Friday, March 13, 2009

Majulah Bahasa Untuk Negara !

Artikel Oleh Sangtawal.


Tajuk : Majulah Bahasa untuk Negara!


Saya merasakan perlu bagi saya menulis sedikit berkaitan dengan isu bahasa inggeris yang digunakan sebagai bahasa pengantar untuk matapelajaran sains dan matematik di sekolah seluruh Malaysia(sistem ini).Sememangnya ia adalah satu langkah bijak dan punyai wawasan serta visi pendidikan yang jauh.Lebih lebih lagi ianya telah diilhamkan oleh pemimpin yang diakui bertaraf “Pemikir” seperti Tun Dr Mahathir.

Mengapa ada golongan yang membantah penggunaan bahasa Inggeris ini(sistem ini)?


1). Biasanya golongan yang amat tidak bersetuju ialah golongan pendidik sendiri.Apa tidaknya ,mereka yang telah lama mengajar dalam bahasa Malaysia perlu belajar semula Bahasa Inggeris semata-mata untuk mengajar murid-muridnya.Bukankah itu leceh dan amat menekan perasaan para pendidik yang sudah lali dengan cara mengajar yang lama.Oleh itu baiklah mereka membantah sistem baru ini.Apa yang penting ialah mereka rasa lebih selesa berkeadaan sediakala kerana gaji mereka tetap jalan.Nasib anak anak bangsa pula??? Fikir-fikirlah sendiri.Lain pula ceritanya kalau seorang guru itu diminta mengajar tuisyen dirumah pelajar oleh ibubapa…mereka akan berusaha belajar bahasa inggeris dan mencari rujukan yang macam-macam untuk menjadikan mereka nampak handal didepan mata ibubapa….kalau nasib baik..upah tuisyen semakin naik…dan ibubapa pelajar pula akan “recommend” guru tersebut kepada jiran-jirannya yang lain pula.Namun tidak semua guru begitu….


2)Golongan yang kedua ialah ibubapa itu sendiri…mereka akan marah kerajaan atau sistem itu sendiri jika mereka sendiri tidak faham soalan sains atau matematik dan terpaksa membelek-belek kamus pelajar dihadapan anak-anak mereka sambil menyumpah-nyumpah kerana dah lama tak belek kamus dwi-bahasa.Rasa ego ibubapa itu sendiri dipertahankan dengan bermacam macam alasan.Namun tidak semua ibubapa begitu..


3)Golongan yang ketiga ialah para pelajar sendiri.Mereka sudah tentu tidak mahu belajar mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris kerana ianya agak susah.Jadi bila guru dan ibubapa mereka sendiri tidak menyokongnya… mereka akan hilang motivasi dengan sendirinya.


Mengapa hanya melayu yang lantang membantah sistem ini?


1) Mereka berfikiran sempit dan sikap nasionalis mereka sonsang.Fikiran mereka tidak ubahnya seperti golongan ekstrem agama suatu masa dahulu yang bimbang melayu akan dimurtadkan atau dikristiankan bila belajar bahasa penjajah.

2) Pada pendapat mereka, bila belajar dalam bahasa inggeris,sifat kemelayuan dan jati diri mereka kononnya akan terhakis atau terhapus sama sekali.Mereka membandingkan kenapa kita tidak boleh meniru Thailand atau Indonesia yang amat mementingkan bahasa.

3)Sistem ini sengaja direkacipta untuk melemahkan minda dan motivasi pelajar melayu.Kononnya ada agenda tersembunyi disebalik semua itu untuk menghancurkan melayu islam padahal mereka sendiri jika ditanya pandaikah membaca dan menulis jawiyang merupakan tulisan asas kepada bahasa melayu itu sendiri..berapa keratkah yang betul betul mahir??? Jadi mengapa memarahi sistem ini(dalam bahasa inggeris) jika kita sendiri pun belum ada usaha atau tidak cemerlang sama sekali dalam bahasa jawi.bagaimana mahu berjuang untuk bahasa melayu??? adakah semua yang hadir berdemonstrasi itu mahir jawi?

