Thursday, January 08, 2009

Perang Nuklear pencetus Kiamat ?

Salam kepada saudara Tanpa Nama,yang selalu berkunjung ke teratak sangtawal.

Terima kasih kerana selalu sudi memberi komen di blog saya.

Komen beliau kelmarin 7/1/09 berkaitan artikel saya sebelum ini yang bertajuk:
“Angkara Zionis:Kita diambang Perang dunia ke-3”adalah seperti berikut :


“Tanpa Nama berkata...



Sumber bahanapi bukan hanya minyak. Ia boleh terdiri daripada tenaga suria, biofuel, alkohol dari tebu, tenaga nuklear, hidrogen dan sebagainya. Sumber-sumber tenaga ini ialah sumber lestari. Namun ia belum dibangunkan sepenuhnya. sumber-sumber itu masih menjadi milik sesetengah golongan. Peperangan pada akhir zaman nanti bukanlah kembali berperang seperti dahulu kala seperti yang difahami oleh kebanyakan orang. Kita tidak akan kembali berperang dengan pedang dan kuda. Tetapi dengan kelengkapan yang lebih canggih yang merupakan pertolongan Allah kepada mereka yang terpilih. Walaupun bekalan minyak sudah habis namun masih ada alternatifnya. Bekalan elektrik tidak terputus semata-mata kerana ketiadaan sumber bahanapi. Ini kerana bekalan elektrik dijana oleh kuasa nuklear. Separuh hayat bahan nuklear amat panjang sehingga ada yang mencecah beribu-ribu tahun. Kelengkapan-kelengkapan mekanikal seperti senapang, mesingan dan sebagainya terus digunakan manusia tetapi dalam bentuk yang lebih canggih. Ia juga tidak memerlukan bekalan minyak untuk menjalankannya.

2009 Januari 7 00:34”.



Jawapan saya buat saudara Tanpa Nama:


Kita kembali berperang seperti dahulu kala dengan pedang dan kuda itu adalah beberapa kemungkinan kemungkinan yang saya cuba gambarkan dalam tulisan saya dalam artikel saya yang lepas .Peperangan seperti yang saudara gambarkan itu juga adalah salah satu dari kemungkinan itu.Kita hanya manusia biasa,dan kalaupun kita boleh melihat ke alam yang lebih seni dan halus kita tidak harus memandang keatas atau melebihi La Takyun,kerana itu semua adalah dalam Ilmullah.


Sumber tenaga dari minyak itu saya berikan sebagai contoh saja.Memang saya tahu banyak lagi sumber tenaga yang lain yang boleh kita gunakan selain dari apa yang telah saudara utarakan dalam komen saudara tempohari.




Maafkan saya jika saya berkata saudara sedang membayangkan perang dunia ke-3 nanti adalah dalam keadaan seperti sekarang ini, tenang,lokasi diluar zone perang aman damai,tetapi saya berfikir sebaliknya.Perang alaf baru yang saya gambarkan adalah perang yang membawa impak atau kemusnahan yang menyeluruh kepada dunia dan segala isinya sehingga segala sumber untuk tenaga sukar untuk diperolehi.

Bagi saya perang dunia ke-3 adalah perang yang cukup dasyat melibatkan kuasa nuclear.Persoalannya,bila nuclear digunakan sebagai senjata,apakah boleh ia digunakan oleh manusia sebagai sumber tenaga lagi pada waktu itu?... saudara masih berfikir untuk mendapatkan sumber tenaga dari alcohol ;dari tebu lagi sedangkan pada masa itu sempatkah lagi kita menanam atau berladang tebu?






Janganlah fikiran kita terperangkap dalam ruang dan masa.

Ingat saudara, tidak ada masa disisi Allah.

Allah menciptakan masa untuk manusia dan bersumpah pula dengan masa.



Kita yang merasa hidup dizaman serba maju dan canggih ini tidak boleh berkata "mustahil untuk kita kembali ke masa silam seperti cerita "back to the future" itu,padahal mustahil itu disebut berdasarkan tahap pemikiran akal manusia.Dalam kehidupan ini ada perkara yang mustahil bagi seseorang tetapi tidak mustahil pula kepada seseorang yang lain.Oleh itu jelas disini ilmu itu memainkan peranan penting dalam menilai kebenaran dan sumber ilmu itu sendiri adalah dari sisi Allah SWT yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.



