Monday, April 04, 2011

Jika Kembalinya Peti Tabut.



Tajuk : Jika Kembalinya Peti Tabut.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta .


Peti Tabut telah menjadi satu hal yang misteri sekian lama . Ia disebut hanya satu kali di dalam Al-Quran . Firman Allah swt bermaksud :

“Dan nabi mereka berkata kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan itu ialah datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.”
(Al-Baqarah : 248)

Inilah satu-satunya ayat dalam al-Quran yang menyebut tentang Tabut secara langsung.Tidak terdapat perkataan Tabut lagi di dalam ayat-ayat yang lain.

Siapakah pula yang disebut ‘nabi mereka’ dalam ayat di atas itu? Dari ayat 246 hingga 248 surah Al-Baqarah, tidak dijelaskan Nabi manakah yang diidentitikan sebagai ‘nabi mereka ‘ itu.

Sebenarnya kisah ini berkaitan dengan kaum Bani Israel yang menuntut kepada ‘nabi mereka’ agar mereka diberikan seorang Raja kerana sebelum itu mereka hanya dipimpin oleh para hakim saja. Alasan mereka , jika mereka mempunyai seorang raja, maka mereka akan merasa lebih bersemangat untuk pergi berjihad.

Oleh itu seorang pemuda bernama Talut yang mempunyai ilmu pengetahuan dan gagah telah dipilih menjadi raja mereka. Bagaimanapun selepas dipilih menjadi raja dan bila sampai perintah perang jihad dari Tuhan, tidak kesemua dari mereka menyahut seruan jihad itu kerana kononnya mereka tidak setuju dengan perlantikan Talut yang berasal dari rakyat biasa dan bukannya dari golongan bangsawan.

Ketika mereka sedang berbalah sesama mereka ,Allah telah menghantar Peti Tabut diatas sebuah kereta lembu sebagai bukti bahawa perlantikan Talut oleh ‘nabi mereka’ itu adalah tepat dan ianya dari perintah Allah swt.

Apakah Peti Tabut ?

Peti Tabut adalah sebuah peti yang mengandungi dua buah batu Loh yang tertulis penulisan Kitab Taurat Nabi Musa a.s, sebatang tongkat Nabi Musa a.s yang digunakan untuk membelah lautan semasa dikejar Firaun, serban Nabi Harun a.s dan sedikit makanan yang diturunkan dari langit untuk Nabi Musa a.s dan pengikutnya ketika mereka tersesat di padang pasir Manna.Terdapat ukiran patung dua malaikat yang membuka sayapnya di bahagian atas peti itu. Peti itu berukuran dua setengah hasta panjang , satu setengah hasta lebar dan tinggi . Ia diperbuat dari kayu keras jenis akasia (penaga), bahagian dalam dan luarnya disepuh dengan emas murni. Di sudut-sudut Tabut ada 4 cincin / gelang emas, penutupnya dari emas murni, kayu pengusungnya juga disepuh dengan emas murni.

Bani Israel percaya bahawa Peti Tabut mempunyai banyak keistimewaannya. Mereka percaya bahawa barang siapa yang dapat memiliki Peti Tabut akan mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah swt. Jika dibawa berperang,ia boleh memberikan ketenangan, ketenteraman dan semangat serta mampu mengalahkan musuh.

Bani Israel juga percaya, hanya pendeta dari suku Lewi saja yang mampu membawanya atau menatap isi kandungannya. Oleh itu Peti Tabut selalu ditutupi dengan kain berwarna biru dan kulit binatang.

Peti Tabut berada dalam jagaan Bani Israel hanya selama 40 tahun, selepas itu Peti Tabut pernah berpindah tangan kepada orang Filistin, namun hanya untuk 7 bulan sahaja, orang Filistin mengembalikan Tabut kepada orang Israel semula kerana mereka mendakwa ketika mereka menyimpan Peti Tabut itu banyak wabak penyakit menular dan mengorbankan banyak nyawa. Akhirnya bila Nabi Daud a.s memimpin Bani Israel melawan orang Filistin, Tabut kembali semula ke pangkuan Bani Israel. Selepas itu Allah swt memerintahkan Nabi Daud a.s membina sebuah rumah suci untuk menyimpan Peti Tabut itu, lalu usaha itu dilakukan oleh anakandanya Nabi Sulaiman a.s.Menurut catatan dalam perjanjian lama, Peti Tabut disimpan disitu sekitar tahun 955 Sebelum Masihi, namun dalam sekitar tahun 620 Sebelum Masihi didapati Tabut telah lenyap atau hilang.

