Tuesday, April 27, 2010

Debu Konspirasi Dari Lembah Nil : Bhg 1 - Sejarah Mesir Purba



Tajuk : Debu Konspirasi Dari Lembah Nil: Bhg 1 – Sejarah Mesir Purba.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Intro :

Amat tertarik dengan perkembangan sejarah dan tamaddun silam Mesir membawa kepada penulisan siri ini.Sudah pasti Dajjal dan kuncu-kuncunya tidak akan ketinggalan dalam mencatur permainan konspirasi bagi memastikan agenda dan misi mereka tercapai, apa lagi Sang Iblis Laknatullah atau Si Lucifier sememangnya juga mahu mencari dan mempengaruhi seramai mungkin anak cucu Adam untuk sama-sama dihumbankan kedalam neraka di akhirat nanti!

Siri ini dimulakan dengan pengenalan kepada sejarah Mesir purba, turutan Firaun-Firaun yang memerintah mesir purba.Selepas itu beberapa kata kunci akan diketengahkan dalam membongkar misteri siapakah Puteri Hatshepsut yang pernah sampai ke tanah asal nenek moyang mereka iaitu Tanah Punt (Tanah Dewa-Dewa) ,Puteri ini juga amat meminati wangi-wangian dan rempah ratus. Bagaimanakah Puteri Hatshepsut mendapat ilham untuk membina Kota Hatshepsut yang disebut “sesuci-suci tempat- Djeser Djeseru” ?.Kota ini pula dibina dalam 3 bentuk lapisan atau bertingkat dengan senibina yang bersimetri disamping berdiri megahnya 2 tiang obelisk disamping deretan Spinx yang teratur di kanan dan kiri pintu kota cukup simbolik untuk dikaji oleh setiap peminat teori konspirasi .

Penulisan diteruskan dengan mencari Firaun manakah sebenarnya yang tenggelam dizaman Nabi Musa a.s dan merungkai kembali siapakah Puteri Asiah dan Firaun manakah yang sebenarnya menjadi suaminya ketika Nabi Musa a.s dipelihara didalam istana Firaun.

Selepas mengambil pengajaran dari peristiwa tenggelamnya Firaun dan pengikut-pengikutnya, Firaun manakah pula yang telah beriman lalu memperkenalkan Tuhan Yang Satu, tetapi atas kelicikan Konspirasi Dajjal, kepercayaan kepada Tuhan Yang Satu telah disesatkan sehingga Firaun dan Isterinya terpengaruh sehingga menyembah Tuhan Matahari (Aten) dan menganggap mereka adalah jelmaan dewa itu di bumi! semuanya akan dibongkarkan dalam siri ini.

Membongkar kembali Misteri Puteri Firaun - Nifertiti [ Nifertiti – bermaksud- Kecantikan telah muncul terserlah dan memancar] yang didakwa dibunuh oleh para pendita yang menentang Revolusi Agama Baru yang berpusat di Amarna.

Siri ini akan diakhiri dengan satu topik menarik tentang kepercayaan sihir dan sesat ajaran dari Sang Dajjal untuk memusnahkan dan melenyapkan terus baka Firaun dan keturunannya melalui ilmu genetic mereka iaitu melalui kaedah pembunuhan senyap akibat dari kesan Sindrom genetic seperti Deletion dan Mutation pada Kod Genetic setelah berlakunya Sumbang Mahram antara Firaun dan adik beradik mereka sendiri.Teori ini akan saya kupas dalam kisah pembongkaran Firaun Tut-anak kepada ibu saudaranya sendiri, yang merupakan anak kepada Firaun Akhenaten dan adik perempuannya.


[Sekali lagi ditegaskan bahawa saya bukanlah ahli sejarah, menulis hanya sekadar untuk berkongsi ilmu dan memenuhi masa terluang saja, oleh itu segala yang tertulis dari saya adalah pandangan peribadi saya dan saya meminta maaf jika ada tersilap dari segi fakta dan sejarah. Diminta pembaca sekalian dapat membetulkannya.
: Sangtawal ]

Selamat membaca….

Sangtawal Sakranta….




