Tuesday, January 19, 2010

Isu Kalimah Allah : Mengapa Mereka Memilih Tanah Jawi ?



Tajuk : Isu Kalimah Allah : Mengapa Mereka Memilih Tanah Jawi?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.



Mengapa mereka memilih Tanah Jawi untuk menggunakan Kalimah Allah walaupun ianya terpaksa bertentangan dengan Fatwa Kebangsaan dan mengguris hati sebahagian besar warga muslim disini?

Bagi setiap melayu muslim yang merasakan ada SESUATU sebab atau tujuan besar mengapa mereka begitu berminat menggunakan kalimah itu di Negara ini , Alhamdulillah, tetapi bagi mereka yang masih kurang mengerti , atau sengaja buat-buat tidak tahu, atau bersekongkol sama menyokong penggunaanya secara vokal atau diam, itu hak peribadi dan pendirian anda, tidak ada orang yang boleh mengubah pendirian anda dan sememangnya tiada paksaan dalam iman.

Mengapa di sini ???

Kerana mereka tahu, ditempat asal mereka dan di beberapa tempat lain di dunia, manusia telah mula menemui sinar islam! Mereka telah mulai memahami islam dan ajarannya yang benar. Kebangkitan islam di serata dunia tak mungkin dapat di tepis oleh mereka lagi. Negara Jiran kita yang mempunyai jumlah penduduk muslim terbesar sudah berjaya diliberalkan! (mana ada islam Moderate atau Islam Liberal ?- baca artikel lama saya- Klik ) Yang tinggal hanyalah manusia Bani Jawi di Tanah Jawi ini saja lagi.


Kebangkitan islam dan Panji-Panji Hitam dari timur amat menakutkan mereka! Oleh itu, sebelum kebangkitan bertunas dan bermula, baiklah mereka percepatkan segala agenda mereka, agar apa yang dijanjikan Allah swt dan Rasulnya Muhammad saw tidak akan menjadi kenyataan di bumi Semenanjung Emas ini!


Sejarah usaha dakwah mereka ke Tanah Melayu mula bertapak semenjak penjajahan Portugis 1511 Masehi lagi. Sekiranya kita melihat Kota Melaka , kita akan dapati di sana terdapat banyak gereja-gereja yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia. Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka masih dijaga rapi iaitu di dalam A Famosa. Bak kata pepatah melayu, “Masakan pelanduk melupakan jeratnya”, bila difikir ada benarnya!

Mungkinkah misi mereka kali ini berkaitan dengan “Window 10/40” ? dimana negara malaysia juga terletak dalam lingkungan “Window 10/40” kerana ia terletak di antara garis lintang 10 darjah dan 40 darjah di peta dunia.

Sedikit info tentang “window 10/40” , Sekadar mengambil sedikit artikel dari sini : Klik , selebihnya anda boleh baca sendiri! @

[ http://www.msapubli.com/affiliated/Html/categories/Jamiatul_ulama/mtarget.html ]

[ Muslim countries especially targeted are the newly independent states in Central Asia - particularly Kazakhstan and Uzbekistan, and the Southeast Asian tigers, Malaysia and Indonesia. Nevertheless, Frontiers and other Christian groups strive to place missionaries throughout the tough "10/40 Window." Most Muslim countries remain closed, either because of the strong linkage between ethnic and religious identity amongst Muslims, or because of heavy restrictions on proselytization. This restricted access has led U.S. Christian mission groups such as Frontiers to lobby Congress on the issue of "the persecuted Church" in Muslim countries. These lobbying efforts have spurred the creation of a US State Department Commission on Religious Freedom, albeit one whose original stress on persecuted Christians has been slightly diluted. The Commission will now include representatives from multiple denominations and faiths, including Dr. Laila AlMarayati of the Muslim Womens League.

