Thursday, March 29, 2012

Fitnah Dajjal : Pertubuhan Gay Muslim.




Tajuk : Fitnah Dajjal : Pertubuhan Gay Muslim.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Masyarakat muslim di Negara kita tidak terlepas dari ancaman ini sekiranya kita tidak peka dengan persekitaran dan perkembangan dunia semasa.Tanpa disedari anak muda yang kita harapkan bila dewasa nanti akan menjadi tiang Negara akan tewas dengan fitnah Dajjal ini, iaitu akan terjebak dengan perangkap LGBT.

Jangan salahkan takdir jika terjebak dalam gejala sonsang ini, sila salahkan diri sendiri kerana menurut National Association For Research & Therapy Of Homosexuality ( NARTH ) :

“Tiada bukti menunjukkan Homoseksualiti bersifat genetik dan tiada penyelidikan mendakwa kewujudannya”

Ia juga diakui oleh American Psychiatric Association yang turut mengesahkan bahwa tiada kajian saintifik yang menyokong bahawa manusia memang dilahirkan sebagai Gay.



Untuk merealisasikan rancangan jahatnya Dajjal menggerakkan wakil-wakilnya di seluruh dunia untuk memperjuangan nasib golongan ini.

Kini sudah terdapat beberapa pertubuhan gay yang mempunyai ahli yang terdiri dari orang-orang islam seperti berikut :

Gay and Lesbian Arabic Society (GLAS):

Sebuah pertubuhan antarabangsa diasaskan sejak tahun 1988 di Amerika Syarikat.Matlamat penubuhan adalah untuk memperkenalkan imej gay agar dipandang positif oleh masyarakat dunia dan memadamkan tanggapan negatif kepada golongan mereka.

Yayasan Al-Fatiha:

Sebuah pertubuhan muslim gay, lesbian dan transeksual yang di asaskan oleh seorang warga Pakistan Amerika bernama Faisal Alam pada tahun 1998. Ia mempunyai 14 cawangan di Amerika Syarikat, England, Kanada, Sepanyol, Turki dan Afrika Selatan.

Salaam : Queer Muslim Community:

Ditubuhkan di Kanada, untuk menarik golongan muslim yang terlibat dalam aktiviti gay, lesbian, biseksual dan transeksual menyertai mereka.

Imaan:

Diasaskan oleh aktivis gay yang berbangsa Pakistan.Mereka ini adalah penyokong tegar LGBT.


*Antara Bendera Pengikut Dajjal di akhir zaman !


Itulah beberapa nama pertubuhan gay muslim yang sedia ada, mungkin sehingga kini masih banyak lagi pertubuhan-pertubuhan gay yang masih menyembunyikan diri. Mereka hanya menunggu masa saja untuk menonjolkan diri. Itulah sebabnya ada sesetengah pihak yang beria-ia sangat untuk membuat demonstrasi memperjuangkan LGBT di Negara kita kerana mereka tahu bahawa sudah ada ramai golongan gay di Negara ini yang akan meyokong mereka dari belakang. Mungkin juga mereka sedang menungu seorang tokoh yang digelar “Biseksual” itu menjadi Pemimpin Negara, barulah impian mereka akan tercapai.

Oleh itu, katakan TIDAK kepada pemimpin Biseksual.

Katakan TIDAK juga kepada Parti Politik jahat yang menyokong LGBT.


*[ Artikel ke-246 Sangtawal Sakranta ]...


17 comments:

Neutronboy said...

tuan, kat malaysia rasanya macam da ade.. xp ye ke da ada?

Anonymous said...

mana ada pertubuhan gay muslim..
orang muslim tidak dibenarkan kawin sama jenis

kalau dah gay tu tak pasti pulak apa statusnya....

seorang muslim tidak akan mengamalkan gay

Anonymous said...

SALAM...

"Mungkin juga mereka sedang menungu seorang tokoh yang digelar “Biseksual” itu menjadi Pemimpin Negara, barulah impian mereka akan tercapai."

Tuan meng'cop'kan pemimpin tu biseksual... tuan ade bukti?? ..adakah dgn tgk dalam paper perdana..yg cakap pulak pemimpin tuan iaitu org india batu caves.. jgn la..jgn la...

cuba tgk pemimpin yg tuan copkan sebagai 'biseksual' tu didik familinye...anak bini... dan tgk famili pemimpin skg yg tuan agungkan tu...jgn la pejamkan mata pekakkan telinga ngan penyelewengan pemimpin tuan skg ni... jgn la.. jgn la..

jgn la kerana fahaman sempit tuan tu boleh buat fitnah....

-jgn la...

Anonymous said...