Sehingga kini, Peti Tabut telah hilang ditelan masa, ianya telah lenyap bersama sejarah.Tiada siapa yang tahu dimana Peti itu berada kecuali mereka yang diizinkan Allah swt. Bangsa Yahudi dan Dajjal sedang mencari kembali Peti Tabut ini.

Di Gereja Our Lady Mary, Axum, terdapat sebuah peti yang dipercayai Peti Tabut. Ia digunakan sekali sekala bila ada perayaaan keagamaan. Banyak juga Peti Tabut disimpan di gereja-gereja di Ethiophia. Tetapi ia hanyalah peti replika saja! Peti Tabut yang sebenar masih ada tersimpan ditempat yang tersembunyi.

Apakah Sakinah yang dimaksudkan dalam ayat al-Quran diatas?

Maksud yang paling tepat untuk ‘sakinah’ ialah kebaikan, ketenangan atau ketenteraman. Maksud sebenar hanya Allah swt yang mengetahuinya.

Ada beberapa ayat al-quran lagi yang ada perkataan ‘sakinah’, antaranya ialah :

“Dialah yang menurunkan SAKINAH ke dalam hati orang-orang mukmin supaya bertambah keimanan dan keyakinan mereka beserta keimanan dan keyakinan sedia ada; padahal Allah menguasai tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Fath: 4)

“Demi sesungguhnya Allah redha akan orang-orang yang beriman ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Muhammad) di bawah naungan pohon (di Hudaibiah), maka ternyata apa yang sedia diketahuiNYa tentang yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan SAKINAH ke atas mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.”
(Al-Fath: 18)

“(Ingatlah) ketika orang-orang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh dalam hati mereka- perasaan sombong angkuh secara jahiliah, lalu Allah menurunkan SAKINAH kepada RasulNya dan kepada orang-orang beriman,.......”
(Al-Fath: 26)

Apapun maksudnya, makna sakinah diatas lebih menjurus kepada hal-hal spiritual, ia berkaitan dengan hati atau jiwa!

Mungkinkah Peti Tabut ada tersembunyi di bumi yang aman tenteram iaitu di Bumi Darussalam?

Jika Peti Tabut sudah ditemui atau sudah kembali sekali lagi , maka ianya bererti semakin hampirlah masa akan munculnya seorang pemimpin atau Raja yang ditunggu-tunggu bagi ummah ini , seorang raja seperti Talut ! Raja yang boleh memimpin angkatan perang , dia akan memimpin sebuah kerajaan baru , kerajaan yang bernaung dibawah satu panji Khilafah! Raja ini akan memimpin kebangkitan akhir zaman dan dia tak akan terkalahkan!

“…. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.” [ al-baqarah : 248]

Dalam ayat 248 surah al-Baqarah diatas, nama Talut tidak disebut, dia disebut dalam ayat sebelumnya! ‘kerajaan itu’ juga tidak dikhususkan kepada mana-mana kerajaan, Oleh itu kenyataan bila datangnya Tabut maka ia akan menjadi tanda akan berdirinya satu kerajaan boleh juga digunakan kepada kedatangan seorang pemimpin dan sebuah kerajaan yang ditunggu-tunggu diakhir zaman !

Berbalik semula kita pada Peti Tabut. Kayu yang digunakan untuk membuat peti tersebut adalah dari kayu jenis ‘penaga’ atau ‘acacia’. Kayu jenis penaga ini juga banyak terdapat di negara kita Malaysia dan di Asean.Yang menarik perhatian saya ialah ada satu tempat di Negara kita ini yang terletak di Pulau Pinang bernama Tanjung Penaga. Ia juga dulunya disebut ‘Cape Penaigre’ dan masih terpahat kukuh namanya dalam peta lama .Tahukah anda yang tempat itu merupakan nama tempatan George Town, Pulau Pinang? Tanjung ini dinamakan sedemikian kerana mengingatkan pokok Penaga Laut yang pada satu masa dulu tumbuh berleluasa di kawasan ini.Lebih menarik lagi bila Bandar George Town diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dengan Heritage City Motto-nya : “Leading We Serve” ! [Klik]

*Kat atas tu ada gambar singa yang kaki kanan depannya terangkat.

Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh dalam tahun 2008 telah mengabadikan sebuah Puisi bertajuk :

"Sebatang Penaga Di Tanjung."

kami memotong kulit tanah
buat ruang dan daerah wujudmu,
anak penaga
dan anak kepada hasrat kami,
di tanjung nyaman ini.
sebatang penaga laut
kami serahkan pada seri hari
supaya kau berdiri lurus,
menyaring angin pagi
dan asin laut.
saksikanlah
pekan menjalar,
bangsa-bangsa belayar di depan bayangmu,
kapal memunggah muatan
dan manusia sibuk urusan.
hulurlah sejukmu
kepada budaya
yang berbaur bagai
dan nilai yang tegak
di depan masyarakat.
lindungilah rumah dan balai tua
yang dibina waktu
dan sejarah di bawah bukit
kerana sejarahlah
yang melukis wajah kami
di depan kampung
kota dan dunia.
serahkanlah buahmu
kepada langit dan hujan,
kepada tanjung
dan alir zamannya,
semoga pulau ini
aman di tepi selat
yang beriak tenang.....


Mari kita membelek semula sedikit sejarah lama. Pulau Pinang dulunya disebut Bīnláng Yù dalam peta pelayaran Zheng He @ Cheng Ho dari Dinasti Ming China pada abad ke-15 .Pada abad ke 15 juga Portugis mula belayar dari Goa melalui kepulauan rempah dan pernah berlabuh di Pulau Pinang yang mereka namakan Pulo Pinaom. Pulau ini juga disebut Pulau Ka-Satu atau "First Island" dan terlibat dalam perdagangan laut antara Lingga dan Kedah. Ibu negerinya adalah Tanjung Penaga dan selepas itu digelar George Town. Tanjung Penaga juga pernah disebut ‘Cape Penaigre’ atau ‘Alexandrian laurels’.

Dalam tahun 1786 , Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Fort Cornwallis dan selepas itu ditukar kepada Prince of Wales Island. Dalam tahun 2010 Pulau Pinang mempunyai jumlah kepadatan penduduk tertinggi di Malaysia iaitu 1,450.5 orang per kilometer persegi dan jumlah penduduknya adalah 1,520,143. Penduduk melayunya adalah 43% , Cina 41%, India 10 % dan lain lain sebanyak 6 %.

* Bangunan Komtar di Penang

Kini Pulau Pinang ditadbir oleh seorang pemimpin yang dijolok dengan gelaran ‘Khalifah LGE’ dari DAP. Orang melayu-islam dari Pakatan Rakyat amat menyokong Khalifah ini. Kononnya Khalifah ini sangat adil dalam memperjuangkan hak rakyat. Bapanya LKS adalah pengerusi parti DAP, sebuah parti yang mempunyai ideologi seperti PAP Singapura!

*Perhatikan bentuk 1 bangunan di Kota Singa pula.

Jika dulu Singapura bernama Temasek, Kini Tanjung Penaga sudah menjadi George Town pula.

Percaturan ini sedang berjalan sejak sekian lama , namun umat melayu-islam kita semakin leka.

Jangan nantinya ‘Prince of Wales Island’ pula akan menjadi Singapura kedua ! tengok Logo Heritage City of George Town diatas betul-betul…. Kat atas sekali tu kan ada gambar singa!!! Tengok juga kaki kanan depan singa yang terangkat! Renungi dengan mendalam apa makna “Leading We Serve” itu!

*kat atas ni ada juga gambar seekor singa yang kaki kanan depannya terangkat.

