Sunday, May 02, 2010

Debu Konspirasi Dari Lembah Nil : Bhg 2 - Firaun Manakah Yang Tenggelam ?


Tajuk : Debu Konspirasi Dari Lembah Nil : Bhg 2 - Firaun Manakah Yang Tenggelam?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Banyak artikel dan teori yang menyingkap misteri Firaun manakah yang tenggelam di zaman Nabi Musa a.s.Dalam artikel ini, saya akan cuba mengajak anda semua berfikir dan membuat sedikit analisa berkaitan dengan apa yang akan cuba saya sampaikan.

Beberapa calon popular Firaun yang paling dipercayai tenggelam ialah Thutmose II (1494 SM – 1479 SM) dan Ramesses II (1279 SM – 1213 SM).

Namun setelah membaca beberapa artikel berkaitan, saya membuat kesimpulan bahawa Firaun yang tenggelam adalah termasuk dalam Dinasti ke-18 Firaun.Firaun dari Dinasti ke-18 memerintah Mesir dari 1550 hingga 1295 SM.Oleh itu Firaun yang tidak termasuk dalam Dinasti ke-18 bolehlah diabaikan dari menjadi calon paling sesuai ditenggelamkan oleh Allah swt.Anda boleh semak semula nama Firaun pada Dinasti ke-18 disini : Klik


Secara ringkasnya Firaun yang memerintah dalam Dinasti ke-18 secara turutannya ialah :

Ahmose I (Ahmosis I) – Amenhotep I – Thutmose I – Thutmose II – Ratu Hatshepsut – Thutmose III - Amenhotep II – Thutmose IV – Amenhotep III – Amenhotep IV ( Akhenaten) – Smenkhkare – Tutankhamun - Kheperkheprure Ai – Horemheb.

Rameses II yang terkenal itu termasuk Firaun pada Dinasti ke-19.

Jika dilihat kepada tahun kelahiran Nabi Musa a.s iaitu pada 1436 SM, baginda dilahirkan di Mesir pada zaman pemerintahan Firaun Amenhotep II (1427-1400 SM). Baginda meninggal dunia pada tahun 1281 SM iaitu ketika berusia 120 tahun! Oleh itu saya membuat kesimpulan bahawa Firaun yang hidup sezaman dengan Nabi Musa ialah dari Firaun Amenhotep II hinggalah Firaun Ramesses II (1279-1213 SM) iaitu Firaun ketiga dalam Dinasti ke-19.Ini adalah kerana tahun 1279 SM itu dikira tahun pemerintahan Ramesses II dan ia hanya beza 2 tahun dari tahun kematian Nabi Musa a.s (1281 SM).Secara logik akalnya Firaun Ramesses II sudah ada sewaktu kematian Nabi Musa a.s, kerana tak mungkin Ramesses II naik takhta ketika umur 2 tahun!

Saya, secara peribadinya mempercayai Firaun yang tenggelam itu adalah Firaun Amenhotep III iaitu bapa kepada Firaun Amenhotep IV [ Amenhotep IV menukar namanya kepada Akhenaten dan beliaulah yang memperkenalkan agama monoteisme – menyembah Tuhan yang satu]

Keyakinan saya diatas adalah berdasarkan kepada tarikh kelahiran Nabi Musa a.s sendiri , lalu menyesuaikannya dengan tarikh, masa dan peristiwa tenggelamnya firaun itu di Laut Merah.

Timeline Timur Tengah dan Sejarah Bani Israel yang ditulis oleh penulis terkenal Muhammad Alexander Wisnu Sasongko dalam bukunya “Yakjuj & Makjuj – Bencana Di Sebalik Gunung” pada mukasurat 224-225 amat menyakinkan saya.Tulis beliau seperti berikut :

[[ 1436 SM – Nabi Musa dilahirkan di Mesir pada zaman pemerintahan Firaun Amenhotep II dari Dinasti 18

1401 SM – Musa lari dari Mesir selepas membunuh bangsa Mesir.Tinggal di Madyan 10 tahun bersama Nabi Syuib.

1390SM – Nabi Musa kembali ke Mesir dengan membawa tugas kenabian, mendatangi Firaun Amenhotep III.

