Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Artikel ini sepatutnya disiarkan pada tahun lepas, tapi entah bagaimana ia tercicir.
Pada suatu hari saya dihubungi oleh seorang abang angkat , Abang N yang juga seorang peminat dan pengumpul barang-barang lama agar segera datang kerumah nya kerana ada beberapa barang yang ingin ditunjukkan kepada saya. Seperti biasa, sekembalinya Abang N dari perantauan baik dalam negara atau dari luar negara, dia selalu menghubungi saya untuk menunjukkan barang-barang lama yang dibawanya pulang.
Dipendekkan cerita, Abang N yang baru pulang dari Aceh, menunjukkan 15 bilah pedang kepada saya. Dia membelinya secara borong dari seorang pengumpul barang-barang lama di sana yang terdesak mahu menggunakan wang untuk mengubati isterinya yang akan membuat satu pembedahan ‘Kidney Transplant’. Kebetulannya saya selalu berpesan kepada Abang N, kalaulah ada terjumpa pedang yang saiz panjang matanya berukuran selilit kepala saya, saya mahu membelinya. Itu sebabnya Abang N terus menghubungi saya sebaik saja dia tiba di Kelantan.
Dari 15 bilah pedang, hanya 2 bilah saja yang memenuhi ciri-ciri yang saya kehendaki.Walaupun 2 bilah pedang itu tidak sempurna pada bahagian hulu dan sarungnya saya tetap gembira kerana mata pedang itu masih dalam keadaan baik dan ukurannya sesuai dengan saya. Maklumlah pedang-pedang itu adalah di antara ribuan senjata-senjata yang diserahkan kepada pihak penguasa oleh para pejuang GAM [Gerakan Aceh Merdeka], sudah pasti tuan punya pedang-pedang itu mengambil semula ‘barang-barang penting’ yang telah disepuh, dipasang atau diikat pada senjata tersebut. Anda boleh lihat sendiri pada 2 bilah pedang diatas. Biarpun 2 bilah pedang itu tidak begitu sempurna, namun ia memiliki roh atau semangat juang Bangsa Aceh untuk diwarisi dan disejarahkan, itu yang lebih penting buat saya! Apa pun penambahan 2 bilah pedang itu menjadikan koleksi pedang peribadi milik saya sudah menjadi 7 bilah !
Dah terlanjur membicarakan perihal senjata lama bersama Abang N, saya memohon keizinannya untuk melihat beberapa koleksi keris milik peribadinya untuk diambil gambar.Untuk maklumat anda semua , ini hanyalah sebahagian kecil dari koleksi keris yang dimiliki olehnya, ada banyak lagi keris dan pedang yang lebih cantik dan berusia lama dalam simpanannya, gambarnya ada dalam simpanan saya, tapi, rasanya belum sampai masanya lagi untuk saya siarkan disini. Jumlah koleksi Kerisnya memang banyak, saya sendiri pun tidaklah mempunyai jumlah sebanyak itu! Sehinggakan dia menyediakan sebuah bilik khas untuk simpanan senjata lamanya itu.Pernah dulu saya berkunjung dan menghabiskan masa dari pagi sampai ke petang untuk melihat kesemua keris dan pedang yang ada didalam bilik itu!
Di bawah ini adalah sebahagian dari koleksi Keris Abang N. Semoga pembaca Blog ini yang berminat dengan senjata lama berpuas hati dengan entry kali ini….
9 comments:
salam bang tawal...saya ingin mengemukakan sedikit persoalan. mengapa abang mencari pedang yg berukuran selilit kepala....sy pernah juga mendengar ader perguruan yang telah tamat belajar akan dibuat pedang utknya mengikut saiz selilit kepala...harap dapat sedikit info dari abang...
Saya berminat untuk menyimpan sekurang2nya satu keris yang ditempa dengan reka bentuk saya sendiri yg mampu diguna ketika bertarung, bukan sekadar hiasan.
persoalan yang timbul adalah adakah keris itu mampu digunakan ketika bertarung?
Adakah keris baru itu mampu menahan hentakan jika bertembung dengan senjata lain seperti pedang ketika bertarung?
(macam cerita queen of langkasuka -babak laksamana berlawan dengan samurai)
Tuan tahu tak orang yang mahir membuatnya serta kos yang diperlukan sebab sy ni masih pelajar.
Salam..camner klu berminat nk dptkan pedang2 tu? saya kt area KL
testing
tuan saya ada sebilah pedang lama yang dari jepun kalau tuan berminat,panjangnya boleh berubah,kadang selilit kepala manusia kadang selilit kepala raksaksa!kata org tua2 pedang ni dari jepun peniggalan gaban(ingat tak gaba z potong dua?)mungkin ada roh gaban kat dalamnya sesuai dengan tuan yang kuat tahyul ni...macam pedang yang ada roh pejuang gam tu la....tahyul betul!!!
Setuju.. senjata perlu ada..mulakan dengan bismillah. .cukuplah Allah sebagai pelindung ku. .senjata adalah usaha..mana mungkin kita kenyang tanpa makan..bernafas tanpa udara
salam bang tawal,
pada tahun 2010 yg lepas sy blogwalking n terjumpa blog ni. pembacaan nya sgt menarik berkenaan dgn keturunan melayu, kesinambungannya n pelbagai lg. sy sorg yg sgt suka pada sejarah, hajat hati nak merantau mencarik kebenaran tapi buat masa skrg nie pekerjaan diutamakan skjp. :) berkenaan dgn isu nie, sy kembali pada harini nak baca balek..but somehow link ke blog mistifiles.blogspot hanya utk invited shj. hope bang tawal boleh tlg..cmne sy nak dapatkan supaya diri sy ter-invite n boleh baca balek sejarah melayu.
Alif Yusof
Sefaham saya permainan keris tidak perlu kepada menahan hentakan, ia lebih kepada membuang ke tepi. Sundang mungkin sesuai untuk menahan tetakan.
Wallahualam.
Bodoh nya lah dia ni ..sah bodoh agama bodoh takda ilmu ni ..ilmu agama islam tu luas ..bab tu suruh belajar belajar belajar dan terus belajar ..
Post a Comment