Thursday, April 08, 2010

Suara Salam Rasulullah Saw Selepas Kewafatan Baginda.



Tajuk : Suara Salam Rasulullah Saw Selepas Kewafatan Baginda.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Ada kelompok dari keturunan Rasulullah saw yang bergelar golongan Alawiyyin.Populasi mereka tersebar ke seluruh pelusuk dunia.Mereka dikenali dengan nama Syed, Sayyid, Syarif, Habib dan Syarifah.Ada juga dikalangan mereka yang telahpun sampai ke Nusantara ini.

Pada abad ke-3 Hijrah, telah berlakunya kekacauan dan pemberontakan khususnya di negeri Iraq.Kerajaan Bani Abasiyah tidak mampu mengatasi pemberontakan dan kacau bilau dalam dunia islam waktu itu.Ahlul Bait Nabi diancam, diburu, dibunuh dan banyak berlaku fitnah dan kerosakan.Oleh itu ramai yang berpindah ketempat baru mencari dan memulakan penghidupan baru.

Salah seorang dari anak cucu keturunan Rasulullah saw ialah Al-Imam Ahmad Al-Muhajir, telah memilih untuk berhijrah ke Hadhralmaut, Yaman Selatan , iaitu sebuah negeri yang tandus dan gersang, jauh dari kesibukan kota dan keriuhan manusia demi membina semula sebuah suasana yang tenang dalam menunaikan tanggungjawab agama.Mereka berkorban meninggalkan pangkat dan kebesaran di tanah Hijaz dan Madinah, mereka pergi meninggalkan kemewahan dunia mencari sesuatu yang lebih bererti.

Cara hidup Al-Muhajir iaitu mencari kedamaian dan ketenangan diterima baik oleh anak cucu mereka dan cara hidup mereka telah dikekalkan oleh masyarakat setempat beberapa zaman selepas itu.

Generasi seterusnya ialah anak Al-Muhajir iaitu Abdullah, tetapi beliau sendiri mengubah namanya kepada nama Ubaidillah, kerana baginya dia masih tidak layak dipanggil Abdullah (hamba Allah) kerana masih lagi merasakan kekurangan dalam ilmu dan amal.Sifat-sifat mereka ini seperti sifat merendah diri dan sukakan perdamaian dalam suasana harmoni dan kasih sayang yang diwarisi sejak turun temurun dari nenek moyang mereka iaitu Rasulullah saw.

Selepas Ubaidillah, generasi Alawiyyin diteruskan oleh anaknya iaitu bernama Alwi.Dialah orang pertama yang digelar Alawi dari kalangan Ahlul Bait.Selepas dari itu semua keturunan mereka menisbahkan diri mereka kepada Alwi dengan nama Bani Alawi, Ba Alawi atau Alawiyyin.

Dari Alwi kepada anaknya Muhammad yang digelar Sahib Ahaumu’ah dan generasi ini diteruskan pula oleh anak Muhammad yang bergelar Alwi. Dari Alwi ini generasi Alawiyyin diteruskan lagi kepada anaknya yang bernama Ali.

Ahlul Bait yang bergelar Ali Bin Alwi Bin Muhammad ini dikenang dalam sejarah sebagai seorang yang amat istimewa dikalangan Alawiyyin.Dia digelar dengan nama Masyhurnya Imam Ali Khali’ Qasam.Dia adalah wali Allah dan mempunyai hubungan yang sangat erat dengan nenek moyangnya iaitu Nabi Muhammad saw.

Dalam manqib Ali khali’ Qasam disebutkan, bila beliau memberi salam kepada Rasulullah saw, baik didalam solat ataupun diluar solat, Rasulullah saw terus menjawabnya :

“Wa’alaikas salam, ya Sheikh”

Suara jawapan salam dari Rasulullah saw itu didengari dengan jelas, sehingga ada masanya , ramai orang dari jauh yang berpusu-pusu berebut untuk datang ke Kota Tarim untuk solat berjamaah dengan Imam Ali Khali’ Qasam, semata-mata hanya untuk mendengar suara Rasulullah saw menjawab salam Imam Ali Khali’ Qasam .

Imam Ali Khali’ Qasam adalah ahlul Bait pertama yang berpindah ke Kota Tarim lalu mendirikan sebuah Masjid iaitu Masjid Ba Alawi yang masih berdiri kukuh hingga ke hari ini[gambar diatas]. Beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Zanbal.

Alangkah bertuahnya mereka yang dapat mendengar suara Rasulullah saw secara lansung selepas kewafatan Baginda ratusan tahun sebelum zaman Imam Ali Khali’ Qasam. Betapa istimewanya Imam Ali Khali’ Qasam dihati Rasulullah Saw sehingga Baginda terus menjawab salam dari cicitnya itu!

