Saturday, December 20, 2008

IJN di swastakan atau IJN-Cawangan perlu ditubuhkan dan diswastakan?



Hati saya terpanggil untuk mengulas dan memberi sedikit pendapat tentang isu penswastaan Institut Jantung Negara( IJN) kepada Sime Darby.Setiap isu harus dilihat dan dikupas berdasarkan pro dan kontra tentang perlu atau tidak satu badan seperti IJN yang jelas berfungsi untuk kepentingan rakyat tanpa mengira tahap sosioekonomi pesakit ini harus dikekalkan seperti sediakala atau sebaliknya.



Setelah meneliti perkembangan berkaitan IJN ini,saya membuat kesimpulan bahawa IJN patut dikekalkan dan tidak perlu diswastakan.Memang benar kerajaan mempunyai hasrat murni untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan tanggungjawab sosial mereka kepada rakyat tetapi dalam hal IJN ini kita seharusnya tidak perlu tergopoh gapah dalam membuat keputusan apatah lagi Sime Darby adalah sebuah syarikat perniagaan yang berorientasikan keuntungan.Biarpun ada kedengaran mereka sanggup menerima cadangan bahawa kepentingan sosial pesakit yang miskin tidak akan diabaikan,namun saya khuatir jika itu cuma tinggal janji sahaja nanti.



Memang tidak dapat dinafikan IJN yang hanya mempunyai lebih kurang 35 orang doktor pakar dan bilangan staf terlatih lain yang agak terhad mempunyai beban kerja yang tinggi jika dibandingkan dengan hospital hospital kerajaan yang lain apatah lagi ia telah menjadi tempat utama rujukan pesakit dari seluruh Negara.Namun itu bukan menjadi alasan utama mengapa IJN harus diswastakan.Realitinya kebanyakan doktor pakar yang bekerja di IJN adalah diantara mereka yang sudah mengorbankan sedikit ganjaran dunia mereka demi untuk berjasa kepada rakyat Malaysia,percayalah.

Kalau tidak,mereka sudah pasti lari atau berpindah ketempat kerja lain memandangkan bayaran lumayan yang mereka perolehi di sektor swasta.Ini terbukti dengan penafian mereka dalam kenyataan dibawah:



“We read with concern the perceived perception that the medical staff of IJN are demanding higher pay and will leave IJN if these demands are not met.

We feel it is important that these negative perceptions are correctly put into context.

The institution was set up in 1992 as a corporate body directly under the purview of Ministry of Finance. Its board of Directors include representatives from Ministry of Health and MOF to ensure its direction and objectives of providing good quality and affordable medical care to Malaysians from all walks of life are adhered to.

In that respect, IJN has done and continue to do well, both in maintaining its moral as well as financial obligations. The institution has been self-sustaining since its inception (and has been able to pay year end bonuses annually without fail). For 2007and up to end Nov 2008, we have accumulated 285,764 number of outpatients, performed 15,084 cardiac catheterization interventions including angiograms and angioplasties, 6,094 heart and lung surgeries, 7 mechanical hearts and heart and lung transplants surgeries.

As true with any organization of our size, there will be people leaving the organization at various times in order to pursue different career paths. Over the last 7 years of operation, out of a total of 35 consultants, only 7 have left IJN to work either in local or overseas private centres. Therefore, our consultants' annual attrition rate is only 3%, and we have responded consistently over time to promote our home grown talents to fill up the voids accordingly. Currently, 75% of IJN consultants have been in their posts for more than 10 years.



All of us are salaried based on a different payscale than that of the MOH though not at par with the private centres. Periodic review of salary scale is usually undertaken, subject to approval from Ministry of Finance.

As proven from our consultants' attrition rate and longevity in serving this institution, it is logical to surmise that on the whole we are happy with the current scheme and proving it by remaining with IJN. Many of us have served than 10 years, excluding time spent within the MOH Hospitals prior to setting up of IJN.

Whilst we have yet to have a clear picture of the proposed privatization by Sime Darby, we would like to reiterate our commitment to serve IJN in its current form and want to stress that the proposed privatization of IJN must not be seen to be as a response to our demands for better pay. The medical personnel of IJN are not at all involved, directly or otherwise, in the negotiations for the said privatization.

Being responsible employees of IJN, we are not in the position to dictate the outcome of the privatization proposal from Sime Darby to the stakeholders of IJN. However, the perception that the privatization proposal is in response to demands for higher remunerations by its medical staff is misconceived and must be corrected accordingly to safeguard and preserve the trust placed upon us by our patients.

