Pertama sekali saya menyeru anda supaya masuk islam dan belajar islam secara menyeluruh supaya anda benar benar faham islam,ajaran dan cara hidup islam yang sebenar.
Sesungguhnya islam itu amat menggalakkan persaudaraan,kasih sayang,keamanan,menyintai ilmu dan tidak sesekali menolak duniawi.Ia adalah sebuah agama samawi dan teramat sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.
Islam tidak pernah menganjurkan kekerasan,radikal atau ekstrim ,apa lagi untuk menyuntik benih-benih permusuhan dan kebencian sesama kita.Justeru itu islam amat menentang kekerasan dan kekejaman malah peperangan dizaman Rasulullah adalah untuk menegakkan kalimah tauhid dan mempertahankan diri dan agama dari ancaman kuffar.Peperangan qital dizaman nabi mempunyai sebab sebab syarat-syarat yang tertentu yang boleh kita pelajari melalui kisah kisah perjuangan nabi dalam ilmu Al-maghazi.( lihat artikel saya sebelum ini)
Saya seorang islam,Saya tidak pernah memusuhi saudara,tetapi adalah tugas saya untuk menyedarkan saudara bahawa sebenarnya saudara sudah keliru terhadap ajaran agama islam yang maha suci ini dan sudah terlalu jauh menyimpang dari fitrah beragama manusia sejagat malah sudah lari dari kebenaran sejati yang saudara cari-cari selama ini..Apa pun pandangan yang diberikan kepada saudara,nyata teramat payah untuk saudara terima kerana saudara kini sedang melihat islam dari kacamata saudara yang sudah jauh terkeliru.Oleh itu doa saya kepada Allah agar saudara diberi taufik dan hidayah untuk mendekati islam dan jika saudara menerima sinar islam sebagai penyuluh hidup saudara…..sayalah orang yang paling gembira sekali terhadap pengislaman anda!
Saya mendapat tahu berkenaan dengan blog anda dari beberapa rakan blogger saya.Setelah menjenguk dan membaca beberapa artikel tulisan anda,ternyata tulisan dan kritikan anda terhadap islam dan ibadat haji berjaya membuatkan segelintir umat islam di negara ini marah terhadap anda tambahan pula kritikan anda dibuat ketika umat islam sedang bersiap sedia untuk menyambut Aidil Adha.Kritikan anda itu seolah-olah menyimbah minyak keatas api setelah golongan hindraf bertindak tidak sopan dihari perayaan aidilfitri yang lalu dimajlis rumah terbuka PM.Kritikan anda juga mengimbas kembali pembunuhan tragis Saddam ditali gantung sempena Aidil Adha yang lalu.Setelah meneliti blog anda,rupa rupanya anda telah menjadi seorang blogger semenjak oktober 2006 lagi,anda juga telah mempunyai ramai pengikut dan peminat yang tersendiri.Secara peribadinya biarlah saya menggambarkan diri anda melalui maksud tersirat disebalik tulisan , gambar dan logo yang ada di blog anda itu.Ini hanya pendapat peribadi saya saja,dan semoga anda terimanya dengan hati yang terbuka.
Tanggapan saya, anda adalah seorang Atheis.Anda juga penyokong sosialis dan sifat perkauman anda juga saya rasa agak tebal.Anda juga penyokong Gay-straight alliance.dan banyak lagi gambar/logo di blog anda yang mempunyai maksud yang tersendiri dan saya tidak mahu mengulas lanjut disini.Rasanya suara anda tidak mewakili agama hindu,budha,kristian atau islam.Anda seorang pejuang sosialis,penentang ISA dan gambar tangan yang menggengam keatas,adalah simbol freemason dan agak keterlaluan jika saya juga meragui anda sebagai penyokong hindraf .
Biarpun anda sendiri begitu yakin dengan kemampuan akal,tetapi semua orang sudah tahu akan keterbatasan akal.Akal tidak mampu mengupas isu kerohanian atau ketuhanan kerana ilmu ini berkaitan dengan keimanan dan keimanan itu biasanya berkaitan dengan alam ghaib! Anda lebih mempercayai fakta,angka dan logik akal.
Baiklah..saya mulakan polemik perbahasan kita kepada satu cerita yang mungkin saudara telah mendengarnya…ada seorang guru sekolah rendah yang
Guru :Apakah kalian dapat melihatku?
Murid: Ya,dapat!
Guru:Itu tandanya saya wujud.
Guru : Adakah kamu dapat melihat batu kapur untuk menulis ini?
