Sunday, January 04, 2009

Angkara Zionis : Kita di ambang perang dunia ke-3



Perang dunia pertama dan kedua telah berlalu .Sejarah dan pengalaman peperangan begitu tragis dan menyayat hati setiap insan.Pembunuhan demi pembunuhan berlaku menjadikan dunia dan segala isinya bukan lagi tempat yang aman untuk di diami manusia.Dendam kesumat dan kebencian diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi tanpa kesudahannya.Dunia bermandi darah.Jadi benarlah apa yang ditanya dan amat dibimbangi oleh para malaikat sewaktu Allah SWT ingin menciptakan Adam dari tanah yang akan menjadi khalifah dimuka bumi ini.Adakah mereka ini akan merosakkan dunia dengan tangan tangan mereka sendiri dan saling menumpahkan darah.



Kebelakangan ini,semenjak peristiwa 11 september menyaksikan bangunan pencakar langit berkembar World Trade Centere tersungkur menyembah bumi,hampir setiap hari selepas itu,setiap kejadian pengeboman dan keganasan dikaitkan dengan islam.Minda warga dunia telah diracun dengan islam terrorist atau islam terrorism sehinggakan kini Amerika yang bersekongkol dengan zionis-yahudi membenarkan serangan keatas penduduk palestin kononnya untuk mempertahankan diri dari ancaman penduduk palestin dan hamas yang dikatakan pengganas.Padahal rakyat palestin berjuang untuk membela tanahair mereka dari pencerobohan dan penindasan Israel secara bersistematik sejak sekian lama.



Memang tidak dapat dinafikan lagi,zionis-yahudi ini telah melakukan grand design atau pelan jangkamasa panjang untuk mewujudkan sebuah negara haram Israel dan akan menakluki dunia melalui pergerakan rahsia dan terancang Freemason dan Illuminati.Selepas perang dunia ke-2 ,penubuhan PBB,Bank Dunia,IMF dan banyak lagi institusi institusi yang menjadi alat-alat kepada zionis-yahudi untuk menakluki dunia.



Dalam Protocols of the Elders of Zion,terdapat pelbagai strategi mereka untuk menundukkan manusia dan mempengaruhi minda manusia termasuk penggunaaan media massa.Dalam ekonomi pula,mereka memperkenalkan sistem riba yang ternyata diharamkan oleh semua agama,tetapi melalui prinsip makroekonomi yang disokong oleh teori “supply and demand”,kita diajar bahawa riba adalah proses atau perkara semulajadi,padahal ia adalah ciptaan yahudi hanya untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dengan menindas pihak lain yang lemah.



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang agenda jahat zionis dan kaitan mereka dalam mengatur peperangan dunia,saya tulis kembali satu rencana menarik yang diambil dari majalah Mastika keluaran mei 2007, m/s 54 dengan tajuk : Freemason,Mark,Komunis dan Perang Dunia: hanya kebetulan?




Mengapakah Freemason dikatakan satu gerakan berbahaya?

Dan mengapa pula ia dicurigai serta dimusuhi oleh kebanyakan Negara?

Berikut adalah petikan dari artikel dalam majalah tersebut :


"Mungkin cerita tentang Dr Adam Weishaupt,William Morgan dan Albert Pike boleh memandu anda agar lebih memahami isu ini.


Siapakah Dr Adam Weishauspt ? beliau berketurunan yahudi,lahir diJerman pada 1748,belajar teologi Kristian tetapi kemudiannya keluar dari agama itu.Setelah menjadi Atheis,beliau bertugas sebagai Profesor di Universiti Ingolstadt.



Pada 1770,beliau dihubungi oleh seorang pemilik bank terkenal bernama Mayer Amschel Rothchild.Jutawan yahudi itu mahu Weishaupt membantunya merangka suatu rancangan besar.Ia sebuah pelan jangka panjang,teliti dan perlu dijalankan secara senyap.



Weishaupt bersetuju dan 6 bulan kemudian,lengkaplah pelan perancangan tersebut.Di dalam rangka perancangan itu,beliau yang juga merupakan seorang Freemason,akan menubuhkan Grand Orient Lodge.Lodge ini berfungsi memegang Lodge-lodge freemason yang lain diseluruh dunia melalui satu ideologi serta objektif yang sama.Gerakan ini dipanggil The Order of the Illuminati atau disebut ,Light Order.



Apakah tujuan penubuhan Grand Orient Lodge dan Illuminati? Jawapannya ialah untuk menguasai dunia dan meruntuhkan semua kerajaan dan agama yang ada ketika itu.