Surat ini ditandatangani oleh 26 orang doktor pakar.



Apa yang ingin saya utarakan disini ialah bagaimana langkah kerajaan untuk menangani isu meningkatnya jumlah pesakit dan kos perubatan di IJN ini.


Bagi saya,IJN perlu dikekalkan menjadi tempat utama rujukan kes dari seluruh Negara.Untuk menampung kenaikan jumlah pesakit dan kos pembedahan kerajaan harus membuka cawangan lain dimana cawangan ini mungkin boleh diswastakan kepada Sime Darby.Penswastaan cawangan IJN ini mungkin adalah langkah bijak dimana IJN hanya perlu menumpukan kepada kes yang tertentu bagi pesakit kronik yang miskin atau mempunyai masalah kewangan sahaja,manakala cawangan IJN yang baru boleh menjalankan operasi dan kos rawatan adalah sepadan dengan kos di tempat swasta yang lain.Kes kes yang tertentu atau “selected case” perlu dibuat atau ditapis diperingkat hospital besar atau hospital negeri lagi sebelum dirujuk ke IJN oleh doktor pakar di hospital negeri samada untuk merujuk mereka terus kepada IJN atau Cawangan IJN/swasta.Langkah ini pasti akan mempercepatkan rawatan kepada pesakit.Lebih cepat masa diambil untuk berubat lebih cepat pesakit akan sembuh



Memang tidak dapat dinafikan, kos untuk melakukan satu pembedahan jantung adalah tinggi apa lagi untuk melakukan “open cardiothoracic surgery” yang memerlukan beberapa pakar dalam satu sesi pembedahan.Oleh itu banyak kes pembedahan yang tertangguh disebabkan masalah kewangan dan penangguhan ini akan membuatkan keadaan pesakit menjadi lebih teruk dan timbul pula pelbagai komplikasi komplikasi yang tidak diingini terutamanya pesakit pediatrik.



Walaupun setiap hospital mempunyai Unit kebajikan dan ada pegawai yang bertugas untuk menguruskan masalah kewangan pesakit di dalam wad kerajaan,tetapi oleh kerana ia melibatkan peruntukan kewangan yang terbatas dari kerajaan dan perlu melalui banyak karenah birokrasi,peruntukan yang diperolehi kadang kala memakan masa bertahun tahun.Ini amat mengecewakan pesakit dan keluarga pesakit malah ada diantara mereka yang terus “default follow up”.



Maka disini saya merasa perlu ada satu mekanisma untuk menjana modal perubatan terkumpul yang boleh diperolehi dari tabung kebajikan sektor kerajaan dan bukan kerajaan.Kalau kita mampu mengutip wang dari rakyat untuk tabung mangsa tsunami atau kepada mangsa bencana alam di negara lain,kenapa pula kita tidak boleh membantu kerajaan mengumpul dana untuk warga negara kita sendiri yang amat memerlukan bantuan kewangan.Mungkin mereka adalah adik beradik ,ibubapa atau saudara mara kita,kita tidak tahu.Janganlah jadi seperti kata pepatah “kera dihutan di susukan ,anak dirumah mati kelaparan” dan program “bersamamu” nantinya akan hanya tinggal kenang-kenangan saja!



IJN boleh dijadikan tempat utama cardiac case dilihat oleh doktor pakar buat pertama kali dan rawatan susulan seterusnya atau “post-op patient” mungkin boleh dijalankan di IJN-Cawangan.Oleh itu ia akan mengurangkan sedikit beban kerja di IJN dan doktor pakar di IJN boleh menumpukan perhatian kepada “selected case” saja.



Bilangan doktor pakar di IJN perlu dikekalkan dan cadangan untuk menyemak semula skim gaji mereka ke gred gaji “special” boleh dibincangkan oleh pihak kerajaan sebagai satu usaha menghargai mereka dan bila mereka ini menjalankan tugas di IJN-cawangan mereka boleh membuat tuntutan terus dari syarikat swasta tersebut dengan imbuhan insentif yang lebih rendah sedikit berbanding ditempat swasta lain supaya tidak membebankan IJN-cawangan pula. Dengan cara ini doktor pakar akan merasa sedikit berbaloi dan mengikat mereka untuk terus berkhidmat lebih lama di IJN manakala IJN-cawangan tidak dibebankan oleh masalah untuk membayar gaji tetap bulanan doktor pakar yang membuat “part time” atau “lokum”. Walaubagaimanapun masalah gaji dan imbuhan mereka tidak menjadi sebab utama kerajaan harus menswastakan sepenuhnya IJN.Ini dinyatakan sendiri oleh mereka seperti dalam kenyataan diatasJika IJN-cawangan mahu mengambil beberapa doktor pakar mereka sendiri,itu terpulang kepada mereka dan itu semestinya lebih baik demi memenuhi keperluan pelanggan atau pesakit.