Apapun kita doakan agar segalanya aman dan selamat, bak kata puitis Sasterawan Negara :

“Semoga Pulau ini aman di tepi selat yang beriak tenang”

Akhir sekali, ada baiknya kita perhatikan lambang atau logo Tentera sebuah negara dibawah dan mottonya : Klik Sini

"Yang Pertama Dan Utama"
.....

Ada 5 bintang kecil didalamnya , jika disambung dengan garisan akan membentuk bintang David! juga akan menjadi satu lambang yang.....


Hanya sekadar buat renungan.

*[Artikel ke- 221 Sangtawal Sakranta ]

20 comments:

makhfi said...

ada tempat nama PENAGA di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Seri said...

Salam tuan,

Terima kasih atas artikel yang menarik- "Ark of Covenant" - Tabut Perjanjian...lambang star of David adalah merujuk kepada Yahudi Zionis...itu memang tidak menghairankan kerana Singapura memanglah pro Israel...selain itu LKY juga sering melawat anak didiknya di Pulau Pinang..fikir-fikirkanlah...

H K Segegar Alam said...

Salam buat Sahabat Sangtawal,

Penaga @ Mentanga @ Bentagor ada terdapat di Semenanjung Malaysia. Rasa hamba ada gak satu ketika dulu hamba ceritakan pada Tuan dimana tempatnya. Mmg tongkat yg kami panggil Dhombak tersimpan di dalam peti berukir dari kayu dengan warna emas.

Wasallam.

abatasa said...

Salam saudara sangtawal

Cukup menarik bentangan sejarah Pulau Pinang yang telah sekian lama dilupakan. Wajar sekali kita peringatkan jenerasi semasa mengenai sejarah sebenar tanah air yang diperkosa oleh british. Benar, penjajah mempunyai niat rahsia terhadap negara ini, mereka mengimpot pendatang secara besar besaran khasnya dari China untuk memudahkan urusan menguasai penduduk tempatan. Sejarah sebenar sahaja yang dapat menceritakan punca setiap peristiwa semasa, terima kasih.

Saya nasihatkan saudara untuk sementara waktu, buang link "Che Det" kerana dijangkiti malware. Pembaca takut masuk. Saya juga telah hadapi masalah ini. Harap dapat membantu. Wassalam.

Fenomena Zaman said...

Assalamualaikum

Apakah peti tabut tu sama dengan Pandorah Box dalam cerita Tomb Rider?

Anonymous said...

sedare..........
ape kaitan peti tabut dengan penang?
ape kaitan dengan kayu penaga?
mana tau kayu peti tabut dari kayu penaga?
k nk cite psal DAP.....
x kira le mlayu k cina printah....
dlu pn sma gak gerakan printah
tnya pda diri, sape yg jual byk tnah rzab org mlayu?klu x U*&O....
skrg bru nk tkontang kanting nk glabah nk bsatu....
blik pda islam, insyAllah sume slamat

Anonymous said...

salam

"Dalam tahun 2010 Pulau Pinang mempunyai jumlah kepadatan penduduk tertinggi di Malaysia iaitu 1,450.5 orang per kilometer persegi dan jumlah penduduknya adalah 1,520,143. Penduduk melayunya adalah 43% , Cina 41%, India 10 % dan lain lain sebanyak 6 %."

kenyataan ini mengesahkan negeri itu sepatutnya ditadbir oleh org melayu..oleh kerana negeri itu tidak "bertuan", maka mengikut perlembagaan ciptaan UMNO dan kuncunya dibolehkan mana2 parti yg memiliki majoriti utk memegang jawatan nombor satu..

sepanjang sejarah kemerdekaan negara juga, pemilik majoriti kerusi DUN adalah UMNO (sblm 2008) namun disebabkan dungu dan mahukan sokongan dari cina2 maka diberikan pd gerakan..apa yg lebihnya gerakan tu x tahu la sy..klu UMNO x sanggup nk perintah, bg je lah kt PAS..hehehe

kini, UMNO pula menuduh cina DAP melakukan pengkhianatan kpd melayu sbbnya cina yg pegang jawatan no 1..aneh dan pelik pemikiran puak UMNO...dulu cina perintah senyap sj..skang?!!


