Monday, March 22, 2010

Bila Si Baju Merah Bermandi Darah Di Thai.



Tajuk : Bila Si Baju Merah Bermandi Darah Di Thai.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Saya merasa terpanggil untuk menulis sebuah artikel berkaitan dengan kekecohan dan kekacauan yang kini sedang berlaku di Thailand. Biarpun saya bukan berasal dari Negara itu, tetapi nenek moyang sebelah ibu saya khabarnya berasal dari selatan Thailand . Mungkin itulah sebabnya hati rasa terpaut untuk menulis berkenaan dengan Thai khususnya Patani .Sebelum jauh mata pena menari menggoreskan kata-kata, sila hayati beberapa keratan akhbar berikut :

Berita 1 : 13/3/2010 Klik Sini:


[ BANGKOK 13 Mac - Berpuluh- puluh ribu penyokong bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra berduyun-duyun melepasi sekatan tentera di luar ibu negara hari ini dalam perjalanan menuju ke satu perhimpunan raksasa yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.

Pihak berkuasa Thai mengerahkan 50,000 anggota pasukan keselamatan termasuk askar untuk menjalankan rondaan dan memeriksa penunjuk perasaan yang memasuki ibu negara, kerana bimbang sebilangannya mungkin mahu mencetuskan kekacauan sebelum perhimpunan utama esok.

Seramai 20,000 penunjuk perasaan yang memakai baju merah melepasi sekatan paling sibuk di Ayutthaya, 80 kilometer ke utara Bangkok pada pagi ini, kata gabenor wilayah.

Gabenor Withaya Pewpong berkata, seramai 15,000 lagi aktivis Baju Merah yang mengibarkan bendera merah dan menaiki kereta serta trak pikap dijangka memasuki ibu negara mengikut pos pemeriksaan utara yang dikawal oleh 700 anggota polis dan askar yang tidak bersenjata.

"Penunjuk perasaan memberi kerjasama kepada pegawai keselamatan yang mencari senjata dan bahan letupan selain memeriksa kad pengenalan," kata Withaya.

Penganjur mendakwa protes akan diadakan secara aman tetapi kerajaan bertindak untuk menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memantau rapat umum itu, membolehkan pihak berkuasa mendirikan sekatan jalan raya, mengenakan perintah berkurung dan menyekat pergerakan.

Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva yang enggan tunduk kepada tuntutan penunjuk perasaan supaya beliau meletakkan jawatan dan mengadakan pilihan raya, bercakap dengan wartawan selepas bermesyuarat dengan para menteri dan pegawai kanan tentera hari ini.

"Kita tidak boleh lalai kerana sesetengah kumpulan yang masih mahu mencetuskan keganasan dan konfrontasi," kata Abhisit yang membatalkan lawatannya ke Australia esok disebabkan perhimpunan itu.

Kira-kira 6,500 penunjuk perasaan menyertai demonstrasi di beberapa lokasi di Bangkok semalam yang berlalu tanpa sebarang kejadian tidak diingini, kata polis.

Kerajaan menganggarkan bilangan penunjuk perasaan yang dijangka hadir esok berjumlah 70,000 orang tetapi aktivis Baju Merah mendakwa hampir 600,000 orang akan berhimpun.

Sejumlah 35 negara sudah mengeluarkan amaran perjalanan bagi Thailand disebabkan protes itu, menurut lembaga pelancongan negara ini. – AFP]




Suasana Demonstrasi 17/3/2010:





Berita 2 : 20/3/2010 Klik Sini


[ LUAR NEGARA

PERKEMBANGAN DI THAILAND

'Baju Merah' mahu gerakkan 20,000 kenderaan

BANGKOK: Barisan Bersatu Demokrasi menentang Diktator (UDD) yang lebih dikenali sebagai 'Baju Merah' semalam berkata mereka akan melancarkan perarakan besar-besaran 20,000 kenderaan melalui pusat bandar Bangkok hari ini, kata pemimpin kanan mereka, Dr Weng Tochirakarn.

Beliau memberitahu penyokong mantan Perdana Menteri Thailand, Encik Thaksin Shinawatra, di Jambatan Phan Fah di Ratchadamneon Avenue semalam bahawa 'Baju Merah' akan mengumpulkan 20,000 kenderaan hari ini, yang akan menjadi karavan antikerajaan yang terpanjang di dunia, sejauh 80 kilometer.

'Ia akan membentuk karavan cukup besar. Para penunjuk perasaan akan bergerak di seluruh bandar Bangkok dengan ribuan kenderaan,' kata Encik Jatuporn Prompan, seorang lagi pemimpin UDD.

'Baju Merah' bercadang menjelajah ke seluruh pelosok Bangkok untuk menyebarkan risalah menggesa penduduk Bangkok menyertai perjuangan mereka untuk menjatuhkan kerajaan Perdana Menteri Encik Abhisit Vejjajiva.

'Kami mahu memenangi hati penduduk Bangkok. Kami telah buktikan kami tidak ganas. Kami mahu mereka membantu kami menjatuhkan kerajaan,' kata Encik Nattawut Saikua, seorang lagi pemimpin UDD kepada Reuters.

Perarakan itu kemudian akan di susuli dengan taktik 'melukis dengan darah' sebagai langkah terbaru 'Baju Merah' untuk mendesak Encik Abhisit membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya baru.

Penunjuk perasaan berkata mereka masih mempunyai 15 bekas berisi darah, dan ini akan digunakan untuk menghasilkan lukisan raksasa.

'Para pelukis dan penyokong 'Baju Merah' dipersilakan mengambil bahagian untuk melukis dengan darah,' kata Encik Jatuporn.

Mereka bercadang membentangkan kain putih bersaiz raksasa dan menjemput para penyokong agar melukis gambar, melakar puisi dan meluahkan sentimen politik.

'Tema karya seni ini ialah sejarah rakyat memperjuangkan demokrasi,' jelas beliau.

Bagaimanapun, para penganalisis berkata tugas itu amat berat.

'Sejauh ini tunjuk perasaan belum berhasil mendapatkan sokongan ramai bagi menggulingkan kerajaan Encik Abhisit,' kata penganalisis Citigroup, Encik Suchart Techaposai.

Tetapi inilah yang hendak diubah oleh pemimpin 'Baju Merah'.

Para penganalisis berkata lapisan penyokong terdiri daripada pelbagai golongan, tetapi meyakinkan penduduk Bangkok agar menyertai bantahan mungkin sukar memandangkan kebencian terhadap Encik Thaksin di kalangan penduduk bandar itu.

Soalnya, bolehkah 'Baju Merah' memujuk mereka untuk keluar dan menyertai tunjuk perasaan di jalan raya, kata para penganalisis. - Agensi.]




Berita 3 : 21/3/2010 Klik Sini


[ Beri syarat hanya sedia berbincang dengan Abhisit

BANGKOK: Penunjuk perasaan Baju Merah bersetuju berunding dengan kerajaan, kata Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, semalam.

“Dua wakil kerajaan dan dua dari Baju Merah akan menghadiri rundingan,” katanya.

Rundingan akan berlangsung esok. Bagaimanapun, tidak lama kemudian pemimpin Baju Merah berkata mereka hanya sedia berunding dengan Abhisit. Awalnya, penunjuk perasaan ‘Baju Merah’ menunggang ribuan motosikal serta berhimpit menaiki trak dan kereta memulakan perarakan karavan seharian menerusi jalan raya di ibu kota ini, dengan harapan dapat memujuk penduduknya menyokong mereka menjatuhkan kerajaan Abhisit.

Mereka merancang untuk mengadakan susulan perarakan dengan melakukan ‘lukisan berdarah’ hari ini, taktik terbaru Baju Merah membuat kejutan dalam kempen aman selama seminggu bagi menyingkirkan Abhisit.

Pihak berkuasa bandar dan polis yang bimbang kesesakan lalu lintas teruk menggesa penduduk menggunakan pengangkutan awam sehingga demonstrasi berakhir.

“Sila datang dan sertai kami, tidak kira warna apa yang anda pakai, untuk liberalisasi Thailand daripada masyarakat mengikut kelas,” kata pemimpin bantahan, Jatuporn Prompan.

Semalam, perhimpunan itu disorak dari tepi jalan oleh ramai penduduk ketika penunjuk perasaan membawa bendera merah dan riben yang berkibar serta membunyikan hon kenderaan.

Ada penunggang motosikal melekatkan plet lesen dengan pelekat bertulis ‘Baju Merah sayang penduduk Bangkok.’

Perarakan mereka membabitkan trak pikap dari luar bandar, teksi, bas mini, sedan mewah dan kenderaan beroda tiga di ibu kota ini dipanggil ‘tuk-tuk.’

“Perdana Menteri sekarang jahat. Kami mahu singkir beliau. Ekonomi dalam keadaan tidak baik. Saya tidak mempunyai masalah dengan demonstrasi. Saya tinggal di Bangkok sejak sekian lama. Saya boleh terima situasi seperti ini,” kata Sudarat Pumprparn, 47, pembantu rumah yang menyorak Baju Merah.

