti dalam mencari dan memusnahkan mangsanya! Senjata yang tidak memerlukan tentera yang ramai,bertindak dalam senyap,tidak nampak dan sukar diramal atau dikesan! Inilah ciri-ciri senjata akhir zaman!
Ini hanyalah persoalan yang cuba saya kemukakan untuk kita fikirkan bersama…..jadi…mungkin suatu hari nanti manusia manusia berkod genetik melayu – islam-nusantara tidak mustahil akan dimusnahkan secara perlahan -lahan…bila virus tersebut sudah mengenali atau sudah menyalin kod-kod genetik mereka dari Bank Genetik Dunia yang mengumpulkan data dan maklumat seluruh penduduk dunia dalam bentuk turutan kod-kod genetik melalui Human Genom Project, tentu kerjanya semakin mudah! Itu sebabnya kerajaan Amerika begitu berminat dan telah menyediakan peruntukan kewangan yang besar untuk membangunkan projek ini!
Atas arahan The Hidden Hand mungkin virus tersebut akan dilepaskan hanya dari satu-satunya pangkalan tentera yahudi mereka di penghujung bumi emas ini, kita pun tidak pasti!!!
Nantikan artikel seterusnya…
Sebelum berlalu….ingin sekali lagi saya catatkan hadis Rasulullah saw ini :
"Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” …
Untuk umatnya yang manakah agaknya hadis ini ditujukan?...mengapa ada saranan untuk belajar berenang? Adakah untuk umat islam arab yang hidup di gurun yang kering atau hadis tersebut ditujukan khas buat umat islam akhir zaman yang persekitarannya dipenuhi oleh pulau-pulau dan lautan yang luas di Land Of Promised ?Perlu kita ingat kembali bahawa mereka juga dulunya pernah bergelar seorang pelaut atau pelayar yang terbilang!
Fikir fikirkanlah wahai saudaraku.….
Sangtawal Sakranta….
bebaskanlah jiwa dan merdekakanlah diri dari penjajahan Dajjal dan Yakjuj Makjuj!
Wassalam.