Lebih 2000 cendekiawan pelbagai bidang bergabung tenaga dengan Weishaupt.Resolusi perbincangan itu ialah perancangan Illuminati mesti dilakukan dengan pelbagai cara,termasuk melalui wang,seks,pembiayaan pembelajaran untuk anak-anak muda yang bakal menggerakkan Illuminati serta penguasaan ke atas media.



Pada 1784,Weishaupt menghantar sepucuk surat yang mengandungi perancangan sulit Illuminati kepada pemimpin Freemason di Perancis.Nasib tidak menyebelahi beliau kerana dalam perjalanan dari Frankfurt ke Paris,penghantar surat itu mati akibat dipanah petir.Seorang pengawal kerajaan Bavaria yang datang memeriksa mayat lelaki terbabit terkejut apabila menjumpai surat dari Weishaupt itu.



Perancangan Illuminati dan Freemason terbongkar.Kerajaan Bavaria meneliti surat tersebut dan terkejut dengan agenda Illuminati.Lantaran itu lodge-lodge Freemason dan kediaman para pemimpin Illuminati diserbu.Timbunan dokumen serta bukti perancangan sulit mereka dirampas.



Pada 1786,semua dokumen itu didedahkan dalam sebuah buku yang kemudiannya dihantar kepada semua kerajaan dan agamawan di Eropah.



Apabila perancangannya bersama Rothchild terbongkar,Weishaupt mengubah strategi.Beliau dan para pengikutnya menyusup masuk ke dalam Blue Freemasonry Order melalui pelbagai lodge secara senyap.Agenda sulit mereka seterusnya di kembangkan ke Amerika Syarikat.


Perancangan sulit Illuminati mendapat sambutan di negara kapitalis itu.Lebih menggemparkan,ialah antara orang mendukung idea menakutkan Illuminati itu ialah seorang tokoh politik terkenal bernama Thomas Jefferson,yang kemudiannya menjadi Presiden Amerika!



Pada tahun 1826,seorang ahli baru Freemason ,William Morgan menulis sebuah buku yang mendedahkan segala rahsia serta perancangan sulit Freemason.Dalam bukunya bertajuk Illustrations of Masonry itu,Morgan menjelaskan secara terperinci betapa bahayanya Illuminati,Weishaupt dan Freemason kepada masyarakat dan politik dunia.Ahli Freemason lalu mengamuk.Pejabat penerbit buku itu dibakar dan Morgan ditangkap atas dakwaan berhutang dan mencuri pakaian.Dia dipenjarakan di Canandaigua.



Seorang lelaki mendakwa sebagai kawan Morgan muncul pada 11 september, membayar hutangnya.Morgan dikeluarkan dari penjara dan diajak oleh lelaki berkenaan ke sebuah kereta kuda yang sedang menunggu mereka.Morgan dibawa ke sungai Niagara dan selepas itu Morgan tidak pernah ditemui dan dipercayai telah dibunuh oleh ahli freemason.Beliau disanjung oleh anti-freemason sebagai wira dan menganggap William Morgan menjadi korban kepada kebebasan menulis,mencetak dan menyatakan kebenaran.



Gerakan anti-Freemason bertindak membakar beratus ratus lodge.Ahli ahli politik yang menyokong Freemason dikecam.Tapi ia masih gagal membunuh idea Weishaupt dan Rothchild.Illuminati sebaliknya menyusun satu lagi strategi.



Pada 1829,Illuminati menganjurkan satu konvensyen untuk menyatukan golongan Atheis dan pelbagai lagi elemen buruk,di bawah satu payung yang diberi nama Komunisme.



Dana yang besar dikeluarkan,dan dari sinilah munculnya Karl Heinrich Marx serta Friedrech Eagles.Kedua dua mereka adalah ahli Freemason berbangsa yahudi dan berasal dari Jerman.Mereka bekerjasama menghasilkan sebuah buku yang berjudul Communist Manifesto dan Das Capital. Ideologi komunis pun muncul! Ia membenci agama dan menganggap agama sebagai perosak masyarakat.



Kembali kepada agenda Illuminati di Eropah: cita cita Yahudi untuk menguasai dunia tetap diteruskan biarpun selepas Weishaupt meninggal dunia pada 1830.Dia digantikan oleh Giuseppe Mazzini,ahli Freemason Itali.



Pada 1840,seorang jeneral perang Amerika bernama Albert Pike menyambung agenda itu dengan pelan yang lebih ganas.