The "persecuted Church" primarily within the 10/40 Window has been a rallying point and foreign policy crusade for the Religious Right in their quest to gain wider access to the untapped millions of non-Christians within the Window. Frontiers, a mission group devoted completely to converting Muslims, boasts that "through creative approaches, patient sowing, and fearless proclamation, more Muslims have come to Christ in the last 25 years than in the previous 1400 years combined!" The Mesa, Arizona-based group claims to have 500 missionaries in 30 countries, or about 20% of all North American Protestant missionaries serving among Muslims. Frontiers seeks missionaries for the 90's with the motto: "Muslims. It's their turn. It's all we do. Whatever it takes." From Bosnia to Bangladesh, American missionaries apparently have been doing whatever it takes to penetrate often resistant and hostile Muslim target countries. Two popular missionary approaches to Muslim countries involves setting up business ventures or non-profit relief and NGO work. ]

Hanya dengan mengambil satu projek mereka, sila Klik Sini. @

[ http://www.joshuaproject.net/countries.php?rog3=MY ]

Mungkin ramai yang sudah mengetahui projek ini, lihat web di link di atas, kajian mereka terhadap negara kita penduduk Malaysia , jenis bangsa, agama dan pecahan agama , jenis wajah, bandar utama dan berbagai statistik yang begitu teliti, kemas dan mendalam!

Pada bahagian People groups, yang bertanda merah itu adalah penduduk beragama islam, manakala yang bertanda hijau itu kristian.

Pada bahagian People Progress; level 1 bertanda merah, level 3 berwarna hijau, apa maksud mereka ( established / significant church).

Pada bahagian People Photos; lihat pecahan kaum dan tolong perhati setiap wajah dan tanda merah atau hijau yang ada dibawah gambar tersebut, tengok juga bilangan angka tersebut, angka itu menunjukkan apa sebenarnya???

Pada bahagian Religions, islam 58.0% , manakala Kristian 9.2%. bahagian kristian ini dipecah-pecahkan lagi .Ingat, ini statistik tahun operasi 2001 saudara, kini tahun 2010. Katakan progress / pencapaian mereka meningkat 10 % setahun, agaknya kini berapa banyak peratus yang mereka dapat? Tentu lebih dari 9.2 % bukan! Kenapa peratusan terkini tidak disiarkan??? . Jabatan agama islam negeri atau kebangsaan kita ada ke buat perangkaan sebegini?

Tengok pula bahagian Details; sudah berapa banyak kaum-kaum pribumi di Sabah dan Sarawak yang telah di kristiankan??? tengok banyak yang bertanda hijau dari merah mengikut kaum di malaysia, itu tahun 2001, kini 2010 agaknya berapa ramai saudara?

Oleh itu, fikir-fikirkanlah semula wahai saudaraku.

lagi berkenaan Window 10/40 : Klik


Mengapa mereka ke sini, Bukan ke sana ; contohnya Amerika, Perancis, Australia, Europe, Jepun dll ?

Lihatlah benih benih kebangkitan islam di serata alam, mereka sudah tidak ada tempat lagi disana!

Ini hanyalah sekadar beberapa contoh sahaja:











Namun, mereka mesti menerima hakikat bahawa Allah swt adalah sebaik-baik Perancang. Janji Allah swt dan RasulNya pasti terjadi. Hayati "senikata" lagu dibawah ini!

"Semoga islam akan kembali Gemilang, InsyaAllah!"

Salam Perjuangan.


Sangtawal Sakranta.
...




27 comments:

tokpakirkd said...

Salam Saudaraku Sangtawal,

AlhamduliLlah semoga roh Badar sentiasa berkobar-kobar.

Amin,
TokPakir

Sangtawal Sakranta said...

Salam Tokpakir,
Terima kasih atas komen.
Semoga islam akan bangkit dan gemilang melalui jalan dakwah yang diberkati dan diredhai oleh Allah swt, bukan melalui jalan kekerasan atau peperangan.

Artikel dalam blog ini bukan sengaja dibuat untuk menimbulkan provokasi kepada orang yang beragama kristian atau agama lain, namun atas satu kesedaran untuk berkongsi maklumat atas jalan dakwah.