Murid: Ya,kami melihatnya!
Guru: Itu buktinya batu kapur untuk menulis ini wujud,dan apakah kalian melihat pembaris ini pula?
Murid:Ya,kami melihatnya!
Guru:Apakah kalian melihat Allah?
Murid :Tidak!
Guru:Nah,itu tandanya Allah tidak ada,tidak wujud!
Lalu ada diantara mereka seorang murid yang pintar
Lalu dia bertanya kepada kawan –kawan dihadapan gurunya pula
Murid:Adakah kamu melihat akal guru kita ini?
Murid lain: Tidak!!!...jawab mereka serentak..guru tadi terkebil kebil matanya..
Murid:Nah..maka jelas sekali guru kita ini tidak mempunyai akal !!!
Saudara surind,
Ilmu yang anda pelajari iaitu “comparative religion” di kolej tertentu adalah menjadi landasan utama anda membelasah agama islam,kristian dan agama lain dalam penulisan saudara.Namun percayalah saudaraku,kehebatan logik akal saudara tidak boleh membawa kita kemana-mana.Dunia dan segala isinya ini semakin menjadi tidak bererti jika saudara terus berhujah menggunakan logik akal saja.Keterbatasan akal dan ketidakmampuan akal untuk mencungkil seribu satu macam kejadian di alam ini adalah bukti kita adalah makhluk yang lemah dan ada Yang Lebih Bijak mencipta kita dan mengatur segala gerak geri kita ini dan seluruh kehidupan ini.Contoh mudah ialah kenapa perjalanan hidup anda hari ini yang dirancang rapi dari A hingga Z tidak seperti yang dirancang saudara seawal saudara bangun dari tidur tadi?kenapa???kalau ikut akal logik anda semuanya akan berjalan lancar bukan?bagaimana pula anda mengalami mimpi,lalu anda menceritakan mimpi itu kepada orang lain.Apa perasaan anda jika ada diantara mereka yang tidak percaya akan mimpi anda itu sedangkan anda betul betul mengalaminya! Kalau anda percaya kepada mimpi anda,kenapa anda tidak boleh percaya kepada adanya alam ghaib dan wujudnya Allah yang Maha Pencipta.Sekiranya anda kata anda sendiri yang mengatur kehidupan anda,maka anda sendiri kah yang menidurkan anda dan anda sendirikah yang mengejutkan anda dan siapa pula yang menjaga anda sewaktu anda tidur itu ,dan sekiranya anda berkata itu sudah lumrah hidup manusia secara semulajadinya,mesti tidur,makan,minum,kahwin…maka soalan saya lagi… kenapa pula antara kita waktu tidurnya tidak sama,mimpi kita tidak sama dan banyak lagi perkara yang kita buat ini tidak mengikut atau menghasilkan apa yang kita mahu tetapi… telah diatur oleh Sang Pencipta!
Saudaraku Surind,
Jika anda berkata Tuhan tidak ada,Al-Quran itu sihir atau ciptaan Muhammad,maka saya ingin sekali lagi mengajak anda supaya masuk islam,belajar islam secara menyeluruh bukan separuh separuh.Maka saya percaya anda akan menemui kebenaran yang hakiki hanya dalam agama islam.Percayalah!sesungguhnya islam adalah sebuah agama kebenaran…disampaikan melalui nabi Muhammad yang sudah terkenal sebelum kerasulannya lagi dengan gelaran Al-Amin..iaitu yang bercakap benar!...
Firman Allah didalam Surah Al-Fushilat ,ayat 44 yang bermaksud “Katakanlah : Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.Dan orang-orang yang tidak beriman,pada telinga mereka ada sumbatan,hingga Al-Quran merupakan suatu kegelapan bagi mereka.”
Para pejuang Atheis terlalu mengagungkan logik akal,namun mereka lupa bahawa akal berfungsi disebabkan mereka ada pancaindera yang menjadi alat untuk akal.Bagi mereka sesuatu yang tidak boleh dikesan oleh pancaindera adalah tidak wujud.Pancaindera bekerja untuk akal.Mereka menolak akal ini diciptakan Allah.Oleh itu soalan saya lagi,bolehkah pengertian akal sahaja dapat menetukan kebenaran yang hakiki? Bagaimana pula akal yang selalu berkata bahawa kepala kita selalu berada diatas ketika kita berjalan baik ketika kita berjalan di kutub utara atau dikutub selatan? Bagaimana pula pendapat anda bahawa akal ini melihat bumi ini adalah satu hamparan mendatar secara horizontal dan bukan bulat?