Beliau menyusun semula Freemason dan Illuminati dengan menubuhkan 3 majlis tertinggi.Dibawah majlis tertinggi itu diwujudkan 23 cawangan strategik di seluruh dunia.


Antara tahun 1859 dan 1871,sebagai seorang pakar dalam bidang perang dan strategi,Pike merencanakan 3 perang terbesar pada abad ke-20.Tiga kuasa yang akan bertembung dalam peperangan itu nanti iaitu komunis,Nazi, dan zionis.


Perang dunia pertama perlu untuk menjatuhkan kuasa Tsar di Rusia supaya komunis berkuasa di negara itu.Ia mesti dilakukan dengan melaga-lagakan Britain dan Jerman.


Perang dunia kedua,Bagi meningkatkan kuasa zionis,supaya Negara Israel dapat ditubuhkan di Palestine.Untuk itu percakaran antara gerakan politik zionis dan Fasis(termasuk Nazi) mesti diwujudkan.


Perang dunia ke-3 pula untuk menyudahkan segala perancangan awal mereka tadi bagi mewujudkan satu kerajaan dunia,iaitu kerajaan tunggal yang akan menguasai planet bumi ini.Perang dunia ketiga yang dirancang oleh Pike dan Freemason itu adalah antara zionis dan islam!!!


Perang dunia pertama dan kedua telahpun berlaku.Kini kita diambang Perang Dunia ke-3.Bayangannya kelihatan terlalu hampir.Ia seperti akan berlaku tidak lama lagi…


Kata penulis rencana majalah Mastika ini (Zulkarnain Zakaria) sebagai penutup artikel nya ialah “Anda boleh bersetuju ,tapi anda juga boleh tidak bersetuju dengan tulisan ini.Apa yang perlu dilakukan ialah membaca bahan bahan rujukan yang banyak terdapat di sekeliling anda dan seterusnya memerhatikan apa yang sedang berlaku di dunia ini sekarang!”



Saya berfikir sejenak dan agak bersetuju dengan tulisan saudara Zulkarnain di atas.Serangan yang dimulakan keatas palestin bermula seminggu yang lalu telah dirancang sekian lama,malah sejak 60 tahun yang lalu inilah kempen ketenteraan terburuk yang mereka lakukan keatas penduduk islam bumi palestin.Keizinan telah diberikan oleh Amerika kepada Israel kononnya untuk mengekang kebangkitan pejuang hamas yang berstatus pengganas bagi mereka.


Sebenarnya itu hanyalah alasan mereka saja .Mereka kini hanya menjalankan perancangan awal mereka untuk mencetuskan perang dunia ke-3.Amerika pula sedang menanti peluang untuk menyerang Iran dan Syiria jika mereka bertindak menghalang serangan Israel atas alasan menjaga keamanan dunia!


Mungkinkah dengan cara tersebut mereka akan membuat provokasi supaya Imam Mahdi sebenar akan bangkit dan mengishtiharkan jihad keatas mereka lalu terjadilah perang Armageddon yang mereka harapkan menjelang alaf baru antara orang islam yang dipimpin oleh Al-Mahdi melawan zionis yang dipimpin oleh Dajjal.Mereka berharap akan dapat mengalahkan Al-mahdi dikala seluruh umat islam berada dalam keadaan pecah belah dan lemah imannya.

Sememangnya zionis sudah lama merancang untuk melakukan perang dunia ke-3 ini.Proksi-proksi mereka sudah lama berada diseluruh pelusuk dunia.Namun untuk menyusup masuk dan bertapak di Nusantara ini mereka menggunakan strategi yang paling halus dan licik sekali dimana mereka akan menggunakan agama ,ideologi demokrasi liberal ,pluralisme dan bermacam macam lagi isme isme ciptaan manusia melalui tangan -tangan orang agama juga!


Rancangan mereka untuk mewujudkan New World Order (NWO) sudah tidak menjadi rahsia lagi.


Beberapa hari yang lepas saya ada membaca satu komen di blog spot Perak Bangkit.Penghantar komen tersebut ada memberi URL satu website untuk melihat nama pemimpin pemimpin dunia yang menghadiri forum NWO.Saya amat terkejut bila melihat nama orang yang dalam senarai ke-39 itu adalah seorang pemimpin Malaysia.Beliau di antara orang yang tersenarai sebaris dengan ramai pemimpin hebat dunia yang lain.