SEJARAH MESIR PURBA :

Sumber : Wiki @ Klik Sini


Zaman Purba Mesir merujuk kepada kebudayaan di Hulu Lembah Nil menganjur dari ke selatan sehingga Jebel Barkal , Napata, keutara sehingga Laut Mediterranean, walaupun mempunyai saiz berbeza sepanjang sejarahnya antara sekitar 3200 SM dan 332 SM, dengan penaklukan oleh Alexander the Great. Sebagai kebudayaan yang berasaskan pengairan ia merupakan contoh jelas (quintessential example) empayar hidrolik.

Geografi:

Kebanyakan daripada geografi Mesir terletak di Afrika Utara, walaupun Semenanjung Sinai adalah dalam Asia Barat daya. Negara ini mempunyai persisiran pantai Laut Mediterranean dan Laut Merah; ia bersempadan dengan Libya di barat, Sudan di selatan, dan Semenanjung Gaza, Palestin dan Israel ke timur. Mesir Purba terbahagi kepada dua kerajaan, dikenali sebagai Mesir Hulu dan Hilir. Berlainan dengan kebiasaan, Mesir Hulu (Upper Egypt) terletak di selatan dan Mesir Hilir (Lower Egypt) di utara, dinamakan menurut aliran sungai Nil. Sungai Nil mengalir ke utara dari titik selatan ke Mediterranean bukannya kebahagian selatan daripada titik utara. Sungai Nil, yang merupakan tumpuan penduduk negara tersebut telah menjadi sumber kehidupan bagi kebudayaan Mesir semenjak kebudayaan Naqada dan Zaman Batu.

Kedua kerajaan membentuk Kemet ("tanah hitam"), nama bagi tanah hitam yang dimendak oleh air bah sungai nil. Gurun pula dikenali sebagai Deshret ("tanah merah"), menurut Herodotus: "Mesir merupakan negara tanah hitam.... Kita ketahui bahawa Libya mempunyai tanah lebih merah." (Histories, 2:12). Tetapi Herodotus turut menyatakan "Colchians adalah penduduk Mesir...berdasarkan fakta bahawa mereka berkulit hitam dan mempunyai rambut kerinting (wooly hair)." (Histories Book 2:104), dan Champollion yang lebih muda (yang mendikripsi Batu Rosetta) dalam Expressions et Termes Particuliers (Expression of Particular Terms) mendakwa bahawa Kemet sebenarnya tidak merujuk kepada tanah, tetapi kepada penduduk negro dalam ertikata "Negara Hitam - (Black Nation)".

Sejarah :

Penduduk Mesir purba sendiri menjejak asal keturunan mereka kepada tanah yang mereka kenali sebagai Punt, atau "Ta Nteru" ("Tanah Dewa-dewa"). Suatu suatu masa dahulu, ia biasanya diagak sebagai terletak di apa yang sekarang ini dikenali sebagai persisiran Somalia, Punt sekarang ini dipercayai sebagai terletak samaada di selatan Sudan atau Eritrea. Sejarah Mesir purba sebenar bermula dengan Mesir sebagai negara bersatu, yang berlaku pada satu ketika sekitar 3000 SM, walaupun bukti arkeologi menunjukkan bahawa masyarakat Mesir maju mungkin telah wujud untuk tempoh yang lebih lama.

Sepanjang Sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu. Bukti turut menunjukkan kehadiran manusia di barat daya Mesir, berhampiran sempadan Sudan, sebelum 8000 SM. Pertukaran cuaca dan/atau terlebih ragut sekitar 8000 SM mula mengeringkan padang ragut di Mesir, yang akhirnya mendorong kepada pembentukan Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat. Terdapat bukti ternakan dan penanaman bijirin di Timur Sahara pada milenium ke-7 SM. Sehingga 6000 SM penduduk Mesir purba di sudut baratdaya Mesir telahpun mengembala lembu dan membina bangunan besar. Mortar dalam pembinaan bangunan telah digunakan menjelang 4000 SM. Tempoh Pradinasti Mesir berterusan sepanjang tempoh masa ini, sebelumnya dipegang pelbagai oleh kebudayaan Naqada. Sesetengah pakar bagaimanapun memulakan Predinasti Mesir lebih awal, di Paleolithik Bawah (lihat Pradinasti Mesir).