[ Artikel ini disunting oleh Sangtawal dari Majalah Hakiki- Meniti Jalan Ilahi, Bil 0027, dari artikel asal bertajuk “Ahlul Bait Rasulullah, Siapa?” m/s 6 – 8 ]



Saya amat tertarik dengan jurai keturunan ke-20 (Ahmad Jalal Shah) , ke-21 (Ali Nurul Alam) , ke-28 ( Al-Jufri) , ke-28( Jamalullail) dan dari pecahan ke-28 Jamalullail itu kepada Al-Seri dalam salsilah dibawah:



Bukankah Raja-Raja Melayu dahulu kala juga banyak guna nama Shah, Jamalullail dan Seri ini?

Di atas itu adalah silsilah yang bernasabkan kepada cucunda Nabi saw Saidina Husien r.a, bagaimana pula silsilah keturunan Nabi saw dari keturunan Saidina Hasan r.a pula? Terutamanya yang akan bangkit di akhir zaman? persoalan ini saya tinggalkan kepada anda semua untuk mengkajinya!

Sangtawal Sakranta

10 comments:

J3bat said...

Cam ala-ala cerita hikayat merung mahawangsa aje

jmazli said...

mmg dlm jurai keturunan raja-raja melayu, nasabnya kepada rasulullah. boleh rujuk buku ahlul bait di kalangan raja2 melayu, ada siap salasilah lagi.

Anonymous said...

Boleh Sang Tawal ceriat lebih lanjut mengenai keturunan Saidina Hassan r.a, apakah golongan ini menjadi pencetus perubahan, mengapakah sangat susah mencari keturunan ini, setahu saya Raja Maghribi@Morocco keturunan Saidina Hassan r.a dan salahsilah Al Qudsy.

changkatlobak said...

jmazli..

setuju dengan anda.

adakah aku akan menjadi tentera "itu"?

Sangtawal Sakranta said...

Salam,

J3bat,
terima kasih. :)

Jmazli,
memang benar!

Anon@10.02am,
terima kasih, ya keturunan rasulullah saw dari jurai saidina Hassan r.a jarang ditulis dan ramai yang tidak tahu.InsyaAllah , ada kesempatan akan saya tunaikan permintaan anda.

Changkatlobak,
insyaAllah, semoga anda menjadi apa yang anda mahu dengan izin Allah swt.

wassalam.

M.O said...

Sahabat Sangtawal,

Ada rahsia antara jalur ahli bait dengan keturunan kesultanan Melayu,kami rasa saudara adalah orang yang tepat untuk mencarinya.

SEbab itu sultan-sultan Melayu tetap bertahan walaupun selepas era penjajahan.Ada maksud tertentu di situ

Sangtawal Sakranta said...

Salam M.O,

Terima kasih,InsyaAllah.

Apapun tugasan yang M.O beri tu amatlah berat sekali dan sebenarnya saya bukanlah "orang yang tepat" seperti yang M.O sangkakan itu,saya amatlah dhaif/kurang dari segi ilmu,masa dan ianya bukan bidang saya, cuma saya minat sejarah je, semoga pembaca sekalian juga sudi berkongsi ilmu dan sejarah di blog ini.apa yang saya tulis, jika tersalah fakta, silalah M.O dan sahabat sekalian menegur dan membetulkannya.

marilah kita sama-sama mencari rahsia dalam jalur kesultanan Empayar Melayur yang berkait rapat dengan dua keturunan cucunda Rasulullah saw, satu yang sudah terang dan selalu ditulis orang ( Saidina Hussien r.a) dan satu lagi yang tersembunyi dan jarang ditulis orang iaitu dari jurai keturunan Saidina Hassan r.a

wassalam.

Mai said...