Sila layari sendiri untuk membaca dengan lebih lanjut disini:

http://www.cuttingedge.org/news/n1020.html


Semoga Allah melindungi kita semua di Malaysia dan di Nusantara ini amnya dari perbuatan tangan tangan khianat yang hati dan jasadnya sudah dibeli oleh zionis dengan harga yang paling murah disisi Allah !!!


Sesungguhnya Janji Allah pasti terjadi.Sebijak manapun perancangan manusia pasti ianya akan hancur dan musnah bila berdepan dengan Qudrat dan Iradat Ilahi.


Saya termenung lagi,bila perang makin berlarutan,bekalan elektrik terputus,sumber minyak sudah habis….semua peralatan canggih tidak boleh digunakan, jet pejuang dan jet tanpa pemandu tidak mampu terbang bila kehabisan minyak,radar tidak berfungsi untuk mengesan musuh, senjata nuclear dan peluru berpandu tidak boleh dilancarkan,perhubungan dan dunia IT sudah tidak bererti lagi……diwaktu itu…mungkinkah peperangan diakhir zaman nanti kita akan kembali berperang seperti dahulu kala??? Mungkin kita akan kembali berperang dengan pedang dan kuda? Dan diwaktu itulah pejuang islam yang mempunyai dua kekuatan iaitu kekuatan fizikal warisan iskandar zulkarnain dan kekuatan rohani dan spiritual warisan Rasulullah SAW akan bangkit berjuang,membawa bendera badar dan panji hitam dari timur yang akan memerangi Kuffar dan membunuh musuh agama Allah dengan menggunakan senjata tajam secara berdepan dan zionis-yahudi pasti akan lari berkeliaran dalam ketakutan , bersembunyi disebalik pohon dan celah celah batu lalu pohon dan batu juga akan bersuara untuk menghapuskan mereka !!!





7 comments:

Anonymous said...

Sumber bahanapi bukan hanya minyak. Ia boleh terdiri daripada tenaga suria, biofuel, alkohol dari tebu, tenaga nuklear, hidrogen dan sebagainya. Sumber-sumber tenaga ini ialah sumber lestari. Namun ia belum dibangunkan sepenuhnya. sumber-sumber itu masih menjadi milik sesetengah golongan. Peperangan pada akhir zaman nanti bukanlah kembali berperang seperti dahulu kala seperti yang difahami oleh kebanyakan orang. Kita tidak akan kembali berperang dengan pedang dan kuda. Tetapi dengan kelengkapan yang lebih canggih yang merupakan pertolongan Allah kepada mereka yang terpilih. Walaupun bekalan minyak sudah habis namun masih ada alternatifnya. Bekalan elektrik tidak terputus semata-mata kerana ketiadaan sumber bahanapi. Ini kerana bekalan elektrik dijana oleh kuasa nuklear. Separuh hayat bahan nuklear amat panjang sehingga ada yang mencecah beribu-ribu tahun. Kelengkapan-kelengkapan mekanikal seperti senapang, mesingan dan sebagainya terus digunakan manusia tetapi dalam bentuk yang lebih canggih. Ia juga tidak memerlukan bekalan minyak untuk menjalankannya.

Sangtawal Sakranta said...

salam buat Tanpa nama,

sila baca artikel terbaru saya bertajuk Perang nuklear pencetus kiamat? untuk menjawab komen saudara di atas.

terima kasih.

Anonymous said...

Assalammualaikum, ni nak tanya ni. Saya ada baca kisah Khalifah(atau mungkin Sultan) Nuruddin yang berasal dari satu negeri Arab tu. Ya~Kisah tentang jasad Rasullullah hampir kena curi tu.. Saya baca yang dua orang pencuri jasad tu ckap yg diorang tu ajen dari kumpulan Bintang Enam. Illuminati/Freemason kah itu? Sori ye kalau saya post di blog yang salah. Nak tahu je ni.

Sangtawal Sakranta said...

salam anon@ 12.18pm,
bintang bucu 6 itu bintang nabi daud pada pandangan zionis.
wassalam.

Anonymous said...

Oh~ Jadinya zaman tu dah ada lah Zionist ni ye..? Ingatkan blom wujud lagi zaman tu.

Anonymous said...

Siapa dalang perang ke atas palestin

Anonymous said...

Perang yang hujung nanti kita akan kembali seperti dahulu kala.sila semak kembali.sebab tu nabi galakan kita belajar menunggan kuda.belajar berenang.belajar memanah.belajar bermain pedang.sebab perang yg akhir nanti kita akan alami banyak fasa.