Sunday, April 04, 2010

Kerosakan Pertama Di Muka Bumi Adalah Dari Perbuatan Tangan Manusia



Tajuk : Kerosakan Pertama Di Muka Bumi Adalah Dari Perbuatan Tangan Manusia.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Al-Quran adalah merupakan mukjizat Nabi Muhammad saw yang paling hebat.Sesungguhnya ia adalah sebuah kitab suci yang abadi, Qodim, diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui malaikat Jibril a.s sebagai panduan hidup sepanjang zaman.Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah yang bergelar Ummi adalah menjadi satu tanda dan bukti bahawa Al-Quran itu bebas dari ciptaan makhluk dan ianya adalah kitab suci yang terpelihara di sisi Allah swt.

Firman Allah swt dalam surah Al-Haqqah : ayat 43 – 47 bermaksud :

“Quran adalah wahyu yang diturunkan daripada Tuhan semesta alam. Seandainya dia (Muhammad) mengadakan sebahagian perkataan atas (nama) Kami, nescaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya. Kemudian, benar-benar kami potong urat tali jantungnya. Maka, sekali-kali tidak ada seorang pun daripada kamu yang dapat menghalang (kami) daripada pemotongan urat nadi itu”

Firman Allah swt lagi dalam surah Al-Isra’ : ayat 88 ,yang bermaksud :

“Katakanlah : Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul bagi membuat yang serupa dengan Quran ini, nescaya mereka tidak mampu membuat yang serupa dengannya,sekalipun sebahagian daripada mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain”


Di dalam Al-Quran, perkataan tangan (aidi) digunakan kepada tiga subjek (pemilik) iaitu : Allah,Manusia dan Malaikat.

* Penggunaaan perkataan TANGAN di dalam Al-quran adalah sebanyak 122 kali dalam 113 ayat, iaitu sebanyak 16 kali dalam 15 ayat merujuk kepada Allah, 105 kali dalam 97 ayat merujuk kepada tangan manusia, dan sebanyak 1 kali dalam 1 ayat merujuk kepada malaikat. [ * Rujuk buku – “Revolusi IQ-EQ-SQ: Menyingkap Rahsia Kecerdasan Berdasarkan Quran Dan Teori Neurosains Mutakhir” , tulisan Taufik Pasiak, m/s 248 ]


Dalam hubungan dengan kegiatan manusia, “pekerjaan” ‘Tangan’ dikaitkan dengan dua perkara iaitu kerosakan (Al-Fasad) dan bencana (musibah). Menurut Al-Quran, kerosakan dan bencana di muka bumi ini, baik di darat mahupun di laut, disebabkan oleh tangan manusia itu sendiri. (Lihat surah ar-Rum:41 dan surah Al-Syura :30 )

Pembunuhan pertama manusia iaitu pembunuhan Habil oleh Qabil adalah merupakan contoh dan kejadian pertama bagaimana tangan itu digunakan.

Firman Allah swt dalam surah Al-Ma’idah : ayat 28 bermaksud :

“Jika engkau(Qabil) merentangkan tanganmu(yadaka) bagi membunuhku, aku(Habil) tidak merentangkan tanganku bagi membunuhmu”.

Biarpun Habil merayu dengan kata-kata seperti diatas, dia tetap dibunuh oleh saudaranya Qabil kerana merebut seorang wanita.Inilah kerosakan pertama di muka bumi yang dilakukan oleh tangan manusia sendiri.

Kisah ini bermula setelah isteri Nabi Adam , Hawa melahirkan anak kembar mereka yang pertama iaitu Qabil dan Iqlima, seterusnya anak kembar yang kedua mereka iaitu Habil dan Labuda.. Bila dewasa Qabil membuat perusahaan pertanian manakala Habil bekerja dalam bidang penternakan.