Maka disinilah kita menilai keterbatasan akal itu jika akal berfungsi tanpa ilmu.Dengan ilmu,akal akan menerima kenyataan yang bumi ini bulat,setiap objek yang di lambung keatas akan jatuh kebawah kerana adanya daya graviti…lalu kamu berkata ahhhh…hukum alam memang begitu!!!…malah kamu percaya adanya kuasa graviti atau kuasa tarikan magnet,tetapi adakah kamu nampak tenaga yang boleh menggerakkan objek itu…jawabnya juga tidak…jadi, kenapa anda masih percaya?…jawabnya kerana anda ada ilmu…ilmu anda menyatakan kejadian itu terjadi mengikut hukum fizik semata mata dan “full stop”.Jika saya tanya anda lagi, setiap hukum atau undang undang itu mesti ada penciptanya,jadi siapa yang mencipta hukum alam itu pula?
Jika anda berkata anda benar,maka sila kemukakan satu atau banyak bukti apa yang dinyatakan oleh kitab suci kami Al-Quran itu salah atau bertentangan dengan
Allah sebagai Pencipta sudah menyatakan akan ada orang seperti kamu Surind yang membantah tentang adanya Tuhan dan segala ciptaanNya.seperti Firman Allah ini ‘Katakanlah: terangkan kepadaku tentang apa yang kamu sembah selain Allah?Perlihatkan kepadaKu,apakah yang telah mereka ciptakan dari bumi ini?Atau adakah mereka bersekutu dengan Allah dalam penciptaan langit?Bawalah kepadaKu kitab yang sebelum Al-Quran ini atau peninggalan dari pengetahuan(orang-orang dahulu),jika kamu adalah orang-orang yang benar”…(surahAl-Ahqaaf : 4)
Allah juga telah menceritakan golongan Atheis ini melalui firmannya yang bermaksud “Dan di antara manusia ada orang –orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan,tanpa petunjuk dan tanpa kitab(wahyu) yang bercahaya”..( surah Al- Hajj:8),firman Allah lagi yang bermaksud “mereka hanya mengetahui yang lahir sahaja dari kehidupan dunia;sedangkan tentang kehidupan akhirat mereka adalah lalai”..( surah Ar-Ruum:7)
Bersesuaian dengan turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad saw dengan ayat “Iqrak!” yakni “bacalah olehmu: wahai Muhammad”,islam memang menggalakkan proses pembelajaran dan ilmu,namun ilmu yang amat dituntut oleh Allah ialah ilmu yang boleh membawa kepada pengertian iman dan mengenal Allah.Ia juga adalah ilmu untuk mengenal kebenaran!.Firman Allah “Dan orang-orang yang diberi ilmu berpendapat bahawa wahyu yang diturunkan kepadamu(wahai Muhammad) dari Tuhanmu itulah yang benar”..(surah sabaa’ : 6)
Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah itu telah sesat hati mereka dan mereka ini tidak akan mendapat hidayah dari Allah.Dan sesungguhnya orang-orang mukmin ialah mereka yang beroleh petunjuk. Dan kehidupan mereka diredhai Allah.
Semoga saudara surind sudi memeluk islam dan semoga Allah memberi petunjuk kepada anda sebagaimana firman Allah yang bermaksud “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah,nescaya Dia akan memberikan petunjuk kepada hatinya.”…(surah At-Taghaabun : 11)
Persoalan hati dan iman inilah yang membuatkan jurang perbezaan antara kita makin jauh,keimanan bagi golongan Atheis adalah berdasarkan apa yang boleh dicapai oleh pancaindera dan diterima oleh akal sedangkan islam amat menekankan soal hati dan bagaimana untuk menjaga dan menghidupkan hati.Dari hatilah timbul jiwa yang tenang tenteram,damai dan bahagia.Melalui hati barulah kita boleh mengenal Allah(makrifat kepada Allah).Cara untuk meyakini wujud Allah ialah melalui bukti-bukti(ciptaan-Nya) yang menunjukkan Zat-Nya.Bukti bukti itu perlu dinilai dengan hati dan akal.Dengan akal sahaja ia tidak akan dapat membawa kita kemana-mana.Hati memerlukan akal supaya mampu menerima pengetahuan tentang bukti-bukti kekuasaanNya.Tanpa berfikir kita sudah tentu