Saturday, January 07, 2012

Waspada Dari Serangan Bala Tentera Iblis



Tajuk : Waspada Dari Serangan Bala Tentera Iblis.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang NYATA bagi manusia. Ingat pesanan ini!!!

Iblis telah mengutuskan sebanyak tiga ratus (300) bala tenteranya ke atas seseorang anak Adam untuk menyelewengkannya dari jalan yang haq ( benar) atau menyesatkannya melalui empat arah serangan .

“Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku akan menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari arah hadapan dan arah belakang mereka, dari arah kanan dan dari arah kiri mereka, Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)”

( Surah Al-A`raf:16,17 ).

Strategi serangan mereka ialah:

1. Dari hadapan - tentang urusan akhirat.

2. Dari belakang - tentang urusan duniawi

3. Dari kanan- tentang urusan agama ( kebaikan )

4. Dari kiri- tentang urusan dosa ( keburukan )

Apa pun bentuk serangan dan dari sudut manapun ia dilakukan, tujuannya ke atas anak Adam hanya satu iaitu untuk melemahkan dan kemudian menewaskan mereka menjadi tawanan perangnya. Selepas itu manusia ini akan menjadi hambanya atau teman seiringan untuk bersama-sama masuk neraka nanti.


Maka , perlulah pula kita menangkis serangan mereka dengan cara :


1. Jika serangan daripada hadapan - gunakan senjata ampuh zikirullah

2. Jika serangan daripada belakang - gunakan akal yang waras dan fitrah insan suci sejati.

3. Jika serangan daripada sebelah kanan - gunakan ilmu berlandaskan wahyu Ilahi (al-Quran ) dan hadis nabi saw.

4. Jika serangan daripada sebelah kiri – gunakan istighfar dan taubat nasuha.


Iblis dan syaitan akan bergembira jika benteng pertahanan manusia dari salah satu penjuru itu dapat dikalahkan dan mereka akan bersedih dan susah hati jika taktik mereka gagal.

Namun , kaedah popular di kalangan Iblis yang ternyata banyak memberikan kejayaan kepada mereka ialah seperti dalam Teori Komunisme manusia iaitu :

"Hendaklah kita masuk menganggotai dan bersekongkol terlebih dahulu dengan gaya hidup masyarakat sesuatu puak bangsa itu kemudian hendaklah kamu mempengaruhi pula mereka dengan falsafah dan teori fahaman kita".


Sesungguhnya istana Sang Iblis itu dibina di atas permukaan air . Setiap masa, syaitan berbondong-bondong keluar masuk istana ini untuk melaporkan atau menerima arahan terbaru yang tujuannya hanya satu: Untuk menyesatkan anak Adam a.s, dan pastinya mereka tidak kenal erti putus asa dan penat lelah!

Hadis Rasulullah saw , Dari Abu Musa yang diriwayatkan oleh Ibnu Jauzi :


“Apabila telah pagi-pagi, Iblis menyebarkan tenteranya di muka bumi ini, dan ia berjanji; `Barangsiapa dapat menyesatkan seorang muslim, nescaya kupakai-kan mahkota kepadanya”


Apabila Iblis berkumpul dengan bala tenteranya ( jin dan syaitan) mereka tidak akan merasa gembira melainkan terhadap tiga perkara utama yang terjadi atas anak Adam iaitu :

1. Seseorang mukmin yang membunuh seorang mukmin lain.

2. Seseorang anak Adam yang kafir mati dalam kekafirannya.

3. Hati anak Adam yang sangat takut kepada kefakiran atau kemiskinan.

Dalam erti kata lain, mereka suka manusia bermusuhan, saling membunuh sesama sendiri, melakukan pertumpahan darah, murtad, melekakan manusia dengan maksiat , kufur nikmat Allah swt dan menambahkan rasa cinta dunia dan takut mati kepada anak Adam a.s.

Perlu diingat, strategi Iblis yang paling licik iaitu menipu daya anak Adam dari jalan yang haq dalam berbuat ibadah. Oleh itu janganlah kita terlalu berbangga sangat dengan penampilan, amalan, parti yang bernama islam ( pergunakan islam) yang kita ikuti, pemimpin berserban besar atau berjanggut lebat mana yang kita kagumi kerana ia ( kita dan mereka) belum tentu lagi terlepas dari masuk ke dalam jerat dan tipu daya iblis ini. Perhatikan strategi mereka seperti berikut :

Antaranya ialah :

1. Melakukan hasutan dengan mencegah manusia dari membuat ibadat yang diperintahkan Allah.

2. Jika manusia berjaya mengatasinya mereka akan berusaha pula menanamkan keraguan (was-was) dalam jiwa manusia dalam hal ibadat.