"Jangan nantinya ‘Prince of Wales Island’ pula akan menjadi Singapura kedua ! tengok Logo Heritage City of George Town diatas betul-betul…. Kat atas sekali tu kan ada gambar singa!!! Tengok juga kaki kanan depan singa yang terangkat! Renungi dengan mendalam apa makna “Leading We Serve” itu!"

rasanya kenyataan ini x betul dr segi realitinya...ayat yg sepatutnya adalah

"kini pulau pinang ditadbir oleh seorang pemimpin yg dijolok dgn gelaran 'khalifah LGE' dari DAP..legasi dari kiasu-kiasu GERAKAN yg didalangi UMNO dan org melayu yg dungu..kononnya khalifah LGE sgt membenci melayu sebagaimana bapaknya LKS, pengerusi DAP, sebuah parti yg beridealogikan PAP singapore yg juga diberi bukan shj kuasa malah sebuah negara oleh UMNO dan org melayu yg dungu..

semestacode

1 melayu said...

Tidak semua orang islam menyokong umno. Tidak ada umat islam dalam pakatan rakyat menggelar LGE itu Khalifah. Ini satu lagi fitnah dari Sang Tawal. Apa yang ada ia lah LGE coba meniru keadilan Kahlifah Umar abdul Aziz. Jangan lah Sang Tawal fikir umat islam Dalam PR itu sebodoh ahli umno. Jangan jadi munafik.

Anonymous said...

salam

serius, sy betul2 x paham kenape org nk bandingkan DAP dan PAP..betul keduanya dr pemikiran yg sama, namun ada satu posisi yg perlu kita pahami antara kedua parti itu..

DAP tidak akan sesekali memerintah negara walau kuat mana pun pengaruh mereka.kecuali lah melayu PKR dan PAS dungu mcm melayu UMNO ketika PAP menguasai temasik..


betul, dalam perlembagaan singapore ada hak2 melayu namun dikikis secara halus..kena ingat itu setelah singapore di lepaskan oleh UMNO..

singapore adalah sebuah entiti "merdeka", mereka bebas mencorakkan bentuk pentadbiran yg mereka rasakan sesuai walaupun tanpa mengubah perlembangaan asal..ini tidak dapat dilakukan oleh DAP kerana pulau pinang hny sebuah negeri di bawah persekutuan malaysia..lihat kelantan dan terengganu yg cuba merealisasikan "undang-undang" sendiri tp ditegah oleh pusat dgn mudah sekali...

namun, melayu UMNO yg dungu terus terpesona dgn ratib pemimpin mereka bhw DAP itu akan melakukan apa yg PAP lakukan terhadap org melayu..disini siapa yg bodoh sebenarnya..?

siapa yg bg negara free kpd kiasu LKY.?

sy tidak mahu ajak saudara sekalian masuk PAS,DAP,PKR kerana sy juga bukan ahli, tp sekadar penyokong...

namun kita telah melihat dgn mata hati kegagalan gerombolan mentadbir negara..berubahlah kpd yg lbh baik..jika PR gagal juga, hapuskan terus sistem pilihanraya dan perkasakan institusi raja2 melayu..

pembangunan perlu ada UMNO.?

ini satu lg ratib bidaah dolalah puak UMNO..

kenapa perlu ada UMNO baru ada pembangunan..KLCC, PUTRAJAYA, MSC, LITAR SEPANG tu UMNO buat ker..klu tny mat2 indon.."itu kami yg bikin pak.!"..nampaknya mat2 indon pn bule buat parti dan kempen pembangunan...UMNO dan PAS x mampu bat pembangunan.mereka hny mampu bercakap shj...lihatlah byk bangunan2 tinggi, projek2 mega kami yg bikin..kami kerja siang malam..

haa..camner anda nk jawab..(mat indon pn dh ramai mesia ni)

adakah UMNO pandai tentang pembangunan?

TIDAK!!

lihat dikelantan. jambatan ke-2 sultan yahya petra sehinga kini blum siap..sudah masuk 4 thn..di china jambatan terpanjang didunia bule disiapkan dlm sama setahun lbh shj..

itu hny satu contoh kegagalan UMNO tentang pembangunan...