Allah swt memerintahkan supaya Nabi Adam a.s mengahwinkan mereka demi kelansungan zuriat Nabi Adam a.s di mukabumi.Qabil ingin dijodohkan dengan adik kembar Habil(Labuda) , manakala Habil ingin dijodohkan dengan adik kembar Qabil (Iqlima). Ini mendatangkan rasa tidak puas hati Qabil lalu dia membantah.Untuk berlaku adil antara keduanya, Allah swt memerintahkan melalui Nabi adam a.s supaya meletakkan syarat supaya kedua mereka itu menyediakan persembahan korban dan serahkan kepada Allah swt untu memilih dan membuat keputusan.

Habil pun memilih dan menyediakan seekor binatang yang sihat,gemuk dan paling disayanginya untuk dibuat korban, manakala Qabil menyediakan seguni gandum yang paling buruk dari hasil pertaniannya.Mereka pun meletakkan persembahan korban mereka diatas sebuah bukit, tiba-tiba datang api yang besar lalu menyambar korban yang disediakan oleh Habil menandakan Allah swt menerima Korban Habil berbanding Qabil.Maka Habil lebih layak untuk dikahwinkan dengan Iqlima yang lebih cantik dan elok paras rupanya berbanding Labuda.

Selepas itu, ketika ketiadaan Nabi Adam a.s, Qabil pun pergi ketempat kerja Habil dengan perasaan penuh dendam dan irihati dan berniat untuk membunuhnya.Ketika memikirkan bagaimana cara untuk membunuh Habil, maka Iblis pun segera menjelma sebagai seekor burung yang memukul kepalanya sendiri dengan batu sehingga mati! Begitulah liciknya perancangan Iblis dalam memeprdayakan mangsa pertamanya dari golongan anak-anak Adam.

Tanpa berfikir panjang, Qabil pun terus membunuh Habil dengan memukul kepala Habil dengan batu sehingga mati.

Selepas itu Qabil merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya Habil yang kian membusuk, malah sudah ada burung-burung yang cuba untuk menyambar mayat saudaranya itu.

Allah swt Yang maha Pengasih dan Penyayang tidak merelakan mayat hambanya yang soleh itu sedemikian rupa, maka ditunjukkannya kepada Qabil bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan itu kedalam lubang yang digali dan menutupnya kembali dengan tanah.Oleh itu Qabil pun mendapat idea lalu menguburkan mayat saudaranya itu dengan cara seperti itu juga.
Itulah kerosakan pertama yang dilakukan oleh manusia dengan menggunakan tangan mereka!
Hayatilah kisah mereka yang diabadikan oleh Allah dalam Al-Quran :

“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain.Ia (Qabil) berkata: “Aku pasti membunuhmu”. Berkata(Habil) : “sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa” [ Al-Ma’idah : 27 ]

“Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang diantara orang-orang yang rugi” [ Al-Ma’idah : 29 ]


Bagaimana pula untuk menerangkan dengan lebih baik berkaitan dengan “Tangan Allah” seperti yang kita pernah temui dalam Al-Quran dan Hadis-Hadis Nabi saw?

Daripada penjelasan yang disebutkan dalam banyak ayat Al-Quran, perkataan “tangan” memperolehi kedudukannya yang tersendiri.

Dari sudut lain, Allah swt sendiri memberikan analogi kekuasaanNya dengan perkataan Tangan seperti firman berikut :

“Katakanlah kurnia itu di tangan Allah” [ sural Ali-Imran :73 ]

“Maha Suci Allah yang ditanganNya kekuasaan” [ surah Al-Mulk :1 ]

“Binatang-binatang-ternak adalah sebahagian daripada perbuatan tangan Kami” [ surah Ya-sin : 71 ]

“Hai iblis, apa yang menghalang mu daripada sujud kepada apa yang Aku ciptakan dengan tanganKu” [ surah Shad : 75 ]


Perlu ditegaskan disini ialah perkataan “Tangan Allah” dalam ayat –ayat diatas , bukanlah bermaksud ianya serupa dengan tangan jasmani manusia atau tangan makhluk ciptaanNya.Maha Suci Allah dari bersifat seperti sifat makhluk ciptaanNya.