4)Sungguh malang sekali bila ada melayu islam yang sanggup dijadikan alat oleh parti-parti politik untuk membantah sistem ini demi untuk kepentingan politik semata-mata.Nilai yang begitu negatif sekali diletakkan kepada usaha menggunakan bahasa inggeris ini di umpamakan bahasa ibunda iaitu bahasa melayu “dikerandakan” amatlah tidak bijak sekali.Mungkin juga pujangga atau sasterawan negara berfikiran kolot membuat andaian generasi akan datang tidak akan meminati lagi bahasa-bahasa puitis atau jiwang mereka yang selalu diawan gemawan….novel mereka tidak laku dan penulis sastera pecah otaknya mengolah cerpen ,sajak,puisi yang bakal basi,tidak ada sambutan dan tak laku di pasaran.Ini mungkin benda benda yang berlegar dalam kotak fikiran mereka…dalam hujan pagi di daerah zeni…


Mengapa bukan melayu juga menyokong membantah sistem ini?

1) Mungkin mereka mahu pelajar melayu terus hanyut dibuai lagu syahdu menghiris kalbu….dengan bahasa bahasa indah yang memukau sehingga tidak kredit bahasa melayunya dalam peperiksaan…jadi susahlah pula memohon kerja nanti.Mereka tidak kisah kerana bahasa kedua mereka dirumah dengan anak-anak selain menggunakan bahasa ibunda masing-masing ,mereka gunakan bahasa Inggeris.Jadi perlaksanaan sistem ini disekolah tidak memberi apa-apa kesan atau keuntungan kepada mereka.


2) Bila melayu lemah inggeris…maka melayu akan memilih kursus kursus diperingkat ijazah nanti ialah yang pembelajarannya dalam bahasa melayu…jadi akan lebih banyak tawaran kursus terutamanya dalam bidang sains dan teknologi yang bakal melebatkan gaji bila bekerja nanti akan dipenuhi atau diboloti oleh bukan melayu dek kerana sikap melayu yang “allergic” atau “contact dermatitis” kepada bahasa inggeris.Penguasaan ilmu sains dan teknologi serta kefasihan berbahasa inggeris menjadi syarat utama tawaran kerja yang bergaji lumayan.Oleh itu melayu sekali lagi ketinggalan.Itu sebabnya berlambak melayu yang menganggur dan mengisi borang KPLI untuk menjadi guru sebagai jalan terakhir mendapatkan pekerjaan.Oleh itu bila guru ini bekerja nanti,dia akan memulakan semula “viscous cycle” mengutuk dan membantah perlaksanaan sistem ini dihadapan anak muridnya pula untuk melepaskan perasaan.namun tidak semua guru begitu.


Mengapa harus melaksanakan sistem ini???

Jawapannya ialah kita baca dari empunya diri sendiri yang mengilhamkan sistem ini di sini:

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html#more


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

By

Dr. Mahathir Mohamad
on March 13, 2009 6:48 PM


1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.


2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

5. Sains dan Matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa melayu.

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

8. Memang boleh tetapi perkataan-prkataan Sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilimu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains.

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat oenting di zaman ini.

16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah dari pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan menggun hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dinormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lago mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayuu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.


(Sangtawal : akan habislah masa,tenaga dan sel-sel neuron gray mater dan white mater di cerebral cortex anak-anak melayu dengan sia-sia dek kerana terlalu asyik dok menterjemah bahasa inggeris ke bahasa melayu.Demi untuk mendaulatkan bahasa melayu..anak anak melayu akan ketinggalan dalam mengejar ilmu atau maju dalam segala bidang dan dimensi kehidupan.…mungkin suatu hari nanti anak-anak melayu akan ada internet yang berbahasa melayu yang boleh digunakan diseluruh dunia dan akan ada satu kementerian dalam kerajaan kita iaitu kementerian menterjermah apa saja…maka majulah bahasa untuk Negara !!!)

12 comments:

syafiqnawi said...