Salam semua.
Kalau nak cari keturunan cucunda Rasulullah melalui Syaidina Hassan, CARILAH SEJARAH SULTAN Syarif ALI DAN SANG AJI. Anakanda sultan Ali berkahwin dengan Puteri Ratna Dewi cucu Sang Aji dari Brunei.
Saya sendiri sedang nak confirmkan Syaidina Ali Wal Maulana - Sultan Aceh (atau pun dipanggl juga Ali Mughayat tu) sama ada beliau kah yang berkahwin dengan Puteri Ratna Dewi tu. Jika benar bermakna kata keturunan Syaidina Hassan menjangakau salasilah Brunei dan Sumatra serta Jawa manakala keturunan Syaidina Hussein pula menjangkau Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Benua Siam Islam Nagara Kedah dulunya.
Sama2lah kita cari tentang siapakah isteri nya Syaidina Ali Wal Maulana atau Ali Mughayat itu, dapatlah kita selesaikan teka teki ni. Nama2 tu saya dapati dari sumber yang memangnya benar lagi benar tiada lain lagi yang lebih benar, yang mana disimpan sebagai rahsia keluarga. tapi memandangkan kita sekarang kena cari ahlul bait yang sebenar untuk persediaan masa depan makanya saya terpaksa berkongsi juga. Say pun susun galur dari Tok Pasai, tak jauh sangat dengan saya, (moyang je), kini tengah duk cari siapakah ayah kepada Panglima Dewa Shahdan yang berasal dari Deli dan kemudian menjadi Raja Langkat tu. Ini kerana sejarah Deli mengatakan the only son of Raja Deli yang kemudiannya membebaskan Aru dari Deli dan kemudian mendirikan kerajaannya diLangkat tu dipanggil dengan nama lain iaitu yang diberikan bukan nama gelaran, jadi saya masih nak matchkan adakah nama itu orang yang sama. Jika didapati orang yang dikatakan the only recorded son of Raja Deli itu sama dengan Panglima Dew Shahdan makanya kita boleh cari kaitannya dengan Sultan Ali Wal Maulana melalui keturunannya kemudian. Dari situ mungkin kita boleh cari keturunan Hassan. Tetapi bukankah Al Mahdi tu akan terlahir dengan tidak mengetahui tentang salasilahnya secara kasar, ?? iaini terputus tak boleh cari hubungkaitna??
Maaf jika perkongsian saya ini tak disenangi, tapi saya juga mengharapkan kita sama2 mencari asal usul Panglima Dewa Shahdan itu. Siapa2 yang ada asal usul beliau diharap berkongsilah dengan saya melalui missmonarich@gmail.com
terima kasih.

Mai said...

Satu lagi carilah salasilah RAJA KAHAR dalam kerajaan Brunei tu, Nama penuh baginada, isterinya dan anak2nya, ini kerana Sutan Bendahara Badi uz-Zaman ibni alMarhum Raja kahar.
Adakah Raja Kahar ni sama dengan Raja Kahar Brunei tu??
Sesiapa yang ada maklumat ni tolong berikan pada saya .Terima kasih

elfizonanwar said...

AHLUL BAIT, CELAH ANTARA SUNNI DAN SYIAH

Dlm Al Quran yang menyebut ‘ahlulbait’, rasanya ada 3 (tiga) ayat dan 3 surat.

1. QS. 11:73: Para Malaikat itu berkata: “Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah”.

2. QS. 28:12: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusukan(nya) sebelum itu; maka berkatalah Saudara Musa: ‘Maukahkamu aku tunjukkan kepadamu ‘ahlulbait’ yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?

3. QS. 33:33: “…Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu ‘ahlulbait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”.

Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya QS. 33: 28, 30 dan 32, maka makna para ahlulbait adalah para isteri Nabi Muhammad SAW.

Sedangkan ditinjau dari sesudah ayat 33 yakni QS. 33:34, 37 dan 40 maka penggambaran ahlulbaitnya mencakup keluarga besar Nabi Muhammad SAW. para isteri dan anak-anak beliau.

Jika kita kaitkan dengan makna ketiga ayat di atas dan bukan hanya QS. 33:33, maka lingkup ahlul bait tersebut sifatnya menjadi universal terdiri dari:

1. Kedua orang tua Saidina Muhammad SAW.

2. Saudara kandung Saidina Muhammad SAW.

3. Isteri-isteri beliau.

4. Anak-anak beliau baik perempuan maupun laki-laki. Khusus anak lelaki beliau yang berhak menurunkan ‘nasab’-nya, sayangnya tak ada yang hidup sampai anaknya dewasa.

Bagaimana tentang pewaris tahta ‘ahlul bait’ dari Bunda Fatimah?. Ya jika merujuk pada QS. 33:4-5, jelas bahwa Islam tidaklah mengambil garis nasab dari perempuan kecuali bagi Nabi Isa Al Masih yakni bin Maryam. ya jika merujuk pada Al Quran maka anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali tidaklah bisa mewariskan nasab Saidina Muhammad SAW.
Bagaimana Saidina Ali bin Abi Thalib, anak paman Saidina Muhammad SAW, ya jika merujuk pada ayat-ayat ahlul bait pastilah beliau bukan termasuk kelompok ahlul bait. Jadi, anak Saidina Ali bin Abi Thalib baik anak lelakinya mapun perempuan, otomatis tidaklah dapat mewarisi tahta ‘ahlul bait’.

Kesimpulan dari tulisan di atas, maka pewaris tahta ‘ahlul bait’ yang terakhir hanya tinggal bunda Fatimah. Berarti anaknya Saidina Hasan dan Husein bukanlah pewaris tahta AHLUL BAIT.

Dengan demikian sudah waktunya kita menutup debat dan perbincangan masalah Ahlul Bait ini. Fihak-fihak baik kelompok sunni, habaib maupun kelompok syiah yang selama ini saling mengklaim bahwa mereka adalah keturunan ahlul bait itu, sebenarnya ridak ada haknya sebagai pewaris ahlul bait akibatnya telah menimbulkan peruncingan hubungan sesama Muslim.