Setujukah anda jika saya katakan kita kini berada di fasa akhir kehidupan sebelum kiamat dan percayakah anda bahawa dunia dan segala isinya ini sudah banyak kali berlakunya kiamat...cerita cerita kehidupan ini sudah banyak kali ditayangkan...malah jika berfikir lebih dalam lagi...kita hanya melakunkan watak dan adengan yang sudah siap di alam Ruh lagi tak kala Allah berfirman KUN lagi..



Jika Adam itu makhluk Allah atau khalifah pertama dibumi yang akan Allah jadikan...kenapa pula para malaikat bertanya kepada Allah ketika Allah berfirman kepada malaikat untuk menciptakan adam itu ...mereka bertanya kenapakah akan dijadikan makhluk yang suka menumpahkan darah di muka bumi??? Jadi, dari manakah malaikat tahu makhluk dan keturunan jenis adam ini suka melakukan pertumpahan darah??? Mungkin juga sebelumnya sudah ada makhluk bernama adam?sudah ada planet yang bernama bumi yang pernah didiami adam dan keturunannya.sebab itulah malaikat mengetahui hal ini semua.Bukankah malaikat itu dijadikan dari nur dan mereka tidak mati? hanya Allah SWT yang tahu.



Selain itu...banyak contoh contoh lain yang menunjukkan manusia dahulu kala lebih maju dari kita seperti pembinaan piramid,pengawetan mumia,astronomi dan banyak lagi penemuan penemuan yang tidak terungkai oleh pemikiran kita di zaman moden ini.


Penemuan ahli kajipurba yang menjumpai Kelendar Kaum Maya di Amerika Selatan yang bertarikh 11 ogos 3114 sebelum masihi mendapati suatu ketepatan yang mengkagumkan.Menurut kalendar kaum maya,satu tahun meliputi 365.2420 hari manakala ahli ahli sains zaman ini menetapkan bahawa satu tahun meliputi 365.2422 hari.Mereka juga tahu bahawa satu tahun di planet Jupiter atau Kejora meliputi 584 hari dan mereka memuja Kejora sebagai Dewa.Mereka juga mengetahui bahawa perjalanan matahari,bulan,dan kejora adalah selari pada tiap tiap 37,960 hari!Secara logiknya mereka masih tidak mempunyai teleskop berkuasa tinggi atau kapal angkasa yang caggih ketika itu.Jadi bagaimana mereka tahu perihal angkasa lepas?



Oleh itu,cuba fikirkan,kita sekarang baru berada ditahun 2009 masihi sedangkan kaum primitif itu sudah mengetahui tentang ilmu astronomi 5123 tahun yang lalu ( 3114 +2009 tahun ).Jadi setujukah anda bila saya katakan mereka yang hidup 5000 tahun yang lalu lebih maju dari kita?



Masyarakat primitive Dogon yang tinggal di Mali,Afrika Tengah pula telah memberitahu penjelajah awal bahawa ada sebutir bintang yang mengelilingi orbit bintang Sirius yang dibentuk oleh jisim yang terdiri dari bahan bahan berat dan orbitnya berbentuk elips.Baru sekarang ahli sains astronomi menjumpai bintang tersebut yang digelar Sirius B!


Bagaimana pula dengan kaum primitif Pigmies di Hutan Ituri,Afrika Tengah telah memberitahu penjelajah awal bahawa yang planet Zuhal itu mereka gelarkan sebagai ‘Bintang dengan 9 bulan’.Baru sekarang juga ahli sains mengakui memang planet Zuhal mempunyai 9 bulan yang mengorbitnya!



Baiklah,bersetujukah anda jika saya katakan perang dunia ke-3 nanti akan menjadi pencetus kepada kiamat?Jika kita menggunakan ilmu sains fizik peringkat tinggi seperti General Theory Of Relativity ciptaan saintis Jerman berketurunan yahudi Albert Einstein, bintang bintang seperti matahari mengalami proses tarikan graviti dan proses peletupan nuclear yang seimbang selagi hidrogen yang menjadi jisim dan bahanapinya cukup.Tarikan gravity akan menarik jisimnya ke dalam manakala letupan akibat reaksi nuclear melontarkannya keluar.Keseimbangan antara dua proses inilah yang menyebabkan matahari dapat mengekalkan bentuknya kepada bulat.Tetapi keseimbangan ini akan hilang dan terjejas jika semua hidrogen itu bertukar menjadi unsur Helium.




