Wednesday, July 22, 2009

Seni khat Islam Melayu Lama.



Tajuk : Seni Khat Islam Melayu Lama.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Apabila kita membicarakan berkaitan kesenian tulisan khat atau kaligrafi islam melayu lama di nusantara ini,maka kita tidak dapat lari daripada menemui unsur-unsur islam yang dimanifestasikan dalam setiap hasil karya seninya.Sesungguhnya islam amat menekankan betapa pentingnya proses pembelajaran itu melalui mata pena.Kedudukan penulisnya atau disebut “khattath” pada zaman dahulu adalah berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Kesedaran tentang betapa pentingya penyampaian dakwah agama melalui kaedah penulisan khat tersebut telah menimbulkan satu keyakinan yang kuat kepada penulisnya untuk terus berjuang dan berkarya.Mereka tenggelam dalam dunia khat iaitu Dunia Seni Kaligrafi Islam.

Kebanyakan seniman khat islam ini menjadikan ayat-ayat suci al-quran dan hadis sebagai sumber ilham dalam penghasilan karya mereka.Sebagaimana firman Allah swt dalam surat al-’Alaq yang bermaksud :

“Dan Dialah yang mengajar dengan pena. Mengajar manusia apa-apa yang belum diketahuinya”

Selain itu,ada satu surah dalam Al-Quran tentang Qalam(pena).,malah Allah bersumpah pula atas nama Qalam iaitu:

“Nun, demi pena dan apa yang mereka tulis”.

Banyak lagi ayat –ayat Al-Qur an yang menyebut tentang qalam atau pena ini menunjukkan betapa pentingnya penyampaian ilmu dan dakwah islam itu melaui mata pena!

Banyak hadis-hadis nabi yang menyentuh tentang penulisan dengan pena ini.Diantaranya ialah :

1) Diriwayatkan oleh Daimi dalam musnad Firdaus, Rasulullah saw
bersabda
yang bermaksud : “Tulisan yang bagus, menambah kebenaran
menjadi lebih jelas”


2) Diriwayatkan oleh al-Khatib dalam kitab al-Jami’,Rasulullah saw bersabda
yang bermaksud :
“Jika seseorang di antara kamu menulis Bismillahirrahmanirrahim,
hendaklah dia memanjangkan (tulisan) ‘arrahman’”


3) Diriwayatkan oleh Ibnu Hajar ,Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
“Di antara kewajiban orang tua adalah mengajarkan anaknya menulis,
memberinya nama yang baik, dan menikahkannya jika sudah dewasa”.


Dalam sebuah riwayat lain disebutkan, bahawa Rasulullah berkata kepada Mu’awiyah, iaitu salah seorang penulis al-Qur’an :

“Wahai Mu’awiyah, berilah liqah ke dalam dawat (tempat tinta), miringkanlah mata penamu, tegakkanlah huruf ba’, bezakanlah huruf sin, jangan kau miringkan huruf mim, baguskanlah (lafadz) ‘Allah’, panjangkan (kalimat) ‘arrahman’, dan tulislah ‘arrahim’ dengan bagus ”

(Dalam buku ‘Tuhfatul Khattathin’, disebutkan bahwa Qadli ‘Iyadh dalam bukunya ‘asy-Syifa” mengatakan hadis ini diriwayatkan dari Ibnu Abi Sufyan)

Maksud kata-kata Rasulullah saw tersebut boleh diterangkan sebagaimana berikut:

Maksud dari sabda baginda “memberi liqah ke tempat tinta”, adalah memasukkan kain yang lembut, atau sejenis sutera kedalam tempat tinta(dakwat). Di atara fungsi liqah adalah mencegah rosaknya mata pena kerana bersentuhan dengan dasar tempat tinta, serta memungkinkan bagi khattath (penulis)untuk mengambil tinta secukupnya.Ini adalah kerana liqah yang ada dalam dawat, mencegah tinta meleleh ke pena. Sehingga tinta yang diambil itu boleh dikawal dan dimanipulasikan dengan baik.

Sedangkan “memiringkan mata pena”, bererti memotong hujung pena sesuai dengan kemiringin jenis-jenis khat tertentu yang ingin digunakan. Ini adalah kerana setiap corak khat mempunyai kemiringan atau pattern yang berbeza. Selain itu setiap khattath pula mempunyai bakat kemiringan tangan yang khusus pula.