Salam saudara Sangtawal,

Saya tertarik ingin berkongsi pengalaman saya ketika berada di Australia. Ternyata, pembelajara dalam bahasa inggeris di Malaysia mendapat tentangan dari org melayu. Namun, ingin saya nyatakan bahawa belajar dalam bahasa itu mampu menaikkan martabat bangsa Melayu, dan mampu menaikkan nama hingga ke peringkat global.

Saya sudah belajar english selama hampir 18 tahun, namun bahasa melayu tidak saya lupekan. Ketika saya berada di Australia ini, ramai yang tidak memuji english saya begitu baik, dan yg memuji itu adalah org putih itu sendiri, mereka menyangkakan saya sudah bertahun2 duduk di Aus disebabkan english saya..namun, pabila saya kata saya baru 3 minggu sampai, mereka terkejut beruk.

tidakkah ini sudah menaikkan nama org melayu dimata mereka, bayangkan kalau ramai lagi melayu sebegini.. bukan memuji diri sendiri tapi hanyalah sbg tauladan dan pendapat saya kepda bangsa2 saya.

terimakasih,
syafiq asnawi zainal abidin

Sangtawal Sakranta said...

salam adik syafiq nawi..

sangat setuju dengan pendapat adik...

pendapat peribadi saya ialah - bila kita belajar dalam bahasa inggeris,minda kita akan lebih terbuka dan cepat faham ,terutamanya dalam bidang sains dan teknologi...

pengalaman saya dalam menuntut ilmu dulu yang keseluruhan proses pembelajarannya dalam bahasa inggeris,baik dari segi teori,praktikal dan clinical teaching,walaupun di universiti dalam negara ini TIDAK sedikitpun melunturkan semangat kemelayuan dan jatidiri saya...kadang kadang saya hairan bila melihat sesetengah lecturer import yang teruk bahasa inggerisnya boleh datang mengajar di negara kita...salah satu sebabnya ialah mereka mempunyai kelulusan sains dan teknologi yang baik dan mereka boleh memahami dan menguasai ilmu dengan baik dalam bahasa inggeris walaupun tidak fasih berkomunikasi dalam bahasa inggeris.

wassalam.

Unknown said...

tak payah nak pro mana2 la...tak yah nak politik sgt...apa! igt bahasa Inggeris jer yg byk istilah dlm sains dgn matematik. Tu bhs arab tu... melambak lagi istilahnya dlm subjek sains dgn matematik.org yg baru hidup kurun ni ajer yg nak agongkan bhs inggris.

org x pandai ngaji quran x nak lak ckp. Berapa ramai anak melayu dah tak pandai solat tak nak lak bgtau.

Bodoh punya tawal!!

Sangtawal Sakranta said...

salam zack...

terima kasih atas komen anda.

saya tak pro mana-mana dalam isu ini,cuma saya nyatakan pendapat saya.sebenarnya ada orang-orang politik yang mempolitikkan isu ini.

oleh itu wahai saudaraku yang bijaksana..boleh nyatakan sebab sebab mengapa bahasa arab dan bangsa arab itu sendiri semakin ketinggalan dalam dunia ilmu sekarang ini? kenapa??? kenapa pula ada hadis nabi yang menyuruh kita menuntut ilmu sampai ke negeri cina?bukannya ramai orang arab di negeri cina waktu itu dan orang cina tidak bercakap bahasa arab waktu itu.jadi orang islam perlu menguasai bahasa cina dulu sebelum mempelajari ilmu mereka.bukankah begitu???....dan jika kamu begitu fasih berbahasa arab sila nyatakan kepada saya satu-satunya perkataan melayu yang ada dalam Al-quran.apakah perkataannya?

saya juga bersetuju dengan saudara bahawa ramai orang melayu islam yang tak pandai solat...tapi artikel saya diatas berkaitan dengan "bahasa" bukan berkaitan dengan "solat" ...kenapa saudara campur adukkan??? baiklah, saya ingin bertanya kepada kamu tentang solat sebab kamu ini nampaknya pandai solat.ada beberapa soalan mudah tentang solat:

1.Selain solat wajib/fardu ain.solat sunat dan solat fardu kifayah...sila nyatakan apakah solat makruh?

