Monday, April 06, 2009

Talqin Buat Si Raja Auta



Tajuk Cerpen : Talqin Buat Si Raja Auta..


Oleh Sangtawal Sakranta



Alkisah…inilah hikayat Si Raja Auta....( gambar di atas...gambar katak di dinding candi lama).


Bermula langkah sembahnya dengan gerak tari alif ba ta...namanya terus naik dipersada politik negara...ditambah dengan bakat semulajadi kurniaan Allah bijak berbicara...maka pengaruhnya bukan sedikit digelanggang politik Malaysia...kelincahan gerak tarinya bukan saja mencairkan hati penontonnya,baik lelaki,wanita,separuh lelaki-separuh wanita atau khunsa, malah memukau dan melemahkan musuh musuhnya sebelum berjuang....

Si Raja Auta telah terpilih sebagai pesilat muda harapan negara..menamatkan perguruannya serta merta dengan gelanggang ABIM ...bukan memasuki gelanggang PAS seperti yang digosipkan,tetapi menyertai kumpulan pahlawan di gelanggang UMNO...lalu diasuh dan dididik oleh Sang Guru Utama …sepak terajang ,tipu muslihat,pertempuran tanpa senjata hingga ke semua jenis pertempuran dengan senjata dan peralatan perang,pukulan maut dan buah rahsia guru habis diturunkan….isim berulang-berulang…..pada suluk yang panjang…dalam diam ada gerak..dalam gerak ada buah..dalam pejam ada firasat… hingga menjadi pesilat terbilang,diperlimau dan bakal mengetuai armada perang negara dipersada antarabangsa…kononnya …dulu namanya disebut-sebut bakal menjadi mamanda perdana menteri kelima negara…

Namun akhirnya dia derhaka kepada sang guru utama….tumpasnya kepada pendekar lelaki berbaju wanita amat memalukan…..lalu hidupnya tiada berkat…diri tersiksa dimakan sumpah…gerak tarinya menyonsang arus,syaitan menjadi teman rapat,zionis - dajjal kawan sejati,nafsu menang mengalahkan akal….lalu hati gelap kerana zulmat…hilang firasat…kabur pandangan…..Dunia nampak besar melebihi akhirat….lalu …


Gegak gempita seluruh alam…dia terkurung,terbuang dan disisihkan….kini dia ingin bangkit semula dengan berbagai helah,mengajak rakyat menderhaka raja dan kerajaan pula,menghunus keris tiada bersarung,namun sumpah keramat itu semakin berbekas….isimnya bertukar jadi kepanasan……ulu keris dikata mata…tikaman terbalik terus kedada…maka tunggulah saat kejatuhan dan kehancurannya….itulah Si Raja Auta..…pahlawan palsu di pentas sandiwara…….bangsawan palsu dialam nyata….kini bermimpi menjadi raja….raja rakyat ketuanan rakyat…hanya helah untuk berkuasa merebut takhta….itulah Si raja Auta yang kononnya ingin menjadi seorang pejuang islam…tapi sayang…bila nafsu dunia mengatasi tuntutan agama yang suci…prinsip perjuangannya pun berubah dan beralih arah…..sayang seribu kali sayang…..dia sebenarnya sudah kalah sebelum berjuang…Sekarang ini bertukar menjadi Si Raja Lawak dalam negeri Dibawah Pokok! Raja Katak juga nama gelarannya



Kini bisa keris sedang menular disegenap kulit,daging,tulang dan rongga badan Si raja Auta….diri semakin binasa dimakan sumpah laknat pendekar lelaki berbaju wanita…virus HIV menunggu masa untuk menular…rupa diri sebenar bercampur halimunan semakin terserlah….rakan seperjuangan pun suruh bertobat….tapi sudah terlambat…..lalu…berakhirlah riwayat Si Raja Auta…mayatnya akan disemadikan di satu lembah antara dua bukit pada hari esok dibawah sebatang pokok berjuntai...….Pokok Auta namanya…..lalu Talqin pun dibacakan diatas kuburannya…


4 comments:

Panglima Perang Cyber said...

itulah kesudahan seorang manusia tak ubah macam seorang Abid nama Barsisa yang digoda syaitan hingga mati dalam kekufuran.

sangtawal said...

salam sahabatku panglima..

sangat setuju dengan saudara...

teruskan komitmen saudara dan rakan-rakan lain dalam BPN itu... saya tetap menyokongnya...

jika niat kita baik...maka seluruh amalan kita jadi baik...segala yang baik akan membuahkan keberkatan dari Allah...

Panglima...setelah diri lama bersembunyi...rupanya kita sendiri hanya harus ada....kita cari diri kita ..namun tiada...rupa-rupanya ada..tapi bukan kita...adalah Dia...Dia wajib ada...kita..tiada pun tak apa...

Terima kasih..

Anonymous said...

oran tua tua bagi peringatan

siakap senohong
gelama ikan duri
cakap bohong
lama lama mencuri
http://pepatih9.blogspot.com

Anonymous said...

kalau auta mana buktinya..kalau jahat dimana jahatnya.manakan mungkin dgn kuasa yg terbatas boleh menghilangkan bukti....lebih baik tuan hamba cari siapa yg mengadaikan tanah2 rizab melayu hinggakan tanah rizab melayu sekarang lebih kecil dr sekangkang kera.'pendekar auta' x mampu menggadaikan tanah rizab melayu