3. Jika kedua perkara itu dapat diatasi oleh manusia , mereka berusaha pula agar ibadah tersebut dibuat dengan cepat atau buat ala kadar saja.

4. Jika manusia berjaya mengatasi semua serangan diatas, mereka akan membiarkan penyempurnaan ibadah manusia itu namun ditanamkan pula dengan sifat `Riya` dalam ibadatnya.[ Di tahap ini ramai yang tidak sedar, itu sebabnya pengajian tasawuf adalah perlu demi mengenal perjalanan nafsu-nafsu kita.Jangan asyik dengan berpolitik sahaja, carilah ilmu ini sebagai bekal perjalanan yang masih panjang lagi.]

5. Jika manusia itu dapat mengatasi sifat `riya`nya , maka dibisikkan pula sifat `Ujub` ke dalam hati anak Adam.

6. Jika segala strategi di atas tidak berjaya, mereka akan mencuba kaedah yang lain pula dan begitulah seterusnya…..

Antara taktik lain ialah termasuk 10 perkara yang dimohon sendiri oleh Iblis dengan Allah swt seperti apa yang diakui sendiri oleh Iblis ketika bersoal jawab dengan Rasulullah saw iaitu:


(1) `Aku minta agar Allah (1) berbagi dalam harta dan (2) anak pinak manusia. Dia mengizinkan.`

“Dan gerakkanlah siapa yang dapat engkau gerakkan dengan suara engkau, dan kerahkanlah mereka dengan pasukan ( bala tentera ) yang berkuda dan jalan kaki, dan bersyarikatlah dengan mereka tentang harta dan anak-anak, dan janjikanlah kepada mereka. Dan apa yang dijanjikan syaitan itu kepada mereka, tiada lain dari tipuan belaka.” (QS, AL-ASRA: 64)

(2) Kata Iblis lagi : `Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah SWT.’

(3). ‘Aku minta supaya Allah SWT membiarkan aku ikut bersama dengan orang berhubungan (jima`) dengan isterinya tanpa berlindung dengan-Nya`. (Jika tidak memohon perlindungan daripada Allah daripada kehadhiran syaitan masa mahu jima` maka syaitan akan dapat ikut bersamanya (menjima`isterinya) dan anak yang dilahirkan hasil jima` itu akan sangat patuh kepada hasutan syaitan pula-sebab dah jadi macam separuh anak syaitan juga anak itu)

(4) `Aku minta supaya boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan halal`

(5) `Aku minta supaya Allah SWT menjadikan kamar mandi sebagai rumahku`

(6) `Pasar sebagai masjidku`.

(7) `Syair (nyanyian berunsur nafsu) sebagai Qur`anku.

(8) `Pemabuk ( mabuk arak, mabuk dadah, dan lain-lain) sebagai teman tidurku`

(9) `dan memberikan aku saudara- maka Allah SWT jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku`

Firman Allah SWT: Ertinya, `Orang-orang pemboros itu adalah saudara syaitan sedang syaitan sangat ingkar kepada Tuhannya` (Al-ISRA:27).

(10) Iblis berkata seterusnya `wahai Muhammad, aku minta supaya Allah SWT membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku dan aku minta supaya Allah SWT memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia`.

Permintaan-permintaannya itu semuanya diizinkan Allah SWT.

Tetapi bagi hamba-hamba Allah SWT yang mengambil ingatan dan pedoman dari pesanan Rasulullah s.a.w dan memohon perlindungan dengan ikhlas kepada Allah SWT dari tipu daya bala tentera iblis ini , maka InsyaAllah mereka akan dilindungi oleh Allah SWT.

Pada pendapat saya, permintaan ke-10 Iblis tersebut adalah permintaan yang paling bahaya untuk anak adam! Maka berhati-hatilah wahai saudaraku…. Sudahlah mereka berjumlah 300 melawan kita seorang, mereka pula tidak ternampak oleh mata kasar kita malah mereka boleh terus masuk mengalir bersama darah kita pula! Itu sebabnya ramai tok-tok alim yang lingkup, terutamanya dengan dugaan ‘perempuan’, malah ada juga pemimpin yang pernah kantoi berkhalwat dengan bini orang…

Apakah senjata paling ampuh yang kita mampu sediakan saudara?