1389 – 1372 SM – Periode perang saraf dengan Firaun; Firaun berusaha membunuh nabi Musa.Muncul Akhenaton(Amenhoteb IV), salah seorang kerabat Firaun yang membela Musa dan menyatakan keimanannya .Akhenaton (Amenhotep IV) putera Amenhotep III mula menunjukkan keimanannya.

1372 SMMusa dan Bani Israel keluar dari Mesir (Exodus).Firaun Amenhotep III ditenggelamkan di laut.

1371 SM – Bani Israel memulakan kehidupan di Padang Tieh selama 40 tahun; dalam masa ini, Ten Commandments / sepuluh perintah Tuhan diturunkan.

1370 SM – Amenhotep IV memimpin Mesir, dan berganti nama menjadi Akhenaton.Dialah raja Mesir pertama yang mencetuskan agama monoteisme.

1358 SM – Raja mesir Tutankhamen meninggal dunia.

1332 SM – Orang Ibrani memasuki kanaan.

1274 SM – Hakim-Hakim mulai memimpin Israel.

1281 SM – Nabi Musa meninggal dunia dalam usia 120 tahun.

1209 SM – Deborah menjadi hakim Israel.

1180 SM – Ezekiel/ Hizqil bin Budsi menjadi nabi.Israel jatuh kedalam penyembahan berhala.Ezekiel meramalkan : 1 ) kehancuran bani Israel, 2) penyatuan Israel oleh Daud, 3) datangnya Gog Magog.

1162 SM – Gideon menjadi Hakim Israel; mula membuat berhala patung Efod dari emas, patung itu ditempatkan di Kota Ofra.Orang Israel mula menyembah Efod.Selepas Gideon mati, bani Israel mula menyembah Baal. ]]


Saya sengaja menulis renretan Timeline itu sehingga selepas kematian Nabi Musa a.s untuk menunjukkan kepada pembaca sekalian beberapa kata kunci kepada bunga-bunga permainan licik Iblis dan Dajjal dalam penulisan saya selepas ini tentang bagaimana bani Israel ini mula dipesongkan akidahnya sehingga menganut ajaran penyembahan berhala.Saya mengira waktu hebat perancangan konspirasi mereka adalah selepas peristiwa terbelahnya laut merah dan berjayanya proses penyeberangan Nabi Musa a.s dan pengikutnya yang beriman dan tenggelamnya Firaun bersama 600,000 bala tenteranya dilautan!

Setelah Nabi Musa a.s berjaya dalam peristiwa Exodusnya atas pertolongan Allah swt, maka Sang Iblis dan Dajjal mulai risau memandangkan peristiwa besar dunia itu , secara psikologinya telah menyedarkan ramai manusia akan kebesaran Allah swt dan kebenaran ajaran Musa lalu mereka pun mula beriman dengan Tuhan Musa!

Sesungguhnya ini amat menakutkan Iblis dan Dajjal, oleh itu mereka pun mulalah merancang untuk meracuni pemikiran Firaun Amenhotep IV (Akhenaten) yang sememangnya telah beriman sebelum peristiwa bapanya Firaun Amenhotep III ditenggelamkan lagi.

Kekosongan medan dakwah dan ketiadaan Nabi di Mesir setelah berlakunya peristiwa Exodus pada hemat saya adalah merupakan titik tolak kepada fasa baru konspirasi Sang Iblis dan Dajjal bermula di Lembah Nil.Sisa-sisa iman dalam diri Firaun Amenhotep IV telah diracuni sehingga pegangan agama Akhenaton dan isterinya Ratu Hatshepsut berubah dari menyembah Tuhan yang satu kepada penyembahan Tuhan yang satu - versi Iblis dan Dajjal iaitu menyembah matahari! Ilmu sihir dan pemujaan Iblis kembali bersemarak di Lembah Nil.

Mungkin itulah sebabnya setiap lambang dan simbol freemason atau Illuminati tidak boleh tidak pasti ada bentuk piramid dan mata satu!

