Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Dalam Hikayat Inderaputera, ada diceritakan bahawa Inderaputera ada memiliki seekor kuda bernama Janggi Gerdana, yang diperolehi dari dalam sebuah gua tempat perbendaharaan rahsia Raja Baharum Tabak. Pintu gua tersebut dijaga oleh seekor ular bernama Ular Mamdud. Gua itu terletak disebelah matahari mati, selepas meredah padang yang luas, iaitu antara gunung-gunung yang tinggi .
[[ Syahadan di dalam perbendaharaan itu ada empat puluh bilik. Maka dilihatnya oleh Inderaputera segala bilik itu penuh dengan benda yang mulia-mulia daripada emas dan perak…. Maka dilihatnya pakaian yang indah- indah di bilik yang lain. Kemudian masuklah pula ia kedalam sebuah bilik yang lain lagi. Maka dilihatnya beberapa alat peperangan daripada taming dan lesir dan zirah serta ketopong dan pedang dan segala kelengkapan maka penuhlah.
Maka Inderaputera pun hairan melihat bilik-bilik itu penuh dengan beberapa pakaian daripada mahkota raja yang dahulu-dahulu kala…
Kuda Janggi Gerdana .. warnanya hijau, kepantasannya umpama kilat. Pelananya bertatahkan ratna mutu maknikam tertulis nama “Janggi Gerdana” ]] . [ Hikayat Inderaputera – m/s 81 ].
Dalam Hikayat ini juga diceritakan betapa gah dan hebatnya perjalanan Inderaputera bersama bala tenteranya :
[[ Hatta maka seketika lagi maka kedengaranlah sekalian bunyi-bunyian terlalulah azmat bunyinya berbagai-bagai ragam daripada harebab kecapi, dandi, muri, serdam, madali, kopak, ceracap, merangu, nafiri terlalu ramai. Maka kelihatan seratus empat puluh tombak yang keemasan berikatkan emas dan intan dikarang gemerlapan seperti bintang di langit. Syahadan maka terdirilah jogan alamat kerajaan yang indah-indah daripada ratna mutu maknikam,dan empat puluh anak raja-raja yang memakai pedang kerajaan berhulukan maknikam dan bersarungkan emas dan bertatahkan intan baiduri. Arakian empat puluh payung kuning terlalu indah-indah rupanya dan pada kemuncaknya itu dibubuhnya gemala terlalu amat bercahaya-cahaya gilang gemilang gemerlapan rumbai-rumbainya mutiaranya itu daripada intan baiduri nilam pualam puspa ragam sekaliannya gemercing bunyinya adalah laksana bunyi buluh perindu bunyinya itu terlalu amat merdu akan sekalian hati mendengar akan dia.
Maka dibawah payung itulah Inderaputera datang mengenderai di atas kudanya yang bernama Janggi Gerdana. Maka pelana kudanya itu daripada emas sepuluh mutu yang bertatahkan ratna mutu maknikam dan pakaiannya terlalu indah-indah serta menyandangkan pedang yang beremas dan pada kanannya Inderaputera itu Dikar Alam, dan dari kirinya itu Dikar Agus dan dihadapannya itu Dikar Kilat dan dibelakangnya itu Dikar Seruna. Maka segala hulubalang itu memakai pakaian gemala hikmat dan rakyatnya pun demikian juga sekalian itu mustaiblah dengan alat senjatanya dan ada memakai zirah berbagai-bagai warnanya. Kalakian maka Inderaputera pun berjalanlah diiringkan oleh segala bala tenteranya sekalian.]]
[ Hikayat inderaputera- m/s 137 – 138 ]
Kuda dikatakan akan menjadi satu jenis kenderaan utama di dalam syurga.Saya petik sedikit tulisan dari buku ini : “Pengembaraan Roh Merentasi 7 Destinasi” –
( Tulisan Muhammad Isa Selamat, terbitan Darul Nu’man, cetakan ke-2 1999, m/s226 – 227 ) :
[[ Kuda Dalam Syurga:
Dalam hal ini ada Hadis yang bermaksud : Ada seorang bertanya kepada Nabi SAW : Apakah ada kuda dalam Syurga? Jawab Nabi SAW : Jika engkau dimasukkan Allah ke dalam syurga, maka engkau akan menunggang kuda dari yakut merah. Engkau akan menungganginya kemana suka. [ Riwayat Tirmizi].
Didalam Hadis Al Bara’I Nabi saw mengatakan bahawa didalam syurga itu orang selalu menunggangi kuda tangkas lagi kuat. Kuat lari kuda itu bukan main cepatnya. Dalam menafsirkan hadis ini Hasan Basri mengatakan : Di waktu memasuki pintu syurga iaitu mereka disambut oleh wildan, iaitu anak-anak yang meninggal sebelum baligh. Anak-anak ini menunggang kuda dari yakut merah dan bulunya terbuat dari emas. Nabi mengatakan bahawa di dalam syurga itu orang berpergian kemana suka mengenderai unta muthiah dan kuda najib. Dan pada hari lainnya mereka menunggangi kuda berpelana dan bertali kekang. Kuda ini tidak pernak berak dan kencing.Orang akan menungganginya kemana suka . [ Riwayat Tirmizi ] ]] …
P/ssstt !!! … oleh itu kepada mereka yang tidak sempat membeli, memelihara atau menunggang kuda semasa hayatnya di dunia ini, janganlah bersedih, kita akan berkesempatan untuk menunggangnya di akhirat nanti iaitu didalam Syurga jika diizinkan oleh Allah swt .. InsyaAllah …
Mohonlah keampunan, rahmat dan keredhaan Allah swt selalu … Amin.
*[ Artikel ke-245 Sangtawal Sakranta ] ....
6 comments:
terima kasih for info.. semoga saudara teruskan dgn artikel begini.. elak dr artikel politik.. tq
Anon March 6, 2012 9:45 AM,
Mengikut kata Nik aziz, Politik dan Islam itu tidak dapat dipisahkan.
assalam ..
kalau boleh letak sekali blog di bawah ini dalam senarai "blog list sang tawal" ...
http://amataman.blogspot.com
supaya senang, kami membaca apa apa update dalam blog tuan ...
benar politik &islam x boleh dipisahkan tapi bukan politik kepartian
Betul kew Politic dan Islam tidak dpt dipisah kan?
Tu pasai Imam Hanafi lebih rela masok Penjara dari jadi Mufti menganti tempat ayahndanya·····
Tahukah anda Politik is a dirty games they will do anything to achive their goal····huhuhuhuhu
Assalammualaikum...tuan empunya blog...msh aktif berblogging? Tntg hal yg saudara kongsikan tntg hikayat inderaputra..
Post a Comment