2.Rukun sembahyang pula ada 13.Ambil rukun pertama saja iaitu niat;jadi apakah maksud Qosad,Ta'arrud dan Ta'aiyun itu???

3.Rukun sembahyang yang kedua pula ialah takbiratul-ihram..didalamnya ada Muqoranah kamaliyah,Muqoranah 'Urfiyah dan Muqoranah Tauzi'yah.Muqoranah kamaliyah pula terbahagi kepada 2 iaitu Muqoranah Kamaliyah Ijmaliyah dan Muqoranah kamaliyah Tafshilliyah.Apakah maksud muqoranah-muqoranah itu wahai saudaraku zack?

kalau kamu juga tidak tahu itu semua...maknanya kamu juga tak pandai solat dan solat kamu adalah solat ikut-ikutan dan islam kamu ialah islam keturunan bukan islam yang yang sebenar!!!jadi kaji diri sendiri dulu sebelum mengata orang.

wassalam.

Unknown said...

hoohooohh!! ni lah balanya bila menulis tp syok sendiri...hanya menghayati pendapat pihak tertentu sdgkan tidak menilai di pihak lain.

sapa pulak ckp bahasa arab ketinggalan dlm dunia ilmu! org melayu rakyat malaysia mcm kau ni jer yg perasan camtu. dok menilai dr kepala otak yg sempit. pastu memandai2 buat tafsir sendiri pasal hadis nabi. hadis ke x hadis qaul tu pon kau x bole nak nyatakan. hmmm... lain kali jgn cuba2 mentafsir sebarang hadis dan qaul hikam ikut pandai sendiri, bahaya!!!

Pasal solat apa pulak x de kaitannya..? bila dah x boleh baca Quran, solat pon lagi lah x betul. entah apa bunyi yg dibaca. Perkataan dlm bhs melayu byk terkandung perkataan bhs arab. Yg ni jgn x tau! Tulisan melayu adalah tulisn jawi yg dipinjam dr abjad arab dan jgn x tau. Kalau awak tanya saya apa perkataan melayu yg ada dlm Quran, sy jwb mmg x ada, tp sebenarnya ada kalau disebut betul2 ikut lahjah arab. contohnya perkataan 'soleh', kan byk dlm Quran menyebut perkatan soleh atau solihat. tu baru satu, byk lg.

sy bg lagi cth dlm subjek sains ada sebut pasal 'jisim'dan 'zarah'. dua perkataan ni adalah bhs melayu tp sedar x sedar sebenarnya perkataan ni ada dlm Quran jugak sebab asalnya bhs arab. Tak caya bukak tafsir Quran tgk surah Al-Zalzalah ayat ke-7 dan ke-8. dihujungnya ada sebut ( misqo la zarratin...khairai yarah..). "zarratun" Maknanya tetap sama iaitu zarah benda yg kecil. ambik kau nak sgt!

Dah Kerajaan sejak merdeka lagi dok asuh umat Islam Melayu dgn bhs melayu rumi pasal nak ikut sgt omputih, jadiklah org melayu mcm kau ni termasuk aku dan sekalian rakyat Malaysia skrg. Tak kenal bhs tulisan sendiri, lupa budaya beragama dll. Pasal tu la Ulama'2 memperjuangkan isu ni. Isu ini hny sbhg dr berbilang perkara yg lebih utama diperjuangkan. Bukan nak politik dgn isu ni cik tawal yer. Klu ade yg menuduh Ulama' mempolitikkan isu ni katak bawah tempurung lah org tu.

Org Arab, org Jepun dan bangsa lain boleh aje pandai sains dan math belajar dlm bhs masing2. Siap ramai lagi saintis Arab, Iran, Pakistan dan Jepun keje kat syarikat NASA tu. Tak caya pegi check! org melayu je x de.

Pastu bukan main panjang lebar pulak aju soalan kat aku pasal solat. Takpela, pasal aku yg mulakan so aku kena tanggung la kan.

