Tuesday, October 18, 2011

Sebuah Mimpi Ngeri !



Tajuk : Sebuah Mimpi Ngeri !

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Langit biru bertukar jadi hitam-kelam, guruh berdentum, kilat lantas sambar menyambar.Angin di puncak pergunungan yang lembut bertukar menjadi ribut kencang.Hujan turun dengan lebat sekali, air lautan di kaki gunung bertukar menjadi ombak ganas.

Gunung meletup dan terbelah, bangunan tinggi dan mewah dipuncak gunung ranap dengan sekelip mata, ribuan manusia berkaparan hanyut, ada yang lemas dan ada yang terus tenggelam …..ahh… aku terkejut , lantas bangkit dari tidurku sambil mengesat peluh didahi…masyaAllah betapa dasyat mimpi yang ku alami tadi…

Keesokan harinya aku terus termenung mengenangkan mimpi ngeri semalam, lalu cuba menduga-duga… bahawa suatu masa dahulu aku pernah melihat kawasan pergunungan dan bangunan-bangunan seperti itu, tapi dimana ya? Ahh… lupakan saja mimpi itu, orang kata mimpi itu mainan tidur….

Selang seminggu selepas itu, aku utarakan kisah mimpi itu kepada guruku…. Dengan muka dan nada selamba dia berkata… “Cubalah cari di mana agaknya lokasi tersebut…benda tu tak mustahil jika Allah swt mahukan ia terjadi”.Sambung guruku lagi “ mungkin ia akan berlaku di negara kita pula”.

Dari mimpiku, ada beberapa kata kunci, antaranya ; puncak gunung, ada banyak bangunan tinggi dan hebat, ada banyak alat permainan, ada ribuan manusia….

Lalu aku mengagak….kalau nak berlaku pun ia mungkin akan berlaku ditempat yang ada paling banyak dosa dan maksiat! Dimanakah agaknya tempat itu???

“ Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
[Al-Maidah 90-91]

Setelah beberapa hari membuat sedikit research tentang tempat maksiat di gunung, maka terjumpalah aku dengan beberapa perkara yang mengejutkan diriku sendiri :

Top-10 largest casinos by number of employees

1.) Casino de Genting (Malaysia) – 13,000
2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220
3.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000
4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700
5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000
T-6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000
T-6.) Sands Macao (China) – 8,000
8.) Caesar's Palace (Las Vegas) – 7,500
9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000
10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500

MasyaAllah, rupa-rupanya tempat perjudian terbesar terdapat di Negara kita, bukannya di Las Vegas atau Atlantic City, tapi di Pergunungan Ulu Kali dimana terletaknya pusat peranginan Genting Highland!!! Mungkinkah Dajjal telah menjejakkan kakinya di sana???

Kepada umat melayu-islam yang suka pergi berhibur, berjudi atau membuat maksiat dipuncak Gunung Ulu Kali atau di Genting Highland, aku mohon kalian bertaubat dan kembalilah ke jalan Allah swt.Sesungguhnya Allah swt Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.Dengar khabarnya ada juga 'kumpulan tertentu' membawa orang melayu-islam untuk murtad dipuncak gunung itu! minta dijauhkan dari Allah swt agar semua itu tidak berlaku keatas diri kita dan keluarga kita.

Semoga apa yang aku lihat di dalam mimpiku itu tidak akan terjadi dan ianya hanyalah sebuah mimpi ngeri mainan tidur sahaja. Aku doakan semoga Negara kita aman dari segala macam bencana dan murka Allah swt!!!Entah mengapa aku merasakan terdetik dihati untuk menulis entry ini... aku pun tidak tahu...

Anda boleh baca beberapa artikel menarik tentang perjudian di Genting Highland disini :

Klik 1

Klik 2

Klik 3

Klik 4


* [ Artikel ke- 234 Sangtawal Sakranta ... ]


25 comments:

syafisyifa' said...

Gerunnya...

Alhamdulillah said...

kalau hancur genting tu adalah lebih baik....

Pelita Di Dalam Kaca said...