IJN-cawangan yang saya sarankan disini mungkin boleh diswastakan sepenuhnya untuk memastikan ia mencapai piawaian perkhidmatan kesihatan dan ISO yang ditetapkan dimana semua peralatan dan “diagnostic tools” yang serba canggih ada disediakan.Semua jenis pembedahan jantung boleh dilakukan disini dan IJN-cawangan ini mampu menerima rujukan dari luar negara dengan segala kemudahan yang ada



Penubuhan IJN-cawangan ini bukan saja menjadi tempat rujukan kes jantung dan pembedahan jantung sahaja tetapi saya cadangkan supaya ianya boleh dikembangkan lagi kepada penubuhan institusi pengajian ijazah lanjutan perubatan atau sub-speciality terutamanya dalam bidang cardiology,cardiothoracic surgery,paediatic cardiology ,cardiac or lung transplant dan banyak lagi.Sime darby boleh menaja doktor doktor yang berminat untuk mendalami ilmu cardiology ini untuk belajar disini atau luar Negara dan boleh membuat perjanjian atau kontrak supaya bekerja dengan mereka untuk tempoh yang tertentu setelah tamat pengajian nanti.Ini adalah merupakan pelaburan jangka panjang yang menguntungkan juga.



Contoh utama yang boleh diketengahkan disini ialah bagaimana Professor Dr Jafri Malin iaitu pakar bedah neurosurgeri HUSM yang terkenal itu membangunkan unit neurosurgery di HUSM .Selain melakukan pembedahan neurosurgery beliau dengan penuh komitment membangunkan program “master in neurosurgery” kepada master student surgical untuk mendalami ilmu neurosurgery di HUSM.



Pepatah melayu ada menyatakan “kalau tidak dipecahkan ruyungnya ,manakan pula mendapat sagunya” itu mungkin juga ada benarnya..Penswastaan IJN mungkin dibatalkan selepas ini namun hasrat murni kerajaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat tidak boleh dipandang sepi dan hasrat Sime Darby untuk menerokai bidang perniagaan yang melibatkan kesihatan dan intervensi jantung ini tidak boleh dipandang remeh kerana mereka tahu pelaburan dalam perniagaan perubatan ini akan memberi pulangan yang lumayan.Bayangkanlah,orang sanggup bergadai,berhutang atau menjual tanah untuk melakukan pembedahan jantung.Ini adalah kerana menyelamatkan satu jantung umpama menyelamatkan satu nyawa!






3 comments:

Cleo said...

Hello! Cool design¨!Cometed to me.Bye!

Anonymous said...

Ye betul...setuju dengan sangtawal...barangan yang berharga rm1.00 pun kerajaan susah nak kawal dengan bermacam2 alasan dari pihak penjual, apa lagi yang melibatkan ribuan ringgit. sudah tentu alasan yang pasti kukuh dapat diberikan oleh mereka...

Sangtawal Sakranta said...

Pok teh...

kalau kerajaan dah tak ada duit tapi nak teruskan juga support IJN..saya rasa itu tak berapa bijak.

kalau bina satu cawangan IJN dan swastakan kepada sime darby..itu lebih elok...

pok teh nak tahu sebab apa pesakit yang ada duit sikit pergi Klinik swasta berbanding unit pesakit luar hospital kerajaan yang bayarannya cuma rm1 saja.... sebab kena menunggu berjam-jam...lepas tu doktor sibuk...jumpa MA saja...dan dapat ubat yang paling murah atau ubat generic dalam list harga ubat tawaran dari syarikat atau farmasi kepada KKM...lepas tu macam mana penyakit nak cepat sembuh?

memang hasrat murni kerajaan nak tolong orang miskin tu bagus tapi kualiti perubatan kepada pesakit tersebut juga perlu dijaga.

Radicare adalah satu contoh syarikat swasta yang berjaya di hospital kerajaan.