Penunjuk perasaan mahu Abhisit, yang dituduh mengambil alih kuasa secara tidak sah, membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya baru, tuntutan yang ditolak berulang kali. Abhisit tidur dan bekerja dari sebuah kem tentera sejak minggu lalu bagi mengelak bantahan.

Penunjuk perasaan merancang untuk melalui Bangkok, bermula dengan berkumpul di pusat bersejarah ibu kota ini dan memandu menerusi daerah pusat perniagaan, Chinatown dan kawasan perumahan sekitar.

Saiz bantahan memuncak dengan kira-kira 100,000 penunjuk perasaan, namun berkurangan kira-kira separuh sejak itu.

Dalam satu cubaan untuk membesar-besarkan tuntutan mereka, ribuan Baju Merah berbaris Selasa lalu untuk menderma darah bagi mencapai matlamat mereka. Pemimpin mendakwa mereka mengumpul 80 gelen darah yang dipindahkan ke dalam puluhan jag plastik besar.

Kebanyakan darah itu dipercik ke pejabat Abhisit, di ibu pejabat parti pemerintah dan kediaman peribadinya.

Pemimpin bantahan berkata mereka memiliki baki 15 jag darah dan merancang untuk menggunakannya dalam mencipta satu hasil kerja seni secara besar-besaran.

“Pelukis dan Baju Merah akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam lukisan darah,” kata Jatuporn. Mereka merancang untuk merentang kain putih gergasi dengan penyokong dijemput untuk melukis gambar, mencakar puisi dan melahirkan kenyataan politik. – AP ]

*******

Setelah membaca beberapa petikan berita di atas, ingin saya membuat satu kesimpulan bahawa, demonstrasi ini sebenarnya sengaja dirancang oleh The Hidden Hand (Dajjal) yang berselindung disebalik Slogan memperjuangkan Demokrasi, sekaligus telah membius dan meracuni fikiran rakyat terutama golongan rakyat miskin di Thailand. Biarpun Thaksin masih berada di luar Negara dan dalam pelarian, namun THH masih mampu menggerakkan agenda besar mereka di bumi Thailand melalui proksi-proksi mereka di dalam Negara Thailand.


*Lihat simbol tangan yang ditunjukkan dalam gambar diatas!

Beberapa persoalan timbul bila mengkaji secara mendalam isu di Thailand ini , antaranya :

1. Mengapa perlu diadakan demonstrasi? Siapakah dalangnya dan siapakah yang berada di belakang Kumpulan Baju Merah ini?

2. Dari manakah kumpulan baju merah ini mendapatkan sumber kewangan yang besar untuk membeli kain lilit kepala, bendera dan baju-baju yang dicop atau ditempah khas?

3. Mengapa perlu menggunakan darah manusia dalam kempen demonstrasi ini?

4. Mengapa digunakan warna merah?apa maksud tersirat disebalik warna merah itu?

5. Benarkah jika Thaksin ( telahpun didapati bersalah rasuah dan salah guna kuasa) kembali memerintah, Negara Thailand akan aman,nasib rakyat miskin akan terbela dan terjamin?

6. Mengapa rusuhan besar-besaran dilakukan dibumi Thailand? apa motif sebenar mereka?

7. Apakah kesan secara langsung kepada negara-negara jiran lain seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei jika terjadinya peperangan dan penghijrahan beramai-ramai mangsa perang?


Pada hemat saya, setelah agenda mereka (THH) menggulingkan Kerajaan pimpinan Thaksin pada tarikh keramat 16 september 2006 ( Ingat: saya ulangi 16 september!) melalui rampasan kuasa tentera berjaya, THH mula bergerak dan menumpukan sepenuh perhatian mereka untuk mengkucar-kacirkan Negara Malaysia pula. Namun Allah swt Maha Kuasa, lalu menggagalkan rancangan mereka di bumi bertuah ini. Impian Mat Jenin Malaya untuk merampas kuasa oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang kononnya diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong dan disokong kuat oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga pada tarikh keramat 16 September 2008 tidak terlaksana.

Kini,sedikit demi sedikit kebenaran telah terbongkar.Senjata yang digunakan untuk menerjah musuh dulunya kini bertukar makan tuan, sehingga tuannya lari meninggalkan medan juang ! padahal kalau nak berhujah, disitulah tempat yang paling sesuai kerana medan itu sangat kebal dari sebarang tindakan undang-undang!

Klik Sini :

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang senario politik tanahair, nanti ada orang mengata saya mengampu kerajaan atau bodek kerajaan pula.Senjata yang saya maksudkan tersebut pun satu hal, waktu bersama tuannya dulu,mengapa tumpul sangat?, mungkin tuannya tak perlimau dengan limau kasturi atau tak perasap dengan kemenyan arab kot! Oleh itu saya tinggalkanlah cerita Mat Jenin Malaya ini untuk anda semua memikirkannya.Cuma nasihat saya, janganlah kita berterusan diperbodohkan oleh Mat Jenin itu.

Setelah perancangan THH gagal di Malaysia, mereka kembali melaksanakan plan B di Thailand.Kemungkinan antara objektif mereka:

Pertama, untuk menggugat kerajaan dan keamanan Negara Thailand.

Kedua, ialah dengan meyakinkan masyarakat dunia dan rakyat Thai sendiri bahawa isu pemberontakan Selatan Thailand sudah reda,malah mereka mendakwa para pejuang pemisah selatan Thailand juga mahukan perdamaian dan genjatan senjata serta sanggup menumpahkan taat setia yang tak berbelah bahagi kepada Raja Thai.

Ketiga, menjadikan para pejuang pemisah sebagai kambing hitam dalam setiap operasi sulit penghapusan kaum melayu islam di selatan Thailand.

Amat malang sekali bila ada diantara pejuang melayu islam selatan Thailand sendiri yang sudah termakan umpan dan masuk jerat THH.Contoh mudah ialah mereka mengaku menjadi pejuang sebenar lalu membuat pengisytiharan gencatan senjata seperti yang pernah disiarkan dalam buletin utama tv3 jam 8.00 malam dan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17/7/2008 juga turut menyiarkan berita berkaitan dengan gencatan senjata. Klik Sini.


[ Pejuang pemisah selatan Thai setuju gencatan senjata

17/07/2008 6:27pm

BANGKOK 17 Julai – Satu kumpulan yang mendakwa mengetuai kumpulan pejuang pemisah di selatan Thailand hari ini berkata, mereka telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata.

Kumpulan itu terdiri daripada tiga lelaki dan mendakwa dari kumpulan Tai Ruam Pak Tai Khong Prathet Thai (Gerakan Bawah Tanah Bersatu Selatan Thailand) berkata, mereka telah mencapai persetujuan untuk mengadakan gencatan senjata bermula 14 Julai lalu.

“Kami telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata. Bermula 14 Julai, semua unit militan dan politik kami akan menyokong formula keamanan di selatan Thailand,” kata jurucakap kumpulan itu melalui saluran televisyen tentera negara ini.

Lelaki itu yang bercakap dalam dialek selatan Thailand, turut mendakwa mengetuai 11 kumpulan pemisah lain termasuk Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) dan Ronda Kumpulan Kecil (RKK).

“Kami mahu semua kumpulan lain turut menghentikan aktiviti mereka dengan serta-merta,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pertahanan yang juga bekas komander tentera, Jeneral Chettha Thanajaro berkata, beliau telah mencapai persetujuan bagi mengadakan gencatan senjata dengan kumpulan pemisah di selatan Thailand.

Katanya, beliau telah bertemu dengan kumpulan dikenali sebagai Tai Ruam Pak Tai Khong Prathet Tai (Gerakan Bawah Tanah Bersatu Selatan Thailand) dan bersetuju untuk menghentikan keganasan di wilayah itu.

Chettha, pemimpin parti Ruam Chai Thai Chart Pattana, iaitu parti minoriti dalam kerajaan campuran Thailand berkata, beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya keganasan tercetus semula. – Agensi]


Untuk memantapkan konspirasi mereka, TV Thailand juga turut menyiarkan pengumuman itu :

( Hairan bin ajaib pula kerana kerajaan Thai membenarkan Bahasa Melayu digunakan dalam pengumuman tersebut di TV mereka )

SILA KLIK SINI ( MESTI LIHAT! ).

Sayang seribu kali sayang, lelaki bersongkok di atas itu, yang mendakwa dirinya Ketua Kumpulan Tai Ruam Pak Tai Khong Prathet Thai (Gerakan Bawah Tanah Bersatu Selatan Thailand) telah dijadikan “Burung Kakak Tua” oleh THH, suaranya yang sebenar dan pengumumannya yang sebenar telah diganti dengan ucapan yang anda semua dengar diatas. Satu ucapan yang teratur, dan penuh dengan pujian dan sokongan buat kerajaan dan Raja Thai.

Semoga mereka yang bersekongkol dengan THH akan memperbetulkan kembali niat dan matlamat asal perjuangan, jangan masuk kedalam perangkap musuh Allah dan musuh Rasulnya.

Pengumuman tersebut ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa puak pejuang lain , lalu salah satu laman web yang mendakwa diri ‘mereka juga pejuang sebenar’ ( padahal, tanpa sedar mereka juga dibayangi oleh Al-Qaeda-versi Osama Bin Laden -anak didik CIA ! ) telah menafikan dengan serta merta dan sekeras-kerasnya pengumuman itu. Klik Sini.