Siapakah pula Hakim Deborah dan Gideon ini saudara sehingga boleh menjadi raja dan pemerintah bani Israel ? dan mengapakah mereka begitu berkuasa dalam menentukan halatuju dan masa depan bani Israel selepas itu??? Sila kaji dan fikir-fikirkan bersama!



Kembali kita kepada persoalan siapakah firaun yang sebenarnya tenggelam itu, rasanya satu lagi fakta menarik yang perlu kita kongsi bersama ,iaitu tentang satu dakwaan penemuan arkeologi roda kereta kuda firaun yang berusia kira-kira 3500 tahun silam yang dipercayai tenggelam bersama firaun telah ditemui didasar laut merah oleh seorang ahli arkeolgi bernama Ron Wyatt pada tahun 1978.

Ron Wyatt telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar Laut Merah.Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di laut itu sewaktu digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.Selain itu Wyatt bersama pasukannya juga menemui beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama.



Hasil ujian di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemui itu , mereka mengesahkan bahawa beberapa tulang manusia dan kuda telah ditemui ditempat yang sama yang dianggarkan berusia sekitar 3,500 tahun silam, amat sesuai dan selari dengan tempoh waktu pengejaran Firaun dan bala tenteranya terhadap Nabi Musa a.s melalui Laut Merah.

Salah satu roda kereta kuda yang keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang menyebabkan sukar untuk melihatnya dalam bentuk yang asli juga dijumpai menunjukkan roda tersebut sudah berada sekian lama didasar lautan itu




Paling menarik sekali ialah penemuan mereka keatas satu roda dengan empat jeriji yang terbuat dari emas!Mungkinkah itu kereta kuda yang dinaiki oleh Firaun saudara? Kerana tentera biasa tidak mungkin menaiki kereta kuda yang beroda emas!

Mungkin pembaca sekalian boleh mengetahui tentang betapa signifikannya kereta kuda dizaman Firaun ketika itu, boleh Klik disini :


*Contoh Chariot (kereta kuda) yang digunakan oleh Firaun

*Salah sebuah Chariot yang ditemui di makam Firaun Tut

Lokasi penyeberangan (Exodus) dipercayai oleh kebanyakan pengkaji ialah berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. [ Laluan ditunjukkan dalam bulatan merah dibawah]

*Peta laluan Nabi Musa a.s dalam Exodusnya

Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab.Sementara itu, di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1,500 meter.Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 darjah, dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 darjah.

Jarak antara Nuweiba ke Arab dianggarkan sekitar 1,800 meter. Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah pula dianggarkan 900 meter.

Ada pendapat lain yang menganggarkan jarak pintasan penyeberangan ialah 7 kilometer, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600,000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberanginya ialah lebih kurang empat jam.

Laluan bala tentera firaun dipercayai disini : Klik Sini


*Mereka melalui lembah ini sebelum melalui jalan laut

Perbahasan samada Firaun sendiri turut tenggelam atau hanya bala tenteranya sahaja atau kedua-dua pihak telah tenggelam telah ditegaskan sendiri oleh Allah swt dalam Al-Quran, mematikan hujah-hujah orang kafir yang cuba untuk menimbulkan keraguan tentang peristiwa besar dalam sejarah manusia ini.

Firman Allah bermaksud:

“Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami, Kami menyeksa mereka, iaitu Kami menenggelamkan mereka semuanya di laut hingga binasa. Maka Kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian”. ( Surah az-Zukhruf: 55-56 ).

“Dengan sebab itu, Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut, maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim” ( Surah al-Qasas: 40 )

Kajian terperinci Wyatt berkenaan dengan tempat laluan Nabi Musa a.s dan digambarkan dalam bentuk imej 3D amat menarik untuk dikongsi bersama disini :

[[ Research: The Red Sea Crossing Site

We have continued extensive research on this subject and obtained some new data which indicates that the site of the crossing of the Red Sea was actually broader and shallower than earlier data indicated. New interest in the Gulf of Aqaba has been generated due to the new cooperation between Jordan, Egypt and Israel in promoting tourism in the region. (The gulf is bound by Egypt on the west, Israel and Jordan on the north, and Saudi Arabia on the east.)