tidak akan mengetahui siapakah pemilik sebenar dari bukti bukti itu.Tanpa ilmu pegetahuan pula maka tidak akan ada makrifat untuk mengimani bukti bukti penciptaan itu.Oleh itu janganlah kau berpaling dari kebenaran ini wahai Surind,nanti allah akan memalingkan hati kamu dari usaha mencari kebenaran sebagaimana firman Allah bermaksud “Maka,bila mereka berpaling dari kebenaran,nescaya Allah(pasti) memalingkan hati mereka”…(Ash- shaf : 5 ) dan lagi firman Allah.. “mengapa kamu sampai menjadi kafir,padahal ayat-ayat Allah telah dibacakan kepadamu”..( Ali-imran :101)
Menurut fahaman guru utama anda…Richard Dawkins…rujuk posting diblog surind : pada hari Isnin,24.11.08 :
Richard Dawkins - "What if you're wrong?" (A video excerpt of Richard Dawkins at a Q & A session after a lecture on the God Delusion at the Randolph-Macon Woman's College in
Menurut Richard dawkins,orang yang percayakan Tuhan dan beragama ialah orang yang ada DELUSION…apa makna delusion itu wahai sahabatku Surind?..delusion adalah satu komponen major untuk penyakit schizophrenia (sakit jiwa)selain dari HALLUCINATION….Mengikut pengelasan ICD10 dan DSM1V, mental disorder dibahagikan kepada psikosis dan neurosis.Seseorang yang ada delusion dan hallucination memenuhi ciri ciri psikosis .Psikosis lebih teruk dari neurosis.Jadi secara mudahnya guru anda menyatakan semua orang beragama ialah orang gila…anda pula menyokong hujah guru anda ini dengan meletakkan sekali video youtube dalam blog anda.Kenapa anda begitu berani berkata begitu wahai Surind? Siapakah yang gila sebenarnya ?….anda atau kami yang beragama?apakah pula jawapan anda tentang firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,silih bergantinya siang malam ,terdapat bukti-bukti (tentang kekuasaan dan wujud Allah) bagi orang-orang yang berakal.yakni orang-orang yang mengingati Allah,baik sambil berdiri dan duduk mahupun dalam keadaan berbaring.Dan mereka(selalu)berfikir tentang penciptaan langit dan bumi…” ( surah Ali-imran : 190-191 ).Oleh itu apakah sudah penuh wad-wad psikiatri di negara ini dengan umat islam yang selalu berfikir dan berakal ini sekiranya mereka semua gila menurut andaian kamu???..
Janganlah pula cepat emosional jika saya katakan orang yang tidak percayakan Tuhan itu sebenarnya orang yang tidak berakal.Orang yang tidak berakal juga adalah orang yang kurang siuman dan mengikut hukum islam mereka ini tidak disyaratkan untuk menjalani syariat islam kerana syarat utama menjalankan syariat islam ialah berakal.Golongan Atheis ini sebenarnya yang mengidap delusion,bukan orang yang beragama dan percayakan Tuhan!.mereka mempunyai keyakinan yang teguh bahawa semua yang terjadi adalah semulajadi dan tidak ada Pencipta.Bagi saya ,golongan ini lebih teruk lagi kerana sekaligus mempunyai ciri-ciri psikosis dan neurosis juga seperti ‘mania’,iaitu sifat ego ,sombong dan bongkak yang keterlaluan dengan menganggap merekalah yang paling bijak!
Sejarah membuktikan,penemuan hukum sains dengan penetapan Hukum Snellius yang ditunjangi oleh hukum dasar kedua dalam Termodinamik (1580-1626) telah menjadi penemuan bermakna bagi sains moden,dimana menurut Leconte’ de Nevey,ketua jabatan fizik dan falsafah Universiti Sarbone,Perancis “ia adalah penemuan yang menakjubkan terhadap terbukanya pemahaman kita kepada benda mati,dengan perhitungan alternatif-alternatif”.pendapat ini disambut baik oleh golongan Atheis dan ditambah pula dengan kenyataan ahli fizik terkemuka Ludwig Boltzmann(1844-1906),menetapkan bahawa teori tentang tahap-tahap (evolusi) benda mati dan menerima kembali tahap akhir kepada permulaan yang ditetapkan Hukum Boltzman.