Moga ia berguna untuk Tuan dan pembaca sekalian!

wassalam.

Anonymous said...

sy sgt suka posting ni. mmg betul apa dikatakan sangtawal.

mmg dorang ni takut dgn nama 'melayu' dr timur ni. sesungguhnya kafir2 laknat suma sdg kecut perut menantikan hari hari terakhir mereka akn disesah dan musnah dgn panji2 islam.

konspirasi dan konspirasi.

lepas dilagakan indonesia dgn negara kita tak menjadi, dorang beralih pulak pd isu keagamaan yg mmg sensitif.

thn 2010/2011 ni sy rasa umat islam akn menempuh saat2 sukar dan ujian dlm kehidupan. sesungguhnya hari yg dinantikan semakin hampir.

sixthieee'

M.O said...

Sahabat,

Cuba kaji fenomena ini,

Para missionari bertumpu di sini untuk murtadkan Bani Jawi.Di Eropah,ramai Mat Salleh masuk Islam.Jumlah umat Islam sudah bertambah secara senyap-senyap sampai pihak berkuasa Rusia pun gerun nak keluarkan statistik sebenar.Gereja-gereja bertukar jadi surau dan masjid.

Akhir zaman nanti nabi ada bersabda Panji-panji dari Timur akan berjuang bersama Bani Ishak.Siapa Bani Ishak?

Hahaha...nanti kaum Muslimin dari Bani Jawi dan lain-lain akan bergabung dengan Bani Ishak,buat 'counter attack'.

Akhirnya,para missionari ni akan jadi "yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran"

Perancangan Allah lagi hebat!!!



-M.O

cepak87 said...

salam ikhwan...

MELAYU akan jadi empayar melalaui ISLAM tidak lama lagi...
ia bukan angan-angan kerna disabdakan oleh Nabi Akhir Zaman...

(us.ashaari muhammad)

marilah kita sama-sama mempersiapkan diri...
untuk melayakkan diri menjadi...
IKHWAN...@ASOIB...
atau sekadar org awam???
sekadar renungan untuk diri sendiri terutamanya...
dan sahaba2 yang inginkan kebenaran...

...cepak87...

logelamutp said...

Gurindam Hikmat Melayu

Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.
Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’.

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang didunia’!!

Sangtawal Sakranta said...

Salam semua,

Sixthiee,
terima kasih atas komen.
Ya 2010/2011 saat sukar, 2012 malapetaka, 2013 kebangkitan menyeluruh... nantikan!

M.O,
tepat sekali perumpamaan itu "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran" ... itulah melayu, peribahasanya penuh makna dan menikam kalbu!
sahabat,nampaknya kali ini sahabat mendahului saya, ... ya... baru dok tulis artikel tentang Bani Ishak + Bani Jawi bersatu.... tup-tup, sahabat dah sentuh kat sini!!! ada chenelling mcm srikandi juga ke??? he he he. ya setuju... perancangan Allah lagi hebat, itu sebab Sheikh Hussien Jamaluddin kubra sanggup datang dari jauh ke sini dulu! selepas itu Hindu + Budha runtuh dan candi-candi hebat seperti Borobudur dan Prambanan terkambus terus... tidak dihiraukan langsung oleh Melayu tanah jawi , kerana apa?? kerana Islam itu lagi hebat!!!

Cepak87,
terima kasih atas komen.
insyaallah seperti apa yang awak harapkan!

Logelamutp,
terima kasih atas puisi yang panjang lebar, rasanya pernah baca puisi ni, kat mana ye? karya Usman awang ke?
ya, Melayu memang hebat, hebat melayu kerana Islam!!!

wassalam.

logelamutp said...

boleh dak kaji sejarah melayu kedah...nk jgk tau..tp nti laa noo bila2..x paksa

Sangtawal Sakranta said...