Senjata itu adalah Kalimah Toyyibah… Zikrullah... seperti pesan Rasulullah saw :

"Sebaik baik zikir ialah ucapan Laa ilaahaillallah".

(Riwayat termizi dan ibni Majah-kata Termizi hadits hasan)

Bacalah dan beramallah wahai saudaraku sekalian…. Itulah Pedang Jihad kita untuk pertahanan zahir dan batin…… bacalah sekurang-kurangnya 100 kali sehari atau 313 kali sehari… ia adalah benteng di barisan depan sekali. Jika musnah benteng ini, maka musnahlah Urusan Akhirat kita!

Kalimat tauhid itu mampu memancung dan membakar syaitan-syaitan musuh kita itu, walaupun ia dari jenis manusia atau jin syaitan ( bala tentera Iblis), kerana kalimat itu perwujudan api bakaran bagi bala tentera iblis dan cahaya (Nur) bagi orang yang bertauhid.

Selain itu apa lagi senjata kita ?

DOA….

Ya… doa yang ikhlas dan penuh harap kepada Allah swt… InsyaAllah doa dari hati yang ikhlas dan penuh harap itu akan mendapat tilikan Allah swt. Bila seseorang hamba Allah mendapat tilikan ar - Rahman , maka terpeliharalah dia dalam lindungan Allah swt. Sesetengah orang tu jelajah ke seluruh Negara meminta orang lain mendoakan untuk keselamatan dirinya, tetapi dia sendiri tidak mahu mendoakan untuk dirinya sendiri, tidak mahu bersama solat hajat untuk membuktikan kebenaran bila diminta, malah tidak mahu bersumpah dengan nama Allah swt untuk menolak fitnah keatas dirinya padahal itulah benda yang paling mudah jika dia dipihak yang benar! Oleh itu saudaraku sekalian, janganlah sesekali terpedaya dengan manusia bertopengkan syaitan seperti itu !!!

Selain itu, banyakkanlah solat dan amalkan diri kekal dalam keadaan berwudhuk…

Sebaik-baik zikir itu pula… perbanyakkanlah zikir di dalam hati… sebutlah dan bunyikanlah sekuat-kuatnya Allah Allah Allah …. di dalam hatimu…. kerana disitulah kubu terkuat seorang mukmin!

Kubu pentadbiran utama insan inilah yang hendak ditakluk oleh bala tentera Iblis dengan serangan yang bertalu-talu. Itulah tujuan utama mereka ingin memasuki pembuluh darah dan mengalir bersama darah kita kerana mereka tahu itulah benteng terakhir seorang insan.

Serangan dari arah belakang pula adalah berkaitan dengan urusan dunia. Syaitan dan jin kafir bala tentera Iblis diperintahkan : “ jika umat islam tidak mahu menyembah : memuja patung berhala seperti palang salib kristian-Nasrani, berhala Yahudi, berhala patung Buhda-Hindu maka godalah mereka dengan duniawi itu sendiri sebagai berhala jiwa mereka”.

Jadi , renunglah …. Siapakah orang yang pernah berkata mereka rela berkawan dengan syaitan… sedangkan berkali-kali Allah swt menyatakan bahawa Syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kita, orang ini juga mungkin terdiri dari pemimpin yang dikagumi dan orang semua taksub kepadanya, padahal dia lebih mementingkan pembinaan berhala dari membina masjid, lebih mementingkan persahabatan dan ukhwah dengan orang kafir berbanding dengan manusia sebangsa dan seagama mereka, merelakan orang islam murtad, mengeluarkan lesen arak dan judi. Demi kuasa dan kepentingan diri mereka sanggup menjual agama dan kalimah suci al-Quran di pentas-pentas ceramah demi untuk meraih undi. Apakah anda semua yakin orang-orang ini tidak termasuk ke dalam perangkap Iblis saudara? Apakah anda semua yakin bahawa orang-orang ini tidak menjual agamanya untuk dunia?

Oleh itu, untuk menangkis serangan Iblis dan kuncu-kuncunya, kita mestilah juga menuntut dan mengamalkan ilmu tasawuf, tujuannya untuk menyucikan diri dan jiwa, agar jiwa dan nafsu kita mendapat kemenangan di dunia dan seterusnya di akhirat nanti.


