Sunday, April 11, 2010

Asal Kejadian Anggota Badan (Jasad) Adam.


Tajuk : Asal Kejadian Anggota Badan (Jasad) Adam.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta

Sumber : Buku : Kasyfu Al-Asrar ( Pembukaan Segala Rahsia), oleh Asy-Syeikh Muhammad Shaleh Bin ‘Abdullah Mengkabauw, diterjemah Oleh Noraine Abu, terbitan Al-Hidayah Publications, m/s 34-37.


Saya amat tertarik sekali bila membaca Kitab lama yang telah dialih dari tulisan jawi ke tulisan rumi ini.Terima kasih kepada mereka yang berusaha dan terlibat dalam menghasilkan buku-buku seumpama ini.Usaha seperti ini harus disokong dan diberi tempat istimewa dihati pemburu ilmu dan pencinta kebenaran.

Kitab “Kasyfu Al-Asrar” ini disusun dan dikupas dalam bentuk soal jawab dan asalnya bertulisan jawi, Ia banyak digunakan di pondok-pondok di negara ini dan telah diulang cetak banyak kali.

* Kulit hadapan Buku tersebut : boleh menjenguk ke laman Penerbitnya : Klik


Saya ingin memetik kupasan menarik dibawah tajuk : Asal Kejadian Anggota Badan(jasad) Adam untuk dikongsikan bersama di sini:



[ Soal 79 : Dan mana awal asal kejadian anak Adam?

Jawab : Adapun awal asal kejadian anak Adam itu, iaitu daripada anasir yang empat perkara :
1.Tanah 2. Air 3.Angin 4. Api

Soal 80: Adapun tanah itu jadi daripada apa, dan air itu jadi daripada apa, dan angin itu jadi daripada apa, dan api itu jadi daripada apa?

Jawab: Adapun tanah itu daripada air, dan air itu daripada angin, dan angin itu daripada api, dan api itu daripada rahsia Muhammad.


Soal 81 : Dan tanah itu tanah yang mana, dan air itu air yang mana, dan angin itu angin yang mana, dan api itu api yang mana?

Jawab : Adapun tanah itu badan Muhammad, adapun air itu cahaya Nur Muhammad, adapun angin itu nafsu Muhammad, dan adapun api itu nazhir(perasaan hati) Muhammad.


Soal 82 : Dan tanah itu jadi apa, dan air itu jadi apa, dan angin itu jadi apa, dan api itu jadi apa?

Jawab : Adapun tanah itu jadi daging, air itu jadi tulang, angin itu jadi urat dan api itu jadi darah.

Soal 83 : Aku Tanya lagi, mana kejadian diri yang batin?

Jawab : Adapun kejadian diri yang batin itu, iaitu kejadian daripada anasir yang empat yang batin.

Soal 84 : Dan mana anasir empat yang batin?

Jawab: Iaitu : wujud, ‘ilmu, nur dan syuhud.
Dan erti wujud itu zatNya, dan erti ilmu itu sifatNya, dan erti nur itu asma’Nya, dan erti syuhud itu af’alNya.


Soal 85 : Zat itu apa kepada kita, dan sifat itu apa kepada kita , dan asma’ itu apa kepada kita, dan af’al itu apa kepada kita?

Jawab : Adapun zat itu rahsia kepada kita, dan sifat itu nyawa kepada kita, dan asma’ itu hati kepada kita dan af’al itu tubuh kepada kita * [ Sangtawal : untuk memahami apa yang disebut dalam jawapan ini, adalah lebih baik bertanya kepada mereka yang arif dalam ilmu tasawuf, semoga kita benar-benar faham akan maksud huraiannya itu ! ]

Soal 86 : Dan beberapa kejadian kita daripada ibu dan bapa ?

Jawab : Adapun kejadian daripada ibu itu, empat perkara : lemak, darah, rambut, daging.
Dan empat perkara daripada bapa iaitu : kulit, ‘Ashab(saraf), urat, tulang. ]


Semoga apa yang saya sampaikan disini memberi sedikit manfaat kepada kita bersama.


Sangtawal Sakranta.

9 comments:

Unknown said...

menarik untuk mendalaminya...

pada af'al itulah perbuatannya,pda asma itulah kalamnya,pada sifat itulah hatinya dan pada zat terdirilah roh yang hidup di sisinya...

maka itulah perintah darinya, beriman dengannya, mengamalkan cara hidup Islam yang diturunkannya agar menjadi hamba Tuhan di dunia semoga memerintah sebagai Khalifahnya.

Anonymous said...

salam, mmg menarik apa yg ditulis kali ini, cuma saya hrp dpt ditapis kerana para pembaca kita ni banyak jenis, bg yg faham, dia akan mengerti, bg yg baru, takut tersesat kerna pada zaman ini, tidak ramai guru yg dpt menghuraikan dengan tepat, takut ada yg tersilap faham akan menjadi mudarat. sekian

Sangtawal Sakranta said...

salam,

Zaim,
Terima kasih atas komen dan ilmu yang dikongsikan bersama.