Salam logelamutp,
Besarnya harapan awak, saya bukan ahli sejarah:) sejarah negeri kelantan dan kampung halaman saya pun tak habis lagi, he he he.
ada satu blog menarik pasal negeri kedah, boleh baca kat sana :

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ dan http://sejarahnagarakedag.blogspot.com/

wassalam.

logelamutp said...

Ok xpaaa..nti saya research sndri..saya nk tau jgk asal usul melayu kedah..tp saya rasa setiap melayu mgkn mai drpd kelompok berbeza..

tp dlm blog mistisfiles btoi ka melayu buleh cipta senjata mcm tu..
melayu hbt kaa mcm thp mcm tu..kalo mcm tu lah punya rupa...kalo melayu x dijajah 1511 thn dahulu...mgkn malaysia adalah negara terhebat di asia xD

saya dh baca dh psl kajian psl the promised land meso vs mala..yg omputeh kaji tu..ehmmm ok kot mcm leh trima jgk kenyataan dia..saya ingt tnh melayu ni bkn promised land..rupa2nya ada sokongn drpd kjian omputeh tuu...rupanya2 saya yg ignorant dan x kaji...

logelamutp said...

blog tu x best laaa mnkn pngkaji tu suka copy dan paste hmmmm...

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ dan http://sejarahnagarakedag.blogspot.com/

blog sangtawal BEST...mistisfiles msh lg saya ragu2

Unknown said...

salam Pak Tawal,benar sekali Islam semakin di terima di serata dunia tetapi orang kita di Malaysia juga dah banyak menganut agama baru yang ntah pahaper lagi,kesedaran Islam perlu ditularkan lagi,yang sedihnya dalam keadaan Islam semakin diterima,semakin banyak pula orang-orang kita mendekati agama lain dan peningkatan itu amat menyedihkan kita,insyaALLAH selagi termampu yang diusahakan,kita tak akan jemu berusaha... INSYAALLAH!

satu info tentang gereja yang di Melaka tu,ada satu gereja tu merupakan tapak Masjid yang pertama di Melaka tetapi setelah kemasukan Portugis,mereka telah meruntuhkan Masjid tu dan membina gereja...

Anonymous said...

Al Fatihah kepada Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail mangkat jam 7.08 malam Jumaat 22/1/90.

waris johor.

Sangtawal Sakranta said...

Salam semua,

Logelamutp,
terima kasih atas kome.Ya,seperti kata srikandi dlm blog Mistisfiles melayu hebat dan boleh cipta senjata sendiri.baca sejarah Mat kilau, waktu itu Pahang sudah ada Meriam Rentaka, baca sejarah patani di zaman pemerintahan 3 ratu iaitu ratu hijau,biru dan kuning, mereka mempunyai teknologi pembuatan meriam dan meriam mereka adalah yang terbesar dan terhebat di asia tenggara waktu itu.kalau meriam mereka boleh cipta, takkan senapang dan pistol mereka tak mampu membuatnya!

zaim,
terima kasih atas komen dan info pasal gereja tu.Ya, benar nampaknya melayu islam semakin leka terutamanya dengan hiburan.mereka hanyut dibuai khayalan tanpa menyedari masa semakin singkat untuk menghadapi hari kebangkitan dan kesulitan!

waris Johor,
salam tahziah buat pembaca blog dari negeri johor atas kemangkatan baginda duli yang maha mulia raja Johor.al-fatihah. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang diredhai dan mendapat rahmat dari Allah swt.

wassalam

Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate said...

Assalamualaikum... sangtawal dan semua.

Kalimah ALLAH itu milik orang Islam dan God pula milik orang kristian. Selesai masalah.
Semua ini tidak akan menjadi masalah jika semua orang Islam pergi ke masjid solat 5 waktu sehari semalam.

PutraSulong said...

Assalamualaikum Wbt Sdra/i,

Tuhan dalam bahasa Arab benar Allah,tetapi didalam kitab - kitab agama kristian, baik perjanjian lama mahupun baru, ada beberapa nama tuhan yang disebut,contohnya Adonai,Elah,Alah,Lord,Rabuni dan Yahwei.