Mimpi saudara mungkin benar.Saya telah menerima khabar ini sejak 1990an apabila Jin Islam membocorkan rahsia ini.Genting Highlands teramat kotor sehingga mereka pun tak boleh pergi ke sana.
Saya ada kesahkan kesah ini dalam siri kesah benar novel BERGURU DENGAN JIN yang dijangkan siri pertama akan diterbitkan pada penghujung tahun ini atau pada awal tahun hadapan, insyaallah.
Sekian.Terima kasih.

Anonymous said...

assalam tuan,
terima kasih atas pendedahan ini. tetapi, saya rasa genting bukan employ pekerja untuk casino sahaja.
dia ada employ pekerja untuk theme park dia ..casino2 lain hanya employ pekerja untuk casino dan hotel..
itu yang nampak ramai sgt pekerja dia employ kan..

Anonymous said...

saya pernah mendengar yang Genting itu akan Runtuh dalam masa beberapa tahun je lagi.. Ramai anak Melayu yang bekerja di sana.. dan anak Melayu yg bekerja di sana lah yg ceritakan pada saya.. dah berenti kot budaknye.. :) cuba tanya kalau ada kawan2 yg bekerja kat sana yg tau cerita nie..

OrgOrg said...

harap harap tidaklah berlaku, tapi kalau tuan puan ada disana waktu malam dan hujan perhatikan langit dan kadar taburan hujan disana dan tiupan angin, mungkin ada berkata "ala dipuncak gunung memang bergitu"

ada sesuatu yang aneh, "tidak KU jadikan sesuatu dengan sia sia"

Anonymous said...

salam..................ya.........mang banyak staff org melayu...because aku ex staff sana keja technician slot casino.......mejoriti org melayu........yg lain bangla,filipin china(utk staff casino)..........aku dah bygkan mcm mana kalo ada tanah runtuh atau mendap.........kompom.............hancur..............

Anonymous said...

genting dipeluk oleh dua ekor jin yang menjaganya.... boleh dilihat jika anda memandu waktu malam dari jarak jauh [bagi orang yang diizinkan Tuhan]....
kalau runtuh tidaklah pelik sebab jin tersebut mungkin dah masuk ISLAM dan meninggalkan kawasan tersebut lalu terjadilah tragedi...
moga Allah selamatkan bumi Malaysia...
tetapi jika terjadi maka benarlah mimpi tuan hamba...

Muhammad Qul Amirul Hakim said...

Semoga ia menjadi kenyataan...jadikanlah ia satu kenyataan wahai ZAT yg maha agung, yg maha perkasa, yg maha berkuasa di atas segala2nya...Musnahkanlah pusat maksiat di Genting Highland Ya Allah...Engkaulah tempat kami berharap dan meminta pertolongan. Di atas segala rahmat, nikmat dan keberkatan yg Engkau limpahkan ke atas 'mereka-mereka itu' yg telah kembali, di atas segala rahmat, nikmat dan keberkatan yg ENGKAU limpahkan ke atas mereka-mereka yang bakal mengisi perjuangan masa hadapan, hamba bermohon Engkau memusnahkan Genting Highland Ya Allah, memusnahkan Genting Highland Ya Allah, memusnahkan Genting Highland Ya Allah ...

Anaknda Bertuah said...

Assalamu'alaikum..wrt, kita tidak akan dapat melihat kejayaan dan merasa kemanisan iman sebagaimana salafus-soleh, melainkan kita perlu bersungguh-sungguh dalam Iman dan mengamalkan Amalan Soleh. Allah s.w.t. akan menganugerahkan kita kekuatan iman dan takwa sama seperti para Nabi, Rasul dan para Wali sekiranya kita mengikut landasan yang sama dengan mereka. Wajiblah keatas ummat Islam meninggalkan dan menjauhi fahaman-fahaman yang terkeluar daripada Ahli sunnah wal jamaah kerana fahaman dan aturcara musuh-musuh Allah tidak akan membuahkan takwa. Hanya orang-orang yang bertakwa sahaja yang mendapat petunjuk dari Al-Quran dan Sunnah serta diberi jalan-jalan keluar daripada ujian dunia, nafsu, syaitan, iblis dan kafir musyrikin. Mereka sahajalah yang boleh menyatukan ummat ini. Bagi orang-orang kafir pula Al-Quran itu akan menambahkan kerugian bagi mereka.

mans said...