[ PENAFIAN MEDIA:

KENYATAAN MEDIA RASMI

Majlis Asy-syura Al Mujahidin
Tandzim Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara

Versi: Bahasa Melayu
No Rujukan: 0113071429 - MSM
Tarikh: 13 Rejab 1429 Hijriah

Bismillahirrahmanirrahim

KENYATAAN MEDIA RASMI

Majlis Asy-syura Al Mujahidin
Tandzim Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara


Kepada: Seluruh kaum Muslimin

Assalamualaikum,

Perkara: Penafian Terhadap Dakwaan Gencatan Senjata Oleh Sebuah Pertubuhan Yang Mendakwa Terlibat Dengan Konflik di Pattani Darussalam.

Segala puji bagi Allah, Rabb bagi Mujahidin dan semesta alam ini, serta shalawat dan salam atas pemimpin orang-orang yang bertaqwa, Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wasallam.

Amma Ba'du,

Majlis Asy-Syura Al-Mujahidin, Tandzim Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara dengan ini menafikan sekeras-kerasnya kenyataan palsu pertubuhan yang digelarkan pihak tentera Kerajaan Musyrikin Buddha Thailand sebagai Gabungan Bawah Tanah Selatan Thai yang mengisytiharkan berlakunya gencatan senjata di Pattani Darussalam.

Kami menegaskan bahawa kenyataan yang datangnya daripada pertubuhan yang tidak pernah dikenali sebelumnya itu tidak lebih daripada usaha perang saraf Kerajaan Musyrikin Buddha Thailand untuk menghentikan Jihad Fi Sabilillah di Pattani Darussalam. Ini dikuatkan dengan ikrar taat setia ‘pertubuhan’ itu terhadap Raja Thailand, sesuatu yang jelas bertentangan dengan prinsip wala’ dan bara’ (kecintaan dan permusuhan) dalam Islam.

Justeru, kami memberikan berita baik kepada ummah ini bahawa kami para Muhajir di Pattani Darussalam dan sahabat-sahabat kami daripada kaum Ansar, tidak akan menghentikan Jihad Fi Sabilillah ini. Jihad ini akan terus berlangsung sesuai dengan kehendak Allah.

Dan kemenangan itu milik Allah seluruhnya.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Abu Ubaidah
Muhajir dan Mujahid Pattani Darussalam
Merangkap Jeneral Awwal, Tandzim Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara ]

*************


Itulah antara renretan-renretan peristiwa yang berlaku di Thailand.

Persoalannya, mengapa provokasi secara besar-besaran dengan menggunakan baju merah dan darah??? Tujuan utama adalah untuk mencetuskan ketegangan dan menaikkan semangat juang rakyat Thailand.Memang pada mulanya mereka mendakwa akan melakukan demonstrasi aman, namun apa yang kita dengar terkini , semalam sudah ada letupan bom buatan sendiri dan sudah ada yang tercedera!

Jadi, apa langkah seterusnya perancangan THH? Sudah pasti mereka akan menunggu dua perkara besar:

Pertama ialah ingin melihat kebangkitan PANJI-PANJI HITAM dari pejuang sebenar.Jika provokasi besar-besaran di Afghanistan dan Iraq gagal membangkitkan pejuang berbangsa Pashtun, maka dimana lagi kalau bukan bermula di selatan Thailand? Khabar-khabar angin untuk menyerang Iran di bawah Ahmadinejad adalah satu tipu muslihat dan konspirasi semata-mata, sedangkan disebalik tabir Ahmadinejad dan pemimpin-pemimpin zionis berpelukan sesama mereka !

Kedua, rusuhan rakyat secara besar besaran dengan sendirinya akan menyebabkan huruhara , keganasan dan menimbulkan kacau bilau .Perintah berkurung atau darurat akan diisyhtiharkan, oleh itu mereka akan mengambil kesempatan untuk menawarkan bantuan ketenteraan kononnya untuk menjaga keamanan dan mengembalikan kedaulatan Thailand, padahal dalam masa yang sama mereka akan mengukuhkan kedudukan ketenteraan mereka di sekeliling Bumi Semenanjung Emas ini!

Di utara kita mereka akan bersedia, di Selatan mereka sudah lama bersedia dan bertapak (kota Singa) , di kiri kita laut dan di kanan kita laut, jadi, KEMANA KITA DAN ANAK CUCU KITA AKAN PERGI ??? mahu tidak mahu kita terpaksa berjuang mempertahankan diri dan tanahair kita sendiri suatu hari nanti !!!

Desakan untuk menjatuhkan PM Thai sekarang dan sokongan yang padu rakyat kepada Thaksin adalah satu alasan atau muslihat mereka sahaja.Apakah Thaksin umpama dewa atau malaikat yang begitu baik untuk dijadikan pemimpin mereka?

*Baju merah dan angka 52?

Masih ingatkah kita bagaimana Thaksin menjual Empayar perniagaan Telekomunikasi beliau iaitu Shin Corp kepada Temasek Singapura pada Januari 2006 yang lalu hanya dengan harga 1.9 Juta Dollar As ? mengapa kepada Temasek Singapura??? Selepas itu nasib dunia politik Thaksin merundum dan sinar politiknya nya semakin suram walaupun pernah mencatat sejarah kerana memenangi pilihanraya dua tahun berturut turut iaitu pada tahun 2001 dan 2005.Sehingga kini beliau dan isterinya telah didapati bersalah dan kini menjadi pelarian kerana mengelakkan diri dari di hukum di Thailand atas kesalahan rasuah dan penipuan.

Masih ingat lagikah kita pada oktober 2003, ketika persidangan APEC di Bangkok yang turut dihadiri oleh Bush , pada masa yang sama Tun Dr Mahathir berucap sambil mengutuk Rejim Zionis Yahudi di persidangan OIC di Putrajaya, lalu Bush membisikkan sesuatu kepada Thaksin! Apa yang dibicarakan oleh mereka berdua? Kita tidak tahu! Apa yang pasti, selepas itu bermulalah operasi pembersihan secara komprehensif terhadap wilayah islam di selatan Thai.

8 orang yang mewakili guru-guru agama pondok dan pihak peguam islam ditangkap tanpa sebarang pertuduhan dan hilang lenyap begitu saja.Bila ditanya kepada kepada pihak berkuasa tempatan, disuruhnya merujuk kepada Bangkok, namun tiba-tiba mayat-mayat tanpa kepala ditemui terapung di sungai Patani dan selepas itu bermulalah babak – babak kehilangan misteri pemimpin-pemimpin agama di selatan Thai.

Kemarahan dan rasa tidak puas hati rakyat semakin memuncak dengan tercetusnya tragedi di masjid Kerisik pada waktu subuh di bulan April 2004 yang meragut lebih 32 nyawa jemaah yang sedang solat dalam rumah Allah itu!

Selepas itu banyaklah pembunuhan demi pembunuhan berlaku baik terhadap orang melayu islam atau orang siam budha. Bom meletup di sana sini! PULO dituduh memainkan peranan penting kepada tercetusnya kekacauan ini. Oleh itu perbalahan dan tuduh menuduh sesama pejuang pemisah pun terjadi hinggalah kini.


Peristiwa berdarah di Tak Bai pada 25 Oktober 2004 pula meragut 100 nyawa yang tidak berdosa akibat permusuhan ini! Beratus-ratus orang ditahan . Tragedi yang sungguh menyayat hati ini mengejutkan masyarakat islam dunia, apatah lagi ia berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia!

Apakah Kerajaan di bawah Thaksi ambil peduli nasib balu-balu atau anak-anak yatim ketika itu? Tidak! Malah beliau tidak sedikitpun menunjukkan rasa simpati kepada mangsa dan keluarga mangsa di Tak Bai.

Apakah Thaksin ambil pusing atau cuba untuk menjaga hati jiran-jirannya terutama Malaysia dan Indonesia yang kebanyakan penduduknya menganut agama islam? Tidak!

Jika Thaksin Berjaya memerintah kembali dan pulang ke pangkuan bumi Thai pun, usahlah lagi berpura-pura sujud dan mencium tanah di bumi Svarnabhumi , saya cadangkan beliau membaca semula sejarah 1909 dan sebelumnya . Patani Lama atau Langkasuka itu adalah wilayah melayu islam yang berdaulat!!! Ia adalah satu wilayah merdeka yang ketamadunannya lebih lama dan hebat melebihi kerajaan siam budha Ayuthia. Bumi Patani serambi Makkah penuh Berkat kerana di situ lahirnya ramai ulamak-ulamak terbilang dan para wali Allah!

Hayatilah rintihan hati dan harapan saudara seislam kita di bumi Patani sana! hayati dengan mendalam setiap bait lagu kebangsaan mereka dibawah ini.



Jalan penyelesaiannya mudah sahaja, beri kebebasan atau Hak kepada wilayah-wilayah selatan Thai yang diambil siam secara haram ratusan tahun dahulu! Kerana itu hak mutlak milik melayu islam Patani ! malah sistem kesultanan dan pewarisnya yang sah masih ada hingga kini! ini bukan win win situation! Itu saja.