Mesir bersatu sebagai satu negara sekitar 3000 SM. Kronologi Mesir termasuk menetapkan permulaan dan pengakhiran sesuatu dinasti sekitar tempoh masa ini. Kronologi Mesir biasa adalah yang diterima pakai semasa abad ke 20, tetapi tidak termasuk cadangan rombakan besar yang turut diajukan ketika itu. Malah dalam hasil kerja yang sama, seringkali pakar kaji purba menawarkan beberapa tarikh yang mungkin atau beberapa khronologi lain sebagai mungkin. Disebabkan itu, kemungkinannya terdapat beberapa perbezaan antara tarikah ditunjukkan di sini dan dalam rencana pemerintah tertentu. Seringkali juga terdapat beberapa variasi ejaan nama.

Firaun telah wujud semenjak sebelum 3000 SM sehingga sekitar 30 SM.

Dinasti :

*Tempoh Dinasti Awal Mesir (Early Dynastic Period of Egypt) (Dinasti 1 - ke 2; sehingga sekitar abad ke-27 SM)

*Kerajaan Lama (Old Kingdom) (Dinasti ke-3 - ke-6; abad ke-7 - ke-22 SM)

*Tempoh Perantaraan Pertama (First Intermediate Period) (abad ke-7 - ke-11 SM)

*Kerajaan Pertengahan Mesir (Middle Kingdom of Egypt) (Dinasti ke-11 - ke-14; abad ke-20 - ke-17 SM)

*Tempoh Perantaraan Kedua (Second Intermediate Period (Dinasti ke-14 - ke-17)

*Hyksos (Dinasti ke-15 - ke-16)

*Kerajaan Baru Mesir (New Kingdom of Egypt) (Dinasti ke-18 - ke-20; abad ke-16 - ke-11 SM)

*Tempoh Perantaraan Ketiga (Third Intermediate Period (Dinasti ke-21 - ke-25; abad ke-11 - ke-7 SM)

*Tempoh Akhir Mesir Silam (Late Period of Ancient Egypt) (Dinasti ke-26 - ke-31; Abad ke-7 SM - 332 SM)
-Dinasti Akhaemenid

*Mesir Yunani-Rom (Graeco-Roman) (332 SM - 639)
-Dinasti Ptolemaik
-Empayar Rom

Kerajaan:

Nomes merupakan separa kebangsaan division pentadbir Mesir Atas dan Bawah (Upper and Lower Egypt).

Firaun merupakan pemerintah kedua kerajaan ini dan mengetuai struktur negara Mesir silam. Firaun bertindak sebagai raja, pemimpin kerohanian dan panglima besar bagi kedua-dia tentera dan tentera laut.

Firaun dianggap dewa, hubungan antara manusia dan para dewata. Di bawahnya adalah kerajaan, adalah 2 wazir (satu bagi Mesir Atas dan satu lagi bagi Mesir Bawah) dan pelbagai pegawai.

Di bawahnya di sebelah keugamaan adalah paderi besar dan pelbagai paderi lain. Secara umumnya, kedudukan ini diwarisi dari bapa kepada anak lelaki sulung. Kadang-kala aturan ini terbantut, dan kadang-kala wanita memegang kuasa.

Bahasa:

Mesir silam bertutur bahasa Afro-Asiatik berkait dengan bahasa Chadic, Berber dan Semitik. Rekod bahasa Mesir silam telah ditarikh sekitar 3200 SM. Para sarjana meletakkan bahasa Mesir kepada enam pembahagian mengikut kronologi:

• Mesir Silam (Archaic Egyptian) (sebelum 2600 SM)
• Mesir Lama (Old Egyptian) (2600–2000 SM)
• Mesir Tengah (Middle Egyptian) (2000–1300 SM)
• Mesir Akhir (Late Egyptian) (1300–700 SM)
• Mesir Demotik (Demotic Egyptian) (abad ke-7 SM–abad ke-4)
• Bahasa Coptik (Coptic language) (abad ke-3–abad ke-12)

Penulisan :

Pengkaji Mesir Purba (Egyptologis) merujuk kepada tulisan Mesir sebagai hieroglif, bersama dengan skrip baji (cuneiform script) Mesopotamia ranking sebagai sistem penulisan tertua di dunia. Skrip hieroglif sebahagiannya syllabik, sebahagiannya ideografik.

