Wednesday, April 14, 2010

2 Doa Pejuang Yang Makbul Di Medan Uhud.


Tajuk : 2 Doa Pejuang Yang Makbul Di Medan Uhud.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Pada suatu petang di medan peperangan Uhud, Abdullah Bin Jash r.a berkata kepada rakan seperjuangannya Saad Bin Abi Waqas r.a :

“Wahai sahabatku Saad!, marilah kita sama-sama berdoa kehadrat Allah swt.Marilah kita sama-sama memohon kepadaNya kerana apabila seseorang memohon keinginan dariNya dan seorang lagi akan mengikutnya dengan berkata Amin, maka dengan cara ini Allah akan memperkenankan akan permohonannya itu”

Mendengar kata-kata dari sahabatnya itu, lalu Saad r.a pun bersetuju dan mereka pun pergi ke satu sudut penjuru untuk memohon doa.

Maka Saad r.a mula memohon doanya dengan berkata :

“Ya Allah, tatkala diriku ini berada di dalam medan pertempuran itu besok harinya, dengan limpah rahimMu ya Allah, biarlah hendaknya daku dihadapkan dengan seorang musuhku yang kuat dan garang. Biarlah musuhku itu menyerang daku ini dengan rupa kekuatan tenaganya yang mencabar dan biarlah dapat aku menolaknya dengan segala kekuatan tenaga yang daku miliki.Selepas itu ya Allah, biarkanlah daku memperolehi kemenangan dengan membunuhnya keranaMu dan biarkan daku dapat memperolehi harta rampasannya dengan limpah kurnia dariMu ya Allah”.

Abdullah r.a pun berkata : “Amin”

Kemudian tibalah giliran Abdullah r.a memulakan doanya dengan memohon :

“ya Allah ya Tuhanku, biarlah dapat daku menemui pahlawan-pahlawan musuhku besok yang terdiri dari mereka-mereka yang lemah.Biarlah musuhku itu kelak menyerang daku dengan rupa kemarahan yang amat membara dan biarlah daku perangi musuhku itu kelak dengan segala kekuatan yang ada padaku.Kemudian ya Allah, biarlah musuhku itu menewaskan dan membunuh daku.Dapatlah musuhku itu menceraikan hidung dan telinga-telingaku dari anggota badanku.Dan apabila daku berdiri berhadapanMu di hari Pengadilan kelak, Engkau bolehlah menyoal akan daku, “wahai Abdullah! Bagaimanakah hidung dan telinga-telingamu itu boleh hilang? ”. Dimana di hadapanMu kelak ya Allah, daku akan menjawab, “Semuanya telah hilang di jalan Allah swt dan RasulNya” .kemudian Engkau akan berkata ya Allah “Benar,tentu semuanya yang telah hilang itu adalah dijalanKu”..

Lalu sesudah selesai Abdullah r.a berdoa, Saad pun mengucapkan “Amin” .

Maka pada keesokan harinya, berlakulah Perang Uhud dansegala-galanya telah terbukti bahawa doa kedua-dua orang sahabat itu telah diperkenankan oleh Allah swt.

Saad r.a berkata :

“Doa Abdullah adalah lebih mulia.Pada waktu petangnya,apa yang daku saksikan ialah hidung dan telinganya diikat dengan benang! ”

* Medan Perang di Bukit Uhud dan makam para Pejuang yang Syahid Fisabilillah
di jalan Allah swt.


[Sumber : disunting dari Buku “Kesah-Kesah Para Sahabat : Oleh Mohammad Zakariyya- Mazahir Ulum,Saharanpur. m/s 101- 102 ]

Sangtawal Sakranta


9 comments:

hangkebun said...

insaf,ada anggota cukup sifat Allah kasi tp x guna betul2 ke jalan Allah..ke jalan setan yg lebih..buat mungkar :(

Anonymous said...

Bagus en3 ni...
menyedarkan kita akan nikmat anggota tubuh yg lengkap...
teruskan menulis saudaraku Sangtawal...

hamba terus menjenguk disini...
tapi part sumber tu, kalau tak silap sy, sy pernah baca sblm ni, ianya adalah... Hayatus Sahabah, Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya Al-Khandalawi - Madrasah Mazahir-ul-Ulum, Shahranpur, New Delhi, India.

kan?
ada juga disertakan buku ini dalam kitab Fadhail 'Amal karangan Syeikh yang sama...

Wassalam,
-Orang Gombak

Sixthieee said...

allahuakbar. terima kasih sangtawal kerana berkongsi kisah yg sangat menarik dan boleh menjadikan panduan.

menunggu posting2 baru setiap hari. :D

salam.

Sangtawal Sakranta said...

salam,

Hangkebun,
terima kasih atas komen.
masih ada banyak masa untuk berubah.pintu taubat masih terbuka.Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
teringat filem arahan p.ramlee bila Hang kebun yg tubuhnya kurus melidi pergi meminta kerja utk melakonkan watak hang tuah, bila permohonannya tak diterima dia kata.."jadi Hangkebun pun jadi lah..." he he he!

