Tuesday, January 26, 2010

Kita Mahu Ilmu Dan Semangat Ibnu Firnas, Tetapi Kita Tidak Mahu Jatuh Ketika Terbang Sepertinya!


Tajuk : Kita Mahu Ilmu Dan Semangat Ibnu Firnas, Tetapi Kita Tidak Mahu Jatuh Ketika Terbang Sepertinya!

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta


Pada abad ke 18, seorang muslim berbangsa Sepanyol iaitu Ibnu Firnas atau nama sebenarnya Abbas Qasim bin Firnas yang berasal dari Ronda telah menemui, mencipta dan menguji konsep kapal terbang .Beliau dilahirkan pada tahun 810 M.Beliau adalah seorang ilmuan islam berbangsa barbar yang mempunyai keahlian dalam bidang kimia.Beliau juga dikenali sebagai seorang perekacipta berteknologi tinggi dizamannya.


Beliau adalah orang pertama yang mengkaji dan mencipta alat yang disebut pesawat terbang. Konsep dan ilmu penerbangannya kemudian hanya dipelajari oleh Roger Bacon 500 tahun selepas itu. Sekitar 200 tahun atau selepas 700 tahun ketiadaan Ibnu Firnas barulah ilmu dan konsep pesawat terbang mula dikembangkan. Orang-orang di barat pula baru mengajar anak-anak mereka tentang kapal terbang dan Wright Bersaudara 1000 tahun selepas Ibnu Firnas!Bayangkan betapa mundurnya tamadun barat ketika itu! Mereka masih meraba-raba didalam kegelapan ilmu dan tamadun ketika ilmuan islam Ibnu Firnas melakukan ujian pertama penerbangan pesawat di Kota Cordova!

Ilmuan yang suka bermain muzik dan mengarang puisi ini hidup semasa pemerintahan kerajaan Khalifah Umaiyah di Andalusia( kini disebut sepanyol ). Pada tahun 875 Masihi, Beliau telah mereka cipta sebuah model kapal terbang kecil dengan melekatkan bulu pada sebuah bingkai kayu.Inovasi ciptaannya itu diilhamkan oleh burung yang boleh terbang menggunakan sayap!, lalu dia mereka sayap tiruan atau jubah tanpa lengan yang akan dipasangkan ditubuhnya!



Setelah model pesawat terbang ciptaannya siap , Ibnu firnas pun mengundang seluruh penduduk Kota Cordova , bukan hanya sekadar menyaksikan model ciptaannya, tetapi beliau mahu melakukan ujian keatas hasil ciptaannya itu! Beliau telah membuat satu pengumuman kontroversi kerana ingin melakukan percubaan ujian terbang menggunakan alat tersebut yang akan dipasangkan ditubuhnya dari menara Masjid Mezquita! Lalu penuh sesaklah Kota Cordova dengan penduduk yang ramai kerana ingin melihat satu percubaan yang sangat ajaib itu!

*Masjid Mesqueta yang sebenar
( Klik Sini - untuk melihat rekabentuk masjid bersejarah ini)

Ibnu Firnas tidak menghampakan Warga Cordova, beliau menunaikan janjinya tanpa bertangguh-tangguh lagi! Lalu ilmuan muslim yang mempunyai semangat dan keyakinan yang sangat tinggi ini pun terjun dan terbanglah dari menara Masjid Mezquita yang tinggi itu seperti seekor burung!

*Percubaan terbang pertama di dunia oleh Ibnu Firnas!

Tetapi malangnya, Ibnu Firnas tidak mengambil kira ciptaan Allah seperti manusia itu tidak boleh disamakan dengan burung yang boleh terbang!!! Oleh kerana cara beliau meluncur yang kurang baik, Ibnu Firnas jatuh terhempas ke tanah bersama model pesawat ciptaannya itu. Beliau telah mengalami kecederaan belakang yang amat teruk dan inilah salah satu faktor yang memaksa Ibnu Firnas melupakan sekejap niatnya untuk melakukan ujian ujian penerbangan seterusnya. Ada catatan sejarah yang mengatakan bahawa Ibnu Firnas lalai dalam memperhatikan bagaimana burung menggunakan ekornya ketika mendarat, beliau lupa untuk menambahkan ekor pada pesawat ciptaannya lalu beliau gagal untuk mendaratkan pesawatnya dengan sempurna!

Kecederaan tulang belakangnya itu tidak pernah mematahkan semangat dan perkembangan kreatif minda muslim yang hebat ini. Beliau mengalihkan tumpuan pemikirannya kepada projek penelitian terhadap gejala-gejala alam. karya karya baru pun muncul dari fikirannya seperti puisi, kimia hinggalah kepada astronomi! Semua ilmu dan kajiannya ditujukan untuk memberikan manfaat untuk kegunaan manusia.Antara lain hasil karyanya ialah konsep terjadinya halilintar dan kilat, jam air serta cara membuat gelas dari garam selain konsep pergerakan planet dan bintang-bintang! Beliau juga memperkenalkan kaedah bagaimana mahu memotong batu kristal , dimana ketika itu hanya boleh dilakukan oleh orang Mesir sahaja.