Mengikut hukum fizik E=mc2,tenaga boleh berubah bentuk.Setiap fenomena berkaitan dengan satu atau lebih daripada 4 kuasa utama atau forces,iaitu strong nuclear forces(kuasa yang mengikat neutron dengan proton dalam atom),weak nuclear forces(kuasa yang mengikat atom dengan atom yang membentuk molekul),electromagnatisma(eletrik dan medan yang saling berkait) dan gravity.



Mungkinkah jika perang dunia ke-3 nanti planet bumi juga akan turut hancur disebabkan kesan bom nuclear dan pemusnahan loji penjanaan nuclear yang amat kaya dengan Uranium yang sangat aktif ,tidak stabil dan merbahaya itu. Bukankah ia akan menjadi titik utama ketidak-seimbangan reaksi nuclear di bumi yang berada dalam galaksi Bima Sakti ini.Ketidak seimbangan ini mungkin akan berlaku bila semua unsur hydrogen bertukar kepada Helium dibumi,maka bumi akan mengembang menjadi Red Giant atau bintang gergasi merah atau menjadi objek yang lebih besar lagi supergiant atau lebih besar lagi supernova dan akan menamatkan hayatnya atau hancur dengan membuang lapisan luarnya menjadi White Dwarf atau bintang kenit putih pula.Adakah kehancuran itu kiamat??? Sama samalah kita renung dan fikirkan.




Jika jisim yang tertinggal lebih kecil daripada ukuran chandrasekar Limit ia mungkin akan mengecil pula akibat tarikat gravity menjadi neutron star,iaitu sejenis bintang yang terdiri dari zat neutron yang sangat padat atau ia masih boleh mengecil lagi menjadi satu titik atau lebih khusus lagi disebut Black Hole.Pada titik itu ia mempunyai kepadatan jisim yang sangat tinggi malah jika dikira berdasarkan matematik ia boleh mencapai tahap infiniti kilogram untuk setiap meter padu jisim menyebabkan ia mempunyai daya tarikan graviti yang sangat luarbiasa yang mampu membengkokkan cahaya malah peredaran masa pun boleh terganggu dan berubah,mungkin seratus tahun boleh menjadi sesaat jika kita memasuki black Hole ini.



Anda boleh bertanya kepada para saintis bagaimana pula jika kita hanya pergi ke sempadan tidak jauh dari titik black hole itu yang digelar event horizon saja…pastinya konsep masa telah berubah disitu.Bukankah sama keadaannya bagi orang yang di luar masa,masa diatas masa atau langsung tidak ada masa?bukankah dahulu,sekarang dan masa depan boleh jadi serupa lalu wujud dalam sekelip mata saja?



Mengapa pula kita bersusah susah bertanya yahudi dan kafir tentang black hole ini?
Sedangkan Para rasul,orang-orang al-muqarrabin dan mereka yang bertahap Muntahi telah lama melalui jalan ini dan telah mengalami sendiri pengalaman ini dalam sekelip mata.Oleh itu janganlah kita was was atau curiga bila Rasulullah diangkat kelangit yang jauh jaraknya tidak terhitung oleh akal kita hanya dalam masa yang singkat dalam peristiwa Israk-mikraj sedangkan kita tahu setahun cahaya itu jaraknya 300,000 km/saat x 60 saat x 24 x 365 dan jarak antara bumi dan bulan pun lebih kurang 400,000 km!


Maka renungkanlah firman Allah dalam surah Al-Asr yang bermaksud :

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
Dan mereka yang berpesan dengan haq(kebenaran),
Dan mereka yang berpesan dengan sabar”




Mengapa perlu jenuh mencari black hole di tempat lain,sedangkan black hole juga ada dalam diri kita.Marilah kita mengkaji keajaiban dan teknologi hati atau Qalbi yang dimiliki oleh orang orang agar tersingkap segalanya yang sebelum ini terhijab dalam kegelapan zulmat yang tebal!






Jadi ,jika teknologi hati mengatasi teknologi moden dan terkini ciptaan manusia,mengapa kita tidak menggunakan teknologi hati ini untuk menundukkan musuh musuh islam supaya islam kembali gemilang! Mungkin inilah maksud saudara Tanpa Nama yang berkata dalam komen diatas sebagai “Kita tidak akan kembali berperang dengan pedang dan kuda. Tetapi dengan kelengkapan yang lebih canggih yang merupakan pertolongan Allah kepada mereka yang terpilih”


Mengapa kita tidak kembali mencari teknologi hati yang tertinggi,contohnya warisan peninggalan ilmu teknologi Qalbi Tokku Paloh atau Syed Abdurrahman Al-Idrus yang juga di gelar Qutubul zaman itu?Teknologi Qalbi yang mengaplikasikan 7 hingga 9 titik black hole semulajadi yang berbagai warna dalam tubuh kita itu jarang sekali di temui di zaman ini!