Firman Allah swt ertinya:

‘Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkannya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucikan (nafsunya) dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya’

( Surah Al- Sams: 7-10 )


Oleh itu serangan Iblis dari arah belakang berbentuk ‘tipuan duniawi’ perlu dipertahankan dengan ilmu penyucian jiwa (tasawuf) . Kerana jiwa atau Fitrah nan suci bagaikan matahari dunia yang memberi cahaya cerah indah dan sempurna kepada bulan (akal). Fitrah yang suci dan akal yang sempurna akan dapat mematahkan serangan dan tipu daya jin dan syaitan bala tentera Iblis itu dan seseorang anak Adam yang telah dengan ikhlas menyucikan nafsunya itu, maka mereka akan mempunyai ketajaman mata hati yang boleh mengenal manakah bisikan daripada malaikat dan manakah bisikan daripada bala tentera Iblis , maka selamatlah mereka.

Firman Allah bermaksud :

“Wahai jiwa mutmainnah (berfitrah suci) kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang tenang tenteram serta diredhai Tuhanmu, masuklah olehmu dalam golongan hamba-hambaku yang soleh dan masuklah kamu kedalam syurgaKu`.

( Surah Al-Fajar; ayat 27-30 )

Jika serangan terhadap anak Adam gagal dari arah depan dan belakang, maka mereka tidak akan berputus asa, akan berusaha lebih keras lagi, akan mencuba pula dari arah kanan iaitu dalam urusan agama atau kebaikan.


Iblis berkata: `Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik perbuatan maksiat di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semua.` (Qs: Al Hijr, 39).

Amal jahat (terlarang dalam agama) dihias menjadi cantik oleh syaitan , amal yang salah dan sesat dihias di hati manusia agar ia nampak benar. Amal-amal soleh dianggap menyimpang dari kehidupan normal. Segala sunnah Rasulullah saw dan cara kehidupan para nabi-nabi terdahulu berlandaskan agama Allah dianggap sudah ketinggalan zaman dan bercanggah dengan naluri dan nilai kehidupan manusiawi secara global serta bercanggah dengan fahaman-fahaman falsafah hasil ciptaan akal logik manusia.Maka lahirlah berbagai fahaman inspirasi syaitan seperti:

Democratisme, sosialisme, anarkisme, liberalisme, pluralism, dogmatisme, naturalisme, kapitalisme, komunisme, etheisme, hidonesme dan fahaman hak-hak kebebasan manusia serta lain-lain isme lagi atau pendapat pemikiran dan perbuatan yang banyak bercanggah dengan kehendak dan ajaran Allah SWT yang menjadi ideologi ciptaan para sarjana dan para professor syaitan,[ sehingga mereka yang terpedaya mendakwa merekalah yang mendapat petunjuk yang benar dari tuhannya], tidak lain dan tidak bukan untuk mencapai matlamat dan janji sumpah Iblis dihadapan Allah swt iaitu : ‘Aku akan menyesatkan mereka` itu.


Fahami dan renungilah Firman Allah SWT ini: `Katakanlah:`Apakah akan Kami beritahukan kepada mu tentang orang orang yang paling merugi perbuatannya?`. Yaitu orang orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini,sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik baiknya.`

(Surah Al-Kahfi: ayat 103 - 104).

Oleh itu untuk melawan serangan Iblis dari arah kanan ini saudara, kita hendaklah menggunakan ilmu Wahyu Ilahi ( al-Quran) dan ilmu Hadis serta panduan Sunnah RasulNya. Hujah ini mengambil kata amanah Nabi Muhammad.saw. iaitu Ketua Agung dalam kepimpinan dan penyelamatan umat anak Adam sebab Allah swt sendiri ada menyatakan tentang perlantikan ini:

1.`Dan kami tidak mengutus kamu (sebagai penyelamat) melainkan kepada umat manusia seluruhnya…` (Qs.Sab`:28)

2.`Dan tiadalah kami mengutus kamu (ya muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam`. (QS.Anbia:107)


Nabi Muhammad penyelamat Agung umat manusia ada berpesan melalui sayyidina Ali krw. mengenai Al-Quran:

`Kamu harus mengikut al Quraan, padanya terdapat sejarah manusia sebelummu dan berita tentang peristiwa-peristiwa sesudahmu, terdapat keputusan-keputusan yang ada di antara sesamamu. Dialah pembeza yang jelas dan tegas. Kerananya, orang yang tidak mahu mengikutinya, dia telah disesatkan Allah, sedangkan yang mencari petunjuk kepadanya, maka pastilah dia akan ditunjuki Allah kepada jalan yang benar (Islam).’