Tidak pernah pulak golongan ini menggunakan perkataan Allah SWT dalam kitab - kitab pengajian mereka dari dahulukala sekalipun.


Hatta vatican city, pope sendiri tidak pernah menggunakan perkataan Allah SWT dalam mana-mana khutbah beliau.Kenapa pulak tiba-tiba gereja katholik Malaysia nak menggunakan perkataan Allah dalam pengajian dan penerbitan mereka...Itulah yang menjadi persoalannya. Apa mereka dah jumpa tuhan yang baru pulak ke...kalau dah, bagus lah...maka bersyahadah lah dengan mengakui tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah SWT,...Mudah...

Kita tidak perlu melayan karenah ahli-ahli politik,kerana maklumnya,pada hari ini politik iti suda menjadi satu perniagaan...mereka2 ini tidak menghayati surah Al Kafiruun nampaknya..begitu lah pandangan saya.

PutraSulong said...

Saya yakin memang terdapat agenda yahudi,dajal, mahupun freemason dalam isu pengunaan nama Allah SWT oleh gereja2 katolik ini..

Sudah beratus2 tahun mereka berdakwah tanpa ada masalah dengan penduduk majoriti melayu muslim, kenapa baru hari ini mereka mahu menimbulkan isu2 yang boleh membawa kepada huru hara di dalam negara.Mengambil kesempatan atas sifat toleransi Melayu Muslim ini boleh mengundang padah..mereka sedar akan perkara ini...dan mungkin ini jugalah yang mereka mahukan...huru hara dan pergolakan, lantaran umat Islam Melayu hari ini yang semakin lemah dan sedang berpecah belah.

Pemimpin politik pulak yang mendukong perlembagaan yang kononnya sebagai pelindung kepada hak asasi manusia sekadar mengambil kesempatan.

Kalau perlembagaan yang ada hari sudah tidak dapat menjamin kedaulatan Islam dan penduduk Malaysia yang majoritinya orang Islam, maka, tukar sahaja perlembagaan yang sedia ada ini dengan perlembagaan Islam,yakni Al Quran dan Hadith..

Namun,sebagai seorang muslim, dalam menaangani isu2 seperti ini, hendaklah kita kembali kepada Al Quran dan sunnah...ambil pendekatan yang penuh berhemah...saya bukan seorang Ustaz tapi saya rasa menghayati surah Al Asr elok dignakan sebagai permulaan...berpesan2 dengan kebenaran dan dengan kesabaran...InsyaAllah...

Ihya-Ulumiddin said...

Salam Sangtawal.

Logelamutp,
dari segi "hebat" munkin kamu belum dapat terima , seperti kata tuan sangtawal bahawa bagaimana diwaktu itu meriam sudah wujud tetapi senjata seperti pistol tidak mampu dicipta? dan tiada yang mustahil bagi nusantara dapatkan teknologi itu kerana nusantara mmg punya hubungan dengan Bani Uthmaniah. rajin baca sejarah Kerajaan turki Uthmaniah . InsyaAllah persoalan itu mngkn akan terjawab.

sebenar bukan la kita hendak claim keturunan melayu ini "sgt" hebat tetapi mungkn niat MO ingin memberitahu bahawa keturunan melayu itu tidak lemah ataupun bodo. Maka janganlah menuduh "Melayu" lemah hanya kerna orang sekarang yang lemah.

Maka setiap bangsa Allah akan memuliakan dan angkat darajatnya jika ia berpegang teguh pada Tali Agama. Yakni Islam.

Waalahualam.

Cheguman said...

Penglihatan tuan memang tajam, menyelak helaian tersurat dan menemui helaian tersirat.

Teruskan.

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

kedah cyber...
terima kasih.masaalahnya tak semudah itu!