Oleh itu barangsiapa yang memperbaguskan penanya, bererti dia telah memperelokkan tulisannya. Dan barangsiapa yang meremehkan penanya, bererti dia telah memperburukkan tulisannya. Di sinilah pentingnya sebatang pena bagi seorang khattath. Ia ibarat sepucuk senjata bagi seorang tentera. Untuk pemotongan pena dan sejauh mana ia mengambil peranan penting, cukuplah bagi kita untuk merenungi kata-kata yang berbunyi “al-khattu fi al-qaththi”, yang berarti khat itu ada pada qath (potongan mata penanya). Di sinilah letaknya rahsia keunikan dan keindahan seni satu-satu hasil tulisan khat itu!

Seterusnya,maksud “tegakkanlah huruf ba`” ialah - tulislah huruf ba` berdiri lebih tinggi dari huruf sin, supaya tidak bercampur antara ‘gigi’ kedua huruf tersebut. Makna ini juga terkandung dalam kalimat seterusnya iaitu “bezakanlah huruf sin”. Kemudian selanjutnya adalah perintah untuk memperbaguskan lafadz “Allah”, dan memanjangkan (kalimat) “arrahman” dan memperindah (kalimat) “arrahim”.

Dalam hadis di atas,biarpun ianya secara khusus menerangkan bagaiman cara menulis kalimat Basmalah, namun secara umumnya ia memberikan makna yang luas untuk memperbagus tulisan al-Qur’an, menjaga keindahan tulisan,juga membawa erti mengagungkan Allah swt.





Apa yang menarik berkaitan dengan khattâth(penulis khat) ini seperti dalam masyarakat Arab,mereka mengenal dan mengambil kira penghitungan nilai dengan huruf hijaiyyah (al-Hisâb al-Abjadiyyah) di mana setiap huruf hijaiyyah mempunyai nilai angka tertentu.

Oleh itu ,satu- satu kalimat itu boleh menghasilkan jumlah bilangan angka tertentu.


Dalam hubungannya dengan seni kaligrafi islam, kita boleh menemui beberapa perkara yang menarik dari cara mereka membuat perhitungan memakai huruf tersebut. Jika kita jumlahkan nilai dari setiap huruf yang terdapat dalam dua kalimat syahadat (La-ilaha illallah, Muhammad Rasulullah) maka kita akan mendapatkan nilai angka 619. Nilai ini serupa dengan jumlah angka yang terdapat dalam huruf-huruf pada kalimat khattâth!.

Selain itu ,jika kita menjumlahkan nilai dari huruf yang terdapat dalam kalimat “Muhammad rasulûllâh”, kita akan mendapati pula kalimat tersebut mempunyai nilai 545, dimana jumlah angka tersebut sama seperti yang terdapat dalam kata-kata al-kitâb, yang terdapat dalam firman Allah swt. dalam surah al-Baqarah ayat: 2.

Seterusnya jumlah yang sama juga iaitu 545 terdapat dalam kalimat al-kâtib, di mana huruf dari kedua kalimat tersebut pun sama! Ini menunjukkan betapa pentingnya kedudukan para penulis khat atau seorang al-kâtib (khattâth) itu dalam meneliti setiap patah perkataan yang ingin dituliskannya.

Seorang khattath adalah orang yang bertangungjawab dan mendapat tugas untuk menuliskan wahyu Allah, satu tugas mulia yang setara dengan menggantikan tugas Rasululullah dalam menyampaikan wahyu dari-Nya. Khattath lah yang mengembangkan tugas tersebut, kerana Rasulullah saw seorang yang Ummi iaitu tidak membaca dan menulis [bukan bermaksud baginda tidak tahu menulis dan membaca- Rasulullah sudah mendapat pendidikan langsung dari Allah melalui malaikat Jibril!]. Di sinilah letaknya kemuliaan seorang khattath!





Sebenarnya seni kaligrafi atau khat ini mampu dipelajari oleh kita semua asalkan ada minat dan keinginan untuk belajar!Sememangnya Al-Quran diturunkan oleh Allah untuk panduan hidup dan memudahkan kita,bukan untuk menyusahkan kita.Jika ada kemahuan ,pasti Allah swt mempermudahkan jalan itu bagi kita.