Tension in the region between the Saudis, Jordanians, Egyptians and Israelis has resulted in a very limited knowledge of the sea floor of the Gulf. Of particular interest is the fact that they are planning an extensive program of scientific research in the gulf, because, "...we still lack basic oceanographic information about the Gulf", Limnological Research Institute".

"Soundings" and measurements taken to date have been admittedly inaccurate because of many factors - but foremost is the fact that it is deep but narrow (30 km. at the widest point.)

Wyatt Archaeological Research contacted every oceanographic institute which could be found, seeking the most recent and accurate information. Data was provided from the ETOP05 data base which is supposed to be the most accurate available. However, it isn’t as detailed as we would eventually like. (Refer to "Data announcement 88-MGG-02, Digital relief of the Surface of the Earth. NOAA, National Geophysical Data Center, Boulder, Colorado.)

What it DOES show is a swatch of sea floor from Nuweiba across to the Saudi shore, which is much shallower than the sea on either side of the underwater land bridge. This swatch of sea floor is roughly between 7 and 10 miles wide. On either side, large cracks in the earth extend down to almost 3,000 feet to the north, and 5,000 to the south. This new information is quite exciting, because it shows a consistent pathway across the gulf to the other shore that, with the water removed, could have easily been traveled. When the digital data was fed to a topographical mapping program, it revealed a 3-D model of the sea floor in the Gulf. That digital model can be seen below.]]




*Imej-imej digital 3D diatas menunjukkan lokasi yang dipercayai menjadi laluan atau pintasan Nabi Musa a.s sebenarnya adalah cetek dan mudah dilalui !!! ( MasyaAllah!!!, cuba bayangkan! )

Dibawah ini saya siarkan beberapa artikel pilihan untuk perbandingan dan penilaian bersama.Semoga pembaca beroleh sedikit manfaat dari nya.



Artikel Pilihan 1

Roda kereta Kuda zaman Firaun:
Sumber : Klik


[[ Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)

Penyelidik belum dapat pastikan siapa pemerintah Mesir ditenggelamkan dalam lautan ketika kejar Nabi Musa AS dan pengikut

PADA 1978, seorang ahli arkeologi bernama Ron Wyatt tampil mendakwa yang pasukannya menemui roda kereta kuda silam di dasar Laut Merah.

Roda itu bagaimanapun tidak lagi berada dalam keadaan yang baik kerana dipenuhi batu karang serta memerlukan proses pemeriksaan yang teliti.

Seterusnya roda itu dihantar untuk dikaji dengan lebih terperinci dan hasilnya, artifak berkenaan didapati berasal sekitar zaman dinasti ke-18 Kerajaan Mesir purba iaitu kira-kira 3500 tahun silam.

Penemuan itu meyakinkan Ron yang pasukannya sudah menemui satu artifak berharga - mereka menemui roda kenderaan firaun yang ditenggelami lautan oleh Tuhan ketika mengejar Nabi Musa AS.

Penemuan itu sekali gus menjadi debat antara ahli arkeologi dalam mencari jawapan kepada persoalan yang menyelubungi peristiwa ‘hukuman Tuhan terhadap firuan terbabit’.

Berbeza dengan cerita legenda atau mitos dunia, kisah bala menimpa firaun dan angkatan perangnya itu sememangnya diimani tidak saja oleh umat Islam, malah golongan Nasrani (Kristian) dan Yahudi.

Dalam rentetan peristiwa mukjizat yang turut menggambarkan keajaiban kekuasaan Allah SWT itu, Nabi Musa AS serta pengikutnya sedang meninggalkan tanah air mereka selepas dakwah yang disampaikan rasul Allah itu tidak diterima pemerintah (firaun) dan kebanyakan masyarakatnya yang tetap mempercayai bahawa firuan adalah tuhan.

Bagaimanapun, ketika mereka meninggalkan kawasan itu, firaun yang terkenal kerana kekejamannya itu membawa bersama angkatan perang dan mengejar Nabi Musa AS serta pengikutnya. Mereka terus mengejar Nabi Musa dan pengikutnya sehingga tiba di tepi lautan.

Ketika itulah Nabi Musa AS menunjukkan satu daripada mukjizat baginda apabila rasul itu menghentak tongkatnya ke laut sehingga menyebabkan lautan itu terbelah dua dan menghasilkan laluan untuk golongan mukmin melintas ke seberang.