Putra sulong,
terima kasih.sangat setuju dengan pandangan tuan.ya semoga mereka menukar perlembagaan mereka kepada landsan yang tulen iaitu mengikut al-quran dan hadis.

Ihya-ulumiddin,
terima kasih dan sangat setuju dengan tuan,Melayu akan hebat kerana islam!!!

cheguman,
seperti biasa, komen demang amat berbisa:)
ayat yang sungguh berseni mencerminkan melayu sejati.
he he he .terima kasih!

wassalam.

sri mersing said...

salam saudara sangtawal,
Salah satu petanda akan kedatangan imam mahdi dan turunnya Isa a.s. ialah 'Terbitnya matahari dari Barat'. Sheikh Imran Hossein melalui ceramahnya mengatakan bahawa ini bukan bermakna secara fizikalnya matahari terbit dari barat,iaitu bumi bertukar arah pusingannya.Namun maksud petanda tersebut adalah kebangkitan Islam dari Barat,'cahaya' dari Barat.Dan spt yg kita ketahui,Islam sedang menyinar di barat.

Jazakullahkhair

Sangtawal Sakranta said...

salam buat sri mersing,
terima kasih atas komen dan info yang sangat berguna.Alhamdulillah!
wassalam

Anonymous said...

Salam
Kesian..baru syok syok nak masuk Islam yang marak di barat..pintu taubat dah tertutup pulak (Matahari terbit dari barat)

Pendapat TRADISI/dahulu kala...Berlakunya malam yang panjang..siLalai makin seronok lalai berhibur kerana malam yang panjang.
Si Mukmin berdiri , sujud pernuh keinsafan kerana tahu..esok akan terbit matahari di sebelah barat..bukannya di timur.

Dan aku belum merasai 1 hari macam 1 tahun lamanya. Aku belum merasai 1 hari macam 1 bulan lamanya.
Aku belum merasai 1 hari macam seminggu lamanya.

Umurku sudah dekat 39 tahun. Hari-hari yang ku lalui selama ini tetap 24 jam lamanya..kadangkala rasa macam 22 jam aje.

Mungkinkah nanti kita akan solat fadhu 5 waktu di waktu siang yang panjang selama 6 bulan.
Kemudian solat 5 waktu dlm keadaan gelap yang panjang selama 6 bulan juga.
Kemudian siang terang 15 hari ,..gelap 15 hari..kemudian solat 5 waktu dalam keadaan siang selama 3.5 hari, kemudian 5 waktu dalam bergelap 3.5 hari.

wallahu'alam bissawab

Anonymous said...

Dah tengok ke belum CIK SITI WAN KEMBANG?

Layari...
http://kebunketereh.com/?p=455

FH Mujahidin said...

KOMUNITI INFORMASI DAN MULTIHALA DAKWAH UNTUK UKHUWAH BERSAMA..

http://www.facebook.com/group.php?gid=10150126360080355

Adhitya Maliki said...