Apa yang penting Thaksin atau kerajaan Thai perlu selalu ingat ialah, orang melayu islam di selatan Thai ada hubungkait dan pertalian darah dengan melayu islam di Malaysia ini. Ibarat kata cubit paha orang disana, orang disini pun terasa sakitnya! Takkan orang melayu islam disini sanggup melihat sanak saudara mereka ditekan dan diperlakukan sedemikian rupa di selatan Thai sana.

Semoga rakyat Thai tidak terpengaruh dengan kebangkitan kumpulan Baju Merah dan masuk kedalam perangkap THH.Semoga rakyat di Negara ini juga tidak terus melatah dengan provokasi Baju Merah dan simbahan darah merah mainan pemuja Iblis di sebelah sana!

Marilah kita berdoa bersama-sama agar diberikan keamanan dan dijauhkan oleh Allah swt dari sebarang bencana dan malapetaka baik kepada rakyat Malaysia ataupun di Thailand.Insyaallah.

Wassalam.

Sangtawal Sakranta.


32 comments:

Anonymous said...

Pernah baca dalam satu buku yg mengisahkan tentang Sheikh Abdullah Fahim, beliau ada menyebut lebih kurang gini" Tak akan aman bumi Thailand selagi Patani tak aman"..

Ihya-Ulumiddin said...

artikel kamu byk memberi kekuatan sy untuk menulis artikel semula.

saya mngkin diuji dengan kesibukan diluar, jarang kesempatan untuk dlm dunia internet.

bersyukur kepada Allah kerana kamu dimudahkan ruang masa berjuang didalam dunia maya ini.

:)
salam.

Sangtawal Sakranta said...

Salam,

anon@ 2.21pm,
Terima kasih atas komen dan info.
Ya, keturunan sheikh Abdullah Fahim adalah dari bumi berkat Patani Darussalam.Semoga dengan keberkatan doa nenek moyang kita, kita diberi keamanan dan keselamatan oleh Allah swt.

Ihya,
Terima kasih atas komen dan sokongan.Alhamdulillah, saya diberikan semangat dan ruang waktu olehNya, untuk terus berjuang dengan cara yang tersendiri.Sumbangan saya ini hanya sedikit jika dibandingkan dengan mereka diluar sana yang sanggup mengorbankan darah dan nyawa demi agama dan negara.Namun apa yang penting ialah keredhaan dari Allah swt atas apa yang kita buat ini.Doakan saya selalu. :)

wassalam.

M.O said...

Tahniah sahabat!

Kami memang nantikan artikel-artikel perkembangan di Thailand,Patani dan saudara Melayu kita di sana.

Kami ingin sekali,kalau tuan sahabat boleh mengkaji sedikit sejarah orang-orang Melayu di sana dan bandingkan dengan sejarah orang Siam,atau hubugan Siam dan Melayu pada masa dahulu.Kami mahu juga dengar sejarah Patani dari orang-orang yang ada susur galur dari Patani.


-M.O

Sangtawal Sakranta said...

salam M.O,

terima kasih sahabatku,

sebenarnya artikel-artikel di blog tuan sudah memadai, terutamanya yang ditulis oleh cik srikandi, cuma srikandi menulis dengan skop yang lebih luas, sedikit saja bab Patani dan Langkasuka disentuh oleh beliau.Apapun terima kasih saya ucapkan atas usaha M.O dan srikandi itu.
Tentang cadangan M.O untuk membuat kajian dan artikel berkaitan dengan patani dan hubungannya mereka dengan melayu sebelah sini, insyaAllah saya akan usahakan, cuma buat pengetahuan M.O saya ni bukannya pakar sejarah macam cik srikandi kita tu!:) he he he... tulis-tulis ni pun pakai hentam je, kalau ada fakta atau apa-apa yang tersilap harap maafkan dan perbetulkanlah segera, biar kita sama-sama mendapat manfaatnya.

"Puisi Hikayat Sangtawal" di awal pembukaan blog ini bagi saya sudah cukup untuk dibuat kesimpulan kepada perjalanan cerita dan halatuju artikel artikel di blog ini bagi mereka yang berminat dan berfikir.cuma puisi itu adalah karya asli saya dan jika ada fakta dan ayat yang tersilap dalam puisi itu, harap dimaafkan dan diperbetulkan.ataupun anggaplah ia sebuah karya seni saja!

Kunci utama kebangkitan di nusantara ini memang tidak boleh dipisahkan dengan susur galur orang yang membawa misi jihad ke timur/nusantara ini dulu iaitu moyang kita Sheikh Hussien Jamaluddin Kubra!

wassalam.

Anonymous said...

Salam sangtawal,

bagus artikel seperti ini, jarang sekali menemui artikel2 yg membongkar cerita2 mengenai negara thai ini...


tetapi saya ada sedikit persoalan, bagaimana saudara dapat mendakwar Osama Bin Laden sebagai seorang ajen CIA? boleh saudara jelaskan kepada saya serba lanjut, dan kemukakan bukti2 yang saudara rasakan kukuh... dan kalau boleh saudara terangkan mengenai kaitannya dengan Taliban... apa yang dpt dikatakan mengenai ke-2 gerakan Jihad ini?

bukan apa saudara sangtawal,
sy sudah pernah berjumpa dengan beberapa2 orang yg juga mengatakan Osama Bin Laden adalah ajen cia, tp bila disuruh kemukakan bukti kukuh dan hujjah2 mereka, mereka masih tidak dapat memberikannya kpd sy... jika saudara dpt kemukakan kpd sy, dn jika dikaji dan dikira masuk akal, mngkn sy blh mengubah perspektif tanggapan sy terhadap Osama...

sudi kiranya saudara reply di email sy jika tulisan dikira agak panjang mengenai Osama... orang_gombak@yahoo.com

Wallaua'lam
-Orang Gombak

Anonymous said...

semoga melayu patani akan bangkit kembali...insya Allah

Baju KOyak said...

Baju Merah berjuang untuk menjatuhkan sistem monarki yg masih hidup di dalam sistem demokrasi.. Runtuhnya sistem beraja di dalam negara Thailand, maka proses untuk memerdekakan walayah selatan Thai nampaknya begitu cerah berbanding sekarang.. Raja Thai yg tak mahu lepaskan wilayah Selatan Thai, tetapi Raja mereka tidak mahu Melayu disitu hidup lagi. Maka golongan Raja inilah yg menjalankan provokasi demi provokasi menggunakan tentera untuk melaksanakan misi..

Maaf sekadar pendapat sahaja..

PERTUBUHAN PELAJAR QURAN SUNNAH ISLAM (PPQSI) said...

Salam Perkongsian PPQSI,

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, engkau melihat bumi kosong sepi, maka apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya serta suburlah tanamannya. Sesungguhnya Allah yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati; sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Sebenarnya orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar mengenai ayat-ayat keterangan Kami, tidak terselindung keadaan mereka dari Kami. maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam Neraka lebih baik atau orang yang datang dalam keadaan aman dan selamat pada hari kiamat?: Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.

PERTUBUHAN PELAJAR QURAN SUNNAH ISLAM (PPQSI) said...

Salam,

Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu.

Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar..

mat said...

salam
pak cik sang tawal
saya nak copy paste dan linkkan artikel pak cik ni ke blog saya:
pangeranpicisan.blogspot.com
saya harap pak cik dapat memberikan keizinan
mudah2an pak cik tak keberatan
terima kasih

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

anon@orang Gombak,
terima kasih atas komen dan pertanyaan.
Tentang siapa Osama ini sudah lama diperkatakan.Jadi jika saudara search berkaitan "osama dan CIA" dlm internet, banyak maklumat yang saudara perolehi.Pengumpulan maklumat berkaitan osama ini ejen CIA dan pernah mengikuti latihan tentera dibawah CIA pernah ditulis oleh beberapa orang bloggers seperti Kumandie dan warfeel efairy, tapi sayangnya blog mereka itu telah ditutup atas sebab-sebab tertentu.InsyaAllah ada kesempatan akan saya tulis satu artikel berkaitan dengan osama ini.cuma beberapa perkara untuk difikirkan oleh saudara:

1.osama disahkan mengidap kegagalan buah pinggang yg teruk atau End Stage Renal failure, ia memerlukan bantuan haemodialis sekurang-kurangnya sekali seminggu.dalam kawasan bukit batu dipergunungan yang didakwa osama bersembunyi ada ke mesin dialisis? dan setiap satu sesi dialisis memerlukan 1-2 jam.samaada dia dikawal rapi di unit perubatan tertentu atau dibawah seliaan perubatan tentera US atau dia sudah lama meninggal dunia, masih hangat dibincangkan oleh pengkaji konspirasi dunia.

2.Fatwa dibolehkan bom berani mati oleh beliau-amat bertentangan dengan konsep dan peperangan dalam islam, kerana ia melibatkan nyawa kanak-kanak atau orang awam yg tidak berdosa.ia lebih kepada kaedah mencetuskan provokasi dan kemarahan masyarakat dunia dan dengan ini THH dan zionis mudah mendapat alasan untuk memerangi negara-negara islam kononnya utk memerangi keganasan.

