Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru 2010 !



Tajuk : Selamat Hari Guru 2010 !

Oleh : Sangtawal Sakranta.


Sempena menyambut hari guru pada hari ini , saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari guru buat semua guru, bekas guru dan bakal-bakal guru yang menjadi pembaca atau pengunjung blog Sangtawal ini.

Semoga guru-guru sekalian sentiasa sihat dan tetap bersemangat dalam mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat.

Benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan ramai guru-guru yang sentiasa sakit ? saya pernah mendengar rungutan ini dari beberapa orang yang bekerja secara langsung dalam bidang kesihatan.Kata mereka, di antara banyak – banyak bidang kerja dalam sektor kerajaan , mereka yang paling ramai dan kerap memohon Medical Certificate [MC] atau MC= ‘Minta Cuti’ adalah di kalangan guru, benarkah begitu?

Saya amat berharap agar dakwaan diatas tidak benar.Oleh itu , untuk menolak dakwaan itu , rasanya adalah menjadi satu kewajiban pihak Kementerian Pelajaran untuk membuat satu kaji selidik ringkas iaitu dengan membuat satu borang kajian dengan soalan-soalan ringkas sebegini:

1. Apakah kerjaya pesakit yang selalu memohon MC di Klinik / Pusat kesihatan/ Hospital ini?

2.Apakah gejala atau tanda sakit yang selalu diadukan/ dihadapi oleh mereka?

3.Apakah gejala atau tanda sakit itu juga masih terjadi atau berkurangan ketika cuti sekolah atau cuti hari minggu?

4.Berapa peratuskah dari pesakit di atas yang ingin diri mereka dirujuk ke hospital atau pakar perubatan?

5.Apakah mereka memiliki kerjaya lain selepas waktu bekerja seperti wakil jualan langsung, MLM, wakil insurans, bekerja sebagai guru tuisyen sambilan, terlibat dengan politik atau terlibat dengan aktiviti-aktiviti perniagaan lain dll ?

Soalan – soalan seperti diatas boleh dikaji dan di analisa oleh pihak Kementerian Pelajaran demi menjaga kebajikan dan kepentingan guru-guru sekalian agar mereka semua sentiasa dalam keadaan sihat dan bersemangat waja dalam meneruskan kerja mulia mereka sebagai pendidik yang cemerlang demi melahirkan generasi yang terbilang.

Contoh paling mudah ialah dengan membandingkan soalan 4 dan soalan 2. Jika ‘aduan masalah yang sama’ bila ditanya dalam soalan 2, tetapi tidak menjawab ‘ya’ dalam soalan 4 iaitu mereka kerap mengadu mengalami masalah kesihatan yang sama tetapi tidak mahu mendapatkan rawatan susulan atau “Diagnostic investigation / work out” seperti dirujuk kepada pakar perubatan dan sebagainya, maka perkara ini seharusnya diambil perhatian sewajarnya oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Jika anda sendiri berkesempatan ke Klinik atau mana-mana pusat rawatan, sambil berbual-bual tu , anda bolehlah cuba bertanya kepada doktor yang merawat anda , golongan kerjaya manakah yang kerap MC [ Minta Cuti ].Jika anda amat rapat dengan doktor itu, anda boleh membelek salinan buku MC diatas mejanya, kerana disitu ada menyatakan pesakit itu bekerja di mana. Harap-harap jawapannya bukan ber-kerjaya guru!

Akhir sekali, saya amat menghargai sekali jasa bakti guru-guru semua, tanpa guru siapalah saya!

Semoga guru semua sentiasa sihat, ikhlas dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang berat ini!

*************************************

Definasi Guru mengikut Sangtawal : ialah mereka yang memberikan ilmu yang berguna untuk kepentingan hidup di dunia dan akhirat.