Namun hukum fizik ini disangkal pula oleh ahli fizik terkemuka kemudiannya iaitu Edwar Lozekiel,dengan menerangkan bagaimana alam semesta ini tercipta seperti katanya “Hukum kedua teori termodinamik iaitu yang berunsur panas atau kalori bertentangan dengan pendapat yang menyatakan bahawa kejadian alam semesta ini secara azali atau tidak terkawal adalah salah.Sains menetapkan bahawa kejadian alam semesta tidak mungkin secara azali,kerana unsur panas terus menerus akan menjadi dingin,dan tidak mungkin terjadi kekuatan zat sebaliknya.Maka benda atau alam akan rosak kekuatan energinya dalam waktu yang lama,juga akan terhenti semua kegiatan pada wujud”.dengan itu penemuan ini menyimpulkan bahawa setiap benda mesti ada permulaan atau dengan kata lain ia mesti diciptakan.oleh itu kejadian alam menetapkan kewujudan Allah.Allah memang tidak memerlukan permulaan kerana Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir.Tidak mungkin alam semesta menciptakan dirinya sendiri.Firman Allah bermaksud “Apakah mereka diciptakan dari tiada,ataukah mereka sendiri yang menciptakan?ataukah mereka yang menciptakan langit dan bumi?” (surah Ath-Thur : 35-26 )
Sebenarnya banyak lagi teori-teori yang boleh diketengahkan dalam membahaskan ilmu tentang kewujudan Allah ini seperti teori gerak elekron dalam atom,yang dapat saya simpulkan disini bahawa sesuatu yang beredar,bergerak,berputar pasti ada titik permulaan,baik waktu mahupun ruang bermula putaran itu.Penemuan sains tentang sel dan mitokondria serta DNA dan susunan protein RNA nya amat menakjubkan dan mengajak kita berfikir tentang hebatnya ciptaan Allah ini.Ini belum lagi kita kupas berkenaan pembohongan Teori Evolusi Darwin dan banyak lagi.Oleh itu sekiranya golongan Atheis masih berdegil dan masih tidak boleh menerima adanya Allah,maka wajar sekali Allah mengutuk mereka ini dengan firmanNya yang bermaksud. “terkutuklah manusia!Mengapa ia mendustakan(mengkufurkan) Tuhannya?” ( surah ‘Abasa : 17)…firman Allah lagi bermaksud “Tidakkah manusia melihat? Bahawa kamilah yang menciptakanmu dari setitik mani? tetapi lihatlah! Ia menjadi pembangkang yang nyata!” ( surah Yaasin :77 )
Bagi saya, saya setuju dengan pendapat anda pada khamis 14.2.08 dalam blog anda yang mengatakan “islam is not for everybody!”,maksud saya islam itu untuk semua,ia adalah agama yang membawa kebenaran dan sesuai di sepanjang zaman.Sesiapa boleh mengkritik islam tetapi ingat,jangan sampai menghina islam dan rasul kami.
Sesungguhnya keimanan itu adalah satu perkara yang rumit,hatta orang islam sendiri yang mengaku dirinya cukup sempurna pun kadang kala tersesat atau tergelincir akidah dalam perjalannya menuju Allah.
Saudaraku Surind,
Saudara seorang "free thinkers".oleh itu jika anda seorang free thinkers maka lebih mudah bagi saya menyeru dan mengajak anda masuk islam dan anda mungkin lebih mudah menerima islam nanti kerana anda sudah melepaskan diri dari ikatan agama lain berbanding dengan mereka yang ada ikatan agama dan kepercayaan yang kuat.Tidakkah anda terbaca banyak kisah - kisah golongan atheis yang masuk islam setelah mendapat hidayah dari Allah dan setelah betul betul memahami islam secara keseluruhannya?.Cubalah anda baca kisah mereka itu,bagaimana mereka mencari Tuhan dan penemuan mereka tentang wujudnya Tuhan.Percaya atau tidak sebenarnya anda sedang mencari satu agama yang sesuai dengan jiwa anda...percayalah islam adalah paling sesuai untuk anda.islam itu indah ! islam itu memudahkan kita bukan menyusahkan kita .Islam itu petunjuk bukannya root of evil seperti yang anda sangka!
Sekian dulu coretan dari saya : sangtawal sakranta….ahli BPN.
Terima kasih kerana sudi membaca!!!
12 comments:
Salam Sangtawal...
Alhamdullilah... Semoga terbuka pintu hati Surind... insyaallah...
Salam Perjuangan...
Jack Sparrow
Nanti surat terbuka Sang Tawal akan disiarkan di blog2 bpn lain..Insya Allah..
terima kasih panglima...silakan...
teruskan saudaraku teruskan !
Bagus Tawal,
Saya rasa inilah cara dan strategi terbaik untuk berhadapan dengan insan seperti surind ni lain kali.
Tidak perlu guna kekerasan, maki haum dan carut.