Pada tahun 888 Masehi, Ibnu Firnas telah meninggal dunia. Ilmuan islam yang hebat ini dikenang sebagai perintis pertama dunia teknologi penerbangan. Libya pernah mengeluarkan setem sebagai mengingatinya,manakala Iraq telah membina sebuah monumen atau Tugu Ibnu Firnas dan sebuah lapangan terbangdi Iraq menggunakan namanya iaitu Lapangan Terbang Ibnu Firnas di utara Baghdad diabadikan untuk mengenang dirinya!

Banyak pengajaran berguna bagi kita dalam kisah cubaan penerbangan Ibnu Firnas ini saudara.Antaranya ialah semangat untuk mengkaji, berfikir, merekacipta dan keyakinan yang tinggi yang ada pada Ibnu Firnas ini hendaklah dicontohi oleh setiap diri kita seorang muslim. Namun dari cerita ini saya membuat kesimpulan bahawa Ibnu Firnas tidak mempunyai pengisian rohani atau spiritual yang tinggi, sebab itulah beliau jatuh berdebak sedemikian rupa. Jika dilihat kepada undangannya kepada seluruh warga Cordova, terserlah sangat disitu sifat angkuh ,bangga diri dan ingin menunjuk-nunjuk yang ada pada dirinya! Dia mempunyai keyakinan untuk terbang, tetapi keyakinan itu hanyalah diperingkat Ainul yakin ataupun sedikit Haqqul yakin, belum lagi mencapai tahap Kamalul yakin kerana jika dia beroleh ‘Keyakinan yang sempurna’ seperti yang telah dianugerahkan oleh Allah swt kepada hambanya yang soleh dan dekat denganNya, Ibnu Firnas mungkin boleh terbang dan mendarat dengan selamat tanpa kecederaan walaupun tidak menggunakan sayap bulu seperti itu atau dia boleh berjalan di atas permukaan air dengan izin Allah!

Jika kita perhatikan, ramai orang sekarang ini mempunyai semangat dan keberanian seperti Ibnu Firnas! Mereka banyak ilmu, namun ilmu itu tidak digunakan dijalan Allah, tetapi digunakan untuk kepentingan diri dan untuk mencari keuntungan dan kekayaan duniawi semata-mata! Ibnu Firnas lebih baik dari mereka, kerana banyak ilmu dan ciptaan beliau memberikan manfaat kepada manusia selepasnya, kita pula bagaimana? Ingatlah segala ilmu dan amanah yang diberikan oleh Allah swt itu pasti akan ditanya dan dihisab olehNya tentang kemanakah amanah itu diseleggarakan dan digunakan.

Janganlah sampai nanti kita dikenang atau dicerca oleh anak cucu kita sebagai seorang muslim atau pemimpin hebat pada awalnya tetapi telah menjadi penyebab kepada kemunduran dan kejatuhan Tamadun Islam serta pemecah belah umat.Ataupun nanti kita akan digelar ejen Zionis-Jesuits yang sakit belakang dan merengkok didalam penjara di akhir hayat kita dengan penuh kehinaan dan penyesalan. Pepatah melayu ada mengatakan ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua’ itu cukup besar ertinya dan begitu signifikan dalam hidup kita. Oleh itu bermuhasabahlah terhadap diri kita sendiri dan fikir-fikirkanlah semula!

Terbanglah kelangit yang paling tinggi seperti Ibnu Firnas, tetapi pandang-pandanglah juga ke bumi kerana suatu hari nanti kita pasti akan jatuh juga ke bumi, samada jatuh dengan penuh kemulian seperti Ibnu Firnas atau jatuh dengan penuh kehinaan dan kecelakaan! Jika tidak percaya, tunggulah masanya akan tiba!

Oleh itu, gantungkanlah harapanmu ke bulan atau ke bintang , biarpun kakimu berpijak dibumi yang nyata kerana itu tidak salah selagi kamu berpegang teguh kepada prinsip sebuah perjuangan yang tulen!




Oh Masjid Mezqueta, Oh Kota Cordova, Oh Al-Andalusia, Kau menyimpan seribu satu macam rahsia kemegahan dan kehebatan Islam , Kau adalah sebuah kotaraya terhebat abad ke-9...

Semoga kau akan menjadi milik kami semula , umat islam akhir zaman !!!

insyaAllah


Wassalam.


Sangtawal Sakranta.


2 comments:

logelamutp said...

Islam hebat!!!!

Kina di bogor said...

awalnya saya ragu untuk megikuti pesugihan KI WARA atau bisa dibilang uang goib tapi saya pikir tidak ada salahnya untuk mencoba dan setelah saya menghubungi KI WARA saya minta bantuan uang goib 500,jt sama beliau .dan itu benar-benar terbukti demi allah bahwa KI WARA bisa merubah kehidupan saya dalam sekejap awalnya saya sangat miskin makanpun susah ,alhamdulillah dengan bantuan beliau saya bisa merubah kehidupan saya jauh lebih baik daripada sebelumnya beliau membantu saya uang goib sebesar 500 juta .saya sangat berterimah kasih kepada KI WARA atas bantuan beliau ,dan saya menyapaikan kepada saudarah-saudarah yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi KI WARA 085242894584 dan untuk lebih jelasnya silahkan.ATAU BUKA BLOK KI WARA DISINI