Gen XI Tok Kadok.
anonymous anda belum mengenali siapa sebenar ancaman yg sebenar2 didalam negara yg akan menghancurkan Melayu Islam. anda mungkin tidak percayakan...
melayu - kristian, gay - melayu, lesbian - melayu, biseksual - melayu, transeksual - melayu dan yang terus bertambah dari hari ke hari anak2 tak sah taraf melayu islam. Mana ada binatang lesbian atau gay, bagitu juga membunuh janin, HANYA sebahagian orang melayu lah yang sanggup melakukannya...

Anonymous said...

dalam facebook berlambak try pi sini

https://www.facebook.com/groups/mychubgroup/ ..untuk gay2 gemuk berbulu dan bapak2 org

Ruangkosong said...

Anon March 29, 2012 4:51 PM

Jangan melatah tak tentu pasal.

Yang ditulis adalah Tokoh/Pemimpin- Biseksual, bukannya nama seseorang individu.

Rasanya, kamulah berfikiran sempit dalam hal ini,

Bukti? fitnah? jangan kelirukan diri anda sendiri, hanya kerana anda yang tidak mahu menerima hakikat, digunanya pula perkataan fitnah untuk menyelamatkan diri anda dari berhenti menyanjung 'seseorang' itu.

Memang benar - Kebenaran itu menyakit.


Apa-apa pun, Syabas pada Tuan Sangtawal kerana telah membuat artikel yang ringkas, tapi penuh dengan isi-isi yang penting.

Anonymous said...

Salam perkenalan dr saya, mohon dapat bhubung dgn tuan thru email or telefon...email saya razlanpm@gmail.com utk merapatkan ukhuwah demi mengembeling tenaga utk kebangkitan ummah..jazakallah..

Anonymous said...

Tgk Macam Anwar Ibrahim jadi Gay payah sembahyang bukan seorang Islam lagi.

Anonymous said...

Dah jadi Gay kafir la2.. Islam apa nya lagi..

Awan Esa said...

setuju dengan penyataan ruangkosong . Anon yang berfikiran sempit disini barangkali . Apa pun teruskan perjuangan kebangkitan Sangtawal !

anak murid TB said...

ramai guru2 kasyaf tau betul ke pemimpin tu biseks atau tidak.. mmg apa yg dipaparkan diarus perdana dibesar2kan demi politik peribadi tapi bukan sume maklumat itu palsu..

bergurulah dgn mursyid..

abg tawal, saya pernah beri komen2 negatif tp tidaklah smpai maki hamun pd sesetgh artikel bang tawal yg boleh dihidu maksudnya sprti artikel ini.. tp pelan2 sy telan kepahitan demi kebenaran..

jadi imam xsemestinya benar2 beriman.. kita xkan sangka betapa hebatnya fitnah dajjal.. semoga pemimpin2 negara kita bertaubat..

Anonymous said...

hanya jauhari yg mengenal manikam....pandanglah dgn hati yg mencari Nur Allah pasti anda tahu siapa tangan2 dajjal....teruskan menulis kebenaran sang tawal...Allah bersama org2 yg benar..

Anonymous said...

Assalamualaikum
Jauhkan diri dr fitnah.. kita tak tahu perkara itu benar atau tidak.. berlepaskan diri adalah jln yg terbaik.. masalah gay atau bisek yg ada dikalangan kiat sekarang perlu ditangani oleh KETUA sekarang.. sape ye ketua sekarang?..

helwa said...

aslkum,ada sapa2 yg tahu camna nak masuk blog mistisfile?

Panglima Perang Cyber said...

Harap terus menulis...

Saya pinjam artikel ini utk blog.

Tq

Anonymous said...

salam.... fikirkan, apa yang kerajaan Malaysia lakukan untuk mengatasi masalah ini.. sebagai contoh gejala murtad di kalangan orang Islam... sejak merdeka sehingga kini, mereka memegang tampuk kuasa..mereka boleh gubal undang-undang tanpa halangan.. tetapi tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam dari murtad... sudah banyak kali ada pihak yang membawa usul ini ke parlimen... tetapi pihak pemerintah tidak pernah menyokong...
kita diajar dan diyakinkan undang-undang Islam tidak boleh diamalkan di Malaysia atas faktor berbilang agama... sedarkah kita ketika Rasulullah memerintah negara Islam di Madinah juga ada rakyatnya yang kafir..
kita mengaku Malaysia adalah negara Islam tetapi kita redha dengan sistem barat yang menuju Dajjal.. nauzubillah..
kita sibuk bercerita tentang ranting maksiat.. tapi kita tidak sanggup untuk memikirkan pohon maksiat yang hidup puluhan tahun dan kita bernaung di bawahnya..
bila umat Islam sendiri tidak mahu melksanakan hukum dan sistem Islam.. tanyakan ada diri kita.. untuk siapa ALLAH turunkan hukum di dalam al-Quran...

Anonymous said...

duhai jangan la kau buat tak tahu bahawa ramai yang berimej islamik tapi anutannya sesat lagi menyesatkan....jng lah kau buat tak tahu.....tahu..