Salam sahabatku orang Gombak,
terima kasih atas komen.
saya menulis artikel ini dari sumber yang bukunya ada dalam simpanan saya ini yang kulit luarnya berwarna kuning dan ada gambar kaabah dan masjidilharam adalah dikarang oleh Raisul Muhaddisin Allama Mohammad Zakariyya Shaikhul Hadits, mazahir Ulum,saharanpur, dterbitkan dicetak oleh Ganesh Printing Works Sdn Bhd, Penang.
Penerbit dan tahun penerbitannya tidak ditulis.memang buku ni diterbitkan bagi tujuan dakwah dan tabligh, di kulit belakang sebelah dalam ada tertulis buku ini telah diterjemahkan dalam 15 bahasa.terjemahan dalam bahasa malaysia ialah oleh Hj Mohammad Yaqoob Ansari.
buku yang saudara maksudkan itu mungkin mengandungi artikel dari penulis yang sama iaitu Mohammad Zakariyya. berkenaan kitab Fadhail 'amal tu,juga ada dlm simpanan saya , tapi saya tak pasti artikel ni ada ditulis atau tidak, saya masih belum sempat membelek kitab tersebut dalam library rumah saya. ( dulu ana ada join tabligh sikit-sikit,tapi kejap je tapi sekarang dah tak lagi. :D )

Sixthiee,
terima kasih atas komen dan sokongan.
insyaAllah saya akan siarkan posting sebanyak mungkin, itu pun jika saya sempat mencuri sedikit masa yg terluang.doakan!
selamat membaca.

wassalam.

Anonymous said...

Salam saudara Sangtawal...

ya, betul lah tu... mmg tu pn kitabnya... biasalah tu, kalau dh dikatakan sudah diterjemahkan ke dalam 15 bahasa, mmg pasti berlaku pertukaran sikit2 pada nama2... tapi isi masih yg sama...

ya, cerita2 dalam kitab Hayatus Sahabah ada juga dimuatkan dalam Fadhail 'Amal... mmg tu antara kitab rasmi Tabligh... smpi skrng mereka gunakan... tapi tabligh dulu dengan skrng lain... jauh sngt beza, dulu sy pn join tabligh, tp akhir2 ni... kurang lah...

saudara knp tak sambung join tabligh? takut jadi sudin ajaib ke? hehehe... bagus juga tabligh ni, mereka buat dakwah secara syar'ie... walaupn mngkn nmpk mcm menyimpang, tapi dapat kuatkan hakikat dalam beramal...

kalau nak di belek kitab Fadhail 'Amal tu, fuh! memang lama baru habis... sebab tu Syeikh Maulana Muhammad Zakariya tu dapat gelaran Syeikhul Hadis... Syeikh juga ambil jalan tasawwuf bersanad ke Saidina Abu Bakar sampai ke tangan Nabi saw...

tapi tabligh skrng kt malaysia ni dh tak de mcm tu, kalau ade pondok2 je... skrng tinggal dakwah cara syar'ie je saudara... tak tahu lah...

Salam saudara Sangtawal...
-Orang Gombak

Sangtawal Sakranta said...

salam orang gombak,
sudin ajaib? he he he...
kesian kat jemaah ni, rosak nama baik mereka disebabkan sudin ajaib, sebab nila setitik rosak susu sebelanga! :)
tak semua org tabligh begitu, ada ramai member saya yg masih continue jemaah tabligh, saya boleh tabik spring pd mereka, sembahyang tiap waktu berjemaah di masjid, puasa sunat setiap isnin dan khamis, akhlak baik terjaga...

kenapa saya tak join??? he he he... saya rasa saya tak layak lagi nak dakwah orang lain sebab ilmu dan amal sendiri pun masih kurang, dakwah melalui blog mcm ni bolehlah.yg paling tak boleh nak follow ialah bab keluar banyak-banyak hari tu ! :)

wassalam.

Anonymous said...

Tabligh dahulu dan sekarang tetap sama. Cuma perjalanan ahli-ahlinya turun naik seperti putaran roda dan lebih penuh ujian seiringan dengan duniawi yang semakin menggigit.

Sentiasa ahli jemaah di saring dan di saring tanpa disedari. Memang sukar difahami.
Beruntunglah mereka yang "sami'na wa ato'na" walaupun ia dungu bercakap dakwah atau ia seorang bijak pandai.

Sekarang saringan makin ketara.

Diam-diam ubi berisi atau
Dahan hijau patah terdampar atas tanah.

Air menitis setitik demi setitik ke atas batu atau
Suis sudah tertutup, karan dah tiada tapi kipas masih berputar.

Tabligh tak pernah berpecah atau rosak tetapi yang kelihatan terpisah atau rosak itu adalah mereka yang ditakdirkan.

Pintu tabligh sentiasa tidak
dikunci.
Tabligh tetap jalan terus dan mempelawa sesiapa sahaja.

Tabligh tak memerlukan saya,
Saya memerlukan Tabligh.


Jemput ke ijtimak selatan di Melaka, Jun nanti.


Mat Silat Lintau

Anonymous said...

Ubi berisi ubi yang dinanti.

Dahan hijau lama kelamaan akan pupus.

Batu keras akan terbelah dan pecah.

Kipas akan berhenti berputar.


MSL

Sangtawal Sakranta said...

salam buat anon@ mat silat lintau,

terima kasih atas komen.
saya setuju dengan tuan.
wassalam.