Hieratic adalah bentuk hieroglif Mesir bersambung (cursive) yang pertama sekali digunakan semasa Dinasti Pertama (kk. 2925 SM - kk. 2775 SM).

Istilah Demotik dari sudut Mesir, Ia itu, "asal - indigenous" dari sudut pandangan Hellenistik, berubah menjadi merujuk kepada kedua-dua skrip dan bahasa yang selepas tahap Mesir Silam Akhir (Late Ancient Egyptian) daripada Nubian dinasti ke-25 sehingga ia dipinggirkan oleh Greek Koine pada awal abad AD.

Selepas penaklukan oleh Umar ibn al-Khattab, bahasa Coptic kekal sehingga Zaman Pertengahan sebagai bahasa keugamaan (liturgical) oleh minoriti Kristian.

Skrip hieroplif akhirnya tidak lagi digunakan sekitar abad ke-4, dan mulai dijumpai kembali semenjak abad ke-15 (lihat Hieroglfika).

Abjad terawal juga dicipta di Mesir Purba, sebagai hasilan dari hieroplyphik sylabik (syllabic).

Tulisan :

• kk. 1999 SM - Papyrus Westcar
• kk. 1800 SM Cerita Sinuhe
• kk. 1800 SM - Papyrus Ipuwer
• kk. 1800 SM - Papyrus Harris I
• kk. 1000 SM Cerita Wenamun

Asas tamadun maju mesir :

Mesir purba telah banyak dipengaruhi oleh sungai Nil, yang telah membolehkan negara Mesir didiami manusia. Sungai Nil yang banjir secara berkala dengan tetap pada musim panas membawa bersamanya lumpur yang subur, dan surut tepat pada masanya pada musim menanam, memberikan penduduk Mesir satu perasaan bahawa alam semulajadi adalah tenang dan memberi banyak kebajikan.

Negara Mesir yang dikelilingi oleh gurun dan Laut Merah menjadikannya agak bebas daripada ancaman negara luar. Kepentingan sungai Nil pada penduduk Mesir dapat dilihat melalui perkataan mengembara bagi orang Mesir, iaitu khed menghilir atau khent mudik ke hulu. Malah pakar sejarah Yunani, Herodotus menggelarkan Mesir sebagai hadiah daripada sungai Nil.

Walaupun sebelum Zaman Kuno, penduduk Mesir telahpun mengorak langkah kearah membina tamadun yang maju. Terutama sekali mereka telah mulai bercucuk tanam; menggunakan perkakasan tembaga menggantikan perkakasan batu dan , tidak lama sebelum 3100 SM, mereka telah membangunkan tulisan yang dikenali sebagai hieroglif (dari perkataan Yunani bagi Ukiran Pendita). Pakar kaji purba tidak pasti sama ada penulisan ini dimajukan oleh orang Mesir sendiri ataupun datangnya daripada penduduk Mesopotamia. Ini berdasarkan tulisan hieroglif jauh berbeza dengan pepaku Mesopotamia, tetapi kemunculan hieroglif secara tiba-tiba membayangkan Pendita/pentadbir Mesir telah memulakan sistem penyimpanan rekod berasaskan pengaruh asing yang lebih awal. Walau apapun puncanya, penulisan memberikan peluang bagi kemunculan kerajaan yang berkesan dan syarat awal dalam sejarah politik Mesir, penyatuan daerah utara dan selatan.

Permulaan zaman kuno :

Penyatuan Mesir yang menandakan permulaan Zaman Kuno bermula sekitar 3100 SM Sebelum itu kuasa di Mesir Atas (Selatan) dan Mesir Bawah (Utara) dikuasai oleh pemerintah yang berlainan. Dengan penyatuan kedua jajahan ini, ia membenarkan sistem saliran pusat dan pengaliran perdagangan sepanjang sungai Nil. Dalam riwayat tradisi, penyatuan Mesir dikatakan dilakukan oleh pahlawan dari selatan yang bernama Narmer, firaun pertama yang berjaya menguasai seluruh Mesir utara sehingga ke delta Mediterranean. Kemungkinannya proses penyatuan tersebut berlaku secara perlahan-lahan, tetapi tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa kedua dinasti firaun berikutnya telah menguasai keseluruhan Mesir.

