Tajuk : Sebaik-Baik Pakaian Adalah Pakaian Taqwa.
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Alhamdulillah, setelah lama tidak mempunyai ruang waktu yang sesuai untuk menulis sedikit artikel di blog ini, pada hari ini hati saya terpanggil untuk mencoret sedikit artikel berkaitan dengan sebaik-baik pakaian yang perlu dipakai oleh setiap dari kita yang mengaku seorang muslim dan beriman dengan Allah dan apa yang diwahyukan kepada kita melalui utusanNya yang mulia iaitu Nabi Muhaamad saw.
Saya juga bersyukur kepada Allah swt dan amat berterima kasih kerana telah diberikan peringatan dan teguran oleh seorang Hamba Allah yang tinggi ilmunya berkaitan dengan pakaian ini.Amat tertarik dengan kata-katanya itu,lalu saya mengabadikannya dalam artikel ini.Kata Hamba Allah itu :
[Tukarlah pakaian yang selama ini kamu kenakan. Nanti akan kuambil pakaian untukmu dari Allah SWT yang tidak dapat rosak dan tidak memerlukan gantian. Kerana Allah SWT akan mengantikan pakaian mu. Tinggalkan sikap sibuk dengan makhluk dan bersekutu dengan mereka. Tukarlah pakaian syahwat, sombong, ujub, nifak, suka dipuji makhluk, senang disanjung dan senang kepada pemebrian segala daya dan kekuatan serta semangat untuk menukarkannya-Letakkan dirimu dihadapan Allah Azaza wajalla dengan tiada daya, kekuatan dan tidak bersama apa-apa, juga dengan tanpa syirik dengan makhluk]
Boleh baca atau Klik disini komen-komen berguna dari beliau dalam majlis ilmu kami .
Saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas rasa tanggungjawab beliau itu.Walaupun beliau tidak pernah mengenali siapa saya atau siapa guru-guru saya, namun atas rasa rendah diri dan jahil ini, saya menerimanya dengan hati yang terbuka dan gembira.Sesungguhnya agama itu adalah nasihat.
Saya juga berdoa agar diberikan sebaik-baik pakaian oleh Allah swt iaitu Pakaian Taqwa.Firman Allah swt yang bermaksud :
“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami sudah menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A’raaf, ayat 26)
Saya juga berdoa semoga Allah swt memberikan saya rezeki berupa sebaik-baik bekalan untuk menuju kealam akhirat nan abadi nanti dengan Bekalan Taqwa.
Dulu pernah saya menulis tentang satu artikel bertajuk “Taqwa adalah sebaik-baik bekal untuk perjalanan kita ” Klik Sini
Ingin saya memetik satu hadis dari artikel tersebut untuk peringatan buat diri saya dan pembaca semua iaitu :
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)
Berikut adalah satu artikel menarik berkaitan Taqwa yang ingin saya kongsikan bersama.
[ Tajuk : Taqwa pelindung dari sebarang perkara buruk.
Artikel oleh : Mohd Shahrizal Nasir
Sumber : Klik Sini
SABAN minggu kita diingatkan khatib dalam khutbahnya supaya meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Dalam peringatan itu khatib berkata, takwa boleh dicapai dengan melaksanakan semua perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya.
Persoalannya sekarang, adakah kita benar-benar faham apa itu takwa atau disebabkan sering kali diingatkan lantas membuatkan kita menganggap takwa sebagai perkataan yang tidak membawa sebarang erti mendalam serta tidak berkaitan dengan iman.
Kepentingan takwa sebenarnya jelas apabila ia menjadi antara rukun khutbah yang perlu diberi perhatian. Meninggalkan peringatan untuk bertakwa kepada Allah dalam teks khutbah akan menyebabkan ia tidak sempurna.
Sebenarnya bagi mencapai takwa yang hakiki, bukan sekadar menghendaki kita melaksanakan perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya. Takwa memerlukan kita melakukan lebih daripada itu kerana ia membabitkan amalan roh dan jiwa.
Takwa membawa maksud berwaspada, berjaga-jaga dan takut kepadaNya dengan menjauhi segala laranganNya. Asal kepada perkataan ‘ittaqa’ itu juga membawa maksud menjadikannya pelindung daripada sesuatu perkara.
Jelaslah takwa bukan saja membawa maksud takut kepada Allah, malah sebagai pelindung dan pemelihara daripada sebarang perkara buruk, lebih-lebih lagi perkara yang boleh membawa kita tergolong di kalangan hambaNya yang rugi di akhirat nanti.
Ketinggian tahap takwa apabila ia dijadikan kayu ukur kepada pemilihan hamba Allah yang dipandang mulia di sisi-Nya.