PAS mengaku tidak pernah buat masjid dikelantan kerna PAS tahu PAS tidak berkemampuan dr kewangan..namun kerajaan negeri sentiasa membangunkan masjid seluruh kelantan dgn dibantu dermawan kelantan..

nah!..tidak paham lagi ker..

ntah ler..bukan nk masuk politik dalam posting ni, tp kita x abis2 dgn cara pemikiran jumud..

semestacode

Anonymous said...

agak2 raja norjan tu betul ke seorang raja? ke nak tunggu tabut rahsia keluar?

Anonymous said...

mula baca blog ni, nampak macam sempoi. tup-tup macam hampeh.
nak kata satu je kat sang tawal.
'KEPALA HOTAK KO'.

Fenomena Zaman said...

Assalamualaikum

Untuk Makluman Semua

Imam Imran Hossein telah berada di Malaysia untuk siri ceramah jelajahanya disekitar Kuala Lumpur bermula dari 15 April 2011 hingga 6 Mei 2011. Jika ada yang berkelapangan sila-sila hadir ceramah beliau. Kalau ada sahabat-sahabat kita yang hadir ceramah tersebut harap dapat rakam video ceramah beliau dan sebarkan di Internet.

untuk maklumat lanjut boleh rujuk disini

http://www.imranhosein.org/blog/270-sh-imran-hosein-malaysia-lecture-tour.html


Harap Maklum

Anonymous said...

Peti Tabut dahpun dijumpai bukan di Penang...tak payahlah dok kuat berangan yer:

http://nemoto911.blogspot.com/2011/07/tabut-perjanjian-nabi-musa-ditemukan.html

pakdet ahmad tamidi said...

#A,,,B,,,Semua Sudah 'senyap'bila politik Dimasukkan Kedalam Infomasi'...Langsung tiada Gerak 'Sakinah' barangkali..Setahun Sudah Berlalu...Peliharalah Gerak Hati Yang meniup dari 'menghunus Pedang'.FISABILILLAH itu adalah berperang dengan Hati Sendiri...Disitulah kehidupannya SYAITAN.Mulakan Sesuatu apapun Dengan 'AUZUBILLAHHIMINASyaitanNIRAJIM (13)',..Itulah IS'm penawarnya.Peperangan Sebenar adalah Bukan sesama manusia,ianya adalah Peperangan Menentang kehendak Hati yang Dipesongkan oleh Syaitan yg menduduki hati...Peliharalah MiHRAP mu agar,hidayah mendatangi akal supaya hati dapat dikawal kerana di dunia Segala Hati semakin lara dijajah oleh 'DIGIT2' yang disusun Rapi...LINDUNGI,KASIHI & SAYANGI sesama manusia,Kita semua adalah Mahkluk ILLAHI...Yang silapNya adalah Hati manusia itu Sendiri Yang Tidak Dilindungi dalam Mencipta sesuatu...Kesilapan ISLAM diakhir Zaman itu sendiri yang tidak mendakwahkan PERLINDUNGAN untuk Hati pada Dunia Kemodenan...Mereka Melihat dari Segi Keuntungan Semata2 didalam Pentadbiran ISLAM,maka itulah,Isalam semakin Berkembang Tapi ia semakin Melemah.(OBESITI)...Renung dengan Akal Sebarang Perkara,Yang Lainnya serahkan Pada ILLAHI.Jangan Mengistiharkan Pada Sesama Manusia...Yang Terbaik Datangnya dari ILLAHI dan Ianya adalah Qada & qadarnya jua...Agama Apapun hanyalah pegangan Untuk penilaian akal...Jika Mengunakan Hati,Pasti Kita Akan terperangkap didalam peperangan yang dianjurkan oleh Hati yang selama Ini...Ketenteraman Itu adalah 'Sakinah' yang menjayakan pemahaman tentang 'peti Tabut',jika kita bukan pemiliknya,mengapa kita perlu khuatir?...Yang Hak adalah yang Hak...Mengandaikan sesuatu memanglah mudah,Menyimpulkan Kasih Sayang Sesama manusia dan melindungi makhluk ALLAH itu yang susahnya...Politik Adalah percaturan Hati atas kepercayaan Kuasa Di muka Bumi...Itu dimuka Bumi,Yang Kita Cari Adalah DUNIA & AkHIRAT...Melindungi,Mengasihi & Menyayangi...Dihujungmya Pasti Keamanan.Yakin, Jika Ini Perkembangan Kita,Manusia Akan Mencapai Kemakmuran Di serata Alam.INSYALLAH...Pellihara IS'M (13),Pelihara X3...BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.,,,G#

shahpaskal said...

