Aku adalah sepasang kasut
Aku diperbuat di Eropah,
Aku dihantar ke timur tengah,
Aku dibeli dan dipakai warga
Aku berkhidmat padanya siang dan malam
Aku melindungi sepasang kakinya.
Namun aku tetap dihina
Biarpun diriku berjenama
Aku dikerjakan sesuka hatinya
Aku selalu berlari bersamanya.
Aku memburu berita bersamanya.
Aku selalu berkorban untuknya.
Jasaku padanya bukan sedikit.
Duri,najis,kelikir ,lumpur yang melekit,
Menjadikan diriku saban hari sakit,
Tiada siapa yang mendengar aku menjerit.
Bila aku sudah lusuh dan rosak
Pemilikku mula memberontak
Lalu dilemparkan aku ke muka penyangak
Sebelah diriku berjaya dielak
Sebelah lagi diriku mula dilanyak.
Aku bangga menjadi kasut yang hina
Kerana aku berjaya mengejutkan dunia
Biarpun umat islam sedang tidur lena
Aku bangkit untuk membela agama
Aku mewakili suara rakyat
Aku berjaya memalukan penguasa dunia
Hanya dengan diriku yang hina.
Nukilan : Sangtawal Sakranta…. 15.12.08 @ 3.00pm
klik disini untuk adengan kasut terbang.
7 comments:
Idea yang sangat baik
terima kasih saudara fauzi..
selamat...
Adakah sudah baca e-mel kedua saya ttg pengeluaran sijil batu permata itu. Sb sy tak pasti e-mel tu sampai atau tidak
salam pakciQue
Ternyata anda penyokong Bush yang tegar!
terima kasih atas komen yang diberi, permainan yang anda sebut itu hanyalah dari pelbagai permainan yang ada.Mungkin Bush sendiri sudah lali dan biasa bermain dengan permainan "sock and awe' tu..itu sebabnya dia terus saja mengelak bila dilemparkan objek kearahnya.ia adalah satu gerakan automatic response yang dikawal oleh parasympathetic nerve system!
banyak lagi permainan lain dalam internet yang menimbulkan kebencian orang ramai kepada Osama Bin laden! cuba anda cari dan anda main..insyaAllah hati dan jiwa anda akan tenang bila boleh membunuh berkali kali osama!
Jika 1 Osama mati, Beribu lagilah alamatnya Osama Bin "Kulat Tumbuh" wujud. Tapi hakikatnya adakah secuit Osama di Malaysia ni "Bergaya" di sisi Tuhannya untuk mengatasi ujian sehari-hari di sekeliling. Sbb sebenarnya itulah ujian yang besar dalam hidup kita... Kawe takut dok ngatib Pitih!...Pitih!....Pitih!...Kah...kuah...kuah...kuah...
Maka bertanyalah aku kpd diriku..
Adakah krn pitih aku datang atau kerana pitih aku didatangkan?
Kasut noreh getah Pok Teh pun ade kalau nak guna buat baling bush...sponsor free je..hehe..
pok teh...
kalu kasut tu guna wak lempar bush
pok teh nak pakai apa pula nak menoreh nanti?...he he he
Post a Comment