Serangan dari arah kiri terhadap anak Adam adalah serangan paling hebat dari bala tentera iblis. Pengalaman yang cukup lama Sang Iblis laknatullah semenjak menewaskan Habil dan Qabil putera Adam a.s iaitu pembunuhan paling awal di atas muka bumi ini dan seterusnya akan digunapakai. Tujuh jurus serangan yang membawa dosa besar pada diri anak Adam itu ialah:

(1). Empat macam yang dapat diserang pada hati sanubari seorang anak Adam iaitu: Syirik, kecenderungan berbuat pelbagai jenis maksiat, putus asa dan keinginan selalu menghindar dari perintah perintah (ketentuan) Allah swt.

Syirik dalam akidah adalah perkara paling pokok. Kerana Iblis tahu Allah s.w.t.akan mengampuni dosa-dosa manusia kecuali syirik. Serangan terkini dalam akidah ketuhanan sekarang ialah keinginan untuk menggunakan nama Tuhan `Allah` dalam agama nasrani iaitu dalam penulisan `Bible` mereka. Maka inilah bisikan idea baru syaitan kepada tali barutnya yang dalam wajah anak Adam. Ini adalah satu kaedah serangan dalam hal akidah yang baru ditimbulkan untuk mengacau bilaukan fahaman anak-anak orang Islam yang belum matang atau yang tidak mempunyai latar belakang akidah tauhid Islam yang tulen dalam bab ketuhanan Islam supaya menjadi syirik. [ Perkara ini pun dianggap tidak penting oleh segelintir pihak yang dirinya sendiri telah termakan umpan iblis…. Perkara ini dianggap remeh temeh berbanding isu-isu lain yang lebih cenderung memihak atau boleh mendatangkan keuntungan politik kepada mereka, contohnya mempertahankan pemimpin mereka yang terlibat dalam masalah moral yang teruk]

2. Empat jenis serangan pada lidah iaitu: Persaksian dusta, menuduh zina, sumpah palsu dan sihir.

3. Tiga jenis serangan pada bahagian perut: Meminum atau mengambil benda-benda yang boleh memabukkan dan yang merosakan saraf akal dan mendatangkan khayalan (Arak, ectasy, dadah, ganja dan lain-lain), memakan harta anak yatim atau hasilan harta yang tidak halal, rasuah, memakan riba.

4. Dua jenis serangan pada bahagian kemaluan anak Adam: Perzinaan dan hubungan sejenis [ homosex dan lesbian] .Agenda ini sedang diperjuangkan , LGBT di Negara ini oleh wakil-wakil Iblis.

5. Dua jenis serangan pada bahagian tangan: Pembunuhan yang tidak dalam perkara yang haq, perompakan dan lain-lain.

6. Satu serangan pada bahagian kaki: Lari dari medan jihad fiisabilillah.

7. Satu serangan menyeluruh pada sekelian jasad anak Adam: Menderhakai orang tuanya dan guru pembimbing kerohaniannya yang ikhlas.

Kini anak muda dirasuk jiwanya supaya menderhakai hati ibubapa dan guru, suara orang muda suara keramat katanya, demonstrasi dimana-mana akibat hasutan dari manusia Iblis , mahasiswa dijadikan lembu tunggangan mereka.

Oleh itu, senjata untuk menangkis serangan dari sebelah kiri manusia ialah dengan perbanyakkan Istighfar dan taubat nasuha. Pusaka taubat ini telah dimulakan oleh Nabi Allah Adam a.s sendiri iaitu bapa keturunan manusia:

Firman Allah swt maksudnya : “Maka Adam telah menerima beberapa perkataan dari Tuhannya (meminta ampun), maka Allah menerima taubatnya, sungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha penyayang` ( Surah Al Baqarah : ayat 37 )

Rasulullah s.a.w.pernah bersabda:

`Ketika musuh Allah iaitu Iblis mengetahui bahawa Allah Azza Wajalla mengabulkan doaku dan mengampuni umatku, iblis mengambil pasir dan ditaburkan di atas kepalanya sendiri dan berseru: sungguh celaka, sungguh binasa. Melihat Iblis yang ketakutan itu aku pun tertawa.”

( Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Mengapa Iblis sangat takut bila manusia beristighfar dan bertaubat saudara?

Ini adalah kerana setiap orang anak Adam yang bertaubat nasuha dan berinabah akan mencapai kebaikan seperti berikut:

1. Menjadi anak kunci membuka pintu redha .
2. Bila ikhlas taubatnya, akan dimurahkan rezeki oleh Allah zahir dan batin, disampaikan segala hajat dan dijauhkan segala bala.
3. Disucikan jiwa dari sifat-sifat jahat keiblisan (mazmumah), diisi jiwa dengan sifat-sifat kebaikan (mahmudah).
4. Dikurniakan Allah hidup bahagia dunia dan akhirat.
5. Dimatikan dalam keadaan iman, Islam dan ihsan .