Penulis blog ini mengorbankan masa dan memerah minda menghasilkan artikel yang membuka sejarah peti tabut walaupun tidak semestinya tepat tetapi perkongsian yang diberi percuma untuk anak bangsa, dibalas dengan cercaan hanya disebabkan haluan politknya yang berbeza. Tahniah untuk penulis blog-sangtawal, Semoga Allah Merahmati Saudara

Anonymous said...

sume fanatik pkr punya ulasan adalah sepesen je.sama je.sume copy n paste kata pemimpin pkr.bkn dgn akal sendiri.

Anonymous said...

Tabut terbenam dlm banjir besar kali ke 2 Al Arim di Negara Iram yang membinasakan kaum Saba' di zamam Sulaiman AS.

Sulaiman AS mengarahkan Ophir dan abangnya Hiram untuk mencari emas dan besi.

Ophir menamakan Mount Ophir atau Gunaung Ledang bagi gunung tempat beliau melombong emas. Manakala Hiram atau Iram menamakan Gunung Jerai Hiram bagi gunung tempat beliau melombong besi.

Sulaiman mengalihkan pusat pemerintahan baginda di Iram, memandangkan di sana terdapat banyak batu kristal Langkawi dan batu Kawi atau marmar untuk dibuat lantai istana.

Perbandaran lengkap Iram terbenam di Jerai Iram yang juga dikenali sebagai Kato Iram atau Katarram...Kedah Tua.

Kerja eskavasi sedang giat dijalankan di Katarram mengesan peninggalan Kerajaan Iram dan telah ditemui pusat peleburan besi kuno, perlabuhan kuno, 8 buah kapal kuno zaman Sulaiman terbenam dlm tanah di tempat yang kini bernama Sungai Batu, Kedah.

Rizal Ruby Rayyan said...

As Salam....bulan lepas saYa telah pergi mencari bukti, batu nisan lama milik seorg ulama/pendekar Fisabilillah zmn menentang penjajah kafir British Kristian.. tanah perkuburan itu terletak dihadapan "Masjid LAHAR TABUT",Penaga..kepala Batas.Pulau Pinang...Masjid & pondok agama disitu dijadikan sbg tmpt perlindungan pejuang2 dahulu berkumpul utk berlatih silat & mendalami agama...kebanyakkan yg hulubalang2 di kota Kuala Muda sudah meninggalkan kota itu kerana tidak sanggup berkhidmat dgn Paduka Seri Sultan yg berpakat dgn British mahu menjatuhkan Agama Islam & DYMM Tuanku Sultan Kedah yg merupakan ketua Agama Islam ...

Rizal Ruby Rayyan said...

As Salam....bulan lepas saYa telah pergi mencari bukti, batu nisan lama milik seorg ulama/pendekar Fisabilillah zmn menentang penjajah kafir British Kristian.. tanah perkuburan itu terletak dihadapan "Masjid LAHAR TABUT",Penaga..kepala Batas.Pulau Pinang...Masjid & pondok agama disitu dijadikan sbg tmpt perlindungan pejuang2 dahulu berkumpul utk berlatih silat & mendalami agama...kebanyakkan yg hulubalang2 di kota Kuala Muda sudah meninggalkan kota itu kerana tidak sanggup berkhidmat dgn Paduka Seri Sultan yg berpakat dgn British mahu menjatuhkan Agama Islam & DYMM Tuanku Sultan Kedah yg merupakan ketua Agama Islam ...

Panji-Panji Hitam said...

Hebat meskipon hanya tesis.....
Semoga yang Tawal terus maju.....
Kembalikan Pulau Pinang dan Prai kepada Kedah,Zaman Penjajah telah tamat....
Yang penting pergi mampus sama DAP,LU dengan Puak-Puak lu boleh balik china.....