Saya dapati blog-blog lain seperti surind rupa-rupanya mereka ni sengaja meletakkan topik-topik menghina Islam. Lepas tu hanya ketawa melihat komen-komen yang menegur dengan keras.
salam perjuangan?
kagum juga saya bila membaca coretan anda ini..sebagai ahli BPN aku kan memaparkannya di blog ku.
ndak pernah aku dgn begitu khusuk membaca kira artikel lah ni.. (walupun anda gelar surat) sampai habis. bagus bah.
semoga langkah2 sebegini kan menjadi landasan tuk BPN terus mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara
bagus sangtawal...tahniah diucapkan. Tindakan anda menangani Surind lain dari yang lain. Semoga kehadiran anda ke alam siber akan menambahkan lagi ilmu untuk dikongsi bersama.
I like the fake police report thing. Whose brilliant idea was that?
I know I'm just a dumb kufr, but I'm fairly sure that forging a police report is a tiny bit illegal. Even in the Islamic Republic of UMNO-stan, I mean in Malaysia.
Anyways, I appreciate the love and attention! Thanks for all the traffic to my site.
Shabbat shalom,
Anti Jihadist
Salam…
Salam rakan-rakan BPN.. laman blog jack telah diserang oleh antijihad… berikut adalah comment dari anti jihat….
The Anti-Jihadist said...
This 'police report' is about as genuine as a RM1000 note. It's so riddled with errors and mistakes, it's obviously a forgery cooked up by some addled-minded people in order to silence people whom you so clearly hate.
Anyways, I love all the attention and traffic your links are bringing to my site and cause. Appreciate it! Keep it up!
Have a great infidel day.
Shalom,
Anti Jihadist
December 12, 2008 11:32 PM
Oleh itu Jack seru rakan-rakan semua marilah kita belasah antijihad ni secukup-cukupnya didalam ruang comment blog jack… dan didalam laman blog anti jihat tersebut… Allahuakbar..
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=690427760483056829&postID=5176218611367435437
Salam Perjuangan…
Jack Sparrow
HANCURKAN BLOG IBLIS INI!!!!
http://pedestrianinfidel.blogspot.com/2008/12/fake-police-report-filed-against.html
Assalamualaikum sangtawal,
Tahniah atas respon berhikmah begini. Dalam misi dakwah kita, proses dan matlamat berjalan seiring. Kita bukan sekadar inginkan seseorang itu masuk Islam. Jika dia masuk Islam, kita belum tentu lagi dapat pahala atau masuk syurga. Sebaliknya kita sekadar menyatakan kebenaran sambil memohon keredhaan Allah. Contohnya, apabila kita menulis/bercakap tentang kebenaran dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang, maka Allah akan memberi ganjaran baik kepada kita. Samada orang itu menerima atau tidak, itu perkara lain.
Sebaliknya jika kita mengeluarkan kata-kata yang kurang enak, kita lah yang terlebih dahulu dimurkai Allah sedangkan matlamat dakwah mungkin 'jauh panggang dari api'.
Kepada para sahabat blogger, terutama ahli BPN...
Meskipun demikian tulisan saya tadi, namun usaha yang tuan-tuan lakukan samada secara keras, lembut, memujuk, atau sebagainya adalah satu pakej yang bijak dalam perjuangan. Maksud saya, kita masing-masing ada cara tersendiri dan itu adalah kekuatan masing-masing yang akhirnya menjadi kekuatan BPN.
Lihat bagaimana Sy Ali yang pintar, Sy Abu Bakar yang berwibawa, Sy Umar yang keras, Sy Usman yang kaya (radiallahuanhum); semua keistimewaan itu digembeling menjadi strategi ampuh dalam menjuarai perjuangan.
Dalam peperangan, kita tidak gunakan hanya satu jenis senjata.
Itulah sebabnya saya katakan tadi: proses dan matlamat berjalan seiring. Dan di antara keduanya lah, Allah mengira. Ada yang mendapat pahala ketika berjuang, ada yang mendapat pahala setelah menang.
Tahniah kepada anda semua. Saya amat bangga dengan anda semua. Terima kasih.
Teruskan perjuangan kita... BPN
Terima kasih kepada semua atas komen-komen yang diberi.
Betul kata cheguman tu..
Memang banyak strategi dalam berjuang,namun apa yang pasti...matlamat kita sama walau cara berbeza.
Semoga Allah merestui dan meredhai apa yang kita buat.
terima kasih atas sokongan semua.
Post a Comment