Genting Highland akan runtuh?

Kemungkaran ini telah lama berlanjut. Judi menjadi kian berleluasa. Manusia menjadi semakin kufur dan menjadikan manusia jahat sebagai ikutan.

Sudah beribu-ribu orang mati membunuh diri di sana tetapi tidak disiarkan. Kebanyakannya yang kalah judi. Maklumat ini benar dari seorang yang berkerja di sana. Bangunan hotel pula akan terasa bergoyang bila dipukul angin kencang. Memang menakutkan katanya.

Kedudukannya berhampiran dengan gaung cukup menyeramkan. Jika dikatakan mereka menggunakan ilmu hitam atau makhluk ghaib untuk menjaganya mungkin ada kebenarannya.

Allah membiarkannya sementara untuk memberi peluang mereka yang tersesat kembali semula. Keadaan kelihatan semakin menyesatkan sehingga ada pihak yang sedia menghalalkan kejahatan ini. Tidak mustahil bencana akan menjelma.

Anonymous said...

tuan,
wpun sy setuju dgn tuan supaya genting tu dirobohkan saja tp dr segi fakta pun tuan kena hati2. sbb list tu based on company bukan location. dan vegas tu sendiri mcm tuan senarai ada 4 company yg masuk list yg mana kalau campur suma 3x ganda dr casino genting.

jentayu

hamba said...

salam...terima kasih tuan blog kerana kongsi cerita..muskil dengan pelita dalam kaca berguru dengan jin boleh ke?ada nash atau pendapat ulamak muktabar?jika boleh kongsi ilmu.

Anonymous said...

Vet-RMAF (copy Biring Si Kunani)
Kenapa susah sangat ke nak sebut UMNO tu PEKEMBAR hah?
saya pinjam kata2 "Pelita Di Dalam Kaca"
Semua ahli politik/pemimpin perlu terdiri dari ulama, bukan menjauhkan ulama dari politik kerana politik ialah kuasa memerintah.Kalau tak ada ulama terlibat dlm politik, politik dipimpin oleh orang-orang yang jahil agama.
Ulama bukan sekadar penasihat , tetapi sepatutnya mengepalai kuasa pentadbiran sebagaimana sunnah Nabi saw yang mengetuai negara Madinah.Begitu juga Khulara ar Rasyidin. Memimisahkan agama/ ulama dari terlibat dlm politik dan sekadar membuat kerja-kerja dakwah, tak termampu oleh ulama utk merombak kebatilan kerana kuasa tidak ditangan mereka.Inilah pengaruh sekularisme dlm pemikiran umat Islam.Menyatakan `Ulama kalau berpolitik akan jadi sejahat2 manusia',
DiSini Renung2 kan saudara/saudari:
"Berdasarkan statistik, 235,000 daripada 2.48 juta kelahiran pada 2006 hingga 2010 adalah bayi luar nikah dengan 81,000 daripadanya islam" yang dipersalahkan hanya perempuan,pasangan yang menjadi punca kepada hamil luar nikah tidak di pertanggungjawabkan.. kenapa??
tanya pada PEKEMBAR yang berkuasa di malaysia, PAS ada kuasa di negeri2 tertentu dan PKR sedang menagih kuasa.... kita tunggu hasil Kongres Majlis Agama Islam Malaysia yang dah berlangsung, adakah ini berkaitan atau ada dalam agenda nya.
begitu juga dalam deklarasi HIMPUN apakah ada dalam ajenda mereka itu.

Anonymous said...

beberapa waktu sebelum turki dilanda gempa, ada 'nasihat'dr sheikh di lefke bahawa perkara tersebut bakal berlaku,,,

kini sangtawal mimpi genting??? bakal dilanda bencana,,,

memana melayu/islam yg bekerja kat sana tu eloklah hijrah kojo kek tompat lain,,, bkn pasal mimpi sangtawal tapikan tompat tu kan tompat jodi/maksiat/hiburan saje tu,,,

QAH pun dah mendoakan tu,,,

wassalam
-babanjaraditya-

Anonymous said...