Masih segar dalam sejarah kisah pertemuan Tokku Paloh sebagai wakil sultan Trengganu dengan Wakil inggeris diatas kapal, kapal menjadi senget bila Tokku Paloh menyengetkan serbannya,menjadikan wakil Inggeris itu takut dan diakhir pertemuan itu kerusi yang diduduki oleh wakil itu melekat dipunggung wakil inggeris bila dia bangun lalu Tokku Paloh sempat menempelak mereka dengan berkata “ dah lah tanah kami tuan mahu ambil,kerusi kami pun tuan mahu juga!”

Kita juga pernah mendengar cerita wali Allah yang pergi ke Mekah dalam sekelip mata dan kembali semula dengan setandan kurma yang masih basah!!! Percaya atau tidak?


Sila lihat you tube di bawah:







Tanda- tanda kiamat :


12 comments:

torashah said...

Salam..

Adakah kita sedia boikot 'politik Yahudi' atas alasan Malaysia Baru? Iaitu pemimpinnya ialah Anwar Ibrahim? Kenapa Anwar seolah-olah tidak mempunyai kemaluan bila melihat rakyat Palestin ditindas dan dibunuh oleh askar Israel berbanding memperjuangkan nasib kaum HINDRAF kononnya ditindas oleh orang Melayu?

Kalau begitu kita juga perlu boikot parti yang bersahabat dengan Yahudi di Malaysia, iaitu PKR dan sahabat mujahid mereka seperti PAS dan DAP!!! Biar rakyat Terengganu mengajar barua-barua yahudi yang bertapak di Malaysia tetapi bertopengkan Melayu, Cina atau India.

Salam perjuangan

sangtawal said...

salam Torashah,

satu idea yang baik.

Tapi sayangnya ramai yang terpedaya dengan PR dan sedikit sahaja yang mahu berfikir seperti saudara.

mereka terlalu taksub dengan DSAI.bagi mereka DSAI lah pemimpin yang paling suci dan hebat walaupun ilmu agama dan ilmu dunianya tak seberapa jika dibandingkan dengan ramai lagi pemimpin yang ada.Dia hanya bermodalkan air liur basi dan gaya bahasa yang berbunga bunga saja bila berucap.Dia bukan seorang pemikir atau intelek yang unggul.

Saya hairan kenapa orang PAS yang banyak ilmu agama dan bertaraf ulama ikut apa saja yang anwar rancangkan.mana suara Prof Dr haron din??? kita jarang dengar sekarang ini.

salam perjuangan!

LEKIR said...

Assalamualaikum,

Kronolojinya insyaallah,

Imam mahdi akan dilantik di Mekah selepas kematian raja Arab Saudi

Imam Mahdi akan satukan negara-negara Arab dan Mesir akan jadi tangan kanan Imam Mahdi

Imam mahdi dan muslimin mahu mengambil balik israel dari zionis

Amerika,E.U dan sekutu-sekutu mereka menghantar tentera sehingga berjumlah jutaan untuk pertahankan Israel

Dalam peperangan moden dan besar tentera Islam menang dan Israel hancur musnah

Peperangan antara tentera Islam dan kristian menentang musuh mereka bersama(mungkin Rusia dan China)-gabungan tentera Islam dan tentera kristian menang

Peperangan menggunakan pedang dan kuda antara tentera Islam melawan tentera kristian(Tentera Islam menang)

Tentera islam berperang dengan tentera dajal sampailah turun Nabi Isa dan yahudi bersembunyi di belakang pokok dan batu

Panglima Perang Cyber said...

ada kawan saya ada buku berkenaan Armageddon versi Arab.

Lengkap huraiannya.