Oleh itu, seorang guru tidak semestinya mempunyai diploma atau ijazah barulah ilmunya akan diiktiraf, mungkin anak kita atau sahabat kita atau si fakir atau dia seorang raja pun boleh kita anggap guru kita jika mereka memberikan ilmu yang berguna buat kita.Oleh itu janganlah marah jika saya katakan bahawa murid guru disekolah juga boleh dianggap guru oleh gurunya kerana mungkin gurunya telah belajar satu ilmu yang berguna dari anak muridnya itu , contoh mudah ialah dalam ilmu IT, tak semua guru-guru yang hampir pencen itu pandai IT.

Pendapat saya , konsep murid – guru ini perlulah diperluaskan lagi makna dan ruang lingkupnya, agar budaya ilmu dan wacana pemikiran generasi berilmu akan dapat diperkembangkan dan dibangunkan. Istilah pembelajaran formal di dalam bilik darjah perlu diubah dan di inovasikan agar ianya menjadi lebih menarik dan menjana kecerdasan spiritual kerana ilmu itu ada dimana-mana.

Ilmu yang dicari bukan nya tersimpan dan terpisah didalam kawasan pagar sekolah atau bilik darjah sahaja, kerana ilmu berguna untuk hidup didunia dan akhirat perlu juga dicari hatta sampai ke rumah atau pondok-pondok buruk , menuntut dari seorang yang arif lagi bijaksana yang hidupnya cukup sederhana dan zuhud seperti contoh dalam youtube dibawah ini.

Jangan memandang kepada rumah atau bantal buruknya, jangan melihat kepada gelap biliknya dan janganlah merungut panas kerana bilik tidak berhawa dingin seperti dalam dewan kuliah di tempatnya, tapi dengar dan renungilah mutiara-mutiara kata dan ilmu yang keluar dari mulutnya yang tentunya dari akal, hati dan jiwanya itu!



Wassalam.

Sangtawal Sakranta


6 comments:

Anonymous said...

Salam saudara sangtawal...


Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada saudara, saudara juga adalah salah seorang guru saya secara tak langsung...


Terima kasih atas segala ilmu dan bakti yang saudara telah curahkan dalam blog saudara dan juga yg telah saudara curahkan kepada saya...

Terima Kasih guru...

Selamat Hari Guru...



Wassalam.
-Orang Gombak

Anonymous said...

Dari H Kalathana,
Sesungguhnya inilah yang mesti di cari seorang Ilmuan akan kesederhanaan dalam segalanya. Anda telah ketemu seorang guru yang Murshid dalam ilmu dunia ke akhirat. Bak kata Imam Al Ghazali: Manakala yang dicari itu bermutu tinggi serta mulia (Makrifat) akan susah mencapainya (Hakikat) panjang jalannya (Tarikat) banyak akibatnya (Syariat).
Semuga Allah berserta dengan Tuan sepanjang jalan perjuangan.
Wasalam.

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

orang gombak,
terima kasih,saya pun begitu,saudara juga adalah guru kepada saya:)
selamat membaca dan komen-komen berguna dari saudara amat dialu-alukan!

Hulubalang Kalathana,
Terima kasih atas komen dan ilmu.amat menarik sekali kata-kata imam al-ghazali itu.saya pun sebenarnya masih baru dan masih dalam perjalanan.semoga saudara sekalian sudi membantu dan menegur saya kearah kebaikan.

kobe said...

assallamualaikum,
saya anak enggong....Ni waris saya tok ayah che hat saya panggey....rumah depan masjid enggong.

sangbogoroyo said...

assalamualaikum tn kobe,

Waris tok ayah juga yer. Salam perkenalan. Pernah jumpa tak pernah dgn tuan ni? :)

Sangtawal Sakranta said...

salam

kobe,
kalau begitu, ambillah kesempatan semasa beliau masih hidup ini untuk belajar ilmu sebanyak yang mungkin darinya.

adik sang,
kalau balik klate, singgah tempat saya, boleh jumpa :)

wassalam.