Kerajaan lama:

Kedua dinasti firaun Mesir kemudiannya digantikan oleh Zoser perkasa sekitar 2770 SM, firaun pertama bagi Dinasti Ketiga dan pengasas kepada Kerajaan Lama. Walaupun perbezaan antara sistem kerajaan Kerajaan Lama dengan sebelumnya tidak diketahui dengan jelas, ianya pasti bahawa pemerintahan Zoser memulakan tempoh pemerintahan raja mutlak dan kuasa negara yang lebih kukuh. Ini dapat dilihat dengan bukti bahawa Zoser memulakan pembinaa piramid pertama. Di bawah pemerintahan Zoser dan penggantinya Kerajaan Lama, kuasa firaun tidak terbatas. Firaun dianggap anak Dewa Matahari, dan secara adat akan mengahwini saudara perempuannya bagi mengekalkan darah keturunannya tulen. Tiada perbezaan antara politik an keagamaan wujud. Orang bawahan utama firaun adalah paderi, dan firaun sendiri merupakan ketua paderi.

Corak Kerajaan Lama adalah berasaskan polisi keamanan. Dari segi ini, ia adalah unik dikalangan negara silam. Firaun tidak memiliki askar sepenuh masa, dan tidak memiliki pasukan bersenjata kebangsaan. Setiap kawasan memiliki pasukan bersenjata sendiri tetapi ia diperintah oleh pegawai am, dan sekiranya dipangil bertugas, ia kebiasaannya bagi kerja awam. Bagi menangani ancaman serangan, unit tempatan berlainan akan digabungkan dibawah pemerintahan pegawai am firaun. Pada masa lain ketua kerajaan tidak mempunyai penguasaan diatas pasukan bersenjata.

Kerajaan Lama Mesir berpuas hati memerintah negara mereka sendiri. Keadaan ini wujud akibat negara Mesir yang terlindung dan terasing daripada pengaruh luar, memiliki tanah yang subur, dan pentadbiran kerajaan secara kerjasama dan bukannya secara peras-ugut .

Zaman perantara pertama:

Setelah beberapa abad tenteram dan aman, Kerajaan Lama berakhir dengan kejatuhan Dinasti Keenam sekitar 2200 SM Ini disebabkan oleh beberapa sebab antaranya:-

• Perbendaharaan negara muflis akibat projek besar-besaran firaun seperti pembinaan piramid.
• Perubahan cuaca mengakibatkan kegagalan tanaman.
• Bangsawan daerah yang mengambil kuasa semakin banyak sehinggakan kuasa pemerintahan pusat hampir lenyap.

Tempoh yang berikutnya dikenali sebagai Zaman Perantaraan pertama. Keadaan huru-hara berleluasa dan keadaan anarki wujud. Kaum bangsawan membina pemerintahan mereka sendiri dan kekecohan politik diburukkan lagi oleh perompakan dari dalam dan oleh puak gurun. Zaman Peralihan pertama tidak berakhir sehingga kebangkitan Dinasti Kesebelas yang mengembalikan pemerintahan pusat sekitar 2050 SM dari pengkalannya di Thebes (Mesir Atas). Kebangkitan ini menandakan permulaan Kerajaan Pertengahan.

Zaman pertengahan:

Sepanjang tempoh Kerajaan Pertengahan, tanggung jawab masyarakat lebih ditekankan, berbanding Kerajaan Lama. Walaupun Dinasti ke Sebelas tidak mampu menandingi kuasa bangsawan tempatan, Dinasti ke Duabelas yang berikutnya sekitar 1990 SM dan berakhir sekitar 1786 SM diperintah dengan gabungan dengan golongan pertengahan yang terdiri daripada pegawai, pedagang, seniman, dan petani. Gabungan ini menahan kaum bangsawan dan meletakkan asas bagi keamanan yang tiada tandingnya. Semasa pemerintahan Dinasti ke Duabelas terdapat perkembangan dalam keadilan masyarakat dan pencapaian pemikiran. Kerja awam yang memberi faedah kepada keseluruh penduduk seperti projek pengairan dan saliran, menggantikan pembinaan piramid yang tidak mempunyai kegunaan pratikal. Terdapat juga perubahan dalam keagamaan di mana orang biasa mampu mencapai keselamatan denganperbuatan moral yang baik dan bukannya melalui upacara yang bergantung kepada kekayaan seseorang. Berasaskan sebab-sebab di atas, zaman Dinasti ke Duabelas dianggap sebagai Mesir klassik atau zaman kegemilangan.