3.mengapa mereka buat-buat susah nak tangkap osama? kalau Saddam Hussien, dalam lubang tanah pun mereka dapat cari??? cuba fikir!

Jmazli,
insyaAllah!

Baju kOyak,
terima kasih atas komen, awak ni orang zuhud ke? he he he... baju sampai koyak?
satu pendapat yg baik, memang dari dulu lagi Raja Thai ni ingin berkuasa sepenuhnya keatas selatan thai. semoga sistem monarki juga digulingkan di sana.

PPQSI,
trm kasih,
kat tepi atas blog ni ada 2 link sangtawal untuk ke terjemahan quran
tuan-tuan boleh ambil dan gunakan utk tujuan tuan, ia sangat mudah, efisien dan menjimatkan masa dan tenaga, cuma apa yang perlu ialah delete bahagian nombor ayatnya saja untuk kegunaan tertentu.
semoga tuan-tuan bahagia :)

adik Mat,
terima kasih, silakan.
dik, saya dah tengok dlm youtube filem indonesia yg adik bagitahu hari tu, hebat jugak ye!!! cuma trailer je lah... ala-ala ong bak.... bergaduh sambil berlari, tapi dalam silat sebenar, biasanya kita tak perlu berlari-lari begitu , duduk bertapak kemas je....apa-apa kemungkinan... selesaikan disitu je... he he he.

wassalam.

Anonymous said...

Salam sangtawal,

terima kasih atas penjelasan, beginilah yg saya mahu... dapat meyakinkan hati...


tetapi ada beberapa persoalan menjelma diminda saya ketika anda memberi pandangan anda...

1, anda katakan Osama ajen cia, tetapi bagaimana pula dengan Taliban? yang sudah pasti Taliban telah lama wujud sebelum adanya al-Qaeda... yang mana Taliban memang betul2 berjuang utk membebaskan ummat Islam, cth mudah, perang Afghan dan Russia sekitar 80-an...

2, saudara sudah pasti pernah terbaca petikan mengenai kenyataan Osama, yang mana beliau mengaku menjadi dalang dalam pengeboman wtc 9/11... beberapa bulan kemudian, amerika menyerang afghan sehabisnya, siapa yang pertahankan negara mereka?

3, beberapa tahun slps 9/11, timbul kenyataan mengenai perkara tersebut telah dirangka oleh ajen illuminati/freemason, kiranya mereka yang bom sendiri wtc, kemudian tuduh afghan/osama/al-qaeda yang buat sebab mereka hendak musnahkan ummat Islam... dalam kenyataan ini, saya berpendapat... amerik sengaja mengada-adakan kajian tersebut, sbb apa? sbb pertama sekali didedahkan adalah dalam fox news/bbc/cnn dll...

mudah sahaja... sebuah kerajaan kafir, tidak sama sekali akan dengan mudah membiarkan walau seorangpun ummat mereka mati ditangan ummat Islam... jadi disini, mereka dedahkan satu kajian kononnya mereka yang laksanakan pengeboman tersebut, dengan alasan sbb nk serang negara Islam dan timbulkan fitnah bahawa Islam adalah teroris...

mudahnya spt yg sy katakan td, org kafir tidak akan sama-sekali membiarkan walau seorang pn dari mereka mati percuma... jadi utk menutup malu atas pengeboman wtc 9/11 tsbt, maka mereka dedahkan kajian tsbt, walhal kajian tsbt adalah rekaan mereka juga sebagai menutup malu... menutup malu atas kebobrokan sistem pertahanan mereka drpd men'detect' serangan luar... dapat? (berdasarkan kajian seorang bekas ten.......)

4, syarikat Bin Laden merupakan syarikat yang memegang kontrak buat selama-lamanya utk menguruskan segala urusan terutama urusan kebersihan dan selenggara di Masjid Al-Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah... syarikat Bin Laden adalah hak milik keluarga Laden, yang mana salah satu warisnya adalah Osama Bin Laden yang mana Osama juga adalah pemegang saham dlm syarikat tsbt... bagai mana pula yg ini? adalah mustahil seorang ajen cia dapat kontrak utk menguruskan Masjid yang sudah pasti dijaga oleh Allah daripada ancaman luar/org kafir....

terima kasih...
semoga kita dapat membuka minda kita...

seperkara lagi...
cuba dibayangkan, kenapa anda mendakwa osama adalah ajen cia? dapat tak kita kaitkan dengan pandangan seorang pakcik spt yg sy sebutkan dalam no 3? lihat... betapa hebatnya fitnah dajjal (anak buah mereka) sehingga kita ummat Islam boleh alpa, dan boleh lari dari meyakini ummat Islam sesama saudara kita sendiri... betapa kuatnya fitnah dajjal...


Wallaua'lam,
-Orang Gombak

PERTUBUHAN PELAJAR QURAN SUNNAH ISLAM (PPQSI) said...

Salam,

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Dan ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu, sedang kamu suka kiranya bukan angkatan yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu. Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar dengan Kalimah-kalimahNya dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya.

Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah, sekalipun golongan yang berdosa itu tidak menyukainya.

PERTUBUHAN PELAJAR QURAN SUNNAH ISLAM (PPQSI) said...

Salam,

Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi.

Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Kamu hanyalah orang-orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta.

Wahai kaumku! Tiadalah aku meminta sebarang upah daripada kamu tentang itu. Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan daku; maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal

Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!

Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

PERTUBUHAN PELAJAR QURAN SUNNAH ISLAM (PPQSI) said...

Salam,

Kalau kita menilai sejarah lalu perkara sebegini adalah menjadi lumrah kepada Thailand.. Negara thailand sememangnya sebuah negara yang sentiasa menjatuhkan pemerintahnya melalui demostrasi jalanan. Itulah sejarah... ianya sentiasa berulang kembali.. Perkara sedemikian tidak lagi asing bagi thailand, ianya sudah menjadi budaya dan sebati dengan jiwa rakyatnya.Thailand mampu untuk menjatuhkan ekonomi kerajaan mereka dengan hanya demostrasi jalanan..

Patani pula adalah sebuah negeri yang asalnya dulu adalah sebahagian daripada negeri kelantan yang di perintahkan oleh seorang raja dengan cara Islam.

Patani adalah kerajaan beraja dahulunya tetapi di Manakah menghilangnya pewaris raja itu??? Inilah yang menjadi persolan??? yang masih belum terjawab??? Pepecahan kerajaan patani ni mula di pecahkan semasa Rundingan Bangkok. Oleh kerana Datuk nenek kami tidak mahu berunding dengan pihak british maka british mengunakan teknik pecah dan perintah dengan berpakat dengan kerajaan siam untuk menghancurkan kerajaan beraja patani. Setelah berlaku banyak pertumpahan darah maka raja patani yang prihatin terhadap rakyat yang dizalimi maka beliau terpaksa mengatur langkah untuk berundur dan demi rakyat maka beliau menyerahkan negeri patani kepada Siam. Rancangan mereka berjaya dan Datuk nenek kami terpaksa melarikan diri ke kelantan dengan membawa semua kitab-kitab muktabar yang cuba di hapuskan oleh kerajaan siam pada masa itu.

Raja yang memerintah pada masa itu juga berjanji bahawa suatu masa nanti anak cucu mereka akan kembali untuk merampas Patani daripada siam.

Jadilah mereka sebagai rakyat biasa dan mengajar kitab-kitab muktabar rakyat kelantan supaya dijadikan rujukan oleh generasi islam yang akan datang. Sehingga lah ia tersebar keseluruh pelusuk kelantan melalui pengajian di pondok2 yang di namakan kitab kuning..

Jika kita ingin menilai dan mengkaji tentang dajjal atau what ever yang berkaitan dengan tanda-tanda akhir kiamat.. kita harus melihat tentang kebangkitan semula kerajaan Patani di akhir zaman ini..

Kita juga harus bertanya kepada diri kita apakah peranan kita sebenarnya yang menjadi umat islam yang berada di akhir zaman ini...???
Apakah yang perlu kita lakukan apabila sudah tiba tanda dimana dua gerhana matahari berlaku dua tahun berturut-turut di bulan Ramadhan??
Tahukah anda.. siapakah yang sepatutnya anda tunggu??... Apakah pesanan datuk nenek apabila sampai masa kita ini yang berada di akhir zaman dan melihat tanda-tanda itu??? Apakah Dajjal yang ingin kita cari???

Pesanan Rasullullah saw kepada kita semua umat islam di berada diakhir zaman ini ialah umat islam perlu mempunyai akidah yang kuat bagi mencapai matlamat untuk merampas kembali Baitulmuqadis yang sekarang ini berada di bawah cengkaman yahudi.. Apakah peranan Kita????

Apa yang sepatut kita buat sekarang ini??? bagaimanakah kita perlu menyediakan pemuda yang akan membantu Iman di akhir zaman.. Tahukah Anda Iman di Akhir zaman ini yang perlu anda tunggu??

Tanyalah hati tuan-tuan semua...

Sangtawal Sakranta said...