Seterusnya Nabi Musa dan pengikutnya terus menyeberang mengikut laluan antara dua laut itu yang kemudian diikuti firaun dan pengikutnya. Selepas semua hamba Allah yang beriman itu sampai ke seberang daratan, laut yang terbelah tadi kembali tercantum sekali gus menenggelamkan firaun dan semua pengikutnya.

Kejadian itu dinyatakan Allah SWT dalam al-Quran seperti firman-Nya: “Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang yang bersama dengannya, semuanya. Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (firaun dan tentera yang mengejarnya).” (Asy-Syu’araa: 65-66).

Dengan keyakinan bahawa peristiwa itu memang pernah berlaku pada zaman silam, penyelidik cuba meneroka pelusuk arkeologi bumi dengan harapan mampu menemui tinggalan artifak daripada kejadian berkenaan.

Bagi mencapai tujuan itu, mereka mula menyelidik dan menyemak silang nas kitab suci dengan catatan sejarah dunia silam bagi mencari lokasi lautan itu dibelah.

Bagaimanapun, dalam al-Quran, tidak terdapat keterangan terperinci mengenai lokasi kejadian itu sekali gus meninggalkan persoalan berkenaan kekal dalam misteri.

Rujukan pada terjemahan Kitab Kedua Perjanjian Lama yang dijadikan kitab rujukan utama kaum Yahudi dan Nasrani pula menyatakan firaun bersama tenteranya tenggelam di Laut Merah menyebabkan ramai percaya kejadian terbabit berlaku di lautan berkenaan.

Sesetengah penyelidik lain pula percaya yang kejadian itu berlaku di pantai Mediteranean di Mesir. Di dalam Ensiklopedia Judaica misalnya, dicatatkan: “Kebanyakan pendapat hari ini mengenal pasti Laut Merah yang dinyatakan dalam juzuk Penghijrahan (dalam Kitab Perjanjian Lama) sebagai sebuah lagun di tepi pantai Mediteranean.”

Mereka berpendapat yang terjemahan ‘The Red Sea (Laut Merah)’ dalam Kitab Kedua Perjanjian Lama sebenarnya adalah ‘the sea of reeds (lautan rumput aur)’ yang mana lautan rumput aur itu terdapat di pantai Mediteranean Mesir.

Dalam Perjanjian Lama, turut tertera perkataan ‘Migdol’ dan ‘Baal-Zephon’ dalam laluan digunakan Nabi Musa dan pengikutnya dan kedua-dua tempat itu terletak di sebelah utara Delta Sungai Nil di pantai Mesir.

Selain persoalan mengenai lokasi lautan itu dibelah, persoalan lain yang masih menjadi misteri adalah pada zaman bilakah peristiwa itu berlaku dan siapakah firaun yang dihukum Allah SWT itu.

Bagi mencari identiti sebenar firaun yang menentang Nabi Musa AS itu, penyelidik mula meneliti senarai pemerintah Kerajaan Mesir purba, tetapi mereka buntu apabila terdapat berpuluh nama firuan di dalam senarai itu.

Malah, hampir semua firaun yang memerintah Kerajaan Mesir purba itu dianggap sebagai tuhan dalam kepercayaan politheistik songsang pada zaman Mesir kuno.

Bagaimanapun, berdasarkan zaman kelahiran Nabi Musa AS iaitu lebih sekitar 1260 Sebelum Masihi (SM), penyelidik yakin bahawa firaun berkenaan adalah Rameses II yang memerintah Kerajaan Mesir Purba dari 1279 SM hingga 1213 SM.

Sesetengah penyelidik pula menyatakan bahawa firuan berkenaan adalah Merneptah yang memerintah selepas pemerintahan Ramses II iaitu dari 1213 SM hingga 1203 SM. Akan tetapi sehingga kini, kedua-dua pendapat itu masih diperdebatkan.

Sehingga kini, persoalan pada zaman bila peristiwa itu berlaku dan di manakah ia berlaku serta siapakah firuan yang dihukum Allah SWT itu masih menjadi misteri. Perkara yang nyata adalah balasan Allah SWT akan menimpa sesiapa yang menyekutukan dan melanggar perintah serta larangan-Nya.