Zaman perantaraan kedua :

Pada zaman berikutnya bagaimanapun, Mesir memasuki Zaman Peralihan kedua. Ini merupakan era kekacauan dan penjajahan asing yang berakhir selama dua abad, atau dari 1786 sehingga sekitar 1560 SM Rekod semasa dari tempoh itu jarang dijumpai, bagaimanapun ia menunjukkan bahawa pergeseran dalaman merupakan akibat pemberontakan balas kaum bangsawan. Firaun kembali tidak berkuasa, dan kebanyakan kemajuan masyarakat Dinasti ke Duabelas musnah. Sekitar 1750 SM. Mesir dijajah oleh Hyksos, atau Pemerintah Tanah Asing, puak campuran yang berasal dari Asia barat. Keunggulan ketenteraan mereka biasanya dikatakan kerana mereka memiliki kuda dan pedati perang. Tetapi kemenangan mereka turut disumbangkan oleh fakta bahawa Mesir berpecah sesama sendiri. Pemerintahan mereka memberi kesan yang besar kepada sejarah Mesir. Tidak hanya mereka memperkenalkan perperangan kaedah baru kepada Mesir, tetapi ia juga memberikan penduduk Mesir matlamat yang sama dengan pemerintahan yang menindas, mendorong mereka melupakan pertelingkahan sesama mereka dan bergabung bagi mencapai matlamat yang sama, iaitu membebaskan diri daripada pemerintahan asing.

Kerajaan baru :

Pada akhir abad ketujuh belas SM pemerintah selatan Mesir (Atas) melancarkan pemberontakan terhadap Hyksos, pergerakan yang kemudiannya disertai oleh keseluruhan rakyat Mesir. Menjelang sekitar 1560 SM penjajah terakhir yang tidak dibunuh atau dijadikan hmba telah dihalau keluar daripada Mesir. Horo kejayaan ini, Ahmose merupakan pengasas Dinasti ke Lapan belas, selepas itu menubuhkan regim yang lebih padu berbanding yang sebelumnya. Dalam pergerakan patriotik menentang penjajah melawan Hyksos, ketaatan kepada bangsawan tempatan menjadi lemah dengan itu melemahkan kuasa bangsawan tempatan.

Tempoh yang berikut selepas kebangkitan Ahmose dikenali sebagai Kerajaan Baru, dan oleh sesetengah pakar sejarah lain sebagai tempoh Empayar. Ia berkuasa dari sekitar 1560 SM - 1087 SM, ketika mana Mesir diperintah oleh tiga dinasti secara berturutan. Dinasti kelapan belas, Dinasti Kesembilan Belas, dan Dinasti Kedua Puluh. Dengan kebangkitan Kerajaan Baru, tiada lagi semangat aman dan mengasingkan diri; semangat imperial yang agresif melanda Mesir dan kecenderungan kearah ketenteraan yang berpunca daripada kejayaan dalam perperangan kemerdekaan melawan Hyksos telah menimbulkan keinginan bagi kemenangan lebih lanjut. Tambahan lagi mesin ketenteraan yang dibina bagi menghalau penjajah, ternyata terlalu berharga sebagai menyokong kuasa firaun untuk dihapuskan begitu sahaja.