Salam semua,

Orang Gombak,

1. Al-Qaeda dan Taliban adalah dua perkara yang berbeza.Saya tak kata Taliban juga ejen CIA(dulu la, sekarang tak pasti).Fokus kita berkaitan Osama.

2.Itulah masalahnya saudara, sebaik saja berlaku Black september, Osama menafikan melakukannya.... lalu Amerika pun serang negara islam atas alasan menentang terrorism, setelah masyarakat dunia dah tahu itu semua konspirasi mereka, lalu tiba-tiba selepas itu ada pula pengakuan dari Osama seperti yg tuan katakan itu, jadi mengapa kita tidak mahu berfikir berkaitan dengan ini semua? bolehkan seorang komander perang islam-ketua Al-Qaeda- seperti Osama berbohong dan berdalih dalih ?

3.Bila afghanistan dan Kabul diserang, dimana Osama pula? Apakah Osama benar-benar bersungguh berjuang bersama dengan Taliban?

Ayat berikut dari saudara :
[mudah sahaja... sebuah kerajaan kafir, tidak sama sekali akan dengan mudah membiarkan walau seorangpun ummat mereka mati ditangan ummat Islam... jadi disini, mereka dedahkan satu kajian kononnya mereka yang laksanakan pengeboman tersebut, dengan alasan sbb nk serang negara Islam dan timbulkan fitnah bahawa Islam adalah teroris... ]

membenarkan apa yg saya kata dlm komen sebelum ini.

4.Ramai yg tak tahu kisah hidup Osama. Osama dilahirkan pada 1957,dia bukan warga asal Arab Saudi.ibunya berasal dari syiria, dia anak ke-7 dari 50 orang adik beradik.bapanya Mohammed Awad bin Laden, berasal dari Hadralmaut (Yaman selatan), hari pertama datang ke arab saudi, Awad jadi buruh kasar je di pelabuhan Jeddah, selepas itu jadi kontraktor binaan yg berjaya. Dia mula naik dlm bisnes selepas raja saud offer dia bina istana raja saud dengan tender paling murah! bila berlaku krisis istana, raja faisal dilantik menjadi raja dan kantong duit negara arab saudi kurang, lalu Awad menawarkan bantuan kewangan(taktik Awad) , raja faisal terhutang budi kerana ayah osama(Awad)kerana sanggup memberikan wang utk membayar gaji kakitangan kerajaan arab saudi selama 6 bulan,lalu melantik Awad sebagai menteri pembangunan dan kerja raya.Bapanya mati ketika osama berumur 13 tahun.Jadi, persoalannya benarkah Osama kaya raya selepas ayahnya meninggal sedangkan waktu itu dia hanya berusia 13 tahun dan kekayaan bapanya terpaksa dikongsi dengan 50 orang adik beradik yang lain?

bersambung...

Sangtawal Sakranta said...

samb...

Osama mendapat ijazah pentadbiran awam tahun 1981, amat terpengaruh dengan pensyarahnya abdullah azam dan pemikiran Muhammad qutb, 2 minggu selepas Russia masuk dan menawan afghanistan, osama terus ke Pakistan dan bertemu Jemaah islami di karachi, selepas itu ke penshawar utk bertemu dengan pelarian afghanistan, selepas itu dia memberikan bantuan kewangan kpd mereka.mula membina kem tentera di Baitul Ansar yg diuruskan oleh Abdullah azam-bekas pensyarah beliau, sebelum menyeludup masuk ke afghanistan , 1986 dia mula membuka kem sendiri bersama bekas pegawai tentera Syiria,Mesir dan Arab Saudi..... “DISINILAH BERMULA SEGALANYA”.... cuba fikirkan mengapa dia membuka kem itu dengan 3 pihak lain yang nyata telah dipengaruhi oleh Amerika!!!!

peperangan pertama osama secara terbuka di Baktia, dengan tentera russia 1986.

dalam thn 1984-1989 osama berulang alik dari afghanistan ke arab saudi untuk mmengumpulkan tentera dan senjata.

1989, osama dihalang campur tangan dlm urusan negara Afghanistan(mengapa???- mengapa dia mula dicurigai oleh Taliban???- fikir sendiri! ) , dia pindah ke Yaman dan menubuhkan Barisan Hadapan Jihad, tetapi selepas itu agak kecewa dengan pemerintah Yaman yg menyokong Saddam, lalu dia kembali semula ke Arab. selepas itu , dari Arab lari pula ke pakistan dan tubuh kumpulan anti-komunis Jema’ah Ulama, gagal dan lari pula ke Sudan hujung thn 1991. di Sudan dia berbaik dengan JOHN GARANG ialah PUAK PEMISAH DI SELATAN SUDAN! siap John Garang ni tuan-tuan??? cari sendiri.

Tahun 1992 arab isyhtihar osama musuhnya dan merampas harta beliau dan sehingga 1994 hartanya dibekukan.kewarganegaraannya dipecat oleh arab saudi!!!

KENAPA BEGITU TUAN-TUAN??? sebab utk menekan osama menjadi ejen amerika/CIA !!! itu saja. selepas itu osama menubuhkan ARC(Advise and Reform comitte)utk menjatuhkan arab saudi tapi tak berjaya.

selepas itu dia kembali semula ke Afghanistan.keluarganya dipindahkan ke Kandahar 1997.
10 tahun CIA terlibat membantu menyalurkan kepakaran dan senjata ke Afghanistan dan mereka tidur sekhemah dengan Osama utk menentang Rusia.Rancanga sudah diatur rapi sebenarnya, bila Russia memasuki Kabul, CIA memasuki Penshawar. Bertan-tan senjata disalurkan oleh CIA melalui Pasukan Perisikan Pakistan (ISI) kepada Mujahiddin.Namun satu fakta yang orang selalu lupa iaitu sebelum Russia memasuki Kabul 1979, CIA sudahpun aktif bertapak di bahagian timur laut Afghanistan!
Satu perkara lagi ialah apa yang dikatakan oleh pakar analisis asia barat Hazhir Teimourian, bahawa Osama memang pernah dilatih dari pelbagai sudut taktik dan teknik peperangan termasuk peperangan bawah tanah oleh CIA sebelum dia melangkahkan kaki ke Afghanistan.

5.apa yg nak mustahilkan saudara, usahkan menjadi syarikat kontraktor mengurus masjidilharam, CIA boleh masuk dan beroperasi dalam keluarga Saud sudah lama!!!
ingat, bani Saud bukan penjaga sebenar Tanah suci! mereka diangkat oleh zionis dan Wahhabi.

Wassalam.

Anonymous said...

salam saudara sangtawal,

ya mmg benar... bani saud bukanlah penjaga sebenar tanah suci, asalnya dr keturunan atok kepada Nabi Muhammad saw juga... mmg Makkah dan Madinah bnyk dikuasai oleh wahabi, tetapi jgn lupa, diasana masih ada ulama' ASWJ... mengapa ASWJ disana tidak menghalau wahabi keluar dr arab saudi? itu tidak dpt sy bahaskan, kerana sy tidak duduk dlm keadaan mereka, dn tidak pula menyampai ilmu sy kesana...

tp apa yg pasti, Allah telah berjanji yg mana Masjidil Haram dn Masjid Nabawi akan dijaga sebagai tanah haram sehingga akhir-akhir zaman.... mengenai Syarikat Bin Laden tsbt adalah mainan CIA (cia sudah pasti kafir), mustahil Allah membenarkan suatu permainan dr org kafir utk masuk ke dalam Tanah Suci... benar kn ?

tetapi begini saudara....
saudara ada hujjah saudara, sy juga ada... saudara boleh akses ke laman Atok Zamany utk membaca komen sy, saudara blh baca di komen sy pada artikel Ajaran Sesat Bab1.... sy ada rungkaikan sedikit hal Osama berdasarkan hujjah sy....


mengenai kelahiran Osama, sy juga pernah membaca dn mengetahuinya... tetapi agak berbeza sedikit drpd tulisan saudara... dpt sy katakan, sy sbgi org lama berkecimpung dlm dunia komputer, tulisan saudara mengenai kehidupan Osama adalah copy paste, kemudian diubah sedikit... betul? maaf jika salah andaian...

ya saudara, mmg Al-Qaeda dan Taliban jauh berbeza... sy juga ada darah dr pejuang Taliban... tetapi msh tidak dpt dikaitkn antara al-qaeda dn taliban dlm tulisan saudara... sy faham, tumpuan utama adalah mengenai osama bkn al-qaeda dn taliban....


begini kesimpulan drpd sy... sy tidak mahu sangkal kenyataan saudara, sudara ada hujjah, sy juga ada... tetapi cukup drpd kita membela hujjah masing2, baik kita ambil pencerahan....

kesimpulan, ada 2 watak osama didlm dunia ini... dr 2 watak ini ada beberapa pecahan...

1, watak Osama original... mmg Osama yg realiti, yg tidak diketahui riwayat hidupnya yg asli (boleh shj sy katakan riwayat hidup yg saudara tuliskan adalah palsu, kan?), kita tidak pernah berjumpa dgnnya...

pecahan watak,
1, mungkin sudah meninggal dunia, spt saudara katakan, jika benar dia mengalami penyakit tsbt...

2, masih hidup jikalaupn dia mengalami penyakit tsbt, siapa sangka?