Sumber: Perished Nation, www.wyattmuseum.com ...]]


Artikel Pilihan 2 :

Sumber : Klik

[[....Firaun manakah yg tenggelam di laut merah?

Kisah mengenai Mukjizat Nabi Musa (Moses) yang membelah Laut Merah dengan tongkatnya untuk menghindari kejaran Fir’aun dan bala tentaranya tentunya sudah tak asing lagi ditelinga kita. Di kitab suci Al-Qur’an dan Alkitab, kronologi pengejaran dikisahkan begitu gamblang walaupun terdapat sedikit perberbedaan kisah diatara keduanya.

Namun yang pasti, kedua kitab suci tersebut mengisahkan kepada kita mengenai akhir yang menggembirakan bagi Musa beserta Kaum Bani Israel karena dapat meloloskan diri dari kejaran Fir’aun beserta bala tentaranya. Dan bagi sang Fir’aun, ia justru menemui ajalnya setelah tenggelam bersama pasukannya di Laut Merah.

Walaupun Al-Quran dan Alkitab sudah cukup jelas mengisahkan kronologi peristiwa itu terjadi, namun masih terdapat teka-teki mengenai siapa sebenarnya Fir’aun yang memimpin pengejaran terhadap Musa beserta kaum Bani Israel? Al-Quran dan Alkitab tidak menyebutkan secara mendetail siapakah Fir’aun yang dimaksud.

Fir’aun (Pharaoh) merupakan gelar yang diberikan kepada raja-raja Mesir kuno. Asal usul istilah Fir’aun sebetulnya merujuk kepada nama istana tempat berdiamnya seorang raja, namun lama – kelamaan digunakan sebagai gelar raja-raja Mesir kuno.

Banyak Fir’aun yang telah memimpin peradaban yang terkenal dengan penginggalan Piramida Khufu-nya itu, mulai dari Raja Menes -sekitar 3000 SM, pendiri kerajaan, pemersatu Mesir hulu dan hilir – hingga Mesir jatuh dibawah kepemimpinan raja-raja dari Persia.

Sejauh ini telah banyak studi yang dilakukan untuk mengidentifikasi siapakah Fir’aun yang sedang berkuasa saat peristiwa keluarnya Musa beserta Bani Israel dari tanah Mesir. Berikut beberapa kandidatnya :

• Ahmose I (1550 SM – 1525 SM)
• Thutmose I (1506 SM – 1493 SM)
• Thutmose II (1494 SM – 1479 SM)
• Thutmose III (1479 SM – 1425 SM)
• Amenhotep II (1427 SM – 1401 SM)
• Amenhotep IV (1352 SM – 1336 SM)
• Horemheb (sekitar 1319 SM – 1292 SM)
• Ramesses I (sekitar 1292 SM – 1290 SM)
• Seti I (sekitar 1290 SM – 1279 SM)
• Ramesses II (1279 SM – 1213 SM)
• Merneptah (1213 SM – 1203 SM)
• Amenmesse (1203 SM – 1199 SM)
• Setnakhte (1190 SM – 1186 SM)

Dari daftar beberapa Fir’aun diatas, nama Ramesses II selama ini memang kerap diidentifikasikan sebagai Fir’aun yang sedang berkuasa pada saat itu. Ia merupakan sosok Fir’aun terbesar dan terkuat yang pernah memimpin peradaban Mesir kuno. Ramesses II juga merupakan salah satu Fir’aun yang paling lama berkuasa, yakni 66 tahun lamanya.

Sifatnya yang kadang tirani terhadap masyarakat kelas bawah, membuat sejarawan banyak yang berspekulasi dengan menyebutkan ia sebagai raja yang memperbudak Bani Israel. Walaupun demikian, tidak ada bukti arkeologi yang benar-benar memperkuat dugaan tersebut. Selain itu periode masa hidupnya juga dikatakan tidak cocok dengan kemungkinan terjadinya peristiwa keluaran.