1. Mana ada istilah "solat fardhu ain" dan "solat fardhu kifayah"! tp, solat 5 waktu hukumnya fardhu/wajib dan mengerjakanya di masjid menurut mazhab syafie adalah fardhu kifayah. Camtu baru betul. Klu rasa dah nak terkentut pon teruskan solat jugak, makruh lah.- slh satu cth :-)

2. Rukun pertama dlm solat bukan niat tapi berdiri tegak. Tak sah anda solat terus niat sambil berjalan ke arah saf sebelum sempat berdiri tegak! kau ni mazhab Hanafi kot.

3. Takbiratul Ihram adalah rukun yg ke-3 selepas niat, apa pon takbirratul ihram itu adalah sekali perbuatannya dgn niat. Apasal pulak nak susah2 niat solat masa nak takbirratul ihram. Muqoron tu bhs arab maksudnya perbezaan/perbandingan. Tak tau la pulak aku kau solat nak niat kena tau perbezaan secara tafsil dan ijmal. Yg penting 'tahu' dan 'sedar' solat apa yg hendak dikerjakan samaada solat Fardhu atau sunat. tu lah peranan qasad, ta'arud dan ta'yin td ketika niat. Bukan blaja tau sebut aje tp x paham tujuannya.

So, skrg salah ker klu aku mewarisi Islam secara keturunan sebab Islam mmg mengiktiraf begitu. Tak tau la pulak kalau ade melayu yg baru masuk Islam sebab dulu ikut omputih.

Sangtawal Sakranta said...

salam zack...

terima kasih atas jawapan yang panjang lebar itu....

Jawapan kamu menggambarkan tahap ilmu kamu yang sebenar...

berdiri itu ialah Qiam..termasuk rukun ke-3,menurut Sheikh Daud bin Abdullah Al-fathani dalam Munyatul Musolli rukun pertama ialah niat bukan orang mazhab hanafi kata...setiap perbuatan itu mesti ada niat...berdiri itu ialah perbuatan.. kata Sheikh Daud Bin Abdullah Al-fathani lagi dalam kitabnya yang lain iaitu Bulughul Maram..."iaitu dimuqoranahkan niat itu pada takbiratul ihram itu,iaitu Zat sembahyang,yakni hakiqatnya.Diingatkan segala rukun sembahyang daripada Takbir hingga salam,ta'arrudnya,dan ta'aiyunnya.maka disertakan pada Alifullah( alif Allah) hingga sempurna Ra' Akbar.maka muqoranah ini sangat jauh pada dapat kebanyakan manusia yang sedang dalam pengajian,istimewa pula orang awam,melainkan orang yang berpaling hatinya daripada takluk akan segala syawaghid dun-ya,yang hadir hatinya pada Allah Ta'ala jua,ialah yang dapatnya..." (lihat Bulughul maram ,halaman 8)

wassalam.

Raja Azrul said...

Saya terbaca pandangan saudara dalam blog Faisal Tehrani bagi isu PPSMI.

Saya rasa saudara masih tidak faham apakah sebenarnya PPSMI?Bagaimana sakitnya untuk mengajar ilmu dalam bahasa yang kita tidak faham?

Contohnya kita nak ajar anak mat salleh matematik tapi dalam bahasa melayu? Anda rasa boleh? Memang boleh tapi berapa peratus yang akan dapat ilmu tersebut...

Sedangkan kita belajar solat dan puasa pun dalam BM, supaya kita faham dan mahir dengan rukun islam tersebut...

Kalau nak diikutkan banyak rujukan mengenai agama ditulis dalam bahasa arab..jadi mengapa kita tidak belajar bahasa arab sahaja?

Saya rasa langkah kerajaan ini dibuat memikirkan masalah yang berlaku dalam PPSMI..banyak fakta yang jelas membuktikan kemerosoton kualiti pelajar...

Dan saya juga sokong, langkah kerajaan nak meningkatkan kemahiran pengajaran bahasa inggeris....

sekadar pandangan

Gedung Akal said...