3, masih hidup, tetapi bersembunyi di pergunungan2 di afghan, sama halnya akan taliban/Ayman Al-Zawahir, dlh dikatakan penyakit itu tipu....

3, masih hidup, tetapi ada dinegara2 lain/mngkn bergerak secara sembunyi dr negara2 lain/dr afghan itu sendiri.... blh dikatakan penyakit itu benar, dn osama dpt rawatan sembunyi...

Anonymous said...

watak 2, watak mainan CIA,

pecahan watak,

1, boleh sahaja mainan watak, realitinya Osama itu tidak wujud, sama halnya spt pendokong syiah abdullah saba, ada kata wujud, ada kata tak ada, walhal sbnrnya wujud.... ye la, kita kn tgk gmbrnya sahaja... tak pernah jmp pn... (tp kenyataan no1 ni tak kukuh)

2, masih hidup, dn menjadi permainan cia, spt saudara jangkakan... kalau dh kata mainan cia, mengenai penyakit itu pn, boleh sahaja sy katakan itu mainan cia.... dn osama itu sehat ada 2, satu sehat sbgi kambing hitam di bukit2 di afghan, 2, sehat tp duduk di istana2 di tmpt2 lain yg tidak diketahui, hanya beberapa kali setahun menjadi osama tipu... spt halnya akan pelakon professional... rumah banglo, tp dlm lakonan tipu org lain, jd org miskin...

3, menjadi kambing hitam... yaitu, Osama adalah watak asli yg berjuang utk Islam, tetapi telah dikambing hitamkan oleh ajen2 yahud utk porak peranda Islam seluruh dunia, juga sbgi alasan serang Islam didunia... (kurang kukuh, kenapa mereka tak serang shj Iran? kalau osama ajen cia, iran juga ajen cia, kenapa afghan yg diserang? iran tidak? walaupn mmg iran itu sah syiah dn ajen yahudi - anggapan, mudahnya gantikan osama ditempat ahmadinejad)

4, wujud 2 watak dlm 1 watak... iaitu, ada Osama yg original, berjuang utk Islam, tp tidak diketahui kedudukannya... tetapi CIA memainkan peranan sebagai peng'kambing hitam'... mereka cipta osama baru, mereka bom sana sini, mereka tuduh al-Qaeda... kemudian mereka keluarkan statement spt saudara berikan kpd sy sebagai mainan memecah belahkan ummat Islam, yg mana org lemah ilmu akan berhujjah, dn dengan mudah bergaduh sesama sendiri atas maksud membela hujjah masing2...(kukuh!)

5, mmg benar osama adalah mainan dan rekaan cia, tiada berselindung disebalik apa2, cuma bezanya memakai serban shj... sbgi cover line lah.... (kurang kukuh, boleh disangkal dgn hujjah mengenai syarikat Bin Laden)


bagaimana saudara? semuanya lengkap bukan? dr no1 hingga terakhir... semua ada... yg pasti, salah satu drpd kesemua itu adalah benar... sy berlepas tangan dr segala hal mengenai ini, jika osama itu benar, sy benarkan, jika salah, sy salahkan, jgn kita berhujjah tanpa tahu akan duduknya... sy merujuk akan komen PPQSI March 29, 2010 1:37 PM dlm artikel terbaru saudara... sy berhujjah atas apa yg sy dpt, saudara pn begitu... tetapi sy ada juga berhujjah drpd seorang yg pernah sama berjuang di afghan... yg pasti skrng ini sy berpegang kpd pecahan watak no4 drpd watak no2.... saudara pula bagaimana?

jika benar osama adalah mainan cia/agen2 yahudi... sy berlepas tangan drnya, sesungguhnya fitnah dajjal begitu hebat mempermainkan kita....

jika osama sebenar adlh watak asli yg Islam berjuang utk Islam, sy membenarkannya... sesungguhnya fitnah dajjal begitu hebat memperdayakan kita dengan kenyataan yg mendangkal perjuangan Osama....

Terima kasih saudara sangtawal atas kesudian berhujjah dgn sy secara ilmiyah... yg baik dtgnya drpd Allah, jika ada salah silap, itu tanda lemahnya insan ini...

Wallahua'lam,
-Orang Gombak

Sangtawal Sakranta said...

Salam orang gombak,

Jangan mudah menuduh orang copy paste,berhujahlah dengan cara yang cerdik!artikel terkini saya tulis dan edit dari komen yg saya bagi kepada kamu kat atas dalam artikel ini. dan komen di atas saya yang tulis sendiri, ringkasan dari sumber rujuknya iaitu sebuah majalah bertajuk "saddam Hussin"-"Osama"- adakah dia seorang pengganas?, terbuang tapi terbilang.

artikel yg saya rujuk ialah:

1. "siapakah Osama Bin Laden?" m/s 4 hingga 9.

2. "perang russia-afghanistan"- Osama ditaja oleh Amerika"- m/s 10 hingga 11.

majalah ni dijual dengan harga rm5.00 saja sebaik saja peristiwa 11/9 dulu,
Penerbitnya Permatang AZS Trading&Management, 13,Jln Bunga Kertas 3B, Bandar Bukit Sentosa,48300, Rawang, selangor.
Tel : 03-60212090
dicetak oleh : KLK Press Sdn Bhd, kawasan perindustrian Kinkara KL.

Jika masih tak puas hati kata saya copy paste artikel tersebut - saya cabar kamu cari artikel seperti diatas dalam masa 1 hari sampai 1 tahun kalau kamu dah mengaku pandai sangat dalam bidang IT ni, kalau kamu jumpa sila berikan link dan buktinya secepat mungkin kepada saya!

kamu cari majalah tersebut dan kamu lihat bagaimana saya menulis dan mencatat faktanya, saya bukan tiru atau memplagiatnya!

Saya nasihatkan saudara supaya banyakkan sedikit pembacaan saudara.jangan mudah menuduh orang , bila orang menulis ilmu yang kita belum tahu.


Jangan menuduh saya begitu dengan melulu!

maafkan saya jika saya terkasar bahasa. :)

wassalam.

Sangtawal Sakranta said...

Salam buat orang gombak,

Dari pengamatan saya, melalui hujah-hujah kamu,kamu seperti berhujah dengan diri kamu sendiri.

Kamu beri hujah,sekaligus kamu bertindak membenarkan hujah kamu dan kamu pula menilai hujah kamu sendiri samada hujah kamu itu kukuh atau tidak kukuh seperti yang kamu tulis dalam kurungan ( ) tu.

siapa kamu untuk menilai diri kamu sendiri?

pembaca masuk blog ini dalam 300 hingga 500 orang sehari dan blog ni ada 222 blog follower, serahkan kepada mereka semua untuk menilai kita.janganlah ada sikap 'kita yang terbaik' kerana sikap itu tak akan membawa kita kemana-mana.

jangan jadi macam PPQSI, saya tak mahu melayan komen mereka sangat kerana mereka masih tak menjawab banyak soalan saya sebelum ini, mereka juga masih degil untuk meletakkan nombor ayat dan surah dalam setiap komen mereka.mereka menganggap mereka hebat sangat sehingga selalu bagitau saya supaya menghabiskan dulu bacaan Al-Quran dalam masa 40 hari, macamana mereka tahu saya tak habis baca al-quran lagi.saya mengaku saya ni tak pandai mengaji seperti mereka, tapi saya pernah masuk pertandingan disekolah rendah dan menengah dulu.itu dulu, tetapi jika disuruh bertanding sekarang , saya tak mahu sebab Al-Quran itu diturunkan bukan untuk dipertandingkan sedap bunyi bacaannya atau tidak.sesungguhnya Al-Quran itu adalah wahyu dan mukjizat dari Allah untuk hambanya yang berakal, itu sebabnya mengapa saya tekankan sangat supaya menulis nombor ayat dan surah sebab untuk mengelakkan ianya bercampur dengan bahasa dan kata-kata manusia.Saya amat menghormati PPQSI kerana bagi saya mereka boleh menjadi contoh "generasi Al-Quran", namun setelah meneliti hujah-hujah dan komen mereka sebelum ini, saya menjadi agak kecewa dengan ilmu dan sikap mereka.Dulu saya pernah menyampaikan ucapan/syarahan diperingkat kebangsaan bertajuk "Generasi Al-Quran-keupayaan menangani perubahan dan kemajuan ummah". boleh rujuk artikel saya disini :

http://sangtawal.blogspot.com/2009/10/generasi-al-quran-keupayaan-menangani.html


maaf sekali lagi jika komen saya kali ini mengguris perasaan kalian.

wassalam.

Unknown said...