Kemudian menilik ke Raja Merneptah – putra Ramesses II – yang berkuasa setelah Ramesses II mangkat, ia juga bukan merupakan Fir’aun yang dimaksud mengingat pada masa pemerintahannya, Merneptah pernah mengatakan bahwa Bangsa Israel telah tiba di tanah Kana’an. Itu artinya, peristiwa keluarnya Musa beserta Bani Israel telah lama terjadi sebelum ia berkuasa.

Lalu bagaimana dengan Seti I, ayah dari Ramesses II ? Bagaimanapun juga, ahli sejarah Alkitab mengatakan peristiwa keluaran ini terjadi disekitar 1400 SM, itu jauh dari masa pemerintahan Seti I.

Beberapa Sejarawan yang menggunakan metode penelitian dengan cara mencocokkan kronologi di dalam catatan-catatan peninggalan Mesir Kuno dengan perkiraan waktu keluaran pada kitab suci menyimpulkan, kemungkinan peristiwa itu terjadi saat Mesir kuno dibawah pimpinan Raja-raja Dinasti ke-18.

Dinasti ke-18 mencakup beberapa raja, yakni Thutmose I (1506 SM – 1493 SM), Thutmose II (1494 SM – 1479 SM), diselingi oleh kepempinan Fir’aun wanita yaitu Ratu Hatsepsut (1479 SM -1458 SM) kemudian Thutmose III (1479 SM – 1425 SM).

Benarkan Thutmose II Fir’aun yang tenggelam di Laut Merah?

Menurut studi yang dilakukan oleh Sejarawan Alan Gardiner, setelah kematian Thutmose I dan masa persinggahannya selama 40 tahun di Madyan / Midian, Musa memutuskan untuk kembali ke tanah Mesir tempat beliau dibesarkan. Allah menugaskan Musa untuk menyampaikan ajaran agama yang hakiki kepada Fir’aun. Pada saat itu, Mesir dipimpin oleh Raja Thutmose II yang memperistri Ratu Hatshepsut.

Thutmose II, menurut sejarah bukanlah sosok Fir’aun yang hebat, sebaliknya istrinya Hatshepsut yang banyak berperan penting bagi kemajuan kerajaan. Walaupun bukan merupakan sosok pemimpin yang dikatakan berpengaruh, Gardiner tetap meyakini Thutmose II merupakan kandidat terkuat fir’aun yang melakukan pengejaran terhadap Musa beserta kaum Bani Israel. Hal itu dikarenakan banyaknya kecocokan dengan studi sejarah yang ia lakukan.

Garnier juga menambahakan bahwa di pusara tempat berdiamnya mummi Thutmose II, hampir tidak ditemukan ornamen-ornamen dan benda-benda berharga “semewah” pusara raja-raja Mesir kuno yang lainnya. Ada kesan bahwa raja ini tidak begitu disukai dan dihormati oleh rakyatnya, sehingga mereka tak peduli dengan kematian sang Raja. Selain itu, kematiannya yang mendadak juga menjadi salah satu alasannya.

Penelitian terhadap Mummi Thutmose II yang ditemukan di situs Deir el-Bahri pada tahun 1881 mengungkapkan bahwa terdapat banyak bekas cidera di tubuhnya, dan Mummi-nya ditemukan tidak dalam kondisi yang bagus. Hal ini mungkin menandakan Thutmose II mati secara tidak wajar. Apakah cidera di tubuhnya itu akibat hempasan kekuatan gelombang Laut Merah yang secara tiba-tiba tertutup kembali? Wallahu ‘alam Bishawab

Al-Quran sendiri mengisahkan detik-detik terakhir kehidupan Sang Fir’aun :

Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah ia ;” Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. ( QS Yunus 90).

Dari ayat diatas kita dapat mengetahui bahwa Fir’aun mencoba memohon kepada Allah agar ia diselamatkan ketika air mengenggelamkan raganya. Namun sangatlah jelas bahwasannya tindakan Fir’aun hanyalah suatu kebohongan semata sebagai alasan untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari maut.

Setelah sang Fir’aun tewas pada periode pemerintahannya yang tergolong singkat, besar kemungkinan jalannya roda pemerintahan diambil alih sementara oleh sang Ratu yang tak lain ialah Hatshepsut sebelum akhirnya Thutmose III naik tahta.