Jmazli,
terima kasih atas komen dan ingatan.Sangat setuju dengan pendapat saudara, memang kitab ini amat mendalam dalam perbahasan tasawufnya, itu sebab saya tidak meyiarkan Soal 86 dalam artikel diatas,takut terkeliru bagi yang masih baru belajar tasawuf. boleh baca sendiri soalannya itu jika membeli buku tersebut dan bertanyalah kepada mereka yang layak dan arif dalam ilmu tasawuf ini.

apa yang menarik ingin saya kongsikan diatas ialah asal tanah dari air, asal air dari angin dan asal angin dari api dan asal api dari mana....
itu sebabnya dulu, iblis enggan sujud kepada Adam... itu sebabnya iblis berjalan dalam salur darah kerana iblis dan darah ada kaitan dengan api!!!

wassalam.

Anonymous said...

Salam,

Soalan2 ni mengingatkan saya, semasa saya mula2 mau blajar bab2 hakikat dgn tasawuf nie. Sahabat saya memberikan sebuah buku tp agak 'ringan' skit tetapi isi kandungnya bab2 asal-usul tu sama (mungkin cedok dr kitab ni). Saya masih mentah, tetapi oleh kerana buku, timbul minat yg mendalam.
Alhamdulillah, sbb sy berjaya mendapat guru yg dpt menerangkan dgn baik. Mungkin apa yg saudara terbitkan disini dpt membuka hati dan minat kpd pembaca blog saudara. Terima Kasih

HambaFakir said...

inilah sebaik2 ilmu dunia yg perlu dibawa kepada kesempurnaan insan.dan ilmu beginilah yg menjadi senjata utama untuk malawan musuh2 islam.

sekian

Sangtawal Sakranta said...

Salam,

anon @ 9.51pm,
terima kasih atas komen dan ilmu yang dikongsikan bersama.saya percaya anda mempunyai pengalaman luas dalam ilmu tasawuf ini, oleh itu bantulah saya dan para pembaca blog ini yang dahagakan setitis ilmu dari tuan, semoga kita sama-sama beroleh manfaat.ya, ini adalah artikel kesinambungan dari koleksi artikel tasawuf saya -hidupkan jiwa tasawuf,mengapa ilmu tasawuf dipinggirkan dulu.

Hamba fakir,
memang benar dan tepat sekali apa yang dikatakan oleh tuan itu.Inilah inti segala ilmu yang menyampaikan kita kepada sumber asal segala ilmu.Kenal diri kenal Allah,awal agama makrifatullah, kenal Allah binasalah diri.
Inilah ilmu yang sangat ditakuti oleh Iblis dan Dajjal kerana teknologi ilmu ini sangat tinggi dan ianya berhubung terus dengan yang Maha Pencipta , jika diizinkankan doa mereka yang sudah menjadi kekasih Allah ini,akan memusnahkan segala rancangan jahat mereka kerana doa kekasihNya terus diterima tanpa hijab.

wassalam.

skycrow said...

Assalamu'alaikum,

Zaim,

penerangan anda dibawah ini ada yang tidak tepat. tolong didalami lagi yah.

"menarik untuk mendalaminya...

pada af'al itulah perbuatannya,pda asma itulah kalamnya,pada sifat itulah hatinya dan pada zat terdirilah roh yang hidup di sisinya...

maka itulah perintah darinya, beriman dengannya, mengamalkan cara hidup Islam yang diturunkannya agar menjadi hamba Tuhan di dunia semoga memerintah sebagai Khalifahnya."

skycrow said...

Assalamu'alaikum,

Zaim,


maaf atas teguran, tapi mohon dipahami ilmu yang dipelajari. kerana penerangan anda tidak tepat

skycrow said...

Assalamu'alaikum,

Sangtawal,

mohon maaf yah, ada yang kurang tepat anda katakan, sebetulnya, kita memohon kepada Allah dan Allah menerima, tetapi itu hak Allah taala untuk memberi atau tidak....kerana tiada boleh kita mengatakan doa kita diterima terus tanpa hijab,.....ingat kata kitab" adapun orang mutawassit itum engkau saja akan Allah taala" anda paham kata kitab ini....kalau paha, mengatakan sesuatu yang bukan hak kita adakah boleh....?seperti kita mengatakan doa kita diterima tanpa hijab.....betul kah? dan bolehkah mengatakan begini...pada mereka yang benar benar menpelajari ilmu dari kitab ini, amatlah takut mengatakan sesutu yang bukan hak bagi kita..mohon maaf jika saya salah.....