Assalamualaikum

perbezaan pendapat biasa terjadi tambahan lagi bile kite berhujah menerusi penulisan.. jika bersemuka pun banyak perbalahannya apatah lagi dengan cara ini.

kadang kala penulisan kita di slah erti atau di baca dengan intonasi yang berbeza membuatkan ia tersipi pada makna yang berlainan dari yg sepatutnya..

perbezaan ini ada baik nya untuk kita mengambil dan mempelajari kekurangan dan kelebihan

ramai yg membaca ingin mendapat kan maklumat tambahan, di harap dpatla kita berkongsi sesuatu yang berguna. jika kita menuduh seseorng itu kemukakan lah juga bukti sokongan dan jangan hanya meminta org tersebut mengeluarkan bukti mereka sahaja
di sini sang tawal telah mengeluarkan sumber rujukan penulisannya. di harap yang tidak bersetuju pun dapatmengeluarkan sumber rujukan mereka. jadi boleh lah para pembaca menilai juga..

maaf jika ada yang tersalah

*jgn hanya membaca dan menghafal, praktikan la dan hayati serta dalami maksud terurat dan tersirat*

Assalamualaikum

Sangtawal Sakranta said...

salam kamrulnizam.

Terima kasih atas komen yang bernas dan cadangan yang baik. semoga dalam kita berhujah, pembaca blog juga beroleh manfaat dari segi ilmu yang kita katakan itu.


“sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu(yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”
( Al-Hujurat:10)

“Pada hari itu sahabat-sahabat karib,setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain,kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa(iman dan amal soleh)”
( Az-Zukhruf:67)

“Dan kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara,serta mereka duduk berhadapan-hadapan diatas pelamin masing-masing” (Al-Hijr;47)

“Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaku(yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik(kepada orang yang menentang kebenaran), sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia” ( Al-Isra’:53)

wassalam.

Anonymous said...

Salam saudara sangtawal,

terima kasih atas jawapan saudara...
nampaknya jawapan kali ini kurang ilmiyah la... sy agak hampa...

mengenai copy paste tu, kn sy dh ckp, ini andaian/tekaan, kalau salah harap dimaafkan, jadi saudara telah buktikan saudara bukan copy paste, baguslah, skrng sy salah tekaan lah disitu... sama lah perihalnya dgn hujjah saudara dgn sy, masing2 ada point utk salah dan betul... jgn sbb satu satement kecik yg dh berlepas tangan pn saudara nk besar2kn smpi yg lain saudara tak nmpk....

mengenai (), sy tak katakan disitu benar atau salah, itu adalah atas nilaian para pembaca lain, atau saudara sendiri mngkn blh perbetulkan... yg sy katakan kukuh adalah berdasarkan banyak atau sedikit info mengenai perkara tsbt yg sy terima...

saudara rujuk balik komen cik kamarulnizam, mngkn pemahaman saudara mengenai tulisan sy tidak sama dgn pemahaman sy ketika sy menulis... jd jgn tuduh terus, "siapa kamu untuk menilai diri kamu sendiri?"

jangan sampai membela hujjah masing2 kita tak nampak kebenaran, lepas tu terus dibawa2... sy mohon ampun dan maaf jika terlaha tulis, atau mngkn saudara yg tersalah faham tulisan sy... ia semua atas kelemahan sy, sy sudahpn berlepas tangan mengenai perkara ini... sekali lagi mohon ampun mengenai tekaan copy paste tsbt... harap dimaafkan...

mengenai PPQSI tu, sy tak tahu pn asal mereka, tp sy merujuk kpd tulisan terakhirnya diatas sana, sbb tu sy ambil kenyataan dia sedikit...

yg terakhir, sy ingin menyuarakan kehampaan sy, bukan apa, sbb sblm ni perkara mcm ni pn pernah berlaku... cuba saudara check komen2 artikel saudara sblm ni, ada lwn hujjah, last2 saudara dn org yg saudara lwn tsbt mcm bergaduh tak nampak kebenaran... (komen yg sy maksudkan adalah mengenai politik...) sy tak nk la mcm tu, kita menimba ilmu bkn mcm ni... dr komen2 terakhir saudara mengenai kenyataan sy, sy agak kecewa dgn cara yg tidak menepati apa yg sy jangkakan... sy jangka saudara tulis secara ilmiyah, tp lain jadinya...

saudara dh tua, dh kawin, sy muda lagi, kalau macm ni hilang lah minat sy sbgi org muda ni dlm menimba ilmu...

akhir kata, mohon maaf sekali lagi atas kenyataan sblm ini, harap saudara sangtawal fahami maksud sy tulis ni...

ini akhir kenyataan sy mengenai hal ini, sy berlepas tangan...

Wallahua'lam,
-Orang Gombak

Sangtawal Sakranta said...

salam buat orang gombak,

samalah dengan saya, saya mintak maaf.jangan mudah merajuk!

tak ada apa-apa pun komen-komen pedas saya tu... saja acah-acah je!!! kalau awak baca komen-komen sebelum ini, banyak yang pedas-pedas, tapi lama-kelamaan kita jadi kawan baik di alam cyber.

he he he... jangan mudah merasa hampa!, kalau awak nak tahu, artikel "perjalanan penuh liku dan duri seorang osama" tu tertulis hasil dari komen awak juga.kebetulan waktu tu saya sedang membaca koleksi majalah-majalah lama saya, jadi saya pun tulis semula ikut point-point saja, biasanya setiap komen atau artikel saya akan tulis dlm file di my document dulu, jadi kalau awak kata saya copy paste tu betul la!!!! sebab saya memang copy paste dari my document ke ruang komen blog ! he he he... tapi ingat, saya copy paste dari tulisan saya sendiri!bukan copy paste dari artikel orang!
bila merasa komen tu panjang sangat dan mungkin ada diantara pembaca setia blog ini terlepas pandang, jadi saya edit balik apa yg saya buat sebelum ini,maka jadilah artikel tu(kalau awak perasan,saya dah tulis di bahagian bawah artikel tu dengan tanda *[]

apapun, terima kasih atas komen awak yang membawa kepada tertulisnya artikel tersebut!itulah hikmahnya semua ini.kawan-kawan lain dapat faedahnya!

orang gombak ada blog ke? saya cadangkan awak buat blog sebab awak ada bakat menulis.[ bukan nak bodek ni:) ]

sekali lagi, kemaafan dari saya buat orang gombak dan sambutlah salam persaudaraan dari saya.

wassalam.

Anonymous said...

Salam saudara sangtawal...

haa... macam ni lah yang saya mahu... kan molek begitu, baru nampak adabnya orang yang mencari ilmu ni... kan?

ya, sy maafkan, begitu juga sy kpd saudara... salam persaudaraan kembali...

ya, sy mmg berminat dlm bab penulisan ni, tapi tak sampai seru lg lah kalau nk tulis blog... sy ada juga tulis artikel, tp sy bagi kt kwn sy je, dia yg postkn kt dlm blog dia... urlnya... http://bradokapak.blogspot.com

kt dlm tu ada beberapa artikel tulisan sy, dn ada beberapa arikel orang lain yg sy sebagai editornya...

kepada saudara sangtawal, teruskan penulisan anda... sy sentiasa follow...

terima kasih,
Wallahua'lam,
Wassalam...

-Orang Gombak

Sangtawal Sakranta said...

salam saudaraku orang gombak,

terima kasih,
bertandanglah selalu ke blog kerdil saya ini, dan berilah komen-komen yang membina dan berkongsilah ilmu disini demi manfaat bersama dan semua.

oh... gitu ke, nanti saya masukkan blog bradokapak ke blog ini.

beberapa perkara yang paling berharga yang tidak perlu dibayar dalam dunia ini ialah :

1.senyuman yg ikhlas.
2.komen atau teguran yg baik atau buruk.
3.doa yg ikhlas kepada Allah untuk seseorang sahabat atau org tertentu yg tuan empunya dirinya sendiri pun tidak tahu.

terima kasih :)

wassalam

Anonymous said...

hampir tepat... syabas.....
teruskan penulisan mu sahabat....

tq.

Sangtawal Sakranta said...

salam anon @ 2.53pm,
terima kasih,
insyaAllah.

wassalam.

Anonymous said...

Ada orang beritahu Perjanjian Bangkok 1909 di mana Pattani diserahkan pada Thai sementara Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris sebenarnya untuk 100 tahun saja. Patutnya Pattani bebas 2009. Tahun 2008 dah orang beritahu saya benda ni. Pertengahan 2009 terlihat di tv laser menunjukkan peta Semenanjung dengan Pattani dimasukkan dalam show live kat Dataran Merdeka. Tak tahu le kalau orang lain nampak...

http://www.facebook.com/home.php#!/profile.php?id=604023484

Dr Macpherson said...


Adakah anda ingin membeli Buah Pinggang atau anda ingin menjual anda
buah pinggang? Adakah anda sedang mencari peluang untuk menjual buah pinggang anda untuk wang akibat krisis kewangan dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan
lakukan, hubungi kami hari ini dan kami akan menawarkan anda yang baik
jumlah wang $ 500,000 dolar untuk buah pinggang anda. Nama saya adalah Dokter MACPHERSONam seorang ahli nefrologi di MACPHERSON CLINIC. Klinik kami adalah khusus dalam Pembedahan Buah Pinggang dan kami juga berurusan
membeli dan transplantasi buah pinggang dengan hidup
penderma yang sepadan. Kami terletak di India, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, India Jika anda berminat untuk menjual atau membeli buah pinggang sila jangan
teragak-agak untuk menghubungi kami

whatsapp +33751283487
E-mel: doctormacphersonclinic@gmail.com

Selamat sejahtera
DR MACPHERSON.