Firman Allah yang bermaksud:
”Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya), sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13)
Sebagai satu cara untuk mencapai takwa bagi kita yang mungkin boleh dikategorikan dalam golongan bawahan jika dimuhasabah dari segi tahap keimanan, beberapa perkara yang dikaitkan dengan takwa menerusi ayat al-Quran perlu diteliti antaranya:
• Berbuat baik sesama insan serta bermaaf-maafan
Ayat ini berkaitan dengan hubungan suami dan isteri yang bercerai.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada takwa. Dan janganlah kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa juga yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 237)
• Sentiasa berlaku adil
Allah menjelaskannya menerusi firman yang bermaksud: “Wahai orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Ma’idah, ayat 8)
• Melakukan amalan dengan keikhlasan
Allah menjelaskan perkara ini serta mengambil ibadah korban sebagai contoh, dalam firman yang bermaksud: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa dari kamu.” (Surah al-Hajj, ayat 37)
• Melaksanakan perintah Allah dengan penuh kesabaran
Hal ini dijelaskan Allah melalui perintah solat bagi menggambarkan bahawa ibadat yang diperintahkan sememangnya memerlukan kesabaran dalam pelaksanaannya.
Gangguan syaitan dan dorongan nafsu manusia yang mengarah kepada keburukan akan sentiasa menjadi penghalang utama kepada pelaksanaan ibadat dan perintah Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan perintahlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.” (Surah Toha, ayat 132)
• Menjaga hak orang lain dan memenuhi janji
Firman Allah yang bermaksud: “Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertakwa.” (Surah Ali-Imran, ayat 76)
Dapat disimpulkan sifat mahmudah atau terpuji haruslah sentiasa disemai dalam diri setiap individu Muslim bagi mencapai ketakwaan yang sebenar kepada Allah. Berbaik sangka sesama manusia, mudah memberi dan meminta maaf, sabar, adil, ikhlas, memenuhi janji, berkasih sayang, reda adalah amalan hati yang boleh membentuk peribadi terpuji serta prasyarat mencapai martabat golongan bertakwa.
Tanpa takwa yang sebenar dalam diri, segala perintah Allah yang dilaksanakan tidak membawa sebarang faedah dan manfaat kepada diri dan kehidupan dunia serta akhirat. Allah secara jelas menyatakan takwa seharusnya dijadikan pakaian diri setiap Muslim dan ia sebaik-baik pakaian.
Firman Allah bermaksud: “Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami sudah menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A’raaf, ayat 26) ]
Sangtawal Sakranta.
8 comments:
terima kasih..tiba2 terasa hati neh masih kosong..dahagakan ilmu
salam saudara sangtawal..
aper kate kl saudara letak video yg selain Asri.. terlalu byk kerosakkan aqidah yg dia bawa pd org melayu sekarang nie.. kl setakat perkara2 furu' syar'ie masih boleh bersabar.. tetapi jika dh sampai menjisim kn Allah.. Allah berjuzuk, Allah menyerupai makhluk.. rase nyer tu sudah kire perkara yg berat..
maaf saudara sangtawal
saya sokong anti-mujasimah, lebih baik dia sendri amalkan aper yg dier ucap dan ceramah tu drpd sibuk x tentu arah....mcm kat malaysia ni dah x der ulama' lain.
salam,
Luqman,
terima kasih atas komen.
Anti-mujasimah dan Jmazli,
terima kasih atas komen,saya telah padamkan kuliah Dr Asri tu.semoga anda berdua berpuashati :)
selamat membaca!
Wassalam.
tumpang tanya, sangtawal ni nama perseorangan kah atau nama satu kumpulan atau orang2 bukan perseorangan?
terima kasih~
Salam tuk tawal.
Persepsi. Teramat luas sifatnya melangkaui batasan jangkaan dan jangkauan. Hingga ke tahap yg kita tak terbayangkan. Melampaui harapan, tujuan dan matlamat. Sikit yg tepat. Terkadang memahami. Namun yg banyak dan terbanyak – tersasar. Menyimpang. Ada yg langsung tidak kena. Langsung tak faham…
Berhadapan di depan medan maya memang kurang adil. Lawan dan kawan kelihatan sama serupa. Yg hak dan yg batil duduk satu katil. Seribu satu akal kali seribu satu ilmu. Jutaan faham. Jutaan tafsir. Jutaan tanggapan. Jutaan musykil.
Dalam kepelbagaian jurus ilmu, dalam kepelbagaian medium maklumat – meletakkan sesuatu ilmu pada tempatnya menjadi suatu kemahiran yg merumitkan. Seakan sukar untuk dilaksanakan. Kecuali bagi para pencinta ilmu yg sejati. Dan punya peralatan canggih dan kemaskini.
Sekadar menyusuri perjalanan seorang sang tawal, kwn dikejauhan ini berdoa agar diri ini dan sahabat sang tawal dikurniai Ilahi dgn taufik dan hidayah, sabar dan tabah mengharungi ujian serta dugaan dari-Nya. Amin.
salam,
anon@ 10.24pm,
Sangtawal ni nama perseorangan dan nama blog ni je :)
Trew Qaz.
Ya...persepsi. terima kasih.
wassalam.
Subhanaulloh, Jazakaulloh Khoiron Katsiro atas Ilmunya.
Semoga semakin barokah.
Post a Comment