Jika benar Thutmose II merupakan Fir’aun yang dimaksud, ada suatu kemungkinan kronologi sejarahnya menjadi demikian :

Pertama, Musa dibesarkan dilingkungan kerajaan Mesir saat Thutmose I berkuasa, dan istri Thutmose I yang menemukan bayi Musa saat hanyut di Sungai Nil.

Kedua, selang puluhan tahun setelah Musa melarikan diri dari tanah Mesir karena ancaman hukuman mati akibat peristiwa terbunuhnya seorang prajurit kerajaan olehnya, ia kembali untuk menyampaikan ajaran Allah kepada Fir’aun. Namun pada saat itu mungkin Thutmose I telah meninggal dan digantikan putranya Thutmose II.

Mengapa Thutmose II Diyakini Sebagai Firaun Yang Tenggelam di Laut Merah Sedangkan Mummi-nya Sendiri Berhasil Ditemukan?

Pertanyaan diatas memang kerap ditanyakan. Mereka yang bertanya kebanyakan beranggapan bahwa Jasad Fir’aun tidak mungkin berhasil ditemukan apalagi dalam bentuk Mummi, sebab telah tenggelam di Laut Merah bersama bala tentaranya.

Bagi kawan-kawan muslim, Al-Quran mengisahkan kepada kita sebagai berikut :

"Apakah sekarang (kamu baru percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesunguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuatan Kami. ( QS Yunus 91-92).

Tentunya ayat diatas sudah cukup menjelaskan mengapa Allah dengan sengaja menyelamatkan jasad sang Fir’aun ....]]


Artikel Pilihan 3 :

Persoalan tentang Firaun tidak turut tenggelam dan lokasi sebenar kejadian mengikut pandangan dari orang bukan islam.

Sumber : Klik @

http://www.hamline.edu/apakabar/basisdata/1997/07/15/0001.html


Sangtawal Sakranta..



3 comments:

morphyanderssen said...

salam saudara, artikel yg menarik
logik juga kalau bukan ramses II yg merupakan firaun yg direfer dlm quran, kerana saya sendiri pernah ke mesir. sy pernah menyaksikan mumia ramses II di muzium kaherah, yg menurut catatan di muzium mengalami penyakit arthritis! ini agak bercanggah dgn apa yg kita telah pelajari, bahawa Allah swt mengurniakan nikmat kesihatan terhadap Firaun tsbt, yg menjadi punca bongkaknya firaun lantas mengisytiharkan dirinya tuhan. walaupun ramses II ada mendirikan sebuah tempat ibadat di Abu Simbel (selatan mesir, sgt berhampiran dgn sempadan sudan) yg mana beliau menjadikan dirinya sbg salah satu drpd empat sembahan di kuil itu, itu mungkin kebetulan dan rasanya bukan ramses II sahaja yg merupakan firaun yg menganggap dirinya tuhan. mungkin ramai lg firaun dalam sejarah mesir y bongkak dan menganggap dirinya tuhan dan ramses II cuma merupakan saah satu dari mereka.

sekadar luahan pendapat saya.

oh, mengenai laluan Exodus itu, saya agak keliru. Kerana penulis turki Harun Yahya pula mengatakan bahawa Exodus berlaku di Laut Mediterranean. Beliau menulis hal ini dalam bukunya yg malang sekali saya x ingat tajuknya. Mungkin "Bangsa2 yang Pupus" kalau saya tidak silap. Harap dapat diklarifikasikan.

Teruskan menulis saudara. Salam alaykum wa rahmatullah.

Sangtawal Sakranta said...

salam buat morphyanderssen,

Terima kasih atas komen,info dan sokongan.

InsyaAllah, penulisan akan diteruskan selaga ada yang sudi membacanya.

wassalam.

Julie Nova said...

Agen Judi | Agen Bola | Agen Sbobet

Agen Sbobet
Agen Judi
Agen Bola
Agen Judi Online
Agen Casino
Prediksi Bola
Agen Tangkas
Agen Poker
Agen IBCBET
Agen 1sCasino