Sememangnya seni khat islam ini bukanlah sekadar menggoreskan mata pena untuk mendapatkan kepuasan seni dan estetikanya sahaja,bahkan ia sebenarnya satu seni yang amat halus dan penuh makna yang tersirat.Lihat saja seni ukiran khat melayu lama yang unik dengan menggabungkan keindahaan alam dan bunga-bungaan serta diselitkan ayat-ayat suci Al-Quran yang boleh membangkitkan rasa ketenangan,keimanan dan kecintaan kepada Yang Maha Pencipta!

Dunia kaligafi bukanlah sekadar dunia menulis halus, menyusun huruf, maupun dunia memadukan makna dengan keindahan warna. Dunia kaligrafi adalah dunia yang bermula dari semangat keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt. Ia adalah dunia yang bermula dari kecintaan kita kepada Rasulullah saw. Kecintaan kepada Islam, al-Qur’an dan sunnah Rasul-Nya.


Dibawah ini saya siarkan gambar sebilah golok lama milik saya yang saya perolehi dari seorang kawan yang kebetulan menjumpainya ketika urusan kerja menimbun tanah untuk membina rumah barunya dalam tahun 2005.

Pada awalnya golok ini nampak biasa saja kerana dipenuhi dengan karat.Bahagian ulunya diperbuat dari tanduk rusa.Setelah saya mencucinya betul-betul,saya sangat terkejut kerana di kedua-dua belah mata golok itu ada tertulis huruf khat.Oleh itu,kepada semua pembaca yang arif dalam bidang khat dan kaligrafi,anda semua dialu-alukan untuk memberi komen dan menerangkan kepada saya jenis khat dan apakah ayat yang tertulis di kedua-dua belah mata golok ini.








Wassalam.

Sangtawal Sakranta.

6 comments:

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Berkenaan besi ni, saya kebetulan ada seorang kawan yang pakar dalam bidang persenjataan esp. keris.

Menurutnya, hari ini untuk mendapatkan keris atau senjata yang sebenar-benar dibuat khas sebagai senjata amatlah susah. Kerana empu-nya yang benar-benar mahir sudah tiada.

Jadi menurutnya lagi, jika ke museum atau pameran senjata lama, hendaklah kita berhati-hati takut ditipu oleh sipenjual yang lebih mementingkan keuntungan daripada authenticity.

Berkenaan dengan khat diatas saya tak tahu dari mana asalnya. Tapi kita boleh mengetahui umur senjata diatas melalui besi itu sendiri dan kemudian trace back tahun dan zaman senjata itu diperbuat.

Senjata tajam selalunya diperbuat daripada besi, dan mata kita selalu senang tertipu akibat daripada rupa bentuk senjata yang berkarat itu...macam antik tapi tak antik - macam mata cangkul la lebih kurang..diam besi berkarat.

tq.

Sangtawal Sakranta said...

Salam TMP,

terima kasih atas komen dan tip yang berguna berkaitan besi...

Ya...banyak barangan sekarang ni yang dijual dikaki lima,pasar malam atau di kedai barangan antik sekalipun yang nampak antik,tetapi tidak antik sebenarnya.Mata kita selalu tertipu dengan apa yang kita lihat,itulah salah satu strategi iklan.

Hina besi kerana karat,hina manusia hilanglah berkat.

wassalam.

Merbawi Jr. said...

Salam.

Khat pada golok ni dari jenis Khat Thuluth. Khat Thuluth diasaskan di Baghdad zaman Abbasiah diperkembangkan di Turki zaman Uthmaniah dan Mesir. Namun khat ini digunakan secara meluas ke seluruh dunia Islam termasuk Alam Melayu.

Ayat yang tertulis x jelas untuk dibaca.

Sangtawal Sakranta said...

Salam merbawi Jr.

Terima kasih atas info yang berguna.

Harleny Abd Arif said...

Salam Ziarah dari sanggar jejakmihrabmimbar.wordpress.com

Info yang amat bermanfaat buat perkongsian semua...

Unknown said...

Comel