Nanti saya minta dia tulis.

tq dan sangat menarik sekali huraian sang tawal yang diberi ALLAH.

sangtawal said...

salam Lekir dan panglima

Terima kasih atas komen yang diberi.

setakat yang saya tahu,Al-mahdi tidak semestinya bangkit selepas kematian raja arab saudi,kerana raja arab sekarang ini bukan keturunan nabi sebenar,mereka dari bani arab badwi Saud,mereka dinaikkan oleh zionis dengan sokongan puak wahabi untuk menjatuhkan anak cucu nabi yang sebenar iaitu keturunan Sharif-syarif mekah yang sebelumnya menjadi penjaga 2 tanah suci mekah/hijaz dan madinah.

buat panglima,
terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak hamba.
percepatkanlah tulisan buku tersebut untuk tatapan kita semua.

Tahniah diucapkan atas usaha panglima menubuhkan BPN.Semoga ia menjadi wadah kita semua membela agama,bangsa dan negara di alam cyber.

Sebagaimana seruan sahabat BPN kita Perak Bangkit....saya sangat sangat mengalukan semua blogger islam masuk dan bernaung dibawah BPN! ia satu usaha yang murni dan ikhlas,tak perlu yuran keahlian dan tahunan,tak perlu bagi ic no,tel no,alamat,tak perlu dedah identiti kita yang sebenar menjadikan perjuangan BPN lebih ikhlas dan unik sekali.
terima kasih.

abatasa said...

Salam sdr Sang Tawal.

Saya amat tertarik dengan pandangan saudara mengenai hayat bumi dan penemuan2 misteri zaman sebelum masehi.

Saya pernah mendengar pendapat seorang ilmuan bahawa Allah tidak melakukan sesuatu dengan sesia dan mustahil Allah akan membinasakan apa yang di ciptaNya (pelik bukan?), baik jika kita lihat disekeliling secara logik akal... sesuatu itu berputar dari satu bentuk kebentuk yang lain namun asas kejadian (atom or what ever...) tidak berubah. Contoh: Air kembali ke air tanah kembali ke tanah api kembali ke api dan angin kembali ke angin... Roh kembali ke asalnya di sisi Allah. Tiada satu pun yang musnah total. betul tak? Saya pun masih memikirkannya hingga hari ini.

Seperkara lagi, bila berlaku kiamat sudah tentu segalanya musnah... persoalannya ialah "tidak ada lagi hambaNya yang di uji"... betul? Apakah ia akan tamat begitu saja? Hanya Allah yang mengetahui. Apakah ada ADAM baru akan bangkit??? Dari tulisan saudara kelihatan menjurus ke sini... harap dapat pencerahan.

Satu lagi misteri... adakah sesiapa ilmuan yang mengkaji tempoh masa antara zaman nabi Adam hingga sekarang? Berapa ribu tahun? Juta tahun? dan bandingkan pula dengan penemuan fosil yang dikatakan berusia ribuan atau jutaan tahun.... siapakah manusia itu?? Adakah di anak cucu Adam? ataupun hidup sebelum adam? MISTRI !! Ilmu yang diberi oleh Allah sangat sedikit....

Percambahan ilmu akan menghidupkan minda... wassalam

Sangtawal Sakranta said...

salam buat abatasa.

Terima kasih atas komen.
kata orang sufi, kena masuk syurga sewaktu kita berada di alam dunia lagi sebelum kita masuk di alam akhirat.

macam dalam perkara kenal Tuhan juga, mereka kata kena kenal Tuhan sewaktu kita di alam dunia lagi, tak boleh tunggu di akhirat baru nak kenal Tuhan!

Saudara, sebenarnya sudah berlalu beberapa orang adam sebelum adam terakhir ini!

semoga anda semakin cerah!

wassalam.

Wan Ssei said...

apa mksud saudara sudah berlalu beberapa adam...boleh bg penjelasan dan huraian?

shahpaskal said...

Sebenarnya, perang nuklear sudah terjadi ratusan ribu tahun yang lalu di muka bumi.

Kita ini berasal dari Adam yang ke 10,000 copy.

Sangtawal Sakranta said...

salam,

wan Ssei,
komen shah menjawab pertanyaan anda.

Shahpaskal,
terima kasih ata komen dan info!

wassalam.

ScaniaZ said...

salam tn.tawal..
saya baru je menemui blog tn nie..

mmg cukup menarik minat sy..sy ambil keputusan utk khatam dr awal samapai akhir blog anda nie..

Sy rase sy ada byk benda nak tanya tn...tp tn aktif lg ker blogging skang..?

or ade alternatif lain utk berhubung if da x aktif...

skang nie pembacaan sy baru sampai post nie..

w'salam.

karl said...
This comment has been removed by the author.