Pada tahun 2014 akan menjadi tahun yang sangat mengejutkan bangsa Indonesia. Seorang pemuda bernama Tuntas Subagyo Akan dicalonkan sebagai Presiden Indonesia ke 7 oleh para tokoh masyarakat dan para tokoh agama pada pemilunya 2014 ini. Pasalnya pada pada awal tahun 2014, pemuda ini dijemput oleh seorang tokoh bangsa di sebuah Rumah sederhana di daerah pondok Pinang Jakarta Selatan. Pemuda itu diajak bertemu dengan tokoh tokoh lainnya di hotel mahakam Jakarta Selatan. Sebagian dari tokoh masyarakat menyebutnya sebagai satrio piningit, sebagian tokoh agama menyebutnya pemuda bani Tamim. Tuntas Subagyo, asal Solo Jawa Tengah, kelahiran tahun 1977 ini tidak menyangka dia begitu dihormati saat itu, walah sebagian masih belum percaya. Pertemuan berikut2nyadi tempat yang berbeda, sekitar Jalan Kyai Maja pemuda itu dipertemukan oleh gubernur bank of Swiss. Setelah dilakukan pengecekan sidik jari, retina mata, dan juga tanda tangan, semua terkejut, karena semuanya sama dengan pemilik 25 rekening obligasi di bank of Swiss. Tuntas Subagyo juga tidak mempercayainya saat itu karena pembuatan rekening tsb dibuat tahun 1937 oleh Pak Sukarno dan 11 orang sahabatnya. Agar lebih pasti gubernur bank of Swiss tersebut menanyakan password dari rekening tsb. Hasilnya sekali lagi cocok dan benar semua. Bahkan gubernur bank of Swiss menjulukinya time traveler. Padahal Tuntas Subagyo saat itu tidak tau, tidak mencari, tidak meminta, tidak mempelajari, dan tidak berambisi untuk itu semua. Lalu semua tokoh menyarankan agar Tuntas Subagyo mencalonkan diri sebagai presiden dengan dukungan mereka. Tapi pemuda ini menolaknya. Setelah dijelaskan oleh para tokoh saat itu bahwa keselamatanya sangat terancam, karena Dana tersebut dipakai oleh 26 Negara besar termasuk salah satu nya America dan Israel. Dan jika pemuda ini sudah tidak ada maka Dana ini dianggap menguap. Negara Negara tsb menjuluki pemuda ini dengan M-1, 101, king of king, man from east, atau king of Solomon. Sebab Hal tersebut akhirnya Tuntas Subagyo mau dicalonkan menjadi presiden Indonesia ke 7. Pemuda ini Akan muncul ke media setelah tanggal 9 April 2014. Jika pemuda ini akan keluar ke media maka, pertandanya akan ada sebuah konfrensi perss dari Istana di pagi hari, dan pada sore harinya akan ada konfrensi perss oleh para tokoh masyarakat dan agama, juga konfirmasi oleh gubernur bank of Swiss, IMF, IPO, dan wold bank. Selanjutnya Akan ada deklarasi, saat itu muncul seorang pemuda membawa Panji Panji hitam dari Timur. Nanti pemuda tersebut siap untuk melakukan kontrak politik dengan rayat, untuk menjalankan seluruh amanah yang diberikan kepadanya. Salah satunya adalah melunasi hutang hutang bangsa Indonesia dengan hartanya pribadi, dan juga membeli seluruh asset bangsa yang sudah tergadaikan ke bangsa asing dan mengembalikannya lagi kepada Negara ini. Kalau ini semua terjadi maka perhityngan ahli ekonomi tsb benar, setiap kepala keluarga akan mendapatkan gaji setiap bulanya oleh Negara, seperti Brunei. Dan kalau berita ini benar adanya maka, saya sebagai penulis memohon do'a kepada seluruh masyarakat agar Indonesia segera menjadi mercusuar dunia, siapa pun yang Akan memimpin nanti. Amin. Semua yang benar berasal dari Allah dan semua yang salah pasti dari saya sebagai manusia biasa. Hanya Allah yang tau.

Terimakasih
# surya_nuswantara

Kina di bogor said...

awalnya saya ragu untuk megikuti pesugihan KI WARA atau bisa dibilang uang goib tapi saya pikir tidak ada salahnya untuk mencoba dan setelah saya menghubungi KI WARA saya minta bantuan uang goib 500,jt sama beliau .dan itu benar-benar terbukti demi allah bahwa KI WARA bisa merubah kehidupan saya dalam sekejap awalnya saya sangat miskin makanpun susah ,alhamdulillah dengan bantuan beliau saya bisa merubah kehidupan saya jauh lebih baik daripada sebelumnya beliau membantu saya uang goib sebesar 500 juta .saya sangat berterimah kasih kepada KI WARA atas bantuan beliau ,dan saya menyapaikan kepada saudarah-saudarah yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi KI WARA 085242894584 dan untuk lebih jelasnya silahkan.ATAU BUKA BLOK KI WARA DISINI