Tuan,
Saya teringat kata-kata bijak pandai barat bernama Baos 'tidak ada budaya yang lebih rendah atau lebih tinggi dari budaya lain" maksudnnya dalam konteks budaya itu sendiri tidak sepatutnya pemilik budaya itu merasa rendah dan kekurangan dari budaya yang marga lain.
Kaitannya PPSMI ini kelihatannya Melayu memperturumkan darjat bangsa sendiri dan anggap ilmu hanya akan berkembang menggunakan bahasa asing. Melayu tidak berjiwa besar, tidak yakin bahasa Melayu akan maju menjadi bahasa ilmu dan bahasa utama dunia.
Dengan 200 juta penutur apakah bahasa Melayu tidak akan mampu menjadi bahasa rujukan dunia? Inilah sebab utamanya PPSMI ditentang oleh pejuang bahasaMelayu. Malangnya ada di kalangan pejuangMelayu UMNO sendiri gagal memahami dan hanya ikut gerak politik semata-mata. Itulah yang malang bagi bahasa dan bangsa Melayu.

nory izecson said...

sy sgt bersetuju dgn komen raja azrul..komen yg sgt bagus..

sbnrnya sy amat meminati blog sdr sangtawal..siap bookmark lg blog ni kt laptop sy..setiap kali sy online pst sy akn mmbuka blog sangtawal, mistifiles n rise of islam..

utk tulisan sdr pd entry kali ini, sy memang xbape setuju..bg kita yg mudah menguasai bhs inggeris tanpa sbrg kesulitan,memang mudah utk berkata2 & membangkang mereka yg bersetuju dgn pemansuhan PPSMI.. tp cuba kalu kita berada d tempat mereka??kita juga kna mngambil kira keadaan or situasi individu yg tidak meminati bhs inggeris or mghadapi kesulitan utk mnguasai bI..mungkin senang bg kita utk melaksanakn PPSMI tp sebaliknya sulit bg mereka..setiap org pemikirannya berbeza..masing2 mmpunyai cara yg tersendiri bagaimna utk menguasai BI..so,pd pndgn sy,elok sekiranya kerajaan duduk berbincang dgn golongan bijak pandai,pendidik or pemimpin dr pelbagai bangsa di malaysia tentang bagaimana mncari solution yg terbaik utk meningkatkn penguasaan BI dikalangn pelajar..sy harap kerajaan xmmbuat sesuatu kputusan dgn terburu2 tanpa ada penyelidikan dan perbincangan dgn sume pihak..kalu boleh,pastikan program yg dijalnkn mndapat persetujuan sume pihak, brula dapat dilaksanakan dgn jayanya..

Sangtawal Sakranta said...

salam buat nory,

terima kasih atas komen dan sokongan.

berbeza pendapat itu tidak mengapa, sudah lumrahnya dunia intelek begitu!

Keputusan peperiksaan UPSR PMR dan SPM saban tahun menunjukkan peningkatan yang memberansangkan!

keputusan UPSR terkini menunjukkan peningkatan dalam subjek maths dan sains juga!

jadi, fikir-fikirkanlah sendiri.

saya tidak menyokong jika semua subjek diajar dalam BI, tetapi untuk maths dan sains saya rasa ianya amat wajar sekali!

wassalam.

Anonymous said...

"Keputusan peperiksaan UPSR PMR dan SPM saban tahun menunjukkan peningkatan yang memberansangkan!

keputusan UPSR terkini menunjukkan peningkatan dalam subjek maths dan sains juga!

jadi, fikir-fikirkanlah sendiri."

Mana tak memberansangkan jika peratus markah utk lulus direndahkan.Begitu juga peratus untuk mendapat A.Takde tulis kat kertas keputusan peperiksaan tu berapa markah pelajar dapat utk satu2 subjek.Siapa yang tahu kalau peratusan untuk lulus direndahkan semata-mata kononnya untuk menunjukkan PPSMI tu berjaya.Semuanya wayang belaka!

jebatdurhaka said...

bukankah lebih baik kita pertingkatkan pembelajaran bahasa inggeris melalui subjek bahasa inggeris itu sendiri.