Langkah pertama kearah polisi baru diambil oleh pengganti Ahmose dengan melakukan serangan kilat ke Palestin dan menguasai Syria. Dengan askar yang terkuat pada zaman purba, firaun baru itu dengan pantas mematahkan semua tentangan di Syria dan menjadikan diri mereka tuan kepada jajahan yang terbentang luas dari tebing sungai Euphrates sehingga ke selatan sungai Nil. Tetapi mereka tidak pernah berjaya menjadikan penduduk yang dijajah sebagai rakyat yang taat dan kelemahan ini merupakan punca pemberontakan meluas di Syria. Sungguhpun pengganti mereka menindas pemberontakan tersebut dan berjaya memegang Empayar seketika, malapetaka akhir tidak dapat dielakkan. Lebih banyak jajahan telah ditakluk dari apa yang boleh dikendalikan dengan berkesan. Jumlah kekayaan yang mencurah-curah memasuku Mesir melemahkan asas nasional dengan menggalakkan penyelewengan, dan pemberontakan yang berpanjangan oleh tanah jajahan melemahkan kekuatan negara melebihi apa tahap ia mampu pulih. Menjelang abad ke dua belas kebanyakan tanah jajahan telah kekal bebas.

Corak pemerintahan Kerajaan Baru menyerupai Kerajaan Lama, tetapi lebih mutlak. Kuasa ketenteraan kini menjadi asas pemerintahan firaun. Tentera terlatih sentiasa bersedia bagi mengkagumkan rakyatnya. Kebanyakan bekas kaum bangsawan kini menjadi bangsawan istana atau ahli kepada birokrasi firaun di bawah penguasaan penuh firaun.

Firaun agung terakhir adalah Ramses III yag memerintah dari 1182 - 1151 SM. Dia diganti oleh ramai pemerintah yang mearisi namanya tetapi tanpa keupayaannya. Pada akhir abad ke dua belas, Mesir menjadi mangsa penjajahan pemangsa baru. Pada masa yang sama Mesir kehilangan daya ciptaan. Untuk mendapatkan kehidupan abadi, ilmu sihir menjadi minat utama rakyat seluruh golongan. Proses kejatuhan ini dipercepatkan lagi oleh peningkatan kuasa Paderi, yang mengambil alih keistimewaan firaun dan menentukan pengistiharan firaun.

Kejatuhan politik mesir purba:

Dari pertengahan abad ke sepuluh SM sehingga akhir abad ke lapan SM dinasti gasar Libya memegang kuasa. Mereka diikuti oleh penguasaan sementara kaum Nubia yang menjajah Mesir dari gurun barat Nil Atas. Pada 671 SM Mesir dijajah oleh Assyrian, tetapi hanya untuk selama lapan tahun. Selepas keruntuhan pemerintah Assyrian, Mesir mendapat kemerdekaan mereka dan kebangkitan semula tradisi bermula. Bagaimanapun ia terbantut dengan tiba-tiba dengan penjajahan Parsi pada 525 SM apabila tentera Parsi mengalahkan tentera Mesir yang bertahan dalam pertempuran yang sengit. Mesir dengan itu menjadi sebahagian Empayar Parsi dan kemudiannya ditadbir oleh Yunani dan Rom.

Senarai Penuh nama Firaun yang berkuasa di Mesir : Klik Sini

Bersambung ke Bhg 2 .... Firaun manakah yang tenggelam dizaman Nabi Musa? [InsyaAllah].


6 comments:

Alwie said...

agaknya masa bila pemerintahan Nabi Yusuf a.s. ?

M.O said...

Teruskan sahabat,pasti ada sesuatu yang menarik


-area77

Sangtawal Sakranta said...

salam,

Alwie,

terima kasih atas pertanyaan.
Nabi Yusuf a.s lahir pada tahun 1915 sebelum Masihi, di Delta Nil di zaman pemerintahan bangsa asing, Hyksos.

Nabi Yusuf a.s menjadi Perdana Menteri Mesir pada tahun 1885 SM

Nabi Yusuf a.s meninggal dunia pada tahun 1805 SM.


Sahabtku M.O,
InsyaAllah... :)

wassalam.

fairy said...

off topic bang..

kes aminurrasyid..the chaos and the fire burning inside...adakah thh akan ambil kesempatan?

changkatlobak said...

permulaan kepada apa?

saya menantikan

Sangtawal Sakranta said...

salam fairy,
kes tersebut masih dalam siasatan.jadi saya tidak mahu komen apa-apa lagi.kemungkinan apa yang saudara fikirkan itu ada!

salam changkatlobak,
terima kasih.

wassalam.