Firman Allah swt dalam surah Al-Ikhlas : ayat 4 bermaksud :

“Dan tiada suatu apa pun yang setara denganNya”

[ *Ahli Sunnah telah membentangkan penjelasan tentang pengertian ayat diatas :

1. Sesungguhnya Allah Taala itu tiada sesiapa atau suatu apa pun yang menyamaiNya samada dari segi zat atau pun sifatNya.
2. Tiada yang sama atau setara denganNya.
3. Dia tidak berjisim dan berjirim.Kata-kataNya pula bukanlah dengan huruf dan suara ]
*rujuk buku “Keajaiban Surah Al-Ikhlas “ oleh Jamaluddin Yusuf Bin Abdullah, m/s 68.


[* Dan berkenaan dengan “Tangan Allah” pula, mereka telah mentafsirkannya sebagai Kekuasaan dan Keupayaan untuk mewujud atau menghilangkan sesuatu.
Firman Allah azza wajalla :

“Orang-orang Yahudi berkata : “Tangan Allah terbelenggu”, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakana itu.(Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka, Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki” ( surah Al-Ma’idah : ayat 64 ).

Jika apa yang orang –orang yahudi itu maksudkan ialah tangan jasmani ,maka Allah telah membidas sangkaan mereka itu dengan laknat.Dan sekiranya mereka maksudkan dengan kekuasaan dan keperkasaan disamping menafikan tangan jasmani maka jawapan bagi mereka juga adalah kelaknatan kerana sangkaan mereka bahawa Allah tidak memberi.

Kemudian Allah Taala berfirman bahawa tanganNya bukanlah berbentuk tangan jasmani sebagaimana yang dapat difahami dari ayat yang berikut :

“Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki” ( Al-Ma’idah: 64 )

Sayugia, istilah tangan itu sendiri secara umumnya membawa maksud kekuasaan, keperkasaan dan keupayaan ke atas sesuatu.]
( *Rujuk Buku yg sama tulisan Jamaluddin Yusuf, m/s 78-79 . )


Rasulullah saw sendiri kerap menggunakan perkataan tangan dalam ucapannya, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Baginda bersabda :

“Tidak ada satu makanan pun yang dimakan seseorang yang lebih baik daripada dia bekerja dengan tangannya”

Pernah Rasulullah bersabda :

“Setiap muslim harus bersedekah”, lalu bila sahabat bertanya mengenai orang yang tidak mampu, baginda menjawab :

“Hendaklah dia bekerja dengan tangannya lalu dia memanfaatkan bagi dirinya sendiri untuk bersedekah”

Oleh itu wahai saudaraku sekalian, berhati-hatilah kita semua dalam menggunakan tangan kita sehari-hari .Kerosakan di muka bumi ini boleh dihindarkan jika manusia menggunakan tangan mereka dengan baik, dan ingatlah setiap perbuatan tangan kita juga akan dicatat dan sudah pasti akan dihisab di akhirat kelak.

“Dan diletakkan sebuah kitab, lalu kamu melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) didalammya, dan mereka berkata : ‘Aduhai,celakalah kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan (tidak pula) yang besar, tetapi ia mencatat semuanya’.Dan mereka mendapati apa yang mereka kerjakan ada (tertulis).Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang pun jua” ( surah Al-Kahfi : ayat 49 ).

Marilah kita bersama menyatakan rasa kesyukuran kepada Allah swt atas segala nikmat pemberianNya, kerana menganugerahkan kita anggota badan iaitu tangan yang sempurna, dan kerana anugerahNya itulah kita dapat menggunakan tangan kita ini untuk bekerja dan beribadat kepada Allah swt.Maka gunakanlah tangan kita dengan sebaik mungkin dan berkelakuan baiklah kita sesama manusia sesuai dengan anugerah kemuliaan dari Allah kepada anak-anak Adam a.s.

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan” [ Al-Isra’ : 70 ]



Wassalam.

Sangtawal Sakranta....

7 comments:

logelamutp said...

benda yg boleh diambik contoh adalah HAARP

hambafakir said...

kupasan mengenai "tangan" yg cukup baik...
terima kasih

Sangtawal Sakranta said...

Salam,

Logelamutp,
terima kasih atas komen, sila jelaskan sedikit lagi tentang HAARP tu.