Mimpi orang mukmin di akhir zaman adalah benar....

Anonymous said...

Assalam yang dimuliakan tuan Sang Tawal.

Saya ingin berkongsi maklumat. Sudahkah tuan selidik negeri Yaman? Mungkin kah akan berlaku di sana?

Wassalam

Pak Uda

Anonymous said...

salam ...

what happened to inbuyaacob blog? been hacked again??

Hafizfudin Derani said...

Genting Higland, tempatnya cantik dan sejuk. Sayang tanah yang berharga tu dapat kat orang yang gagal menguruskan nya ke jalan yang di Redhai... Semoga kita terhindar dari azab Nya..

Anonymous said...

Kalau camtu, saya ada mimpi yang lalu tentang dalam gua terkumpulnya beberapa orang lelaki berserban berkumpul dan berbincang. Setelah itu ada sesorang datang mengatakan dia melihat mata besar. Setelah mendengar aduan itu, yang lain berkata, " Pasti mata Dajjal. kalau macamtu, bermakna, Imam Mahdi sudah ada. Kita mesti mencarinya sekarang"

Mimpi ni terjadi dalam tahun ni lah.

Anonymous said...

dah tau macam tu kenapa tuan masih menyokong mereka yang membenarkan pusat maksiat ni beroperasi di negara kita?
tak sama ke tuan ngan mereka?janganlah kamu cenderung kepada org2 yang zalim...fatamassakumunnar(tentu tuan faham maksudnya kan?)....

Anonymous said...

Saya mimpi bgunan kat sbrang rntuh dsbabkn angin rbut,yg peliknya bgunan sya bdri tak rntuh,tbgun dri tdur sya trus beristghfar....mmpi tu mcm betul shgga mlemahkn smgat sya

Pemimpin tanpa nama said...

Kerana apa malaysia tidak di landa musibah lg kerana disitu terdapatnya orng yg bernama Ahmad

Unknown said...

Untuk pengetahuan semua dalam pengetahuan saya di puncak genting tertanam 3 patung di dalam tanah,patung emas 6 jenis acuan. Berkepala firaun,burung dan anjing,ada semangat sihir di situ,prjnjian antara pnganut berhala dengan iblis,prjnjian kokoh ditermeterai di sana..diterajui oleh semangat dajal...seorang cina kristian yang mningalkan kristian dan mnganut ajaran iblis brnama siew wah kee dipangil bro wongli yang membawa patung trsebut dari mesir...wallahhualam...

Charlie said...

BROTHERHOOD TEMPLE" SALAM ! SELAMAT MENJADI AHLI ILUMINATI HEBAT, KAMI MENGALU-ALUKAN ANDA. MENJADI SEBAHAGIAN DARI SESUATU YANG MENGUNTUNGKAN DAN ISTIMEWA (SELAMAT DATANG KE DUNIA ILUMINATI). Adakah anda seorang AHLI POLITIK, JURUTERA, JURUTERA, JURULATIH. , SISWAZAH/PELAJAR, ATAU ANDA BERMINDA UNTUK MENGELUASKAN PERNIAGAAN ANDA Untuk MENJADI MINDA HEBAT Adalah penting untuk juga mengetahui bahawa Untuk menjadi ahli, dan memperoleh jumlah $1,000,000USD sebagai manfaat pertama keahlian Illuminati takut, saya benar. Jika anda telah jatuh ke tangan ahli yang salah, dan mereka menipu anda, jangan risau selepas inisiasi sebenar anda, anda akan mendapat bayaran balik semua wang yang anda hilang, sila jadi sebahagian daripada EMAS ini. PELUANG" Organisasi Illuminati yang hebat menjadikan anda kaya dan terkenal di dunia, ia akan menarik anda keluar dari akar umbi dan membawa anda ke tahap yang lebih tinggi jika anda telah lama bercita-cita untuk menjadi dan bersama-sama kita akan memerintah dunia dengan yang hebat dan perkasa kuasa Illuminati, umur panjang dan kemakmuran di bumi dengan kehidupan yang kekal dan kegembiraan. Percayalah, saya beri kata-kata saya. Sertai kami untuk maklumat lanjut E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau Whatsapp +2348055459757.