Firman Allah swt maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang orang yang bertaubat dan menyukai orang orang yang mensucikan diri”

( Surah Al-Baqarah: ayat 222).


Akhir sekali dari saya, selalulah berdoa kepada Allah swt seperti FirmanNya :

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan kami sesudah Engkau tunjukkan kami, dan berilah kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi”

(Surah Ali-Imran: Ayat 8).


*[ Artikel ke 239- Sangtawal Sakranta ]


12 comments:

WakJ Zoner said...

Salam, sang Tawal

Wak mohon copy semula artikel menarik ni ke dalam page alumni sekolah wak di http://alumni-smkb.blogspot.com

Terima kasih daun keladi, esok lusa wak dtg lagi..InsyAllah..

Am said...

terima kasih tuan

Anonymous said...

Vet-RMAF2/80 salam pak tawal, kenapa coment saya tak di Publish sepatut yang ke 37 pada artikel thursday, december 29,2011 ade ape lak dengan perkataan PEKEMBAR tu...

Fenomena Zaman said...

Assalamualaikum Warahmatullah

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah

Terima kasih atas artikel ini. Cuma rasanya maca ada satu yang kurang. Berkenaan Bab Puasa.

Dengan Puasa kita akan dapat mengurangkan gangguan syaitan seperti yang dicatatkan dalam Hadith al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.

Jom kita berpuasa Nabi Daud.

http://majelispuasadaud.blogspot.com/p/kupas-tuntas-puasa-nabi-daud_09.html

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

wak, silakan,

am, terima kasih kembali,

anon@ 1:12pm,
semak semula, saya tidak pernah delete atau halang komen pembaca sekalian.

Fenomena zaman,
terima kasih atas perkongsian ilmu.sangat setuju dengan tuan

Anonymous said...

cuma yg tak boleh ia serang kita dr atas dan bawah...... so?

Anonymous said...

AGAK2 UMNO TUE BETUL SANGAT KER BRO?HANG MACAM BERAT SEBELAH JER?SETAHU TEMAN UMNO LAGI BERLELUASA MENYETAN..APA KOMEN TUAN TANAH PLAK..HARAP BAGI KOMEN YG TELUS!..TERIMA KASIH..


-atas pagar-

Anonymous said...

Who are you actually ?

Anonymous said...

Sejahtera semua..persoalan yg jelas dan terperinici ttg iblis dan syaitan di atas muka bumi ini..sgt menarik cuma sy ada persoalan yg tak terjawab dlm diri sy minta teman2 disini dan author kita saudara tawal terangkn sedikit kekeliruan dlm benak sy..pertanyaan ini bukan lah untk provoke sesiapa atau mencari musuh..sy hnyalah si jahil yg mencari ilmu..maaf jika menyinggung sesiapa.. Pendapat anda semua besar maknanya untk sy..begini persoalannya... 1:siapa sebenarnya iblis ini? 2:kenapa ia ingkar arahan tuhan? 3:bagaimana mengenal iblis n puaknya yg trlalu ramai? Apa yg dh iblis lakukn smp kita di suruh membenci n menjauhi dia? Maaf skali lg..~PURBA

herizal alwi said...

www.youtube.com/watch?v=HFhcHxAVY2k

adam said...

assalamualaikum...ada lagi yang belum diceritakan pasal syaitan....

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.>al maaidah:90

maka kerajaan yang menghalalkan arak dan judi adalah kerajaan syaitan...
ustaz yang menyokong kerajaan syaitan adalah ustaz syaitan...haji yang menyokong kerajaan syaitan adalah haji syaitan... blogger yang menyokong kerajaan syaitan adalah blogger syaitan...nauzubillah

Charlie said...

Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai orde baru dunia, Illuminati selepas saya cuba untuk menyertai selama lebih 2 tahun sekarang tetapi penipu mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah mencari untuk menyertai Illuminati sekian lama, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix Morgan dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar untuk ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dan saya menerima sejumlah $4,000,000 dolar AS selepas permulaan saya dilakukan. Saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix Morgan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati perintah dunia baharu hari ini, hubungi Lord Felix Morgan hari ini dia adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan keahlian kepada illuminati yang anda selalu inginkan. Hubungi Lord Felix Morgan E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau WhatsApp +2348055459757