Hambafakir.
terima kasih, selamat membaca!

wassalam.

logelamutp said...

(HAARP) adalah singkatan daripada The High Frequency Active Auroral Research Program. Benda ni boleh mencipta hujan, buat gunung berapi, ombak laut, mcm2 lg laaa bencana alam yg boleh dibuat mggunakan haarp...

ingt nabi kata: dajal boleh membelah gunung=bom nuklear

dajal boleh bergerak sepantas kilat=jet stealth

dajal boleh buat bencana alam= HAARP

ada lg saya x ingt, benda ni semua untuk new world order...kdtngn dajal.. mcm tu laa lbh kurang


http://www.bariumblues.com/haarp1.htm

http://www.fromthewilderness.com/free/pandora/haarp.html

http://boingboing.net/2010/01/18/haiti-haarp-and-cons.html

logelamutp said...

SILA BACA BAIK2 LIRIK LAGU NI:

The first two songs of the Gamma Ray album No World Order (2001)

Lyrics:
Introduction (by Kai Hansen)

Illuminati
You've come to take control
You can take my heartbeat
But you can't break my soul
We all shall be free

Illuminati
You'll never take control
Your new world order
Will lead to none at all
We all stand before you as one
Heaven is for everyone
To be free from the dark
___________________________________________________________________

Dethrone Tyranny (by Daniel Zimmermann)

Someone is out there he's watching what I do
From far in the distance, his eyes everywhere
I look around me, there's no one that I see
But still I feel someone's controlling my mind

Save your breath and run
You can't escape the one

Time has come, the world lies dying
Our faith has gone, our souls are crying
Resurrecting paradise, cry for freedom
Killing pain, a million lies,
Dethrone tyranny

Forces of evil, they never surrender
Sooner or later the dark era comes

Crying man on the run
He's searching for freedom but there will be none

Time has come, the world lies dying
Our faith has gone, our souls are crying
Resurrecting paradise, cry for freedom
Killing pain, a million lies,
Dethrone tyranny

And as the world is dying slowly in our hands
We'll ask for reasons until the bitter end

Who brings us all the sadness
Who brings us all the fear
Who spreads disease and misery
And steals our destiny

A poisoned heart of anger
Sowing the seeds of pain
All see the darkened skyline
And feel the deadly reign

Time has come, the world lies dying
Our faith has gone, our souls are crying
Resurrecting paradise, cry for freedom
Killing pain, a million lies,
To hell with tyranny
_____________________________________________________

Gamma Ray_New World Order

On wings of tomorrow we're coming to fly
Erasing the sorrow and this is the place where you die
We're shaking the chains off the world of today
We're coming to get you no matter what you're gonna say
This is the time of the ending
It's the dawn of a new world order
This is a new beginning
Where a new world shall arise, we scream
On the wings of yesterday you're gonna die
And you know it's gonna be - we're screaming

This is illumination - we are
We are illuminates - beware
This is illumination - we are
We are illuminates

We live inside society, our presence is unknown
We plot and we manipulate you to which way to go
Illumination comes across the world to bring an end
Intimidating silent force that puts us in command
This is the dawn of the ending
It's the time of a new world order
This is a new beginning
Where a new world shall arise, we scream
On the wings of yesterday you're gonna die
And we know it's gonna be - forever

This is illumination - We are
We are illuminates - Beware
This is illumination - We are
We are illuminates

In the darkness, we shall await
Prepare for changes, to seal your fate

This is illumination - We are
We are illuminates - Beware
This is illumination - We are
We are illuminates

logelamutp said...

BAND GAMMA RAY MELAWAN dajal...

mcm kebanyakn artis hollywood wat... tp x semua ada yg puppet...tp band ni baguih..

antara org barat yg lwn depa mcm william cooper, Eric Hufschmid, bnyk lg laa

Sangtawal Sakranta said...

Salam logelamutp,

terima kasih atas info,

amat tertarik dengan lirik ini :

"We live inside society, our presence is unknown
We plot and we manipulate you to which way to go"

jadi, berdoalah kita semua dari fitnah Dajjal!

wassalam.